Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dedicated to 4S1 under Class Monitor's order:

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH


Oleh:Akmal Adib bin Fadzil

Sudah hampir 54 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan.


Semenjak tahun 1957 sehinggalah kini,Malaysia telah mencapai kemajuan dalam
pelbagai bidang. Namun,di sebalik semua kemajuan ini,terdapat pelbagai
masalah yang perlu dihadapi. Masalah nombor satu yang negara sedang hadapi
kini ialah penyalahgunaan dadah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,dadah
ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Dadah juga ditakrifkan sebagai bahan yang
merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan
diri mereka sendiri baik dari segi fizikal,rohani,mental mahupun emosi. Kalau
tiada angin,masakan pokok bergoyang;kalau tiada penyalahgunaan
dadah,masakan ada kesan-kesannya. Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat
penyalahgunaan dadah di negara ini.

Satu daripada kesan-kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat pada


perempuan-perempuan yang sedang hamil. Kajian terperinci telah menunjukkan
penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan boleh memudaratkan proses
perkembangan janin. Dua risiko utama akibat kemudaratan tersebut ialah
fenomena yang yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan tingkah laku
yang tidak normal. Penggunaan dadah juga boleh memberikan kesan terhadap
mental para ibu yang mengandung dan membuatkan mereka ketagihan. Dadahdadah yang boleh memberi kesan mental dengan memasuki bahagian otak ibu
akan memasuki bahagian uri dan membawa kesan yang mudarat kepada janin.
Selain itu,penggunaan kokain semasa tempoh trimester pertama kehamilan ( 3
bulan pertama ) boleh mengakibatkan keguguran secara spontan.
Penggunaannya semasa trimester ketiga kehamilan ( 3 bulan terakhir ) pula
boleh meningkatkan risiko abruptio placentae dalam tempoh 30 minit selepas
mengambilnya. Abruptio placentae ialah satu keadaan di mana uri terpisah
daripada rahim sebelum waktunya. Berdasarkan bukti-bukti berikut,jelaslah
bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan kepada perempuan hamil.

Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi


kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha
untuk membasmi penyalahgunaan dadah,tetapi jika institusi kekeluargaan itu
sendiri terlibat dengan penyalahgunaan dadah,sudah pasti kesannya akan
menjadi sangat teruk. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan
menyebabkan rumahtangga menjadi tidak aman. Penyalahgunaan dadah juga
akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun isteri. Anakanak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan

mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik. Berdasarkan huraian-huraian


itu, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi
kekeluargaan.

Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan peningkatan kadar


jenayah dan sindiket dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah
kepada para pembeli dan masalah pengedaran dadah oleh sindiket-sindiket ini
telah berlaku sejak puluhan tahun lagi. Tambahan pula,kedudukan Malaysia yang
terletak di tengah-tengah laluan antarabangsa menyebabkan Malaysia dijadikan
pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara-negara lain. Sindiket-sindiket
dadah di Malaysia pasti mengambil kesempatan ke atas peluang yang berada di
hadapan mata mereka lalu mengedarkan dadah di sini. Akibat pengedaran
dadah oleh mereka,10 peratus daripada 11 juta belia di Malaysia dikesan terlibat
dengan dadah pada tahun 2006 yang lalu. Menurut kata Timbalan Perdana
Menteri Malaysia yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia pada 21 Mac
2006,sindiket dadh juga terlibat dengan jenayah ganas yang lain. Kenyataan
inijuga disokong oleh pengalaman para pegawai polis yang terlibat dengan
usaha menentang sindiket-sindiket dadah. Jika kita tidak berupaya menangani
sindiket-sindiket ini,sudah pasti jenayah akan berleluasa di negara kita bagaikan
cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sindiket-sindiket ini juga pasti akan
menguasai negara kita. Berdasarkan bukti dan huraian di atas,jelaslah bahawa
penyalahgunaan dadah dapat mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dan
sindiket dadah.

Bukan setakat itu sahaja,penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan


pembaziran wang. Contoh pembaziran wang yang paling jelas dapat dilihat pada
penagih dadah itu sendiri. Menurut sebuah sumber kajian,secara puratanya 100
000 penagih dadah telah membelanjakan RM 1 000 000 sehari dan RM 360 000
000 setahun. Selain itu,kerajaan telah membazirkan RM 100 000 000 setahun
bagi pusat serenti,pusat pemulihan akhlak dan PUSPEN. Jumlah ini sudah cukup
untuk membina 15 buah sekolah yang lengkap. Tambahan lagi,purata RM 138
000 sehari diperuntukkan kepada 11 500 pelatih di pusat-pusat serenti. Pihak
polis pula terpaksa mengeluarkan RM 100 000 bagi mendapatkan maklumat
tentang sindiket dadah. Bayangkan jika semua duit yang dibazirkan ini
digunakan untuk keperluan negara,sudah tentu kita boleh membangunkan
negara kita dan menjadi maju seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh
itu,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah membawa kepada pembaziran wang.

Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan sekalipun,kesan yang paling


jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan
bersuluh,kalau sudah penagih itu menyalahgunakan dadah,tentulah penagih itu
yang terkena kesannya dahulu. Tetapi,tidak semua dadah memberikan kesan
yang sama kepada penagih. Sebagai contoh,candu pada peringkat awal akan

memberi kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa


manakala kesan jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan
mental. Selain itu,morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa
resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang bagi
pengambilan morfin ialah gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi heroin
pula,kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang
tenang,tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,bingung,kekejangan dan
berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya pula ialah
keracunan darah,hepatitis,kancing gigi,HIV dan kematian.Walau berjuta jenis
dadah didapati sekalipun,kesannya pasti ada pada penagih itu sendiri.

Konklusinya,terdapat banyak kesan penyalahgunaan dadah. Oleh itu semua


pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing serta memainkan peranan
penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk bebas daripada
penyalahgunaan dadah menjelang tahun 2015. Kita sudah semestinya tidak
mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya
kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Semoga segala usaha kita untuk
menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan menampakkan kejayaan.
Akhir kata,sekadar memetik sebahagian daripada lagu Insya Allah yang
dinyanyikan oleh Maher Zain dalam versi bahasa Malaysia:
Insya-ALLAH,insya-ALLAH,insya-ALLAH,ada jalannya
http://krgnbm4sc1.blogspot.my/2011/03/kesan-kesan-penyalahgunaandadah.html

You might also like