Faedah Sektor Pelancongan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Faedah- faedah memajukan industri pelancongan

Negara kita semakin pesat membangun. Pelancongan merupakan salah


satu industri perkhidmatan yang mendorong pembangunan negara kita. Setiap
tahun bilangan pelancong yang datang ke negara kita semakin meningkat. Ini
kerana negara kita mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tentulah,
pelbagai faedah dapat diperoleh dengan memajukan industri pelancongan.
Pendapatan negara akan meningkat dengan memajukan industri
pelancongan. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang terbesar
kepada pendapatan negara. Misalnya, pelancong membelanjakan sejumlah wang
yang besar untuk menyewa hotel, membeli makanan, membeli barangan
cenderamata, dan lain- lain. Jelaslah bahawa, sektor pelancongan ialah penjana
ekonomi yang utama di negara kita.
Selain itu, kemajuan infrastruktur juga merupakan salah satu kesan
kemajuan industri pelancongan. Tamsilnya, pembangunan infrastruktur di
kawasan terpencil akan dibangunkan. Ini kerana, pelancong gemar berada di
kawasan yang jauh dari kesibukan. Pembangunan infrastruktur ini dibina untuk
keselesaan pelancong. Antaranya ialah perkhidmatan telekomunikasi, jalan raya,
tempat penginapan seperti hotel dan chalet disediakan oleh pihak pemaju.
Benarlah bahawa kemajuan industri pelancongan akan menyebabkan kemajuan
infrastruktur secara tidak langsung.
Selanjutnya, perkembangan industri kraf tangan juga merupakan salah
satu faedah kemajuan industri pelancongan. Industri kraf tangan berkembang
kerana pelancong pasti akan membeli cenderamata untuk rakan atau keluarga
mereka. Mereka juga akan membeli cenderamata sebagai kenangan. Oleh itu,
tentulah mereka menghendaki sesuatu yang unik. Kraf tangan seperti kain batik,
seramik, kaca dan juga ukiran kayu dibawa dari negara kita ke negara mereka.
Ini akan memperkenalkan Malaysia ke serata dunia. Bak kata pepatah, belayar
sambil memapan, merapat sambil melayar, kita dapat memperkembangkan
industri kraf tangan akan maju jika industri pelancongan dimajukan.
Peluang pekerjaan juga akan bertambah jika industri pelancongan
dimajukan. Amsalnya, lebih banyak pemandu teksi dikehendaki untuk memandu
teksi yang berfungsi sebagai perkhidmatan utama untuk sektor pelancongan.
Bukan itu sahaja, kini negara kita memerlukan lebih banyak pemandu bas,
pemandu teksi, pengusaha kedai dan lain- lain. Ini akan mewujudkan peluang
pekerjaan. Pendek kata, peluang pekerjaan akan bertambah jika industri
pelancongan diwujudkan.
Akhirulkalam, kerajaan harus berganding bahu dengan pihak- pihak lain,
bagai aur dengan tebing, untuk memajukan industri pelancongan. Kerajaan
harus melaksanakan langkah- langkah ynag sepatutnya untuk memajukan
industri pelancongan. Ini kerana negara kita sedang menghadapi pertandingan
yang sengit dari negara lain.

You might also like