Kertas Kerja Norol Hawa Binti Ishak Ukm

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL NITRO-C DALAM MENINGKATKAN

PENCAPAIAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SAINS


PELAJAR
Norol Hawa Ishak, Kamisah Osman & Saemah Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Modul Nitro-C yang
berasaskan laman pembelajaran Frog VLE terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) pelajar dalam subtopik Kitar Nitrogen dan Kepentingannya bagi subjek Sains
Tingkatan 5. Keberkesanan modul diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian ujian
sains dan KBAT melalui ujian pra iaitu sebelum intervensi dan ujian pasca iaitu selepas
intervensi dijalankan. Kajian ini melibatkan seramai 27 orang pelajar tingkatan lima di salah
sebuah sekolah menengah agama jenis Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah
Rembau, Negeri Sembilan. Instrumen kajian yang digunakan ialah 10 soalan mengikut format
SPM yang mengandungi soalan objektif dan empat soalan KBAT berbentuk esei dibina bagi
melihat perbezaan skor pencapaian ujian sebelum dan selepas menggunakan Modul Nitro-C
yang dijalankan secara ujian pra dan ujian pasca. Data kajian seterusnya dianalisis secara
deskriptif dan ujian statistik t. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi
skor ujian pra dan ujian pasca bagi atribut pencapaian dan KBAT pelajar seterusnya
menunjukkan bahawa Modul Nitro-C dapat meningkatkan pencapaian dan KBAT pelajar
dalam topik tersebut.
Kata kunci : Keberkesanan, Modul Nitro-C, Frog VLE, pencapaian, KBAT
ABSTRACT
This action research aims to assess the effectiveness of Nitro-C Module that is based on the
Frog VLE learning achievement and higher order thinking skills (HOTS) students in subNitrogen Cycle and Its Importance for Science module Form 5. Effectiveness was measured
by looking at differences in achievement test scores science and HOTS through the pre-test
and post-test before intervention after the intervention. This study involved 27 students in a
secondary school of the type of SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) in
Rembau, Negeri Sembilan. The instrument used was a 10 question by SPM format containing
four multiple choice questions and essay questions HOTS shaped built for the achievement
test score differences before and after use Nitro-C Module conducted the pre-test and posttest. Data were analyzed using descriptive statistics and t test. The study found that there are
significant differences in the scores of pre-test and post-test to attribute student achievement
and KBAT further suggests that Nitro-C Module can improve student achievement and KBAT
in the topic.
1

PENGENALAN
Dewasa kini, transformasi sistem pendidikan di Malaysia adalah selari dengan
perubahan kemajuan pendidikan yang berlaku pada peringkat global. Justeru, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah dirangka menuntut pelaksanaan yang jitu di
semua peringkat pelaksana. Antara aspek utama yang menjadi fokus di dalam PPPM ini
adalah mengenai pembelajaran sains yang kelihatan semakin malap dari segi atribut
pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar di Malaysia.
Sains merupakan satu mata pelajaran yang penting untuk menghadapi cabaran pada
zaman era globalisasi ini kerana sains dan teknologi adalah tonggak untuk mencapai tahap
kemajuan yang diidamkan berdasarkan wawasan 2020 (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2010). Namun begitu menurut laporan daripada TIMSS 2007 dan PISA 2009 sumber daripada
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011) tahap pencapaian pelajar negara kita adalah pada
tahap yang lemah dan membimbangkan. Para pelajar gagal mengaplikasi ilmu yang dipelajari
dalam kehidupan seharian untuk menyelesaikan masalah khususnya melibatkan sains (Mohd
Najib & Abd Raof, 2011). Pencapaian yang lemah ini harus diperbaiki agar negara kita
mampu mencapai tahap negara maju seiring dengan negara- negara maju yang lain (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025).
Prestasi sains murid di Malaysia secara puratanya adalah meningkat sejak beberapa
dekad kebelakangan ini, namun berhadapan dengan risiko dari segi relatif atau mutlak. Ironi
dengan sistem pendidikan luar negara, sistem pendidikan di negara luar dapat meningkatkan
prestasi murid dalam kadar yang tinggi di samping berjaya mengekalkan momentum
pencapaian cemerlang tersebut. Hal ini berbeza dengan Malaysia sekaligus menyebabkan
jurang pencapaian negara luar jika dibandingkan dengan negara Malaysia semakin melebar.
Sesuatu yang lebih merunsingkan, pentaksiran antarabangsa melaporkan bahawa pencapaian
murid Malaysia semakin merosot terutamanya bagi indikator subjek Sains dan Matematik.
Sejak dua dekad yang lalu, pentaksiran murid peringkat antarabangsa seperti
Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS), telah menjadi penanda aras utama sebagai medium
perbandingan langsung kualiti keberhasilan pendidikan khususnya untuk subjek Sains dan
Matematik. Penyertaan Malaysia yang terkini dalam TIMSS menunjukkan prestasi murid
Malaysia merosot sehingga menempatkan kedudukan negara di bawah skala purata
2

antarabangsa bagi Matematik dan Sains. Untuk perbandingan, bagi tahun 2009, untuk subjek
Sains, Malaysia memperoleh 422 mata ditangga ke-51 berbanding China ditangga pertama
dengan skor 575. (Laporan awal Ringkasan eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025).
Selain itu, kebolehpasaran yang rendah dalam kalangan graduan adalah disebabkan
oleh terbatasnya kemahiran-kemahiran generik serta kemahiran berfikir aras tinggi yang
menjadi aspek terpenting bagi agenda globalisasi pada masa kini (Hasliza 2002; Musliha
2010). Tambahan lagi, menurut Yahya dan Rashid (2006) menegaskan bahawa majikan pada
masa kini amat menitikberatkan pekerja yang mempunyai kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran membuat keputusan, berkemahiran dalam membuat penyelesaian masalah, mahir
dalam mempelajari sesuatu yang baharu serta mempunyai daya pemikiran yang kritis dan
kreatif yang mana kesemua kemahiran tersebut merupakan komponen kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT). Oleh yang demikian melalui perangkaan PPPM yang menggariskan beberapa
aspirasi murid termasuklah atribut kemahiran berfikir telah menjadi fokus utama dalam dunia
pendidikan di Malaysia kini khususnya dalam mempersiapkan diri untuk bersaing di peringkat
global pada masa hadapan.
PERNYATAAN MASALAH
Isu kemerosotan prestasi pelajar dalam subjek sains banyak diperdebatkan (Maaris, 1995;
Abd Main, 1995; Omar, 1995) dalam pelbagai peringkat pendidikan. Ini adalah kerana ianya
akan memberi impak terhadap penyertaan mereka dalam kerjaya yang melibatkan bidang
sains dan teknologi. Selain itu, senario ini akan menjadi batu penghalang terhadap usaha
kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi, membudayakan sikap
saintifik dan sentiasa progresif dalam membina Malaysia yang berstatus negara maju.
Persepsi pelajar terhadap sains bahawa ianya adalah merupakan subjek yang sukar,
membosankan dan terlalu abstrak untuk dipelajari (Subahan 1997; Ruhizan 1999; Razila
1998) menyebabkan mereka hilang minat terhadap sains. Isi kandungan pengajaran yang
abstrak akan menyukarkan guru menerangkan dengan jelas kepada para pelajar. Menurut
Maria (2002), konsep sains yang abstrak menyebabkan

ianya sukar untuk diajar dan

dipelajari. Salah satu sebabnya adalah kerana topik ini sukar untuk dilihatseterusnya .
dibebani dengan kandungan beban kognitif yang terlalu tinggi (Lim, 2004) . Justeru itu,
3

pengajaran perlu disampaikan ke suatu tahap yang dapat meningkatkan tahap visualisasi
pelajar bagi membenarkan para pelajar melihat dan memahami topik abstrak sains tersebut.
Aktiviti berfikir serta melakukan penjanaan visualisasi mental merupakan antara gaya
pembelajaran yang penting bagi subjek sains. Namun begitu apabila sebuah pembelajaran
tidak dapat dicapai sekiranya ianya tidak dilaksanakan dengan berkesan (Daniel, 2002). Ini
adalah kerana gaya pembelajaran tersebut menuntut pelajar membina perwakilan mental yang
tepat dan betul (Abu Talib, 2005). Menurut Anderson (1999) visualisasi ini melibatkan fungsi
kognitif seperti proses pengecaman, pembelajaran dan memori. Justeru itu, bagi
membolehkan pemikiran ini berlaku, segala-galanya bermula daripada guru yang mengajar
mata pelajaran sains. Guru sains dapat menyampaikan pengetahuan menerusi visualisasinya
dan disampaikan kepada pelajar-pelajarnya. Rowell dan Guilbert (1996) pula menyatakan
bahawa kualiti pembelajaran dan pengajaran Sains bergantung pada pilihan guru tersebut di
dalam menentukan kaedah pengajaran, aktiviti dan bahan bantuan mengajarnya.
Selain itu, isu KBAT yang lemah dalam kalangan pelajar menjadi faktor kemerosotan
prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA. Ini adalah kerana pelajar
tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta tidak dapat menjana idea dalam
melaksanakan sebarang tugasan yang melibatkan penyelesaian masalah (Yee et. al, 2010).
Oleh yang demikian, Rajendran (2001) mencadangkan bahawa pembelajaran yang aktif dan
bermakna perlu diwujudkan di dalam kelas dengan menggunakan pelbagai kaedah pedagogi
serta pengetahuan yang mantap daripada guru.
Sejajar dengan itu, selaras dengan hasrat kerajaan dalam Anjakan ke-7 PPPM (20132025) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkankan kualiti pembelajaran di Malaysia
khususnya dalam mendepani cabaran pembelajaran abad ke-21 maka tercetuslah idea untuk
membangunkan sebuah bahan bantu mengajar yang berkonsepkan ICT. Kajian yang
dilakukan ini adalah sebagai salah satu alternatif yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi
masalah pembelajaran Sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 seterusnya meningkatkan
tahap pencapaian dan minat mereka menerusi pembinaan bahan bantu mengajar yang
mengaplikasikan integrasi ICT.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau sejauh mana Modul Nitro-C yang
menggunakan laman pembelajaran Frog VLE dapat meningkatkan pencapaian dan KBAT
pelajar terhadap subtopik kitar nitrogen dan kepentingannya yang terdapat dalam topik Nutrisi
4

dan Pengeluaran Makanan silibus pembelajaran sains Tingkatan 5. Antara persoalan kajian
adalah :
1. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pelajar Tingkatan 5
sebelum menggunakan Modul Nitro-C yang berasaskan laman pembelajaran Frog VLE dan
selepas diberikan intervensi dalam subtopik Kitar Nitrogen dan Kepentingannya.
2. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan KBAT pelajar Tingkatan 5 sebelum
menggunakan Modul Nitro-C yang berasaskan laman pembelajaran Frog VLE dan selepas
diberikan intervensi dalam subtopik Kitar Nitrogen dan Kepentingannya.

TINJAUAN LITERATUR
Kajian Lepas : Keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Komputer dan ICT
dalam Subjek Sains
Pada asasnya, terdapat beberapa kajian yang mengkaji keberkesanan modul pembelajaran
berbantukan komputer dalam subjek sains. Antaranya adalah kajian Aszoura (2007)
mendapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan
perisian power point interaktif) dapat meningkatkan penguasaan konsep sains, minat dan
motivasi pelajar tingkatan satu bagi terhadap topik sel. Selain itu, dapatan Ngin (2009) juga
menunjukkan bahawa penggunaan power point dalam subjek sains menunjukkan kesan
yang positif terhadap pencapaian dan minat pelajar tahun lima. Menurut Rian (2012),
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai media pengajaran berteraskan
integrasi ICT dan alam seitar dapat memberikan impak positif terhadap perkembangan
kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah di Riau,
Indonesia. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT terutamanya
penggunaan klip video dan power point memberikan peningkatan terhadap pencapaian dan
minat pelajar tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Kuching (Ting, 2009).
Kajian terhadap tahap amalan guru dalam pengintegrasian ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan oleh Johari et. al. (2012) menyatakan bahawa
kebanyakan guru mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan
pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran

dan pembelajaran sains. Walau

bagaimanapun, amalan guru dalam mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains adalah sederhana. Dapatan ini membuka satu kefahaman mengenai
5

perlunya usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan ICT dalam kalangan guru bagi
mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian tindakan yang bersandarkan Model Kemmis dan
Mc Taggart (1988) yang berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan
peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu
situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam rajah
berikut.
Rajah 1. Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart

Tinjauan
awal

Mereflek

Satu
kitaran
kajian

Merancang
tindakan

Merancang
tindakan

Dalam fasa tinjauan awal yang telah dilakukan oleh guru iaitu penyelidik dalam kajian
ini adalah membuat analisis terhadap keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015. Hasil
penelitian terhadap analisis tersebut, ia menunjukkan hasil yang amat mengecewakan apabila
hanya seorang sahaja pelajar memperoleh gred A manakala terdapat lima orang memperoleh
gred D. Selain itu, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) juga menunjukkan penurunan
seterusnya tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah menerusi
penjanaan headcount menerusi sistem cocostar .
Apabila guru membuat sedikit temubual bersama pelajar berkenaan faktor-faktor yang
menyebabkan keputusan yang kurang memberangsangkan adalah disebabkan oleh kurang
membuat persediaan secara kendiri, tidak dapat mengingat fakta atau konsep Sains yang
terlalu banyak serta kompleks dan tidak faham kehendak soalan. Namun begitu, keazaman
pelajar untuk memperoleh gred A dalam subjek Sains mendorong guru untuk menghasilkan

sebuah inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan dapat membantu pelajar
meningkatkan tahap pencapaian sains sekaligus kemahiran berfikir aras tinggi mereka.
Walaupun subtopik ini bukan merupakan item wajib yang keluar dalam SPM pada
setiap tahun, namun begitu, berdasarkan tren soalan yang dikeluarkan secara berkala adalah
kebarangkalian untuk dikeluarkan dalam soalan peperiksaan SPM adalah dalam jangka masa
lebih kurang lima tahun sekali bagi beberapa topik pembelajaran. Justeru, kajian tindakan
yang akan dihasilkan ini diharapkan agar dapat menambahbaik pencapaian pelajar seterusnya
mengimplementasi konsep sains yang telah diperoleh dalam kehidupan seharian mereka
menerusi peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Oleh yang demikian, sebuah
inovasi pengajaran dan pembelajaran yang telah dibangunkan oleh guru iaitu Modul Nitro-C
yang berasaskan laman pembelajaran Frog VLE akan digunakan bagi mengatasi masalah yang
telah dinyatakan.
Sebuah kajian tindakan seharusnya mempunyai pelan tindakan yang khusus bagi
memastikan proses kerja berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, berikut merupakan
jadual perancangan tindakan yang telah dirangka bagi memudahkan gerak kerja kajian
dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Jadual 1. Perancangan Tindakan Kajian


BIL.

CADANGAN AKTIVITI

TEMPOH

1.

Mengenal pasti dan mengumpul data awal

1 minggu

2.

Merancang tindakan individu

1 minggu

3.

Melaksanakan tindakan aktiviti

2 minggu

4.

Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti

1 minggu

5.

Melaksanakan tindakan aktiviti

1minggu

6.

Refleksi kajian

1 hari

Dalam fasa melaksana tindakan dan memerhati, iaitu sebelum kajian dijalankan,
penyelidik akan memberikan taklimat ringkas kepada pelajar untuk mengelakkan sebarang
kekeliruan sewaktu menjawab. Seterusnya, soalan ujian berkaitan konsep kitar nitrogen
dijalankan dalam bentuk pra ujian sebelum pelajar menggunakan Modul Nitro-C yang
berasaskan aplikasi laman pembelajaran Frog VLE

dalam mempelajari subtopik Kitar

Nitrogen dan Kepentingannya. Setelah mempelajari topik berkenaan dengan menggunakan


7

modul tersebut di bawah bimbingan guru, pelajar sekali lagi diberikan ujian pasca. Pelajar
tidak akan diberitahu bahawa mereka akan menduduki ujian yang sama pada akhir
pengajaran. Tujuan ujian ini adalah untuk melihat tahap pemahaman konsep dan KBAT
pelajar terhadap tajuk Kitar Nitrogen dan Kepentingannya melalui skor yang diperolehi
pelajar. Selain itu, pengkaji juga boleh membuat pemerhatian bagi mengesan sekiranya
berlaku sebarang masalah atau isu pelajar semasa fasa melaksana tindakan dijalankan.
Akhir sekali adalah fasa refleksi iaitu pengkaji akan menjalankan penilaian terhadap
ujian yang dilakukan seterusnya membuat analisis secara deskriptif dan inferensi tentang
keberkesanan penggunaan Modul Nitro-C khususnya dalam mengatasi masalah pembelajaran
pelajar dalam subtopik tersebut. Sekiranya dapatan menunjukkan hasil yang positif, maka
kitaran kajian tidak akan diulang. Namun jika hasil kajian yang diperoleh adalah berlaku
sebaliknya, pengkaji terpaksa mengulang kitar yang sama sehingga memperoleh hasil yang
positif.
Sebagai tambahan, jenis reka bentuk pengumpulan data yang dipilih dalam kajian ini
ialah reka bentuk kuantitatif ujian pra-ujian pasca satu kumpulan. Melalui pemilihan reka
bentuk ini, penyelidik ingin menentukan sejauh mana perbezaan pra dan pasca pencapaian
dan KBAT sains pelajar Tingkatan 5 sebelum dan selepas diajar menggunakan Modul NitroC.
LOKASI DAN SUBJEK KAJIAN
Kajian dijalankan di salah sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) yang bertempat di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pengajaran sains yang dipilih
adalah satu subtopik daripada topik Nutrisi dan Pengeluaran Makanan dalam silibus
pembelajaran Tingkatan 5 iaitu subtopik Kitar Nitrogen dan Kepentingannya. Subjek kajian
yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 27 orang pelajar sekolah tersebut yang
mengambil aliran sastera agama.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada dua aspek iaitu media
pengajaran dan alat bagi pengumpulan data. Media pengajaran yang digunakan bagi
menjalankan eksperimen di dalam kajian ini, iaitu guru akan mengajar menggunakan bahan
bantu mengajar yang telah dibangunkan iaitu Modul Nitro-C yang berasaskan aplikasi laman
8

pembelajaran Frog VLE dengan sokongan perkakas ICT yang lain seperti komputer riba,
projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrin papan putih. Bagi kaedah konvensional yang
digunakan sebelum subjek kajian diberikan intervensi, guru akan mengajar menggunakan
kaedah manual, iaitu dengan menggunakan buku teks disokong oleh pen marker dan papan
putih di dalam kelas. Kedua-dua media pengajaran Sains ini adalah berdasarkan sukatan
pelajaran Sains Tingkatan 5 yang telah ditetapkan oleh KPM dan perancangan pengajaran
yang sama bagi mengelakkan unsur-unsur bias berlaku semasa eksperimen dijalankan.
Alat kajian yang digunakan untuk pengumpulan data ialah dua set instrumen yang
diberikan kepada subjek kajian sebelum (pra) dan selepas (pasca) eksperimen dijalankan.
Kandungan set soalan sebelum dan selepas kajian adalah sama kerana ia mengukur
pembolehubah yang sama pada masa yang berbeza. Setiap set instrumen pra dan pasca
tersebut terdiri daripada soalan KBAT dan ujian sains berdasarkan subtopik Kitar Nitrogen
dan Kepentingannya.
Pembinaan modul adalah berasaskan papan cerita menggunakan susunan teori
pembelajaran konstruktivisme Lima Fasa Needham yang biasa digunakan oleh guru di dalam
kelas. Pada butang PENGENALAN merupakan sesi guru menarik perhatian murid melalui set
induksi melalui paparan video berkaitan dengan topik yang bakal dipelajari. Dalam bahagian
ini guru boleh mengajukan soalan-soalan inkuiri yang membawa proses berfikir berlaku
dalam kalangan pelajar.
Rajah 2. Paparan butang PENGENALAN

Seterusnya, pada butang ketiga, iaitu bahagian ISI KANDUNGAN yang mengandungi
nota pembelajaran subtopik kitar nitrogen yang disimpan di dalam aplikasi flipsnack dan juga
video animasi kitar nitrogen. Kandungan nota yang dibekalkan adalah mengandungi teks dan
grafik yang membantu pelajar mengenal setiap subjek yang terlibat di dalam proses kitar
nitrogen. Selain itu, video animasi yang disisipkan juga membantu pelajar melihat serta
menggambarkan proses kitar nitrogen yang abstrak serta meringkaskan segala teks yang
9

terlalu banyak yang selama ini membebankan ruang fikiran mereka. Maka, di sinilah teori
mimimalisme serta pembelajaran berasaskan kognitif multimedia Mayer berlaku.
Rajah 3. Paparan butang ISI KANDUNGAN

Seterusnya pada butang PENILAIAN FORMATIF, para pelajar akan memuat turun
latihan yang berbentuk lembaran grafik, melengkapkan latihan tersebut secara berkumpulan
seterusnya guru akan meminta wakil kumpulan membentangkan jawapan dengan memberi
penerangan mengenai proses- proses yang berlaku dari awal sehingga akhir.
Rajah 4. Paparan butang PENILAIAN FORMATIF

Butang akhir iaitu bahagian RUMUSAN mengandungi tugasan berasaskan projek


yang perlu dilaksanakan dalam kumpulan. Guru memberi tempoh kepada setiap kumpulan
untuk menyiapkan projek tersebut. Apa yang menarik di dalam bahagian ini terdapat ruangan
forum yang disediakan sebagai medium perhubungan antara pelajar dan guru bagi
membincangkan sebarang isu dan masalah yang timbul semasa melaksanakan tugasan yang
telah diberikan.
Rajah 5. Paparan butang RUMUSAN

10

PROSEDUR ANALISIS DATA


Analisis statistik ujian t berpasangan akan digunakan bagi menganalisa data yang telah
diperoleh. Selain itu, analisis deskriptif digunakan dalam bentuk peratusan, min, sisihan
piawai, frekuensi turut digunakan dalam penganalisisan tersebut.
DAPATAN KAJIAN
1. Pencapaian Pelajar
Jadual melaporkan mengenai analisis secara deskriptif bagi dapatan ujian pra dan ujian pasca
pencapaian pelajar. Keputusan deskriptif dalam ujian pra daripada 27 orang murid iaitu
sampel kajian (N) menunjukkan markah minimum responden adalah 20% dan markah
maksimum adalah 85%, dengan purata skor (min) adalah 49.44 dan sisihan piawai pada
18.09. Di samping itu, dapatan daripada ujian pasca iaitu selepas intervensi dilaksanakan
menunjukkan bahawa skor minimum adalah 30% manakala skor maksimum yang dicatat
adalah 90% dengan skor min sebanyak 66.85 pada sisihan piawai 15.13.

Jadual 3. Deskriptif Min Skor Ujian Pra dan Pasca Pencapaian Pelajar
N

Minimum

Maksimum

Min

Sisihan Piawai

27

20

85

49.44

18.09

Ujian Pasca 27

30

90

66.85

15.13

Ujian Pra

Dalam kajian ini, ujian statistik t jenis Paired-sample t-test telah digunakan untuk
melihat perbandingan skor min untuk kumpulan orang yang sama pada masa yang berbeza
(sebelum dan selepas intervensi dijalankan). Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat
perbandingan nilai min ujian pra dan ujian pasca pada pelajar yang sama.
Jadual 4. Ujian t untuk Ujian Pra dan Pasca Pencapaian Pelajar

Ujian pra
Ujian pasca

Min

Sisihan piawai

Darjah kebebasan

Sig. (2-hujung)

-17.40

11.38

-7.94

26

.00

11

Merujuk kepada Jadual ujian t berpasangan di atas, nilai Sig. (p) bersamaan dengan .00
di mana nilai ini lebih kecil daripada nilai alpha () .05. Maka, boleh disimpulkan bahawa
terdapat perbezaan nilai min yang signifikan secara statistik di antara pasangan pemboleh
ubah ujian pra dan ujian pasca seterusnya nilai perbezaan adalah -17.40 (rujuk pada lajur
min). Oleh yang demikian, hipotesis nul (H0) adalah ditolak iaitu bermaksud terdapat
perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kedua-dua pemboleh ubah yang diuji atau
merujuk kepada markah bertambah.
2. KBAT Pelajar
Jadual menunjukkan analisis secara deskriptif mengenai pencapaian ujian KBAT 27 orang
pelajar yang sama sebelum dan selepas diajar menggunakan Modul Nitro-C yang berasaskan
laman pembelajaran Frog VLE.
Jadual 5. Deskriptif Min Skor Ujian Pra dan Pasca KBAT Pelajar
N Minimum Maksimum
Min
Sisihan piawai
Ujian KBAT sebelum
27
0
80
27.41
24.89
Ujian KBAT selepas
27
20
90
53.33
22.53
Analisis memaparkan bahawa markah minimum ujian KBAT sebelum intervensi
adalah 0% manakala markah maksimum sebanyak 80% dengan min 27.41 dan sisihan piawai
24.89 . Di samping itu, pencapaian ujian KBAT selepas intervensi mencatatkan markah
minimum sebanyak 20% manakala markah maksimum yang diperoleh pelajar pula adalah
90% serta bacaan min yang diperoleh adalah 53.33 serta sisihan piawai 22.53.
Jadual 6. Ujian t untuk Ujian Pra dan Pasca KBAT Pelajar

Ujian KBAT Sebelum


Ujian KBAT Selepas

Min

Sisihan piawai

Darjah
kebebasan

Sig. (2hujung)

-25.92

15.00

-8.98

26

.00

Jadual di atas memaparkan keputusan ujian t berpasangan yang dibuat terhadap 27


orang pelajar yang sama dalam ujian KBAT sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil
analisis yang telah dijalankan mendapati bahawa nilai p yang diperoleh adalah .00 iaitu lebih
kecil daripada nilai alpha () .05. Justeru, ini menunjukkan bahawa hipotesis nul (H0) adalah

12

ditolak iaitu membawa maksud terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian
KBAT sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan dengan nilai perbezaan -25.92.
PERBINCANGAN
Secara dasarnya, dapatan kajian bagi kedua-dua aspek pembolehubah bersandar iaitu
pencapaian serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar menunjukkan peningkatan
apabila pelajar diajar menggunakan Modul Nitro-C yang berasaskan laman pembelajaran
Frog VLE bagi topik Kitar Nitrogen dan Kepentingannya. Oleh yang demikian, ini secara
jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan modul ini dalam membantu pelajar memahami
topik tersebut.
Elemen-elemen ICT seperti teks, video animasi, audio serta rajah visual yang
diintegrasi di dalam modul ini didapati menjadi faktor penyumbang terhadap keberkesanan
penyampaian maklumat pengajaran seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Ini adalah
kerana elemen-elemen ICT tersebut membantu memvisualisasikan proses-proses yang berlaku
dalam kitar nitrogen dengan lebih jelas selain mengurangkan beban kognitif yang perlu
ditanggung oleh pelajar. Dapatan ini disokong oleh Rian (2012) yang menyatakan bahawa
penggunaan media pengajaran yang variasi termasuklah penggabungjalinan elemen ICT dapat
membantu memudahkan proses pembelajaran sains berlaku dalam kalangan pelajar. Namun
begitu, aspek media pengajaran yang canggih sahaja tidak cukup malahan ia memerlukan
adunan pendekatan pengajaran bagi mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.
Ironinya, dalam kajian ini, peningkatan prestasi pelajar yang lebih tinggi berlaku
dalam atribut KBAT berbanding pencapaian ujian sains yang dikendalikan. Perbezaan antara
soalan yang ditadbir bagi ujian sains berkaitan konsep sains yang dipelajari adalah aras soalan
yang diberikan meliputi kemahiran berfikir aras rendah dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengingat dan memahami berbanding soalan KBAT yang dibina adalah merangkumi soalan
yang beraras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisa dan menilai. Oleh yang demikian, ini
menunjukkan bahawa secara eksplisitnya, elemen-elemen ICT yang terkandung di dalam
modul ini serta teori-teori pembelajaran yang diadaptasi dengan sentuhan pendekatan strategi
yang sesuai dapat meningkatkan KBAT pelajar yang mana ianya merupakan unsur terpenting
dalam dunia pendidikan masa kini.
Di samping itu, berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988),
dapatan yang positif ini akan menyebabkan tiada berlaku sebarang pengulangan kitaran kajian
13

yang akan dilakukan oleh penyelidik. Ini adalah kerana masalah pembelajaran pelajar dalam
subtopik Kitar Nitrogen dan Kepentingannya telah dapat diselesaikan melalui penggunaan
modul tersebut.
Terdapat beberapa isu kekangan yang dihadapi oleh pengkaji dalam merealisasikan
kajian ini. Antaranya adalah pengkaji mengalami keterhadan masa bersama dengan sampel
kajian (atas faktor sampel kajian merupakan calon peperiksaan SPM seterusnya terikat dengan
banyak program persediaan menghadapi SPM) dalam menjalankan intervensi menyebabkan
aktiviti projek yang dirangka di dalam modul iaitu penghasilan model kitar nitrogen dengan
bahan terbuang tidak dapat dijalankan. Namun begitu, aktiviti tersebut digantikan dengan
aktiviti berasaskan projek yang lebih ringkas iaitu penghasilan nota ringkas menggunakan
perisian Microsoft Powerpoint secara berkumpulan seterusnya membentangkan hasil kerja
mereka. Aktiviti seperti ini adalah penting bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kritis
dan kreatif seterusnya meningkatkan KBAT mereka sehingga mencapai aras berfikir yang
tertinggi dalam Taksonomi Bloom iaitu aras mencipta.
KESIMPULAN
Tuntasnya, dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa penggunaan Modul Nitro-C yang
berasaskan laman pembelajaran Frog VLE menunjukkan dampak yang positif dengan
meningkatkan pencapaian dan KBAT pelajar bagi subtopik Kitar Nitrogen dan
Kepentingannya. Oleh yang demikian, penggunaan modul seperti ini seharusnya dapat
diimplementasi bagi topik-topik sains yang lain. Selain itu, semua pihak termasuklah pihak
berautoriti, masyarakat dan ibu bapa seharusnya memainkan peranan masing-masing serta
bekerjasama menggembleng usaha dalam memberi pendidikan dan menunjukkan contoh yang
terbaik terhadap modal insan harapan negara demi masa hadapan negara yang gemilang
seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
RUJUKAN
Ahmad, R. M., Muhammad, Z. M., Mohamad, Z. M. & Yahya, B. 2009. Kesan Penggunaan
Koswer Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field
Independence-Dependence. Fakulti Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Aliff, N., Mohamad, I. H. & Surina, A. A. S. 2014. Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih
(Mobile Apps) dalam Bidang Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic
Education Vol. 2 Issue 2. 26 -33
Aszoura Muhamed Salleh. 2007. Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer
14

(Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) terhadap Peningkatan Penguasaan


Konsep Sains dalam Tajuk Sel Tingkatan Satu. Fakulti Sains dan Pendidikan Asas.
Universiti Terbuka Malaysia.
Azura, I., Zakaria, K., Mohd, H. S. & Bahaman, A. S. 2009. Perbandingan Pengajaran
Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap
Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia
(5). 79 -89
Faaizah Shahbodin & Halimah Badioze Zaman. 2009. Penerapan Pendekatan PBL Dalam
2

Pakej Multimedia C HADAM: Konstruk Keberkesanan. Jurnal Teknologi Maklumat


& Multimedia (5). 25 -46
Johari, S., Nor, H. I. & Rohaya, A. H. 2012. Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Kamisah, O., Lilia, H. & Zanaton, I. 2007. Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di
Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan (32). 39-60
Ngin Wei Haw. 2012. Keberkesanan Penggunaan Powerpoint terhadap Penguasaan Konsep
Sains Bagi Murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. 61-70
Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Salleh. 2012. Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan terhadap
Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Kimia. Asia Pacific Journal of Educators
and Education Vol. 27. 159174
Norazilawati, A., Noraini, M. N., Nik, A. N. Y. & Rosnidar, M. 2013. Aplikasi Persekitaran
Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan
Sains & Matematik Malaysia Vol.3 No.2. 63 - 75
Razila Abd. Kadir. 1998. Pemilihan Aliran Sains di kalangan Pelajar Tingkatan Empat.
Latihan Ilmiah: Fakulti Pendidikan, UKM.
Rian Vebrianto & Kamisah Osman. 2012. Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media
Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar.
Jurnal Pendidikan Malaysia 37(1). 1-11
Rosseni Din. 2014. Pembinaan & Permodelan Sistem Pengajaran. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ruhizan Mohd Yassin. 1999. Integrasi Pendidikan Akademik dan Vokasional Satu
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Prosiding Seminar Kebangsaan
Isu-isu Pendidikan Negara Jilid 2: 112-122.
Ting, Sung Ping. 2012. Meningkatkan Minat dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga
melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012. 116-131
Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling. 2005. Penggunaan ICT dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional: Sikap
Guru, Peranan ICT dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Yee, M. H, Jailani, M. Y., Razali, H. & Mimi, M. M. 2013. Penilaian Kualiti Manual
Pembelajaran Kendiri Pengintegrasian Gaya Pembelajaran Kolb dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Marzano. Proceeding of the International Conference on Social
Science Research. 1357 1365.
Zahara Aziz & Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian
Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia
34(1). 3 - 15

15

You might also like