Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

SKPM1

STANDARD KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA
(SEKOLAH)
PERNYATAAN STANDARD

JEMAAH NAZIR SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINGKAT 21-23, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR
50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20987410
Fax : 03-26937388, 03-26932192
E-mail : jns_stkp@jns.moe.gov.my

Daftar Kandungan

Misi Pendidikan Negara

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iii

Kurikulum Kebangsaan

iv

Visi Dan Misi Jemaah Nazir Sekolah

Hasrat Jemaah Nazir Sekolah


Kata Alu-aluan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia

vi
vii

Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

viii

Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah

ix

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


Bab I : Pengenalan

Latar Belakang

Pengolahan SKPM

Pemakai SKPM

Pengukuran Standard

Bab II : Pernyataan Standard

Elemen 1 :

Visi dan Misi

Elemen 2 :

Kepimpinan

Elemen 3 :

Struktur Organisasi

12

Elemen 4 :

Perancangan

13

Elemen 5 :

Iklim

13

Elemen 6 :

Pengurusan Dan Pembangunan Sumber

14

Elemen 7 :

Pengurusan Maklumat

16

Elemen 8 :

Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum


dan Hal Ehwal Murid

16

Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran

17

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

19

Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

20

Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,


Kokurikulum dan Sahsiah

20

12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah

20

12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah


Rendah

22

12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah


Menengah

23

Rujukan

26

Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah

29

Ahli Jawatankuasa Teknikal Penggubalan SKPM

30

ii

MISI PENDIDIKAN NEGARA1

Membangunkan sistem pendidikan yang


berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara
Malaysia

BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

ii

iii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN2

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara


menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan


harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.

iii

iv

KURIKULUM KEBANGSAAN3

Kurikulum Kebangsaan adalah suatu


program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1).

iv

VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Mengupayakan sekolah dan institusi


pendidikan mencapai kecemerlangan serta
standard kualiti pendidikan yang tinggi

MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Melakukan penaziran sekolah serta institusi


pendidikan dengan cara yang cermat, teliti dan
profesional bagi memastikan pendidikan yang
diberikan mencapai standard kualiti yang tinggi

vi

HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK)

Menjayakan Rancangan Pembangunan


Pendidikan Sepuluh Tahun (2001 2010)

Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan


program Kementerian Pendidikan

vi

vii
Kata Alu-aluan
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia

.
Menteri Pendidikan Malaysia
vii

viii
Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
viii

ix
Kata Alu-aluan
Ketua Nazir Sekolah

.
Ketua Nazir Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
ix

SKPM

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB I : PENGENALAN
1.

Latar Belakang
1.1

Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah


memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti
pendidikan

di

institusi

pendidikan

meningkat

secara

berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut


dinamakan

Sistem

Pemastian

Peningkatan

Standard

Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP.


SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a)
Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua
Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran
yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi
pendidikan (an adequate standard of teaching is developed
and maintained in educational institutions).
1.2

Bagi

membantu

sekolah

dan

institusi

pendidikan

melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah


diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan seperti yang berikut:
a)

Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;

b)

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);

c)

Penarafan

Kendiri

Sekolah

Berasaskan

Standard

Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);


d)

Lembaran

Kerja

Penarafan

Kendiri

Sekolah

Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;


e)

Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi


Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

f)

Instalasi

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan

Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan


g)

Instalasi

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan

Pelaksanaan

Audit Kualiti Dalaman

(Versi

Yang

Dipermudahkan).
1.3

Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik


menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS
dengan

kerjasama

pelbagai

pihak

khasnya

Jabatan

Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan


kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan
kendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung
dalam dokumen PKSBSTKP.
1.4

Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolahsekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP
sepenuhnya.

2.

Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


[SKPM-Sekolah]
2.1

Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya


pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah sebagai
pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan
keperluan sistem ini dikaji semula supaya mudah difahami dan
lebih mesra pengguna.

Menyedari hakikat tersebut dan

selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam


sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP.
Hasil

pengolahan

semula

ini

ialah

Standard

Kualiti

Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPMSekolah.

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

2.2

SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara,


Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-Peraturan

yang

dibuat

di

bawahnya,

Surat

Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am


Jabatan

Perkhidmatan

Awam,

Pekeliling

Kemajuan

Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan


Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah
Am,

Surat-Surat

Pekeliling

(seperti

Surat

Pekeliling

Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan suratsurat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain
itu,

dokumen

Pembangunan

Pendidikan

2001-2010:

Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan


yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah dirujuk.
2.3

Pelaksanaan

SKPM-Sekolah

diperincikan

dalam

tiga

dokumen iaitu:
2.3.1

SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


- Pernyataan Standard

2.3.2

SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


- Instrumen Pemastian Standard (IPS)

2.3.3

SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


- Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

2.4

SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsipprinsip berikut:


a)

Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap


yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya;

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

b)

Sekolah

bertanggungjawab

merealisasikan

misi

Kementerian Pendidikan iaitu untuk menghasilkan


sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan
potensi individu sepenuhnya yang termaktub dalam
misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh
dan bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
c)

Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat


penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti
pendidikan;

d)

Kemenjadian
kokurikulum
petunjuk

murid
dan

utama

dalam

bidang

pembangunan
kepada

akademik,

sahsiah

kejayaan

adalah
sekolah

menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi;


e)

Sekolah

sebagai

sebuah

organisasi

pendidikan

hendaklah ditadbir urus berpandukan

teori-teori

pengurusan moden;
f)

Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan


teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini, dan
berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam
bidang pendidikan;

g)

Pendekatan membuat keputusan dan merancang


program-program pendidikan hendaklah berasaskan
maklumat dan fakta yang tepat;

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

5
h)

Skop dalam standard seboleh-bolehnya bersifat tuntas


(exhaustive) berpandukan dokumen autentik serta
praktikal untuk dilaksanakan;

i)

Elemen-elemen

standard

hendaklah

diperihalkan

secara mesra pengguna, jelas, eksplisit dan mudah


difahami; dan
j)

Program-program kecemerlangan lain yang dianjurkan


oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Bahagian

(PPB) dan Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan


usaha-usaha yang selari dengan hasrat SKPM.

3.

Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia


3.1

SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolahsekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan
dan

melaksanakan

program

pendidikan

dari

peringkat

prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah.


3.2

JNS

akan

menggunakan

SKPM

apabila

melakukan

pemeriksaan di sekolah-sekolah. Agensi-agensi lain di bawah


KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD
boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika
melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.
3.3

SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan


diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan
sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan
memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu
murid.

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

3.4

Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat


dimensi seperti yang berikut :

4.

DIMENSI I

: HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1

: Visi dan Misi

Elemen 2

: Kepimpinan

DIMENSI II

: PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3

: Struktur Organisasi

Elemen 4

: Perancangan

Elemen 5

: Iklim

Elemen 6

: Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Elemen 7

: Pengurusan Maklumat

DIMENSI III

: PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

Elemen 8

: Pengurusan Program Kurikulum,


Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Elemen 9

: Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen 10

: Pembangunan Sahsiah Murid

Elemen 11

: Penilaian Pencapaian Murid

DIMENSI IV

: KEMENJADIAN MURID

Elemen 12

: Kemenjadian Murid Dalam Akademik,


Kokurikulum dan Sahsiah

Pengukuran Standard
4.1

Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan


menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS).

4.2

Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh


taraf seperti yang berikut:

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

7
Tahap
7
6
5
4
3
2
1

4.3

Tatacara

Taraf
Gemilang
Cemerlang
Harapan
Sederhana
Lemah
Sangat Lemah
Lampau Lemah

penggunaan

Pencapaian Sekolah (%)

instrumen

90 100
80 89
70 79
50 69
35 49
25 34
0 24

tersebut

diperjelaskan

secara berasingan dalam dokumen Instrumen Pemastian


Standard.

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

BAB II: PERNYATAAN STANDARD


Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang
dikelompokkan kepada empat dimensi.
Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke
atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut
diamalkan di sekolah:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN


Elemen 1 : Visi Dan Misi
Sekolah

hendaklah

mengadakan

visi,

iaitu

pernyataan

yang

menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid


yang sempurna.
Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau
kaedah merealisasikan visi tersebut.
1.1

Penggubalan visi dan misi hendaklah:


a.

berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan


2020 dan perkembangan semasa;

b.

mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,


potensi murid, serta
setempat; dan

c.

dibuat secara kolektif.

PERNYATAAN STANDARD

keperluan sekolah dan komuniti

SKPM

1.2

Visi dan misi yang digubal hendaklah:


a.

dihayati oleh warga sekolah;

b.

diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan


kerja harian warga sekolah;

c.

boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang


munasabah;

d.

memberi impak kepada warga sekolah; dan

e.

dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan


dan keperluan.

Elemen 2 : Kepimpinan
2.1

Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan


seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan
cara:
a.

menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan


visi dan misi;

b.

mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut


situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);

c.

membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja


secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

10

d.

mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan


konflik; dan

e.

menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di


kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran
pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian
tindakan,

pembentangan

hasil

kajian,

perbincangan

intelektual dan sebagainya.

2.2

Guru

Besar/Pengetua

hendaklah

mengamalkan

sistem

komunikasi yang berkesan dengan:


a.

mewujudkan suasana interaksi yang mesra;

b.

memberi

peluang

kepada

warga

sekolah

untuk

kalangan

warga

mengemukakan pendapat;
c.

merangsang

percambahan

fikiran

di

sekolah; dan
d.

2.3

membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan dorongan


yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya
maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:
a.

memberi sokongan moral dan material;

b.

menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;

c.

membuat penilaian secara adil;

PERNYATAAN STANDARD

10

SKPM

11

d.

menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan


warga sekolah; dan

e.

2.4

memberi teguran dan nasihat membina.

Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang


berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:
a.

mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang


sedang berkuat kuasa;

b.

menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;

c.

memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti


pengajaran dan pembelajaran;

d.

menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa


Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasajawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan

e.

2.5

memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru


Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang),
Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi
pemimpin yang berkesan dengan:
a.

1
2
3

memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG


Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur.
Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82),
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

PERNYATAAN STANDARD

11

SKPM

12

b.

melatih dan memberi kepimpinan;

c.

menurunkan

kuasa

untuk

membuat

keputusan

dan

mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masingmasing;


d.

memantau

dan

menilai

pelaksanaan

tugas

yang

dilaksanakan; dan
e.

memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan


keupayaan kepimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3 : Struktur Organisasi


Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf
sokongan dengan:
a.

membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;

b.

memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang


ditubuhkan

menepati

keperluan

pengurusan,

program

pembangunan sekolah dan program pendidikan;


c.

menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi


setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan

d.

menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

PERNYATAAN STANDARD

12

SKPM

13

Elemen 4 : Perancangan
Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan
operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal
murid,

kewangan,

sumber

tenaga

manusia,

bahan

kurikulum,

kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan


berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:
a.

visi dan misi sekolah;

b.

tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)];

c.

peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment


(OTI)];

d.

sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)];

e.

strategi yang bersesuaian;

f.

implikasi sumber; dan

g.

kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang


dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim
Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:
a.

memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

b.

memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat,


kondusif, dan harmoni;

PERNYATAAN STANDARD

13

SKPM

14

c.

mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan warga


sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

d.

mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu bapa


dan komuniti setempat;

e.

memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan etika


perkhidmatan;

f.

memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;

g.

memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga


sekolah;

h.

memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran


kepada warga sekolah; dan

i.

memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah


atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada
kemajuan sekolah.

Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber


Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan
keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5
dengan:
a.

merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan


keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: Unit
Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

PERNYATAAN STANDARD

14

SKPM

15

b.

menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi memastikan


keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;

c.

menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah

d.

memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;

e.

merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan


mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan
yang sedang berkuat kuasa;

f.

memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

g.

menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi


memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

h.

menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara optimum


sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran,
pengalaman, bakat dan minat;

i.

menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program


peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan
kemajuan pendidikan;

j.

menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan


kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

k.

menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan


secara optimum.

PERNYATAAN STANDARD

15

SKPM

16

Elemen 7 : Pengurusan Maklumat


Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan
dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan
pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan.

Data dan

maklumat hendaklah:
a.

diperoleh;

b.

disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang


diberikan;

c.

disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;

d.

mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan


tahap keselamatan;

e.

digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;

f.

dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan

g.

dikemas kini.

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN


Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan
Hal Ehwal Murid
Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:
a.

mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat


(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;

PERNYATAAN STANDARD

16

SKPM

17

b.

merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid


dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan
kumpulan sasaran;

c.

mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan


menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan
sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

d.

melaksana program mengikut perancangan;

e.

memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;

f.

menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,
pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan

g.

melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran


Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:
a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian
sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa;

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

PERNYATAAN STANDARD

17

SKPM

18

b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur


kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara
bersepadu;
c.

pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan


murid secara aktif;

d. penghayatan ilmu;
e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap
pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;
f.

kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek;

g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim


pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan
mereka;
i.

pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan


patriotisme; dan

j.

penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran


secara berterusan.

PERNYATAAN STANDARD

18

SKPM

19

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid


Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut
tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkaraperkara berikut:
a.

murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan


potensinya;

b.

murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;

c.

murid diberi motivasi dan galakan;

d.

murid ditunjukkan teladan;

e.

murid disediakan persekitaran dan kemudahan;

f.

pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;

g.

hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan;

h.

murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang


perlakuan yang negatif; dan

i.

murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan


yang positif.

PERNYATAAN STANDARD

19

SKPM

20

Elemen 11 :

Penilaian Pencapaian Murid

Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid.


Pencapaian

murid

dalam

akademik,

kokurikulum

dan

sahsiah

hendaklah:
a.

dinilai secara formatif dan sumatif;

b.

dianalisis

untuk

mengenal

pasti

kemajuan,

kekuatan

dan

kelemahan secara spesifik;


c.

direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif;

d.

digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan

e.

dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa


yang berkaitan.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID


Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan
Sahsiah
12.1

Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7, bersesuaian


dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a.

memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri


yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum


Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

PERNYATAAN STANDARD

20

SKPM

21

b.

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian


(untuk murid beragama Islam);

c.

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;

d.

menggunakan

bahasa

memperkembangkan

Melayu
kemahiran

dengan

baik

berbahasa

dan
untuk

berkomunikasi;
e.

menggunakan bahasa Cina atau

bahasa Tamil dengan

betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan


bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;
f.

menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian


selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

g.

menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan


kemahiran menyelesaikan masalah;

h.

memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;

i.

memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta


mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
dan

j.

memperlihatkan

daya

kreativiti

dan

estetika

menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

PERNYATAAN STANDARD

21

untuk

SKPM

22

12.2

Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan


tahap dan potensi, murid hendaklah:
a.

menguasai bahasa Melayu;

b.

menguasai kemahiran asas berbahasa;

c.

menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul


untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;

d.

membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang


merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;

e.

menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam


kehidupan seharian;

f.

menguasai kemahiran belajar dan berfikir;

g.

menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;

h.

membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan


keyakinan diri;

i.

menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;

j.

menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

k.

memahami dan menghargai budaya;

EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

22

SKPM

23

l.

melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

m.

mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;

n.

menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan


produktiviti;

o.

memperoleh

kemahiran

membaca,

menghafal

dan

memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk


murid beragama Islam);
p.

mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)


dan mengamalkan nilai-nilai murni;

12.3

q.

memupuk semangat patriotisme;

r.

membangunkan bakat dan kreativiti; dan

s.

membangunkan sikap positif.

Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian


dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a.

meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam


bahasa Melayu dan bahasa Inggeris;

b.

membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik


Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

23

SKPM

24

c.

memperoleh

ilmu

pengetahuan

dan

membangunkan

penguasaan kemahiran;
d.

membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang


ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

e.

memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan


masyarakat;

f.

membangunkan keyakinan diri;

g.

memahami

dan

menghargai

warisan

sejarah

dan

sosiobudaya setempat dalam negara;


h.

menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;

i.

membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;

j.

memperlihatkan pemantapan nilai;

k.

membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;

l.

memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

m.

berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;

n.

memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan


terhadap diri sendiri dan orang lain;

o.

menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap


qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar
yang berterusan;

PERNYATAAN STANDARD

24

SKPM

25

p.

sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat


dan agama; dan

q.

berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya


dengan:
i.

keluarga;

ii.

persekitaran;

iii.

alam fizikal;

iv.

kejadian alam; dan

v.

Pencipta.

_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

PERNYATAAN STANDARD

25

SKPM

26

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001


2010, 2001, KPM Kuala Lumpur.
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP)
(1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.
Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
1996, PNB Kuala Lumpur.
Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan
2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional
Berhad, Kuala Lumpur.
Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82).
EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence,
2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang.
International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am dan
Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United Print
Process Sdn Bhd, Shah Alam.
International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab 1
Bab 8 (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala
Lumpur.
Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979
Kementerian Pendidkan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984,
Kementerian Pendidkan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988,
Kementerian Pendidkan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991,
Kementerian Pendidkan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD

26

SKPM

27

Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994,


Kementerian Pendidkan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998,
Kementerian Pendidkan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 2000, 2001
Kementerian Pendidkan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000,
Percetakan DBP Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan Dan Pengurusan
Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah,
2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan
Pelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri,
2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian
Masa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001,
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara
Konstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001,
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara
Kontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD

27

SKPM

28

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran,
2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah Panduan
Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

28

PROSES ALIRAN KERJA PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS)


PROSES

1.

2.

3.

4
5
6

Sekolah menerima dokumen SKPM-Sekolah


a. SKPM 1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(Sekolah) Pernyataan Dasar
b. SKPM 2 : Standard Kualiti Malaysia (Sekolah)
Instrumen Pemastian Standard (IPS)
c. SKPM 3 : Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (Sekolah) Panduan
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
Sekolah mengkaji dan memahami ketiga-tiga
dokumen SKPM1, SKPM2 dan SKPM3.
Sekolah membentuk Jawatankuasa SKPM
i.
Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
ii.
Setiausaha : I GPK (Akademik)
II GPK (Kokurikulum)
III GPK (HEM)
iii.
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua
Panitia
iv.
Ketua-ketua Unit ( Kokurikulum)
v.
Ketua-ketua Unit (HEM)

TEMPOH

TINDAKAN
JNS

Okt-Dis
03

Jan 04
Jan 04

Guru Besar/
Pengetua,
GPK & Guru
Guru Besar
Pengetua
Semua GPK
Semua Ketua
Bidang/
Ketua Unit/
Ketua Panitia
AJK PKS

Sekolah merumuskan keputusan PKS

Jan-Feb
04
Feb 04

AJK PKS

6.

Sekolah memutuskan keputusan PKS

Feb 04

AJK PKS

7.

Feb 04

Guru Besar /
Pengetua

Mac 04

AJK PKS

4.

Sekolah melaksanakan Penarafan Kendiri

5.

8.

Sekolah memaklumkan keputusan PKS kepada :


a. JNS Negeri
b. JPN
c. PPD
Sekolah mendokumentasikan keputusan PKS

9.

Penyimpanan Dokumen PKS

Mac 04

AJK PKS

10

10.

Sekolah menyediakan RPS dan menubuhkan


Pasukan AKD

Mac 04

AJK RPS

11

11.

Sekolah melaksanakan RPS

AJK RPS

12

12.

Sekolah memantau pelaksanaan RPS

Mac-Nov
04
AprNov
04
Nov 04
Nov o4

AJK RPS /
PAKD
Pasukan AKD
AJK SKPM

Apr-Nov
04

Guru Besar/
Pengetua

13
13a
14
15

13. Sekolah menilai pencapaian RPS


13a. Menilai keseluruhan pencapaian terkini sekolah
dengan menentukan tahap prestasi terkini
14.

Sekolah melaksanakan penambahbaikan


berterusan

15.

Tamat

29

SKPM

30
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN SKPM-Sekolah
Penasihat :
Encik Rusli bin Rashikin, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengurus Projek :
Tuan Hj Md. Shah bin Bachik, Ketua Nazir Negeri Sembilan
Setiausaha :
I. En. Shamsuri bin Sujak, JNS KPM

I I. Pn. Ee Hong, JNS KPM

Ahli :
En. Kamaruddin bin Harun, KS PKIP JNS KPM
Pn. Ashah bt Samah, KS PPemPP JNS KPM
Pn. Fatimah bt Hj Uni, KS PPBK JNS KPM
Tn Hj Mortadza bin Hj Alop, KNN Sarawak
Tn Hj Ahmad Foaad bin Hashim, KNN Johor
En. Yusoff bin Hasan, JNS Pahang
Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin, JNS WP KL
En. Haron b. Amir, JNS Selangor
Cik Wee Mek Giat, JNS KPM
Pn. Hjh. Siti Zainon bt. Zainudin, JNS KPM
Tn. Hj. Md. Tah b. Talib, JNS KPM
En. Zakaria b. Mahzan, JNS KPM
En. Wan Shuib b. Wan Mohamad, JNS KPM

Pn. Dr. Hjh Asmah bt Ahmad, KS PPPSM JNS KPM


Pn. Azizah bt Hamzah, KS PPSS, JNS KPM
Tn. Hj Kasim b. Dol, KS PPTV JNS KPM
En. Mohamed Nor bin Abdul Samat, KNN Kelantan
En Bahari bin Md Shah, KNN Sabah
Tn. Hj, Mohd Zakaria bin Yusof, JNS Johor
Pn. Ramani a/p Subramaniam, JNS Selangor
Cik Shadhana a/p Popatlal, JNS KPM
Pn. Noora bt Sidek, JNS KPM
En. Abdullah b. Hassan, JNS KPM
Tn. Hj. Mohd Adnan bin Hassan, JNS KPM
Pn. Rusiah bt. Ibrahim, JNS KPM
Pn. Hjh. Umi Kalthom bt Dato Hj. Lope Salleh, JNS KPM

En. Abdul Wahab bin Sungip, KS Pengurusan Akademik JPN Johor


Tn. Hj Sobirin bin Hj Duli, KS Pengurusan Akademik JPN Pahang
Pn. Hjh Fauziah bt. Hj Othman, KS Pembangunan Kemanusiaan JPN P.Pinang
Tn. Hj Bajuri bin Hj Abdullah, PPD Kuala Selangor
En. Rahim bin Awang, PPB Sandakan, Sabah
En. Roseli bin Hasbullah, PPPD Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan
En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman, PPPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah
En. Ahmad Fuad bin Othman, Pegawai Sains dan Matematik, PPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah
Pn. Normah bt Mohamed, Pengetua Kanan SMKSAAS Shah Alam (NYDP PKPSM)
Pn. Hjh Latifah bt Mohd Rashid, Pengetua Kanan SMK Tunku Najihah Seremban, N. Sembilan
En. Awi bin Abd. Jalil, Pengetua SMK Cheras, Kuala Lumpur
Pn. Hjh Hamizah bt Mohd Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar, Johor
Tn. Hj Ramli bin Harun, GPK SMT Pengkalan Chepa, Kelantan
En. Saadun bin Kasim, Guru Besar SK Taman Seri Murni, Kuala Lumpur (TYDP MGB)
Tn. Hj Azmi bin Hj Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Biram, Pekan, Pahang
En. Mokhtar bin Mat, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu
En. Lim Sin Tian, Guru Besar SJKC Kg. Baharu Mahsan, Bahau, N.Sembilan
En. Perumal a/l Solai, Guru Besar SJKT YMHA, Jalan Stesen Hulu, Taiping, Perak
Pn. Chew Guat Bee, Guru Besar, SJKC Shih Chung (cawangan), Sg. Nibong, P.Pinang
Pn. Shanpakavalli a/p Raman, Guru Besar, SJKT Pulau Sebang, Tampin, N.Sembilan
En. Md. Sidek b. Jais, SMK Dato Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka
Pn. Zaharah bt Mohd Salleh, GPK SK Seri Biram, Pekan, Pahang

AJK PENGGUBAL SKPM

30

You might also like