Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 59

MAHKAMAH KHAS RAJARAJA

Latar Belakang Penubuhan Mahkamah


Khas Raja-Raja

Pada tahun 1993, Parlimen telah meminda Perkara 182


Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kekebalan
raja-raja.
Melalui pindaan itu, Mahkamah Raja-Raja ditubuhkan dan
berkuat kuasa pada 30 Mac 1993.
Perkara 182 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukan bahawa apa-apa prosiding oleh atau terhadap
Yang di-Pertuan Agong atau raja sesebuah negeri atas sifat
peribadi baginda hendaklah dibawa ke Mahkamah Khas RajaRaja.

Keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja

Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan


(menjadi pengerusi)
Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi
Dua orang lain yang pernah memegang
jawatan sebagai hakim Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Mahkamah
Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

BIDANG KUASA MAHKAMAH


KHAS RAJA-RAJA

1. Mahkamah Khas Raja-raja mempunyai bidang kuasa ekslusif untuk


membicarakan:
(a) segala kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan oleh Yang di-Pertuan
Agong atau raja sesebuah negeri, (b)segala kes sivil oleh atau terhadap Yang
di-Pertuan Agong atau raja sesebuah negeri.
2. Mahkamah Khas raja-raja mempunyai bidang kuasa yang sama dengan
mahkamah-mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Persekutuan
yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana
undang-undang persekutuan.
3.Keputusan Mahkamah Khas raja-raja adalah muktamad dan tidak boleh
dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Prosedur Perbicaraan di
Mahkamah Khas Raja-raja

1. Sebarang dakwaan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja,


atau dakwaan oleh Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja terhadap
orang awam, hendaklah mendapat kebenaran Peguam Negara.
-

2.Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja perlu berhenti daripada


menjalankan tugasnya ketika perbicaraan kes jenayah sedang
berlangsung.
-

3 Jika Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja dipenjarakan oleh


Mahkamah Khas untuk satu hari atau lebih, baginda mestilah turun
daripada takhta negara atau negeri.
-

4.Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja tidak boleh mengampuni diri


sendiri; pengampuan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja-raja
dengan syarat pendapat Peguam Negara harus diambil kira.

MAHKAMAH KHAS
BUMIPUTERA

Mahkamah Bumiputera
1. Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sabah dan Sarawak.
Struktur Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Bumiputera Sarawak
Mahkamah Rayuan Bumiputera
I
Mahkamah Bumiputera Residen
I
Mahkamah Daerah Bumiputera
I
Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputer
I
Mahkamah Ketua Kampung

Mahkamah Bumiputera Sabah


Mahkamah Rayuan
I
Mahkamah Pegawai Daerah
I
Mahkamah Bumiputera

Persamaan Mahkamah Bumiputera


Sarawak dan Mahkamah Bumiputera
Sabah
Jika berlaku apa-apa kes yang berkaitan
dengan perkahwinan atau seks dan
kedua-dua pihak yang terlibat adalah
daripada keturunan yang berbeza, adat
pihak perempuan hendaklah digunakan.
Sebarang pelanggaran adat boleh
dibicarakan di Mahkamah Bumiputera
asalkan salah seorang daripada pihakpihak yang terlibat ialah Bumiputera.

Struktur Mahkamah Bumiputera


Sarawak
1 .Mahkamah Rayuan Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera
terdiri daripada;
(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) Setiausaha Hal-ehwal Bumiputera
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini diadili oleh tiga, lima, atau
tujuh orang yang diketuai oleh Hakim
Mahkamah Tinggi.
(c) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan
dari Mahkamah Bumiputera Residen.

Mahkamah Bumiputera Residen


(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri
daripada:
(i) Residen
(ii) Ketua Bumiputera
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan
dari Mahkamah Bumiputera bawahan.
(c) Residen berkuasa untuk menghentikan atau
mengarahkan perbicaraan semula sesuatu kes
di Mahkamah Bumiputera jika perbicaraan
berkenaan tidak mematuhi undang-undang adat.

Mahkamah Daerah Bumiputera


(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri
daripada:
(i) Majistret Kelas 1
(ii) Pegawai Bumiputera
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman
penjara tidak melebihi dua tahun dan denda
tidak melebihi RM200

Mahkamah Pegawai/Ketua
Bumiputera

(a) Personel Mahkamah Pegawai/Ketua


Bumiputera terdiri daripada:
(i) Pegawai atau Ketua Bumiputera
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman
penjara tidak melebihi enam bulan dan denda
tidak melebihi RM100

Mahkamah Ketua Kampung


(a) Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri
daripada:
(i) Ketua Kampung
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman
denda tidak melebihi RM50.

Struktur Mahkamah Bumiputera


Sabah

Mahkamah Rayuan Bumiputera


a) Personel Mahkamah Rayuan
Bumiputera terdiri daripada;
(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) dua orang ketua bumiputera

Mahkamah Pegawai Daerah

(a) Personel Mahkamah Pegawai Daerah terdiri


daripada;
(i) Pegawai Daerah
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman
penjara tidak melebihi dua tahun dan denda
tidak melebihi RM200

Mahkamah Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri
daripada;
(i) Ketua Bumiputera
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan
hukuman penjara tidak melebihi satu
tahun dan denda tidak melebihi RM100

Bidang Kuasa Mahkamah


Bumiputera

Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan:


(a) kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan
pihak-pihak yang terbabit ialah bumiputera, contohnya
tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka, dan
tanah
(b) kes pelanggaran Undang-undang Adat Sarawak atau
Sabah oleh seorang atau sekumpulan bumiputera
(c) kes pelanggaran Undang-undang Adat Melayu bukan
Islam
(d) kes-kes diberi kuasa oleh undang-undang bertulis
kepada Mahkamah Bumiputera
2. Kes yang melibatkan bumiputera Islam dibicarakan di
Mahkamah Syariah dan hanya akan dibicarakan di
Mahkamah Bumiputera jika perkara yang hendak
dibicarakan tidak diliputi dalam Undang-undang Islam.
1.

MAHKAMAH SYARIAH

Kamar Mahkamah Syariah

Kedudukan Mahkamah Syariah


1 . Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan
mengikut Enakmen Undang-undang
Pentadbiran Islam negeri
2 Mahkamah Syariah hanya
membicarakan kes sivil dan kes jenayah
bagi orang-orang Islam.

Struktur Mahkamah Syariah


Mahkamah Rayuan Syariah
I
(Peringkat 2)
Mahkamah Tinggi Syariah
I
(Peringkat 1)
Mahkamah Rendah Syariah

Bidang Kuasa Sivil Mahkamah


Syariah

Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil


yang berikut:
(a) pertunangan
(b) matrimoni (perkahwinan, perceraian, nafkah)
(c) hak terhadap anak
(d) wakaf dan warisan harta pusaka
(e) harta sepencarian

Bidang Kuasa Jenayah


Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah
yang berikut:
(a) kesalahan matrimoni (berkahwin lebih daripada
empat orang isteri)
(b) tidak membayar fitrah dan zakat (Baitulmal)
(c) kesalahan mengambil anak angkat
(d) persetubuhan haram/berzina
(e) tidak berpuasa
(f) berjudi
(g) jualan minuman keras
(h) menyebarkan ajaran sesat
(i) berkhalwat
(j) menyertai pertandingan ratu cantik/memakai pakaian
yang menjolok mata

Kakitangan Mahkamah Syariah


Mahkamah Rayuan Syariah
>Ketua Hakim Syariah
- rayuan didengar bersama-sama suatu
panel
- anggota panel terdiri daripada hakim
mahkamah awam dan hakim Mahkamah
Tinggi Syariah negeri-negeri yang lain.

Mahkamah Tinggi Syariah


>Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
>Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
>Pendakwa Agama

Mahkamah Rendah Syariah


> Hakim Mahkamah Rendah Syariah
> Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
> Pendakwa Agama

Bidang Kuasa Hukuman


Mahkamah Syariah
1. Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan
hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah
i penjara tidak melebihi tiga tahun
ii denda tidak melebihi RM5 000
iii merotan tidak melebihi enam sebatan
iv kombinasi mana-mana hukuman di atas
(b) Kes Sivil
pertikaian melebihi RM50 000

2. Mahkamah Rendah Syariah boleh


mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah
i penjara tidak melebihi enam bulan
ii denda tidak melebihi RM1 000
(b) Kes Sivil
perikaian tidak melebhi RM50 000

MAHKAMAH TENTERA
Secara amnya, terdapat dua jenis Mahkamah Tentera iaitu:
(1)Mahkamah

Tinggi Tentera (MTT)


(2)Mahkamah Rendah Tentera (MRT)

Keanggotaan
Anggotanya dilantik oleh YDPA atas nasihat
Menteri Pertahanan
Hakim MTT ialah Leftenan Kolonel & dua orang lain
(Kapten/Hakim Peguam);
Hakim MRT ialah Yang Dipertua (Mejar) & dua orang
lain (Kapten/Hakim Peguam);
MTT membicarakan Staf Sarjan ke atas.
MRT membicarakan pegawai berpangkat di bawah
Staf Sarjan.

BIDANG KUASA
MAHKAMAH TENTERA

Membicara mereka yang tertakluk kepada


undang-undang Perkhidmatan Angkatan Tentera :
(i) askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat
(ii) orang awam yang digaji @ bekerja dengan
tentera
(iii) orang awam yang berada di atas kapal
terbang/kapal tentera
(iv) kes disiplin ketenteraan
(v) kes-kes pecah amanah dalam angkatan tentera.

Hukuman tertakluk kepada pengesahan


pegawai atasan - jika hukuman mati,
pegesahan YDPA.
Rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi
@ Lembaga Pengampunan.

Pangkat-pangkat dalam tentera


Pegawai
Jeneral,Leftenen Jeneral,Mejar
Jeneral,Kolonel,Leftenen
Kolonel,Mejar,Kepten,Leftenen,Leftenen
Muda.
Bukan Pegawai
Pegawai Waran 1,Pegawai Waran 2,Staf
Sarjan,Sarjan,Koperal,Lans
Koperal,Prebet.

MAHKAMAH KANAK-KANAK

-Melibatkan kes pesalah remaja berumur antara


10 hingga 18 tahun
- Melibatkan hukuman yang ringan - tidak
melibatkan hukuman mati

KEANGGOTAAN
Dijalankan di Mahkamah Majistret &
didengar oleh majistret bersama dua
orang penasihat (dilantik oleh menteri
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
& Masyarakat) salah seorang penasihat
mesti wanita)

PROSUDER PERBICARAAN
-Diadakan secara tertutup untuk mengelakkan
pesalah daripada publisiti;
-Ibu bapa, penjaga @ remaja berkenaan
dibenarkan menyoal saksi pendakwa;
-Tidak dipenjara @ catatan rekod jenayah dibuat
terhadap pesalah;
-Rayuan keputusan boleh dibuat di Mahkamah
Tinggi

Hukuman yang boleh dijatuhkan


oleh Mahkamah Kanak-kanak
1.
2.
3.
4.
5.

Diberikan amaran supaya berkelakuan baik


Dibebaskan dengan ikat jamin
Diletakan dalam jagaan saudaranya
Dikenakan hukuman sebat yang ringan
tidak lebih 10 kali sebatan
Dihantar ke sekolah pemulihan akhlak
sehingga berumur 21 tahun

Mahkamah Perusahaan

Secara amnya, Mahkamah Perusahaan dianggotai oleh


seorang Presiden & suatu panel (dua kumpulan iaitu
mewakili kumpulan pekerja & majikan) yang dilantik oleh
Menteri Sumber Manusia.
Proses penyelesaian pertikaian perusahaan akan
melalui empat peringkat (arbitrasi):

rundingan terus antara pihak majikan dengan pekerja


rundingan damai kelolaan Jabatan Perhubungan
Perusahaan
merujuk kes kepada Menteri Sumber Manusia
perbicaraan kes dirujuk di Mahkamah Perusahaan

Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada:


(1) Mahkamah Pengerusi
membicarakan kes-kes:

pembuangan pekerja dalam sektor swasta.


pertikaian tentang syarat-syarat perkhidmatan.
sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden

(2) Mahkamah Yang Dipertua


membicarakan kes-kes:
pertikaian tentang interpretasi, variasi &
ketidakpatuhan keputusan @ perjanjian
kolektif
persoalan undang-undang yang dirujuk ke
Mahkamah Tinggi
berkaitan dengan writ of certiorari.

MAHKAMAH BURUH
Secara umumnya mahkamah buruh adalah
mahkamah yang menyelesaikan tuntutan
pekerja terhadap majikan atau sebaliknya
dengan cepat,mudah, dan murah
-Diadili oleh seorang Pegawai Jabatan
Buruh dan berlangsung di Jabatan Buruh

Bidang Kuasa Mahkamah


Buruh
Berpandukan kepada Akta Buruh 1955 iaitu
melibatkan cuti dan gaji pekerja yang
berpendapatan tidak melebihi RM1000.00
Bagi hal tuntutan gaji, hendaklah tidak melebihi
RM5000.00
Menyelesaikan kes-kes berikut:
1. Tuntutan pekerja terhadap hukuman tatatertib
yang dikenakan terhadapnya.

2. Pekerja yang gagal membayar gaji ganti


notis penamatan perkhidmatannya.
3.Tututan seseorang kontraktor yang gagal
membayar hak yang sepatutnya diterima
oleh kontraktor yang lain

BADAN PENGADILAN LAIN


Badan Pengadilan yang lain
1. Lembaga Disiplin Perkhidmatan Awam
2. Persatuan Perubatan Malaysia
3. Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
4. Majlis Peguam
5. Tribunal Tuntutan Pengguna
6. Tribunal Tuntutan Pembeli rumah

Lembaga Disiplin
perkhidmatan awam
- mengawasi disiplin kakitangan kerajaan
- berkuasa memecat , menaikan pangkat , memotong gaji ,
menangguhkan pertambahan gaji kakitangan kerajaan ( yang
dikenakan tindakan )
Tribunal khas
- ditubuhkan untuk memecat hakim ( MP , MR, MT , Ketua Audit
Negara , Peguam Negara dan anggota suruhanjaya )
- bersifat ad-hoc / sementara/ atas keperluan
- PM buat presentasi kpd YDA untuk penubuhan tribunal
lantikan oleh YDA bicarakan kes
- Peguam negara menjadi pendakwa dalam tribunal ini
- Tribunal biasanya bersidang di Parlimen
- Pihak yg hendak dipecat akan digantung jawatannya
- Syor tribunal diikuti oleh YDA
- Keputusan tribunal tidak boleh dirayu di mana-mana mahkamah

Tribunal timbang tara


- ditubuhkan untuk mendengar kes tuntutan sivil
yang nilainya tidak melebihi RM 3000
- hakim majistret / pegawai kerajaan yg
berpengalaman
- perbicaraan dijalankan tanpa peguam
- pihak yg tak berpuas hati dengan keputusan
boleh bawa kes ke mahkamah awam

Persatuan Perubatan Malaysia


- mendaftarkan semua doktor di Malaysia
- fungsi menjaga disiplin doktor , gubal kod etika
doktor , mendengar rayuan orang ramai terhadap
doktor perubatan
- berkuasa melarang doktor yg melanggar disiplin
mengamalkan profesionnya
- boleh mengenakan denda sehingga RM 5000
terhadap doktor yg langgar disiplin

Pesuruhjaya Khas Cukai


Pendapatan
- mendengar rayuan drpd pembayar cukai
yg tidak puas hati dengan taksiran yg
dibuat oleh LHDN
- sebuah panel bebas akan mendengar
rayuan berkenaan

Majlis Peguam
- mendaftarkan semua peguam di Malaysia
- membuat peraturan disiplin kpd semua peguam
- mendengar rayuan orang ramai terhadap peguam
- jawatankuasa disiplin boleh melarang peguam yg
langgar disiplin drp mengamalkan profesionnya
- boleh kenakan denda sehingga RM 5000 kpd peguam
yg langgar disiplin
(Kod Etika Hakim 1994)

Tribunal Tuntutan Pengguna


- badan khas untuk mendengar dan adili tuntutan
pengguna
- untuk pengguna tuntut ganti rugi atau pampasan
daripada pembekal atau pengilang dengan cara yg
mudah , murah dan cepat
- terdiri drpd pegawai perkhidmatan kehakiman / 5
anggota / dilantik oleh KPDNHEP
- bidang kuasa tuntutan tidak lebih RM 25 000
- tiada kuasa dalam kematian / kecederaan / hak milik
tanah / francais / harta intelek / nama baik/ pertikaian
wasiat/ rahsia perdagangan

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah


- untuk adili kes tuntutan pembeli yg tuntut ganti rugi atau
pampasan drpd pemaju perumahan
- tuntutan bukan teknikal tuntutan ganti rugi bagi
mendapatkan ganti rugi jumlah tertentu atas kelewatan
penyerahan milikan kosong rumah
- tuntutan teknikal tututan ganti rugi atas kecacatan
bahan / mutu kerja dan sepsifikasi
- syarat tak lebih daripada 12 bulan selepas pembeli
setelah dapat sijil layak menduduki / tarikh tamat tempoh
liabiliti kecacatan
- syarat perjanjian jual beli yg melibatkan rumah
tempat tinggal yg dibina atas tanah untuk kediaman
sahaja
- tuntutan tak melebihi RM 25 000

Biro Bantuan Guaman


- merupakan badan kerajaan yang memberikan bantuan
perundangan dan nasihat/ bantuan guaman kepada
orang yang kurang berkemampuan / tak mampu lantik
peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah
- bidang kuasa
1.kes kekeluargaan syariah
2.kes kekeluargaan sivil
3.kes sivil ( pampasan pekerja , harta pusaka kecil ,
tuntutan kemalangan jalan raya , pinjaman wang , sewa
beli , sewa menyewa,anak angkat,tututan penguna
4.kes jenayah ( pengakuan salah jenayah , jenayah
kanak-kanak , kesalahan kecil jenayah )
5.nasihat guaman dalam semua perkara undangundang

Pesuruhjaya Sumpah
- dilantik oleh suruhanjaya sumpah Malaysia
- merupakan saksi yang sah kepada akuan
bersumpah seseorang
- tugas menasihati orang yang membuat
afidavit / akuan bersumpah bertulis tentang
kesan nya jika mereka berbohong ( boleh
dipenjara )
- afidavit akan jadi dokumen sah di mahkamah
- menerima bayaran

Lembaga Pengampunan
- ditubuhkan di setiap negeri
- untuk mendengar dan mempertimbangkan rayuan
pengampunan daripada seseorang yang disabitkan
dengan kesalahan dalam mahkamah
- menasihati YDA , raja, YD Ng dalam menjalankan
kuasa pengampunan
- YDA boleh ampun , tangguh hukuman , meremit ,
menggantung dan mengurangkan hukuman yang
dijatuhkan oleh mahkamah awam ( WP ), mahkamah
syariah ( negeri tidak beraja ) dan mahkamah tentera
- Sultan/Raja berkuasa di negeri masing-masing
- Anggota peguam negara persekutuan , MB / KM /
tidak lebih 3 orang yang dilantik oleh raja atau YD ng
- Berkhidmat selama 3 tahun / boleh dilantik semula/
boleh meletak jawatan

You might also like