Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Nama

: Nur Syamimi Atikah bt Che Othman

No. Matrik : D2031064512


PENGIKTIRAFAN HAK ASASI MANUSIA
Perkara 8 : Hak Kesamarataan
1. Definisi Hak Kesamarataan
Hak Kesamarataan bermaksud semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana
yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, iaitu tidak boleh ada diskriminasi terhadap
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam
mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di
bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan
penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
2. Peruntukan Undang-undang berkaitan Hak Kesamarataan
1. Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang, atas alasan
bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
2. Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang, atas alasan
bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian
Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
3. Perkara ini tidak melarang :
(a) Apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri.
(b) Apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang
berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh
sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama
itu.
(c) Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli
Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu

perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan


awam.
(d) Apa-apa peruntukan yang menetapkan bermastautin di sesuatu Negeri atau di sebahagian
sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana
pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja,
atau bagi pengundian dalam pemilihan itu.
e) Apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, bersamaan dengan suatu peruntukan
yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka.
(f) Apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen
Askar Melayu kepada orang Melayu.
3. Kes Perundangan (Kes yang dilaporkan di mahkamah atau kes yang berlaku kini)
Hak Kesamarataan Orang Melayu (Perkara 153)
Melalui peruntukkan perkara 8, fasal (1) menjelaskan bahawa semua orang mempunyai
hak yang sama disisi undang-undang dan hak terhadap pembelaan melalui perundangan. Oleh
sebab itu, tiada diskriminasi yang harus berlaku oleh kerana perbezaan agama, kaum, keturunan,
tempat lahir, atau jantina sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 8, fasal (2). Dalam
perkara 8, fasal (2) juga menjelaskan bahawa sesuatu perlantikkan jawatan atau pekerjaan adalah
dibawah pihak berkuasa awam atau pentadbiran undang-undang yang mana setiap orang boleh
memperolehi, melepaskan dan memegang harta atau jawatan melalui hak kesamarataan.
Walaubagaimanapun peruntukkan ini tertakluk kepada beberapa perkara dan fasal yang terdapat
dalam perlembagaan Malaysia.
Berdasarkan perkara 8, fasal (5) terdapat enam peruntukkan yang menyebut tentang halhal yang tidak terbatal atau tidak terlarang akibat perkara 8. Selain itu, perkara 8 ini juga harus
dibaca bersama dengan perkara 153 yang mana mengenai hak dan keistimewaan orang melayu.
Perezaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang melayu. Hal ini
kerana kesamarataan bagi semua kaum untuk tujuan pendidikan dan perniagaan dibezakan atas
sebab keistimewaan kepada orang melayu dan bumiputera dipersetujui melalui konsep kontrak
sosial.

Hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan persekutuan, merujuk kepada hakhak orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak
istimewa orang melayu dan bumiputera meliputi bidang perkhidmatan awam di bawah perkara
153, fasal 2, 3 dan 4, bidang ekonomi di bawah perkara 153 fasal 6 dan bidang pelajaran di
bawah perkara 153 fasal 2, 3 dan 4. Selain itu, kedudukan istimewa orang melayu juga terdapat
dalam peruntukan perkara 89 dan 90, yang mana berkaitan dengan tanah rizab orang melayu dan
perkara 8(5)(f) yang berkenaan dengan kemasukan orang melayu dalam rejimen askar melayu
dengan pengecualian orang bukan melayu sebagimana yang dikuatkuasakan. Hak-hak
keistimewaan orang melayu ini tidak boleh dipertikaikan kerana ia dilindungi di bawah akta
hasutan 1948 (pindaan 1971). Hal ini menunjukkan hak kesamarataan yang dimiliki oleh
penduduk di Tanah Melayu.
4. Ulasan
Melihat dari sudut kepentingannya, kita dapat lihat bahawa orang melayu merupakan
penduduk asli atau peribumi di negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang melayu diberikan
hak keistimewaan tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan malaysia. Hal
ini kerana sebelum perlembagaan diwujudkan orang melayu lebih banyak terlibat dalam bidang
perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang melayu diberi keutamaan dalam
semua aspek yang dinyatakan diatas yang melibatkan bidang pendidikan, ekonomi, pekhidmatan
dan tanah rizab orang melayu bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum
ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.
Merujuk perkara 153 yang menyatakan bahawa kedudukan istimewa orang melayu dan
bumiputera dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Larangan dari mempersoalkan tentang
peruntukan-peruntukan sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang. Perkara 153
memperuntukkan bahawa Yang Dipertua Agong(YDPA) bertanggungjawab menjaga dan
memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan kaum sah lain. Peruntukan ini
telah dipinda di bawah akta perlembagaan (pindaan) yang 1971 bagi menjelaskan bahawa
perkara ini perlu diikuti oleh bumiputera sabah dan Sarawak sebagaimana diikuti oleh orang
melayu. Perkara 153 ini juga telah dipinda untuk menghapuskan ketidakseimbangan yang
terdapat antara orang melayu dan bumiputera kaum-kaum lain dalam bidang pendidikan. Hal ini
boleh dibuktikan dengan jelas melalui fasal 8A yang mana YDPA berkuasa dalam memberi

arahan kepada universiti, maktab atau yayasan pelajaran dalam menentukan perezaban
penempatan orang melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak dalam pendidikan tinggi Malaysia
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh YDPA mengikut kelayakan dan pihak yang
berkuasa hendaklah mengikut arahan itu dengan sempurna
5. Adakah Malaysia benar-benar mengiktiraf hak-hak yang diberikan terutama Hak
Kesamarataan.
Ya, Malaysia telah mengiktiraf hak-hak yang diberikan kepada rakyat terutamanya Hak
Kesamarataan.

Oleh

itu,

wujudlah

istilah

tindakan

afirmatif

(Affirmative

Action)

membincangkan dasar-dasar yang ditujukan kepada kumpulan atau golongan yang bukan
dominan dalam sosio-ekonomi (lazimnya lelaki dan perempuan daripada semua kaum minoriti)
dengan hasrat untuk mempertingkatkan pencapaian dalam pendidikan mahupun pekerjaan.
Pengenalan tindakan ini didorong oleh hasrat untuk menyelaraskan ketidakseimbangan sebenar
ataupun tanggapan yang berlaku pada masa lepas atau kini yang dianggap tidak adil. Dasar ini
turut menggalakkan institusi awam seperti universiti, hospital dan polis menjadi lebih seimbang
yang mencerminkan pecahan penduduk.
Dasar ini dikendalikan pada kebiasaannya melalui rancangan pengambilan khas yang
ditujukan kepada kumpulan sasar seperti golongan mundur. Dalam sesetengan keadaan, tindakan
ini merangkumi pemberian layanan utama kepada golongan ini. Pembangkang tindakan sebegini
berhujah bahawa amalan ini berdasarkan fahaman kolektif dan berbentuk diskriminasi kerana
menyebabkan pemohon-pemohon yang berkelayakan ditolak kemasukan mereka ke dalam
pengajian tinggi atau pekerjaan atas alasan mereka tergolong di dalam kumpulan tertentu
(selalunya kumpulan dominan, lazimnya kaum majoriti dan lelaki, tanpa mengira kedudukan
sosial mahupun keperluan kewangan). Mereka juga berhujah bahawa layanan istimewa haruslah
berdasarkan

kedudukan

sosio-ekonomi

semasa

dan

bukanlah

keturunan.

Sesetengah

pembangkangnya menganggap tindakan ini hanya menurunkan nilai kejayaan seseorang yang
dipilih berdasarkan kaum atau golongan dan bukannya berdasarkan kelayakan.

You might also like