Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara

minimum pagi tadi.


Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku
pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.
"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari
akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit
Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu
kenyataan semalam.
Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap
gerhana matahari separa itu, katanya.
Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa
pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.
Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang
merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.
Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk
Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.
Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan
mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh,
Bhutan, Myanmar dan China.
Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun
dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6
minit 39 saat, katanya.
Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat
penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa
berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.
Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding
dengan kawasan lain.
Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai
Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti
Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie
Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh
itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting
seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html,
www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA
JUMAAT lalu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi tanda kebesaran Allah dalam
mengatur perjalanan alam semesta yang maha luas, iaitu fenomena gerhana matahari
separa.
Fenomena alam itu berlaku apabila matahari, bulan serta bumi berada dalam satu garisan
dan satah yang dinamakan sebagai penjajaran sempurna.
Secara keseluruhannya, fenomena tersebut dilihat menerusi lintasan selebar 300
kilometer (km) yang merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur. Di
sesetengah kawasan, mereka dapat menyaksikan gerhana matahari anulus iaitu berbentuk
cincin disebabkan bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya.
Di Malaysia, banyak pihak telah mengadakan program tertentu seperti pencerapan
gerhana di beberapa lokasi sesuai, menganjurkan solat sunat kusuf (gerhana matahari)
dan khutbah khas sempena kejadian tersebut.
Apa yang pasti, fenomena gerhana sebenarnya mengajak manusia agar sentiasa
merenungi kebesaran Ilahi yang berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya.
Rupa-rupanya bayak lagi perkara berlaku semasa fenomena gerhana terjadi seperti air
laut menjadi pasang dan telur boleh berdiri.

You might also like