Laporan Perjumpaan Bersama Guru Besar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN

PERJUMPAAN
BERSAMA GURU
BESAR
GURU-GURU PRAKTIKUM INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA
BHARU SESI 2012

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA GURU BESAR


Tarikh:

10 September 2012

Hari: Isnin
Perkara:
1. Guru Besar menyatakan penghargaan kepada semua guru pelatih
kerana dapat meluangkan masa seketika bersama Guru Besar.
2. Guru Besar menyuarakan kesenangan hati beliau atas perkara
sampingan yang dilakukan oleh guru pelatih seperti mural dan
penglibatan dengan aktiviti kokurikulum sekolah. Beliau berharap
pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di sekolah ini dapat
membantu guru pelatih di masa hadapan
3. Guru Besar melakukan penyemakan terhadap

Buku

Rancangan

Mengajar guru pelatih. Beliau berharap penulisan sebegitu rupa akan


diteruskan di masa hadapan. Di samping itu beliau juga turut
memberitahu bahawa rekod pengajaran yang akan ditulis semasa
berada di sekolah sebenar nanti adalah sangat ringkas. Perasaan kekok
akan berlaku kepada semua guru baru namun beliau berpesan supaya
terus mengajar dengan bersungguh-sungguh walaupun penulisannya
menjadi

lebih

ringkas.

Beliau

turut

menguar-uarkan

tentang

pertandingan buku rekod pengajaran antara guru di Sekolah Rendah


Agama Tengku Amalin Aishah.
4. Guru Besar menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi guru.
Telah banyak pahit getir yang beliau alami sepanjang proses bergelar
guru. Namun kepahitan itulah yang mendorong beliau untuk terus
berjaya hingga ke hari ini. Beliau juga turut menceritakan sokongan
keluarga menjadikan semangatnya terus berkobar. Justeru beliau
bertanyakan latar belakang setiap guru pelatih. Beliau mengingatkan

guru pelatih agar tidak menjadikan latar belakang keluarga yang


miskin atau sederhana sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.
5. Guru Besar berpesan agar semua bahan bantu mengajar yang dibuat
sepanjang tempoh praktikum ditinggalkan di sekolah untuk kegunaan
guru-guru lain. Beliau berharap dengan adanya bahan bantu mengajar
yang

disediakan

oleh

guru

pelatih

dapat

menvariasikan

cara

pengajaran yang sedia ada dan memberikan pengalaman baru kepada


murid dalam proses belajar.
6. Di akhir bicara beliau berharap agar banyak input berguna yang
diperolehi oleh guru pelatih. Jika terdapat sebarang kekurangan atau
kelemahan sepanjang berada di sekolah ini, beliau berharap agar ianya
dapat dijadikan teladan di masa hadapan. Beliau turut melafazkan
kesenangan hati beliau untuk menerima lagi kunjungan guru pelatih
lain di masa hadapan.

Disediakan oleh:
1) Mahfudzoh Syazwani binti Zainal Abidin

(major: Matematik ;

minor: Pendidikan Jasmani)


2) Nurfatin binti Zain (major: Matematik ; minor: Pendidikan
Jasmani)
3) Nurhafizah

binti

Razali

(major:

Bahasa

Melayu

minor:

Pendidikan Jasmani)
4) Nabilah Hanis binti Amran (major: Bahasa Melayu ; minor:
Pendidikan Jasmani)

GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU


PRAKTIKUM FASA II (22 JULAI 2012 HINGGA 20 SEPTEMBER
2012)

You might also like