Refleksi Praktikum1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

REFLEKSI MINGGU PERTAMA

Refleksi Hari Pertama : 22 Mac 2011


Perjalanan hari pertama dimulakan dengan menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan
Sungai Kantan tepat jam 7.10 pagi. Berjumpa dengan guru-guru dan Guru Penolong Kanan I,
Cik Hjh Hamidah Bt. Ahmad. Lantaran itu menerangkan kepada beliau berkaitan tujuan kami
berlapan datang berpraktikum ke sekolah Kebangsaan Sungai Kantan.
Seterusnya, setelah tamat perhimpunan, kami diserahkan kepada Guru Penyelaras
Prasekolah, Puan Azlina Bt Abdul Rahman. Terdapat 2 prasekolah di sekolah tersebut iaitu
Prasekolah Smart yang diterajui oleh Pn. Noriah Bt. Yusof dan Prasekolah Genius dipelopori
oleh Pn. Azlina Bt. Abdul Rahman.
Selepas itu, kami berbincang berkaitan pengurusan dan pentadbiran prasekolah. Perkara
lain yang turut dibncangkan ialah berkaitan murid-murid , jadual waktu prasekolah, tema selama
4 minggu (sebulan), pengurusan prasekolah serta peranan dan tanggungjawab pembantu
pengurusan murid.
Langkah pertama ialah membahagikan kami berempat kepada 2 pasangan iaitu saya
Norfarahin Bt Abu Amar dan Nurul Hidayah Mohd Hafiz dipertanggungjawabkan kepada Pn
Noriah Mohd Yusof manakala 2 lagi rakan saya iaitu Izatul Husna Bt. Omar dan Norsarini Mohd
Noor diserahkan kepada Puan Azlian Bt. Abdul Rahman.
Pada hari pertama, kami memulakan tugasan dengan membuat pemerhatian terhadap
strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran ang digunakan di dalam kelas tersebut. Murid
prasekolah tersebut berkongsi bangunan iaitu prasekolah Smart dan Prasekolah Genius.
Sepanjang hari berlangsung dengan agak lancar walaupun terdapat sedikit kekangan iaitu
daripada aspek sikap guru dan pihak pengurusan namun, semua itu hanyalah tanggapan awal
semata-mata yang tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur dalam menilai seseorang itu.
Pada hari pertama ini, murid prasekolah pulang pada pukul 12.00 tengah hari manakala
untuk guru-guru ialah pada jam 2.10 petang. Pertemuan awal ini menunjukkan beberapa
tanggapan negatif terhadap kami mungkin disebabkan oleh salah faham yang kebanyakannya
tidak disengajakan.

Refleksi Hari Kedua : 23 Mac 2011


Hari kedua berpraktikum dimulakan dengan kedatanga seawal 7.10 pagi di premis
prasekolah. Kami dimaklumkan bahawa guru prasekolah itu tidak dapat hadir ke sekolah atas
masalah kesihatan. Terdapat 5 slot pada hari tersebut iaitu Awal Sains, Pendidikan Islam yang
dikendalikan oleh ustazah, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia serta Kreativiti iaitu Seni.
Sayan dan pasangan mengganti kelas secara berpasangan dan berganti-ganti bersama
Nurul hidayah Mohd Hafiz. Pengajaran dimulakan dengan perbualan pagi iaitu berkaitan dengan
subtema emosi di bawah tema diri saya yang menjadi tema pada minggu tersebutberpandukan
Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan oleh guru prasekolah.
Slot Awal Sains, dimulakan dengan memperkenalkan perbezaan benda berat dan ringan
di mana lembaran kerjanya telah disediakan dalam buku kerja murid-murid prasekolah tersebut.
Pengajaran berkaitan dengan benda berat dan ringan dianalogikan dengan membuat perbezaan
antara berat sebuah kamus yang besar dengan sebatang pen, kerusi besar dengan kerusi plastik.
Murid-murid diminta memntakan apakah perbezaan antara kdua-dua objek tersebut. Setelah
murid memahaminya, mereka diminta mewarnakan benda yang berat dan ringan dengan warna
yang berlainan.
Seterusnya kepas Pendidikan Islam dikendalikan oleh ustazah yang bertugas dan diikuti
oleh rehat. Sememanganya menggalas tugas sebagai seorng pendidik murid-murid prasekolah
bukanlah suatu perkara yang mudah. Kesemuanya memerlukan kemahiran dan pegetahuan yang
tinggi berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Seterusnya dalam slot bahasa Malaysia, saya bercerita tentang Bapa Katak yang
Sombong. Selepas mendengar cerita tersebut, beberpaa orang murid diminta menceritakan
kembali apa yang difahami menerusi cerita tersebut.
Kemudian dalam slot seterusnya, murid-murid belajar berkaitan huruf konsonan dan
vokal, dimama mereka dikehendaki mewarnakan huruf konsonan dan memangkah huruf vokal.
Sepanjang mengaendalikan sesi tersebut, saya menyedari terdapat banyak kekhilafan yang perlu
diperbaiki dalam menjadi seorang graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang cemerlang yang
dapat menggilap potensi murid-murid prasekolah.
Kami pulang pada jam 2.10 petang dalem keadaan yang agak letih, namun pengalaman
tersebut sangat berharga dalam mendidik jiwa saya ke arah lebih redha dengan ketentuan illahi.

Refleksi hari Ketiga : 24 Mac 2011


Pada hari ketiga, kami berasa agak lega kerana Pn. Noriah telah sembuh daripada
masalah kesihatannya dan menghadirkan diri untuk mengajar kembali. Pn. Noriah memulakan
pengajaannya dengan perbualan pagi dan rutin pelajar dan bertanyakan apa yang telah dipelajari
semalam iaitu berkaitan dengan perbezaan objek berat dan ringan. Cerita Bapa Katak yang
Sombong yang diperkatakan oleh murid-murid prasekolah.
Menerusi slot ustazah, mereka telah mempelajari sirah nabi Muhammad SAW iaitu
kekasih Allah. Slot Perkembangan Kerohanian dan Moral amat penting kerana dapat
mendekatkan murid-murid dengan ilmu agama Allah kerana mungkn terdapat sebahagian muridmurid prasekolah yang kurang didikan ilmu agamanya yang mana ilmu agama ini dapat melatih
dan medidik jiwa kanak-kanak dengan amalan-amalan mahmudah.
Seterusnya, kami meneruskan lagi perbincangan dengan guru prasekolah berkaitan Bahan
Bantu Mengajar serta Strategi pengajaran yang paling sesuai digunakan agar murid-murid
tersebut dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh kami.
Kami juga ada bertanyakan tentang apakah maksud sebenar bagi subtema makanan
berproses iaitu maksud sebaenar makanan berproses ini ialah makanan yang dihasilka oleh
manusia tidak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang diciptakan oleh Allah.
Terdapat 2 lagi sub tema lain dalam tema Alam Bahan iaitu sub tema buah-buahan dan
sayur-sayuran. Aspek lain yang turut diperhatikan ialah Bahan Banu Mengajar yang telah sedia
ada di dalam premis prasekolah yang boleh dijadikan panduan dalam menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Slot serta Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan
tahap pemikiran muird-murid prasekolah.
Secara keseluruhannya, sesi pada hari ketiga berpraktikum berjalan dengan lancar denagn
batuna Guru Prasekolah tersebut, Pn Noriah Bt. Mohd Yusof dan Pembantu Pengurusan Murid
Pn Aziah Bt. Anjah.

Refleksi Hari Keempat : 25 Mac 2011


Pada hari keempat, kami tiba pada jam 7. 15 pagi dan telah mendapat makluman bahawa
pensyarah pembimbing akan menjalankan penyeliaan pada akeesokan hari iaitu pada hari
Jumaat, 24 Mac 2010. Jadi, kami pun berusaha sesama ahli kumpulan dalam menyediakan
portfolio praktikum fasa I.
Sepanjang pemerhatian ini, saya mendapati bahawa tidak mudah mengaplikasikan teori
yang telah dipelajari dengan amali pengajaran di sekolah. Hal ini amat sukar sekali bagi penutut
muda seperti saya. Selain itu juga, melaui praaktikum ini, terdapat banyak perkara yang menguji
kesabaran, yang dapat meltig dii lebih bersabar, yakin dan berdiri di atas kaki sendiri iaitu
berdikari.
Sementelahan itu juga, penerpaan nilai-nilai murni serta kemahiran berfikir amat perlu
diterapkan sejak usia kanak-kanak ini kerana pada umur inilah kanak-kanak dapat menyerap apa
sahaja yang diberikan kepadanya selarasn dengan firman Allah, bahawa kanak-kanak itu ibarat
kain putih, iu bapalah yang mencorakkannya.
Selain itu juga, saya agak rapat dengan pembantu pengurusan murid dan cuba membina
hubungan yang baik dengan guru prasekolah. Antaranya ialah dengan lebih ringan tulang
membantu mereka kerana walaupun kami dianggapkan sebagai tetamu namun pada hakikatnya
kami masih juga dianggap sebagai orang luar yang kadangkala sesetengah pihak memandang
serong serta meragui kehadiran kita ke sesebuah komuniti itu.
Namun, semua itu bukanlah batu penghalang kepada saya dalam menunjukkan serta
melahirkan juga mempraktikkan apa yang telah dipelajari selama ini di Institut Pendidkkan
Guru, Kampus Bahasa Melayu tercinta.
Pada hari Khamis, kami pulang pada jam 2.10 petang berserta guru-guru orasekolah yang
lain dan dpat diamati guru-guru sesi petang telah memulakan sesi pengajaran mereka.

Refleksi Hari Kelima : 26 Mac 2011


Hari kelima, bermulalah suatu perkara yang amat mengejutkan yang menjadi anjakan
paradigma dalam mengubah sikap dan sahsiah kami dalam menjalani praktikum iaitu apabila
mendapat teguran secara tersirat daripada pembantu pengurusan murid bahawa ada yang kurang
senang serta tidak berkenan dengan sifat dan sikap kami sepanjang berada di prasekolah tersebut.
Antara perkara yang diperkatakan ialah kami tidak membantu guru tersebut menjalankan
sesi pengajarannya namun, pada anggapan kami adalah lebih baik kami tidak menggangu sesi
guru tersebut kerana kami tidak mahu mengambil alih tugasan beliau sebagai guru sebelah yang
mana diannggap agak gila kuasa sekirnya kami melakukannya. Namun, semua itu adalah silap
kami sendiri iaitu saya dan pasangan saya, Nurul Hidayah Mohd Hafiz di mana kerana kurang
bertanya kepada yang lebih berpengetahuan bak kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan.
Walaupun pada mulanya saya agak kecewa kerana insiden ini, namun saya sedar setiap
perkara yang berlaku ada himah-Nya. Saya sedar setiap perkara itu terjadi dengan bersebab.
Walaupun pada awalnya saya berasa sedih dan seperti mahu menangis, akhirnya saya tenangkan
diri serta bermuhasabah diri dan syukur alhamdulillaha perhubungan kami iaitu dengan guru
prasekolah bertambah errat daripada hari ke hari dan saya sangat bersyukur kepada Allah kerana
memberikan saya peluang kedua dalam mengubah sikap saya supaya lebih mesra dan berbudi
bahasa apabila berada di tempat baru.
Bermula daripada waktu dan detik itu, saya lebih banyak melibatkan diri dengan sesi
pengajaran guru tersebut dan meringan-ringankan tulang dan buat sahaja perkara yang dirasakan
betul walaupun mendapat pandangan pelik daripada individu-ndividu yang lain.
Saya percaya setiap orang mempunyai kelebihannya tersendiri dan daripada situlah saya
belajar tiada gunanya saling iri hati kerana setiapa manusia itu kecerdasannya berbeza-beza dan
inilah yang perlu dipraktikkan di prasekolah Smart iaitu pendekatan guru perlulah berbeza
mengikut tahap kecerdasan murid yang pelbagai.

REFLEKSI MINGGU KEDUA

Refleksi Hari Pertama : 28 Mac 2011


Pada minggu seterusnya, kami berempat iaitu pelajar Praktikum opsyen prasekolah tidak
melibatkan diri dengan aktiviti perhimpunan kerana memang sistem pentadbiran tidak
melibatkan diri dengan perhimpunan kerana mungkin disebabkan premis prasekolah yang agak
jauh dengan kawasan perhimpunan menyukarkan murid-murid prasekolah bergerak ke sana.
Pada minggu ini, kami telah sepakat dengan guru prasekolah, Pn. Noriah Bt. Yusof untuk
mengajar pada hari Selasa hingga Jumaat manakala guru prasekolah tersebut hanya mengajar
pada hari Isnin sahaja. Hal ini berikutan kekangan masa dalam menyiapkan Rancangan
Pengajaran harian serta Bahan Bantu Mengajar yang sememangnya adalah silap diri kami
sendiri.
Pengajaran berlangsung dengan pengenalan kepada murid-murid tentang makanan
berproses iaitu makanan yang dihasilkan oleh manusia. Sepanjang membuat pemerhatian, saya
mendapati murid-murid di situ agak bersopan perlakuaannya mungkin kadangkala terlalu suka
mengadu yang kadangkala agak sedikit merimaskan. Namun, semua itu bukanlah halangan
dalam mendekati mereka ini agar lebih mesra.
Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah lebih berpusatkan guru dan
bahan lembaran kerja di samping beberapa aktiviti kreativiti seni dan muzik.
Terdapat juga ciri-ciri keselamatan yang amat dititik beratkan iaitu keselamatan di
kawasan permainan, dan daripada aspek kenderaan yang dilarang masuk ke kawasan sekolah
untuk mengambil anak mereka. Pengawal keselamatan akan hanya membenarkan murid-murid
itu keluar setelah penjaganya tiba di luar pagar sekolah.
Secara keseluruhannya, sesi pertama minggu kedua berjalan dengan lancar. Syukur
alhmadulillah.

Refleksi Hari Kedua : 29 Mac 2011


Hari ini sangat menakutkan dan mendebarkan bagi saya kerana buat pertama kalinya saya
akan mengajar secarara rasmi dan formal di mana saya akan diselia dan dipantau sepenhnya
oleh guru prasekolah tersebut. Berbekalkan Rancangan Pengajaran Harian, rancangan
Pengajaran Slot dan Bahan Bantu Mengajar, saya dengan redhanya menggalas tannggungjawab
sebagai guru praktikum ini.
Jadual Slot pada hari tersebut ialah awal sains, pendidikan Islam, Bahasa Inggeris ,
Bahasa Malaysia dan kreativiti (seni). Menerusi slot awal sains, saya memilih topik rasa
makanan iaitu manis, masam dan masin berserta pahit. Oleh itu, saya telah membawa beberapa
contoh makanan yang sedia ada di rumah saya dan meminta beberapa orang murid merasa
makanan tersebut dan memberitahu rakan sekelas mereka apakah yang dirasai sama ada manis,
masam, masin atau pahit. Setelah itu pelajar dikehendaki mengasingkan makanan mengikut rasa
makanan tersebut.
Refleksi menerusi slot ini ialah saya mendapati pengalaman maujud lebih berguna
berbanding pengalaman secara tampak sahaja. Oleh itu, pada hemah saya, sesi pengajaran adalah
lebih berkesan sekiranya bahan-bahan sebenar dapat diwujudkan namun, sekiranya terdapat
kekangan dalam aspek kewangan misalnya, bahan-bahan 2D adalah juga memadai.
Slot lain yang menarik ialah menerusi aktiviti kreativiti (seni) di mana saya mengajar
murid-murid membuat kolaj menggunakan beras yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna
dan menggunakan cebisan-cebisan kertas yng kecil. Menerusi slot ini, terdapat pelbagai
penambahbaikan yang perlu dijalankan walaupun pelajar seronok melakukannya. Berbekalkan
pandangan guru prasekolah tersebut, saya dinasihatkan agar mengemukakan contoh sebenar
kolaj sebelum menyuruh murid menghasilkannya, pastikan juga arahan jelas dan diulang
beberapa kali. Sebaik-baiknya perkenalkan dahulu apa itu kolaj dan terangkan bagaimana
sebenarnya menabur bras dnegan teliti serta menerangkan berapa besar saiz kertas yang dikoyakkoyak itu agar mereka lebh jelas berkenaan itu.
Pelbagai kelemhan dikenal pasti, namun segala kelemahan yang datang pastinya
bertujuan untuk kita memperbaiki diri kita pada masa hadapan.

Refleksi Hari Ketiga : 30 Mac 2011

Hari ketiga minggu kedua berpraktikum diteruskan lagi dengan sesi mengajar pasangan
saya Nurul Hidayah Mohd Hafiz di mana belia mengambil slot daripada jam 8.00 pag hingga
12.00 tengah hari. Saya selaku psanagna, bertanggungjawab membantu menguruskan muridmurd dan membantu sesi pengajarannya pada hari tersebut agar berjalan lancar.
Kelainnanya pada hari Rabu ini ialah terdapat slot Permainan Luar yang semestinya
ditunggu oleh kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan ialah melompat dan mendarat dengan
kedua-dua belah kaki. Aktiviti ini berjalan dengan agak lancar dan menyeronokkan namun,
keselamatan perlu diutamakan kerana apaapa sahaja boleh berlaku dan sepanjang aktiviti ini
berlangsung, saya berasa sedikit gusar dan bimbang sekiranya ada apa-apa yang terjadi, kami
akan dipertanggungjawabkan.
Selain itu juga, terdapat aktiviti melukis ais krim menggunakan pembaris geometri yang
terdapat di prasekolah. Aktiviti agak berjalan lancar namun kami akui pengurusan masa dan
pengawalan kelas agak sedikit kelam kabut berikutan beberapa kelemahan daripada pesekitaran
sekolah dengan menggabungkan kelas serta kebanyakan kelemahan diri saya sendiri.
Di samping itu juga, guru prasekolah tersebut telah banyak membantu dalam
memperbaiki strategi pembelajaran seta penghasilan bahan bantu mengajar yang tidak terlalu
rumit agar dapat dipelbagaigunakan oleh murid-murid prasekolah.

Refleksi Hari Keempat : 31 Mac 2011

Hari keempat merupakan giliran saya mengadakan slot-slot yang telah ditetapkan dalam
jadula iaitu slot Matematik, sosioemosi, bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan kreativiti (muzik).
Antara slot yang agak menark dikongsikan bersama ialah slot matematik iaitu mengenal bentukbentuk asas iaitu bulat, segi tiga, segiempat sama dan segiempat tepat. BBM yang digunakan
ialah kad-kad imbasan gambar makanan pelbagai bentuk antaranya donut, samsa, kek dan biskut.
Murid dikehendaki menggunting gambar-gambar makanan tersebut dan memasukkan dalam
ruangan pembahagian bentuk makanan yang telah disediakan. Terlebih dahulu, saya telah
menyuruh mereka menampalkan gambar-gambar tersebut di papan putih mengikut bentuk
masing-masing.
Aktiviti ini berjalan dnegan agak lancar dan muridmurid kelihatannya senang dan
gembira dengan aktiviti menggunting. Sekli lagi kelemahan saya terserlah kerana terlupa
memberitahu murid supaya menjaga keselamatan diri serta kawan-kawan semasa menggunakan
gunting.
Semasa slot bahasa Inggeris pula, saya mengahsilakn buku skarp gambar makanan
berserta dengan ejaannya dalam bahasa Inggeris, namun berlaku sedikitkekalutan dalam
membahagi-bahagikan bahan berupa gam, kertas warna, pamplet makanan serta sticker untuk
hiasan. Jutaan terima kasih kepada pasangan saya, Nurul Hidayah Mohd Hafiz yang berusaha
menolong dan mnyelamatkan keadaan. Sesungguhnya berdua adalah lebih baik pada sebahagian
waktu.
Seterusnya, dalam sesi slot kreativiti (muzik), saya mengajarkan nyanyian The Fast
Food Song. Ternyata bukan sahaj murid gembira, saya juga berasa gembira apabila kebanyakan
murid mengikuti gaya yang diajarkan semasa menyanyikan lagu ini yang mana lrknya telah
dituliskan di papan putih. Alhamdulillah, sesi pengajaran kali ini adalah lebih sistematik dan
tersusun berbanding yang sebelum ini.

Refleksi Hari Kelima : 01 April 2011

Hari terakhir dalam minggu kedua diambil alih oleh Nurul Hidayah Mohd Hafiz di mana
terdapat aktivti Pendidikan luar serta aktivti awal seni yang menarik iaitu dalam aktiviti luar
ialah berjalan sambil mengimbangkan diri dengan pundi kacang dan slot awal sains di mana
murid menghasilkan sandwich yang kelihatannya sangat teruja melakukannya.
Semasa melakukan sesi aktiviti luar, seorng murid tercedera kerana terlalu degil. Hal ini
beikutan saya telah menasihatkannya berulang kali jangan bergayut di situ ekrana merek asemua
berebut-rebut hendak bermain di gelongsor itu. Natijahnya, mulutnya sedikit terluka namun tidak
serius dan perkara ini boleh menjejaskan mutu perkhidmatan prasekolah kita kerana
menyebabkan seorang murid terluka. Bak kta pepatah, malang memang tidak berbau, oleh itu,
selalulah berjaga-jaga dan peka lah terhadap persekitaran ini.
Menerusi slot awals sains, membuat sandwich adlaah perkara baru bagi mereka di mana
mereka di tempatkan dalam 4 kumpulan di mana dibekalkan roti, keju, biskut dan kaya. Disini
mereka diajarkan dengan prinsip berat ringan serta perbezaan antara kasar dan halus.
Kebanyakan mereka mengikuti aktiviti ini, namun terapat seorng dua yang kadangkala
takut mungkin bergau dengan guru baru sepert kami dan persekitaran prasekolah yang
dirasakannya tidak sesuai mahupun pelekatan (attachment) ibu bapa yang terlalu kuat
menyebabkan anak meronta-ronta tidak mahu masuk ke dalam kelas.
Keseluruhnnya, aktiviti menyeronokkan dan penambahbakan sentiasa perlu dilaksankan
daripada masa ke semasa agar kita dapat bersaing dengan mana-mana negara yang mana
menekankan pendidikan awal kanak-kanak.

REFLEKSI MINGGU KETIGA


Refleksi Hari Pertama : 04 April 2011
Perjalanan berpraktikum diteruskan dengan penyeliaan pertama oleh Ustazah Aziah Bt.
Mohd Jesan untuk pengajaran satu slot dalam kelas Prasekolah Smart. Tema pada minggu
tersebut ialah buah-buahan. Rutin dan perbualan pagi dimulakan seperti biasa di mana guru
bertanyakan tema yang telah dipelajari sekitar minggu lepas diikuti serta bertanya kepada muird
tentang buah-buahan yang mereka sedia maklum.
Slot pengajaran saya adalah selepas Nurul Hidayah Mohd Hafiz iaitu slot Bahasa
Malaysia (Modul Teras) di mana saya telah menunjukkan slaid powerpoint gambar buah-buahan
berserta ejaannya yang dipisahkan oleh sukukata yang warnanya dibezakan. Kelihatan muridmuid agak teruja dan di sini menimbulkan sedikit unsur kebisingan di mana mempengaruhi
pengawalan kelas yang bakal dilaksanakan nanti.
Semasa mengajar, saya berasa sekit gusar kerana berasa diri ini diperhatikan tidak seperti
sebelum-sebelum ini. Namun, saya berusaha melakukannya seperti biasa dan mengikut sahaja pa
yang telah dirancangakan dalam rancangan pengajaran harian. Pengajaran berlangsung agak
kaku kerana tiada bahan bantu mengajar maujud yang digunakan di mana murid-murd tertumpu
kepada laptop sahaja.
Slot seterusnya iaitu slot Bahasa Inggeris dan kemanusiaan dikendalikan oleh guru
pembimbing sementara kami menerima teguran serta pandangan berserta cadangan
penambahbaikan dalam menelusuri pengalaman untuk menjadi seorang guru prasekolah yang
cemerlang pada masa hadapan.
Pada keseluruhannya, masih sangat banyak elemen-elemen dalam menjadi seorang guru
prasekolah yang terlatih yang perlu digilap dan dipertingkstksn mutunya daripada masa ke
semasa.

Refleksi Hari Kedua :05 April 2011

Kami tiba di sekolah pada jam 7.15 pagi. Mula mengajar secara berpasaangan (berselangseli) antara saya dengan pasangan Nurul Hidayah Mohd Hafiz. Masih lagi menggunaan tema
buah-buahan slot pembeajaran dimulakan dengan rutin dan perbualan pagi yang berkaitan
dnegan apakah buah-buahan yang telah dipelajari semalam. Diteruskan lagi slot sains, iaitu
meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan biji benih.
Melalui medium bercerita, kanak-kanak bercerita tentang sayur-yuran dan buah-buahan yang
dijumpai.
Seterusnya dalam slot ustazah, beliau mengajarkan huruf-huruf hijaiyah. Murid-0murid
yang telah menghafalnya diberi ganjaran makanan. Seterusnya menerusi slot Bahasa Inggeris,
murid-murid menamakan makanan yang berasakan buah-buahan sebagai contoh pisang gireng
berasal daripada buah pisang. Slot seterusnya ialah guru menampalkan gambar buah-buahan dan
meminta murid mengejanya dengan huruf kecil.
Pada keseluruhan, muri-mur memberi respons kepada setiap bahan rangsangan, namun,
keupayaan membaca adalah pada tahap yang agak rendah untuk sebilangan murid-murid.
Kebanyakannya hanya tahu menyebutkannya di mana mereka hanya meluahkan sahaja apa yang
pernah mereka dengari tanpa mengaplikasikan kaedah membaca yang telah dipelajari.
Aktiviti kreativiti (seni) pula ialah aktiviti capan iaitu mengecap kertas yang mempunyai
pelbagai jenis gambar buah-buahan. Kelemahan menerusi tugasan ini ialah, kurangnya
penekanana dalam aspek kebersihan oleh saya di mana ketika melakukan kerja-kerja mengecap.
Seterusnya, tekstur kertas untuk mengecap yang nipeis menyebabkan kerts mudah terkoyak.
Segala kelemahan adalah untuk diperbaiki pada masa hadapan kelak.

Refleksi Hari Ketiga : 06 April 2011

Hari ketiga, hari Rabu merupkan aktiviti permainan luar. Saya memperkenalkan
pergerakan skip di mana pada aktiviti pelaksanaan, saya telah memilih permainan kecil cabut
ekor. Terlebih dahulu, rutin dan perbualan pagi dimulakan dengan piramid makanan yang telah
dipelajari pada hari semalam, dan guru memeinta seorang murid menceritakan kembali apa yang
telah dipelajari semalam berkaitan dengan buah-buahan.
Seterusnya, dalam lot permainan luar, terdapat penambahbaikan yang amat perlu
dilaksanakan iaitu dari segi pengurusan masa, pengurusan murid untuk bergerak ke tempat yang
lebih selesa. Pergerakan murid daripada 1 tempat ke tempoat yang lain pelru mnekankan sikapsikpa positif antaranya ialah mengitamkn keselamatan.
Penekananan kepada teknik yang betul dalam menjalankan aktiviti skip perlu ditekankan
supaya tidak berlaku kecederaan dalaman yang mana memberi mudarat kepada hari dewasa
murid-murid itu kelak.
Selain itu juga, menerusi slot bahsa Melayu, kanak-kanak diberi peluang membuat huruf
b dan d di mana kadangkala ada murid-murid yang terkeliru akannya. Jadi menerusi aktiviti
menggunakan gam ini, murid-murid dapat melatih kemahiran motor halus yang menjadi asas
dalam kemahiran menulis yang betul.
Di samping itu juga, murid-murid turut diajar cara membasuh tangan dengan betul
menerusi slot fizikal estetika iaitu menjaga kebersihan diri. Menerusin slot ini secara tidak
langsungm murid akan terbiasa untuk memasuh tangan dengan cara yang betul serta mengetahui
kepentingannya kepada diri mereka. Kelemahan menerusi slot ini ialah kawasan tandas yang
agak kecil ditambah dengan keterujaan mereka yang sama sekali sukar dikawal walaupun pada
hakikatnya pada setiap hari mereka membasuh tangan. Namun, segala pengalaman itu mengajar
saya untuk mengurus sesebuah aktiviti dengan baik dan berkesan.

Refleksi Hari Keempat : 07 April 2011

Sejurus tiba di sekolah pada pukul 7.15 pagi, kami menulis kedatangan dan terus
bergegas ke premis prasekolah. Segala bermula dengan baik dalam slot awal matematik iaitu
mengira 1-10 dalam kiraan menaik dan menurun, kesimpulan awal dapatlah dinyatakan bahawa
kebanyakan murid-murid sudah mula menguasai nombor 1-10.
Menerusi slot sosioemosi, saya telah menghasilkan satu anyaman tikar tetapi
menggunakan gambar buah-buahan. Di sini, murid akan meniru apa yang telah guru buat selain
guru juga menunjukkan cara menghasilkan anyaman tersebut iaitu memasukkannya secara
berselang-seli. Berbekalkan aktiviti ini, murid-murid dapat dilatih untuk mempertajam
kemahiran motor halus di samping meningkatkan sifat sabar dalam diri supaya tidak tergoohgopoh untuk menyiapkan kerja.
Seterusnya dalam slot bahasa Inggeris, guru meminta murid melkukan apa yang
diarahkan oleh guru-guru. Contohnya, show me mangosteen. Sebelum slot ini, murid-murid
telah diberi tugasan menghasilkan kad buah-buahan. Jadi kesemua murid ada buah masingmasing. Kemudian, dalam slot bahasa Melayu, murid-murid diminta menyebut, membunyikan,
dan mengena huruf-huruf vokal di mana mereka akan diuji apabila membuat aktiviti lembaran
kerja iaitu mengisi huruf vokal yang betul dalam ruangan yang disediakan. Sebagai contoh
perkataan b-t-k, jadi ruangan kosong yang perlu diisi ialah e dan i yang menjadikan betik.
Pembelajaran disudahi dengan aktiviti nyanyian lagu fonik di mana kanak-kanak
menyayikannya bersama guru dengan gerakan tertentu. Menerusi aktiviti ini, saya secara tdak
langsung mengulangkaji ilmu-ilmu fonetik/ fonik yang sedikit dilupkan oleh sebab kekangan
waktu. Kesimpulannya, keseluruhan aktiviti berjalan lancar dengan adanya juga bimbingan guru
pembimbing yang banyak membantu menjayakan setiap slot.

Refleksi Hari Kelima : 08 April 2011

Setibanya di sekolah pada pukul 7.15 pagi, kami tiba di premis prasekolah. Pada hari
terebut, kami meminta jasa baik guru pembimbing untuk mengambil kelas pada hari Jumat oleh
sebab kami ingin menyiapkan maklumat-maklumat dalam fail serta menyiapkan buku rekod
mengajar keran pada hari Sabtu juga terdapat keas ganti sempena Deepavali. Mungkin oleh
sebab kami telah mengajar pada Isnin pagi tersebut, jadi erlaku sedikit kekangan waktu dalam
menyiapkan Rancanagn Pengajaran Harian pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu itu, kami diberi
kepercayaan untuk menguruskan program Tasmik solt untuk tahap II (darjah 4,5 dan 6).
Sepanjang berada dalam kelas prasekolah tersebut, kami ada membincangkan untuk
membuat bahan bantu mengajar untuk murid-murid tersebut sekrianya kami mempunyai lebihan
masa. InsyaAllah sekiranya diizinkan tuhan, kami akan menyumbangkan beberapa bahan bantu
mengajar untuk kegunaan guru prasekolah tersebut kelak.
Terfapat aktiviti permainan luar pada hari jumaat yang pada saya sebenarnya agak susak
untuk dikawal kerana kawasan permainan itu agak luas dan pada kebanyakan waktu, guru perlu
mengeluarkan suara yang kuat supaya murid-murid mendengar arahan. Di sini saya melihat,
tanggungjawab guru prasekolah itu sangat besar dan bukan suatu tandingannya dengan wang
ringgit, mahupun pangkat atau kuasa. Semuanya perlukan keikhlasan dalam hati, kerana
perlakuan yang sempurna datangnya daripada jiwa yang tulussuci dan ikhlas dalam
melaksanakan tanggungjawab mendidik insan ke dunia sebenar yang penuh dengan dugaan yang
tak kelihatan pada mata kasarnya.

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT


Refleksi Hari Pertama : 11 April 2011
Aktiviti pembelajaran bermula seawal 7.30 pagi iaitu dari awal ketibaab hingga ke jam
12.00 tengah hari. Bermula dengan rutin dan perbualan pagi berkenaan apa yang telah dipelajari
semalam. Tema baharu dipelajari iaitu tema sayur-sayuran menggantikan tema buah-buahn pada
minggu lepas.
Saya memulakan slot dengan bertanyakan sayur-sayuran yang mereka sedia maklum bagi
memberi gambaran awla bahawa sebentar lagi, guru akan mengajar berkaitan sayur-sayuran.
Seterusnya apabila telah tiba slot yang dijanjikan, slot bahas Malaysia, guru membawa bahanbahan maujud iaitu sayur-sayuran sebenar di dalam kotak dan menimbulkan perasaan ingin tahu
murid dengan meminta mereka menekanya. Setelah murid meneka, guru memberitahu jawapan
yang paling tepat iaitu sayur apakah yang terdapat dalam kotak tersebut.
Murid-murid diberi peluang merasa tekstur, melihat warna dan menghidu bau sayursayuran tersebut. Di samping itu, guru juga mengajarkan tentang bagaimana menyebut nama
sayur-sayuran tersebut. Aktiviti berjalan dengan lancar walaupuna ada sebahagiannya
menganggap sayur-sayuran tersebut mainan mereka dan hampir hancur tomato itu dikerjakan
kerana menganggapnya bukan sayur-sayuran sebenar.
Seterusnya, slot kemuncak dalah menerusi tema kemanusiaan iaitu membuat rojak sayursayuran iaitu tauhu, kentang, cucur, bebola ikan dan timun. Di sini kelihatan murid-murid begitu
teruja menghasilakn rojak tersebut dan begitu berselera menikmati hidangan yang mereka
sediakan. Saya begitu gembira kerana dapat membuat sesuatu atau memberi sesuatu yang disukai
oleh murid-murid.

Refleksi Hari Kedua : 12 April 2011


Hari kedua bermula seawal 7.15 pagi. Slot pada hari tersebut diambil alih oleh pasangan
saya, Nurul Hidayah Mohd Hafiz. Bermula dnegan slot awal sains, pendidkan Islam dan Moral,
Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan kreativiti (seni).
Sepanjang berada di prasekolah, saya membuat beberapa huruf abc versi huruf kecil
untuk igantung di pintu dalam kelas prasekolah. Sementara itu, saya juga ada membantu serba
sedikit dalam memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.
Semasa berada dalam kelas prasekolah juga, saya ada membantu pembantu pengurusan
murid menyediakan makanan kerana hampir setiap hair kami dipelawa untuk makan bersamasama mereka.
Keiasaannya, dalam kelas prasekolah saya akan menanda hasil lebaran kerja muri-murid
prasekolah dan bersedia untuk rancangan pengajaran harian untuk hari Khamis yang mana akan
diselia oleh pensyarah pembimbing.
Selain tugasan mengajar di prasekolah, kami juga dipertanggungjawabkan untuk aktiviti
ko-kurikulum serta peranan-peranan lain. Menerusi aktiviti ko-kurikulum, saya ditempatkan
dalam unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah manakala bagi peranan lain ialah menjadi
fasilitator untuk program tasmik di mana hal ini begitu bermanfaat kepada saya dalam mengasah
kembali ilmu-ilmu yang teah dipelajari sepanjang berada di maktab dan di sekolah agama.

Refleksi Hari Ketiga : 13 April 2011


Tiba seawal 7.15pagi. Pembantu Pengurusan Murid tidak dapat menghadirkan diri kerana
berkursus, jadi kami ditugaskan membantu serba sedikit dalam menyediakan sarapan pagi dan
makan pukul 10.00pagi. Pengajaran pada hari ini diambil alih oleh guru pembimbing
memandangkan kami aka diselia pada hari khamis dan jumaat. Slot pagi dimulakan dengan slot
Pendidikan Islam dan Kerohanian di mana ustazah mengajarkan tentang nama-nama Allah. Iaitu
Ar Rahman dan Ar Rahim.
Diteruskan lagi dengan slot permainan luar di mana mereka menggunakan bola dan
bergerak menuju sasaran, serta melompat menuju sasaran juga. Di sini, guru perlu bijak
mengawal kelas kerana kawasannya lebih luas daripada dalam kelas prasekolah. Di sini banyak
ilmu yang perlu diambil dan dipraktikkan menerusi guru pembimbing supaya kelak nanti saya
mudah untuk mengawal kelas.

Refleksi Hari Keempat : 14 April 2011


Seawal 7.15 pagi saya menjejakkan kaki di kelas prasekolah dan hari ini berbeza dengan
hari-hari sebelumnya kerana pada hari ini, penyeliaan terakhir akan dilakukan selama 1 hari.
Bermula pada jam 8.00 pagi iaitu bermula dengan slot sosioemosi di mana melalui aktiviti
melengkapkan Puzzle untuk melatih sifat tolak ansur dan kerjasama semasa melakukan
aktiviti. Melalui aktiviti menghasilkan Puzzle ini ialah antara cadangan penambahbaikan ialah
membuat keratan puzzle yangpelbagai supaya saling melengkapi agar memudahkan muridmurid mencantumkannya berbanding bentuk yang sama sahaja. Selain itu, aspek utama yang
sangat perlu diperbaiki sepanjang Praktikum Fasa 1 ini, iaitu daripada segi menyatakan arahan
kepada murid-murid yang mana sangat perlu ditekankan dan diperbaiki untuk Praktikum Fasa II
kelak. Arahan perlulah tegas, ringkas dan difahami oleh murid-murid prasekolah.
Setelah melaksanakan slot sosioemosi, slot awal matematik pula menyusul selepas itu di
mana guru mengajarkan konsep mengecam duit yang berlainan nilai di mana pada set induksi,
saya membawa tabung besar, serba sedikit dapat menarik minat murid serta pengetahuan awal
mereka tentang nilai murid. Melalui aktiviti ini, secara pemerhatian kasar, kebanyakan murid
mengetahui nilai mata wang ditambah lagi dengan adanya bantuan kad-kad gambar duit di papan
putih.
Seterusnya, pensyarah pembimbing memberi rumusan berkaitan penyeliaan, kekuatan,
kelemahan serta cadangan penambahbaikan untuk kecemrlangan dalam praktikum seterusnya.
Antaranya ialah daripada aspek mimik muka yang mana perlu dipelajari menerusi subjek Teatre
dalam Pendidikan. Sebagaimana tingginya harapan ibu bapa terhadap diri ini, begitu jugalah
tinggi harapan saya agar dapat mengetahui serba-serbi kebolehan untuk menjadi seorang guru
prasekolah yang cemerlang mendidik insan ini.
Menerusi slot kreativiti (muzik), saya telah mengubah lirik lagu sayur-sayuran dan
mengenaan rentak agu ABC dalm menyanyikannya. Pada awalnya seperti tidak ada keyakinan
untuk mencipta lirik sendiri, namun atas bantuan kawan-kawan, lirik yang ringkas tetapi menarik
berjaya dihasilkan. Sesungguhnya gagal selepas mencuba adalah lebih bermakna daripada gagal
tanpa berbuat apa-apa.

Refleksi Hari Kelima : 15 April 2011


Hari terakhir di prasekolah. Tiba seawal 7.15 pagi dan bersedia untuk membantu rakan
seerjuangan membuat persediaan untuk diselia. Selain itu juga, saya juga turut menyiapakan
seberapa banyak bahan bantu mengajar/ bahan bantu belajar untuk digunakan di prasekolah
sebagai sumbangan iklas kepada prasekolah tersebut kerana menerima kami di situ dengan
sangat terbuka hati.
Penyeliaan pada hari ini diteruskan lagi dengan pasangan saya Nurul Hidayah Mohd
Hafiz, slot selepas rehat hingga tengah hari. Menerusi refleksi pada hari tersebut, dapat dilihat
tugas guru prasekolah ini amat mulia di samping dapat menjadi titipan untuk saham akhirat kelak
kerana kita mengajar sesuatu yang kosong kepada sesuatu yang berisi. Maksudnya, daripada
murid-murid itu tidak tahu apa-apa, mereka sekurang-kurangnya tahu ABC sehingga Z.
Seterusnya, tugas guru sekolah diwar-war kononnya mudah bukanlah seperti yang
disangkakan kerana tugas mereka bermula seawal pukul 8 pagi sehingga 12.00 tengah hari
berbanding guru aliran perdana yamg paling lama pun kelas selama 1 jam dan ada jarak waktu
sedikit sebelum memulakan kelas seterusnya. Penat itu sudah semestinya, tetapi apabila melihat
murid-murid gembira dan seronok semasa berada dalam kelas, segala perasaan yang negatif
semuanya ditolak ke tepi.
Menerusi penyeliaan ini juga, pensyarah pembimbing berserta guru pembimbing diraikan
pada akhir waktu. Pada masa ini semuanya beramah esra dan tetiba pula hati ini berasa sedih
kerana tidak dapat lagi berjumpa dengan murid-murid kegemaran walaupun kadangkala tidak
mahu mendengar kata, tetapi mereka jugalah yang selalu menghiburkan kita dengan telatah
mereka yang naif itu.
Setiap yang berlaku ada himhnya, walaupun kadangkala kita kadang-kadnag berasa sedih
yang teramat sangat, namun Allah datangkan nikmat kegembiraan dalam bentuk yang lain pula.

You might also like