Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 68

KULIAH 2:

PENTAKSIRAN DALAM BILIK


DARJAH, JENIS PENILAIAN
DAN KLASIFIKASI UJIAN

Disediakan Oleh:
Pn. Nurfirdawati Bt Muhamad
Hanafi

DEFINISI PENTAKSIRAN
DALAM BILIK DARJAH
Sebagai satu koleksi, penilaian, dan
penggunaan maklumat untuk membantu
guru membuat keputusan bagi
memperbaiki pembelajaran pelajar.
Terdapat 4 komponen utama dalam
melaksanakan pembelajaran dalam bilik
darjah:

Tujuan
Pengukuran
Penilaian
Kegunaan

Pentaksiran dalam Bilik


Darjah
Pentaksiran dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran.
Pentaksiran sebelum proses
Pengajaran dan Pembelajaran
Pentaksiran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran
Pentaksiran tentang Pengajaran dan
Pembelajaran

PENTAKSIRAN DALAM
PROSES PDP
Melibatkan PERANCANGAN Pentaksiran yang
akan dilakukan untuk menjajarkan pengajaran
dan pembelajaran kepada pentaksiran agar
hasil pembelajaran tercapai.
Pemahaman berkaitan KAEDAH PENTAKSIRAN
amat perlu pada peringkat ini.
Pemahaman mengenai standard yang perlu
dicapai sangat diperlukan.
Contoh: Bagi mata pelajaran matematik: ujian=30%, projek= 20%,
peperiksaan akhir=50%: FAHAM KPI SUBJEK.

PENTAKSIRAN SEBELUM
PDP
Apakah kebolehan sedia ada pelajar
sebelum mengikuti subjek?
Adakah pelajar telah mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki pada
kelas ini?- sekiranya yateruskan
dengan tahap yang lebih tinggi
Bantu guru untuk rancang
pengajaran.

Pentaksiran Untuk
Pengajaran dan
Pembelajaran

PENTAKSIRAN UNTUK PDP


Dikenali juga sebagai pentaksiran
FORMATIF.
Digunakan untuk mengukuhkan
pembelajaran dan bukan sahaja digunakan
untuk mengukur kejayaan diakhir unit.
Biasa digunakan disepanjang proses pdp.
Melibatkan tindakan yang dirangka secara
berstruktur dengan tujuan untuk
memperbaiki pembelajaran pelajar.

PENTAKSIRAN UNTUK PDP


Berguna utk: mengenal pasti apa yang
pelajar pelajari, apa yang pelajar boleh
lakukan, apa masalah mereka dalam
pembelajaran, apakah persepsi mereka
terhadap apa yang dipelajari, dan
mengelakkan kekeliruan atau miskonsepsi
pengetahuan.
Guru boleh kenal pasti jurang dalam
permasalahan dan sebarang masalah
yang dihadapi oleh pelajar.

Penilaian Formatif
memantau tahap
penguasaan dan
kemajuan pelajar
ketika proses
pembelajaran

satu proses yang berterusan

Pengajaran
dan Pembelajaran
Mengumpulkan bukti-bukti
tentang penguasaan
pembelajaran pelajar

Maklumbalas tentang
penguasaan
pembelajaran pelajar

Analisis Maklumat

Matlamat
Pembelajaran

Tahap Pencapaian
Pelajar
Kenalpasti jurang di antara tahap
pencapaian pelajar dan matlamat
pembelajaran yang ditetapkan
Pengubahsuaian
Pengajaran atau
Penambahbaikan
Pengajaran

PENILAIAN

Kaedah Pengumpulan Maklumat dan


Bukti Prestasi Pelajar
formal
tidak
formal

Kenapa budak ni.hari-hari muka dia nampak


letih dan bimbang. dia tak beri perhatian
dalam kelas walaupun telah diajar langkah
demi langkahDia terlalu pemalu tetapi
kadang-kadang akan bertanya jugatapi
sebelum itu dia akan meletakkan dagunya
pada meja dan menutup mata, Saya tak tahu
kenapa dia tak de motivasi langsung.macam
mana nak buat ye?

Pemerhatian
Kuiz
Soal Jawab
Aktiviti kumpulan
Ujian
Amali
Pembelajaran permainan
Jawapan Ringkas
Projek Kecil

Pembentukan Penilaian
Formatif
Menentukan unit pembelajaran
Menyatakan perkara dan peringkat
pencapaian sesuatu unit pembelajaran
Menyusun dan mengaitkan perkaraperkara yang terdapat di dalam unit.
Membentuk soalan-soalan ujian/cara
penilaian.
Mencadangkan langkah-langkah
pemulihan kepada pelajar yang belum
menguasai.

Tujuan Penilaian
Formatif

Memperbaiki pencapaian pelajar


Kawalan kualiti dan ramalan
Pengubahsuaian pengajaran
Membimbing pembelajaran
Menjamin pencapaian tinggi

A Model of Formative
Assessment
1.Planned formative
assessment
2.Interactive
formative
assessment

A Model of Formative
Assessment
Eliciting

Purpose

acting

noticing

Interpratin
g

Purpose

responding

Planned
formative
assessment

Interactive
formative
assessment

Recognisin
g

Planned Formative
Assessment

Interactive Formative
Assessment

The parts of the process


The parts of the process
were eliciting interpreting, were noticing,
acting.
recognising, responding.
Tended to be carried out
with all the students in
the class.

Tended to be carried out


with some individual
students or small group.

Could occur over an


extended time-frame.

Happened over a short


time-frame.

What was assessed was


mainly the content.

What was assessed was


content, personal and
social learning.

Pentaksiran Tentang
Pengajaran dan
Pembelajaran

PENTAKSIRAN TENTANG
PDP
Dikenali sebagai Pentaksiran SUMATIF.

Melibatkan pelbagai eviden yang membolehkan


guru atau pihak lain berkepentingan untuk
menyemak perkembangan pelajar dan juga
menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan
yang pelbagai. (CTH: memperbaiki program,
penempatan, pensijilan dsb)
Maklumat pentaksiran ini untuk mengetahui sejauh
mana perkembangan pelajar memenuhi kurikulum
yang ditetapkan.
Sebagai Rumusan Pencapaian Pelajar pada masa
tertentu.

PENTAKSIRAN TENTANG
Penilaian yang merujuk
PDPkepada penggunaan
bukti pentaksiran untuk membuat keputusan
mengenai penilaian tahun persekolahan atau
keberkesanan kursus sepanjang semester.

bertujuan untuk membantu guru dan tenaga


pengajar membuat keputusan pada akhir
pengajaran bagi satu tempoh pengajian.
Matlamat utama Penilaian sumatif ialah untuk
menentukan sama ada objektif pembelajaran
dapat dicapai ataupun tidak.
Skop penilaian ini meliputi sebahagian besar
perkara dan kemahiran yang telah dipelajari.

PERBEZAAN PENTAKSIRAN FORMATIF


DAN SUMATIF

FAKTOR

FORMATIF

SUMATIF

Sebab Untuk
Menilai

-Menggalakkan
peningkatan
pencapaian pelajar
untuk membantu
pelajar mencapai
standard.
-Menyokong
pertumbuhan
berterusan pelajar
-Penambahbaikan

-Dokumen pencapaian
individu atau kumpulan.
-Penguasaan/masteri
standards
-Mengukur status
pencapaian dalam masa
yang ditetapkan untuk
tujuan pelaporan.

Siapa yang
melihatnya

Pelajar tentang dirinya


sendiri

Diri sendiri, guru dan pihak


lain yang berkepentingan
terhadap pelajar tersebut.

Fokus
pentaksiran

Pencapaian spesifik
mengikut sasaran
pembelajaran yang
dipilih oleh guru bagi
membolehkan pelajar
mencapai standards.

Standards pencapaian yang


telah disasarkan oleh guru,
pelajar dan sekolah
terhadap apa yang hendak
dicapai.

PERBEZAAN PENTAKSIRAN FORMATIF


DAN SUMATIF
FAKTOR

FORMATIF

SUMATIF

Pengguna
Utama

Pelajar, Guru dan Ibu Bapa

Pembuat Polisi, perancang


program, pemantau/nazir,
guru, pelajar, dan ibu bapa.

Biasa
digunakan
untuk

Pelajar memperbaiki
pembelajaran, membantu
guru mendiagnosis pelajar,
membantu ibu bapa
mengetahui kejayaan anakanak, Membantu ibu bapa
dalam usaha untuk memberi
sokongan kepada
pembelajaran pelajar.

Memberi sijil, menyusun


pelajar mengikut pencapaian,
dan pengredan.

Peranan
Guru

Menukarkan standard kepada


sasaran pembelajaran dalam
bilik darjah, memberitahu
pelajar sasaran yang
ditetapkan, membina
pentaksiran yang boleh
disesuaikan mengikut

Mentadbir ujian dengan


berhati hati, Membuat
perbandingan prestasi pelajar,
menggunakan keputusan
untuk membantu pelajar
mencapai standard,
menterjemahkan keputusan

PERBEZAAN PENTAKSIRAN FORMATIF


DAN SUMATIF
FAKTOR

FORMATIF

SUMATIF

Peranan
Pelajar

Menilai diri sendiri dan


membina laluan untuk lebih
berjaya, melengkapkan diri
untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan, berusaha
dan bertindak untuk berjaya.

Belajar untuk mencapai


standards yang ditetapkan,
berusaha untuk mencapai skor
yang tertinggi dan mengelak
diri daripada gagal.

Motivasi

Motivasi penting untuk


meningkatkan kepercayaan
untuk lebih berjaya melalui
pencapaian yang lebih baik.

Menjanjikan ganjaran bila


berjaya dan rasa terancam
apabila gagal.

Contoh

Menggunakan rubrik dan


pentaksiran kendiri untuk
menghasilkan proses yang
lebih cekap dan berkesan.

Ujian-ujian pencapaian,
peperiksaan akhir.

PERBEZAAN SUMATIF DAN FORMATIF


Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Pengertia Satu jenis ujian formal atau tidak


n
formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid
di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk


mengesan tahap pencapaian
dalam sesuatu tempoh /
penggal persekolahan.

Tujuan

Mengesan penguasaan dan


kemajuan murid untuk membaiki
kelemahan yang ada dengan
kadar segera.

Mengesan pencapaian murid


berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan
pemeringkatan gred murid di
dalam kelas.

Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau


tidak formal semasa sesi
pengajaran dan
pembelajaransama ada dibuat
secara individu, kumpulan atau
menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam


beberapa waktu berdasarkan
ketetapan jadual secara
individu mengikut kelas. Ujian
dilakukan secara berkumpulan.

PERBEZAAN SUMATIF DAN FORMATIF


Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Masa

Penilaian semasa sesi pengajaran Penilaian semasa semester


dilakukan atau setiap hujung
pertama (pertengahan tahun)
bulan.
dan semester kedua (akhir
tahun).

Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian


dan sesi soal jawab), atau formal
(ujian bulan) melibatkan ujian
kertas pensel dam masa yang
singkat.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan Secara kelas


atau kelas.

Ujian formal adalah ujian kertas


pensel atau ujian, lisan dalam
jangka masa yang ditetapkan
mengikut kesesuaiannya.

PERBEZAAN SUMATIF DAN FORMATIF


Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran


(ujian tidak formal) atau
beberapa kemahiran (ujian
formal)

Meliputi beberapa unit


pembelajaran atau sesuatu tahap
persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal)


Penggunaan rekod profil atau
dan penggunaan senarai semak pensijilan atau istilah pengredan.
atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan


kadar segera atau menjalankan
aktiviti pengayaan atau
pemulihan di dalam kelas.

Menempatkan murid kumpulan


atau kelas yang sesuai.
Merancang dan mengubahsuai
pelajaran atau kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.

Nota Penerangan
yang seterusnya adalah
untuk membantu kita
memahami jenis
penilaian dan klasifikasi
ujian dalam
melaksanakan
pentaksiran dalam kelas.

Cara Asas untuk menjelaskan


JENIS PENILAIAN dan Klasifikasi
Ujian dalam Kelas
ASAS
KLASIFIKASI

JENIS PENILAIAN

FUNGSI PENILAIAN

Prestasi
Maksimum

Untuk menentukan
penguasaan pelajar
dalam
pembelajaran.

PENGUKURA Prestasi Tipikal


N UMUM

Untuk menentukan
minat, tingkahlaku
dan personaliti
pelajar semasa
pembelajaran.

ASAS
JENIS
KLASIFIKASI PENILAIAN

FUNGSI PENILAIAN

Penempatan Menentukan kebolehan


pelajar pada awal atau
sebelum proses P&P.
Formatif
PENILAIAN
YANG
DIGUNAKAN
DALAM
PENGAJARA Diagnosis
N DI DALAM
KELAS
Sumatif

Memantau dan mengawasi


kemajuan dalam
pembelajaran untuk tujuan
penambahbaikan secara
berterusan.
Mengesan punca
permasalahan
pembelajaran pelajar.
Menilai pencapaian pelajar
di akhir kursus untuk tujuan
memberikan gred atau
pengiktirafan terhadap

ASAS
KLASIFIKASI

KAEDAH
UNTUK
MENTAFSIRKA
N KEPUTUSAN

JENIS
PENILAIA
N

FUNGSI PENILAIAN

Ujian
Rujukan
Kriteria

Menjelaskan prestasi pelajar


berdasarkan kepada domaindomain yang tertentu yang
dikenalpasti dengan jelas
dalam tugasan pembelajaran.

Ujian
Rujukan
Norma

Menjelaskan prestasi pelajar


berdasarkan kepada
kedudukan relatif dalam
sesuatu kumpulan.

Didefinisikan sebagai satu


instrumen atau prosedur
sistematik untuk memerhati
dan menjelaskan tingkah laku
dan ciri-ciri pencapaian
seseorang pelajar dengan
menggunakan skala numerik
atau skema klasifikasi.

PRESTASI
MAKSIMU
M

UJIAN RUJUKAN NORMA (URN)


UJIAN RUJUKAN KRITERIA (URK)
PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN
UJIAN RUJUKAN KRITERIA

URN dan URK


Bagaimana keputusan sesuatu ujian
dan prosedur penilaian yang
diperolehi DITAFSIRKAN.
Cara asas untuk MENTAFSIR
prestasi seseorang.

UJIAN RUJUKAN NORMA


Menentu @ membanding :
prestasi seorang murid dengan murid yang lain
prestasi sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain
dengan menggunakan keputusan ujian yang sama.
Tujuan: membezakan antara individu @ kumpulan
mengikut pencapaian.
Perbandingan relatif antara sekolah boleh dilakukan
maka dikenali juga sebagai Ujian Pencapaian Relatif.
Item ujian: berdasarkan objektif tingkah laku bidang
kognitif meliputi aras mudah ke susah (25% mudah,
50% sederhana, 25% susah)

UJIAN RUJUKAN NORMA


contd
Markah lulus tidak ditetapkan, pencapaian
keseluruhan kumpulan menentukan gred
pencapaian, menyebabkan markah lulus / taraf
pencapaian berbeza antara tahun & mata pelajaran.
Eg : markah lulus mata pelajaran Fizik tidak sama
dengan BM dalam SPM
Contoh:
ujian pertengahan semester atau akhir semester
peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan
STPM
Keputusan ujian digunakan sebagai penilaian
sumatif bagi menentu / membanding pencapaian
antara MM

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


Berdasarkan standard / taraf prestasi (ditetapkan)
untuk tentu pencapaian tanpa buat perbandingan
dgn individu/ kumpulan lain
Tujuan : tentukan taraf pencapaian seseorang yang
dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran &
diadakan setelah sesuatu kemahiran diajar.
Keputusan ujian dibandingkan dengan kriteria yang
telah ditetapkan
Eg : sebagai peringkat pencapaian minimum
Pelajar-pelajar hendaklah menjawab sekurangkurangnya 4 daripada 5 soalan dengan tepat
MM dpt menjawab 7 drp 10 soalan yg diberi
MM dpt menjawab dgn betul 70% soalan yg
disediakan

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


contd
Kegunaan :
menguji sebahagian kecil isi kandungan
pelajaran, iaitu satu / beberapa kemahiran
yang telah diajar spt kemahiran mambaca,
menulis,mengira
tentukan sama ada pelajar berkenaan
menguasai kemahiran dalam peringkat yang
dikehendaki atau tidak.
sebagai penilaian formatif bagi mengesan
kelemahan pelajar dalam penguasaan
tertentu.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


contd
Maklumat dari ujian, membolehkan guru
merancang semula strategi yang sesuai untuk
membaiki P&P.
Sesuai untuk menilai pelajar pendidikan khas
sebab menilai kemahiran tertentu dalam
sesuatu masa.
Sesuai untuk pembelajaran masteri dan bersifat
formatif
Eg :

Ujian
Ujian
Ujian
Ujian

kepantasan menaip
diagnostik
memandu
amali

Perbezaan
ciri

Jenis
UJIAN RUJUKAN NORMA

Ujian Rujukan
UJIAN RUJUKAN KRITERIA

ujian pencapaian relatif ujian rujukan objektif yg


yg
menentukan

pengerti menunjukkan prestasi


an
kump

pencapaian individu
berdasarkan

calon dlm btk graf


normal

kriteria minimum yg
ditetapkan

terlebih dahulu

membandingkan dan
membezakan

menentukan penguasaan
pembelajaran

tujuan

prestasi ant.calon atau


ant.

berdasarkan mengikut
kriteria yg

kump

ditetapkan

utk penilaian sumatif


dgn

utk penilaian formatif


dengan memba-

kegunaa membezakan calonn


calon dlm

iki pengajaran dan


pembelajaran

sasaran

perbandingan prestasi
antara

penentuan prstasi secara


individu

ramai calon

atau kumpulan kecil

soalan-soalan terdiri
daripada

soalan-soalan hampir sama

ciri
soalan

mudah kepada susah,


dan mpunyai

peringkat kesukaran
berdasarkan

diskriminasi antara
calon

objektif pelajaran

ciri ujian

markah lulus ditentukan markah lulus ditetapkan sbl


slps
ujian

keputusan ujian

dijalankan

liputan

isi kandungan soalan


meliputi

isi kandungan soalan


menumpukan pd

suatu bidang pelajaran


yg luas

tugas-tugas pembelajaran
yg terhad

contoh
ujian

peperiksaan awam spt


UPSR,

ujian pendek, kerja kursus


dan

PMR, SPM, dan STPM

latihan bertulis dlm kelas

JENIS JENIS
UJIAN
UJIAN KERTAS DAN PENSEL
UJIAN OBJEKTIF
UJIAN SUBJEKTIF
UJIAN TARA
UJIAN PERLAKUAN /
PRESTASI
UJIAN BINAAN GURU
UJIAN SARINGAN

UJIAN DIAGNOSTIK
UJIAN PRA
UJIAN LISAN

UJIAN KERTAS DAN PENSEL


Melibatkan kemahiran menggunakan perkataan dan bahasa.
Pelajar perlu meguasai kemahiran membaca dan mempunyai
kefahaman untuk menjawab soalan serta kemahiran menulis
menggunakan alat tulis.
Pelajar diberikan soalan untuk dijawab atau dibincangkan dan
masalah untuk diselesaikan serta jawapan hendaklah ditulis atas
kertas.
Ujian ini dapat mengumpul maklumat tentang penguasaan pelajar
secara menyeluruh. Ini bermakna, pelajar perlu membaca,
memahami, meneliti, mengkaji dan kemudian menulis jawapan
yang bersesuaian dengan kehendak soalan.

UJIAN KERTAS DAN PENSEL


Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian
subjektif.
Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek
iaitu beberapa perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang
betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat
kosong dan lengkapkan soalan.
Ujian subjektif adalah ujian yang biasanya memberikan pelajar
kebebasan untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan
ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas,
dan soalan yang memerlukan jawapan yang panjang. Contohnya soalan
berbentuk struktur dan esei.

Biasanya ujian kertas dan pensel akan diadakan dalam kelas.


Contoh: ujian kefahaman iaitu penguasaan kemahiran dalam
bidang kognitif.

UJIAN OBJEKTIF
Menurut Gronlund,1977
ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang
boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan
memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas
yang serupa
Ujian objektif merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran
yang menggunakan item objektif.
Item ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan,
kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir.
Ujian objektif merupakan ujian pendek yang melibatkan proses
menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempattempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.

UJIAN OBJEKTIF
Item ujian objektif memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik.
Ujian objektif dapat mengukur kebolehan dan kemahiran
merangkumi skop yang luas dan tajuk yang pelbagai.
Sesuai digunakan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran
pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
Apabila semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan
memberikan markah pada jawapan yang sama.
Soalan objektif boleh berbentuk :
Aneka pilihan
Salah-Betul
Padanan
Mengisi tempat kosong

UJIAN OBJEKTIF
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
i. Item Respon Bebas
ii. Item Respon Tetap (item jenis pilihan)
Item respon bebas

- Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan


menuliskan sendiri jawapan. Biasanya jawapan yang ditulis
pada hujung soalan.
Item respon tetap (item jenis pilihan)
- Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan
yang paling betul atau paling tepat.
Jenis soalan respon tetap ialah
i. Format salah betul
ii. Padanan

UJIAN OBJEKTIF
i. Format salah betul
- soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu
ditandakan dan mempunyai dua pilihan sahaja untuk dipilih
iaitu betul atau salah.
ii. Padanan
- soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan
memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri
atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu
banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat
yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
iii. Aneka Pilihan
- aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini
diberikan tindak balas tetap.

UJIAN OBJEKTIF
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya
ialah:
a) Ujian ini mempunyai penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan
dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak
memerlukan orang-orang yang terlatih.

UJIAN OBJEKTIF
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan
kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang
baik.

UJIAN OBJEKTIF
Di samping kelebihan dan kebaikkannya, terdapat juga
kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih,
mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya
secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa
menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang lama
untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

UJIAN SUBJEKTIF
Ujian subjektif ialah soalan yang bertujuan untuk menguji
pengetahuan, kefahaman dan kebolehan pelajar berfikir,
menganalisis, membuat sentisis dan penilaian.
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang
berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman,
kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar melalui respon
secara tulisan.
Terdapat dua jenis iaitu:
i. Jenis respons terhad
- mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis
jawapan secara ringkas
ii. Jenis respons lanjutan
- mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi

UJIAN SUBJEKTIF
Kelebihan
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk semua aras taksonomi
- Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yang
diperolehi.
- Mengurangkan konsep meneka.
- Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran,
konsep-konsep yang samar-samar.
- Pelajar boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan
pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya
cipta atau keaslian.

KELEMAHAN
UJIAN SUBJEKTIF
Bidang yang diuji terhad
Soalan boleh diramal
Mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga
yang banyak.

UJIAN TARA
Disedia, ditadbir, diperiksa, dianalisis secara piawaian
Item soalan disediakan oleh pakar (individu/kumpulan),
mengikut
objektif dalam satu bidang.
Item soalan berbentuk item objektif dengan jawapan yang
ringkas
Keputusan ujian diakui sah sebab ujian mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtabdiran dan
kemudahtafsiran.
Keputusan ujian dinilai mengikut standard ditetapkan.

UJIAN TARA
Contoh :
- Ujian IQ: mengukur kecerdasan akal kanak-kanak
pada peringkat umur tertentu.
- Ujian Bakat: mengukur bakat dalam satu bidang (nyanyian,
melukis, muzik, permainan)
- Ujian Kepantasan :mengukur darjah kepantasan melakukan
sesuatu tugas
- Ujian Daya: menilai darjah daya tahan individu

UJIAN PERLAKUAN/PRESTASI
Valencia, Hiebert & Afflerback (1994): ujian prestasi ialah
tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar untuk mempamerkan
tahap kompetensi dan pengetahuannya dengan membina satu
hasil atau memberi respon yang tertentu.
Feuer & Fulton (1993): ujian prestasi cuba mengaitkan
kesahan dengan meletakkan pelajar dalam situasi sebenar dan
menilai prestasinya berdasarkan kriteria yang disediakan.
Ujian kebolehan/kecekapan individu untuk melakukan sesuatu
aktiviti/amali.
Melibatkan penggunaan radas/alatan konkrit/gambar.
Pelajar perlu mempamerkan kemahirannya secara hand-on

UJIAN
Tidak banyak menggunakan bahasa/kertas-pensel.
PERLAKUAN/PRESTASI
Sesuai bagi pelajar yang lemah berbahasa.
Tujuan : mengumpul maklumat mengenai kebolehan pelajar
mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi yang realistik.
Contoh :
- Mencantumkan kad perkataan dengan gambar yang
berkenaan
- Mencantumkan kepingan gambar untuk menjadikannya
gambar yang lengkap
- Menyusun satu siri gambar untuk membentuk cerita yang logik
- Menggunakan kiub-kiub untuk membentuk satu benda yang
menarik
- Amali sains, PAFA.

UJIAN BINAAN GURU


Disediakan oleh guru untuk menguji kefahaman,
penguasaan, kemajuan pelajar dlm pembelajaran
Soalan berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari
Btk ujian : objektif / subjektif dengan penggunaan
kertas pensel.
Contoh : Ujian Kelas, Ujian Bulanan, Ujian
penggal, Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan
Pertengahan / Akhir Tahun.
Skim pemarkahan ditetapkan oleh guru yang
menggubal soalan. Kerja pemeriksaan pula diuruskan
oleh guru sendiri

UJIAN SARINGAN
Definisi: alat untuk meninjau secara am
kelemahan dan kekuatan murid dalam
kemahiran.
Tujuan: Mengasingkan pelajar mengikut
aliran, penguasaan mahupun kemahiran
Bertujuan menjalani program seperti
pemulihan atau pengayaan
Instrumen Ujian Saringan didasarkan
kepada apa yang sudah dipelajari oleh
murid .

UJIAN
DIAGNOSTIK

Adalah satu alat pengukuran


yang membolehkan guru
mengesan punca dan kawasan
kelemahan secara terpeinci yang
dihadapi oleh seseorang murid.

TUJUAN UJIAN
DIAGNOSTIK
kesan punca kelemahan pelajar menguasai
kemahiran
membantu guru mengenal pasti kumpulan
tertentu mengikut kebolehan dan kawasankawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid
membantu guru merancang satu program
pengajaran yang khusus pada individu atau
kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
membolehkan guru merancang dan membina
program dan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.

CIRI CIRI UJIAN


DIAGNOSTIK
Ujian diagnostik
lisan dijalankan
secara individu

Ujian ini
disediakan
mengikut turutan
kognitif yang
paling rendah
kepada yang
paling tinggi

Ujian diagnostik
bertulis
dijalankan
secara kumpulan
kecil
Semua jawapan
hendaklah diteliti
oleh guru supaya
guru tahu apa yang
murid tidak tahu dan
di mana kesilapan
mereka

Ujian diagnostik
dimulakan
dengan ujian
lisan dan diikuti
dengan ujian
bertulis
Keputusan ujian
dapat memberi
panduan kepada guru
untuk menyusun satu
program pengajaran
kepada murid

UJIAN PRA
Untuk mendapatkan maklumat
tentang pengetahuan sedia
ada pelajar bagi merancang
aktiviti P&P berkesan.
Tentukan kesesuaian item
ujian utk bank item.

KEPENTINGAN UJIAN
PRA
mengenalpasti kesesuaian perkataan yang digunakan
pada soalan yang dibina dan mudah difahami oleh
pelajar.
memastikan bilangan soalan adalah bersesuaian
dengan masa yang telah diperuntukkan.
mengetahui tahap pengetahuan pelajar.
memastikan pelajar bersedia bagi menghadapi ujian.

UJIAN LISAN
Ujian lisan diadakan untuk menguji
kebolehan pelajar berkomunikasi dengan
betul
ujian lisan dapat menguji taraf kefahaman
pelajar dan kebolehan pelajar
menyampaikan maklumat
Kesan kelemahan pelajar dengan serta
merta dan membantu pelajar
membetulkan kelemahannya.
Khusus untuk penguasaan bahasa.

OBJEKTIF UJIAN
LISAN

Mendedahkan situasi berlisan yang


sebenar kepada murid
Membentuk kemahiran dan keyakinan
diri murid untuk berkomunikasi secara
berkesan
Mendedahkan kemahiran berlisan dan
memberikan pengalaman kepada murid
untuk berkomunikasi dalam situasi
formal dan tidak formal

THANK YOU
Sekian, Terima Kasih

You might also like