Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

1. PENGENALAN KEPADA PENGAMATAN

1.1

SINOPSIS

Tajuk ini memberi pengetahuan kepada anda mengenai Pengenalan Kepada


Pengamatan untuk murid-murid pemulihan. Bagi membantu kefahaman, anda akan
didedahkan tentang definisi dan konsep pengamatan. Seterusnya, akan meneliti
beberapa teori pengamatan sebagai panduan.
1.2

PENGENALAN

Pengamatan ialah satu corak gambaran atau pengertian yang tersirat dalam fikiran
seseorang apabila dia menggunakan pancainderanya setelah tertarik dengan
rangsangan dari luar. Apabila seseorang melihat perkataan API pada timba yang
berwarna merah, dia tahu di dalamnya terdapat pasir atau air untuk memadamkan
api. Tidak ada sesiapa pun yang akan menghampiri timba tersebut untuk
menyalakan rokoknya kerana sangkaannya bahawa terdapat api di dalam timba itu.
Bolehlah dikatakan bahawa pandangan, pendengaran, sentuhan, pembauan dan
rasa mungkin sama tetapi pengamatan yang dihasilkan adalah berbeza bagi
individu.
Kemahiran pengamatan ini akan menentukan daya sensitiviti kanak-kanak terhadap
persekitarannya. Keupayaan mereka untuk mendiskriminasikan sesuatu objek atau
perkara yang ada dipersekitaran bergantung juga kepada kemahiran pengamatan
yang dikuasai.
1.3

DEFINISI PENGAMATAN

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui sensori
atau deria. Ianya berkait erat dengan pemikiran manusia dengan memberikan
makna melalui pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Oleh
itu pada asasnya kemahiran ini boleh dikembangkan dan dipelajari. Beberapa

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

definisi akan menjelaskan lagi kefahaman anda tentang apa yang dimaksudkan
dengan pengamatan.
i.

Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and


Remediation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederiaan.

Proses ini penting kepada

pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanakkanak.


ii.

Janet W. Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities


telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

iii.

Jabatan Pendidikan Khas, KPM dalam buku Panduan Program Pemulihan


Khas (1999), mendefinisikan pengamatan sebagai:- Satu istilah psikologi
yang digunakan berkaitan dengan kefahaman yang tepat mengenai objekobjek dan persekitarannya, situasi dan kejadian-kejadian di mana punca
pancaindera fisiologikal dan neurologikal memainkan peranan yang penting.
Pengamatan adalah satu proses yang menimbulkan makna kepada tugastugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman iaitu
pengamatan dan ini berhubung rapat dengan pemikiran.

iv.

Mohd. Salleh Lebar (1995) mentakrifkan pengamatan sebagai suatu proses


indivdu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna padanya. Ia
juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsanganrangsangan iaitu bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola
yang bermakna. Sebenarnya, ia tidak berlaku secara automatik tetapi
mengambil masa yang lama iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang
teratur.

Kesimpulannya, pengamatan merupakan suatu kemahiran yang boleh dikembang


dan dipelajari. Seterusnya, ia berkait erat dengan darjah kecerdasan seseorang
kanak-kanak, ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu
mereka dalam pembelajaran.
2

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

1.4

KONSEP PENGAMATAN

Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun


semula

maklumat

dari

dera,

menyusun

semula

maklumat

tersebut

dan

menterjermahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan


sahaja melibatkan deria lihat sahaja tetapi deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan
perasaan.
i.

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui


pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

ii.

Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.

Pengamatan

merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca


indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
iii.

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.


Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang
kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam pembelajar

1.5

KEPENTINGAN PENGAMATAN DALAM PEMBELAJARAN

Objek-objek

di persekitaran akan ditanggap melalui alat-lat pancaindera, dan

diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati.
Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut
sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya organisasi
ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat laun tersusunlah pola
pengalaman yang kekal dalam diri kita.
Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis secara
terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan
lain-lain lagi. Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan
kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan. Jika
kanak-kanak menulis huruf a secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan
3

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

dalam bacaan. Dalam konsep nombor, kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan


pengamatan untuk membentuk nombor yang betul. Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis
51-2, ini akan menghasilkan jawapan yang salah.
Kepentingan pengamatan dalam pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu ;
1.5.1. Kesediaan Belajar
1.5.2. Motivasi

1.6

TEORI TEORI PENGAMATAN


4

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Secara umumnya, sesuatu teori itu merujuk kepada prinsip-prinsip atau hukuman
pembelajaran dihasilkan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan. Selain itu akan
membolehkan guru memahami pelbagai pelajar belajar dan prinsip/ hukum
pembelajaran dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan.
i.

Teori Pengamatan Edgar Rubin

Edgar Rubin telah membuat kajian terhadap angka dan pola-pola tanah yang
menggambarkan sebuah objek yang dapat ditafsirkan sebagai wajah atau vas.
Secara sensual, baik wajah atau gambar itu akan merangsang fotoresepter di retina.
Namun begitu, otak tidak dapat menerima atau melihat kedua-dua gambar itu secara
serentak. Oleh itu, seseorang perlu membuat keputusan sama ada ingin melihat
wajah atau vas pada sesebuah gambar itu. Contoh,
Gambar 1 :

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Gambar 2 :

ii.

Teori

Pengamatan

Gestalt
Gestalt
beberapa
persepsi

telah

mengasaskan

hukum
penglihatan

tentang
yang

menjadi asas pada organisasi


pengamatan. Pada asasnya,
ia merujuk kepada suatu pola, bentuk atau konfigurasi yang diteliti oleh seseorang
secara keseluruhan. Istilah Gestalt itu sendiri membawa maksud sebagai manusia,
objek, benda atau suatu secara keseluruhannya. Oleh itu, keseluruhan sesuatu
bentuk, benda, objek atau firgurasi itu dikatakan atau diandaikan mengandungi
melebihi jumlah bahagian-bahagian yang membentuknya. Teori ini memberi
penekanan kepada maka iandividu itu sendiri dan bagaimana individu itu melakukan
pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap
pengalaman sendiri.
Menurut Gestalt, setiap individu itu akan mengalami masalah sekiranya ia masih
belum Berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang
6

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

kurang untuk mnembolehkannya megalami atau merasai sesuatu pengalaman.


Secara ringkasnya, hukum bagi teori ini adalah tentang pengamatan menjelaskan
bagaimana sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat ditonjolkan dari latar
belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh.
Rajah 1

Sebagai contoh, dalam Rajah 1 di atas boleh dipersepsikan sebagai seorang wanita
muda dan seorang lelaki yang bermain alat muzik. Sekiranya wanita muda menjadi
objek, maka lelaki yang bermain alat muzik tidak akan kelihatan, dan begitulah
sebaliknya. Dalam konteks ini, individu perlukan masa untuk mengorganisasikan
bahagian-bahagian berasingan sehingga dapat memberi sesuatu yang bermakna.
Ini menunjukkan, seseorang itu akan mendaftarkan satu rangsangan sebagai objek
dan satu lagi sebagai latar belakangnya dan akan bertukar bentuk menjadi objek
pengamatan apabila ia didapati sesuai.
iii.

Teori Pengamatan Pemprosesan Maklumat

Menurut Robert M.Gagne, rangsangan dari luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Maklumat itu disimpan dan dihantar kepada stor
ingatan jangka panjang dan kepada penggerak tindak balas. Pengalaman yang
7

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

disimpan dalam stor jangka panjang penting bagi manusia untuk mengaitkannya
dengan pengalaman baru bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku.
Rangsangan-rangsangan dari luar akan memberi maklumat kepada manusia.
Maklumat dari luar akan di hantar ke stor ingatan jangka panjang dan akhirnya
kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Setiap

individu

akan

menilai

input

dari

persekitarannya,

merekod

dan

memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan itu akan diproses oleh


sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka
pendek. Setelah direkodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka
panjang. Secara ringkasnya, teori ini menekankan aspek perhatian di mana tumpuan
daripada pancaindera mesti tinggi terhadap rangsangan yang diterima.

Rajah 2

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Berdasarkan Rajah 2 di atas, maklumat atau bahan yang dilihat secara mata
kasar akan dibawa ke bahagian otak untuk disimpan dan diproses. Maklumat
atau objek tersebut akan disimpan dalam stor ingatan dan akan menilai
secara menyeluruh maklumat tersebut sebelum mentafsirkannya dengan
jelas. Menurut teori ini, maklumat yang banyak tersebut perlu diproses secara
menyeluruh

dalam

sistem

otak

untuk

mentafsirkannya.

Kemampuan

pemprosesan otak bergantung kepada objek yang dilihat.

2. JENIS - JENIS PENGAMATAN

2.0

PENGENALAN

Kebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid-muridnya dan merekalah


yang menerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak
balas dengan cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang
diajar. Harus diingat tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan
(pengajaran) dengan menghasilkan gerak balas yang sama kerana tidak ada dua
orang murid yang sama segalanya. Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah
sesuatu yang jati atau semula jadi.

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di


persekitaran. Beberapa orang yang sama menyaksikan perkara yang sama mungkin
akan memberi tafsiran berbeza. Oleh itu, pengertian mereka akan berlainan. Dengan
demikian, setiap orang berperilaku secara berbeza. Mata hanya sebagai alat untuk
membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang
pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dilihat
dengan mata sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan
pancaindera manusia.

2.1

KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

i.

Penglihatan (Janet W Learner Kepayahan seseorang khususnya kanakkanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad,
perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.
Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi
visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat,
seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta
tentang pembalikan sesuatu objek.

ii.

Pendengaran (Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994
Keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan
mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah
phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan
auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological
(diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan
(ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad
(intergrasi visual pendengaran).

iii.

Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual,


koordinasi

motor kasar dan motor halus, imej

penyelarasan badan).

10

badan

sisian arah

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait
rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan
dan pengamatan pendengaran.
. Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader ..
Fred.J. Schnell dalam bukunya Backwardness in Basic Subjects.
Merujuk kepada kernyataan di atas bererti bahawa hanya orang yang
mempunyai pengamatan dan pendengaran yang boleh membaca dengan
baik. Kita sebagai seorang guru tidak akan menafikan bahawa dari pengalamanpengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak
pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek pengamatan
tersebut.

2.2

CIRI-CIRI

KESUKARAN

DALAM

KOMPONEN

KOMPONEN

PENGAMATAN
2.2.1

Penglihatan

Diskriminasi
- Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.
Ingat Kembali
- Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.
Orientasi Kedudukan
- Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

11

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Turutan
- Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam
perkataan.
Menyudah atau Melengkapkan
- Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor,
perkataan atau ayat.
Menyalin
- Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.
Rajah Latar Belakang
- Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari
Latabelakang sesuatu gambar atau rajah.
Koordinasi Motor
- Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

Pertalian Jarak (Ruang)


- Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan
antara satu objek dengan objek yang lain.
Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah
- Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai
bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.
Gambar Bersiri
- Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.
Mazing atau Mencari Jalan Keluar
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

12

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Benda Tersembunyi
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.
2.2.2. Pendengaran
Antara masalah dalam pengamatan pendengaran

berpunca daripada kecacatan

organisma telinga.
2.2.3. Taktil dan Kinestetik
Juga dikenali dengan Pengamatan Sensori-motor. Ia melibatkan koordinasi
pergerakan tubuh badan, koordinasi motor kasar

dan

motor halus. Manakala

psikomotor merujuk kepada lateraliti dan dominan . Lateraliti ialah pergerakan


seseorang itu dan dominan ialah penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian
kiri atau kanan badan. Bahagian ini pula menguasai pergerakan otot-otot kiri atau
kanan anggota (bahagian kiri otak akan menguasai bahagian kanan anggota dan
sebaliknya) Lateraliti dan dominan ada kaitan dan saling pengaruh-mempengaruhi
antara satu sama lain.

3. PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN

3.1

SINOPSIS

Topik ini akan menjelaskan punca-punca dan cara-cara untuk mengatasi masalah
pengamatan yang akan dialami oleh murid-murid dalam kelas. Secara khususnya,
terdapat dua punca utama iaitu dalaman dan luaran.
3.2

PENGENALAN

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan


tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran
13

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Kesukaran


dalam menguasai kemahiran-kemahiran ini amat berkait rapat dengan penguasaan
kemahiran pengamatan. Oleh itu mengenal pasti punca dan cara mengatasi
masalah pengamatan yang dihadapi oleh pelajar perlu harus diambil perhatian.
Keupayaan pengamatan sangat bergantung kepada faktor-faktor psikologi, biologi
(yang berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat)
dan sosiobudaya seseorang. Berdasarkan ciri-ciri tersebut seharusnya

akan

mendapat gambaran tentang punca dan cara mengatasi masalah pengamatan yang
dihadapi oleh anak-kanak.

3.3

PUNCA PUNCA MASALAH PENGAMATAN

Kemampuan pengamatan sangat bergantung kepada faktor-faktor psikologi, biologi


(yang berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat)
dan sosiobudaya seseorang itu. Antara faktor tersebut ialah ;
- Perbezaan (Kontras)
- Congential
- Perolehan
- Perkembangan
3.4

PUNCA KELEMAHAN PENGAMATAN

Kelemahan pengamatan wujud daripada dua punca yang besar iaitu : -

14

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

i.

Faktor Internal

ii.

Faktor External

3.4.1

Faktor Internal
Faktor-faktor ini termasuklah : a.

Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak.

b.

Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanakkanak.

c.
3.4.2

3.5

Kerosakan pendengaran dan penglihatan.


Faktor External

a.

Kurang pendedahan.

b.

Kurang rangsangan ( dorongan ).

CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KESUKARAN


PENGAMATAN

Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan akan menunjukkan ciri-ciri


seperti berikut :i.

Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan


satu-satu himpunan mengikut jenisnya.

ii.

Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya


kepada situasi baru.

iii.

Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.

15

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

iv.

Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan


tanpa berfikir.

v.

Lemah koordinasi motor mata-tangan.

vi.

Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

vii.

Dalam menyertai permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut
serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.

viii.

Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.

ix.

Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.

x.

Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi
kepada situasi yang lain.

xi.

Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang


dilakukannya.

xii.

Lemah dalam diskriminasi pendengaran.

xiii.

Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.

xiv.

Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.

xv.

Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.

xvi.

Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

3.6

MASALAH PENGAMATAN DAN CADANGAN MENGATASINYA

16

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Dalam menghadapi masalah pengamatan seseorang guru boleh memberi latihanlatihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan
motor mata-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan
diskriminasi pendengaran.
i.

ii.

iii.

Dua Jenis Pengamatan Yang Utama


a.

Kelemahan pengamatan penglihatan.

b.

Kelemahan pengamatan pendengaran.

Kelemahan Pengamatan Penglihatan


a.

Diskriminasi penglihatan

b.

Penerimaan penglihatan ( Visual Reception )

c.

Perhubungan penglihatan ( Visual Association )

d.

Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan )

e.

Ingatan visual ( Visual Memori )

Kelemahan Pengamatan Pendengaran


a.

Diskriminasi pendengaran.

b.

Penerimaan pendengaran ( Auditory Reception ).

c.

Perhubungan pendengaran ( Auditory Association ).

d.

Rumusan / melengkapi pendengaran ( Auditory Closure )

e.

Cantuman bunyi / Percantuman pendengaran.

f.

Ingatan pendengaran ( Auditory Memory )

1.6.1. DISKRIMINASI PENGLIHATAN


Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual
akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk,
17

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang


kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara m dan n atau
pun lari dan lori.

Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian

orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki.

Sekiranya

kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan


dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.
Cadangan Aktiviti :
a.

Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama.

b.

Perbezaan dan persamaan objek-objek kerusi, meja, papan hitam,


dan sebagainya.

c.

Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada


gambar haiwan, bunga, dan daun-daun.

d.

Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.

e.

Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

1.6.2. PENERIMAAN PENGLIHATAN


Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang
seseorang itu melihat.

Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau

menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong


kanak-kanak memahami sImbol-simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambargambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.
Cadangan Aktiviti
a.

Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk


benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan
kedudukannya.

18

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

b.

Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan


banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.

1.6.3. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )


Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih
kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya.

Ini termasuklah menakul,

mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.


Cadangan Aktiviti
a.

Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu


objek dan suruh ia mengkritik objek itu.

Beri beberapa soalan

bimbingan.
b.

Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan


besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

c.

Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain
seperti anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan
pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini.

d.

Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan


gambar-gambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan
sebagainya.

1.6.4. RUMUSAN

ATAU

MELENGKAPI

PENGAMATAN

VISUAL

CLOSURE )
Kemahiran ini merupakan satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat
sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap.

Dalam bacaan

seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya


melihat beberapa perkataan dan dapat menanggap ayat itu.
Cadangan Aktiviti
19

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

a.

Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

b.

Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti


merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid tersebut
memberi satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan
tadi. Jawapan murid mestilah warna.

1.6.5. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )


Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk
membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang hurufhuruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.
Cadangan Aktivitinya
a.

Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya.


Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut
kembali benda-benda yang dilihatnya.

b.

Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid.

Tutup corak atau

gambar itu dan suruh murid melukisnya.


c.

Tunjukkan

satu

gambar

kepada

murid

dan

kemudian

tutup.

Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.


d.

Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam


susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun
semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.

e.

Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan bendabenda yang telah mereka lihat.

Kemudian minta mereka ceritakan

semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang telah mereka
lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan sebagainya.
20

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

3.7

SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

1.

Diskriminasi yang sama

2.

Diskriminasi yang ganjil

3.

Diskriminasi saiz

4.

Ingat kembali

5.

Orientasi kedudukan

6.

Turutan

7.

Menyudah atau Melengkapkan

8.

Menyalin

9.

Rajah latar belakang atau bertindih

10.

Koordinasi motor mata tangan

11.

Pertalian jarak atau ruang

12.

Gambar bersiri

13.

Kekalan atau keabadian bentuk

14.

Mazing atau cari jalan keluar

15.

Benda tersembunyi

4. UJIAN DIAGNOSTIK MASALAH PENGAMATAN

4.0

PENGENALAN

Penerimaan rangsangan juga bergantung pada kepekaan deria. Jika keupayaan


deria itu normal, penerimaan menjadi lebih mudah. Sekiranya terdapat sebarang
jenis kecacatan deria, sudah pasti penerimanya akan turut cacat. Atas dasar inilah
ujian diagnostik ketajaman penglihatan dan pendengaran perlu diadakan untuk
memastikan bahawa keadaan deria-deria yang berkenaan adalah normal.
Sehubungan itu, ujian ini dijalankan adalah untuk mengesan kelemahan-kelemahan
atau masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam proses pembelajaran.
21

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Tujuannya yang utama ialah untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan


merancang serta menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan

4.1

Definisi dan Objektif Pembinaan Ujian.

Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program Pemulihan Khas.
Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang
dihadapi oleh murid-murid. Ianya merupakan satu alat pengukuran secara formatif
yang

membolehkan

guru-guru

pemulihan

khas

mengesan

daerah/kawasan

kelemahan dalam pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik akibat
daripada kecelaruan tafsiran pancaindera terutama sekali oleh deria-deria
penglihatan dan pendengaran.
4.2

Tujuan Ujian Diagnostik, ialah:i

membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang


dihadapi oleh murid.

ii

membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid dalam


menguasai sesuatu kemahiran.

iii

membolehkan guru mengenalpasti daerah kelemahan murid, di


samping memudahkan pembentukan kumpulan pembelajaran.

iv

membantu

guru

untuk

merancang

program

pengajaran

untuk

membantu murid secara kumpulan kecil atau individu.


v

membantu guru untuk menyediakan bahan bantu belajar yang


bersesuaian mengikut tahap murid.

4.3

Membina Ujian Diagnostik


i

Perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan sebelum membina


ujian diagnostik:

Objektif ujian

Kemahiran yang hendak diuji

Bagaimana hendak menguji individu/kumpulan


22

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

ii

Siapa yang hendak diuji.

Pembinaan ujian yang dirancang dengan rapi, supaya penilaian dapat


dilaksanakan dengan lebi adil terhadap murid pemulihan. Seharusnya
pembinaan soalan berdasarkan kepada Jadual Penentuan Ujian.

iii

Adalah

lebih

bersesuaian

sekiranya

guru

menggunakan

ujian

berbentuk lisan dan bertulis untuk menilai murid.


iv
4.4

Penyusunan soalan hendaklah dari yang mudah ke susah.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik.


i

Guru melaksanakan ujian diagnostik setelah mengenal pasti muridmurid yang dipilih mengikuti program pemulihan bahasa Melayu.

ii

Ujian Diagnostik Lisan dijalankan secara individu, sementara ujian


diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil (tidak melebihi
empat orang dalam satu masa).

iii

Memandangkan ujian yang disediakan mengikut turutan kognitif yang


paling rendah kepada yang paling tinggi (pengetahuan, pemahaman
dan penggunaan) hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti
dengan ujian bertulis.

iv

Sekiranya calon gagal menjawab semua item dengan betul dalam


TIGA

kemahiran

secara

berturut-turut,

ujian

ini

hendaklah

diberhentikan.
v

Masa yang mencukupi hendaklah diberikan semasa murid menjawab


soalan.

vi

Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam borang rekod Ujian


Diagnostik.

23

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

vii

Guru boleh merancang dan menyusun pengajaran berdasarkan


kepada keputusan ujian diagnostik.

viii

Hasil

jawapan

murid

hendaklah

diteliti

dan

direkod

untuk

mengenalpasti daerah kelemahan murid untuk dijadikan panduan guru


di masa yang lain.
ix

Guru mempelbagaikan penggunaan pendekatan, strategi dan teknik


pengajaran mengikut keupayaan untuk membantu dan mengatasi
kelemahan murid.

4.5

Masalah Pengamatan.
Guru boleh membantu mengatasi masalah pengamatan menerusi latihanlatihan pengamatan yang melibatkan Pengamatan Penglihatan, Pengamatan
Pendengaran dan Pengamatan Taktil, Kinestetik dan Haptic.

4.5.1 Ujian Diagnostik Pengamatan Penglihatan

Aspek pertalian jarak atau kedekatan


- Tidak dapat memadankan benda yang sama
- Sukar mengamati bahan bacaan

Aspek keserupaan
- Tidak dapat membezakan bentuk huruf yang hampir sama.
- Tidak dapat membezakan saiz bentuk yang dilihat.
- Tidak dapat membezakan bilangan banyak dan sedikit antara dua
benda yang sama daripada dua kumpulan.

Aspek kelengkapan
- Tidak dapat memadankan benda yang sama
24

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

- Tidak dapat menyambungkan titik ke titik


- Tidak dapat melengkapkan gambar yang diberi.

Aspek pengamatan bersama


- Tidak dapat menanggap perlakuan guru (guru menggaru kepala
dikatakan hendak memukulnya)
- Nasihat yang diberi, dikatakan guru membenci atau memarahinya

Aspek bentuk mengatasi latar


- Tidak dapat menyusun gambar mengikut objek yang asal
- Tidak dapat menyalin huruf mengikut contoh yang diberi.
- Celaru dengan bentuk rajah atau penggunaan simbol dalam
matematik yang ditunjukkan.

Aspek turutan
- Tidak dapat melengkapkan bentuk yang disusun secara berurutan
- Tidak dapat memenuhkan angka berturutan yang tertinggal.
- Tidak dapat menginterpretasi sesuatu yang abstrak.

5. PEMBINAAN BAHAN BANTU BELAJAR UNTUK MENGATASI


MASALAH PENGAMATAN

5.0

SINOPSIS

Tajuk ini akan mendedahkan pelajar tentang bahan bantu belajar dalam pengajaran
dan pembelajaran. Fokus tajuk ini akan membantu anda mengenal pasti jenis-jenis
bahan dan ciri-ciri bahan bantu belajar yang boleh digunakan untuk mengatasi
masalah pengamatan.
5.1

PENGENALAN

25

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

Bahan bantu belajar amat penting untuk membantu murid menguasai sesuatu
pelajaran atau kemahiran yang disampaikan oleh guru. Bahan bantu belajar dapat
menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid, murid sesama murid
dalam kontek pemahaman dan penguasaan sesuatu pembelajaran. Murid-murid
akan menggunakan semua pancainderanya ketika berinteraksi dengan bahan bantu
belajar yang disediakan oleh guru. Apa yang penting ialah bahan bantu belajar harus
memenuhi keperluan murid dengan mengambil kira kesesuaiannya berdasarkan
keupayaan murid. Guru perlu juga memikirkan kesesuaian bahan bantu belajar dari
pelbagai aspek seperti jenis, ciri, dan juga penggunaannya agar membantu guru
dan murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan.
5.2

JENIS JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu belajar ada berbagai jenis. Pemilihan kesesuaian bahan yang
digunakan bergantung kepada keperluan murid yang berdasarkan kepada
keupayaan seseorang murid. Di samping itu aspek-aspek seperti masa, tempat,
ruang, dan kaedah cara penggunaan juga perlu diambil kira.

Bahan bantu belajar ada pelbagai jenis dan dapat boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan seperti berikut:
a. Bahan konkrit atau maujud tiga dimensi (bahan sebenar, model,
replika)
b. Bahan semi konkrit atau dua dimensi (gambar, carta, paparan gambar
melalui OHP, video, CD dan lain-lain sumber)
c. Bahan pendengaran (apa sahaja sumber bahan yang boleh bersuara
atau berbunyi)
d. Bahan pendengaran dan penglihatan (apa sahaja sumber yang boleh
dilihat dan didengar secara serentak dalam suatu masa yang sama)
e. Perkakasan multimedia (perisian komputer)
5.3

KATEGORI BAHAN
-

Bahan sekitar
Bahan dalam pasaran
Bahan buatan sendiri
26

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

5.4

KRITERIA MENYEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan bantu belajar yang digunakan itu seharusnya mengambil kira
tujuan, objektif atau matlamat, kaedah atau teknik pengajaran dan
penggunaannya yang mengambil kira keupayaan murid. Sekiranya
penyediaannya tidak mengambil kira tujuan, objektif atau matlamat
penggunaannya; maka usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.
Oleh yang demikian perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian.
- Bahan bantu belajar perlulah sesuai dan isi kandungannya tepat

5.5

dengan aktiviti yang pengajaran dijalankan.


Bahan bantu belajar harus mengandungi idea sendiri tanpa sebarang

tiruan
Boleh bantu guru dan murid menguasai pelajaran
Menarik dan berkesan
Penyediaannya berpatutan
Keadaannya sesuai dan mudah dibawa, dioperasikan, dan digunakan
Aspek keselamatan

PENGGUNAAN
-

Alat bantu mengajar seperti carta harus digantung semasa dan


selepas digunakan. Sebelum digunakan guru perlulah merancang
bagaimana penggunaannya dan kesesuaiannya dengan murid dan

aktiviti penajaran
Sebelum murid menggunakan bahan bantu belajar, guru perlu

memberi arahan dan menunjuk cara menggunakannya


Gunakan bahan bantu belajar yang perlu sahaja yang berkaitan

dengan pengajaran atau aktiviti semasa


Murid perlu mendapat bimbingan dan penjelasan mengenai apa yang

ada pada bahan bantu belajar


Dijaga dengan baik
Bahan bantu belajar perlu diguna dengan fungsinya sebagai pembantu
dalam pengajaran dan pembelajaran dan tidak boleh menggantikan
peranan guru.

27

NOTA LENGKAP PKP 3104 : KEMAHIRAN PENGAMATAN

6. AMALI

6.1

SINOPSIS

Bahagian ini menyarankan beberapa kaedah amali untuk dilaksanakan


kepada murid-murid bagi mengesan tahap kemampuan pengamatan. Amali
ini boleh dilakukan sama ada secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil
antara murid dalam bilik darjah.
6.2.

JENIS JENIS AMALI

LATIHAN
6.2.1. Pembinaan Bahan Bantu Belajar Kemahiran Pengamatan
i.
ii.
i.

Kemahiran Penglihatan
Kemahiran Pendengaran
Kemahiran Taktil, Kinestetik & Haptic

28

You might also like