Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CAMPURAN,

96200 DARO, SARAWAK


(AS.764/YBC6401)
TEL : 084-823299
Ruj Kami : JPS(W)/SKCD(Kur)/153/06/03/01/Jld.3 (1)
Tarikh
: 13 Januari 2009

Semua Guru Mata Pelajaran Matematik


SK Campuran,
96200 Daro.
Tuan/Puan
JEMPUTAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL. 1/2009
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa butir-butir mesyuarat adalah seperti
berikut:
Tarikh
: 16 Januari 2009
Hari
: Selasa
Masa
: 1430 - 1630
Tempat
: Bilik Mesyuarat, SK Camporan, Daro.
Agenda
: 1. Perutusan Pengerusi
2. Penubuhan AJK Panitia Matematik 2009
3. Penyelarasan Skop Persediaan Mengajar
Harian
4. Aktiviti Tahunan
5. Hal-hal lain
Pengerusi
: Puan Kalthoum Binti Haji Hanapi
3.
Di atas kerjasama dan komitmen tinggi yang tuan/puan berikan, didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(KALTHOUM BINTI HJ HANAPI )
Pengerusi Panitia Matematik Sesi 2008-2009

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


SK CAMPURAN, DARO
Bil 1 Tahun 2009
Tarikh :

16 Januari 2009 ( Selasa )

Masa

2.30 petang

Tempat

Bilik Mesyuarat SK Campuran, Daro.

KEHADIRAN
Pn. Kalthoum Binti Hj. Hanapi

( Pengerusi )

Pn. Huzaimah Binti Alli Ahmad


Pn. Fadzillah Binti Abdul Hamid
Pn. Halimah Binti Sugong
Pn. Hajibah Binti Basni

( Setiausaha )

HADIR BERSAMA
Puan Nor Alizah Binti Haji Alias

(Guru Besar)

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1

Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan setiap ahli


seterusnya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
ahli.

1.2

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan


penubuhan jawantankuasa dan perancangan aktiviti bagi tahun
2009.
Makluman

2.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa

2.1 Mesyuarat telah bersetuju dan memutuskan ahli jawatankuasa adalah


seperti yang berikut:
.

Pn. Kalthoum Binti Hj Hanapi

( Pengerusi )

Pn. Huzaimah Binti Alli Ahmad

(AJK)

Pn. Fadzillah Binti Abdul Hamid

(AJK)

Pn. Halimah Binti Sugong

(AJK)

Pn. Hajibah Binti Basni

( Setiausaha )

Makluman
3.0 Penyelarasan skop persediaan mengajar harian
3.1 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan skop mengajar harian bagi
semua guru matematik ditetapkan seperti berikut:
Skop Persedian Mengajar Harian Matematik
Topic:
Learning Area:
Learning Objective:
Learning Outcomes:
Resourses:
Vocabulary:
Activity: 1.
2.
Reflection :
Makluman dan tindakan: Semua Guru Matematik

4.0 Perancangan Aktiviti Tahunan


4.1 Kuiz Matematik

Semua ahli bersetuju aktiviti ini diadakan pada tarikh 2 Mac 2009.
Guru-guru diminta untuk memastikan semua murid bersedia bagi
tujuan aktiviti ini, terutama sekali dalam penghafalan sifir serta
penguasaan teknik congak. 5 orang murid yang terbaik dari setiap
kelas Tahap 2 akan dipilih untuk menyertai aktiviti ini. AJK
Pertandingan dipertanggungjawabkan untuk membincangkan lebih
lanjut tentang hal ini.
Tindakan: Semua Guru Matematik dan AJK Pertandingan
4.2 Minggu Matematik
Semua ahli bersetuju Minggu Matematik akan diadakan pada
sepanjang minggu bermula tarikh 13 Julai hingga 17 Julai 2009. Aktiviti
yang dipersetujui untuk diadakan adalah seperti berikut:
4.2.1 Aktiviti menghafal sifir sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang pertama sepanjang minggu
Matematik. Aktiviti ini akan dibimbing oleh setiap guru kelas.
Aktiviti ini melibatkan semua murid.
Tindakan: Semua Guru Kelas
4.2.2 Aktiviti 5 Minit Bersama Abakus akan diadakan pada akhir
pengajaran Matematik. Setiap guru Matematik akan
mengakhiri aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
aktiviti menggunakan abakus. Aktiviti ini melibatkan semua
murid. Guru juga diingatkan agar memasukkan aktiviti ini
dalam penulisan rancangan harian mereka.
Tindakan : Semua Guru Matematik
4.3 Kembara Matematik
Semua ahli bersetuju untuk mengadakan aktiviti ini selepas
peperiksaan UPSR. Tarikh yang dipersetujui adalah pada 14 Oktober
2009. AJK Pertandingan yang dipertanggungjawabkan bagi
mengendalikan aktiviti ini diminta untuk membincangkan hal ini dengan
sesama ahlinya lebih teliti terutama sekali dari segi peruntukan
kewangan.
Tindakan : Semua Guru dan AJK Pertandingan

5.0 Hal-Hal Lain

5.1 Pengerusi memastikan semua ahli jawatankuasa supaya mengadakan


mesyuarat susulan bagi membincangkan aktiviti yang telah dirancang.
Tindakan : Semua AJK

5.2 Pengerusi mengingatkan semua AJK menyediakan kertas kerja yang


lengkap dan diserahkan kepada Ketua Panitia untuk dimaklumkan
kepada Guru Besar
Tindakan : Semua AJK
6.0

Penutup
6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih dan mengharapkan
semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing dengan
sebaik-baiknya.
6.2 Mesyuarat Panitia Matematik bil.2/2009 akan diadakan pada 10 Mac
2009
Makluman

Mesyuarat Panitia Matematik bil. 1/2009 ditangguhkan pada pukul 4.32 petang.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_____________________

___________________________

(HAJIBAH BINTI BASNI)

(KALTHOUM BINTI HJ HANAPI)

Setiausaha,

Pengerusi,

Panitia Matematik,

Panitia Matematik,

SK Campuran Daro.

SK Campuran Daro

19 Januari 2009

20 Januari 2009

AHLI KUMPULAN 6

Pn. Kalthoum Binti Hj. Hanapi

SK Kpg. Sawai, Daro

Pn. Huzaimah Binti Alli Ahmad

SK Pergau, Matu

Pn. Fadzillah Binti Abdul Hamid

SK Orang Kaya Selair, Matu

Pn. Halimah Binti Sugong

SK Ulu Daro, Daro

Pn. Hajibah Binti Basni

SK Camporan, Daro

You might also like