Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 60

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH

ZAMAN GELAP
Pengenalan
Zaman gelap merupakan zaman kemunduran Eropah setelah kejatuhan Rom Barat pada tahun
476 Masihi. Zaman ini berlangsung lebih kurang 1000 tahun iaitu dari abad ke-5 Masihi hingga
abad ke-15 Masihi. Zaman gelap ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu peringkat awal pada
tahun 476-1050 M, peringkat kemuncak iaitu pada tahun 1050-1300 M dan peringkat akhir
yang berlansung selama 150 tahun iaitu bermula pada tahun 1300 sehingga pada tahun 1450
Masihi.
Eropah pada masa itu telah dilanda nasib yang malang dari segala aspek. Selain itu, Zaman
Gelap juga dicirikan oleh perpecahan politik, kemerosostan ekonomi dan konkongan agama
Kristian secara belebihan kepada masyarakatnya. Pada masa yang sama juga mereka telah
diserang oleh orang gasar (Barbarian) dan dilanda pelbagai penyakit (Jayaudin
Jamaudin.:2002:39).
Zaman Gelap ini juga telah mengakibatkan perpecahan Rom akibat serangan oleh orang-orang
gasar. Ini mengakibatkan kejatuhan Rom Barat ke tangan orang gasar sementara Rom Timur
(Byzantium) masih berdiri teguh sebagai satu empayar yang kuat. Perpecahan empayar ini
bermula ketika pemerintahan Diocletian (284-305M) yang membahagikan empayarnya kepada
dua iaitu Rom Barat dan Rom Timur (Ferguson dan Bruun.:1960:112).
Zaman gelap ini merupakan permulaan kepada satu zaman yang di kenali sebagai Zaman
Pertengahan. Zaman Pertengahan ini merupakan asas kepada satu anjakan paradigma kepada
bangsa Eropah sehingga ke hari ini. Pada akhir Zaman Pertengahan ini munculnya Zaman
Rennaissance pada tahun 1350-1600 M.
PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH
ZAMAN GELAP
Ciri-Ciri Zaman Gelap
Terdapat beberapa ciri yang membuktikan kemunculan Zaman Gelap. Satu daripadanya ialah
kemerosotan dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan dan perbandaran. Pada masa yang sama,
dunia Islam sedang berkembang dengan pesatnya. Dalam dunia Islam, muncul kerajaankerajaan yang agung seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Oleh itu, keunggulan dunia Islam telah banyak memberi inspirasi kepada bangsa Eropah.
Masyarakat Eropah pada masa itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang dipimpin
dan golongan yang memimpin. Golongan pemimpin dikenali sebagai raja dan bangsawan.
1

Kaum bangsawan yang diberikan tanah kekuasaan raja dan berkhidmat kepada raja dikenali
sebagai 'Vassal'. Di bawah vassal ini terdapat juga kaum bangsawan kedua dan juga kaum
bangsawan ketiga; (Jayaudin Jamaudin.:2002:39). Kuasa raja juga telah didapati berkurangan.
Kuasa itu telah diagihkan kepada kalangan tuan besar/tanah (Lords) yang mempunyai
keistimewaan dan kekebalan. Hanya raja-raja yang berkuasa besar seperti Carolingians yang
pertama (Carolingians I) boleh menyatukan mereka; (Wan Abdul Rahman Latif et
al.:1996:156).
Setelah kuasa Rom runtuh, pentadbiran wilayah-wilayah juga tidak teratur. Keadaan ini telah
membawa kepada kemunculan satu kuasa yang digelar Baron ataupun tuan tanah. Keadaan
hidup yang tidak menentu mengakibatkan para petani terpaksa meminta perlindungan daripada
tuan tanah. Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan, para petani terpaksa
membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah. Bagi para petani yang tidak mampu untuk
membayar cukai tersebut, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka lalu menjadi hamba
kepada baron.
Jika tuan tanah memberikan perlindungan kepada para petani, tuan tanah pula meminta
pertolongan daripada golongan raja. Perhubungan yang ringkas ini telah menjadi asas kepada
sistem yang dipanggil 'Sistem Feudal'. Sistem feudal di Eropah mempunyai persamaan dengan
sistem yang diamalkan pada Zaman Kesultanan Melaka. Raja pada zaman itu merupakan
penaung sesebuah negara. Raja-raja di negara kita memiliki tanah secara mutlak. Golongan
pembesar pula berkhidmat untuk pihak raja. Rakyat biasa juga turut memberikan perkhidmatan
kepada golongan pembesar dan ada juga dikalangan mereka hamba kepada golongan pembesar
ini.
Berbalik kepada sejarah Eropah, satu lagi ciri Zaman Gelap ialah kekuasaan kuasa Gereja
Katolik. Pada masa itu, gereja Katolik merupakan satu kuasa yang berpengaruh dan amat kaya.
Namun, pihak gereja hanya menekankan ilmu yang berkaitan dengan keagaman ilmu
keakhiratan sahaja. Pengaruh agama ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuklah
menyediakan kemudahan pendidikan. Dengan itu, pihak gereja telah mengongkong rakyat
jelata. Kesan pengaruh agama Kristian yang ketara apabila masyarakat menerima apa yang
disuruh tanpa usul periksa. Biarpun begitu, dikalangan pihak gereja, sikap pentingkan diri
berlaku dalam bentuk kemewahan hidup. Amalan rasuah dikalangan mereka juga berlaku;
(Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:92).
Pada Zaman Pertengahan pula, perdagangan tidak berlaku dengan meluas. Ini adalah kerana
kawasan perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh orang gasar (Barbarian) seperti
Viking dan Magyar. Selain itu, kawasan laut Mediterranean pada masa itu telah dikuasai oleh
orang Islam. Justeru, orang Eropah tidak dapat belayar jauh dan hanya menumpukan kepada
sector pertanian. Perniagaan pada masa itu berasaskan sistem barter iaitu sistem pertukaran
barang dan matawang pada masa itu amatlah terhad.
Setelah Zaman Pertengahan berakhir, Zaman Moden Eropah pun bermula pada tahun 1500.
Organisasi sosial Eropah turut berubah dengan kemerosotan sistem feudal. Peningkatan hasil
dalam sektor pertanian, pertumbuhan bandar dan perluasan sektor perusahaan telah memberi
peluang kepada golongan 'serf' bebas daripada belenggu tuan tanahnya. Melalui perkembangan
2

sektor ekonomi yang berasaskan wang, muncul satu golongan baru yang dikenali sebagai
usahawan. Ini telah mengurangkan pengaruh sistem masyarakat feudal; (Jayaudin
Jamaudin.:2002:40).
Zaman di antara Zaman Renaissance dan Zaman Gelap dikenali sebagai Zaman Kemuncak
Pertengahan. Pada waktu ini, gereja telah kembali menjadi institusi yang universal dan agen
penyatuan. Peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan telah membawa
kepada munculnya bandar-bandar seerti Venice, Milan dan Florence. Kelas pertengahan seperti
artisan, pedagang, dan ahli perbankan telah wujud dan perubahan dari segi politik dapat dilihat
apabila rakyat mula terlibat dalam bidang ini.
PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH
ZAMAN GELAP
Kronologi Sistem Feudal
Tahun
Peristiwa
Lewat Kejatuhan Kerajaan Rom telah membawa kepada kejatuhan sistem perundangan di
400s Eropah Barat.
Sistem feudal mula bergerak di kalangan orang Perancis berdasarkan penyusunan
semula tanah dan pertahanan. Ancaman orang Islam di Sepanyol telah
700s
mengakibatkan sistem ini semakin merebak.
Golongan Vassal dipaksa menyediakan askar kepada tuannya.
1066 Kaum Norman membawa sistem feudal ke England dan memperkembangkannya.
Sudah menjadi kebiasaan pada masa itu dimana anak lelaki pertama akan mewarisi
1100
semua harta kepunyaan bapa mereka.
Sistem feudal menjadi lebih rumit dengan hubungan antara vassal dan lord dan
1200s
hubungan lord dengan raja.
Raja John telah menandatangani perjanjian Magna Carta yang mengehadkan kuasa
1215
raja di England.
Simon de Monford seorang baron telah memanggil rakyat biasa dan ahli gereja
1265
yang akhirnya menempa sejarah sebagai persidangan Parlimen pertama di England.
1300s Kuasa bangsawan (Knight) semakin berkurangan.
(Anita Ganeri et al.:2000:87).
PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH

ZAMAN GELAP
Kehidupan di Zaman Gelap
Kehidupan pada Zaman Gelap boleh dibahagikan kepada lima iaitu kehidupan di Gereja,
Zaman Feudal, Kehidupan di istana, Perang Salib dan Bandar Madieval.
Kehidupan Di Gereja
Di dalam zaman Gelap, lelaki dan wanita menghambakan diri mereka kepada pihak gereja.
Mereka bekerja, beribadat dan belajar di gereja. Di seluruh Eropah, gereja dijadikan pusat
perkembangan ilmu dan sastera. Lelaki dan wanita yang menjadi paderi amat patuh pada
peraturan kehidupan yang telah ditetapkan pada tahun 500s. Paderi perempuan sepatutnya
seorang yang miskin, tidak berkahwin dan jujur. Paderi lelaki pula hendaklah seorang yang
botak, memakai jubah, dan tinggal bersama dengan masyarakat di gereja.
Ketua gereja lelaki dikenali sebagai Abbot; seorang yang mempunyai estet yang besar dan
kadangkala mempunyai panglima yang tersendiri. Ketua paderi perempuan pula dikenali
sebagai Abbes. Paderi menjalani kehidupan mereka dengan menghabiskan masa mereka
beribadat kepada Tuhan, sebanyak lapan kali sehari. Paderi-paderi lelaki makan dan minum
bersama di ruang makan dan bekerja di ladang mahupun di bengkel. Pekerjaan mereka ialah
menyediakan segala keperluan yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti memasak
roti, keju, dan makanan mereka sendiri. Perkara ini amat penting untuk mengelakkan mereka
keluar daripada gereja mereka.
Mereka juga menjaga orang yang sakit, memberi makanan dan perlindungan kepada
pengembara dan menyalinkan kitab-kitab yang diwarnai dengan warna-warna yang cantik
termasuklah ilustrasi. Kitab-kitab yang telah siap dibukukan akan disimpan diperpustakaan
untuk tujuan kajian oleh paderi-paderi yang lain. Kitab-kitab ini juga dijadikan sumber rujukan
bagi universiti; (Anita Ganeri et al.:2000:84-85).
Tahun
Lewat 400s
480-550
500s
529
597
820
910

Peristiwa
Kehidupan di biara yang ringkas telah dijumpai di Ireland, dimana paderipedari tinggal berkumpulan di rumah-rumah kecil.
St. Benedict of Nursia menjumpai kehidupan paderi lelaki yang pertama pada
tahun 529.
St. Colombia menjumpai biara di Kepulauan Iona.
Rumah pertapaan orang Eropah pertama dijumpai di Italy (Monte Cassino).
St. Augustine menemui Biara Inggeris yang pertama di Canterbury.
Rancangan untuk menentukan Abbey yang baik telah berkembang di seluruh
Eropah dan mengubah kepimpinan di biara.
Cluniac Order telah dijumpai
4

966

Mont St. Michel di Peranchis telah dibina oleh ahli agama.


Edward The Confessor (Paderi Edward) telah menemui Westminster Abbey
1042
yang pertama di England.
1084
Order of Carthusian telah dijumpai.
1098
Cistercian Order telah dijumpai.
Hospital pertama di biara telah dijumpai oleh Knight St. John yang bertindak
1100
sebagai tempat perlindungan bagi pendakwah agama Kristian yang dalam
perjalanan ke Tanah Suci (Holy Land).
1119
Order of Knight Templar telah dijumpai.
1170-1221 Kehidupan Domingo de Guzman, paderi friar Dominican.
1181-1226 Kehidupan St. Francisof Asisi, pengasas paderi friar Francis.
Lewat 1100s Universiti Paris telah dikenal pasti.
1189
Teutonic Knight telah dijumpai di Baitulmaqdis (Jurussalem).
Kehidupan Paderi St. Thomas Aquinas, salah seorang paderi pada Zaman
1225-1274
Pertengahan.
1249
Kolej Oxford yang pertama telah dijumpai.

Kehidupan di Istana
Istana merupakan lambang kebesaran dan kemegahan sesebuah kerajaan. Sebuah kubu batu
yang kuat merupakan sebuah landskap yang biasa yang dilihat di sekitar Eropah dan Asia
Timur pada Zaman Pertengahan.
Istana Madieval pertama merupakan sebuah rumah yang berada di bukit-bukit dan mempunyai
pagar disekelilingnya yang diperbuat daripada kayu. Istana seperti ini dibina oleh golongan
Norman, pendatang England yang lebih awal dari pembinaan kubu Saxon dan Rom. Istana ini
kemudiannya diperbesarkan dan diperkuatkan dengan saliran air, dinding batu yang dikawal di
menara dan pusat pengumpulan yang dikenali sebagai keep. Istana juga sering dibina
dikawasan puncak bukit, pelabuhan, di pesisir sungai dan ditepi-tepi jalan raya.
Istana Madieval merupakan istana persendirian untuk raja ataupun tuan tanah. Di dalam
istananya inilah, mereka akan berasa selamat lalu membolehkan mereka merancang strategi
untuk menentang musuh. Istana juga bertindak sebagai tempat tinggal walaupun pada awalnya
istana merupakan sebuah tempat yang sejuk, tertutup dan tiada sistem pengudaraan yang baik.
Pada laman utama, tuan rumah dan tetamunya sering berpesta dengan dihidangkan makanan
yang enak-enak belaka yang disajikan oleh orang gajinya. Pada waktu malamnya pula, semua
orang di istana akan tidur di lantai berdekatan dengan sumber haba kecuali tuan rumah dan
isterinya yang akan tidur di sebuah bilik persendirian yang digelar "solar".
Istana ini akan dikawal oleh askar-askar persendirian tuan rumah ini. Mereka terdiri daripada
askar pejalan kaki dan penunggang kuda. Mereka akan dilatih bermain pedang, lembing dan
kapak. Sekiranya istana mereka diserang, tuan rumah tidak perlu bimbang kerana askar-askar
yang telah dilatih akan berusaha untuk mempertahankannya. Namun peperangan akan
5

mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan. Oleh itu, tembok istana akan dibina
dengan tebal supaya dapat menampung serangan meriam. Penggunaan meriam ini telah
bermula sekitar tahun 1500s; (Anita Ganeri et al.:2000:84-85).
Tahun
500
800s
950
1000s
1078
1100s
1142
1150-1250
1180s
1200s
1205

Peristiwa
Kerajaan Byzantine membina sebuah istana batu yang kuat dan memagari
bandarnya dengan tembok yang kuat.
Negara Arab membina istana di Timur Tengah dan Utara Afrika.
Antara istana yang terawal di Eropah di bina di Doue-la-Fountaine, Anjou,
Perancis.
Normans mengusahakan istana di bukit.
William (I) mula membina Tower of London, England.
Batu masih lagi menjadi bahan utama dalam pembuatan istana.
Pejuang Perang Salib memasuki Krak des Chevaliers di Syria.
Beribu-ribu istana telah dibina di German.
Istana yang dilengkapi dengan menara telah dibina.
Askar-askar Perang Salib kembali ke Eropah dan membawa balik lakaran
istana yang pernah mereka pergi.
Istana Krak des Chevaliers dibina semula oleh pihak bangsawan (Knight).

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


ZAMAN RENAISSANCE
Pengenalan
Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. Renaissance
yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah
disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga
merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani di Eropah.
Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975:
"Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M.
Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga
pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43).
Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17.
Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi dunia untuk
membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan
zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang
sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka telah berjaya
mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru yang dikemukakan oleh mereka
sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang
dapat difahami oleh pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184-185).
Selain itu, perkembangan intelektual dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak
kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur
Tengah, Eropah Selatan dan Timur.

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


ZAMAN RENAISSANCE
7

Zaman Kegemilangan Renaissance


Asas paling penting yang merujuk kepada zaman ini ialah penonjolan kepada keupayaan
manusia berfikir untuk menyelesaikan masalahnya. Pemikiran lebih dikenali sebagai
humanisme. Tokoh humanisme yang terkenal ialah Francesco Petrarch. Petrarch telah
memuji karya klasik dan puisi Latin dan menyeru orang sezamannya agar mengkaji karyakarya klasik dan memperbaiki bahasa Latin dan akhirnya beliau telah menjadi seorang sarjana
yang masyhur di Eropah; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:1895). Tokoh-tokoh lain yang
terkenal adalah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio. Semangat inkuiri atau
semangat ingin tahu yang kuat juga merupakan semangat yang wujud pada waktu itu.
Zaman Renaissance bermula di Itali pada kurun ke-14 dan berkembang ke Eropah pada akhir
kurun ke-17. Di Itali, muncul bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan
dan bandar-bandar ini dijadikan pusat perdagangan antarabangsa. Kedudukan Itali yang
strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean menjadikan Itali muncul sebagai
persimpangan utama dan seterusnya melangkah sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Bandar-bandar ini juga menjadi pusat perkembangan idea baru kerana di situlah berlaku
pertembungan budaya, bahasa dan agama; (Christine Parsons dan Leanne Wilson.:1996:107108).
Aktiviti perdagangan yang berlaku di Itali telah membawa pedagang-pedagang kaya datang
berdagang disini. Kumpulan ini akhirnya dikenali sebagai 'patron'. Antara patron yang
terkenal ialah keluarga Medici di Florence. Golongan ini telah menarik para cendekiawan dan
seniman untuk memajukan bandar mereka. Pada waktu yang sama, para cendekiawan dan
seniman ini bermusafir dari bandar ke bandar untuk mencari ilmu pengetahuan dan
menyiapkan tugasan. Justeru, tugas penyebaran ilmu telah berlaku diseluruh Itali.
Paus di Rom turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Penguasa Gereja
mencemburui pencapaian bandar serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici di Rom.
Mereka juga menaruh harapan untuk mencantikkan bandar Rom seperti di Florence. Namun,
mereka tidak bersedia untuk menampung ahli sains dan ahli matematik kerana bimbang
golongan ini akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh pihak Gereja. Seperti yang kita
ketahui, para saintis lebih menekankan penekanan dalam kaedah pemerhatian dan
penggunaan akal dan logik dalam sesuatu fenomena alam. Sebaliknya, pihak Gereja lebih
menekankan penjelasan tradisional. Perselisihan pendapat ini dapat dilihat melalui
perselisihan faham Galileo Galilei.
Perselisihan faham Galileo Galilei bermula apabila beliau telah mengeluarkan pendapat
beliau bahawa Matahari merupakan pusat alam dan bukannya bumi seperti yang telah
dinyatakan oleh pihak gereja. Hal ini telah membimbangkan pihak gereja kerana penfapat
yang dikeluarkan bertentangan dengan ilmu mereka. Oleh itu, Galileo Galilei telah ditangkap
dan hampir dibakar hidup-hidup sebagai balasan kepada pernyataannya. Namun beliau telah
sempat menarik balik pendapatnya itu dan hanya dihukum penjara seumur hidup; (Sulaiman

Noordin.:1999:60-62).
Kerana mencurigai para saintis, pihak Gereja di Rom lebih menekankan kegiatan seni lukis
dan seni ukir sahaja. Oleh itu, muncullah pengukir dan pelukis terkenal seperti Leonardo da
Vinci, Raphael dan Michelangelo yang ditugaskan mencantikkan gereja dan katedral di
Rom. Dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak Paus ini, pusat seni Renaissance telah
berpindah dari Florence ke Rom. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan dalam bidang seni
tidak begitu menyerlah. Ini adalah kerana pelukis dan pengukir bekerja secara berkumpulan.
Namun semuanya berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat mereka
dapat digilap sepenuhnya dan kemahiran mereka mula dihargai oleh orang lain. Pelukis
seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo dikenali sebagai tokoh yang tersendiri.
Semangat dan amalan begini dikenali sebagai 'individualisme'.
Penekanan terhadap keupayaan individu telah membawa perubahan kepada konsep
pendidikan. Pada zaman Renaissance, pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual
dan fizikal telah ditekankan. Pembinaan kemahiran ini digalakkan di kalangan individu.
Contoh yang dapat dilihat ialah Leonardo da Vinci, bukan sahaja terkenal dalam bidang seni
lukis dan seni ukir namun dikenali dalam bidang ilmu yang lain.
Tokoh-tokoh Renaissance juga telah muncul di beberapa negara Eropah yang lain. Di England
contohnya, muncul pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon dan William
Shakespeare. Tokoh pemikir ini telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti falsafah
sains, matematik, astronomi, dan lukisan. Melalui merekalah, kita dapat melihat penciptaan
yang agung dalam bidang seni bina, seni pahat patung, seni lukis, seni muzik, pertumbuhan
kesusteraan kebangsaan dan kemajuan dalam ilmu sains dan perubatan; (Wan Abdul Rahman
Latif et al.:1996:190).
PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH
ZAMAN RENAISSANCE
Kesan-Kesan Zaman Renaissance
Zaman Renaissance telah banyak merubah manusia pada abadnya. Kesan ini didorong oleh
semangat inkuiri yang tinggi. Banyak bidang yang telah berkembang dengan pesatnya.
Antaranya ialah bidang seni lukis, seni ukir, politik, persuratan, ekonomi dan sosial.
Perubahan yang berlaku dalam bidang politik ialah munculnya satu monarki baru. Monarki
Baru yang di maksudkan berasaskan kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
Sistem ini bertambah kuat dengan amalan pembayaran cukai kepada pusat pentadbiran.
Apabila pentadbiran berjalan lancar dan kuasa raja dipulihkan, dengan automatik kuasa gereja

dan kuasa golongan bangsawan dapat dikurangkan. Monarki Baru ini dapat dilihat di negaranegara seperti Portugal, Castile dan Sepanyol (Aragon), England, Belanda dan Perancis.
Selain itu, kegiatan ekonomi juga berubah pada zaman ini. Kegiatan sara diri yang diusahakan
selama ini kian pupus. Peristiwa ini berlaku kerana perdagangan tempatan dan antarabangsa
berkembang dengan maju. Mereka juga telah menjajah suatu kawasan untuk dijadikan tempat
mendapatkan bekalan makanan terutamanya rempah ratus. Kemajuan perdagangan ini telah
mencetuskan penjelajahan dan penerokaan oleh orang-orang Eropah. Kemajuan dalam bidang
matematik, geografi, kartografi dan astronomi turut berkembang seiring dengannya.
Penekanan dalam keobjektifan dan eksperimen pula telah mengakibatkan perkembangan
dalam bidang biologi, fizik, kimia dan perubatan.
Dari sudut sosial pula, kesan yang dapat dilihat di zaman ini adalah perubahan dalam
pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada zaman ini dapat menzahirkan emosi
mereka dengan baik dan ia diluahkan melalui muzik, lukisan dan ukiran. Selain itu,
masyarakat juga lebih menekankan pendidikan yang dalam aspek pemikiran, logik, saintifik,
falsafah dan metafizik; (Nik Hassaan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman.:219-220).
Perkembangan ilmu pengetahuan tanpa kongkongan pihak gereja juga merupakan kesan yang
jelas kelihatan sehingga ke hari ini. Mereka telah menghasilkan penemuan-penemuan yang
bermanfaat dalam bidang sains dan teknologi, sastera, dan pemikiran yang bernas. Namun
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menafikan adanya Pencipta atau
menggalakkan manusia melupakan PenciptaNya; (Sulaiman Noordin.:1999:63).

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


ZAMAN RENAISSANCE
Tokoh-Tokoh Zaman Renaissance
KESUSASTERAAN RENAISSANCE
Francesco Petrarch
Beliau dilahirkan pada 1304 dan meninggal pada tahun 1374. Beliau amat meminati ilmu
sehingga tertubuhnya perpustakaan. Perpustakaan ini mengandungi koleksi agung karya
tamadun Rom dan Yunani yang telah diterjemah oleh cendekiawan Islam dan paderi-paderi
Katolik. Setelah beliau membaca karya-karya tersebut, beliau mendapati bahasa berlaku
percanggahan. Dengan itu, penyelesaian yang terbaik ialah memerhati perkara yang telah dan
akan ditulis. Kaedah ini telah mewujudkan sistem pemerhatian dalam penilaian atau penulisan.
Dante Aligheri
10

Beliau telah dilahirkan di ibu kota Florence pada tahun 1265. Di samping menjadi seorang
pemuisi yang terkenal, beliau juga seorang saintis dan seorang yang terpelajar. Hasil beliau
yang terbaik ialah "Divine Comedy" yang mengisahkan perjalanan melalui syurga dan neraka.
Beliau mati pada tahun 1321.
Giovanni Boccaccio
Boccaccio telah lahir di Florence pada tahun 1313. Beliau adalah seorang daripada penulis Itali
yang terawal dipengaruhi oleh karya klasik Yunani. Buku beliau yang terkenal ialah
"Decameron" yang mengumpulkan pelbagai kisah yang menarik. Beliau mati pada tahun 1375;
(W. Williams.:1967:97-98).
AHLI FIKIR
Niccolo Machiavelli
Beliau dilahirkan pada 1456 dan mati pada tahun 1527. Beliau telah mengarang sebuah buku
yang terkenal sehingga hari ini iaitu "The Prince". Di dalam bukunya, beliau menyarankan
bahawa pemerintah mempunyai kuasa mutlak dan rakyat harus takut kepada pemerintah dan
harus memberikan sepenuh kesetiaaannya kepada raja, barulah kepada Gereja Katolik.
AHLI SENI
Leonardo da Vinci
Beliau merupakan seorang manusia contoh pada zaman Renaissance ini. Beliau telah dilahirkan
pada tahun 1452. Beliau seorang yang versatil, iaitu seorang yang menguasai kesemua bidang
ilmu seperti seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi serta perang
dan ketenteraan. Antara sumbangan beliau yang terkenal ialah potret Monalisa dan anatomi
manusia.
Raphael
Nama sebenar beliau ialah Sanzio Raphael. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1483. Beliau
adalah salah seorang pelukis yang berbakat besar pada zaman Rennaissance. Antara karyanya
yang terbaik ialah lukisan "Madonna" yang terletak di dalam Sistine Chapel di Rom. Beliau
telah meninggal dunia pada tahun 1520 dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang
menarik.
Michelangelo
Michelangelo juga seorang pelukis Florence yang hebat serta bagus dalam semua bidang.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1475. Beliau adalah seorang pengukir, arkitek, pemuisi dan
seorang jurutera. Karya pertama beliau ialah "The Last Judgement", sebuah lukisan yang telah
dilukis di siling Sistine Chapel di Rom. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1564.

11

LAIN-LAIN
Thomas More
Beliau merupakan seorang ahli sasterawan yang terkenal di Utara Eropah. Sir Thomes More
telah dilahirkan pada tahun 1478. Karya terbaik beliau ialah "Utopia" yang telah dipasarkan
pada tahun 1516. Utopia mengisahkan kehidupan yang ideal, kerajaan yang sepatutnya dan
karya ini ditujukan khusus pada Zaman Pertengahan. Oleh itu, Sir Thomas More telah dihukum
bunuh pada tahun 1535 oleh Raja Henry VIII apabila beliau enggan meninggalkan Gereja
Roman Khatolik.
Desiderius Erasmus
Desiderius Erasmus telah dilahirkan pada tahun 1469. Beliau merupakan seorang yang
terpelajar daripada Rottenham yang banyak menulis buku tentang penyelewengan yang telah
berlaku di gereja. Karya terbaik beliau ialah "In Praise of Folly". Di dalam buku ini, Erasmus
telah mentertawakan kepercayaan karut dan mengendahkan banyak paderi. Beliau juga
merupakan seorang daripada penggubal Wasiat Baru New Testament" di Greek. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1536.
Geoffrey Chaucer
Caucer adalah seorang pemuisi Inggeris yang popular sebelum William Shakespeare. Beliau
telah dilahirkan pada tahun 1340. Antara hasil karyanya yang terbaik ialah "The Canterbury
Tales". Di dalam karya ini, beliau telah mengadunkan idea daripada Boccaccio dan Petrarch.
Karya ini menceritakan kehidupan di England pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1400; (W. Williams.:1967:98-107).
Francis Bacon
Francis Bacon telah dilahirkan pada tahun 1561. Beliau merupakan ahli falsafah dan negarawan
England yang terkenal yang melopori kajian tentang pemikiran saintifik moden. Karyanya
bertajuk "The Advancement of Learning" yang telah dihasilkan pada tahun 1605, menerangkan
cara-cara kajian baru dalam bidang sains isitu cara konduktif. Konduktif yang dimaksudkan
ialah membuat percubaan sains, membuat kesimpulan umum terhadap ujian dan akhirnya
menguji sendiri percubaan umum berkali-kali untuk membuktikan kebenarannya. Karyanya
yang lain ialah Novum Organum pada tahun 1620. Beliau telah meninggal dunia pada tahun
1626; (Jayaudin Jamauddin.:2002:364).
PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH
ZAMAN RENAISSANCE
Kronologi Zaman Renaissance
12

Tahun
1306
1308
1387
1453
1454
1478
1503
1508
1513
1516
1532
1543
1590

Peristiwa
Artis Italy, Giotto di Bondone melukiskan 'Frescoes' (lukisan dinding) yang
seakan hidup berbanding dengan lukisan pada tahun pertengahan.
Dante Alighieri memulakan penulisan buku 'The Divine Comedy'dalam
bahasa Italy dan bukannya bahasa Latin.
Geoffrey Chaucer memulakan karya 'The Canterbury Tales' yang ditulis dalam
bahasa Inggeris. Universiti Florence menerima seorang professor pertama
daripada Greek.
Constantinople telah ditawan oleh pihak Turki dan mengakibabkan ramai
cendekiawan berhijrah ke Itali.
Johannes Guttenberg memulakan pencetak yang mudah alih. Pada tahun 1476,
William Caxton mula mencetak di London.
Lorenzo de Medici menjadikan Florence sebagai pusat kesenian dan
pembelajaran. Sementara itu, Sandro Botticelli siap melukis lukisan yang
diberi nama Primavera (musim bunga).
Pembinaan semula bangunan St. Peter di Rom bermula. Leornado da Vinci
mula melukis lukisan 'MonaLisa'.
Michelangelo melukis di siling Sistine Chapel di Vatican City di Rom.
Niccolo Machiavelli, penulis politik Itali menulis karya agungnya, 'The
Prince' yang menyatakan teori tentang kerajaan.
Sir Thomas More menyiarkan karya 'Utopia'.
Hans Holbein, artish Flemish, bekerja di England.
Nicolas Copernicus menyatakan ideanya terhadap sistem solar.
William Shakespeare menulis teater di England.
(Anita Ganeri et al.:2000:107).

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


ZAMAN REFORMATION
Gerakan Reformation
Reformation berasal daripada perkataan "reform" yang bermaksud melaksanakan perubahan
atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau
membentuk sesuatu yang baru. Gerakan ini berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16. Gerakan
13

ini membawa perubahan yang besar dalam agama Kristian.


Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik
sejak ke-10 Masihi lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam
terhadap Gereja Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan
pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan
pihak Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku.
Ramai rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang
bertentangan dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya
hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan keagamaan. Selain itu,
pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil
Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah.
Gerakan Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan ini telah dibantu oleh mesin cetak
yang telah dicipta oleh Johann Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan
kitab Bible dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible
dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di
Jerman mula menentang amalan Indulgence; (Sulaiman Noordin.:1999:59). Beliau percaya
bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya.
Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences iaitu penjualan surat
pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin
bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam
kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini di kenali sebagai
mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan "protesting" iaitu membantah.
Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman Reformation yang didapati berterusan
sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark,
Norway dan England.
Di Switzerland, pemimpin ajaran ialah Huldreich Zwingli. Selepas beliau meninggal dunia, ia
diteruskan oleh John Calvin, pelajar undang-undang di Switzerland. Beliau berpendapat
bahawa sesorang Kristian hendaklah mengenal TuhanNya. Untuk mengetahui TuhanNya,
mereka hendaklah merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan. Manusia juga dikehendaki
mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang kegiatan yang memberikan
keseronokan semata-mata. John Calvin juga tidak mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan.
Ajarannya telah mendapat sambutan yang hanyat daripada rakyat ketika itu; (Mahdi Shuid dan
Muhamad Fauzi Yunus.:2001:97-98).
Di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut yang masih mahu
mempertahankan Gereja Katolik. Oleh itu, satu Counter Reformation telah dibuka. Counter
Reformation ini bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru".

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


14

ZAMAN REFORMATION
Kesan-Kesan Zaman Reformation
Kesan utama yang dapat dilihat dalam Zaman Reformation ini adalah negara-negara Eropah
telah berpecah mengikut mazhab masing-masing. Berlaku beberapa perbalahan antara mereka,
contohnya perang keagamaan di Perancis pada tahun 1562 yang berakhir pada tahun 1598 dan
perang 30 tahun yang telah melibatkan beberapa buah negara iaitu Sepanyol, Jerman, Bohemia,
Denmark dan Sweden.
Kesan Reformasi juga telah menimbulkan kesedaran kebangsaan kerana telah dikaitkan dengan
agama Kristian. Fahaman Luther telah menjadi agama Kristian bagi negara Jerman dan
Scandavia manakala ajaran Calvin telah menjadi agama kebangsaan negara Belanda dan
Scotland dan fahaman Anglican pula telah menjadi agama orang Inggeris. Agama Kristian
Katholik telah menjadi agama rasmi bagi negara Sepanyol, Portugal, Poland, Perancis dan
Ireland; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:202).
Kesan jangka panjang yang dapat di lihat dalam Zaman Reformation ialah timbulnya sikap
toleransi antara penganut pelbagai mazhab agama Kristian, iaitu bersama-sama mempergiatkan
pendidikan sambil menyebarkan ajaran mereka. Zaman ini juga telah memperlihatkan
keruntuhan kuasa Gereja. Pada zaman ini, kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa
Gereja terhadap kerajaan juga telah berkurang dan kuasa Raja pula telah meningkat. Raja-raja
telah merampas kembali tanah-tanah dan segala kekayaan yang dipunyai oleh Pope; (Nik
Hassan Sulaiman.:2002:222).
Selain itu, kesan yang paling nyata ialah perkembangan sekularisme atau penduniaan iaitu
pemindahan kawalan kegiatan kehidupan yang dahulunya dikawal di bawah hukuman
kegerejaan. Penduniaan telah diamalkan pada abad ke-16 terutamanya di negara-negara yang
mengamalkan fahaman Protestan. Penduniaan ini bukan sahaja dikenakan terhadap tanah dan
cukai kegerejaan tetapi juga dalam hal ehwal pendidikan dan pelajaran; (Wan Abdul Rahman
Latif.:1996:202).

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


ZAMAN REFORMATION
Tokoh-Tokoh Zaman Reformation
St. Ignatius Loyola (1491-1556)
Paderi ini merupakan bekas askar yang banyak menghabiskan masanya membaca tentang
15

kehidupan orang agama semasa menjalani rawatan semasa perang. Belia seorang yang
sederhana dalam hidupnya dan amalan ini telah menjadi ikutan oleh paderi-paderi muda yang
lain. Mereka ini dikenali sebagai 'Jesuit' yang menjadi pemimpin dalam kerja kebajikan dan
pendidikan.
Martin Luther
Martin Luther ialah seorang paderi Jerman yang mempelopori gerakan Reformation di Eropah.
Beliau menetang kuat segala penyelewengan yang diamalkan oleh gereja Roman Katholik.
Pada tahun 1517, beliau telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgence. Martin
Luther juga menetang ajaran yang kolot, perbuatan rasuah dan penyelewengan dalam agama.
Beliau menggesa umat kristian supaya kembali kepada ajaran Kritian yang murni. Beliau juga
telah mengkritik penyalahgunaan kuasa oleh Paus Rom. Menurutnya, hanya kitab suci sahaja
yang wajib dirujuk oleh penganut Kristian dan tidak memerlukan sebarang pengantaraan
dengan Tuhan; (Jayaudin Jamaudin.:2002:373-374).
John Calvin
Beliau telah memperkenalkan gerakan Reformasi di Switzerland. Beliau telah menggunakan
pendekatan yang rasional dan kejayaannya menyesuaikan etika Kristian dengan arus
perkembangan masyarakat ketika itu. Menurutnya, Tuhan hanya dapat diketahui dengan
merujuk kitab Bible dan dikenali dengan pemerhatian terhadap alam semesta. Beliau juga telah
melihat kejayaan sebagai satu budi akhlak yang mulia. Penganut Kristian pula hendaklah
mempunyai sifat jimat, rajin dan waras. Beliau juga tidak mengharamkan riba tetapi biarlah
berpatutan; (Jayaudin Jamaudin.:2002:370).

PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN


Pengenalan

16

Mengikut Kamus Dewan, penjelajahan bermaksud perihal menjajah, mengelilingi atau


berjalan-jalan ke merata-rata tempat atau daerah dengan tujuan untuk menyelidik. Penerokaan
pula bermaksud perihal perbuatan, usaha meneroka atau menerokai. Sejak zama dahulu lagi,
penjelajahan telah dilakukan apabila manusia ingin mencari tempat tinggal dan makanan
apabila iklim berubah atau menerima ancaman daripada kumpulan yang lain. Penjelajahpenjelajah kemudiannya telah menggunakan peta sebagai panduan mereka; (Mahdi Shuid dan
Saliza Saad.:2002:223).
Penjelajahan dan penerokaan adalah kegiatan yang dilakukan oleh orang Eropah untuk
beberapa tujuan. Di antaranya ialah untuk mencari laluan baru yang membolehkan mereka ke
Timur. Kesan daripada Zaman Renaissance telah memudahkan lagi kegiatan ini yang telah aktif
pada abad ke-16.
Sebelum kegiatan ini, kebanyakan barang keperluan diperolehi daripada pedagang-pedangang
dari Istanbul. Penguasaan Istanbul oleh Turki telah menyukarkan rakyat Eropah mendapatkan
barang-barang keperluan mereka. Justeru, mereka telah berikhtiar untuk mendapatkan barangan
ini dengan meneroka Lautan Atlantik sebagai laluan baru mereka ke Timur.
PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

Faktor-Faktor Penjelajahan
Terdapat beberapa faktor yang memaksa orang Eropah melakukan penjelajahan. Desakan
ekonomi berlaku apabila sikap ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah
ratus dari Timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal banyak bertanggungjawab dalam usaha ini.
Sepanyol banyak menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin namun mereka turut
menjelajah ke Timur.
Sejarah menunjukkan pelayar Portugal lebih dahulu sampai ke Timur. Dalam pada yang sama,
Portugal turut mempunyai kepentingan di Amerika Latin. Pelayar Sepanyol dan Portugal saling
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Keadaan ini telah menyebabkan pihak Paus di Rom
mendesak agar satu perjanjian diadakan untuk menetapkan pengaruh masing-masing. Oleh itu,
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada tahun 1494. Perjanjian
ini telah menetapkan kawasan Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan
Atlantik berada dibawah penguasaan Portugal dan kawasan di sebelah baratnya di bawah
penguasaan Sepanyol.
Terdapat beberapa orang pelayar yang terkenal pada zaman ini. Satu daripadanya ialah
Christopher Columbus; orang Eropah pertama yang sampai ke Amerika (Kepulauan Haiti).
Selain itu, Ferdinand Maggelan dikenali sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia.
Beliau telah memulakan perjalanan untuk mengelilingi dunia namun beliau terbunuh di salah
sebuah pulau di Filipina. Namun pengembaraannya telah di teruskan oleh anak-anak kapalnya
17

dan mereka telah menamatkan perjalanan mereka ditempat permulaan mereka.


Perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagangpedagang Eropah. Oleh itu, rempah telah menjadikan faktor terpenting penjelajahan orang
Portugal dan Sepanyol ke Timur. Sekiranya mereka berjaya mendapatkan barangan tersebut
terus dari Asia, mereka akan memecahkan monopoli perdagangan Islam dan memperolehi
untung yang berlipat kali ganda; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:99).
Selain itu, semangat menyebarkan ajaran Kristian juga telah menjadi faktor dalam penjelajahan
rakyat Portugal dan Sepanyol. Keadaan ini ditambah pula dengan pengaruh Gereja yang kuat
oleh kedua-dua negara. Faktor ini dikuatkan lagi dengan Perang Salib yang telah menyebabkan
orang Eropah mempelajari tamadun dan kebudayaan Timur; (Sivachandralingam Sundara Raja
dan Ayadurai Letchumanan.:2001:544-545). Monarki baru juga merupakan faktor penjelajahan.
Berlaku monarki baru di beberapa buah kawasan seperti di England, Perancis dan Belanda.
Di samping itu, perkembangan Rennaissance telah merubah cita-cita dan pemikiran masyarakat
Eropah. Zaman ini telah menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, sifat
kritikal dan rasionalisme. Institusi gereja juga telah mengongkong rakyat yang menyokong
pemikiran baru dan hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan
kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan berfikiran manusia. Oleh itu, mereka telah
mengembara untuk mencari ilmu di muka bumi ini. Maka, penjelajahan merupakan suatu yang
penting untuk menunjukkan semangat kebangsaan bangsa; (Wan Abdul Rahman Latif et
al.:1996:204).
PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

Kesan-Kesan Penjelajahan
Penjelajahan dan penerokaan telah membawa kesan penting terhadap masyarakat tempatan.
Dari segi politik, penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil Eropah untuk
mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Wakil-wakil Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam
yang telah diwujudkan di Belanda, Perancis, Great Britain dan Denmark. Antara syarikat
berpiagam yang terkenal adalah seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia
Barat Belanda (WIC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris(EIC).
Dari segi ekonomi pula, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada masyarakat
Eropah. Pusat-pusat emporium seperti di Melaka dan Goa telah dijajah oleh Portugal.
Barangan-barangan yang diperbuat di Timur telah memperkayakan lagi ekonomi dan gaya
hidup rakyat Eropah. Dari segi sosial pula, masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya
hidup orang Eropah. Ramai peribumi tempatan telah menganut agama Kristian. Mereka juga
telah mengubah cara hidup dan kehidupan masyarakat tempatan.
Jalan pelayaran di Lautan Hindi pula telah dikuasai oleh orang Portugal. Sebelum mereka,
18

pedagang-pedagang Islam Arab telah menguasai jalan berkenaan. Mereka telah menguasai
bukan sahaja jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi malah mereka juga telah
menguasai jalan perdagangan di Laut China Selatan.
Penjajahan yang dilakukan oleh pihak Sepanyol juga meninggalkan kesan terhadap masyarakat
tempatan. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang lalu menakluk Mexico
lantas menundukkan tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
Penjajahan ini telah membawa penghijrahan beramai-ramai oleh orang Sepanyol ke Amerika
Latin dan tinggal di situ.
Amerika Latin telah menjadi Dunia Baru kepada rakyat Sepanyol yang berhijrah ke sana.
Amerika Latin merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi emas dan perak. Oleh itu, rakyat
Sepanyol beramai-ramai menjadikan kawasan ini sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan
perak. Berlainan pula pandangan golongan Gereja. Mereka melihat Amerika Latin sebagai
tempat untuk menyebarkan agama Kristian. Para pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi
masyarakat peribumi untuk dijadikan buruh lombong dan buruh ladang. Di Timur pula, tiada
petempatan orang Sepanyol secara besar-besaran namun Filipina merupakan negara yang
dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol; (Nik Hassan bin Nik Abdul Rahman et al.:2002:225-226).
PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

Tokoh-Tokoh Penjelajahan
Marco Polo
Beliau berasal dari Venice, Italy. Ketika Marco Polo berusia 18 tahun, beliau telahpun diajak
oleh bapanya, Nicolo dan bapa saudaranya, Maffeo Polo untuk ke Istana Kublai Khan di
Khanbalik atau sekarangnya dipanggil Beijing. Mereka telah memulakan perjalanannya pada
tahun 1271 M melalui pantai Mediteraanean, Turki dan melalui jalan darat. Mereka telah
melalui "Jalan Sutera" dan melintasi Gurun Gobi. Marco Polo berserta dengan bapa dan bapa
saudaranya sampai ke Khanbalik setelah mengembara selama 4 tahun; (Jayauddin
Jamauddin.:2002:302).
Apabila mereka sampai ke Kahanbalik, mereka telah disambut mesra oleh Maharaja Kublai
Khan. Baginda amat tertarik dengan Marco Polo kerana mahir dalam pelbagai bahasa. Selain
itu, baginda juga tertarik dengan agama lain walaupun menganut agama Buddha. Dengan itu,
beliau telah meminta Polo menghantarkan pesanannya kepada Pope (Ketua Paderi) supaya
menghantar beratus-ratus paderi ke China. Selain itu, beliau juga telah meminta Polo membawa
lampu ajaib yang tertanam di Jerusalem (Baltulmaqdis); (Anita Ganeri.:1999:4-27).
Oleh itu, Marco Polo telah dilantik menjadi duta dan ditugaskan untuk melaporkan segala
peristiwa yang dilihat atau ditemuinya sepanjang tinjauannya di wilayah kepunyaan baginda
iaitu di Shasi, Shensi, Acechuan, Yunan, India, Burma dan Sri Lanka. Setelah 17 tahun
berkhidmat di Khanbalik, Marco Polo dan keluarganya mengambil keputusan untuk pulang ke
19

Venice, Italy. Mereka telah belayar melalui Temasik (Singapura), Ceylon (Sri Lanka) dan Teluk
Parsi. Beliau juga telah singgah ke beberapa tempat seperti Samudera dan Ferlec (Perlak).
Pada tahun 1925M, Marco Polo sampai ke Venice, Italy. Kepulangan Polo adalah kerana
kerinduan bapanya serta bapa saudaranya terhadap kampung halaman. Di Italy, beliau pernah
ditawan oleh orang Genoa dan sempat menulis tentang perjalanannya di China melalui buku
"The Travel of Marco Polo" (Pengembaran Marco Polo). Namun kebanyakan orang Itali tidak
mempercayai Marco Polo dan menggelarnya 'Marco II Milione' yang bermaksud 'orang seribu
pembohongan" kerana tidak mempercayai cerita tentang wang kertas, percetakan, ubat bedil,
abestos dan pembakaran arang; (Mahdi Shuid dan Saliza Saad.:2002:235).
Christopher Columbus
Columbus telah dilahirkan di Genoa, Italy pada tahun 1451M. Beliau merupakan orang yang
pertama membawa berita tentang daratan yang digelar Amerika. Penemuan ini merupakan hasil
pembaca buku yang telah ditulis oleh Marco Polo. Columbus mempercayai bahawa dunia ini
bulat dan disebabkan ramai pelayar ingin mencari jalan mudah untuk ke India, China dan Jepun
dimana pedagang boleh mendapatkan bekalan harian mereka. Oleh itu, beliau telah meminta
bantuan daripada Raja Portugal namun tidak berjaya. Colombus meminta kebenaran kepada
Raja Sepanyol pula dan akhirnya berjaya.
Pada tahun 1492, Columbus beserta 90 pelayar kapal telah menaiki tiga buah kapal yang
dibiayai oleh Raja Sepanyol iaitu Santa Maria, Nina dan Pinta. Beliau telah melalui "Angin
Dagang" yang mempercepatkan lalauannya. Pada 12 Oktober 1492, beliau telah menemui
Kepulauan Bahamas, pantai Cuba dan kemudiannya Hispaniola yang disangkanya Kepulauan
Hindia dan begitu dekat dengan Jepun. Di Kepulauan Hispaniola, kapal Santa Maria telah
karam lalu dengan 2 buah kapal itu beliau telah kembali ke Sepanyol. Di Sepanyol, beliau telah
dianugerahkan Laksamana Lautan Laut dan Wizurai Hindia oleh Raja Sepanyol, Raja
Ferdinand; (Mahdi Shuid dan Saliza Saad.:2003:235-236).
Vasco da Gama
Beliau dilahirkan di Sines, Portugal pada tahun 1460. Pada tahun 1497, beliau mengembara
dengan disertai oleh empat buah kapal kecil bersama 170 buah kapal. Beliau tidak melintasi
Lautan Atlantik tetapi terus kepada Tanjung Harapan, selatan Afrika. Selama 3 bulan
mengembara, beliau mendarat di utara Tanjung Harapan. Dari Teluk Mossel, dalam perjalannya
ke India, da Gama belayar menyusuri pantai Afrika sambil berhenti dibeberapa tempat seperti
Mombassa dan Malindi. Semasa merentasi Lautan Hindi, pada tahun 1498M, beliau telah
sampai ke Calicut, India. Di Culicut (Kalikat), beliau telah berkenalan dengan Zamorin iaitu
pemerintah Calicut dan telah menjalinkan hubungan dagang.
Dua tahun kemudian, beliau telah kembali ke Portugal dan membawa pula rempah-ratus dari
India. Pada tahun 1502, beliau kembali ke India dengan 19 buah kapal dan membawa balik
rempah-ratus. Kemudiannya, beliau bersara dari pelayaran namun kembali ke India sebagai
Wizurai pada tahun 1524. Beliau telah meninggal dunia pada 24 Disember 1524 akibat demam
panas.
20

Ferdinand Magellan
Ferdianand Magellan telah dilahirkan pada tahun 1480 di Sabrosa, utara Portugal. Beliau
mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pelayar kerana pernah menjadi kelasi kapal
di Kepulauan Maluku, Indonesia. Rancangannya untuk mengembara telah ditolak oleh Raja
Manoel, Raja Portugal namun usulnya telah diterima oleh Raja Sepanyol. Pada tahun 1519,
beliau telah bertolak dengan lima buah anak kapal iaitu Trinidad, San Antonio, Conception,
Victoria dan Santiago.
Beliau telah menghadapi masalah dengan ketua-ketua kapalnya namun telah dapat diselesaikan
dengan menghukum gantung terhadap salah seorang daripada ketua kapal tersebut.
Perjalanannya yang sukar telah mengakibatkan satu kapalnya telah karam di lautan. Beliau
telah sampai ke sebuah selat yang kini mengambil sempena nama beliau, Selat Magellan.
Sepanjang 16 minggu di Lautan Atlantik, anak-anak kapalnya telah kekurangan makanan
sehingga mereka sanggup minum air yang busuk, makan biskut lama, tikus dan kulit yang
direbus kerana kelaparan. Ramai juga kelasi beliau yang mati akibat penyakit skurvi, penyakit
berjangkit dan kekurangan vitamin C; (Anita Ganeri.:1999:6-15).
Namun, mereka telah tiba ke Pulau Guam dan mendapat bekalan makanan dari sana. Mereka
telah meneruskan perjalanan mereka ke Mactan, Filipina. Akibat persengketaan di sana,
Magellan telah dibunuh oleh penduduk tempatan di Zebu, Filipina pada April 1521. Tanpa
membuang masa, Sebastian del Cano dengan anak kapalnya, Victoria telah kembali ke
Sepanyol dengan hanya 18 orang anak kapal bersamanya. Namun, mereka mencatat sejarah
sebagai orang yang berjaya mengelilingi dunia; (Mahdi Shid & Saliza Saad.:2002:234-238).

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

21

REVOLUSI PERTANIAN
Pengenalan
Revolusi Pertanian bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18. Revolusi bermaksud
perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh yang berlaku dalam bidang
politik, sosial ataupun ekonomi. Sesuatu revolusi yang berlaku itu boleh memakan masa yang
agak panjang dan akan meninggalkan kesan kepada bidang lain serta kehidupan manusia.
Sebagai contoh, sistem pemerintahan yang bertukar daripada sistem kolonial kepada
pemerintahan peribumi. Britain merupakan negara pertama di dunia yang mengalami revolusi
perindustrian; (Nik Hassan Sulaiman bin Nik Abdul Rahman et al.:2002:226).
Revolusi Pertanian merupakan zaman dimana pertanian telah menjadi satu kegiatan ekonomi
yang paling utama di Eropah. Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan dibantu oleh
undang-undang yang berkesan dan juga bantuan alat yang canggih. Hasilnya, satu industri
makanan yang besar telah lahir di Eropah. Kebanyakan hasilnya telah dieksport untuk pasaran
anatarabangsa. Bagi peladang pulaamat bangga dengan ternakan mereka yang bersaiz besar dan
sering mengabadikannya di dalam potret. Kehidupan masyarakat Eropah ketika itu juga berada
dalam keadaan yang senag dan lumayan. Revolusi Pertanian ini telah menjadi asas kepada
berlakunya Revolusi Perindustrian.

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERTANIAN
Faktor-Faktor Revolusi Pertanian
Pada awalnya, pengeluaran makanan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Kemudian,
Revolusi Pertanian telah berlaku dan sekaligus pengeluaran makanan telah dijalankan secara
komersil kerana wujudnya beberapa faktor.
Pemilikan Tanah
Terdapat dua sistem pemilikan tanah. Sistem yang pertama dikenali sebagai sistem pemilikan
tanah secara persendirian. Tanah milik persendirian ini dimiliki oleh golongan kaya. Sistem
pemilikan yang kedua pula ialah sistem pemilikan tanah awam. Tanah tersebut digunakan
oleh orang awam untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Amalan penggunaan tanah
secara awam ini mempunyai fungsi sosial kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat
22

untuk menampung kehidupan harian mereka.


Sistem pertanian yang dijalankan ketika itu ialah sistem padang terbuka. Sitem ini juga telah
dikenali sebagai sistem fallow; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:121). Sistem
ini telah membahagikan tanah kepada tiga bahagian, dua bidang diusahakan manakala satu
lagi dibiarkan kosong dan dikenali sebagai tanah rang. Ini bertujuan untuk menyuburkan
kembali kesuburan tanah itu sebelum diusahakan semula pada musim yang berikutnya. Proses
untuk mengembalikan kesuburan tanah pada masa itu menggunakan najis binatang namun
najis benatang tidak mencukupi disebabkan binatang ternakan tidak dapat dibiakkan dengan
baik.
Kelemahan sistem ini terletak pada penggunaan tanah yang tidak ekonomik dan kaedah
pertanian yang tidak sistematik. Selain itu, petani juga telah bertani secara keil-kecilan, hanya
untuk keperluan sendiri. Mereka menghadapi kesukaran akibat tanah yang mereka usahakan
boleh berada di pelbagai tempat di satu tanah am. Oleh itu, usaha tersebut tidak
mendatangkan keuntungan kepada mereka. Petani juga tidak dapat melakukan sebarang
pembaharuan kerana terpaksa mengikut kelaziman yang dilakukan di sesuatu tempat.
Tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat,
kini, mahu meggunakan tanah awam itu semula bagi tujuan pengeluaran pertanian dan
perladangan secara komersil. Tindakan ini diambil untuk menampung permintaan rakyat
terhadap makanan dan juga pengeluaran kain bulu; (Wan Abdul Latif et al.:1996:237).
Permintaan terhadap makanan yang tinggi oleh rakyat gagal dipenuhi akibat perusahaan
pertanian secara sara diri. Oleh itu, harga gandum telah meningkat pada abad tersebut iaitu
ke-18.
Oleh yang demikian, Parlimen telah meluluskan satu akta yang dikenali sebagai Akta
Pemagaran Tanah. Hampir 500 000 ekor tanah telah dipagari antara tahun 1761 hingga 1792
melalui akta ini. Hal ini telah menyebabkan penanaman secara komersil dapat dilakukan di
kawasan yang lebih luas iaitu ladang. Di samping itu, perubahan dari segi sosial telah berlaku
iaitu rakyat biasa telah kehilangan punca rezeki akibat ketiadaan tanah awam bagi
menampung kehidupan mereka. Tetapi, masalah ini lenyap apabila golongan petani kecilkecilan menjadi sebahagian daripada buruh ladang. Seterusnya, mereka akan berhijrah ke
bandar semasa Revolusi Perindustrian dan bekerja sebagai buruh ladang.
Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian
Kaedah dan ciptaan peralatan yang moden telah membolehkan penanaman dilakukan secara
lebih efisyen dan penghasilan produk yang lebih lumayan. Antara kaedah yang digunakan
ialah penanaman secara bergilir. Penanaman pelbagai jenis tanaman yang berbeza mengikut
musim dilakukan cara ini di atas sesuatu bidang tanah. Hasil tanamannya sangat subur kerana
terdapat kepelbagaian nutrien tanah digunakan pada setiap tanaman tesebut. Tanaman baru
juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Selalunya petani akan menanam
gandum pada kali yang pertama, turnips pada musim yang kedua, barli pada musim yang
ketiga dan "clover" pada musim ke empat. Giliran tanaman ini akan berubah setahun demi
23

setahun untuk mengekalkan kesuburannya; (Anita Ganeri et al.:2000:150).


Selain daripada teknik penggiliran tanaman, beberapa orang tokoh telah mencipta bahan dan
cara-cara untuk memudahkan dan memajukan pertanian. Mereka ialah Jethro Tull (16741740), Viscount (Turnip) Townshend (1674-1738), Robert Blakewell (1725-1795), Arthur
Young (1724-1820), dan Coke of Holkham (1752-1847). Jethro Tull merupakan orang yang
bertanggungjawab mengembangkan pertanian secara saintifik melalui bukunya, "The New
Horse-Houghing Husbandary" dan "An Essay on the Principles of Tillage and Vegetation" .
Beliau juga telah mencipta sebuah alat menggali tanah dan alat menabur benih secara
sistematik. Kaedah ini menyebabkan tanaman tumbuh teratur mengikut baris yang sama
jaraknya. Ini memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah. Tanah juga
disuburkan dengan mencampurkan tanah liat. (WanAbdul Rahman Latif.:1996:274)Vicount
Townshed pula telah memperbaiki kaedah penggunaan tanah secara lebih intensif. Beliau
telah mengemukakan sistem penggiliran tanah yang dipanggil sistem Norflolk.
Beberapa jentera pertanian juga dicipta. Muncul juga satu kumpulan bergelar 'Propagandis'
yang menulis tentang teknik pertanian yang tersebar luas kepada masyarakat umum.
Antaranya ialah alat bajak Rotterham, alat mengetam, alat memukul dan alat menumbuk
bijirin dan sebagainya. Kaedah pembiakan dan penternakan yang baik juga telah
diperkenalkan oleh Roberk Bakewell; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:121).
Pertanian Komersil
Selain daripada penggunaan alat yang moden, baja asli juga telah mula diperkenalkan secara
meluas dan ini telah menyebabkan tanaman lebih subur dan hasil pertanian akan bertambah
lagi. Baja asli ini telah dicipta oleh Justus Von Liebig pada tahun 1840 dan uji kaji ahli British
bernama Humpry Davy pada tahun 1802. Pengenalan sistem saliran yang berkesan juga telah
mengangkut air daripada tasik yang dijanakan oleh kincir angin yang telah dicipta pada tahun
1745. Penyelidikan pula telah dilakukan secara giat oleh para penyelidik seperti Anthur
Young. Beberapa pusat penyelidikan pertanian juga telah ditubuhkan seperti Royal
Agriculture Society of England (1838), Rothamstead Experimental Station (1842) dan Royal
College of Agriculture (1846). Berbekalkan semua ini, hasil pertanian menjadi berkualiti dan
berkuantiti; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:123).
Hasil pertanian ini dieksport untuk pasaran sama ada pasaran tempatan mahupun pasaran
antarabangsa. Buktinya, England telah mengeksport kira-kira 13 peratus daripada hasil
keluaran pertaniannya. Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini menandakan kemajuan
yang begitu besar telah dapat dicapai oleh England pada kurun tersebut. Pertambahan kadar
produktiviti memberi sumbangan yang besar kepada proses pertumbuhan ekonomi Britain.
Hal ini juga telah mengatasi masalah kebuluran yang sering menjadi faktor penghalang
kepada pertumbuhan demografi dan ekonomi; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:254).

24

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

REVOLUSI PERTANIAN
Kesan-Kesan Revolusi Pertanian
Revolusi pertanian telah memberikan kesan yang baik. Satu daripadanya ialah bilangan ladang
bersaiz besar telah meningkat menyebabkan pengeluaran berskala besar telah dapat dilakukan.
Contohnya, dapat dilihat pada perubahan saiz ladang pertanian di sebuah kawasan pertanian di
England seperti dalam jadual berikut.
Perubahan dari segi saiz Ladang Estet Bagot (Stafforshire) 1724-1764
Ladang antara 21-100 Ekar

Lebih 100 Ekar

Tahun

Bilangan

Purata Keluasan

Bilangan

Purata Keluasan

1724

49

46

16

135

1744

31

54

21

173

1764

21

55

23

189

(Wan Abdul Rahman Latif et al.:1996:251).


Sewa tanah juga telah didapati meningkat akibat permintaan terhadap tanah untuk pertanian.
Selain itu, lebih banyak kawasan pertanian telah dibuka untuk mengatasi kepesatan revolusi
pertanian ini. Pertanian tradisional pula semakin pupus akibat sistem pemagaran yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan Britain. Wujudnya sistem pertanian tripatite iaitu hubungan anara
tuan tanah, pengusaha ladang dan buruh upahan. Penyelidikan yang telah dijalankan oleh orang
persendirian mahupun oleh institusi penyelidikan telah meningkatkan kualiti dan kuantiti bahan
makanan. Ini telah menyebabkan England telah mengeksport kira-kira 13 peratus daripada
hasil keluaran pertaniannya. Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini menandakan kemajuan
yang begitu besar telah dapat dicapai oleh England pada kurun tersebut. Pertambahan kadar
produktiviti memberi sumbangan yang besar kepada proses pertumbuhan ekonomi Britain. Hal
ini juga telah mengatasi masalah kebuluran yang sering menjadi faktor penghalang kepada
pertumbuhan demografi dan ekonomi; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:12325

124).

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERTANIAN
Tokoh-Tokoh Revolusi Pertanian
Jethro Tull (1674-1740)
Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mencetuskan teknik kaedah pertanian moden
melalui bukunya, "The New Horse-Houghing Husbandary" dan "An Essay on the Principles of
Tillage and Vegetation" yang telah diterbitkan pada tahun 1731. Bukunya ini mengisahkan
banyak idea yang merangsang penggunaan kaedah baru dalam pertanian. Beliau juga telah
mencipta sebuah alat menggali tanah dan alat menabur benih secara sistematik. Selain itu,
beliau juga telah menekankan bagaimana sesebuah ladang itu perlu dikekalkan kebersihannya
serta menyediakan sistem pengairan yang baik.
Viscount (Turnip) Townshend (1674-1738)
Vicount Townshed telah memperbaiki kaedah penggunaan tanah secara lebih intensif. Beliau
telah mengemukakan sistem penggiliran tanah yang dipanggil sistem Norflolk. Beliau juga
telah memperkenalkan tumbuhan "Turnip"yang digunakan untuk penyuburan tanah. Selain
untuk mengekalkan kesuburan tanah, Turnip juga boleh dimakan oleh binatang pada musim
sejuk. Berikutan kejayaan inilah beliau dikenali sebagai Viscount (Turnip) Townshend.
Robert Blakewell (1725-1795)
Robert Blakewell telah mengemukakan cara penternakan serta menjadikan saiznya lebih besar.
Tumpuan utama beliau ialah penternakan biri-biri. Namun penternakan kuda dan lembu juga
tidak dilupakannya. Baginya, saiz yang besar dapat menghasilkan daging yang banyak.
Hasilnya, bekalan daging dan susu telah dapat dipertingkatkan.
Arthur Young (1724-1820)
Beliau telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang penyelidikan melalui hasil
penyelidikan dan penulisannya. Antara bukunya yang terkenal ialah "The Annals of
Agriculture".
Coke of Holkham (1752-1847)
Beliau telah memperkenalkan cara menebus guna tanah secara heavy-manuring. Selain itu,
26

beliau juga telah memperkenalkan sistem pemajakan jangka panjang kepada kepada para
pemajak untuk menggalakkan mereka membuat pelaburan yang lebih besar. (Wan Abdul
Rahman Latif.:1996:247-250).

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERTANIAN
Kronologi Revolusi Pertanian

Tahun

Peristiwa

1701

Pencipta terkenal British, Jethro Tull telah mencipta mesin penyemai anak
benih.

1715

Belanda telah membuka 147,500 ekar tanah untuk pertanian.

1730

Pengenalan sistem pembahagian tanah mengikut musim telah menyebabkan


penggunaan tanah secara meluas.

1759-1801

Akta Pagar telah mengakibatkan hampir 300,000 ekar tanah awam ditutup.

1796

Sekolah untuk peladang telah dibuka di Ketzthely, Hungry. Di sini, pelajar


mempelajari pelajaran daripada pengalaman orang yang lebih dewasa dan
mahir dalam pertanian.

1800

Berat lembu sederhana di Britain telah menjangkau 2 kali ganda daripada


berat asal ,hasil daripada penyelidikan yang dilakukan.

1840

Petani Jerman, Justus von Liebig telah menerbitkan buku pertama mengenai
penggunaan bahan kimia untuk pertanian.

27

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Pengenalan
Pada pertengahan kedua abad ke-18, revolusi Perindustrian (1760- 1850) bermula di England.
Revolusi Perindustrian mempunyai banyak erti. Antaranya, ia adalah perubahan pesat dalam
kaedah pengeluaran barangan selain daripada pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan
barangan daripada menggunakan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia;
(Garraty dan Gay.:1981:822). Satu pengertian lagi ialah ia bukan hanya proses perubahan
dalam industri tetapi juga dalam bidang sosial dan intelektual.
Revolusi Perindustrian juga bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada
satu ekonomi yang kompleks. Perubahan ini melibatkan proses transformasi satu sistem
ekonomi yang masih bergantung kepada kegiatan tradisi, khususnya pada sektor pertanian.
Ekonomi seperti ini biasanya dicirikan sebagai kadar produktiviti dan tahap pertumbuhan
ekonomi yang rendah dan lembap. Setelah ekonomi tersebut mengalami transformasi, proses
pertumbuhannya menjadi lebih cergas dan tahap produtivitinya menjadi lebih tinggi daripada

28

sebelumnya; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:155-156).


Selain itu, terdapat pengertian lain tentang Revolusi Perindustrian, iaitu perubahan pada lewat
abad ke- 18 dan awal abad ke-19 yang mengubah Great Britain dan negara-negara pertanian
dan ekonomi komersil kepada negara perindustrian. Ini menyebabkan peningkatan yang
mendadak pada kadar urbanisasi dan pertambahan penduduk. Kemudian diikuti dengan
pengenalan kepada kuasa jentera, sistem kilang dengan menghasilkan pengeluaran yang
berlipat ganda dan pengumpulan modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan
menambahkan bilangan kelas pekerja dan golongan kelas pertengahan.
Revolusi perindustrian juga menyebabkan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan
penduduk yang tinggi. Ia diikuti dengan pengenalan jentera, sistem kilang dengan pengeluaran
yang berlipat ganda dan pengumpulan modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan
menambahkan bilangan modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan
bilangan kelas pekerja dan kelas pertengahan; (Doty.:1996:1).
Pada awal abad ke-18, para pekerja membuat baju di rumah dengan menggunakan mesin
tangan yang mudah. Ini dikenali sebagai 'Cottage Industry". Bagaimanapun, industri ini
semakin merosot apabila pengenalan enjin berkuasa wap, satu ciptaan baru dalam Revolusi
Perindustrian. Pada tahun 1781, jurutera Scotland iaitu James Watt telah berjaya
memperkenalkan bahawa enjin berkuasa wap boleh menjana enjin-enjin lain seperti mesin
menenun. Barangan yang berasaskan kain dihasilkan dengan kos yang murah dan ini telah
merangsang perkembangan pesat kilang-kilang di Britain. Bekalan bahan-bahan mentah yang
mencukupi dapat menyokong industri perindustrian; (The Children's Atlas World
History.:1997:68).
REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Faktor-Faktor Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian bermula di England dan kemudian berkembang ke serata dunia.
Revolusi ini menyaksikan penggunaan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang pertanian,
perindustrian dan pengangkutan. Terdapat beberapa sebab mengapa Revolusi Perindustrian
bermula di England dan tidak di negara lain. Faktor utamanya adalah kerana England memiliki
modal yang besar yang dipusat di Bank England dan pertambahan penduduk di koloni yang
menjadi pasaran untuk barangannya. Sebab yang lain pula adalah kerana England mempunyai
deposit bahan mentah yang banyak khususnya arang batu dan bijih besi.
Selain itu, revolusi pertanian juga telah menyediakan bahan mentah yang mencukupi untuk
menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dengan
terdapatnya bekalan makanan ini Britain tidak perlu terlalu bergantung pada pengimportan
bahan tersebut dari luar. Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu
29

pertumbuhan dan perkembangan industri dalam negara; (Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul
Rahman.:2002:230). Ia juga dikaitkan dengan kepesatan pertambahan penduduk yang
menyediakan tenaga buruh untuk kilang dan terdapat pasaran yang tersedia. Empayar England
di luar negeri juga sedang berkembang pada tahap itu dan ini menjaminkan sumber bahan
mentah berharga dan pasangan untuk barangan siap. Kemajuan pengangkutan pada tahap itu
turut membantu pengagihan barangan ke seluruh dunia. Dengan perkembangan kemudahan
bank, wang telah sedia ada untuk membiaya projek-projek industri.
Ada pula pendapat tentang kemungkinan negara-negara Eropah mempelopori Revolusi
Perindustrian kerana hasil kekayaan yang diperolehi melalui dasar Merkantilisme.
Merkantalisme boleh diertikan sebagai satu sistem di mana kerajaan campur tangan dalam
menggalakkan pertumbuhan kekayaan dan kekuasaan negara. Sistem ini menekankan
kekayaan, kekuasaan dan kebajikan. Kekayaan diperoleh dengan menguasai koloni dan
mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula
dimiliki dengan membesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan
mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa
asing. Kebajikan rakyat dalam negara induk dipelihara untuk meluluskan akta yang dapat
meningkatkan produktiviti negara, anataranya Akta Perantis 1563 dan Undang-undang
Kemiskinan 1600 di England; (Sivachanralingan Sundarajaya dan Ayadurai
Letchumanan.:2001:334).
Kelemahan negara-negara Eropah lain seperti Perancis dan Jerman juga ditinjau. Jerman
dikatakan tidak dapat bersaing dengan England kerana dikongkong oleh halangan adat. Pada
tahun 1970 pula, negara Perancis merupakan negara industri yang jauh lebih maju dalam
bidang perindustrian daripada England tetapi mereka ketinggalan di dalam bidang ketenteraan,
sistem politik yang bersifat autokrasi dan percubaan mengawal industri. Pelayaran ke seberang
laut juga tidak mendapat sokongan kerajaan seperti yang diterima oleh England. Cukai yang
terlampau tinggi dan sekatan yang dikenakan sewenang-wenangnya juga telah mengakibatkan
industri Perancis merosot. Dalam pada masa yang sama, kuasa imperialisme Perancis di India
dan Amerika juga turut terjejas akibat peperangan. Oleh itu, England dengan mudah dapat
mengambil alih dominasi kawasan berkenaan.
Kelas aristokrat di England pula tidak pernah membentuk satu sistem yang tertutup. Sebaliknya
kelas pedagang yang muncul pada abad ke 18 telah mengeratkan lagi hubungan antara keduadua golongan. England juga mempunyai lebih banyak pengetahuan dan kelengkapan
kebendaan untuk menjadi lebih unggul daripada negara-negara lain. Di samping kesemua
faktor ini, kejayaannya juga terletak pada kemampuan untuk meluaskan pasaran luar negeri
sebelum abad ke-19.
Selain itu, terdapat juga satu lagi sebab yang memungkinkan England muncul sebagai negara
industri adalah kerana terdapatnya satu golongan masyarakat yang bergelar "Puritan" melabur
sejumlah wang yang besar di dalam bidang industri setelah hak mereka dalam politik
dilucutkan. Pada masa yang sama, kecenderungan untuk menyerapkan kemajuan sains dan
teknologi ke dalam industri sangat diperlukan. Oleh itu beberapa ciptaan yang canggih telah
ditemui. Dalam pada itu, suasana politik England juga amat sesuai untuk inovasi kerana tidak
berlaku sebarang peperangan besar di kawasan tersebut; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:25930

264).
REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Kesan-Kesan Revolusi Perindustrian
Kemajuan dalam Perindustrian dan Pengangkutan
Perubahan juga terlibat dalam bidang perindustrian, seperti industri tekstil, arang dan besi.
Permintaan yang tinggi untuk barangan tekstil membawa kepada ciptaan mesin pemintal yang
pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Mesin pemintal ini dikenali sebagai
"Spinning Jenny" Pada tahun 1769, Richard Arkwright telah mencipta mesin tenun pertama
yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1796. Kemajuan dalam peleburan besi dengan
menggunakan arang menghasilkan besi tempa untuk membuat peralatan mesin.
Menjelang akhir abad ke-18, wap digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera.
Kaedah baru ditemui untuk membuat besi belum tempa. Siemens menemui kaedah baru untuk
menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa. Bessemer pula
menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli dari besi
belum tempa. Semua kemajuan ini memesatkan lagi kemajuan industri England.
Kemajuan dalam pengangkutan pula meliputi perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan.
Dalam bidang perkapalan, kapal mula dibina daripada besi menggantikan balak dari Baltik.
Dalam pembinaan jalan pula, John Macadam telah memperkenalkan pembinaan daripada batu
dan minyak tar. Kemajuan dalam pembinaan jalan raya memudahkan perhubungan antara
kawasan yang jauh.
Pada tahun 1761 pula, James Bridley telah membina terusan pertama, iaitu Terusan Worsley
yang digunakan untuk membawa arang batu ke bandar perusahaan Manchester. Pada tahun
1801, Richard Trevithick mencipta lokomotif (jentera wap) untuk menarik gerabak. Lokomotif
ini kemudiannya dikenali sebagai kepala kereta api dan dipermajukan lagi oleh George
Stephenson pada tahun 1825. (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:124-125).
Penghijrahan Penduduk
Kemajuan infrastruktur juga memudahkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke
bandar dan ke kawasan yang maju untuk mencari peluang pekerjaan dan menikmati taraf hidup
yang lebih baik. Perkembangan ini secara tidak langsung telah membantu dalam menambahkan
penduduk. Kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat berbeza-beza antara
satu kawasan yang lain. Kawasan Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire,
Nottinghamshire dan Staffordshire mengalami peningkatan yang ketara; (Mathias.:1986:170).

31

Penghijrahan berlaku di Asia, Hindia Barat dan Afrika. Di Asia, berlaku penghijrahan buruh
dari India dan China. Dari Afrika berlaku penghijrahan ke Amerika Utara untuk menghasilkan
tanaman kapas. Penghijrahan penduduk juga berlaku di Amerika Syarikat, Australia dan New
Zealand. Pertambahan penduduk di koloni dan negara lain di dunia secara tidak langsung
menguntungkan kepesatan perdagangan England; (Porter.:1984:8).
Pertambahan Penduduk
Perubahan juga kelihatan di dalam bidang sosial. Antaranya ialah pertambahan penduduk
dengan kadar yang agak pesat. Pertambahan ini disebabkan oleh kemajuan kesihatan dan
pengurangan dalam kadar kematian. Di zaman itu juga berlaku penghijrahan buruh.
Penghijrahan buruh baik di dalam ataupun di luar negeri adalah satu fenomena baru. Undangundang 'Penempatan' di bawah sistem merkantilisme tidak membenarkan pekerja
meninggalkan sesuatu kawasan di bawah kelolaan Parish tanpa memenuhi syarat-syarat
tertentu. Revolusi Perindustrian sebaliknya mengetepikan sistem ini dan secara tidak langsung
menamatkan sistem feudalisme yang sekian lama mengongkong mesyarakat Eropah.
Pertambahan penduduk pada tahap itu bukan sahaja berlaku di Eropah tetapi juga di negaranegara Asia. Ia sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan dalam ikatan feudal yang
sebelumnya tidak menggalakkan penghijrahan.
Pertambahan penduduk ini juga disebabkan oleh penghijrahan penduduk Ireland. Pada tahun
1800, Ireland dan England disatukan di bawah Akta Kesatuan. Penguasaan Ireland merupakan
pusat tenunan kapas yang penting bagi menambahkan lagi kekayaan England. Antara tahun
1800 dan 1850, penduduk Great Britain meningkat dua kali ganda. Daripada jumlah kurang
daripada 11 juta orang, telah meningkat kepada lebih daripada 21 juta orang. Peningkatan ini
disebabkan oleh migrasi dari daerah Scotland dan daerah lain England.
Pada tahun 1851, didapati lebih daripada separuh penduduk Manchester, Glasgow dan
Liverpool adalah dari Ireland. Golongan buruh ini memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan industri tekstil. Mereka bekerja di pelbagai bahagian dalam industri tersebut.
Tanpa mereka industri kapas mungkin akan terjejas. Penyatuan dengan Ireland telah
menambahkan lagi penduduk England dan menuntut penghijrahan secara besar-besaran.
Wilmot-Horton, setiausaha rendah untuk koloni menggalakkan penghijrahan dari Ireland ke
England pada tahun 1820-an untuk mengatasi kemurungan yang terdapat di dalam negara.
Permulaan penghijrahan ini menandakan bibit-bibit keruntuhan sistem merkantilisme dan
permulaan dasar perdagangan bebas. Ini kerana di bawah merkantilisme penghijrahan buruh
dan jentera tidak dibenarkan sama sekali.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa
Seperti sektor pertanian, penghasilan barangan yang berlebihan dalam sektor pembuatan juga
telah membawa kepada keperluan ia dieksport ke luar negeri. Dalam tahun-tahun 1820-an,
kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds menghasilkan tekstil dalam kuantiti yang tidak
dapat diserapkan dalam pasaran tempatan. Eksport kapas dan pakaian dari England meningkat
pada kadar 10 peratus setiap tahun antara tahun 1783-1792 dan melebihi 17 peratus antara
32

tahun 1792-1802. Barangan ini mewakili tiga perempat daripada jumlah eksport antara tahun
1795-1805 dan peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan dalam teknik
pengeluaran; (Mathias.:1986:42).
Peningkatan dalam eksport barangan kapas juga meningkatkan import kapas mentah. Sehingga
tahun 1770, kadar import adalah 3 juta paun, tetapi menjelang tahun-tahun 1790-an ia
meningkat kepada 30 juta paun dan melebihi 50 juta paun pada dekad selepas 1800.
Pengeluaran hasil barangan kapas secara besar-besaran ini membawa kepada keperluan
mengadakan inovasi. Jika kos pengeluarannya dapat dikurangkan, maka barulah ia dapat dijual
dengan harga yang murah di pasaran asing. Kemampuan England untuk menjual barangannya
di luar juga bergantung kepada daya beli penduduk koloni dan negara asing. Untuk itu England
bertindak memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar membeli
barangan siapnya. Revolusi Perindustrian sesungguhnya telah mendorong kerajaan England
menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal. Dalam kesemua barangan yang dihasilkan
di zaman revolusi Perindustrian, barangan kapas mendapat perhatian yang khusus di Timur. Ini
dapat dilihat dari peningkatan jumlah kain kapas yang dieksport oleh Syarikat Hindia Timur
Inggeris, iaitu dari satu juta ela pada tahun 1814 kepada 56 juta ela pada tahun 1832;
(Mathias.:1986:270).
Menjelang pertengahan pertama abad ke-19, perdagangan antarabangsa mula meningkat 20 kali
ganda dari segi nilai. Sehubungan dengan itu, penduduk dunia juga bertambah dua kali ganda
dan terdapat permintaan tinggi untuk barangan England di luar negeri. Untuk menyaingi
persaingan negara lain, England mengamalkan dasar ini adalah hasil keunggulannya dalam
revolusi Perindustrian dan kemampuannya menjual barangannya dengan lebih murah
berbanding dengan negara lain.
Perubahan Gaya Hidup
Di zaman sebelum Revolusi Perindustrian, kebanyakan penduduk England tinggal di luar
bandar dan ikatan tradisi kekeluargaan amat kuat. Gaya hidup mereka juga mudah dan tidak
ada usaha untuk mengubah cara hidup tersebut. Perkahwinan di kalangan muda-mudi juga
diatur oleh orang tua. Keadaan ini berubah apabila ramai yang mendapat pekerjaan di bandar.
Ikatan kekeluargaan mula menjadi longgar. Pekerjaan di Bandar melahirkan gaya hidup yang
penuh cabaran. Mereka kini lebih berdikari, sanggup menghadapi risiko dan prestasi pekerjaan
mereka mendapat penghargaan. Bakat dan kekayaan menjadi penentu kejayaan dan bukan
status keturunan.
Kelas Baru
Revolusi Perindustrian juga menyaksikan kemunculan golongan baru. Masyarakat petani
tradisional terdiri daripada satu kumpulan kecil golongan bangsawan dan pemilik tanah,
sekumpulan kecil pedagang dan tukang dan sekumpulan besar petani. Selepas revolusi
Perindustrian, golongan kelas pekerja pertengahan dan individu tumbuh dengan pesat dari segi
saiz dan kepentingan. Golongan kelas pertengahan baru termasuk pemilik kilang, peniaga, ahliahli bank, peguam dan jurutera. Golongan kaya memperolehi pendapatan sebanyak yang
33

dicipta oleh golongan bangsawan yang kaya. Dengan bertambahnya kekayaan negara,
pendapatan dan kedudukan social kelas pertengahan meningkat dan mereka lebih yakin.
Mereka berkeinginan mencuba idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan
perniagaan baru yang diceburi. Semangat inilah yang menjadikan bidang industri maju dengan
pesat.
Kemunculan golongan kelas pertengahan baru ini tidak disertai dengan kuasa politik. Oleh itu,
golongan ini mula berjuang untuk mengadakan perwakilan di Parlimen bagi menyuarakan
kepentingan mereka. Hasilnya menjelang pertengahan kedua abad ke-18. Palimen Inggeris
mempunyai 61 orang ahli Parlimen yang terdiri daripada kelas menengah. Mereka berjaya
dalam perjuangan meluluskan akta-akta perdagangan dan ekonomi yang memihak kepada
kepentingan mereka. Sebagai contoh, pemansuhan monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris
pada 1813, pemansuhan Akta Perantis pada 1814 dan akta yang mensyaratkan penggunaan
kulit binatang dalam pembuatan kasut pada 1824. Revolusi Perindustrian juga melahirkan kelas
pekerja kilang dan lombong yang sering dikenali sebagai proletariat. Mereka ini terdiri
daripada penganggur, pemintal dan penenun. Mesin yang dikerjakan oleh mereka dengan
tangan mula diganti dengan mesin kuasa wap yang tidak lagi memerlukan kemahiran.
Golongan ini hanya dapat menawarkan tenaga buruh. Oleh itu, pada penghujung abad ke-18
dan ke-19 mereka dibayar amat rendah kerana mesin boleh menjalankan kebanyakan kerja
yang sebelum ini dilakukan oleh manusia; (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai
Letchumanan.:2001:338-339).
Pekerja dan Keadaan Kerja di Kilang
Seorang pekerja kilang biasanya bekerja selama 12 jam sehari dan 6 hari setiap minggu.
Upah yang dibayar hanya cukup untuk mengisi perut. Para pengusaha kilang lebih suka
menggajikan pekerja wanita dan kanak-kanak kerana mereka boleh diberi upah yang rendah.
Kanak-kanak biasanya mula bekerja pada usia lima atau enam tahun. Udara dalam kilang dan
lombong tercemar dan pekerja terpaksa bekerja mengikut kelancaran mesin. Pekerja didenda
dengan kadar yang tinggi jika berehat ataupun ke tandas. Kebanyakan pekerja, khususnya
kanak-kanak berasa amat letih dan ada yang terjatuh ke dalam mesin dan terbunuh. Kanakkanak juga bekerja dalam suasana yang gelap dan berbahaya dalam lombong arang batu.
Golongan pekerja juga tinggal dalam keadaan yang amat teruk. Pengusaha kilang membina
sederet rumah kecil dan mengenakan sewa yang tinggi. Tidak ada tandas dan bekalan air.
Kawasan penempatan ini kotor, padat dengan penduduk dan penuh dengan pelbagai penyakit
seperti taun dan batuk kering. Oleh kerana ramai pekerja yang bekerja lebih masa, lapar dan
hidup dalam keadaan seburuk ini, ramai pula yang mati dalam usia yang muda.
Perluasan Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian yang bermula di England kemudiannya tersebar ke negara lain di
Eropah. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 , iaitu sewaktu Britain mencapai kemajuan
ekonomi dan sosial, negara lain di Eropah tertinggal di belakang. Perancis pada waktu itu
terlibat dalam revolusi politik Jerman dan Itali belum bersatu dan tidak terdapat satu kerajaan
34

pusat untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk perkembangan industri. Boleh
dikatakan hampir semua negara dalam benua eropah terlibat dalan perang Napolean. Tetapi,
sebaik sahaja kestabilan diwujudkan di Eropah, negara-negara itu tidak melepaskan peluang
untuk turut sama dalam bidang industrialisasi.
Belgium adalah negara pertama menjalankan industrialisasi pada 1810. Ini diikuti pula oleh
Perancis padatahun 1840-an dan Jerman pada 1870-an. Amerika Syarikat dan Jerman melalui
pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1870-an. Industrialisasi di Rusia dipercepatkan
pada lewat 1890-an.
Perkembangan Idea Ekonomi Baru
Pada zaman sebelum revolusi Perindustrian, khususnya pada abad ke-16 dan ke-17, ukuran
kekayaan bergantung kepada jumlah emas dan perak yang dimiliki oleh sesebuah negara tetapi
kini para pemikir ekonomi sedar kekayaan bergantung kepada jumlah barangan dan
perkhidmatan yang dapat disediakan. Pada waktu yang sama, disedari kerajaan tidak harus
campur tangan dalam perdagangandan industri, tetapi ditentukan oleh hukum permintaan dan
penawaran. Inilah teori dasar perdagangan bebas. Ia juga dinamakan liberalisme ekonomi atau
ekonomi klasik. Pelopor dasar perdagangan bebas adalah Adam Smith melalui bukunya "The
Wealth of Nation" yang diterbitkan pada 1776. beliau memajukan kes yang komprehensif untuk
kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya terhadap sistem Merkantilisme. Antara
kritikannya adalah koloni akan hanya berkembang pesat jika diberi kebebasan untuk
menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Menurutnya, tindakan mengawal koloni secara
politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan.
Hujah utama Smith adalah berasaskan teori faedah mutlak. Faedah mutlak boleh didefinisikan
sebagai situasi di mana sebuah negara dengan satu jumlah punca pengeluaran boleh
mengeluarkan jumlah barangan yang lebih daripada negara lain yang juga menggunakan punca
pengeluaran yang sama. Ada kalanya faedah mutlak juga boleh disebabkan oleh faktor iklim
dan juga tanah. Adalah tidak praktikal bagi sesebuah negara menghasilkan sesuatu barangan
atau komoditi apabila ia boleh didapati dengan murah di tempat lain.
Bagi Smith, perdagangan bebas menambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran
dan membolehkan modal mengalir ke sector pengeluaran yang akan meningkatkan permintaan
untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas Manchester
dipasarkan ke India menjelang awal abad ke-19. daerah Manchester mengkhusus dalam
pengeluaran kapas dan menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk Ireland.
Perubahan dalam pemikiran politik
Idea sosialisme pada peringkat awal dimajukan pada tahun-tahun 1830-an. Seorang rakyat
Perancis, Claude Henri de Saint-Simon adalah pemikir sosialis awal yang penting. Beliau
menyeru kerajaan untuk memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi
dan memajukan kebajikan masyarakat. Robert Owen (1771-1858) pula adalah pemikir terkenal
British yang percaya bahawa sistem kapitalis harus bersifat kemanusiaan dan mencari
35

keuntungan. Beliau membayar upah yang tinggi untuk para pekerja, menyediakan sistem
perumahan yang baik untuk pekerja, pendidikan untuk kanak-kanak dan masa kerja yang
singkat (10 jam).

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Tokoh-Tokoh Revolusi Perindustrian
James Harvesgreaves
Pencipta mesin pemintal benang yang pertama pada tahun 1764. Alatnya dikenali sebagai
Spinning Jenny.
Sir Richard Arkwright
Mencipta alat pemintal benang yang dikenali sebagai Water Frame.
Samuel Crompton
Encipta alat pemintal benang yang dikenali sebagai Mule; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi
Yunus.:2001:125).
Edmund Cartwright
Mencipta mesin tenun yang pertama yang menggunakan kuasa air.
Siemens
Menemui kaedah baru untuk menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum
tempa.
Bessemer
Menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli daripada
besi belum tempa; (Stamp.:1979:46-47).
John Macadam
Memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan tar. (Taylor.:1988:179).

36

James Bridley
Membina terusan yang pertama yang dinamakan Terusan Worsley yang digunakan untuk
membawa arang ke bandar perusahaan Mancester.
Richard Trevithick
Beliau telah mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada tahun 1801. Gerabak ini
kemudiannya dipermajukan lagi menjadi kepala kereta api oleh George Stephenson pada tahun
1825; (Cathchpole.:1983:14).

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN


REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Kronologi Revolusi Perindustrian

Tahun

Peristiwa

1698

Thomas Saveri telah membangunkan enjim stim untuk mengeluarkan air dari
lombong.

1709

Abraham Darby menjumpai besi dan arang batu.

1712

Thomas Newcomen memperbaiki enjin Savery.

1733

John Kay mencipta Flting Shuttle, sejenis alat menganyam.

1742

Kilang pertama di Birmingham dan Northhampton telah dibuka.

1759

Terusan air telah dibina untuk membawa arang batu terus ke tengah
Manchester.

1764

James Hargreaves telah mencipta alat menganyam Spinning Jenny.

1769

James Watt telah mencipta enjin stim yang lebih cangih. Richard Arkwright
pula telah mencipta alat memintal benang menggunakan kuasa air. Josiah
Wedgwood telah membina tempat pembuatan barang-barang tembikar di
Staffordshire.

1779

Samuel Crompton telah mencipta alat menenun. Jambatan besi yang pertama
juga telah dibina pada tahun ini.

1799

Enjin stim telah digunakan secara meluas dalam mesin membuat kertas,
tepung dan kain.

1808

Richard Trevithick telah mempertontonkan lokomotif stimnya di London.

1811

Pemberontakan Luddite telah bermula; menentang penggunaan mesin-mesin


37

baru.
1815

Humphrey Davy telah mencipta lampu keselamatan yang memberitahu


pelombong tentang kebocoran gas.

1825

Jalan keretapi dari Stockton ke Dalington telah dibuka kepada orang ramai.

1842

Akta yang melarang wanita dan kanak-kanak bekerja dilombong telah


diisytiharkan.

IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA


Pengenalan
Imperialisme bermaksud penguasaan dan penaklukan oleh sesebuah negara atau kuasa yang
kuat ke atas sesebuah negara lain yang lemah dan meletakkan pemerintahan dan masyarakat
tersebut secara paksa di bawah pemerintahan asing. Takrifan ini menunjukkan bahawa dalam
kegiatan imperialisme terdapat unsur penonjolan sifat keunggulan oleh satu-satu bangsa
terhadap bangsa-bangsa lain; (Wan Abdul Rahman Latif et al.:1996:285).
Imperialisme kuasa-kuasa Barat mengamalkan dasar mengeksploitasi negara-negara yang
lemah. Kegiatan ini lebih giat dilaksanakan selepas berlakunya revolusi perindustrian. Akibat
revolusi ini, ekonomi negara yang dijajah tidak dirombak atau disusun semula bagi memenuhi
kehendak ekonomi negara penjajah. Kuasa-kuasa Barat hanya mementingkan hasil bumi yang
terdapat di negara itu seperti emas, perak, teh, rempah dan lain-lain. Keadaannya berbeza pula
selepas berlangsungnya revolusi perindustrian. Kuasa-kuasa Barat lebih berminat untuk
38

mengubah struktur ekonomi dan pentadbiran negara yang dijajah. Struktur ekonomi dirombak
bagi membolehkan mereka mendapat bahan-bahan mentah secara berterusan dalam kuantiti
yang banyak untuk keperluan perindustrian mereka.
Corak imperialisme merupakan corak paksaan ke atas masyarakat Asia Tenggara dengan
menggunakan tipu muslihat perdagangan dengan memberikan lingkungan pengaruh sehingga
pemerintah tempatan tidak dapat menahan desakan dan tekanan kuasa Barat sehingga akhirnya
terpaksa menerima kehadiran kuasa tersebut dan dipaksa menerima perlindungan daripada
negara-negara Barat. Tekanan dan desakan kuasa Barat untuk melaksanakan dasar Imperialisme
sejajar dengan hasrat mereka sebagai sebuah kuasa yang kuat bagi memberi perlindungan dan
keselamatan kepada kuasa yang lemah. Kerakusan dan ketamakan kuasa Barat dalam
melaksanakan dasar imperialisme di Asia Tenggara dapat dilihat dengan penguasaan mereka ke
atas negara seperti:
a) British - Tanah Melayu, Sarawak, Burma, Borneo (U)
b) Sepanyol - Filipina
c) Belanda - Indonesia
d) Perancis - Vietnam, Kemboja dan Laos
e) Amerika Syarikat - Filipina
Kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menonjolkan imej mereka sebagai kuasa besar dan
ini menyebabkan mereka cuba menguasai sebanyak mungkin tanah jajahan; (Mahdi Shuid dan
Mohamad Fauzi Yunus.:2001:160).
Penjajahan oleh lima kuasa besar Eropah ke atas negara Asia Tenggara pada abad ke-19
memperlihatkan kepentingan negara tersebut pada pandangan kuasa-kuasa Eropah. Kedatangan
kuasa Barat tidak hanya semata-mata untuk berdagang dan pola imperialisme di Asia Tenggara
menampakkan usaha dilakukan untuk membahagikan kawasan lingkungan pengaruh antara
mereka supaya tidak wujud persaingan sesama mereka yang boleh mencetuskan peperangan.
Perancangan yang teliti yang dibuat oleh Kuasa Eropah yang dilakukan di Asia Tenggara
membolehkan mereka meluaskan pengaruh dalam lingkungan yang ditentukan tanpa merasa
bimbang akan diganggu oleh kuasa lain. Keadaan ini membolehkan mereka mengeksploitasi
sumber-sumber yang ada dalam kawasan masing-masing untuk kepentingan negara asal mereka
sehingga mengabaikan kepentingan penduduk peribumi.
Cengkaman dan pemerasan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah terhadap kuasa-kuasa
Eropah berlaku begitu lama, seolah-olah mereka berjaya menidakkan sebarang penentangan
oleh masyarakat peribumi terhadap dasar imperialisme yang dilakukan. Imperialisme kuasa
Barat yang berlangsung beratus-ratus tahun di Asia Tenggara telah meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap senario politik, ekonomi, sosial, masyarakat peribumi Asia Tenggara.
Kesan imperialisme yang dicorakkan oleh kuasa Eropah telah cuba diperbetulkan oleh
pemerintah sekarang dalam usaha membina satu keperibadian bangsa dan maruah diri telah
terjejas selama beratus tahun angkara kuasa Eropah yang tidak diundang.
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Faktor-Faktor Imperialisme Barat ke Asia Tenggara
39

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara. Faktorfaktor tersebut ialah ekonomi, sosial dan politik.
Ekonomi
Revolusi Perindustrian memerlukan banyak bahan mentah bagi menjana perkembangan
industri perkilangan. Keperluan ini menyaksikan kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru, terutamanya di Asia Tenggara yang sememangnya
mempunyai bahan-bahan mentah yang diperlukan. Penjajahan ke atas imperialisme Barat dapat
menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan dan tetap bagi sektor perkilangan mereka dan
menjamin tempat untuk memasarkan hasil-hasil perindustrian yang dikeluarkan oleh mereka.
Antara bahan-bahan mentah yang sangat dikehendaki oleh kuasa-kuasa Barat ialah bijih timah
bagi menampung perkembangan perusahaan mengetin yang berkembang pesat di Eropah.
Bahan mentah seperti getah diperlukan akibat perkembangan industri kereta, di samping
menjadikan salutan dawai elektrik, dan penciptaan tayar getah. Kelapa sawit pula diperlukan
kesan daripada penciptaan mesin penghancur buah dan minyak masak.
Bahan-bahan ini banyak ditemui di kawasan Asia Tenggara terutama di Tanah Melayu. Britain
yang mengalami revolusi perindustrian telah mengorak langkah untuk menguasai negara di
Asia Tenggara atas dasar kekuatan maritim dan menjadi kuasa imperialis yang kuat. Menjelang
tahun 1830-an, Britain terpaksa bersaing dengan negara-negara Eropah lain dalam usaha
memasarkan barangan keluaran kilangnya, terutama apabila Amerika Syarikat mengenakan
tarif ke atas barangan Britain yang memasuki negaranya. Pengenalan tarif ke atas barangan
kilang Britain oleh Amerika Syarikat adalah bertujuan melindungi kepentingan industri
perkilangan dalam negaranya. Keadaan ini memaksa Britain mencari pasaran baru untuk
memasarkan barangan keluaran kilangnya ke Asia dan Afrika memandangkan barangan buatan
Britain tidak lagi dapat dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah secara mudah seperti dulu.
Penubuhan pengkalan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Madras dan di Benggala di India
semakin meluas bukan sahaja terhad kepada pantai barat benua kecil malah meliputi kawasan
pantai timurnya. Sungguhpun begitu, kepentingan British di pantai timur India, khususnya di
Madras sentiasa terdedah kepada serangan musuh terutama pada musim Angin Timur Laut
antara bulan Oktober hingga bulan April setiap tahun. Lazimnya pada masa inilah, tentera laut
British belayar ke Bombay bagi mengiringi kapal dagang British yang membawa dagangan dari
Timur. Dalam keadaan inilah pihak musuh terutamanya Perancis mengambil kesempatan
melancarkan serangan ke atas Madras. Hal ini menyebabkan Syarikat Hindia Timur Inggeris
berusaha mendapatkan satu tempat di Teluk Benggala sepanjang musim Angin Timur Laut;
(Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin.:Sejarah Malaysia:2000:164). Revolusi perindustrian
juga telah berjaya mempercepatkan pelayaran dan menyediakan kemudahan pengangkutan dan
perhubungan dengan pengenalan kapal berkuasa wap. Penciptaan kapal ini memudahkan
penghantaran barangan ke pasaran kerana dapat membawa muatan yang banyak. Tambahan
pula kapal berkuasa wap boleh bergerak lebih laju pada bila-bila masa tanpa perlu bergantung
pada tiupan angin. Pada penghujung abad ke-19, kapal berkuasa wap telah digunakan secara
meluas dalam perdagangan antarabangsa. Kemajuan dalam sistem pengangkutan laut telah
40

mempercepatkan penghantaran bahan mentah dari Asia Tenggara ke negara Eropah


menyebabkan keperluan bahan mentah untuk kilang tidak akan terputus.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 berjaya memendekkan jarak perjalanan antara Barat
dengan Timur kerana kapal-kapal dagang tidak perlu merentasi pantai Afrika. Fenomena ini
mempercepatkan penghantaran barang dan dapat menjimatkan kos di samping menjadikan
barang dagangan di jual dengan lebih murah. Perkembangan dan penciptaan alat komunikasi
seperti telegraf membolehkan penguasaha Barat menghubungi ejen-ejen mereka di Timur
dengan lebih cepat bagi mengetahui keadaan pasaran barangan mereka di Asia Tenggara di
samping mendapatkan pesanan bahan-bahan mentah dari Asia Tenggara. Kesemua usaha-usaha
yang dilakukan oleh imperialisme Barat di Asia Tenggara adalah untuk menjamin kepentingan
ekonomi negara mereka tidak terjejas.
Sosial
Selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh negara Barat, mereka beranggapan adalah menjadi
tanggungjawab sosial mereka untuk mentamadunkan penduduk Asia Tenggara yang dilihat
masih mundur kerana bergantung kepada kegiatan berasaskan pertanian mereka. Orang Barat
beranggapan kebudayaan dan tamadun mereka lebih tinggi (superior) daripada masyarakat Asia
Tenggara berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang sains dan teknologi.
Mereka melaungkan konsep 'White Mens Burden' atau 'Beban Orang Putih' seperti yang
dicanangkan oleh penyair Inggeris, Rudyard Kipling. Mengikut orang Perancis sebagai Mission
Civilisatrice dan orang Amerika sebagai The Blessing of Anglo-Saxon Protection. Mereka
menyatakan oleh kerana tamadun mereka sudah mengalami perubahan besar dalam ekonomi
dan sosial adalah menjadi kewajipan dan tugas mereka mentamadunkan bangsa lain, khususnya
mereka yang dijajah yang dianggap masih mundur. Rantau Asia Tenggara dilihat sebagai
sebuah rantau yang sangat berpotensi untuk menyebarkan kebudayaan Barat kerana ketika itu
masyarakat Asia Tenggara masih lagi mundur dan belum terdedah kepada kebudayaan Barat
yang dianggap tinggi. Alasan begini dilaungkan oleh kuasa Barat apabila mereka cuba
mempertahankan sebab-sebab dasar imperialisme dilakukan ke atas negara-negara Asia
Tenggara.
Keagungan tamadun Barat yang disebarkan ke negara Asia Tenggara juga melibatkan soal
agama dimana mubaligh Kristian mengambil kesempatan menyebarkan agama Kristian di
kalangan penduduk Asia Tenggara. Mubaligh Kristian menggunakan pelbagai cara untuk
menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menganut agama Kristian sama ada melalui
aktiviti kebajikan atau pendidikan dengan menubuhkan sekolah yang ditakbir oleh mubaligh
Kristian, seperti di Filipina dan Indo-China. Keinginan Kristian untuk menyebarkan agama
Kristian dan tamadun Eropah juga pendorong kepada dasar imperialisme Asia Tenggara.
Tambahan pula agama Kristian telah berpecah kepada beberapa mazhab seperti Katolik,
Protestan, Anglican, Methodist dan Jesuit, menyebabkan mereka berlumba-lumba dan bersaing
dalam penyebaran agama Kristian di Asia Tenggara. Masyarakat Eropah percaya mereka
mestilah mengorbankan kesenangan dan kemewahan yang dimiliki supaya dapat
mentamadunkan masyarakat Asia Tenggara.

41

Politik
Pembentukan negara bangsa di Eropah menyebabkan negara-negara tersebut berlumba-lumba
untuk mendapatkan kawasan jajahan baru bagi menaikkan status negara mereka. Penguasaan
dan pemilikan kawasan tanah jajahan yang luas dan banyak merupakan simbol kekuatan dan
keagungan sesebuah negara. Keadaan ini mendorong kuasa Barat bersaing sesama sendiri bagi
mendapatkan jajahan baru di Asia Tenggara.
Persaingan antara kuasa-kuasa Barat adakalanya berlaku peperangan dan untuk
mengelakkannya, pelbagai perjanjian telah dibuat antara mereka bagi menentukan kawasan
pengaruh masing-masing. Misalnya, perjanjian Inggeris-Belanda merupakan perjanjian yang
telah ditandatangani oleh pihak Inggeris dan Belanda untuk menentukan kawasan pengaruh
mereka. Perkembangan idea nasinalisme di Eropah juga merupakan dorongan ke arah dasar
imperialisme kerana prestij menjadi faktor utama berdasarkan keluasan tanah jajahan yang
dikuasai dan simbol kekuatan dikalangan negara Eropah.
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme British di Tanah Melayu
Imperialisme British bermula apabila British berjaya menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786
setelah berjanji dengan Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah ketika itu untuk memberikan
bantuan ketenteraan sekiranya negeri itu diserang. Namun janjinya tidak ditepati lalu
peperangan antara Sultan Kedah dengan pihak British telah berlaku dan akhirnya kemenangan
berpihak kepada British. Mereka telah menandatangi perjanjian untuk mengesahkan
penempatan British di Pulau Pinang dengan janji pihak British akan membayar $600 setahun
kepada Pulau Pinang; (Zainal Abidin Abdul Wahid et al.:1996:107-108).
Seterusnya, Inggeris telah dapat menduduki Singapura setelah mencampuri urusan perebutan
takhta dikalangan Raja Johor. British sememangnya ingin menguasai Singapura kerana
mempunyai kepentingan, iaitu sebagai pelabuhan singgahan utama bagi pedagang ke China dan
sebagai pengkalan British untuk menguasai kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia.
Pada tahun 1824 pula, Melaka telah diambil alih oleh Bitish daripada pihak Belanda setelah
menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda. Perjanjian Inggeris-Belanda ini telah
menukarkan Melaka kepada pemerintahan British manakala kepentingan British di Indonesia
telah dipindah milikkan kepada Belanda. Ketiga-tiga negara ini telah bergabung dan dikenali
sebagai Negeri-negeri Selat. Seterusnya, kuasa British telah berkembang ke seluruh Tanah
Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.
Maka pada akhir abad ke-18 dengan awal abad ke-19, British mempunyai tiga buah jajahan dan
pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang dan Seberang perai di utara, Melaka
di tengah, dan Singapura di selatan. Pulau Pinang dan Seberang perai pada mulanya telah
ditadbir oleh Francis Light sebagai Penguasa dan diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor
British di Culcutta. Pada tahun 1800, pentadbir Pulau Pinang bergelar Leftenan Gabenor
42

Jeneral dan pentadbirannya disama tarafkan dengan pentadbiran di Benggala, Madras, dan
Bombay di India. Pentadbiran di Singapura pula pada mulanya diketuai oleh Residen yang
bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor di Bangkahulu. Dua tahun selepas Perjanjian
London, Singapura telah diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor Jeneral, sama seperti di
Pulau Pinang (Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin.:2000:177).
James Brooke pula telah menguasai Sarawak setelah memberi bantuan keselamatan akibat
pergaduhan pembesar di sana. Beliau dan keluarganya telah menjadi Rajah Putih di Sarawak
selama beratus tahun. Namun, akibat masalah kewangan, Charles Vyner Brooke telah
menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946. Ini bermakna bermulanya
pemerintahan British di Sarawak. Manakala sebuah syarikat dagangan British, British North
Borneo Company telah membeli wilayah-wilayah syarikat perniagaannya di Borneo Utara dan
mengesahkan pendudukan British di Borneo Utara.
Imperialisme British di Burma
Kedatangan British tidak disenangi oleh penduduk Burma kerana British enggan mematuhi
peraturan dan undang-undang di Burma. Contohnya, pegawai British enggan menghormati adat
istiadat orang Burma ketika menghadap Raja. Pegawai British juga enggan menanggalkan
kasut di dalam istana dan perkara ini dikenali sebagai masalah kasut. Keadaan ini telah
merenggangkan hubungan antara Inggeris dengan Burma. Pedagang-pedagang di Rangoon juga
sering mendesak supaya peluang berniaga di Burma dibuka kepada mereka.
Oleh itu, perluasan kuasa telah dijalankan sebanyak tiga peringkat, peringkat pertama
berlakunya Perang Inggeris-Burma Pertama pada tahun 1824-1826 yang mengakibatkan British
menguasai Arakan dan Tanasserim. Peringkat kedua pula berlaku apabila berlakunya Perang
Inggeris-Burma Kedua pada tahun 1852 yang menyebabkan seluruh Burma Hilir telah dikuasai
oleh British dan peringkat terakhir berlaku apabila Perang Inggeris-Burma Ketiga berlaku pada
tahun 1886 yang menyebabkan wilayah Burma yang lain ditawan oleh British. Pihak British
terpaksa menempuh tiga peperangan dengan Burma sebelum menguasai negara tersebut; (Anita
Ganeri et al.:1998:171).
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme Perancis
Sejak kurun ke-17, mubaligh Kristian telah menyebarkan agama Kristian di Vietnam dan ramai
rakyat Vietnam yang telah memeluk agama Kristian menjelang tahun 1800. Walau
bagaimanapun, semasa pemerintahan Raja Minh Mang, beliau telah mengamalkan dasar antiKristian. Keadaan ini telah mencurigakan pihak berkuasa Vietnam kerana rakyat Vietnam yang
beragama Kristian tidak mengamalkan tradisi tempatan. Oleh itu, pihak berkuasa Vietnam telah
menindas mubaligh Kristian dan juga penganutnya. Contohnya, sesiapa yang menganut agama
Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dibunuh serta paderi
43

Perancis dijatuhkan hukuman buang ke dalam sungai atau laut.


Kerajaan Perancis telah mengambil alasan ini untuk campur tangan dalam negara Vietnam.
Perancis amat berminat untuk menguasai Vietnam kerana ingin menembusi pasaran China
melalui Tonkin atau Sungai Mekong. Antara tahun 1850 hingga 1861, Perancis telah menguasai
Bandar Saigon dan Cochin-China di selatan Vietnam. Peancis telah dapat menawan
keseluruhan negara Vietnam pada tahun 1885 hingga 1886, selama 1 tahun sahaja. Kampuchea
dan Laos juga telah ditakluk kerana kedudukannya berhampiran dengan Sungai Mekong;
(Abdullah Zakaria Ghazali et al.:2003:190). Namun, campur tangan Perancis di Kampuchea
telah dibantah oleh Siam yang mendakwa Kampuchea sebagai sebuah negara naungannya.
Kemboja kemudiannya menjadi naungan Perancis melalui perjanjian yang ditandatangani
antara Siam dengan Perancis pada tahun 1867.
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme Perancis
Sejak kurun ke-17, mubaligh Kristian telah menyebarkan agama Kristian di Vietnam dan ramai
rakyat Vietnam yang telah memeluk agama Kristian menjelang tahun 1800. Walau
bagaimanapun, semasa pemerintahan Raja Minh Mang, beliau telah mengamalkan dasar antiKristian. Keadaan ini telah mencurigakan pihak berkuasa Vietnam kerana rakyat Vietnam yang
beragama Kristian tidak mengamalkan tradisi tempatan. Oleh itu, pihak berkuasa Vietnam telah
menindas mubaligh Kristian dan juga penganutnya. Contohnya, sesiapa yang menganut agama
Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dibunuh serta paderi
Perancis dijatuhkan hukuman buang ke dalam sungai atau laut.
Kerajaan Perancis telah mengambil alasan ini untuk campur tangan dalam negara Vietnam.
Perancis amat berminat untuk menguasai Vietnam kerana ingin menembusi pasaran China
melalui Tonkin atau Sungai Mekong. Antara tahun 1850 hingga 1861, Perancis telah menguasai
Bandar Saigon dan Cochin-China di selatan Vietnam. Peancis telah dapat menawan
keseluruhan negara Vietnam pada tahun 1885 hingga 1886, selama 1 tahun sahaja. Kampuchea
dan Laos juga telah ditakluk kerana kedudukannya berhampiran dengan Sungai Mekong;
(Abdullah Zakaria Ghazali et al.:2003:190). Namun, campur tangan Perancis di Kampuchea
telah dibantah oleh Siam yang mendakwa Kampuchea sebagai sebuah negara naungannya.
Kemboja kemudiannya menjadi naungan Perancis melalui perjanjian yang ditandatangani
antara Siam dengan Perancis pada tahun 1867.
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme Amerika Syarikat

44

Amerika Syarikat telah memainkan peranan yang utama dalam memperkenalkan negara Jepun
kepada perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1889, Amerika Syarikat telah berperang dengan
Sepanyol untuk menguasai Cuba, sebuah tanah jajahan di benua Amerika. Pada tahun 1898
pula, Amerika Syarikat telah berjaya menewaskan Sepanyol di Filipina. Di Filipina, Amerika
Syarikat menghadapi tentangan yang kuat daripada rakyat tempatan dan mengambil masa
selama tiga tahun untuk menguasai seluruh Filipina sehingga tahun 1946.
Bentuk pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina:
Presiden Amerika (di Amerika Syarikat)

Gabenor General

Dewan Perundangan

Dewan Senat (29 ahli)


Dewan Perwakilan (92 ahli)
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme Belanda
Belanda mula meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara melalui Syarikat Hindia Timur
Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1602. Belanda telah mengukuhkan kedudukan politiknya
di Indonesia. Antara punca kejayaannya ialah Belanda telah menjalankan dasar monopoli
perdagangan di Kepulauan Melayu dan menghalau keluar kuasa Barat yang lain.
Belanda sedar bahawa Inggeris terutamanya bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di
Indonesia. Seperti kata J.S. Furnivall, "Dari permulaan abad itu orang Inggeris, Walaupun
mereka jauh lebih lemah daripada orang Belanda, sentiasa mengekori orang Belanda di
Kepulauan Melayu seperti pikat mengikuti mangsanya". Dan Bernard Vlekkemenulis dalam
nada yang sama: "pedagang-pedagang London mengikut jejak mereka yang lebih kuat ke mana
sahaja mereka pergi dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dari usaha penerokaan
mereka". Belanja perang dengan Sepanyol yang membuat perdagangan Indonesia selamat bagi
negara-negara Eropah sebelah Utara, adalah tanggungjawab Belanda, dan dari mana-mana
Syarikat Belanda itu membuka pusat perdagangan orang Inggeris tentu akan mengikuti jejak
mereka di Patani, Jambi, Jakarta dan di banyak tempat-tempat yang lain; (D.G.E.
Hall.:1979:360). Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada tahun 1824,
merupakan "turning point" bagi Belanda untuk menguasai wilayah-wilayah di Indonesia.
Berbekalkan sikap inilah, Belanda telah dapat menguasai hampir seluruh Indonesia.
Akibat pemberontakan Dipo Negoro, kewangan Belanda di Asia Tenggara hampir muflis.
Bagaimanapun, pihak Belanda berjaya mengatasi masalah itu apabila Sistem Tanaman Paksa
yang mengerah tenaga rakyat Jawa menanam tanaman baru yang diperkenalkan dan dijual
kepada pihak Belanda dengan harga yang murah.
45

IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA


Imperialisme Jerman
Imperialisme Jerman di Asia Tenggara bermula apabila Jerman berjaya menguasai Papua New
Guinea dan beberapa pulau di Lautan Pasifik. Walaubagaimanapun, Jerman gagal menguasai
kawasan di Asia Tenggara. Justeru, syarikat perdagangan Jerman dan orang perseorangan giat
menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa seperti di Singapura, Manila, Bangkok dan
Negeri-negeri Selat. Syarikat-syarikat ini telah membuka ibu pejabatnya di Singapura.
Antaranya ialah Norddeautscher Lloyd yang merupakan syarikat perkapalan kedua terbesar di
dunia. Strait Trading Company; syarikat melebur bijih timah yang pertama di Tanah Melayu
dan mempunyai modal dan teknik yang canggih dan Keluarga Huttenbachs yang menguruskan
firma eksport dan import di Pulau Pinang dan Singapura dan membekalkan kuasa elektrik di
beberapa kawasan di Tanah Melayu seperti Kedah, Perak, dan Negeri Sembilan.
IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Kesan-Kesan Kedatangan Barat ke Asia Tenggara
Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara
telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
Politik
Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah
diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh
pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan
mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak
sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah
melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh
orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik
semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai
kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan
menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia
Tenggara.
Ekonomi
46

Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah.
Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besarbesaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah
memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar
Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat
sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat
peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak
Belanda.
Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor
berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu,
kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah
diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan
perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.
Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah
jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak,
British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu
dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan
kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina
umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti
pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang
perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar
dan kawasan-kawasan sekitar; (Samri Sainuddin.:2003:64-65).
Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru
dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang
banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai
sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api.
Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut
terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada
pembangunan ekonomi penjajah.
Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi
tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme
Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi
berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem
ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas
masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk
membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan masyarakat
peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme
Barat dinamakan sebagai nasionalisme.
Sosial
47

Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah
tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan
golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur
dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat.
Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah
mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk
peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.
Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang
kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar
mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran,
budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat.
Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya
selepas mencapai kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah
menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan
tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara
sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama,
bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar
pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum; (Mahdi Shuid dan Muhamad
Fauzi.:2001:171).
Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu
miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa
mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi.
Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka
hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala
mereka akan melontar bom dan peluru untuk memuaskan naluri perang mereka; (Mahathir
Mohamad.:1999:165).

48

Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang Revolusi Pertanian

Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan
menyeluruh. Hal ini boleh berlaku dalam bidang politik, sosial atau ekonomi. Walau
bagaimanapun, kadang-kadang revolusi yang berlaku itu boleh memakan masa yang agak
lama dan secara berterusan. Revolusi tidak berlaku secara mendadak dalam sehari dua
atau sebulan. Maksud Revolusi pertanian di Britian merujuk kepada perubahan besar yang
berlaku dalam bidang pertanian yang mendatangkan faedah dan keuntungan kepada
masyarakat. Semasa revolusi pertanian berlaku pengeluaran sektor pertanian telah meningkat
dengan mendadak. Revolusi Pertanian bolehlah dianggap sebagai satu revolusi yang telah
menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian.

49

Aspek-aspek perkembangan Revolusi Pertanian


Terangkan aspek-aspek yang telah membawa kepada berlakunya
perkembangan Revolusi Pertanian di Eropah

Pemilikan Tanah Persendirian

Sebelum Revolusi Pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem
pemilikan tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah milik persendirian
ini umumnya dipunyai oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya, adalah juga tanah
yang dimiliki oleh orang perseorangan. Tanah awam tersebut mungkin digunakan oleh rakyat
biasa di Britain untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan, memelihara ternakan, serta
memburu binatang atau memancing di tempat terdapatnya sungai ataupun tasik. Dalam
masyarakat lama, penggunaan tanah awam secara beramai-ramai memberi peluang kepada
orang biasa untuk menampung kehidupan harian mereka. Walau bagaimanapun, dalam
keadaan negara Britain menghadapi pertambahan penduduk, hasil pertanian perlulah
dipertingkatkan. Oleh sebab itu, tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah
mereka digunakan oleh rakyat jelata, kini, mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi
tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. Oleh itu,terdapatlah usaha daripada
pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut. Antara tahun 1761 hingga tahun 1792
harnpir 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah. Implikasinya, kini
telah tersedia kawasan yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran. Selain itu,
rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam telah kehilangan punca rezeki.
Oleh itu, golongan petani kecil-kecilan ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang.
Kemudian, apabila berlaku Revolusi Perindustrian di Britain, mereka berhijrah ke kawasan
bandar dan menjadi buruh kilang.

Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian

Selain faktor perubahan penggunaan tanah, kaedah dan ciptaan baru pertanian juga
telah membolehkan Revolusi Pertanian berlaku di Britain. Salah satu kaedah baru yang
digunakan ialah sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend.
Mengikut kaedah ini, sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun
dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Oleh sebab tanaman yang
berbeza itu menggunakan nutrien tanah yang berbeza juga,maka, semua tanaman dapat
tumbuh dengan subur. Selain itu, tanaman baru turut diperkenalkan seperti semanggi,
50

clover, turnip dan ubi kentang. Dari segi peralatan pula, terdapat alat yang dicipta oleh
Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan penugalan
serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas.

Pertanian komersial

Apabila cara menanam telah direvolusikan, maka, kuantiti hasil pertanian telah dapat
dipertingkatkan. Seterusnya, baja asli telah juga mula digunakan secara meluas dan ini telah
menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah lagi. Peningkatan
kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk untuk
diperdagangkan.

Aspek-aspek perkembangan Revolusi Perindustrian


Terangkan aspek-aspek yang telah membawa kepada berlakunya
perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah

Perkembangan Bidang Perindustrian

Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan
lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. Kesediaan mereka untuk melaburkan
modal ini juga menggambarkan perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk
melaburkan modal mereka dalam bidang perindustrian yang belum pasti menjanjikan pulangan.
Selain itu, Revolusi Pertanian juga telah menyediakan bahan makanan untuk menampung
permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dana dapat
diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan
dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.

Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan

Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecilkecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Pengeluaran barangan dihasilkan secara
51

besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri melalui kaedah dan ciptaan baru
atau mesin bagi menggantikan tenaga manusia. Lebihan produk tersebut diperdagangkan atau
dikomersialkan. Revolusi ini merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran, skala
pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

Pengkhususan pengeluaran

Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Oleh itu, pemodal hanya
mengkhusus dalam satu bidang sahaja untuk mengawal kos. Seterusnya, pengkhususan kerja
ini dapat meningkatkan kemahiran para majikan dan juga pekerja dalam bidang yang dipilih
dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang
tersebut. Maka, prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan. Produk
tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negeri.

Penggunaan Teknologi

Sebelum teknologi baru diperkenalkan, aktiviti pengeluaran telah dikendalikan dengan


menggunakan tenaga manusia, binatang atau air. Penggunaan mesin dapat mengeluarkan
barangan dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi
murah menyebabkan barangan tersebut menjadi murah dan mampu dibeli masyarakat.
Barangan tersebut juga dapat dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa. Ini
membolehkan para usahawan mendapat keuntungan yang lumayan. Dengan keuntungan
tersebut, para usahawan dapat menampung segala kos pelaburannya dan mempertingkatkan
lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka. Pelbagai mesin yang telah direka pada
zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui
kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap melalui pembakaran
arang batu. Ini telah menguntungkan negara Britain kerana mempunyai sumber atau bekalan
arang batu yang banyak. Arang batu dapat dilombong dengan mudah dan efisien dengan
menggunakan rekaan peralatan yang lebih moden dan sesuai seperti mesin yang direka oleh
John Newcomen yang dapat memanfaatkan tenaga wap hasil pembakaran arang batu.
Penggunaan kuasa wap juga membantu dalam kewujudan sistem pengangkutan yang penting
dan berkesan semasa permulaan industri iaitu kereta api dan kapal laut. Jentera atau enjin yang
52

mengendalikan kereta api dan kapal laut menggunakan tenaga wap yang dihasilkan daripada
pembakaran arang batu.

Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

Bincangkan kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian di


Eropah

Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan yang besar
kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain sendiri. Kemajuan yang pesat dalam bidang
pertanian telah dikomersialkan dan menjadi punca ekonomi negara. Kemajuan dalam bidang
perindustrian pula telah memperlihatkan peningkatan perdagangan antarabangsa, kemajuan,
dan perubahan yang besar dalam bidang pengangkutan. Lebihan produk pertanian yang
dihasilkan telah dieksport dan ini membolehkan para peladang besar menjadi pedagang
antarabangsa. Revolusi Pertanian juga telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga
buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian. Selepas Revolusi Perindustrian,
kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai
bidang utama ekonomi negara. Perindustrian telah menjadi punca ekonomi baru dan penting
kepada pelbagai lapisan rakyat Britain. Seiring dengan perubahan ekonomi ini, kedudukan
tuan-tuan tanah telah menjadi pengusaha ladang. Lebihan produk hasil daripada Revolusi
Pertanian dan juga Revolusi Perindustrian tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam
negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksalah diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan
keuntungan dapat dimaksimumkan. Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian juga
menyebabkan kemajuan dalam bidang pengangkutan. Dengan rekaan enjin berkuasa wap,
penggunaan kereta api dan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa
wap telah wujud. Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar atau komersial dalam
bidang pertanian dan perindustrian, golongan buruh dan majikan telah wujud. Pada
peringkat awal Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, golongan buruh tidak
mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.

Langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia sebagai pusat pertanian


antarabangsa
Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
pertanian antarabangsa

53

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang pertanian supaya Malaysia menjadi pusat pertanian antarabangsa. Selain itu, kita
juga perlu berusaha menjamin keamanan negara, di samping mengekalkan perpaduan
antara kaum. Kita juga perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam mengembangkan bidang
pertanian. Di samping itu kerajaan perlu mengalakkan pelaburan asing dan menaik taraf
infranstrutur di negara kita. Kerajaan juga harus menambah tenaga mahir dalam bidang
pertanian di Malaysia. Peningkatan kecekapan pentadbiran kerajaan juga penting dalam
menjadikan Malaysia sebagai pusat pertanian antarabangsa. Seterusnya, kerajaan perlu
mengurangkan karenah birokrasi dan memberikan bantuan modal kepada golongan
petani. Negara kita juga perlu berusaha mencari pasaran baru untuk memasarkan produk
pertanian. Akhirnya, kerajaan harus melakukan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti
sistem pertanian di negara kita.

Kejayaan Malaysia dalam sektor pertanian antarabangsa


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah
dicapai
oleh Melaysia dalam sektor pertanian antarabangsa

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, Malaysia telah menjadi pengeluar koko, getah
dan kelapa sawit utama di dunia. Malaysia juga telah berjaya menguasai ilmu dalam bidang
bioteknologi. Selain itu, negara kita menjadikan pertanian sati industri. Seterusnya,
Malaysia telah menjadi pusat pengeluaran herba di dunia atas peranan agensi penyelidikan
seperti RISDA dan MARDI. Di samping itu, FAMA, FELDA dan FELCRA telah terlibat
dalam pengurusan pertanian di negara kita. Teknologi pertanian yang menggunakan
kaedah hidroponik, petigasi gantung dan baja juga merupakan antara kejayaan yang telah
dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian antarabangsa. Sementelahan itu, Malaysia
mempunyai pasaran luas di peringkat antarabangsa dan menjadi pelopor hab halal.

Cabaran dan langkah menghadapi cabaran di abad ke-21

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin
kesejahteraan ekonomi negara

54

Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin
kesejahteraan ekonomi negara adalah dari segi kewangan. Kekurangan modal dan nilai mata
wang yang turun naik telah menyukarkan penjaminan ekonomi negara. Dari segi pelaburan,
Malaysia mengalami kejatuhan pasaran saham dan masalah menarik pelabur asing. Selain
itu, teknologi Malaysia masih rendah dan terpaksa bergantung kepada teknologi luar. Pada
era globalisasi ini, Malaysia mendapat persaingan dengan negara maju dan memerlukan
pengiktirafan daripada negara-negara maju. Malaysia juga mempunyai pasaran yang
terhad dan sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa. Malaysia juga mendapat tekanan
daripada negara maju. Di samping itu, negara kita juga kekurangan tenaga kerja manakala
tenaga kerja yang sedia ada kurang mahir. Oleh itu, negara kita terpaksa bergantung kepada
tenaga kerja dari negara luar kerana ramai tenaga mahir di negara kita telah berkhidmat
di luar negara.

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas

Untuk mengatasi cabaran di atas, penguasaan ilmu pengetahuan oleh rakyat Malaysia
sangat penting. Rakyat Malaysia perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu yang
berkaitan dengan ICT. Negara kita juga perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan
R&D. Malaysia juga perlu mengukuhkan sistem kewangan dan meningkatkan kualiti
barangan yang dipasarkan. Selain itu, negara kita juga perlu berusaha mencari pasaran baru.
Di samping itu, negara kita boleh menjalankan perdagangan melalui perkhidmatan E-dagang.
Megadakan promosi tentang produk negara kita juga dapat mengatasi cabaran di atas.
Malaysia juga memerlukan modal insan yang mencukupi supaya dapat menjamin
kesejahteraan ekonomi negara.

Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara


Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada
perkembangan ekonomi negara

Antara nilai-nilai murni yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara ialah
nilai bekerjasama dan perpaduan antara rakyat. Selain itu, kegigihan dan kesungguhan
bekerja penting dalam mengembangkan ekonomi negara. Rakyat sesebuah negara juga perlu
mempunyai jati diri dan pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan supaya ekonomi
negara berkembang maju. Kita juga perlu berdaya saing dalam kehidupan. Negara juga perlu
berusaha menjalankan pembangunan dan penyelidikan dalam sesuatu bidang yang diceburi.
55

Di samping itu, penguasaan ilmu pengetahuan penting dalam perkembangan ekonomi


negara. Rakyat juga harus menguasai pelbagai kemahiran untuk membantu dalm
pembangunan negara. Seterusnya, kita perlu memanfaatkan sumber yang sedia ada dan bijak
dalam mngambil peluang. Akhir sekali, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang
diperoleh.

Rumusan

Daripada tajuk ini, kita dapat mempelajari perkembangan Revolusi Pertanian dan
Revolusi Perindustrian di Eropah. Eropah telah mengambil masa yang lama untuk berkembang
dari Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian. Perkembangan ini telah memberi
ikhtibar kepada kita bahawa kita perlu bersikap kreatif, inovatif, kegigihan dalam
keusahawanan, sanggup mengambil risiko dan sedia menerima perubahan. Kita juga perlu
berusaha meningkatkan ekonomi negara kita supaya negara kita berkembang maju. Untuk
merealisasikan impian tersebut, kita perlulah gigih menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Saya
berharap masa depan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih maju dan Wawasan 2020 akan
menjadi realiti.

(a)

Jelaskan sumbangan Revolusi Pertanian kepada perkembangan Revolusi


Perindustrian di Eropah. (6 markah)

Fl
Revolusi Pertanian menyumbang modal kepada perkembangan Revolusi Perindustrian.
Hla
Para peladang kaya melaburkan lebihan modal mereka dalam sektor perindustrian.
Hlb
Menunjukkan perubahan sikap peladang kaya untuk melabur dalam sektor
perindustrian.
Hlc
Mengambil risiko melaburkan modal dalam bidang baru yang belum menjanjikan
pulangan.
F2
Menyediakan bahan makanan kepada pekerja di sektor perindustrian.
H2a Tidak perlu mengimport bekalan makanan kerana dibekalkan oleh sektor pertanian
tempatan.
H2b Dana untuk mengimport makanan dapat disalurkan untuk memajukan sektor
perindustrian.
F3
Ramai petam yang kehilangan tanah akibat pengenalan Akta Pemagaran Tanah.
H3a Mereka berhijrah lee bandar untuk menjadi buruh kilang.

56

(b)

Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian kepada masyarakat Eropah. (6 markah)

FI

Punca ekonomi negara beralih daripada sektor pertanian kepada sektor pengilangan dan
pembuatan.
Ramai rakyat Britain beralih daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan.
Perindustrian menjadi punca ekonomi baru kepada rakyat Britain.
Pengusaha kilang menjadi tokoh utama dalam masyarakat.
Produk keluaran sektor industri di Britain diperdagangkan di peringkat antarabangsa.
Keuntungan sektor perindustrian dapat dimaksimumkan.
Terpaksa mengimport bekalan bahan mentah daripada luar dalam kuantiti yang banyak

F2
F3
F4
F5
F6
F7
dan

berterusan.
Memodenkan sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa.
Pelabur Eropah mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi.
Pengangkutan domestik menggunakan kereta api yang digerakkan oleh enjin berkuasa

F8
F9
F10
wap.
F11 Memberi kesan kepada pengangkutan laut apabila kapal wap mula digunakan secara
meluas.
F12 Jentera moden menggantikan tenaga buruh dalam sektor industri tekstil di Britain.
F13 Pekerja kilang ditindas oleh majikan yang hanya mementingkan keuntungan.
F14 Pekerja mahir di sektor perkilangan yang kehilangan pekerjaan telah memprotes dan
memusnahkan mesin-mesin pemidang untuk membuat stoking dan rends di Britain.
F15 TerdapatAktaAntipenggabunganyangmelarangpekerjadaripadabergabunguntukmenuntut
gaji dan layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
F16 Kanak-kanak dieksploitasi dan dipaksa bekerja dalam sektor perlombongan arang batu
dan
bekerja melebihi 10 jam.
(c)

Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin kerajaan Britain, bagaimanakah anda


membela nasib golongan pe pads zaman Revolusi Perindustrian? (8 markah)

F1
Menghapuskan Akta Antipenggabungan pads tahun 1824.
Hla
Membolehkan pekerja kilang menubuhkan Kesatuan Sekerja untuk membela nasib
mereka.
F2
Meluluskan Akta Kilang pads tahun 1833.
H2a Membela nasib pekerja kanak-kanak.
H2b Kanak-kanak berumur sembilan tahun dilarang bekerja dan mesti bersekolah.
H2c Kanak-kanak yang layak bekerja dihadkan masanya tidak melebihi sembilan jam sehari.
H2d Majikan dikehendaki mengutamakan keselamatan pars pekerja.
F3
Akta Lombong diperkenalkan pads tahun 1842.
H3a Melarang kanak-kanak perempuan dan wanita terlibat dalam perusahaan arang batu.
F4
Akta Sepuluh Jam diperkenalkan pads tahun 1847.
H4a Mengehadkan mass ker a bagi golongan wanita dalam industri tekstil.
H4b Tidak melebihi sepuluh jam sehari.

57

H4c

Majikan dilarang bertindak sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan lumayan.

PAUTAN
Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah
http://www.pipcom.com/~tempus/links/hi_ren.html
Laman web ini, mengandungi link-link yang berkaitan dengan Zaman Rennaisance. Segala
yang berlaku pada zaman ini mempunyai link yang tersendiri. Antaranya ialah bidang
percetakan, seni lukis, sastera dan sebagainya. Laman web ini sesuai untuk pengguna yang
ingin mencari maklumat lebih lanjut dan terperinci tentang zaman ini.
http://www.learner.org/exhibits/middleages/feudal.html
Laman ini mengisahkan sejarah pada zaman feudal. Laman ini menyediakan 'links' untuk para
pengunjung memilih bahagian-bahagian dan cerita di sebalik sistem feudal ini. Antaranya ialah
ciri-ciri zaman feudal, budaya, agama, kehidupan dan peninggalan zaman ini.
http://www.mun.ca/rels/hrollmann/reform.html
Laman ini menceritakan maklumat tentang zaman Reformation. Laman ini memaparkan ceritacerita dan sejarah Zaman Reformation.
http://www.age-of-the-sage.org/cavour_garibaldi_italy.html
Laman ini memaparkan sejarah penubuhan negara Itali. Ia merangkumi revolusi yang pernah
dihadapi oleh mereka, tokoh yang telah membentuk negara Itali dan kehidupan mereka selepas
itu.
PAUTAN

Penjelajahan dan Penerokaan

58

http://www.heritage.nf.ca/Exploration/default.html
Melalui laman web ini, pengunjung akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang
pelayaran yang dilakukan oleh John Cabot. Selain itu, kita juga dapat mengetahui tentang
pengetahuan ilmu geografi serta cara belayar yang digunakan oleh John Cabot.
http://www.mariner.org/age/columbus.html
Laman ini membolehkan anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelayaran yang
dilakukan oleh Christopher Columbus. Di sini, terdapat empat buah catatan tentang pelayaran
yang dilakukan oleh beliau. Layarilah laman ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
http://www.heritage.nf.ca/exploration/cabot.html
Laman ini mengisahkan pengembaraan John Cabot, pengembara Inggeris ynag menjumpai
Amerika Utara. Di dalam laman ini mengandungi kisah pengembaraan dan biliografinya.
http://www.mariner.org/age/menu.html
Sebuah laman yang lengkap tentang zaman penjelajahan bermula dari zaman purba mengikut
tajuk dan tempoh masa. Walaupun maklumat setiap tamadun atau tokoh tidaklah begitu banyak
tetapi kandungannya amat luas.
PAUTAN

Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian


http://www.fresnounified.org/schools/s090/history/ industrial_revolution.htm
Laman web ini berkaitan dengan sejarah ringkas revolusi yang berlaku di sekitar Eropah,
khususnya Revolusi Peridustrian. Selain itu, laman ini juga memaparkan tentang revolusi di
Rusia. Maklumatnya ringkas dan padat, ini memudahkan pengunjung memahami isi yang
hendak disampaikan.
http://www.fordham.edu/halsal/mod/modsbook14.html
Laman ini mengisahkan zaman Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah. Laman ini
memaparkan kehidupan rakyat pada masa itu. Selain itu laman ini juga turut menyediakan
gambar-gambar yang menarik.
http://www.genealogy.org/~slassey/cotton.htm
Laman ini mengisahkan sejarah Revolusi Perindustrian yang bermula daripada perusahaan
kapas, Blackburn sehingga bermulanya Revolusi Perindustrian.
59

http://naverllstickland1.tripod.com/cottonmillhistory2/ indek1.html
Laman ini mengisahkan sejarah Revolusi Perindustrian di Eropah. Bermula daripada kemajuan
perdagangan kapas yang membawa kepada Revolusi Perindustrian.
PAUTAN

Imperialisme Barat di Asia Tenggara


http://www.wsu.edu:8080/dee/REFORM/BEGIN.HTM
Laman web ini lebih mengkhususkan kepada kisah permulaan bagaimana kuasa-kuasa besar
Eropah seperti Portugal, England berminat serta berlumba-lumba untuk meneroka sekaligus
menjajah dunia.
http://www.fordham.edu/halsall/mod/modsbook.html
Laman berjudul "Internet Modern History Sourcebook" ini mengandungi beribu-ribu artikel
tentang sejarah purba, zaman pertengahan dan moden.

60

You might also like