Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1) Tidak membuat tukaran hak milik kenderaan dalam tempoh 7

hari.
Setiap pembelian atau pencapaian sesebuah kenderaan, harus di
laksanakan tukaran milik dalam tempoh 7 hari. Tidak buat demikian
merupakan suatu kesalahan. Ini melanggar Seksyen 14 (1) A.P.J.
Sekiranya salah, boleh di denda RM100.
2) Tiada nombor pendaftaran atau nombor kabur, keliru atau tidak
mengikut peraturan.
Kesemua di atas merupakan kesalahan menurut Seksyen 14 (1) A.P.J.
Memang ramai pemandu yang tidak tahu tentang kehendak ini.
Sekiranya anda melakukan kesemua kesalahan di atas, sudah pasti
akan di saman RM100.
Jadi, jangan sekali-kali mengunakan kenderaan yang tiada nombor
pendaftaran, nombor kabur, keliru atau yang tidak mengikut peraturan
atau pun saiz.
3) Tukar alamat dalam tempoh 7 hari.
Tahukah anda bahawa anda hendaklah membuat penukaran alamat
dalam tempoh 7 hari? Ramai tidak peduli akan perkara ini.
Sebenarnya, ianya satu-satu kesalahan. Tuan boleh di denda sebanyak
RM100 di bawah Kaedah 8GV (LD65 LN158 / 65).
4) Lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen memandu.
Ini adalah suatu kesalahan. Kesalahan ini jatuh di bawah Seksyen 26
(1). Ini kes mahkamah. Dendanya RM150. Boleh juga di denda RM1000
atau kena penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
5) Tidak patuhi syarat-syarat L
Beberapa syarat lesen L adalah:
i) Mesti pasang L di depan dan belakang.
ii) Tidak boleh angkut orang.

iii) Hendaklah memakai topi keledar.


iv) Tidak boleh menggunakan telefon bimbit sewaktu menuggang motor.
Sekiranya kesalahan, apa dendanya? RM200 menanti anda sebenarnya
KADAR KOMPAUN MAKSIMUM UNTUK KESALAHAN JALANRAYA
DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN AKTA MAJLIS
KENDERAAN BERMOTOR 1987
1. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak berdaftar [Seksyen 7(1)
APJ 1987] = RM 300.00
2. Menggunakan lesen kenderaan bermotor untuk lebih daripada satu
kenderaan dalam satu masa. [Seksyen 22(2) APJ 1987] = RM 300.00
3. Menggunakan lesen kenderaan motor untuk tujuan selain dari sepatutnya.
[Seksyen 22(2) APJ 1987] = RM 300.00
4. Tidak memiliki Lesen Vokasional yang sah untuk pemandu dan
konduktor kenderaan awam (PSV) [Seksyen56(1) APJ 1987] =
Pemandu/Empunya: RM300.00; Konduktor : RM 150.00
5. Gagal mematuhi Perintah Berkurung PG.1 (menggunakan kenderaan
ketika masih dalam Perintah Berkurung) [Seksyen 59(9) APJ 1987] = RM
300.00
6. Gagal mematuhi notis pemeriksaan kenderaan bermotor [Seksyen 61(3)
APJ 1987] = RM 300.00
7. Tidak mematuhi berat kenderaan yang dibenarkan [Seksyen 63(1) APJ
1987] = RM 300.00
8. Gagal mematuhi arahan untuk menghantar kenderaan ke lokasi yang
ditetapkan untuk simpanan [Seksyen 64(1) APJ 1987] = RM 300.00
9. Kesalahan pemandu dan konduktor [Kenderaan Awam (Pelesenan dan
Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) Peraturan 1959] = RM
300.00
10.Tidak mematuhi syarat permit (kenderaan barangan) Pemandu dan
Pemunya
Membawa barangan sewa atau ganjaran [Seksyen 19(3) Akta Majlis
Lesen Kenderaan Perdagangan 1987 (19(3) CVLB Act 1987)] = RM
300.00
11.Tidak mematuhi syarat (Kenderaan Awam(PSV)) [Seksyen 19(3) Akta
Majlis Lesen Kenderaan Perdagangan 1987 (19(3) CVLB Act 1987)]

Gagal menggunakan meter teksi = RM 300.00


Kadar tambang yang tinggi = RM 300.00
Enggan mengambil penumpang(teksi) = RM 300.00
Beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan = RM 300.00
12.Gagal mematuhi lampu isyarat [Peraturan 17 Tanda Lalulintas (saiz,
warna and jenis) Peraturan 1959] = RM 300.00
13. Gunakan laluan sebelah kiri jika bergerak perlahan [Peraturan 4 :
Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
14.Memotong sepatutnya di lorong kanan (memotong di lorong kecemasan
di lorong kiri) [Peraturan 5 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
15.Kesalahan berkaitan ketika memotong dan menghalang ketika memotong
[Peraturan 6 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00
16.Larangan berhenti di dalam petak kuning [Peraturan 8A : Peraturan
Lalulintas 1959] = RM 300.00
KADAR KOMPAUN MINIMUM UNTUK KESALAHAN JALANRAYA
DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN AKTA MAJLIS
LESEN KENDERAAN BERMOTOR
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (MalaysiaAktif) Faktor sikap pengguna jalan
raya yang tidak mengendahkan undang-undang menjadi penyumbang utama
kepada peningkatan kadar kemalangan maut sepanjang Ops Selamat 7/2015
pada musim raya baru-baru ini.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Fuad Abd
Latif dalam satu sidang media di Bukit Aman semalam berkata, sepanjang
tempoh Ops Selamat 7 yang diadakan selama 15 hari bermula 10 sehingga 24
Julai 2015 lepas, sebanyak 20,458 kes kemalangan dilaporkan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 303 kes kemalangan yang mengakibatkan
sejumlah 330 kematian dicatatkan dengan 200 kes daripadanya melibatkan
penunggang dan pembonceng motosikal.
Angka tersebut adalah yang terburuk dalam sejarah Ops Selamat sejak ia
dimulakan pada 1994.
Manakala sebanyak 1,974 kes kemalangan jalan raya pula dicatatkan di seluruh
negara pada tahun ini, iaitu dengan peningkatan sebanyak 10.7 peratus (%)
berbanding tahun lalu.
Fuad turut menjelaskan bahawa kesalahan trafik seperti mengabaikan undangundang, langkah-langkah keselamatan serta peraturan jalan raya menjadi punca
tertinggi kepada jumlah kemalangan maut kali

Malaysia pegang rekod kematian jalan raya


Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my
PENGUATKUASAAN undang-undang trafik dan saman nampaknya
masih kurang berkesan dalam mendisiplinkan pemandu Malaysia.
Angka kematian di jalan raya terus meningkat. Satu demi satu Ops Sikap
dilaksanakan tetapi kadar kemalangan tidak pun menurun. Jadi sudah
ada komentar yang mengkritik pelaksanaan Ops Sikap.
Malah, langkah mencegah kemalangan itu dianggap sebagai projek
membuang masa dan membazir wang kerajaan semata-mata. Ungkapan
kata-kata "kelajuan itu membunuh" ternyata tidak meresap ke dalam
minda pemandu Malaysia.
Jika diteliti data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika
30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari
tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan.
Paling menonjol di antara tiga negara itu ialah Malaysia yang menjadi
tumpuan bersama Argentina dan Kemboja.
Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di
kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang
bagi 100,000 penduduk.
Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu,
kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih
tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda.
Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa
penduduk UK pada tahun lalu.
Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan
RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun
lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari,
bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di
jalan raya.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan awam
telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara
risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang
tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Kirakira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku akibat kelajuan.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60
peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar
kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di
antara 16 hingga 25 tahun.
Kementerian Pengangkutani sedang mengkaji pelaksanaan sistem
penguatkuasaan automatik yang melibatkan penggunaan kamera dalam

usaha menambah baik dan meningkatkan penguatkuasaan di kawasan


mudah berlaku kemalangan.
Pakar pengangkutan awam, Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor menyokong
penggunaan kamera automatik. Kayanya, ini menambah satu lagi
langkah, dalam senarai langkah yang telah dilaksanakan selama ini.
"Bagaimanapun, pada pendapat saya, ini tidak dapat mengubah dengan
signifikan sikap pemandu kerana, pertama punca utama kemalangan di
Malaysia ialah 'tidak mahir memandu'. Kedua, dasar kita terhadap
saman berubah-ubah. Saman masih rendah dan tidak bersifat
menghukum serta boleh pula mendapat diskaun. Malaysia belum faham
konsep 'rakyat diutamakan'.
Dr. Abd. Rahim, Profesor Pengangkutan Awam dari Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati Ops
Sikap hanya berkesan dalam mengurangkan kemalangan di musim
perayaan (lihat rencana Utusan Malaysia, 20 September 2010).
Malangnya, Ops Sikap melibatkan kos yang tinggi dan sumber manusia
yang banyak. Sikap pemandu masih tidak berubah. Pemandu berdisiplin
bukan kerana kesedaran, tetapi kerana mereka sedang diperhatikan oleh
penguat kuasa undang-undang jalan raya.
"Semasa Ops Sikap, kita dapat kurangkan kematian kepada 14 sehari.
Selepas Ops Sikap kematian naik semula kepada 18 sehari. Orang ramai
tidak tahu pun angka-angka ini," kata Dr. Abd. Rahim.
Beliau melihat penggunaan kamera automatik kaedah yang berkesan
untuk mengesan pemandu memandu melebihi had kelajuan. Bukti imej
sah di mahkamah.
"Pihak berwajib perlu membangunkan suatu sistem pangkalan data yang
besar, sentiasa di kemas kini, dan sistem penghantaran saman yang
cekap dan boleh dipercayai. Bahagian penghantaran saman perlu kuat,
kalau tidak data dan imej akan bertimbun-timbun, dan ada orang yang
akan disaman dan ada pula yang terlepas atau lewat dihantar saman. Ini
akan menjemput rungutan orang ramai tentang ketidakcekapan dan
ketidakadilan.
"Kaedah ini tidak akan mengubah sikap. Pemandu masih tidak faham
mengapa kemalangan berlaku, mengapa suami dan anak mereka mati di
jalan raya.
"Kita masih belum memberi lampu isyarat yang betul kepada orang
ramai. Mereka perlukan kemahiran memandu yang tinggi, dan
kesedaran tentang punca kemalangan. Isunya ialah ramai yang belum
sedar, dan langkah-langkah setakat ini belum berjaya menyedarkan
sepenuhnya orang ramai," kata beliau.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berpendapat
pelaksanaan sistem automatik salah satu kaedah paling berkesan dalam
meningkatkan kecekapan penguatkuasaan dan menahan kemungkinan
pesalah trafik.

Beliau menjelaskan kaedah ini selari dengan rancangan jangka panjang


untuk 'visi sifar kemalangan maut'. Pelaksanaan sistem kamera
automatik ini diharap membantu menyelamatkan nyawa rakyat.
Malaysia perlu belajar dan mengambil pendekatan terbaik daripada
negara luar. Mungkin ia amat berguna untuk menyelamatkan nyawa
rakyat, memerangi gejala rasuah dan menjadikan pemandu Malaysia
berhemah di jalan raya.
Persoalannya, bagaimana Malaysia hendak mempercepatkan program
ini. Janganlah kita terus memegang kecemerlangan sebagai negara
paling tinggi kematian di jalan raya dalam kajian global.
Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.ht
m#ixzz46Egz6fC8
Utusan Melayu (M) Bhd

o Hoki
o lain-lain
o Rencana Sukan
Lain-lain
o Galeri Foto
o Versi Mobile
o Arkib
o Iklan
o Langgan ePaper
o SMS Alert
o

Facebook

o Sign in
RENCANA

ARKIB : 08/10/2010
Malaysia pegang rekod kematian jalan raya
Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my
PENGUATKUASAAN undang-undang trafik dan saman nampaknya
masih kurang berkesan dalam mendisiplinkan pemandu Malaysia.
Angka kematian di jalan raya terus meningkat. Satu demi satu Ops
Sikap dilaksanakan tetapi kadar kemalangan tidak pun menurun.
Jadi sudah ada komentar yang mengkritik pelaksanaan Ops Sikap.
Malah, langkah mencegah kemalangan itu dianggap sebagai projek
membuang masa dan membazir wang kerajaan semata-mata.
Ungkapan kata-kata "kelajuan itu membunuh" ternyata tidak
meresap ke dalam minda pemandu Malaysia.
Jika diteliti data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris,
ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan
raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan
peningkatan. Paling menonjol di antara tiga negara itu ialah
Malaysia yang menjadi tumpuan bersama Argentina dan Kemboja.
Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di
kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu
seorang bagi 100,000 penduduk.
Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun
lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali
lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan
Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi
setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.
Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia
kehilangan RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan
cedera. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2
kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat
Malaysia terbunuh di jalan raya.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan
awam telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama
peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada
pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya
lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus
kemalangan berlaku akibat kelajuan.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih
60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar

kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang


berumur di antara 16 hingga 25 tahun.
Kementerian Pengangkutani sedang mengkaji pelaksanaan sistem
penguatkuasaan automatik yang melibatkan penggunaan kamera
dalam usaha menambah baik dan meningkatkan penguatkuasaan
di kawasan mudah berlaku kemalangan.
Pakar pengangkutan awam, Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor
menyokong penggunaan kamera automatik. Kayanya, ini
menambah satu lagi langkah, dalam senarai langkah yang telah
dilaksanakan selama ini.
"Bagaimanapun, pada pendapat saya, ini tidak dapat mengubah
dengan signifikan sikap pemandu kerana, pertama punca utama
kemalangan di Malaysia ialah 'tidak mahir memandu'. Kedua,
dasar kita terhadap saman berubah-ubah. Saman masih rendah
dan tidak bersifat menghukum serta boleh pula mendapat diskaun.
Malaysia belum faham konsep 'rakyat diutamakan'.
Dr. Abd. Rahim, Profesor Pengangkutan Awam dari Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
mendapati Ops Sikap hanya berkesan dalam mengurangkan
kemalangan di musim perayaan (lihat rencana Utusan Malaysia, 20
September 2010). Malangnya, Ops Sikap melibatkan kos yang tinggi
dan sumber manusia yang banyak. Sikap pemandu masih tidak
berubah. Pemandu berdisiplin bukan kerana kesedaran, tetapi
kerana mereka sedang diperhatikan oleh penguat kuasa undangundang jalan raya.
"Semasa Ops Sikap, kita dapat kurangkan kematian kepada 14
sehari. Selepas Ops Sikap kematian naik semula kepada 18 sehari.
Orang ramai tidak tahu pun angka-angka ini," kata Dr. Abd. Rahim.
Beliau melihat penggunaan kamera automatik kaedah yang
berkesan untuk mengesan pemandu memandu melebihi had
kelajuan. Bukti imej sah di mahkamah.
"Pihak berwajib perlu membangunkan suatu sistem pangkalan
data yang besar, sentiasa di kemas kini, dan sistem penghantaran
saman yang cekap dan boleh dipercayai. Bahagian penghantaran
saman perlu kuat, kalau tidak data dan imej akan bertimbuntimbun, dan ada orang yang akan disaman dan ada pula yang
terlepas atau lewat dihantar saman. Ini akan menjemput rungutan
orang ramai tentang ketidakcekapan dan ketidakadilan.
"Kaedah ini tidak akan mengubah sikap. Pemandu masih tidak
faham mengapa kemalangan berlaku, mengapa suami dan anak
mereka mati di jalan raya.
"Kita masih belum memberi lampu isyarat yang betul kepada
orang ramai. Mereka perlukan kemahiran memandu yang tinggi,

dan kesedaran tentang punca kemalangan. Isunya ialah ramai


yang belum sedar, dan langkah-langkah setakat ini belum berjaya
menyedarkan sepenuhnya orang ramai," kata beliau.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berpendapat
pelaksanaan sistem automatik salah satu kaedah paling berkesan
dalam meningkatkan kecekapan penguatkuasaan dan menahan
kemungkinan pesalah trafik.
Beliau menjelaskan kaedah ini selari dengan rancangan jangka
panjang untuk 'visi sifar kemalangan maut'. Pelaksanaan sistem
kamera automatik ini diharap membantu menyelamatkan nyawa
rakyat.
Malaysia perlu belajar dan mengambil pendekatan terbaik
daripada negara luar. Mungkin ia amat berguna untuk
menyelamatkan nyawa rakyat, memerangi gejala rasuah dan
menjadikan pemandu Malaysia berhemah di jalan raya.
Persoalannya, bagaimana Malaysia hendak mempercepatkan
program ini. Janganlah kita terus memegang kecemerlangan
sebagai negara paling tinggi kematian di jalan raya dalam kajian
global.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.h
tm#ixzz46EiRnci4
Utusan Melayu (M) Bhd

Rencana
Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan
jalan raya

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat
banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di
negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak
mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu
yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut
sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan
mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana
sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan
teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah
mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak
mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada
kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam
keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan
sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan
terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka

terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat
berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu
kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat
sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.
Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak
sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa
anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum
memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk
dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam
keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka
mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar
yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu
akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan,
cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha
bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan
nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen
keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah
mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan
meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di
Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi
melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh
negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada
pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan
jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani.
Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar
memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju
keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya
memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu
laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km
sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan
pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar
had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada
pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama
di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini.
Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju
atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju,
mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah
dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap
pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi
berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini
akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang

hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga
berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis
ini.
Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan
raya di negara ini dapat dikurangkan.
Sekian, terima kasih.
anggungjawab kurangkan kemalangan
LEE LAM THYE
04 Disember 2014 1:14 AM

Saya mengikuti perkembangan isu penguatkuasaan Jabatan


Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan penuh minat terhadap punca sebenar
kemalangan jalan raya akibat sikap pemandu yang tidak mematuhi
peraturan seperti menggunakan telefon bimbit semasa pemanduan dan
mengambil alkohol ketika memandu.
Menurut JPJ, operasi bersepadu terhadap cermin gelap, nombor
pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, lampu tambahan
(strobe light) dan Lampu pelepasan Intensiti Tinggi (HID) adalah salah
satu daripada pelbagai pendekatan ke arah mengurangkan kadar
kemalangan dan kematian di jalan raya.
Kontroversi timbul apabila Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad diwawancara oleh sebuah stesen televisyen
di mana nampaknya beliau tersilap dalam cara cuba menerangkan
sasaran JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Saya percaya beliau mempunyai niat yang baik ketika memaklumkan
kepada masyarakat betapa kritikalnya statistik kematian kemalangan
jalan raya di negara kita.
Saya memuji beliau kerana memohon maaf di atas kesilapannya yang
tidak disengajakan dan bersedia menerima kritikan orang ramai
berhubung kenyataannya dalam laman sosial yang menjadi viral.
Untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan yang dijalankan
khususnya dalam menguatkuasakan tujuh kesalahan utama yang menjadi
punca atau penyebab kemalangan di jalan raya iaitu:- Tidak memakai tali pinggang/ topi keledar,
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu/ menunggang,
- Memotong di garisan berkembar,
- Melanggar lampu isyarat merah,
- Memotong barisan,
- Memandu di lorong kecemasan, dan
- Memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
Identiti kenderaan perlu dikenal pasti melalui nombor pendaftaran yang
terang dan tidak mengelirukan dengan mematuhi spesifikasi ditetapkan.
Sebagai contoh, dalam banyak kes langgar lari, pesalah tidak dapat
dikesan kerana mangsa atau pengadu tidak dapat menyatakan nombor

pendaftaran kenderaan yang terlibat kerana kurang jelas atau sukar


dibaca.
Bagi memastikan keadilan dan keselamatan pengguna jalan raya
terjamin, adalah penting penguatkuasaan nombor pendaftaran ini
dilaksanakan supaya penguatkuasaan dapat berjalan dengan lancar dan
tindakan undang-undang dapat diambil dengan tepat ke atas pengguna
yang melakukan kesalahan jalan raya tanpa sebarang kelemahan yang
wujud.
Pada pandangan saya kenyataan Ismail bertujuan menerangkan usahausaha JPJ ke arah mencapai matlamat Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014 2020 yang dirangka untuk menangani semua isu
keselamatan jalan raya di negara ini. Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014 2020 ini telah memberi satu kerangka kerja yang kukuh
bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya di negara ini
termasuklah dalam hal-hal yang berkaitan dengan penguatkuasaan.
Pada 2013 sahaja sebanyak 6,915 kematian berlaku akibat kemalangan
jalan raya. Secara puratanya, 19 orang terkorban setiap hari di Malaysia,
menjadikan kemalangan jalan raya sebagai cabaran yang serius kepada
negara.
Menurut laporan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, pengurangan
kadar kematian jalan raya berdasarkan analisis terhadap trend terdahulu,
adalah dijangkakan sekiranya tiada program keselamatan jalan raya
menyeluruh, trend kadar kematian akibat kemalangan jalan raya
meningkat pada 2020.
Sasaran pengurangan kadar kematian jalan raya bagi tahun 2020 seperti
yang terkandung di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 20142020 boleh dicapai melalui pelaksanaan strategi-strategi tertentu secara
integriti oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.
Langkah yang diambil dalam merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014-2020 serta pelaksanaannya adalah berpandukan Tindakan
Sedekad Global yang menekankan keperluan program-program
keselamatan jalan raya yang berorientasikan hasil.
Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 akan
menekankan hasil dan langkah-langkah intervensi bagi tujuan
meningkatkan usaha-usaha mengurangkan jumlah kematian akibat
kemalangan jalan raya di Malaysia.
Di samping itu penguat kuasa perlu dibekalkan dengan SOP yang boleh
mengurangkan persepsi negatif daripada masyarakat yang mungkin
mempersoalkan integriti anggota penguat kuasa.
SOP seperti tidak membenarkan penguat kuasa menahan pesalah lalu
lintas di tempat-tempat yang tersembunyi, masa penahanan ditetapkan
dalam jangka masa yang sesuai, tempat penahanan tidak menghalang
lalu lintas utama dan lain-lain.
Untuk merancang ke arah pengurangan kadar kemalangan, pejalan kaki
perlu diberikan keutamaan di jalan raya dengan menyediakan

infrastruktur seperti siar kaki atau bahu jalan yang berpagar, tempat
melintas jalan yang berlampu isyarat di setiap simpang jalan dan zebra
crossing di bahagian tanpa lampu isyarat.
Pengguna jalan raya lain akan sentiasa memberi laluan kepada pejalan
kaki di mana sahaja dan dalam apa sahaja keadaan, manakala
penunggang basikal dan motosikal disediakan laluan khas bagi
melancarkan trafik terutamanya untuk memberikan keselamatan kepada
pengguna.
Sistem jalan raya utama perlu direka bentuk dengan teliti supaya ia dapat
memberi kelancaran trafik dan keselamatan pengguna menggunakannya.
Rekabentuk infrastruktur yang bercirikan CPTED atau rekabentuk
pendekatan pencegahan jenayah juga diambil kira untuk kesejahteraan
dan keselamatan pengguna.
Semua pengguna jalan raya akan menjaga hak masing-masing di dalam
menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberi keselamatan kepada
diri dan orang lain.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATUK AB. AZIZ KAPRAWI


TIMBALAN
MENTERI
PENGANGKUTAN
MALAYSIA
MAJLIS
PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT
KEBANGSAAN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2016
TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS), BANDAR TASIK SELATAN,
KUALA LUMPUR PADA 29 JANUARI 2016 (JUMAAT) JAM 10.00
PAGI Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Saudara dan Saudari Pengacara Majlis. YBhg.
Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha,
Kementerian Pengangkutan (MOT). YBrs. Tuan Abd Ghafar Bin
Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
YBrs. Profesor Dr. Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah, Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). YBhg.
Dato
Yusof
bin
Ayob,
Timbalan
Ketua
Pengarah
(Perancangan/Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). YBrs.
Puan Ulrika Hellberg, Finance Director, Scania Southeast Asia.
YBrs. En. Azri Noor Bin Mohd Arif, Ketua Penolong Setiausaha,
Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Rakan-rakan media. Datuk Seri, Dato, dif-dif kehormat, tuantuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum, Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia. Saya merasa amat gembira pada pagi ini kerana
dapat bersama tuantuan dan puan-puan di Majlis Pelancaran
Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan

Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2016. Saya juga


ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan semua Kementerian, Jabatan,
agensi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO)
atas kerjasama dalam mengatur majlis ini dengan satu iltizam
yang sama iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan dan
kematian di jalan raya sempena Musim Perayaan Tahun Baru
Cina kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Pelbagai cara
berkempen serta nasihat telah kita jalankan, namun kadar
kemalangan dan kematian terus berlaku dengan lebih daripada
6,000 kematian direkodkan setiap tahun sejak 10 tahun lepas.
Untuk makluman, gambaran statistik kemalangan adalah amat
menggerunkan, contohnya:- Jumlah kemalangan jalan raya
pada tahun 2015 telah meningkat kepada 489,606 berbanding
476,196 tahun 2014. Jumlah kemalangan maut pula
mencatatkan 6,193 kemalangan bagi tahun 2015 berbanding
6,187 pada tahun 2014. Jumlah kematian juga menunjukkan
peningkatan bagi tahun 2015 dengan 6,706 kematian
berbanding 6,674 pada tahun 2014. Ini menunjukkan kadar
kematian di jalan raya adalah lebih daripada 18 orang setiap
hari. 60% daripada kematian tersebut merupakan pengguna
motosikal. Bagi tempoh perayaan Tahun Baru Cina 2015,
sebanyak 17,632 kemalangan yang melibatkan 199 kematian
telah direkodkan.
Berdasarkan statistik di atas, adalah menjadi harapan saya
agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati. Saya percaya
bahawa tumpuan utama dalam usaha untuk mengurangkan
bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya adalah lebih
bergantung kepada sikap pengguna jalan raya sendiri.
Selalunya, punca utama kemalangan jalan raya disebabkan
oleh faktor kecuaian seperti memandu melebihi had laju,
berlumba, melanggar peraturan lampu isyarat, menukar laluan
tanpa isyarat dan mengguna telefon bimbit semasa memandu.
Ada kalangan pemandu yang sengaja melanggar lampu isyarat,
memotong barisan (potong Q) dan menggunakan laluan
kecemasan di lebuh raya.
Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk
mengubah sikap pengguna jalan raya. Namun, usaha untuk
mengubah sikap pengguna hanya akan berjaya melalui
pendidikan dengan disokong oleh penguatkuasaan yang
berkesan. Kerajaan amat memandang serius hal ini di mana
Kementerian
Pengangkutan
(MOT)
melalui
Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menambahbaik sistem mata


KEJARA dan pengawasan kamera Automated Enforcement
System (AES) untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Keduadua kaedah ini terbukti berkesan untuk mengurangkan kadar
kemalangan dan kematian di jalan raya.
Namun, sebagai sebuah kerajaan yang amat prihatin kepada
rakyat selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan MOT melalui JPJ dan Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini membuka ruang
kepada orang awam untuk memberikan pandangan dan
cadangan mereka tentang kedua-dua sistem ini sebelum
dilaksanakan. Orang ramai boleh mengemukakan pandangan
dan cadangan melalui portal kementerian, JPJ dan MIROS atau
e-mel seperti berikut:- kejara@jpj.gov.my aes@jpj.gov.my
Kesemua pandangan dan cadangan ini InsyaAllah akan diambil
kira sebelum pelaksanaan sistem terbabit dijalankan. Para
hadirin yang saya hormati, Bagaimanakah cara yang terbaik
untuk kita mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan
raya? Saya percaya kempen-kempen yang telah kita jalankan
menitikberatkan aspek-aspek keselamatan jalan raya dengan
saranan supaya sentiasa berhemah dan mematuhi peraturan
semasa menggunakan jalan raya. Sebagai langkah jangka
panjang, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah kini
telah diberikan pendedahan asas mengenainya melalui
kurikulum sekolah.
Selain itu, program-program keselamatan jalan raya akan terus
dipertingkatkan termasuk Program Rawatan Kawasan Kerap
Kemalangan (3K) dan Audit Keselamatan Jalan. Langkah ini
adalah sebahagian daripada usaha ke arah sasaran
mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya
sebanyak 50% menjelang tahun 2020 selaras dengan syor
United Nations Decade of Action for Road Safety, 2011-2020.
Program Rawatan 3K ini akan dipergiatkan lagi bagi
mengurangkan kadar kemalangan yang disebabkan oleh faktor
kejuruteraan.
Hadirin yang dihormati, Mengambil kira faktor-faktor di atas,
kempen keselamatan jalan raya secara berterusan mesti
dipertingkatkan, terutama pada musim perayaan. Berdasarkan
rekod, walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan bagi
menangani isu kemalangan jalan raya, masih terdapat
segelintir pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan
jalan raya. Pada tahun ini, MOT telah memilih tema Berhati-

hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi untuk


menunjukkan betapa pentingnya sikap berhati-hati semasa
berada di jalan raya yang perlu diamalkan oleh semua
pengguna pada setiap masa. Seperti lazimnya, pada musim
perayaan tahun ini, kerajaan akan melaksanakan pelbagai
program yang berupa advokasi dan penguatkuasaan bagi
mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. MOT
melalui JKJR telah dan akan terus mengadakan kempen media
dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) serta program advokasi di seluruh negara
termasuk dengan pihak swasta dan NGO bagi meningkatkan
kesedaran
dan
penghayatan
terhadap
kepentingan
keselamatan jalan raya.
Para hadirin yang saya hormati, Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
akan melancarkan Ops Selamat Ke-8 bermula pada 1 Februari
hingga 16 Februari 2016 manakala JPJ pula Ops Bersepadu
pada
tempoh
yang
sama.
Antara
aktiviti
utama
penguatkuasaan JPJ pada kali ini adalah pemeriksaan ujian air
kencing terhadap pemandu bas bersama dengan Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan dijalankan di 30
terminal bas di seluruh negara. Skop Ops Bersepadu ini juga
melibatkan operasi penyamaran sebagai penumpang bas dan
pemeriksaan bas di depot dan terminal. Selain itu, JPJ juga akan
menempatkan ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) di kawasan rehat
lebuh raya (R&R) dalam Ops Bersepadu ini sebagai langkah
untuk melibatkan orang awam dalam menjalankan advokasi
keselamatan jalan raya bersama-sama anggota JPJ dan JKJR. JPJ
juga akan bekerjasama dengan pihak PDRM melakukan
rondaan di lebuh raya dan jalan utama negeri sepanjang musim
perayaan.
Penguatkuasaan bagi penunggang motosikal akan dijalankan
oleh pasukan yang telah ditetapkan di seluruh negara secara
serentak mulai 1 hingga 16 Februari 2016. Tuan-tuan dan Puanpuan sekalian, Larangan ke atas kenderaan barangan tertentu
akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan PDRM pada 6 dan 7 Februari
2016 iaitu dua hari sebelum perayaan dan pada 10 dan 11
Februari 2016 iaitu dua hari selepas perayaan. Larangan ini
bertujuan untuk mengurangkan risiko berlakunya kemalangan
akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan
kenderaan ringan dalam usaha mengelakkan kesesakan lalu
lintas. Untuk melicinkan lagi perjalanan sempena musim
perayaan ini, program pencegahan dan pemantauan akan

dilaksanakan seperti menghentikan kerja penyelenggaraan dan


pembinaan dalam rizab lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan
negeri, serta mengalihkan semua jentera dan peralatan jauh
dari bahu jalan sepanjang tempoh dari 1 hingga 16 Februari
2016.
Walau bagaimanapun, pemberhentian kerja penyelenggaraan
dan pembinaan ini tidak meliputi kerja-kerja menampal
potholes, kecemasan dan kritikal serta kerja pembinaan di luar
rizab jalan. Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan
penurunan had laju 10 km/j bagi jalan persekutuan dan jalan
negeri bagi tempoh 1 hingga 16 Februari 2016. Sehubungan
itu, had laju bagi Jalan Persekutuan akan diturunkan daripada
90 km/j kepada 80 km/j manakala bagi Jalan Negeri akan
diturunkan daripada 80 km/j kepada 70 km/j. Sehubungan itu,
Jabatan Kerja Raya (JKR) mewartakan Had Laju Kebangsaan di
Jalan Persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan di Jalan Negeri
(80 km/j kepada 70 km/j). MOT melalui MIROS akan membuat
kajian untuk menilai keberkesanan program-program yang
dijalankan semasa Ops Tahun Baru Cina. Penilaian ini dibuat
sebelum
dan
sepanjang
tempoh
tersebut
untuk
membandingkan tahap keberkesanannya terhadap perubahan
tingkah laku, persepsi serta kadar kemalangan dan kematian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam
akan turut bersedia 24 jam bagi memberi bantuan kecemasan
kepada mangsa kemalangan yang mungkin berlaku sepanjang
musim perayaan ini dengan membuka bilik gerakan serta
mengadakan rondaan di lokasilokasi yang mencatatkan
kemalangan tinggi. Tuan-tuan dan Puan-puan, Saya cukup
gembira kerana pada kempen tahun ini, banyak pihak swasta
turut serta dalam berkempen. Saya juga ingin merakamkan
sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada:- a) Scania
Asia Tenggara selaku penaja utama pelancaran kempen kali ini.
b) Allianz Malaysia Bhd. dalam membantu kempen keselamatan
jalan raya yang akan dijalankan secara serentak pada 4
Februari 2016 di tujuh (7) negeri iaitu Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak,
Sarawak dan Pulau Pinang. Aktiviti kempen meliputi pertukaran
topi keledar, pemberian wind breaker kepada penunggang
motosikal serta pemberian booster seat untuk penumpang
kereta kanak-kanak. c) Syarikat Continental Tyre PJ Sdn. Bhd.
dengan kerjasama Shell Trading Malaysia Bhd. mengadakan
Kempen Keselamatan Jalan Raya di 16 buah stesen minyak
Shell di 11 buah negeri bermula pada 9 hingga 31 Januari 2016.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan tayar,


tekanan angin tayar dan pertukaran topi keledar. d) Puspakom
Sdn. Bhd. yang telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan
kenderaan
persendirian
secara
percuma
di
semua
cawangannya kecuali di cawangan Shah Alam, Mak Mandin dan
Kota Bharu mulai 17 29 Januari 2016. e) Dan lain-lain pihak
termasuk yang mengadakan pameran pada hari ini.
Saya berharap bahawa kesedaran pihak korporat dan syarikatsyarikat swasta untuk mengambil dan mengadaptasi
keselamatan jalan raya sebagai salah satu program
Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social
Responsibility (CSR) harus dicontohi oleh pihakpihak swasta
yang lain. Ianya merupakan satu langkah positif dalam
menyokong usaha kerajaan menangani isu-isu keselamatan
jalan raya di Malaysia. Kerajaan sentiasa menggalakkan dan
menyokong inisiatif kempen keselamatan jalan raya yang
dijalankan oleh sektor swasta dan NGO. Syabas dan tahniah
saya ucapkan dan berharap ianya diteruskan lagi di masa-masa
akan datang. Tuan-tuan dan Puan-puan. Seperti mana tahuntahun sebelum, Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya
Sempena Perayaan Tahun Baru Cina turut dilaksanakan di
peringkat negeri. Oleh itu, saya secara peribadi mengucapkan
terima kasih kepada semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan
Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri yang
bersama-sama menggerakkan pasukan advokasi dan kempen
keselamatan jalan raya melalui koordinasi JKJR negeri dalam
usaha dan misi yang sama, iaitu untuk menyedarkan dan
memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar lebih
mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta pengguna
jalan raya yang lain terutamanya pada musim perayaan ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk
menjayakan kempen ini serta semua kementerian, jabatan,
agensi awam, agensi swasta dan pihak NGO yang terlibat.
Maka dengan ini, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim
merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat
Kebangsaan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016.
Sesungguhnya, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab
kita bersama. Berhati-hati Dalam Perjalanan, Selamat Ke
Destinasi Sekian, terima kasih. Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia 29 Januari 2016

Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 - 2020

Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Pelan


Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 - 2020 (PKJRM
2014 - 2020) pada November 2014 dalam usaha
meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di
Malaysia setaraf dengan negara maju. Pelan ini adalah
kesinambungan kepada Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2006 - 2010 (PKJRM 2006 - 2010). Pelan ini
juga selari dengan usaha global melalui United Nations
Decade of Action for Road Safety 2011 - 2020 dengan
sasaran untuk menstabilkan dan seterusnya
mengurangkan jangkaan kadar kematian akibat
kemalangan jalan raya sebanyak 50% menjelang tahun
2020 di seluruh dunia melalui pelaksanaan pelbagai
aktiviti dan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya.
Pelan ini telah dirangka berdasarkan lima (5) Tonggak
Strategik seperti berikut:

Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya 2014 - 2020

Majlis Pelancaran Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020


oleh YB. Menteri Pengangkutan pada 2 November 2014 di Kota
Bharu, Kelantan

PELAN Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang dilaksanakan kerajaan, menyasarkan
pengurangan lebih 50 peratus bagi kadar kemalangan maut dalam kalangan pengguna jalan raya di
negara ini.
Perinciannya dikongsi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perak, LAILA
MAZWIN ZAKARIA bersama Wartawan Sinar Harian, NOORAINON MOHAMED YUSOF dalam satu
pertemuan baru -baru ini.
Boleh puan jelaskan mengenai Pelan Keselamatan Jalan Raya ini?
JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) telah merangka pelan berkenaan
dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian
Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi kerajaan lain serta pihak swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO) berkaitan.
Pelan ini dirangka untuk menangani semua isu keselamatan dalam negara dan ia berasaskan lima
strategik bagi mencapai sasaran yang ditetapkan secara menyeluruh. Ia dirangka bagi meningkatkan
usaha mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.
Lima strategik dalam pelan terbabit adalah Pengurusan Keselamatan Jalan Raya, Mobiliti dan Jalan
Raya Yang Lebih Selamat, Kenderaan Yang Lebih Selamat, Pengguna Jalan Raya Yang Lebih
Selamat dan terakhir adalah Pengurusan Pasca Kemalangan.
Apakah langkah pertama diambil JKJR dalam melaksanakan Pengurusan Keselamatan Jalan
Raya?
JKJR selaku agensi advokasi akan menyelaraskan pelaksanaan program keselamatan dan pelan
tindakan. Bagaimanapun ia memerlukan kerjasama pelbagai agensi dan program bersepadu
penguatkuasaan kerana setiap agensi mempunyai objektif dan bidang tugas masing-masing.
JKJR Perak menyasarkan lima agensi masing-masing daripada NGO, kerajaan dan swasta untuk
bekerjasama dalam memberikan kesedaran keselamatan jalan raya ini sama ada kepada orang
ramai, pekerja mereka sendiri mahupun saudara masing-masing.
Selain itu, pihak kita juga akan memberikan pendidikan kepada semua peringkat golongan termasuk
kanak-kanak seawal tadika untuk menyerap kesedaran keselamatan sekali gus menjadi amalan
mematuhi peraturan kepada mereka sehingga dewasa.
Bagi merealisasikannya, tadika di Kampung Atta Duri, Langkap, Teluk Intan dijadikan sebagai anak
angkat JKJR setelah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri memberi kebenaran
untuk mendidik kanak-kanak ini.
Penduduk kampung tersebut akan menjadi anggota keselamatan jalan dengan memakai jaket
keselamatan. Selain menjadi contoh, dia juga akan menasihati sekiranya ada yang melakukan
kesalahan. Program ini menjadi titik tolak terhadap keberkesanannya strategik itu nanti.
Bagaimana dengan Mobiliti dan Jalan Raya, adakah JKJR melihat dua aspek berkenaan
merupakan penyumbang peningkatan kadar kemalangan jalan raya?
Perkara kecil boleh menjadi penyebab kemalangan dan JKJR memandang kesemua aspek untuk
keselamatan pengguna jalan raya. JKJR sendiri akan memantau aduan melalui surat khabar
mahupun pemantauan sendiri yang akan dipanjangkan ke jabatan terlibat dalam membaiki

infrastruktur terbabit.
Aduan yang diterima sama ada pokok tumbang, lampu isyarat tidak berfungsi, cat di atas jalan yang
pudar dan sebagainya. Sebagai langkah proaktif, pejabat kita menetapkan Indeks Prestasi Utama
(KPI) sebanyak lima aduan sebagai langkah terbaik mengesan punca yang boleh dijadikan isu
keselamatan membabitkan kemalangan ini.
Selain infrastruktur, kondisi kenderaan juga perlu dititik beratkan. Selain kerap memeriksa kenderaan,
penggunaan alat ganti tulen juga amat penting dalam perkara ini. Kita hanya boleh mengharapkan
penggunaan topi keledar separuh dan pemasangan tali pinggang keledar perlu dikuatkuasakan
dengan lebih ketat termasuk komponen kereta.
Pengguna jalan raya juga perlu mempunyai kesedaran setiap kali menaiki kenderaan. Kesedaran
adalah faktor yang sukar untuk diterapkan kepada pengguna dan golongan berusia 16 hingga 35
tahun telah menyumbang kadar kematian yang tinggi.
Generasi Y ini memerlukan pendekatan teknologi seperti media sosial untuk menyampaikan
kesedaran keselamatan ini. Program di sekolah diadakan berikutan pengguna motosikal merupakan
pelajar sekolah.
Ramai pengguna tidak tahu menggunakan peralatan keselamatan antaranya kaedah meletakkan
baby car seater menghadap ke hadapan menjadi pembunuh utama bayi walaupun sekadar berhenti
secara mengejut.
Mencegah lebih baik dari mengubati, namun bagaimana pula dengan tindakan ketika
kemalangan?
Ramai pengguna yang kebetulan berada di tempat kejadian tidak tahu bagaimana mahu beri
pertolongan kecemasan kepada mangsa terlibat. Kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM) dan St John Ambulan untuk terlibat dalam menyampaikan ceramah pada program JKJR
dapat membantu menyampaikan cara memberi pertolongan kecemasan ketika menyertai program
bersama dengan JKJR.
Kita juga akan membawa mangsa menceritakan sendiri pengalaman mereka terlibat dalam
kemalangan dan kesan dialami terutama mereka yang sebelum ini normal telah menjadi orang kurang
upaya (OKU). Diharapkan dengan program sebegini dapat menarik perhatian orang ramai untuk lebih
berhati-hati.
Apa harapan JKJR dalam melaksanakan pelan ini?
Saya berharap kesedaran pengguna jalan raya ini bukan disebabkan takut kepada penguatkuasaan,
sebaliknya keperluan keselamatan diri dan orang lain berada di samping kita. JKJR sentiasa
memikirkan keselamatan pengguna termasuk kemudahan fasiliti.
Sekiranya pengguna dapat tingkatkan kesedaran, itulah kejayaan besar untuk JKJR. Semua
peringkat golongan perlu memainkan peranan menjadi pengguna berhemah dan sedikit sebanyak
menurunkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya seiring dengan negara maju lain.

You might also like