Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Asal Usul Nama MALAYSIA

Nama tanahair kita: MALAYSIA bukanlah istilah dari kosa kata bahasa Melayu. Ia adalah cantuman dua
istilah MALAY dan SIA. MALAY adalah dari bahasa Inggeris yang bermakna orang Melayu. Manakala SIA
adalah dari bahasa Latin yang bermakna Tanah.
2. Semasa zaman kolonial, gugusan tanah Melayu ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Ia meliputi dari
sebahagian kecil selatan Siam hinggalah ke selatan Filifina.
3. Inggeris menukar nama Tanah Melayu kepada Malaya. Mungkin kesukaran orang Inggeris untuk
menyebut Melayu. Nama itu kekal semasa Merdeka dan hingga pembentukan Malaysia pada 1963.
Malaysia (Tulisan Jawi; )ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara
yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan
329,847 kilometer persegi (127,350 batu).[2][11] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut
China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[2]
Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[2] dan juga sempadan laut
dengan Singapura dan Filipina.[12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan
pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[5]
Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan
Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.
Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di
bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada
tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965,
Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia
menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara
kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[13] Ekonomi negara yang
selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan,
perdagangan dan perubatan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan
raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[14][15] Sistem kerajaan Malaysia banyak
berdasarkan sistem parlimen Westminster[16], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang
am Inggeris.
Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian
flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[17] Di Malaysia terletaknya
Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama
Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Mafilindo atau Mapilindo [1](singkatan kepada perkataan Malaysia, Pilipinas dan Indonesia) merupakan
suatu ikatan/cantuman/gugusan bersama tiga buah negara yang terlibat. Tujuan utama penubuhan ikatan ini
adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara MalaysiaFilipina dan Malaysia-Indonesia.[1]
Pada mulanya, pertelingkahan diantara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut adalah kerana cadangan
pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan

Malaysia adalah kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia adalah sebagai suatu bentuk
neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Manakala, tentangan Filipina pula adalah kerana negara
tersebut menuntut negeri Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, dari inisiatif Diosdado Macapagal dikenali sebagai the Macapagal
Plan ditandatangani Persetujuan Manila,[1][2] sesuai lampiran Resolusi Majlis Agung PBB 1541 (XV), 4
Prinsip 9,[3] Malaysia telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan rundingan dengan Filipina dan
Indonesia. Rundingan akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara tersebut
telah mencapai kata sepakat dengan memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia yang berdaulat dengan memasukkan sekali
negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan itu. PBB melalui perwakilannya ke Malaysia telah
menubuhkan United Nations Malaysia Mission (UNMM) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Misi
Malaysia). UNMM secara rasminya telah dibentuk oleh Setiausaha Agungnya pada masa itu U Thant
[3]
dengan menghantar wakil diplomatnya pada tahun 1963 yang bernama Lawrence V. Michael More[4] untuk
meninjau secara terperinci tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.[5]
Hasilnya Suruhanjaya Cobbold,[6] majoriti dari penduduk dan rakyat kedua-dua negeri berkenaan telah
bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina tidak
mengiktiraf hasil undian dan pandangan tersebut, kedua-dua negara tersebut terus memberi kecaman dan
menentang pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Persengketaan yang berterusan ini
menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.
Akhirnya, Indonesia telah mengadakan konfrontasi dengan Malaysia melalui dua langkah iaitu melalui
penyataan Ganyang Malaysia serta mengadakan tindakan separa-tentera. Namun kedua-dua perkara ini
dapat dipatahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui rundingan aman dan bantuan dari askar British.
Filipina pula sampai sekarang masih menuntut hak kedaulatan Sabah untuk dijadikan sebagai sebahagian
dari wilayahnya.

(a) Senaraikan dua cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold untuk melindungi kepentingan penduduk
Sarawak dan Sabah.
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.
Jaminan terhadap hak dan kedududukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948
[2 markah]
(b) Berikan dua perkara penting dalam hak wilayah asingan.
Ketua negeri.
Bahasa kebangsaan.
Agama Islam.
Kedudukan istimewa penduduk asal negeri.
Hal ehwal imigresen.
Kerakyatan.
Peruntukan kewangan
Pelajaran
[2 markah]
(c) Terangkan dua inti pati Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
Satu pertiga menyokong dengan syarat.
Satu pertiga menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu
[2 markah]

(d) Mengapakah Laporan Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan Malaysia ?


Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia.
Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan pembentukan
Malaysia ?
Mengamalkan diplomasi dalam mengatasi masalah.
Membuktikan kepemimpinan tokoh tempatan.
Pemimpin sanggup bekerjasama / bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.
Mana-mana yang munasabah
(a) Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Sarawak
Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS)
SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
Parti ini kemudiannya menyokong
SUPP terus menentang
PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan
menyokong gagasan ini
Sabah
Sebelum ini tiada parti
melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, parti Kaum Dusun , Parti Pasok Momugun , Parti
Bersatu , Parti Demokratik
Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan
Kemudiannya membentuk parti perikatan Sbah menyokong gagasan ini
menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
[7 markah]
(b) Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan
Malaysia.
Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di
Sarawak dan Sabah
Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang
pembentukan Malaysia.
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan
Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya
Cobbold.
Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan
Sabah

[8 markah]
(c) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah manfaat yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia ?
Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri
pertanian.
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
Menggalakkan pelaburan
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
[5 markah]
3. Pada 16 September 1963 negara Malaysia ditubuhkan secara rasmi yang merangkumi Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
(a) Terangkan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Cadangan oleh Lord Brassey , Pengarah Syarikat Borneo Utara
Mencadangkan agar kerajaan British mengabungkan Serawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu
dan Negeri-negeri Selat
Cadangan dari Sir Malcom Mc Donald Gabenor Jeneral Asia Tenggara
Mencadangkan supaya Serawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
Cadangan daripada pemimpin Singapura
Lee Yew Hock / David Marshall pada tahun 1955
Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman (TAR) mengabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Idea ini ditolak oleh TAR kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
Cadangan Dato Onn bin Jaafar
Mencadangkan agar persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
Alasannya pada suatu masa nanti British akan menggabungka Sarawak ,Sabah dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan oleh Tunku Abdul Rahman
Menyetujui dan mencadangkan pembentukan Malaysia di Majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi
Singapura
Pembentukan Malaysia diharap dapat menjamin satu kedudukan politik yang kukuh / disegani
Kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan
Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan
[7 markah]
(b) Jelaskan tanggungjawab anggota Suruhanjaya Cobbold berhubung dengan pembentukan negara
Malaysia.
Terdiri daripada tiga orang pegawai British / Lord Cobbold, Sir Anthony Abell,
David Watherstone
Wakil tempatan terdiri daripada Dato Wong Pau Nee,Tan Sri Ghazali Shafie
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
Mengemukakan cadangan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan British
Menerima memorendem yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
Mengemukakan laporan memorendem kepada kerajaan British
Melaporkan bahawa satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat

Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menyokong dengan syarat kepentingan
mereka harus dilindungi
Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menginginkan kemerdekaan sebelum
menyertai Malaysia
Mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1997
Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imegrisennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaaan
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikah penubuhan Malaysia
[7 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara Malaysia berjaya dibentuk walaupun pada
mulanya mendapat tentangan yang kuat dari dalam dan luar negara ?
Usaha gigih yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu secara
berterusan
Usaha Perti Perikatan Tanah Melayu membentuk parti-parti yang menyokang
pembentukan Malaysia
Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka menyertai persekutuan Tanah Melayu
daripada menanggotai Indonesia mahupun Filiphina
Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,Sabah dan
Sarawak serta Singapura
Berjaya menangkis tentangan daripada Indonesia dan Filiphina
Berjaya menangkis tekanan daripada pihak komunis
Wujudnya diplomasi politik yang tinggi antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan kerajaan British
Melibatkan kerjasama serantau/ASA/ MAPHILINDO
Melibatkan kerjasamaa antarabangsa/Pertubuhan Komanwel
Kebijaksanaan pemimpin yang berjaya mengelakkan pertumpahan darah
Hasil rundingan pakatan murni dan tolak antara kaum/penduduk
Kerjasama yang diberikan oleh rakyat negara anggota untuk memastikan
kedaulatan negeri terjamin
Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan semua negeri anggota
Mana-mana jawapan yang munasabah
[6 markah]

You might also like