Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Proses Ke Arah Kemerdekaan Tanah Melayu U4

Parti Perikatan
mula-mula UMNO dan MCA yang wujudkan Parti Perikatan
tokoh : dato yahya abd. razak dan kolonel H.S Lee.
british adakan pilihanraya kawasan perbandaran KL - perikatan menang
9/12 kerusi
seterusnya perikatan menang di perbandaran johor, muar dan melaka
dari 6 bandar utama, perikatan menang 26/37 kerusi
tunku abdul rahman dan tan cheng lock menguatkan lagi perikatan
perikatan menang 226/268 kerusi - hasil kerjasama antara 2 parti
MIC juga turut serta dalam perikatan menjadikan UMNO-MCA-MIC
Ke arah pemerintahan sendiri
cuba mengadakan pilihan raya majlis bandaran di pulau pinang 1951 dan
di KL 1952
Parti radikal menang 6/9 kerusi
pendedahan mentadbir urus kerajaan telah terbentuk
sistem ahli diperkenalkan - merupakan peringkat separuh kementerian
dan ahli majlis dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan dan kerajaan.
semua anggota ahli dimasukkan ke dalam majlis mesyuarat. - supaya ada
pengalaman eksekutif perundangan
Pilihan Raya 1955
pilihanraya umum pertama - 27.05.1955
UMNO-MCA-MIC membentuk perikatan
pembahagian kerusi
UMNO 38
MCA 12
MIC 2
perikatan menang 51/52 kerusi
tokoh terpenting seperti
dato abd razak hussein
dato sulaiman abd rahman

dr. ismail
kolonel h.s lee
sardon jubir
v.t sambanthan
leong yew koh
ong yoke lin
abd aziz ishak
manefesto perikatan :
berusaha mencapai kemerdekaan dalam 4 tahun
perkhidmatan awam bercorak tanah melayu
tubuh sekolah kebangsaan
melindungi kedudukan raja raja sebagai ketua berperlembagaan
menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun
antara parti yang bertanding semasa pilihan raya pertama ialah :
Parti Buruh
Parti Negara
Parti Progresif Rakyat
Parti Perikatan
Parti Islam Se-Malaya
Rundingan kemerdekaan
parti parti politik menuntu kemerdekaan
rundingan kemerdekaan diadakan di london - 18 januari - 6 februari 1956
mereka yang turut berunding :
tunku abdul rahman (ketua)
datuk abdul razak husein,
kolonel h. s lee
tun dr. ismail abdul rahman
datuk panglima bukit gantang - perak
abdul aziz majid - selangor

datuk nik ahmad kamil - kelantan


datuk mohd seth mohd said - johor
bersepakat mencapai kemerdekaan sebelum ke london
semangat rakyat berkobar kobar menuntut kemerdekaan
ada 2 peringkat proses kemerdekaan :
tahap penilaian - pesuruhjaya tinggi bertindak mengikut nasihat majlis
kerja kecuali hal luar dan pertahanan luar.
menteri menteri tanah melayu mengambil kementerian pertahanan dan
industri
kerajaan dibentuk berasaskan demokrasi berparlimen
tanah melayu menganggotai komanwell
kerajaan memerintah sendiri dalam masa terdekat
kuasa pemerintahan dan kewangan dipegang oleh british akan diserahkan
kepada rakyat tanah melayu
british berjanji memberi kemerdekaan pada 31.08.1957
Suruhanjaya Reid
ditubuhkan untuk mengesyor dan menyusun perlembagaan persekutuan mac 1956
anggotanya
lord reid (hakim inggeris), pengerusi
sir ivor jenning (england)
sir william mckell (bekas gabenor jeneral australia)
tuan b. malik (ketua hakim mahkamah tinggi india)
tuan abd. hamid (pakistan)
antara garis panduannya :
membentuk kerajaan pusat yang kuat
kuasa autonomi negeri mengikut bidang
kedudukan istimewa raja raja melayu
pelantikan ketua negara berperlembagaan
hak istimewa orang melayu kekal, tapi tidak menafikan hak kaum lain
wujudkan satu rupa bangsa

menerima 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan, parti,


raja raja melayu.
memorandum perikatan yang penting
81 kali perjumpaan - laporan siap
rang undang undang diterima, sedikit pindaan
diluluskan oleh majlis undangan persekutuan - julai 1957
Perlembagaan persekutuan tanah melayu yang merdeka
lebih menyerupai perlembagaan british dan india - bersifat parlimen.
ciri-cirinya :
ketua negara bukan politik - nama, yang di-pertuan agong
badan perundangan - 2 dewan - dewan rakyat & negara
perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan badan kehakiman yang
bebas
kedudukan istimewa orang melayu ikut perkara 153 dan kepentingan sah
kaum lain
ditetapkan 1 kerakyatan atas sebab
kelahiran
memenuhi keperluan kediaman
bahasa
ikrar taat setia

NOTA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

5.1

PENGENALAN

Apabila kita sebut merdeka, apakah yang terbayang difikiran anda? Sudah
pasti istilah ini bukan merupakan sesuatu yang asing atau pertama kali
anda dengar. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan merdeka?
Sebenarnya istilah ini mempunyai pengertian yang berbagai-bagai
bergantung kepada keadaan mana ia di rujuk. Bagi individu, apabila
menyebut tentang merdeka, mungkin ia bermaksud kebebasan melakukan
apa sahaja yang di sukai tanpa kongkongan atau bantahan orang lain.

Bagaimana pula jika kita merujuk istilah merdeka dalam konteks sesebuah
negara? Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara
berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang
menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah. Kebebasan bermakna
rakyat negara tersebut berhak mengatur dan memilih corak kehidupan
mereka, seperti mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan
sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah. Setiap negara
yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai pengalaman dan
sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza di antara sebuah
negara dengan negara yang lain.

Seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 4 mengenai semangat


kebangsaan, sebenarnya perjuangan masyarakat tempatan menentang
kemasukan kuasa asing telah bermula sejak pertengahan abad yang ke-16
lagi. Penjajahan kuasa asing bermula di Tanah Melayu dengan kejatuhan
negeri Melaka ke tangan Portugis (1511), kemudian Belanda (1641), dan
seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya menguasai negeri Pulau
Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang
lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negerinegeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam.
Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di
Sabah juga telah berjaya meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada
dengan cara paksa atau membeli wilayah-wilayah berkenaan daripada
pemerintah tempatan. Sesungguhnya kehadiran penjajah telah
mencetuskan tentangan yang hebat di kalangan masyarakat tempatan.
Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir, agama, dan
rakyat biasa akhirnya dapat dipatahkan oleh pihak penjajah akhirnya.
Sungguhpun perjuangan di peringkat awal menentang penjajah ini gagal,

namun ia tetap membuktikan bahawa masyarakat tempatan tidak


menerima kedatangan dan penglibatan kuasa asing dalam negeri mereka.

5.2

PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955

Perkembangan politik di antara tahun 1945 sehingga tahun 1955


memperlihatkan bahawa pihak British mula menunjukkan sikap bertolak
ansur. Seperti yang diketahui, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama
lebih kurang tiga setengah tahun (1942-1945) telah meninggalkan kesan
yang mendalam sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun psikologi
kepada masyarakat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih
penting untuk anda fahami ialah tempoh pemerintahan Jepun telah
menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan
menafikan anggapan selama ini bahawa kuasa Inggeris tidak dapat
dikalahkan.1

Malayan Union yang diperkenalkan oleh Kerajaan British selepas


pengunduran tentera Jepun di Tanah Melayu (1946), telah ditentang habishabisan oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. Orang
Melayu sedar akan kerugian dan bencana yang akan mereka terima
sekiranya Malayan Union dilaksanakan. Kerajaan British yang sedar akan
kebangkitan nasionalisme Melayu, akhirnya tiada pilihan kecuali
menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, British telah
menyatakan bahawa langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri akan
dibuat. Ini menunjukkan bahawa British semakin bersedia untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sungguhpun demikian, anda harus ingat bahawa pada masa tersebut juga
Kerajaan British turut memberikan tumpuan menghapuskan keganasan
komunis. Peristiwa darurat yang berlaku (1948-1960) meninggalkan kesan
yang mendalam kerana ia bukan sahaja menyebabkan banyak nyawa yang
terkorban, tetapi beribu juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk
menghapuskannya. Apabila keadaan menjadi semakin bertambah baik
menjelang tahun 1955, Kerajaan British telah menyakinkan rakyat ke arah
pemerintahan sendiri. Antaranya ialah mengambil beberapa langkah
membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk
demokrasi seperti memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan
pilihanraya. Sehubungan dengan itu, beberapa parti politik ditubuhkan
seperti Malayan Chinese Association (MCA) dan lain-lain yang akan
dibincangkan berikutnya.

5.2.1

Perpaduan Kaum

Sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan Inggeris telah


menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu
terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan.2 Ini
bermakna soal perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan
adanya perpaduan dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh
dilaksanakan. Keharmonian serta keamanan masyarakat dan negara akan
terjamin melalui sokongan padu seluruh rakyat.

5.2.2

Usaha ke Arah Perpaduan

Berhubung dengan persoalan perpaduan kaum, sebenarnya usaha awal


telahpun dilaksanakan oleh Dato Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan
supaya rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh
mewakili semua kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak
ansur di antara satu sama lain. Perbincangan telah diadakan dengan Tan
Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland
Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison
Committee). Jawatankuasa ini yang berasaskan tolak ansur antara politik
Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. Ia
dianggotai oleh 15 orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Penubuhan Jawatankuasa ini
sangat besar ertinya kerana ia dapat memupuk persefahaman di antara
pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu. Persefahaman yang dipupuk
melalui perundingan dan perbincangan yang diadakan oleh tokoh-tokoh
kaum ini boleh menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika
itu.

Selain itu, parti-parti politik juga mengambil inisiatif ke arah mewujudkan


perpaduan kaum. Contohnya, kerjasama UMNO, MCA dan ini diikuti
dengan MIC untuk bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya
membentuk gabungan parti besar yang dinamakan Perikatan.
Perbincangan mengenai pilihanraya akan dibincangkan kemudian.
Sebelum itu, kita tinjau dahulu mengenai pertumbuhan parti-parti politik
menjelang kemerdekaan.

5.3

PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan


kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik.
Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan
proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan
parti-parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan
Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union
merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak
menentang cadangan British tersebut.

Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu


menjelang kemerdekaan.

5.3.1

United Malays National Organization (UMNO)

Dato Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor3 telah
mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh
masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian,
Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah
persatuan Melayu.4Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan
rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO
adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan
orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato
Onn Jaafar. Cadangan Dato Onn untuk membuka keahlian parti kepada
semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh ahliahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato Onn
meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya
diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan
UMNO dari Hidup Melayu kepada Merdeka.5 Di bawah kepimpinan
Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha untuk
mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang
ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO,
MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama
pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.6

5.3.2

Malayan Indian Congress (MIC)

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang
pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan
Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC
bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat
di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah
parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan
menyokong perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat
sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun,
selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih
memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu,
parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang
merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan
bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan
politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga menjadi
saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan
politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang ditubuhkan oleh
DatoOnn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC
kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato Onn tidak berapa
berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti
Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan
daripada orang India di seluruh Tanah Melayu.

5.3.3

Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea
British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British
dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an,
Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai
oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng
Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan
kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Pada
masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk
mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan
kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah
Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama
dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.

5.3.4

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil


rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan
Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.7 PKMM
bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa
Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan penubuhan
UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM
kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan
dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal
bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin
lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah
dibubarkan kemudiannya. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula
Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.

5.3.5

Parti Islam Se-Malaya (PAS)

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama SeMalaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini
jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.8 Persatuan Ulama turut
dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang
diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955
dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi,
dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan
kerakyatan.

5.3.6

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh
Dato Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan
semangat perpaduan kaum untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli
UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato
Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum
ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan
MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan
Cheng Lock juga pernah menyertai Dato Onn. Namun Tan Cheng Lock
yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah
mengecewakan Dato Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah
bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP
menyebabkan Dato Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan
Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955

oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah


terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan
orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian
dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan
ketika itu.9

5.3.7

Parti Buruh

Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja


atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama
ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti
ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd.
Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada
tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat sokongan dari orang ramai
mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam
perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan memberikan
sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu
mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman
politik akibat kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan
rakyat untuk menerima Parti Buruh.10

Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak


(PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR
Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis
Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang
pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan kemudiannya telah
menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal
pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin
oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung
pimpinan Haji Hashim Ghani.

5.4

PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI

Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada


perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri.
Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat
daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an
seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan
Pilihanraya Umum 1955.

5.4.1

Sistem Ahli

Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli


dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan).
Sistem ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan
perpaduan kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa
warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta
diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan
jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.
MENTERI

JAWATAN

1.
Dato Onn bin
Jaafar

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

2.
EEC
Thuraisingham

Ahli Pelajaran

3.

Tunku Yaakob

Ahli Pertanian dan


Perhutanan

4.

Lee Tian Keng

Ahli Kesihatan

5.
Dato
Mahmud Mat

Ahli Tanah, Perlombongan


dan Perhubungan

6.

Ahli Kerja Raya dan


Perumahan

J.D. Mead

7.
J.D.
Hodgkinson

Ahli Perindustrian dan


Perhubungan Sosial

8.

Hal Ehwal Ekonomi

O.A. Spencer

Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos


menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli. Berdasarkan
kepada senarai ahli di atas, di dapati tokoh-tokoh yang dipilih adalah
terdiri daripada semua kaum. Ahli-ahli yang dilantik telah diberi
tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Mereka
merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang menariknya ialah
sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada sekarang di
Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.

Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan


dasar British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi

penduduk Tanah Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang


bakal memerintah di Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini
memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi memilih anggota
perwakilan di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada
demokrasi berparlimen.

5.4.2

Pilihanraya Tahun 1951

Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi


memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis
Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana
pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti
Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan politik
yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang
dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk
mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi
menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi
menganggotai majlis itu. Ternyata bahawa semua tindakan tersebut
dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara
sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

5.4.3

Pilihanraya Tahun 1952

Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula


Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi
dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan
IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan Perikatan UMNOMCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi dua
kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada
tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala
pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang


melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi
pengalaman kepada mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat
pendedahan awal tentang proses pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan
pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan demokrasi semakin
menjadi kenyataan.

5.4.4

Pilihanraya Umum Tahun 1955

Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada


kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan
majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan
telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui
pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh British.
Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan di Tanah
Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British. Bagi
menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan
semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan
persekutuan. Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat.
Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari segi prinsipnya
bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli
yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. Malangnya,
Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan
keputusan British.

British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis


Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti
berikut:

(i)
Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya
dengan seorang dilantik menjadi speaker.
(ii)
Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua
Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.
(iii)

Sebelas orang dipilih mewakili negeri.

(iv)
Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai golongan
dan pertubuhan.
(v)
Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani
dan Ceylon.
(vi)
Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding
dengan parti yang mempunyai majoriti.

Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka


berhubung dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya
ditetapkan pada 27 Julai 1955.

Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan


penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan
tahun yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia
merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi
seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum
terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding
dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.

Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi.


Manakala Parti Negara di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar pula
mempertandingkan 33 buah kerusi, PAS 11 kerusi dan 18 orang calon
bebas juga turut bertanding (lihat Jadual 1). Jika ditinjau daripada jumlah
pengundi dan pembahagian kerusi, 84.2 peratus adalah pengundi Melayu,
11.2 peratus adalah pengundi Cina 11.2 peratus dan 3.9 peratus adalah
pengundi India, menunjukkan kelebihan yang besar bagi pengundi Melayu.
Walaupun begitu, hasil daripada permuafakatan yang wujud, UMNO telah
berkompromi dengan MCA dan MIC dengan membahagikan hanya 35
kerusi (69 peratus), MCA 15 kerusi (28 peratus) dan MIC dua kerusi (tiga
peratus) (lihat Jadual 2). Jelaslah bahawa dalam pembahagian kerusi
tersebut terdapat unsur tolak ansur bangsa Melayu khususnya UMNO
dengan kaum lain.

Jadual 1
Pilihanraya Tahun 1955: Barisan Calon Mengikut Parti
Parti

Melayu

Cina

India

Jumlah

Perikatan

35

15

52

Parti Negara

29

30

Parti Islam
SeMalaya

11

11

Persatuan
Kebangsaan Perak

Parti Buruh

Ikatan Melayu
Perak

Parti Progresif
Perak

Bebas

16

18

Dari segi jumlah pengundi di Tanah Melayu ketika itu, sebenarnya


peruntukan kerusi yang diberi kepada MCA dan MIC melebihi daripada
jumlah yang sepatutnya diterima. Bilangan kerusi ini adalah tidak
memadai berbanding dengan jumlah pengundi bangsa Melayu pada masa
itu. Ini memandangkan 50 daripada 52 kawasan yang dipertandingkan
adalah dikuasai oleh pengundi-pengundi Melayu. Barangkali UMNO
mungkin boleh mencapai kemenangan dalam pilihanraya tersebut tanpa
adanya sokongan daripada MCA dan MIC. Kenapa timbul kenyataan
sedemikian?

Sebenarnya, 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi telah


dimenangi oleh UMNO, manakala 20 peratus lagi dimenangi oleh partiparti lain yang bertanding. Ini menunjukkan bahawa Perikatan yang
diwakili oleh orang Melayu telah membuat pengorbanan yang besar demi
perpaduan masa depan negara. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah
kesudian orang Melayu yang diwakili oleh UMNO membahagikan sejumlah
kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya ini kepada kaum Cina dan
India yang mempunyai peratus pengundi kurang daripada 20 peratus.

Jadual 2
Kedudukan Calon Perikatan dalam Pilihanraya 1955

Parti

Peruntukan
Kerusi

Peratus
Kerusi

Peratus
Pengundi

(%)

(%)

UMNO

35

69

84.2

MCA

15

28

11.2

MIC

3.9

Pada keseluruhannya, Perikatan berjaya memperolehi 51 kerusi daripada


52 kerusi yang dipertandingkan. Daripada 51 kerusi yang dimenangi,
UMNO memperolehi sejumlah 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC dua
kerusi. Manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh Parti PAS di kawasan
Kerian, Perak.11

Pilihanraya 1955 menandakan bahawa proses mewujudkan demokrasi


berparlimen telah menampakkan kejayaan berdasarkan kepada
penyertaan parti-parti politik yang bertanding. Jika ditinjau mengenai
faktor kemenangan Perikatan, jelas menunjukkan bahawa
keistimewaannya terletak bukan sahaja kepada kepimpinan dan kerjasama
antara pelbagai kaum, tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah kerana
Perikatan mempunyai manifesto yang menyeluruh kepada penduduk
Tanah Melayu. Moto Perikatan ialah Menuju Ke arah Kemerdekaan. Di
samping itu, beberapa janji yang lain ialah

(i)
(ii)

Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen.


Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan.

(iii)

Agama Islam sebagai agama rasmi.

(iv)

Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu.

(v)

Mengubahsuai undang-undang kerakyatan.

(vi)

Peningkatan taraf ekonomi Melayu.

(vii)

Menjalinkan hubungan antarabangsa.

(viii)
(ix)
(x)

Hak asasi manusia.


Sistem pendidikan kebangsaan.
Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.

Di samping, itu Parti Perikatan juga berjanji untuk menamatkan darurat


secepat mungkin, melalui penawaran pengampunan kepada pengganas
komunis yang majoritinya terdiri daripada bangsa bukan Melayu,
khususnya Cina. Ini terbukti dengan adanya proses rundingan pihak
kerajaan dengan pemimpin komunis, iaitu Rundingan Baling sejurus
selepas Pilihanraya 1955. Manifesto Perikatan ini merupakan hasil tolak
ansur dan kerjasama bersepadu semua kaum dalam usaha
mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan.

Jadual 3
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Menteri dan Menteri

Tunku Abdul

Dalam Negeri

Rahman

Menteri Pelajaran

Dato Abdul
Razak Hussein

Menteri Hasil Bumi

Dr. Ismail A.
Rahman

Menteri Pengangkutan

Kolonel H.S. Lee

Menteri Tanam-Tanaman

Abdul Aziz Ishak

Menteri Kesihatan

Leong Yew Koh

Mengeri Buruh

V.T. Sambanthan

Menteri Kerja Raya

Sardon Jubir

Menteri Kerajaan Tempatan &


Perumahan

Sulaiman Abdul
Rahman

Menteri Perhubungan, Pos


dan Telekom

Ong Yoke Ling

Kemenangan Perikatan telah memberikan peluang untuk mempunyai


bilangan wakil yang besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan
Persekutuan dan seterusnya membolehkan mereka menubuhkan sebuah
kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Kabinet
yang pertama berjaya dibentuk seperti yang tertera di dalam Jadual 3.
Sementara itu, portfolio yang lain seperti Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan
Pertahanan masih dipegang oleh pegawai British.

5.5

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada


tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan
bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan
tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut
kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan
tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang
dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA
dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu
sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan
sebuah pemerintahan sendiri.

5.5.1

Rundingan ke Arah Kemerdekaan

Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam tempoh


yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan reaksi
yang positif.12 Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya
di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk
berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam
tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.13 Kenyataan Tunku Abdul Rahman
telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor
merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah
Melayu:

Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi


dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera
kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar?
Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada
hari ini.14

Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja,


Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga
menimbulkan masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan
kemerdekaan. Konflik ini timbul kerana berlaku pertentangan dari segi
kekuasaan dan kedaulatan, sama ada di pihak raja yang mewakili
kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak lagi mendapati
pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi
wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO
akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil
di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

5.5.2

Misi Kemerdekaan ke London

Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang
wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman. Ia bertujuan untuk berunding dengan pegawaipegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari
1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil daripada rundingan tersebut,
Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Sebelum
bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah berjaya
mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah tentu

memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak British


diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu

(i)
Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31
Ogos 1957;
(ii)
Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan
menjalankan pemerintahan secara demokrasi;
(iii)
Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British
juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini; dan
(iv)
Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

Sementara itu, jawatan-jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah


Gerakan akan digantikan dengan jawatan-jawatan Menteri Kewangan dan
Menteri Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan. Kerajaan British
juga akan membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang
akan diberhentikan berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

5.5.3

Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan


oleh Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang
lain terdiri daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari
India, dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah
diminta mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan
demokrasi berparlimen. Dalam persidangan pertama yang diadakan pada
bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-pertubuhan,
orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum
bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan:

(i)
(ii)
(iii)

Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen;


Menjamin kedudukan Raja-raja;
Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja Melayu,

(iv)
Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa
banyak menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; dan
(v)
Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu
kerakyatan yang sama.

Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang


perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja
Melayu. Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua
daripadanya dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan
Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo Perikatan yang dihantar
pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya atas sifat
tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan bahawa memo
tersebut sebagai satu pakatan murni iaitu persetujuan secara bertolak
ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.

Terdapat lima perkara utama di dalam pakatan murni iaitu unsur tolak
ansur UMNO dari segi kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang
Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.
Berikut adalah antara kandungannya:

(i)
(ii)

Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme)


Nama negara: UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya)

(iii)
Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan
Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi.
(iv)

Penerusan Majlis Raja-raja.

(v)
Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)

Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa.


Kedudukan Islam sebagai agama negara.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Takrif Melayu.15

Dua perkara penting dalam pakatan murni, iaitu pengekalan empat unsur
tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa, Agama, kedudukan Raja-raja
Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Manakala bagi orang
bukan Melayu pula, mereka mendapat keistimewaan apabila pemimpin

UMNO bersetuju memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan


mengikut tempat lahir.

Sungguhpun memorandum ini digubal bersama oleh UMNO, MCA, dan MIC,
tetapi tidak bermakna ketiga-tiga pihak ini bersetuju dengan semua
perkara yang dikemukakan. Misalnya, persetujuan tidak dicapai mengenai
pemberian taraf kerakyatan kepada individu yang lahir pada atau selepas
hari merdeka, yang ibu bapanya adalah warganegara asing dan soal
penggunaan bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil dalam tempoh 10 tahun
selepas merdeka.16 Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah
Melayu misalnya, tidak bersetuju dengan peruntukan kedudukan istimewa
orang Melayu dan kegagalan menjadikan bahasa Kuo Yu sebagai salah
satu bahasa rasmi di negara ini.17 Bagi Persatuan Dewan Perniagaan Cina
SeMalaya pula, mendakwa prinsip jus soli tidak berfaedah kepada mereka.
Malah mereka merayu supaya dikurangkan tempoh kelayakan
bermastautin dari sepuluh tahun kepada lima tahun. Bagi yang melalui
proses permohonan, dicadangkan pemansuhan ujian bahasa. Selain itu,
mereka juga menuntut kesamarataan antara bahasa Melayu, Inggeris,
Cina, dan Tamil.

Sementara Dewan Perniagaan Melayu menyarankan supaya undangundang kewarganegaraan Persekutuan tidak harus dilonggarkan
sehinggalah golongan bukan Melayu dapat membuktikan ketaatsetiaan
mereka kepada Tanah Melayu. Persatuan Tamil Seluruh Malaya mendesak
supaya seluruh keturunan Tamil yang dilahirkan di Tanah Melayu wajar
diberikan kewarganegaraan secara automatik. Manakala bagi pejuangpejuang UMNO yang menentang pula berpendapat UMNO terlalu banyak
mengalah terutama dalam hal-hal kerakyatan. Ini kerana orang yang
berkelayakan boleh menjadi rakyat dan menikmati hak-hak sebagai rakyat
Tanah Melayu dengan begitu mudah dan seterusnya boleh menghasilkan
kesan serta merta kepada bangsa Melayu. Sementara undang-undang
mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam pekerjaan,
pelajaran, dan peluang peniagaan tidak memberi hasil yang serta merta
seperti hak kerakyatan, jika dibandingkan dengan apa yang didapati oleh
orang Cina dan India dasar melalui jus soli. Ini kerana orang Melayu
bimbang dengan dasar jus soli kerana akan mengurangkan kuasa politik
secara beransur-ansur dan cengkaman politik bangsa Melayu dicabar oleh
bangsa asing.

Pada keseluruhannya, Suruhanjaya Reid telah mengadakan sebanyak 118


persidangan dari bulan Jun sehingga bulan Oktober 1956. Setelah
diumumkan, Parti Perikatan dan beberapa pihak lain telah menyatakan
tentangan mereka berkenaan dengan pemberian dua kerakyatan kepada

rakyat Komanwel. Misalnya seseorang itu pada masa yang sama boleh
menjadi rakyat India dan juga rakyat Britain serta tanah jajahan yang lain,
sungguhpun mereka menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada negeri yang ia tinggal. Perikatan menuntut kerakyatan yang
tunggal. Terdapat suara-suara yang mahukan supaya Melaka dan Pulau
Pinang dikekalkan di bawah jajahan British, iaitu terasing dari Tanah
Melayu yang merdeka. Ia datang daripada Persatuan British Cina NegeriNegeri Selat. Isu lain yang ditentang ialah berkenaan dengan kedudukan
istimewa orang Melayu juga tidak sepenuhnya kerana Suruhanjaya ini
mencadangkan ia dikaji semula selepas 15 tahun dengan tujuan ia ditarik
balik secara beransur-ansur. Cadangan ini ditentang hebat oleh UMNO.

Akhirnya rangka perlembagaan dikaji semula dan perlembagaan merdeka


yang baru dibentuk hasil daripada rumusan dan pandangan sebuah
jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada 1 Mei 1957, jawatankuasa
tersebut siap menyemak Laporan Reid serta membuat beberapa pindaan.
Rundingan terakhir jawatankuasa kerja diadakan di London dan bersetuju
dengan Rang Perlembagaan yang dibentuk sebagai Perlembagaan Tanah
Melayu yang merdeka.
Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah
ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British
bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957.
Dalam tahun itu juga Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan
Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

5.5.4

Pengisytiharan Kemerdekaan

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai


tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di
Padang Kelab Selangor. Upacara dimulakan dengan menurunkan
bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah
Melayu. Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan
Tanah Melayu.

Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui
pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil
Ratu Elizabeth.

Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang
Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum
Yamtuan Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang
pertama. Di samping itu, ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima
menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September
1957.

5.5

KESIMPULAN

Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos


1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun.
Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan
rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa
terikat lagi kepada kuasa asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah
melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula
telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga
mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau
bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus
soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari
tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu
telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk
tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau
pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh
setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan
hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat
Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

You might also like