Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ciri-ciri kanak-kanak disleksia

Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia


Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumny, antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia
ialah mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal. Mereka
pandai dalam bidang seni. Semasa membaca, mereka perlu menggunakan jari
untuk membaca dan juga untuk mengira. Kanak-kanak disleksia minat belajar dan
nampak pandai, namun mereka lemah dalam pelajaran kerana sukar untuk
dikuasai. Jika mereka gagal disekolah, mereka akan sangat kecewa. Selain itu,
mereka selalu jatuh (clumsy) dan terlupa nama benda-benda. Mereka juga sering
berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu (moody) tanpa sebab-sebab
tertentu. Sri Cempaka juga memberi ciri-ciri secara khusus berdasarkan kemahirankemahiran asas bahasa, namun ciri-ciri ini akan dibincangkan kemudian, iaitu
daripada 2.2.2 sehingga 2.2.7. Ciri-ciri yang ditulis diberi oleh Sri Cempaka (2007)
dan akan ditambah dengan ciri-ciri oleh pengkaji dan penulis lain.
Selain Sri Cempaka, SpeEd. (2007) memberi ciri-ciri dalam kanak-kanak prasekolah.
Guru-guru prasekolah boleh menggunakan tanda-tanda ini untuk mengenal pasti
kanak-kanak disleksia. Antara tanda-tanda kanak-kanak prasekolah ialah
kemahiran bertutur mereka lambat dan mereka sukar memahami arahan. Selain itu
mereka suka mengganti perkataan dan hiperaktif. Kemahiran motor kasar dan
motor halus mereka lemah. Sebagai contoh, mereka sentiasa melanggar barang di
sekitar mereka dan sukar membaling atau menangkap bola. Contoh untuk motor
hauls yang lemah, mereka tidak dapat memegang alat tulis atau tidak boleh
menggunting. (Sariah Amirin, 2000) Mereka juga seringkali terlupa nama bendabenda atau pelajaran yang dipelajari. Selain daripada itu, mereka suka mendengar
bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri. Mereka sifat ingin tahu tinggi,
berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan.
Otak Kanak-kanak Disleksia
Sariah Amirin (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak disleksia daari segi otak
mereka. Otak manusia terbahagi kepada dua sfera, kanak dan kiri. Sfera sebelah
kiri digunakan untuk penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan dan struktur.
Manakala sfera sebelah kanan digunakan untuk visual, daya kreatif, dan kemahiran
seni. Kebanyakan orang dapat mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi
pada kebiasaannya satu bahagian otak akan menjadi lebih dominan. Orang
disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar
mereka berlainan. Mereka berbakat kreatif atau seni, walaupun mereka lemah
dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur. Menurut Sariah Amirin
(2000) lagi, cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu
anugerah dan bukannya satu masalah.
Masalah Pendengaran

Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar (Sri Cempaka,
2007) atau tidak mempedulikan (SpeEd, 2007). Hal ini kerana mereka lambat
dalam memproses maklumat mereka terima. Maka, mereka tidak akan melakukan
arahan yang diberi oleh guru, terutamanya jika arahan tersebut terlalu panjang.
Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu mengikut susunan, contoh melakukan
arahan mengikut urutan. Namun, mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak
berminat untuk membaca sendiri.
Masalah Pertuturan
Dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran bertutur dan juga
mempunyai kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai
semasa bercakap bagi menyampaikan maksudnya. (Untung S. Drazat, 2006) Hal ini
mungkin kerana perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat. Selain itu,
bahasa lisan lebih baik daripada penulisan. Mereka suka belajar dengan irama
kanak-kanak nursery rhymes.
Masalah Mengeja
Menurut SpeEd (2007) kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk
menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka
masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan
terhadap kelemahan membaca dan memulis. Timbulnya masalah ini adalah
berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam
mengenal pasti huruf-huruf seperti: m w, y g j, u n,m n, c e,
p q, h n dan b d. Selain itu, terdapat juga kekeliruan dalam
membunyikan huruf seperti t h dan f v. Hal ini akan menyebabkan mereka
kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja. (Sri Cempaka, 2007)
Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan
ejaan mereka sering tidak konsisten. Mereka tidak boleh mengeja perkataan asas
dan mudah yang seharusnya boleh dieja oleh seseorang murid mengikut umur
mereka. Tahap perbendaharaan kata mereka lemah. Contohnya murid tahun 1
sepatutnya boleh mengeja perbendaharaan kata mudah seperti baju, muka, emak,
nama sendiri dan lain-lain lagi.
Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama, contoh buah dan bahu.
Mereka juga keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata,
contohnya almari dan lamari. Selain itu, mereka menggbungkan suku kata
secara terbalik, contohnya baju menjadi juba dan juga salah menyusun abjad
dalam perkataan, seperti sabun menjadi basun.
Masalah Membaca
Disleksia biasanya dikaitkan dengan membaca. Kanak-kanak yang mengalami
disleksia mempunyai kemahiran membaca lemah. Kemampuan pembacaan kanak-

kanak disleksia tidak setaraf dengan kemampuan kanak-kanak seusianya. (Tjhin


Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004) Apabila mereka membaca, mereka
teragak-agak walaupun mereka menggunakan jari untuk menolong mereka
membaca. Kadangkala cara membaca mereka seperti mereka gagap. (Tjhin Wiguna
dalam Kompas CyberMedia, 2004) Mereka sukar memahami dan menggunakan
teks bacaan. Mereka juga lemah atau tidak pandai menggunakan intonasi dan
ekspresi yang sesuai. Intonasi mereka akan turun dan naik mengikut gerak hati
mereka. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004) Selain itu, apabila
membaca mereka tidak menghiraukan tanda baca dan suka menambah perkataan
pada bacaannya. Mereka juga sering melangkau baris semasa membaca dan salah
sebut perkataan, terutamanya perkataan yang tidak biasa digunakan. Terdapat
juga kanak-kanak yang pura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat
atau mereka ciptakan.
Masalah yang paling terkenal dengan disleksia ialah kanak-kanak sentiasa keliru
dengan perkataan dan huruf yang kelihatan sama. Mereka akan membaca
perkataan terbalik, contoh seperti batu menjadi tuba, gula menjadi lagu dan
sebagainya. Selain pembalik perkataan, mereka juga terbalik dalam konsep ruang.
Misalnya, mereka keliru terhadap pemahaman konsep atas dan bawah, depan dan
belakang dan sebagainya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004) Selain
itu, mereka juga keliru kedudukan huruf dalam perkataan, seperti makan menjadi
makna; dan keliru antara perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang
hampir sama, seperti jam dan jem, cat (kucing) dan cat dan lain-lain.
Penambahan dan pengurangkan huruf juga berlaku, contohnya bulan menjadi
bulang dan bunga menjadi buna. Kadangkala huruf vokal yang mereka baca
tidak jelas atau mereka mengganti konsonan. (Untung S. Drazat, 2006)
Orton mencatat bahawa banyak anak disleksia yang kidal atau ambidextrous, iaitu
dapat menggunakan kedua belah tangan untuk menulis, akan seringkali membaca
dari kanan ke kiri. (Untung S. Drazat, 2006) Contohnya, Pada masa yang sama
akan menjadi Dapa sama yang masa. (SpeEd, 2007)
Masalah Menulis
Kanak-kanak disleksia tidak suka menulis. Mereka menulis lebih lambat berbanding
dengan rakan sebaya mereka. Sewaktu menulis, mereka sering mengigit jari atau
pen dan tenung buku seperti tidak faham. Mereka akan menekan pencil semasa
menulis. Mereka sukar menulis atau memindahkan maklumat ke atas kertas. Hal
ini keranan apabila mereka cuba menulis dan mengeja apa yang difikirkan, mereka
tidak dapat pindahkan fikiran mereka daripada otak kepada tangan. Kadangkala
mereka perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga mereka lupa apa yang
mereka sedang cuba menulis. (Sariah Amirin, 2000) Hal ini juga akan menyebabkan
mereka sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku teks serta
yang dikatakan atau disebut oleh guru. Mereka akan meninggalkan atau menyelit

perkataan dan juga meninggalkan atau menyelitkan huruf serta selalu terpaksa
menyalin daripada rakan.
Bentuk penulisan mereka berbeza-beza. Mereka juga mengalami kesukaran untuk
memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
(SpeEd, 2007) Tulisan mereka amat sukar dibaca dan tidak kemas. Mereka akan
menulis terbalik, iaitu dari kanan ke kiri (SpeEd, 2007) dengan bentuk abjad yang
tidak jelas dan mereka juga kerap menggunakan pemadam semasa menulis. Selain
itu, mereka lemah atau tidak pandai menggunakan tanda baca atau huruf besar.
Mereka biasanya tidak akan memulakan huruf besar dipermulaan ayat dan sering
campurkan huruf besar dengan huruf kecil dalam sebuah perkataan. Apabila
menulis ayat, terdapat kanak-kanak yang tidak menjarakkan perkataan dalam
sebuah ayat: Sayasukabermain. Terdapat juga kanak-kanak yang menjarakkan
perkataan dengan salah: Say asu kaberm ain. Selain itu, kanak-kanak ini juga
cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik dan keliru dengan perkataan pendek
seperti ia, dia, ini dan sebagainya.
Masalah Matematik dan Nombor
Sama seperti, kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-kanak
disleksia juga keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 5 8, 9 6
(Sri Cempaka, 2007) dan 2 5 (Untung S. Drazat, 2006) Selain itu, mereka juga
terbalik susunan nombor, contoh 45 menjadi 54.
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. (SpeEd, 2007) Mereka keliru atau tidak memahami
tanda-tanda dan simbol-simbol matematik, contohnya: +, dan =. Selain itu,
mereka keliru dengan konsep masa, waktu dan konsep wang. Mereka sukar dalam
menyusun atur maklumat, seperti hari-hari dalam seminggu dan bulan-bulan dalam
tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.
1. perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan
hiperkinetik
2. gangguan penglihatan
3. singkat ingatan
4. gangguan dalam bahasa
5. kebolehan kognitif yang rendah
6. kesukaran dalam kematangan emosi dan social
7. tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut

8. tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat
mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan
bunyi-bunyi tersebut
9. tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan
bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna
10.tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan
huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.
11.Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut
susunannya.
12.Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta
menumpukan perhatian
13. Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
14.Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
15.Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran
pandangan
16. Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
17.Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia:


Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita
tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
Membaca lambat dan teragak-agak.
Mengikut bacaan dengan jari.
Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut
dua kali.
Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut
kelat.
Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya
kakak=katak, baju=bayu.
Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.

Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia:

Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
Menulis secara mirror writing.
Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?


Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak
disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
Berikan kelonggaran kepada mereka.
Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanakkanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi
bantulah dia.
Sediakan bahan pengajaran yang baik.
Gunakan aplikasi teori Gestalt.
Tekankan ke atas pengamatan butiran.
Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.
Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat
belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan
dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu
perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini
bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan
menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik.
Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan
linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:

Ajar nama dan huruf bunyi.


Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
Ajar perkataan bunyi huruf.
Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan
logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan
pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari
membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang
telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf
tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.
Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina
ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih
panjang dan semakin susah.
Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana
merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang
menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan
computer dalam pendidikan.
Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.
Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan
bentuk dalam kesukaran membaca. Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah
rendah. Kebanyakkan daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada
pemulihan membaca.

Guru Perlu Peka

Mengenalpasti kanak-kanak disleksia


Dapat dikenalpasti melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai.
Instrumen Semak Disleksia (ISD), iaitu mekanisme ujian saringan bagi mengenal pasti kebarangkalian kanak kanak
mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia.
Boleh dikenalpasti melalui pemerhatian yang teliti dan interaksi dengan kanak - kanak.
Tidak kelihatan dari sifat fizikal.
Satu petunjuk tidak mencukupi kerana petunjuk adalah tanda, bukannya bukti.
Pemeriksaan perubatan perlu untuk mengenalpasti tidak ada masalah kurang upaya lain.
Kita tidak dapat merawat disleksia tetapi kita tidak boleh mengubah cara otak berfungsi.
Kaedah pengajaran yang sesuai boleh membantu .
Kebanyakan kanak-kanak disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan memuaskan.

Masalah kanak-kanak disleksia


Cantuman kesukaran berbeza cth:- kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan otot.
Lemah daya ingatan dan @ atau kemahiran susunan.
Tidak pasti / sering keliru dengan abjad - abjad seperti b& d, p& q, n& u.
Membaca perkataan terbalik seperti saw menjadi was, itu menjadi uti.
Kemajuan pertuturan yang lambat kerana susah faham dan / atau ingat arahan.
Lemah kemahiran gerakan kasar, cth. sentiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola.

Menulis perkataan / huruf dengan terbalik atau salah.Misalnya b ditulis d dan bila mengeja perkataan play menjadi
paly, left menjadi felt, gajah menjadi jagah.
Tertinggal huruf semasa menulis.
Tidak dapat memahami hubungkait di antara huruf dan bunyi.
Tulisan cakar ayam, saiz huruf yang ditulis tidak konsisten dan tiada ruang pemisah di antara 1 perkataan dengan
perkataan yang lain.
Ayat - ayat ditulis bercantum dan tidak dijarakkan.
Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
Menulis dengan amat perlahan.
Dari aspek pertuturan pula biasanya sebutan tidak jelas.
Menyampaikan sesuatu perkara / menceritakan sesuatu kejadian tidak mengikut urutan.
Ayat - ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami
maksud sebenar ayat itu.
Lemah kemahiran gerakan halus, cth. memegang alat tulis atau menggunting
Tiada tangan yang dominan.
Sukar mengesan perkataan berirama.
Sukar bertepuk mengikut irama.
Sering lupa perkataan yang telah dipelajari.

You might also like