Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Perluasan Kuasa Barat Dan Kesan Penjajahan Barat Di China Pada Abad 19 Hingga 20

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat dan kesan penjajahan Barat di China pada abad 19

hingga 20.
LATAR BELAKANG
Berikutan berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan mentah dan pemasaran
barangan yang dihasilkan begitu mendesak. Dalam hal ini, negara China turut mengalami tempias dasar
imperialisme kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Russia, Belanda di sebelah Timur. Pada awal abad ke-18,
negara China di bawah pemerintahan kerajaan Manchu mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan diri. Ini
berpunca dari sikap negara China yang keberatan menjalinkan segala bentuk hubungan dengan kuasa barat atas
dasar persamaan taraf. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya ketegangan antara China dengan
kuasa-kuasa Barat, antara yang paling ketara ialah faktor ekonomi. Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan
pihak Barat terpaksa melakukan kekerasan bagi memaksa kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat.
Perkembangan ini menyebabkan British mengisytiharkan peperangan terhadap China pada tahun 1839 dan 1856.
Perang Candu Pertama juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China Pertama. Ini merupakan peristiwa paling
penting dalam sejarah negara China kerana ia dianggap sebagai titik peralihan dari zaman tradisional ke era
pemodenan. Dasar isolasi berakhir setelah tercetusnya Perang Candu Pertama dan termenterainya Perjanjian
Nanking pada tahun 1842.
SYARAT-SYARAT PERJANJIAN NANKING 29 OGOS 1842
i.

ii.
iii.
iv.

v.
vi.
vii.

Lima buah pelabuhan dibuka kepada perdagangan asing oleh negara China iaitu: Amoy, Canton,
Foochow, Ningpo dan Shanghai. Pedagang-pedagang asing serta keluarga mereka dibenarkan tinggal
dan berdagang secara bebas di kelima-lima buah pelabuhan tanpa gangguan daripada pihak China.
Hong Kong diserahkan kepada Inggeris.
Cohong dihapuskan. Pedagang dibenarkan berdagang dengan sesiapa sahaja secara bebas.
Kerajaan China bersetuju membayar ganti rugi kepada Inggeris sebanyak $21 juta iaitu $12 juta sebagai
ganti rugi perang, $6 juta sebagai ganti rugi terhadap candu yang dirampas dan $3 juta bagi
menjelaskan hutang cohong kepada Inggeris.
Kadar cukai diseragamkan iaitu 3% pada harga import dan 5% pada harga eksport.
Hubungan berdasarkan persamaan taraf antara negara China dan pihak Inggeris diakui.
Pejabat Konsul Inggeris akan ditempatkan di kelima-lima pelabuhan perdagangan yang telah
dipersetujui bagi mengendalikan urusan perdagangan, melindungi kepentingan dan keselamatan
warganegara Britain serta harta benda mereka di negara China. Konsul- konsul Inggeris juga dibenarkan
mengadakan hubungan langsung dengan pegawai- pegawai Manchu.

Selepas perang Candu I, imej negara China sebagai sebuah kuasa yang dianggap Middle Kingdom dan bertamadun
tinggi terjejas. Perjanjian Nanking membuktikan kelemahan negara China kerana ia amat merugikan negara
tersebut sekaligus menjadi bibit-bibit kejatuhan Dinasti Manchu. Negara China terpaksa menandatangani perjanjian
dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Wanghsia dengan Amerika Syarikat, Perjanjian Whampoa dengan
Perancis yang turut merugikan China. Kuasa-kuasa Barat mendapat keuntungan berlipat kali ganda melalui
Perjanjian Nanking sebaliknya ekonomi negara China semakin terjejas. Barang-barang dari barat membanjiri
pasaran negara China. Permintaan tinggi kerana harga murah dan lebih berkualiti dari barang tempatan. Industri
tempatan seperti kain dan logam terjejas dan terpaksa ditutup. Selain itu, Agama Kristian disebar dengan meluas
oleh mubaligh Inggeris dan Perancis. Agama Kristian telah menjejaskan kebudayaan, adat resam dan agama yang
berasaskan ajaran Confusius, Taoisme dan agama Buddha. Pengenalan sistem perhubungan barat turut

menjejaskan pendapatan sebahagian besar penduduk yang terlibat dengan pengangkutan tradisional seperti kereta
kuda dan tongkang. Kemerosotan industri tempatan dan pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalan
raya dan keretapi menyebabkan ramai penduduk kehilangan pekerjaan dan meningkatkan kadar pengangguran.
Bencana alam seperti banjir dan kemarau kerap berlaku menyebabkan masyarakat Cina menyalahkan kehadiran
orang-orang Barat yang menyebabkan kemuasnahan.
Perjanjian Nanking tidak dapat menyelesaikan masalah antara kedua-dua buah negara. Impian orang Inggeris
belum tercapai sepenuhnya kerana sikap kerajaan China masih belum berubah. Negara China tidak puas hati
dengan syarat-syarat Perjanjian Nanking kerana gagal menyekat pengaruh Barat malah memberi hak istimewa
kepada negara Barat. Keadaan ini telah mencetuskan Perang Candu Kedua pada tahun 1856 1860. Peperangan itu
berakhir dengan kekalahan China dan terpaksa menandatangani Konvensyen Peking pada 24 Oktober 1860.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
viii.

SYARAT-SYARAT KONVENSYEN PEKING


Kerajaan Manchu bersetuju mengiktiraf semua syarat-syarat dalam Perjanjian Tientsin.
Candu dibenarkan masuk ke China.
Ganti rugi perang ditambah kepada 8 juta tael kepada Inggeris dan Perancis.
Pelabuhan Tientsin dibuka kepada perdagangan asing.
Kowloon yang bertentangan dengan Hong Kong diserahkan kepada Inggeris.
Mubaligh Kristian Perancis diberi kebenaran menyewa dan membeli tanah serta membina rumahrumah ibadat di negara China.
Kuasa-kuasa barat diberi kebenaran mengambil buruh-buruh Cina bagi kerja-kerja di luar negara.

Antara kesan Peran Candu kedua ialah, peristiwa perang dan termeterainya Konvensyen Peking jelas
membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Peluang ini diguna oleh kuasa-kuasa Barat untuk terus memberi
tekanan kepada negara China. Setelah tamat perang, kuasa-kuasa Barat boleh meluaskan pengaruh mereka di
sebelas buah pelabuhan yang dibuka kepada perdagangan asing termasuk Canton dan Tientsin. Perluasan agama
Kristian berlaku secara bebas di negara China sehingga mencemari adat resam dan kepercayaan masyarakat
tempatan.
REAKSI MASYARAKAT.
Reaksi masyarakat China timbul akibat beberapa faktor seperti faktor penyebaran agama Kristian,
pembukaan petempatan orang-orang Barat dan pencerobohan pihak asing ke atas wilayah-wilayah China.
Selepas Perjanjian Tientsin dan Konvensyen Peking, ditandatangani gerakan Kristian, mendapat hak yang
lebih luas untuk bergerak dan mendirikan gereja-gereja di kawasan pedalaman China. Pelbagai usaha dilakukan
untuk menarik penduduk China kepada agama Kristian seperti mendirikan sekolah, hospital, membantu mangsa
bencana alam dan lain-lain. Gerakan Kristian itu menimbulkan kemarahan masyarakat China.
Selain itu, perasaan tidak puas hati masyarakat juga timbul akibat pembukaan petempatan-petempatan
asing (wilayah pajakan) di kawasan-kawasan pelabuhan China. Masyarakat China menganggap penubuhan
petempatan-petempatan itu sebagai tindakan penjajahan secara tidak langsung (semikolonial) oleh pihak Barat.
Pihak Barat telah mengadakan pentadbiran sendiri di petempatan-petempatan itu yang tidak terikat dengan pihak
berkuasa China. Mereka mewujudkan majlis perbandaran sendiri, kemudahan awam, undang-undang, mahkamah,
polis, dan pasukan pertahanan sendiri. Terdapat dua bentuk petempatan orang asing di China iaitu petempatan
konsesi dan petempatan antarabangsa. Di Teintsin terdapat lapan petempatan konsesi yang dimiliki oleh Britain,
Perancis, Jepun, Jerman, Austria, Itali, Belgium dan Rusia. Petempatan konsesi merupakan petempatan yang
dipajak kepada sesebuah kuasa asing, manakala petempatan antarabangsa merupakan petempatan-petempatan
konsesi yang disatukan menjadi petempatan antarabangsa sebagaimana yang terdapat di Shanghai (Britain dan

Amerika menggabungkan wilayah konsesi mereka). Perbuatan kuasa-kuasa asing menempatkan bot bersenjata di
perairan China dan di sungai-sungainya telah menyebabkan kebimbangan penduduk China.
Masyarakat China juga bimbang terhadap penjajahan langsung oleh pihak asing terhadap kawasankawasan tertentu di China seperti wilayah Hong Kong oleh Britain, Macao oleh Portugis, pencerobohan Rusia di Ili,
Sinkiang. Manakala Jepun pula telah menawan pulau Ryukyu, dan mendakwa pulau tersebut sebagai sebahagian
daripada wilayahnya. Jerman pula telah memperolehi kawasan Kiaochow, Rusia memperolehi hujung bahagian
selatan Semenanjung Liaotung, dan Perancis memperolehi tuntutan untuk membina jalan kereta api dari Tongking
ke Yunnan-fu dan Kuang-Chou.
Rasa tidak puas hati ini menyebabkan berlakunya insiden-insiden rusuhan antaranya insiden tahun 1862 di
wilayah Kiangsi dan Hunan. Dalam kejadian itu, penduduk China telah memusnahkan harta benda pergerakan
Kristian. Antara tahun 1868 hingga 1869, banyak insiden meletus di lembah sungai Yangtze, di mana orang-orang
China telah memusnahkan gereja-gereja, dan pusat-pusat mubaligh Katholik dan Protestant. Selepas itu insiden
yang sama telah merebak ke wilayah-wilayah yang lain seperti wilayah Szechwan, Fukien, Chihli, Kweichow dan
Anhwei.
Pada tahun 1870, terjadi insiden yang paling serius di Tientsin. Bandar pelabuhan itu, dibuka kepada orangorang asing pada tahun 1860 berikutan Konvensyen Peking. Aktiviti mubaligh Kristian telah menimbulkan
kecurigaan penduduk tempatan. Kemarahan penduduk
tempatan timbul berikutan tindakan mubaligh Kristian membuka pusat penjagaan anak-anak yatim yang
menimbulkan khabar angin bahawa golongan mubaligh Kristian melakukan penculikan kanak-kanak untuk
mendapatkan bahagian-bahagian badan mereka untuk tujuan perubatan. Kemarahan itu mengakibatkan penduduk
China mengadakan bantahan di hadapan Gereja Notre Dame des Victoires dan Konsul Perancis. Akibatnya, ramai
orang Barat, menjadi mangsa terutamanya orang Perancis.
Rasa tidak puas hati masyarakat tempatan juga dapat dilihat daripada peristiwa pembunuhan beberapa
orang asing seperti pembunuhan pegawai British, Augustus Raymond Margary.
Pada akhir abad ke-19, China menghadapi pula peristiwa kuasa asing mencerobah China secara
peperangan. Peristiwa Perang China-Perancis (1884-1885) dan Perang China-Jepun (1894- 1895). Setelah
mengalami kesan perang, perebutan konsesi dan penyebaran agama Kristian, masyarakat tempatan telah
melahirkan gerakan membela kedaulatan China. Mereka menuntut perjuangan bersenjata bagi mengusir keluar
orang-orang asing keluar dari negara China.

You might also like