Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris 2015

Sempena Karnival Sains Peringkat Daerah Petaling Utama 2015, (KASTEK)


telah dijalankan selama 2 minggu di Sekolah Menengah PPR Lembah Subang bagi
sekolah-sekolah menengah dan di Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang di
Petaling Jaya. Antara acara-acara yang dijalankan adalah:
1) Saintis Muda
2)Eureka
3)Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris
Untuk sekolah-sekolah rendah di Daerah Petaling Utama. Pertandingan bermula pada
7.30 pagi bagi pendaftaran dan bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka SK PPR
Lembah Subang. SK Assunta 2 telah menghantar seorang peserta iaitu Raenya a/p
Velaithan dari 3 Bestari. Pertandingan bertemakan bebas daripada matapelajaran Sains
Sekolah Rendah ini berlangsung sehingga jam 11.00 pagi dihadiri 20 buah sekolah.
Setiap peserta diperuntukkan sebanyak 5 minit untuk bercerita dengan gaya, intonasi
dan fakta-fakta Sains mereka.

Raenya sedang beraksi dan bercerita di pentas dengan tajuk Life Cycle Of A Butterfly.

Penghasilan Montaj Melalui Bahan Seni Dunia Seni Visual.


Melalui mata pelajaran DSV, murid-murid tahun 3 Pintar telah diajar mencari
perkataan-perkataan ayat aktif daripada akhbar dan majalah untuk menghasilakn
montaj bertemakan Hari Kemerdekaan 2015. Murid-murid secara diminta menggunting
huruf-huruf besar dan menampalkan mengikut kesesuaian dan susunan gambar yang
berkaitan dengan Hari Kemerdekaan.

You might also like