Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 46

BAB 2

RANCANGAN PEMASARAN

Disediakan oleh :
Nurusyahirah binti Ismail
PISMP BM Sem 5

PETA MINDA

Pengenalan
Pemasaran merupakan satu proses sosial
dan pengurusan di mana individu atau
kumpulan memenuhi keperluan dan
kehendak mereka melalui penghasilan
dan penukaran produk atau nilai di
kalangan mereka.

Konsep
Satu proses perancangan dan pelaksanaan
ke atas harga, promosi dan pengedaran
terhadap barangan atau perkhidmatan
supaya proses pertukaran dapat dilakukan
yang mana akan memenuhi kepuasan
individu dan mencapai objektif organisasi.

Persatuan Pemasaran Amerika (AAM)

PASARAN SASARAN
Sekumpulan pengguna yang menjadi sasaran
perniagaan dalam menjalankan usaha-usaha
pemasarannya bagi menjual produk atau perkhidmatan
perniagaan.
Usahawan khususnya perlu terlebih dahulu mengenal
pasti siapakah sasaran pasaran yang akan
menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang
ditawarkan oleh usahawan.

Usahawan khususnya perlu terlebih dahulu mengenal


pasti siapakah sasaran pasaran yang akan
menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang
ditawarkan oleh usahawan. Sasaran pasaran boleh
ditafsirkan sebagai pengguna ataupun pelanggan.

Jenis Profil

Sasaran Pasaran
Strategi untuk menembusi pasaran-pasaran kecil yang
homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi
pasaran.

Strategi Pasaran

Kepentingan Pemasaran

TREND & SAIZ PASARAN


Merujuk kepada jumlah pembeli yang
berpotensi dalam satusatu kawasan
dagangan yang disasarkan oleh
usahawan

Trend Pasaran
Bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan
semasa industri yang ingin diceburi.
Perlu dinyatakan sama ada industri tersebut sedang
berkembang, menurun atau dalam keadaan yang stabil.
Berikan statistik jika ada bagi menyokong kenyataan
yang dibuat.

Saiz Pasaran
Jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah
potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam
jangka masa setahun.
Dalam mengira saiz pasaran, beberapa faktor perlu
diambil kira di antaranya ialah :1) Tidak mengambil kira/mengira pembahagian mengikut
pesaing di dalam pasaran yang luas.
2) Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unit
atau Ringgit Malaysia (RM).

Jadual 1: Contoh pengiraan bagi


menentukan saiz pasaran

PERSAINGAN
Usahawan perlu kenal pasti kekuatan dan kelemahan
setiap pesaing.
Kenal pasti siapa pesaing yang menawarkan barangan
ataupun perkhidmatan yang serupa mahupun barangan
pengganti kepada kumpulan pelanggan yang sama.
Jika sama, nyatakan keupayaan pengeluaran masingmasing, kualiti keluaran, harga jualan serta kekuatan
dan kelemahan pesaing.

SYER PASARAN
Merujuk kepada jumlah peratus (%) jualan yang bakal
diperoleh usahawan daripada potensi pasaran dengan
mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaing.

Satu anggaran yang perlu dibuat oleh organisasi di


dalam mengenal pasti bahagian (syer) pasaran yang
boleh dikuasai oleh perniagaan di dalam sesuatu
pasaran yang ingin diceburi.

Di dalam mengenal pasti syer pasaran, kaedah yang


selalu dikaitkan ialah konsep sharing of cake, di mana
pasaran itu sendiri dianggap sebagai sekeping kek yang
perlu dipecah-pecahkan mengikut pasaran yang
berlainan.

Perniagaan yang mempunyai bahagian yang besar


dikenali sebagai pemimpin pasaran atau market leader.

Jadual 2: Mengenal pasti syer


pasaran

RAMALAN JUALAN
Semasa pelaksanaan pemasaran anggaran jualan
perniagaan dalam tempoh tertentu perlu disediakan.

Pegawai pemasaran yang terlibat perlu menyediakan


pengunjuran jualan bulanan untuk tahun pertama dan
anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga.

Faktor Penting

Formula Ramalan Jualan

Pengunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun


pertama dan anggaran jualan tahun kedua dan ketiga juga
perlu disediakan (Lampiran 1).

STRATEGI PEMASARAN
Merupakan segala usaha yang dilaksanakan untuk
mendapatkan pelanggan bagi barang yang dikeluarkan.
Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap
diproses untuk dipasarkan.
Strategi pasaran terdiri daripada sasaran pasaran dan
campuran pasaran. Sasaran pasaran merujuk kepada
bakal pelanggan bagi sesuatu keluaran. Campuran
pemasaran merangkumi empat komponen penting yang
menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk,
harga, tempat dan promosi.

Untuk mencapai strategi


pemasaransyarikat perlu membuat
analisis tentang peluang pertumbuhan
produk syarikat perniagaan pada masa
akan datang.

Strategi Pasaran

BELANJAWAN PEMASARAN
Anggaran pendapatan yang diperolehi dan
perbelanjaan yang akan dibuat untuk suatu tempoh
masa tertentu di masa akan datang.
Bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan antara
pendapatan dan perbelanjaan.
Penyediaan belanjawan pemasaran adalah berbezabeza mengikut keperluan pemasaran perniagaan.

Tujuan Belanjawan

Asas Pengurusan Belanjawan

MASALAH PEMASARAN

Pertumbuhan Pemasaran
Organisasi Bukan Untung
Organisasi bukan untung seperti bahagian pendidikan,
perubatan, pos dan ketenteraan telah mula
menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi.

Sebagai contoh, Pos Malaysia telah membentuk


rancangan pemasaran inovatif dengan menjual setem
kenangan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong
ke-12.

Penglibatan organisasi bukan untung mengaplikasikan


strategi pemasaran telah memberikan cabarancabaran
baru yang menarik kepada pengurus-pengurus
pemasaran.

Penglobalisasian
Kini, syarikat-syarikat bukan sahaja cuba menjual produk
tempatan mereka kepada pasaran antarabangsa tetapi
membeli lebih komponen dan bekalan dari luar negara.

Contohnya melalui operasi Segitiga Emas: MalaysiaIndonesia-Thailand (IMT-GT), ia telah memberikan


peluang kepada para peniaga untuk bergerak dengan
lebih bebas di negara-negara berkenaan.

Situasi begini dapat menggalakkan syarikat untuk


merebut peluang bagi membuka pasaran yang lebih luas
dan bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan
sahaja.
Banyak syarikat telah membentuk rangkaian strategik
dengan syarikat-syarikat asing dan juga pesaing, yang
bertindak sebagai pembekal atau rakan pemasaran. Ini
membolehkan rangkaian global terbaik dapat dibentuk.

LedakanTeknologi Maklumat
Membolehkan pengurus-pengurus pemasaran
mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan
merekabentuk produk dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk
dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi
dengan pelanggan sama ada dalam kumpulan yang
besar atau orang perseorangan.

Contohnya, dengan menggunakan komputer yang


berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan
pangkalan data yang terperinci untuk mensasar tawarantawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Perkembangan Ekonomi Dunia


Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan
kesukaran kepada pengguna dan pemasar.
Di seluruh dunia, keperluan manusia semakin
bertambah, tetapi dalam banyak perkara , individu
kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan.
Ekonomi negara maju banyak mempengaruhi ekonomi
negara-negara yang sedang membangun.

Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan


peluang kepada pemasar.
Sesetengah syarikat menghadapi permintaan yang
berkurangan dan menghadapi masalah untuk
mengembangkan syarikat mereka.

Permintaan Terhadap
Tanggungjawab Sosial dan Etika
Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung
jawab terhadap kesan tindakan mereka ke atas sosial
dan persekitaran.
Etika korporat telah menjadi isu yang hangat
diperkatakan di dalam dunia perniagaan.
Masalah-masalah seperti penghapusan hutan,
kehangatan ruang atmosfera , pencemaran udara dan
air serta ancaman-ancaman lain perlu diselesaikan
dengan cara yang lebih berkesan.

Di samping mereka memperolehi keuntungan daripada


aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengeluaran mereka,
tanggungjawab sosial kepada masyarakat perlu
diutamakan.

Lanskap Pemasaran Baru


Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar
bahawa mereka perlu mengambilkira pasaran dan
teknologi yang muncul dengan pendekatan pengurusan
terkini.
Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin
menyedari bahawa mereka perlu menekankan kepada
aspek keperluan pelanggan dan persekitaran.
Mereka akan gagal di dalam perniagaan sekiranya tidak
memahami pasaran yang kian berubah.

Contohnya, pembinaan KLIA ekspres telah menyediakan


kemudahan pengangkutan yang pantas dari KL Sentral
ke KLIA iaitu dalam masa 28 minit.

SELAMAT BELAJAR..

You might also like