Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SUMBANGAN BLOOMFIELD

Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori


behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi
dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa
sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala
unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak
dan dikeluarkan apabila adanya ransangan. Bloomfield mengatakan
bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur.
Bloomfield lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai

objek

kajiannya. Hal ini telah menyebabkan wujudnya linguistik deskriptif.


Bloomfield merupakan salah seorang pelopor teori berasaskan
Behaviorisme yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia
dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan
mewujudkan tindak balas (respons).
Peristiwa bahasa berada di luar manusia. Penyataan ini berasaskan
analisis bahasa melalui teori StimulusRespons. Aliran Bloomfield
terus berkembang dan kemudiannya telah mewujudkan aliran
baharu yang dinamakan tagmemik.
Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya ransangan atau stimulus, maka bahasa juga dapat
dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap ransangan itu.
Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya,
iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan
kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal.
Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

RUJUKAN
http://documents.tips/documents/tokoh-linguistik.html
http://upsidet.blogspot.my/2013/02/linguistik_23.html
http://ratusulaman.blogspot.my/2009/02/sejarah.html
https://www.academia.edu/4136346/PENGENALAN

You might also like