Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Michelle Chong Sing Yee PISMP Sem 1 Muzik

Apakah perbezaan antara sistem pendidikan sebelum merdeka dengan sistem


pendidikan semasa?

Sistem pendidikan Malaysia sentiasa mengalami perubahan. Perubahan tersebut


adalah untuk meningkatkan taraf pendidikan dan juga kehidupan masyarakat. Kita
boleh nampak bahawa kehidupan dan fikiran masyarakat sebelum merdeka dan kini
mempunyai perbezaan yang agak besar. Oleh itu, terdapat juga perbezaan antara
system pendidikan sebelum merdeka dengan system pendidikan semasa.
Pertama sekali, corak pendidikan sebelum merdeka lebih kepada bidang agama
dengan pengajaran seperti al-Quran, akhlak yang baik, pengetahuan, kerohanian dan
seni pertahankan diri. Pendidikan semasa pula menumpukan kepada pelbagai
bidang, terutamanya sains dan teknologi.
Pada peringkat yang lebih teratur sebelum merdeka, terdapat satu sistem
pendidikan agama yang disebut sekolah pondok yang ditubuh dan dikendali oleh
ulama. Tempoh pengajian adalah tidak terhad. Di sebaliknya, sistem pendidikan kini
ialah sistem pendidikan kebangsaan yang merangkumi institusi pendidikan yang
ditubuh dan diurus oleh pihak kerajaan. Terdapat juga jumlah tempoh pengajian bagi
setiap peringkat. Sistem pendidikan sebelum merdeka adalah berasaskan sistem
pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama. Sekolah-sekolah
tersebut ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bermoral tinggi. Manakala
sistem pendidikan kebangsaan adalah sebagai corak sistem persekolahan. Pendidikan
di

Malaysia

adalah

satu usaha

berterusan

ke

arah memperkembangkan

lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari aspek JERIS.
Sebelum merdeka, sekolah dipecahkan kepada empat iaitu sekolah Inggeris,
sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Sistem pendidikan sebegini tidak

mempedulikan soal perpaduan. Tetapi masa kini, sekolah kebangsaan sebagai corak
sistem persekolahan. Sistem pendidikan masa kini menitikberatkan aspek perpaduan
yang menjadi teras dasar pendidikan kebangsaan.
Selain itu, tiada kurikulum dan sukatan pelajaran yang khusus sebelum merdeka.
Bahasa pengantar adalah mengikut jenis sekolah. Kini, Negara kita menggunakan
kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua sekolah. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu. Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Namun sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar
dikekalkan. Sebelum merdeka, terdapat peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan
pelajarannya berpandukan buku semata-mata. Peluang pendidikan tidak sama bagi
semua

kaum.

Dalam

sistem

pendidikan

semasa,

peperiksaan

pemilihan

masuk dihapuskan pada 1964. Alat bantu mengajar lebih canggih berbanding dengan
sistem pendidikan sebelum merdeka. Pendidikan lebih kepada semua kaum.
Di samping itu, hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu lebih
cenderung untuk mengagungkan tanah air sendiri sebelum merdeka manakala masa
kini, hala tuju dan falsafah pendidikan mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur
melalui Rancangan Malaysia pertama hingga ke Rancangan Malaysia Ketujuh. Selain
itu, hala tuju dan falsafah pendidikan semasa adalah lebih jelas berbanding dengan
hala tuju dan falsafah pendidikan sebelum merdeka yang lebih berpusatkan kepada
kuasa British. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan semasa yang diadakan
bukan hanya untuk menjadikan rakyat lebih baik daripada masyarakat sebelumnya
tetapi pendidikan pada zaman ini penting dalam membangunkan negara dari segi
ekonomi, sosial dan politik. Tambahan pula, hala tuju dan falsafah pendidikan sebelum
merdeka yang ditadbir oleh pihak British adalah tidak ikhlas berbanding dengan
pendidikan masa kini yang lebih teratur. Sebelum merdeka, kurikulum yang digunakan
adalah berbeza manakala kurikulum yang digunakan kini adalah sama yang
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan yang


besar sejak dari zaman penjajah British sehingga hari ini. Perubahan-perubahan ini
memang diperlukan untuk memajukan masyarakat dan negara kita.

You might also like