Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Majlis Perhimpunan Rasmi Bulanan

(April 2008 )& Majlis Watikah Perlantikan JPP Sesi 08/09


Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia Tuan Haji Amin B Mohd Rashid,
Pengarah Institut Perguruan Islam selangor.
diiringi oleh
Tn Hj. Sasman Bin Hj. Yasir,
Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam
Dr. Mohamad Husin Bin Mohamad Yusof,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
En Mohd Zain Bin Thambi,
Wakil Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ketua-ketua jabatan,
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar / masuk ke dewan.
Hadirin dan hadirat diminta berdiri.
------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------Kita mulakan Perhimpunan umum bulanan kita pada pagi ini dengan nyanyian
lagu Negaraku diikuti dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna.
(nyanyian lagu negaraku dan asmaul husna)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Hadirin
dan hadirat dipersilakan duduk.
---------------------------- BERHENTI SEKETIKA -----------------------------Yang Berbahagia Tuan Haji Amin B Mohd Rashid,
Pengarah Insitut Perguruan Islam Selangor.
Yang berusaha Tn Hj. Sasman Bin Hj. Yasir,
Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor.
Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusof,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
En Mohd Zain Bin Tambi,
Wakil Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Ustaz Ismail b. Che Ku,
Penasihat umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009,
Ketua-Ketua Jabatan,
Ketua-ketua unit,
Para pensyarah,
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009
barisan exco jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009

barisan mantan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2007/2008


seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah swt.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Sebelum aturcara dimulakan, eloklah kiranya tirai majlis Perhimpunan Umum
Bulanan, bagi Bulan April 2008 kita pada hari ini dibuka dengan bacaan umul
furqan Al-Fatihah bagi memohon berkat kasih Ilahi . Sama-sama kita bacakan.
Al-Fatihah.
------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------Hadirin dan hadirat sekalian,
Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana limpah dan inayahnya
dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dewan besar Nik Mohd Muhyiddin
Musa pada pagi yang mulia ini bagi menjayakan Perhimpunan Umum Bulanan
bagi bulan April 2008 dan Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2008/2009.
------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------Hadirin dan hadirat sekalian,
Agenda majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan saudara Nurhakim Bin Mohd Nor untuk memperdengarkan bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau akan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran
daripada surah An-Nisa ayat 58 hingga ayat 63 diikuti dengan bacaan terjemahan
ayat-ayat suci Al-Quran tersebut oleh saudara Mohd Firdaus Bin Kamarudin .
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
(bacaan Al-Quran)
(bacaan terjemahan Al-Quran)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan Al-Quran dan
terjemahan sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Pada pagi yang mulia ini kita akan menyaksikan satu majlis yang begitu penting
kepada warga Institut Perguruan Islam Selangor iaitu Majlis Watikah Perlantikan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009.
Untuk makluman hadirin, jawatankuasa ini terdiri daripada 26 orang ahli. Mereka
dipilih melalui satu pilihanraya umum Institut Perguruan Islam Selangor yang telah
diadakan pada 29 Februari 2008.

Agenda majlis ini dimulakan dengan Majlis menandatangani surat ikrar


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Dengan itu majlis dengan hormatnya
menjemput Ustaz Ashaari B. Mahat, Ketua Jabatan Bahasa Arab dan Ust Abdul
Raani bin Ahmad, Ketua Jabatan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah untuk
menjadi saksi kepada majlis ini.
Majlis dimulakan dengan menjemput
Saudara Mohd Firdaus Bin Saad, Yang diPertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar diiringi oleh saudara Hafidzuddin B. Yahya, mantan
naib yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Seterusnya Muhammad Yasir Bin Zainal Abidin, naib yang dipertua
Muhammad Faiz bin Abdul Razak Setiausaha agong kehormat
diiringi oleh MOHD SHAHRIN BIN SHAMSUDDIN,Mantan Setiausaha
agong kehormat
Siti azizah binti Muhammad naib setiausaha agong kehormat diiringi
oleh NAZIHAH BINTI AHMAD SOFI, Mantan Naib Setiausaha agong
kehormat
Muhammad fahmi b mohd isa bendahari kehormat diiringi oleh TG.
BUDIMAN B. TG. MOHD ALI, Mantan Bendahari kehormat.
Muslihah bt zaki naib bendahari kehormat diiringi oleh
NORSYUKURIAH BINTI KAMARUDDIN, Mantan Naib bendahari kehormat
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ashaari B. Mahat
dan Ust Raani Bin Ahmad
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan tugas dan perancangan
strategi oleh saudara Hafizudin Bin Yahya, mantan naib yang dipertua
jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2007/08 kepada saudara Mohd Firdaus bin
Saad, yang dipertua jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009
(penyerahan tugas dan perancangan srategi)
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian portfolio dan sijil perlantikan
kepada semua ahli Jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009.
Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan
Tn. Hj. Amin B. mohd Rashid Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor diringi
oleh Tn Hj. Sasman B. hj Yasir, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam
Selangor untuk naik ke pentas.

Dimulakan dengan saudara.selaku.


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25
26

NAMA
MOHD FIRDAUS B. SAAD
MUHAMMAD YASIR B. ZAINAL ABIDIN
MUHAMMAD FAIZ B. ABDUL RAZAK
SITI AZIZAH BT MUHAMMAD

JAWATAN
YANG DI PERTUA
NAIB YANGDIPERTUA
SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

MUHAMMAD FAHMI B. MOHD ISA


MUSLIHAH BT ZAKI

BENDAHARI KEHORMAT

AHMAD MUNSIF B. ISMAIL


NIK AZMAN B. MOHD ZAIN
NORSYAHIDAH BT MUZAKIR
HANNAN BT MOHD NASURDIN
ABDUL HADI B. AHMAD SAZILI
SITI MARIAM BT MOHD YUSOF
MOHD KAMIL B. HJ UJANG
AIN NAZIHA BT ABD MAJID
ZAIHAN AZUAN B. ABDUL RASHID
RAZLINDA BT AZLAN
MOHAMAD YAZID B. AHMAD
AINA FARHANAH BT GHAZALI
NORFARAHIN BT MOHD ZAMRI
NUR SYAKIRAH BT ZAKARIA
AHMAD FIKRI B. ZULKIFLI
ELIZA DORA BT ABDUL HALIM
MUHAMMAD BIN MUSTAFA
MOHD ZAKI B. MOHAMED SOM
MUHAMMAD IKMAL NASSIR B.
ZULKIFLI
NOR IZURA BT. MOHD SALLEH

NAIB SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

NAIB BENDAHARI KEHORMAT


EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN
NAIB EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN
EXCO HAL EHWAL WANITA ISLAM
NAIB EXCO HAL EHWAL WANITA ISLAM
EXCO KEBAJIKAN
NAIB EXCO KEBAJIKAN
EXCO KOLEJ KEDIAMAN
NAIB EXCO KOLEJ KEDIAMAN
EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
NAIB EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
EXCO EKONOMI
NAIB EXCO EKONOMI
EXCO PENERBITAN
NAIB EXCO PENERBITAN
EXCO SERANTA DAN TEKNOLOGI
NAIB EXCO SERANTA DAN TEKNOLOGI
EXCO PENGURUSAN MASJID
NAIB EXCO PENGURUSAN MASJID
PERWAKILAN KPLI (LELAKI)
PERWAKILAN KPLI (PEREMPUAN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Amin b.
Abd Rashid atas kesudian beliau menyampaikan portfolio sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh barisan Exco Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 yang akan diketuai oleh saudara Mohd Firdaus
B Saad, selaku Yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
.(bacaan ikrar) (*VIP akan berdiri dahulu sewaktu terima ikrar)..
Demikianlah bacaan ikrar daripada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi
2008/2009
.(JPP 08/09 mengambil tempat).
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Marilah kita bersama-sama mendengarkan ucapan pembukaan wadah
kepimpinan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009. Majlis dengan ini
menjemput saudara mohd Firdaus B. Saaad, Yang diPertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Hj Amin b Mohd Rashid,
Pengarah Institut Perguruan Islam selangor bagi menyampaikan ucapannya.
Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.
------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Amin b Mohd Rashid, atas
ucapan yang telah disampaikan.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Mohd
Shahril bin Shafie bagi mengetuai bacaan doa.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan...
(bacaan doa)
Amin2x ya rabbal alamin,
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang dewan sekalian,

Dengan Berakhirnya bacaan doa itu sebentar tadi, maka berakhirlah aturcara
Majlis Perhimpunan Umum Bulanan bagi bulan april kali ini. Jika terdapat
sebarang kekurangan yang berlaku sepanjang saya mengendalikan majlis kita kali
ini, saya selaku pengacara majlis, mewakili Ajk pelaksana, memohon ribuan
kemaafan. Segala yang baik jadikan teladan, segala yang kurang harap
dimaafkan.
Sebelum tirai majlis dilabuhkan, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu
Guru Malaysia dan Lagu Institut Perguruan Islam. Untuk itu, hadirin dan hadirat
diminta berdiri.
Sebelum bersurai, sama-samalah kita menutup majlis dengan bacaan tasbih
kaffarah dan surah al-asr.
Sekian. Wabillah hittaufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berbahagia Tuan Haji Amin b Mohd Rashid, Pengarah Insitut Perguruan
Islam ,
Di iringi oleh,Tn. Hj. Sasman Bin Hj. Yasir, Timbalan Pengarah Insititut Perguruan
Islam
Ustaz Ismail b Che Ku, Penasihat Umum JPP sesi 2008/2009, dan para
pensyarah untuk meninggalkan dewan.
(Paluan Kompang) & (PENGUMUMAM)

You might also like