Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PANDU PUTERI REMAJA

Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur
diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri
Remaja. Pandu Puteri Remaja memakai pakaian seragam berwarna hujau dan biru tua. Ahli-ahli yang telah
berjaya memperoleh lencana kecekapan memakai selepang di atas baju kemeja.
Cogan kata Pandu Puteri Remaja ialah SELALU SEDIA. Ini menunjukkan bahawa Pandu Puteri Remaja
sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa
dipegang oleh seseorang Pandu Puteri Remaja agar ia sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan negara
khususnya.
Kronologi Penubuhan Pasukan Pandu Puteri
Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919,
Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri
Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah
ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan
Pandu Puteri dalam bahasa Melayu.

Cogan Kata/Motto
"SELALU SEDIA"

Keahlian
1.

Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun.

2.

Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.

Pasukan Pandu Puteri Remaja


1.

Jumlah ahli yang maksimum bagi sesuatu Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang dan jumlah
minimum pula ialah 16 orang.

2.

Tiap-tiap satu Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali
sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan.

3.

Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah disahkan dahulu oleh
Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi
dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan
bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.

4.

Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui pendaftarannya dan


mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan
Pesuruhjaya Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.

Persetiaan Pandu Puteri Remaja


"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan
saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undangundang Pandu Puteri Remaja"

Undang-Undang Pandu Puteri


1.

Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.

2.

Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.

3.

Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.

4.

Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu
Puteri Remaja yang lain.

5.

Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.

6.

Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar.

7.

Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah

8.

Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan.

9.

Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.

10.

Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Hormat Pandu Puteri Remaja


Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat
sehingga sama tinggi dengan dahi.

Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja


1.

Baju kemeja berwarna hijau

2.

Skaf (berwarna kuning)

3.

Jata Negeri

4.

Woggle

5.

`Shoulder Flashes'

6.

Lambang Kumpulan

7.

Lencana Dunia

8.

Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja

9.

Seluar panjang biru tua

10.

Stoking hitam

11.

Kasut hitam

12.

Tudung hitam

PANDU PUTERI TUNAS


Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada
mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun
1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju
untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan
perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan
Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan
menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan
kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat
warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia
7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai
Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri
Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas
dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan
kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini
menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undangundang yang telah ditetapkan.

Persetiaan Pandu Puteri Tunas


Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri
Tunas.

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat
Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka
dan Kenanga.
Melur

Melur taat dan setia


Berusaha setiap masa

Siantan

Siantan datang berkawan


Berani macam pahlawan

Teratai

Teratai nama kami


Bekerja setiap hari

Kesidang

Kami Kesidang datang


Menolong pagi petang

Cempaka

Cempaka bersuka ria


Menolong orang duka

Kenanga

Kami bernama Kenanga


Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1.

Kemeja hijau berlengan panjang

2.

Seluar panjang biru tua

3.

Skaf (berwarna coklat)

4.

Lambang kumpulan

5.

Lambang Negeri

6.

Woggle

7.

Lencana dunia

8.

`Shoulder Flashes'

9.

Stoking hitam

10.

Kasut hitam

11.

Tudung hitam

You might also like