Ulasan Ciri Pelajar Cemerlang

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ULASAN : CIRI PELAJAR CEMERLANG

Dasawarsa ini , semua pelajar bersaing untuk menjadi pelajar


cemerlang. Antara ciri pelajar cemerlang ialah cemerlang dalam
akademik. Akademik merupakan kayu pengukur untuk menentukan
tahap kecemerlangan seseorang pelajar . Selain itu, pelajar cemerlang
haruslah mempunyai daya kepimpinan yang mantap . Contohnya,
pelajar cemerlang tidak akan berasa gusar apabila perlu
menyampaikan ucapan di perhimpunan. Seterusnya, seseorang pelajar
cemerlang perlulah mempunyai sahsiah yang cukup baik. Sahsiah
yang baik mencerminkan bahawa seseorang pelajar itu beradap. Akhir
sekali, ciri pelajar cemerlang adalah mempunyai kecergasan .
Seseorang pelajar cemerlang akan bergiat aktif dalam sukan dan
kokurikulum . Kesimpulannya, kita haruslah berusaha bersungguhsungguh agar dapat menjadi pelajar cemerlang .

You might also like