Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Frog VLE : Teknik Super Simple

Untuk Beri Latihan Kepada Murid


Tanpa Perlu Menanda Buku!

Assalamualaikum sahabat!
Beberapa hari yang lalu, saya terbaca post yang ditulis oleh teman
saya, Cikgu Normie tentang kaedah membina soalan ringkas dalam 10 minit
di pelantar Frog Vle. Saya merasakan idea beliau dalam melaksanakan
kaedah ini amat kreatif dan saya sendiri tidak pernah terfikir tentang ini. Bagi
saya, teknik yang diberikan amat bermanfaat terutama bagi guru-guru yang
sentiasa sibuk seperti saya. Ikuti tutorial yang saya berikan di bawah ini.
1. Saya percaya, sebagai guru, terdapat banyak bahan-bahan latihan / kertas
peperiksaan untuk murid-murid yang telah kita buat dan pastinya ramai yang
masih menyimpan bahan-bahan tersebut tidak kira di dalam pendrive
mahupun di dalam komputer masing-masing. Selain itu, anda juga boleh
membuat carian di google search/image. Bahan-bahan dalam bentuk
dokumen Word juga boleh digunakan untuk ini. Bahan dalam bentuk
dokumen Word perlulah ditukarkan kepada bentuk .jpg terlebih dahulu. Walau
bagaimana pun, aplikasi Microsoft Word tidak membenarkan dokumen
disimpan dalam bentuk .jpg. Jadi langkah pertama yang anda perlu buat ialah
dengan menyimpan bahan/dokumen word tersebut sebagai pdf.

Buka fail dokumen tersebut, kemudian, klik save as, pilih pdf.
2. Apabila fail pdf sudah wujud, layari www.pdf2jpg.net untuk menukarkan fail
berbentuk pdf yang dibuat tadi kepada format .jpg Setelah berjaya menukar
format pdf ke .jpg, sila download bahan tersebut ke dalam komputer anda.

3.

4. Pastikan anda memilih 'layout' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di


bawah. Gunakan 2 widget sahaja iaitu Widget Media dan Widget Form.
Widget Media di drag masuk ke kotak nombor 1 manakala Widget Form di
drag masuk ke kotak nombor 2. Abaikan kotak nombor 3 dan 4. Biarkan
sahaja ia kosong.

5. Untuk Widget Media, klik pada button Upload untuk memuatnaik latihan
yang sudah ditukar ke bentuk .jpg tadi.

6. Untuk Widget Form, Pilih 'New Form', pilih 'Single Line'. Kemudian, taipkan
nombor soalan. Untuk Widget Form, dicadangkan untuk gunakan 'Single Line'
sahaja supaya murid-murid dapat menaipkan jawapan mereka di dalam kotak
yang diberikan. Anda juga boleh ke FrogDrive - Forms - dan sediakan form
terlebih dahulu dan kekalkannya di FrogDrive, jadi, Form (borang jawapan) ini
boleh digunakan berulang kali selepas ini dengan hanya menggunakan
widget yang sama, iaitu widget Form, dengan menekan butang 'Import Form'
sahaja.

7.

8. Berikut adalah kaedah untuk membuat perkongsian dengan murid-murid.


Klik pada Butang Share, kemudian pilih samada anda mahu share sebagai
site atau assignment. Saya memilih untuk share sebagai assignment.

Jangan lupa masukkan tarikh akhir penghantaran tugasan jika di kongsikan


sebagai 'assignment'. Akhir sekali klik butang 'Assign'.

9. Setelah murid-murid menjawab soalan yang diberikan, guru boleh


menyemak siapa yang sudah menyiapkan tugasan dan apakah jawapan
mereka dengan menekan butang 'Site', kemudian klik pada 'Data Viewer'.
Klik pada Form dan segala maklumat dan jawapan akan terpapar. Sekiranya
anda memerlukan data tersebut dalam bentuk hardcopy untuk dimasukkan
ke dalam buku ringkasan mengajar misalnya, anda boleh download dan print
data tersebut. Tidak perlu lagi mengadap bertimbun-timbun buku. Hanya
dengan sehelai kertas, semua jawapan murid akan terpapar. Buat
perbincangan soalan dengan murid-murid untuk pengukuhan. :)

Kredit kepada Cikgu Normie kerana dapat membuka minda saya tentang
mudahnya menggunakan Frog VLE. Ianya umpama suntikan semangat
kepada saya untuk terus menggunakan pelantar tersebut!
Nota Kaki: Adalah lebih baik untuk kita mencipta latihan sendiri untuk murid
kita. Bukanlah nak kata tak boleh ceduk bahan orang lain, tetapi, mencipta
sendiri adalah lebih baik dan percayalah, kepuasan yang anda dapat selepas
itu adalah lebih berbaloi! Good luck! :)

You might also like