Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

PANDUAN LENGKAP MENJAHIT


Bersama POLA
TUDUNG 3 LAYER
BERSAMA BROOCH
(Fullcup Awning)

Disediakan oleh : Pn.Siti Nor (012-4559964)

Facebook Page : Ratu Kerongsang

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

PANDUAN MENJAHIT TUDUNG 3 LAYER (FULLCUP AWNING)


Isi Kandungan
Panduan ini adalah disokong dengan ilustrasi gambar (gambar sebenar & juga gambar draft
computer) yang mudah difahami dan dikuti, walaupun anda tidak mempunyai asas menjahit
langsung .
1. Penyediaan alatan untuk jahitan.
2. Penyediaan bahan untuk membuat awning.
3. Cara membuat belian (anggaran ) kain untuk tudung mengikut layer.
4. Cara membuat pola tudung berserta ukuran mengikut saiz.
5. Cara mengambil ukuran kain tanpa meninggalkan baki kain yang banyak. (jimat)
6. Cara menanda ukuran dan memotong kain.
7. Cara menjahit (i) penyatuan setiap layer kain (bahagian atas).
8. Cara membuat awning chiffon (fullcup)
9. Cara menjahit (ii) penyatuan layer kain dengan awning.
10. Cara menjahit (iii) penyatuan setiap layer kain (bahagian dada).
11. Cara menjahit (iv) jahitan bawah dagu ke hingga keliling awning (atas)
12. Cara menjahit (v) kelim untuk kemasan bahagian dalam dan tepi tudung.
13. Cara menjahit (vi) cara membuat kedut yang kemas di bahagian depan tudung (untuk
letak brooch)
14. Contoh tudung yang siap dijahit.

DENGAN MENGIKUTI LANGKAH DEMI LANGKAH PANDUAN DIBERIKAN, InsyaAllah anda akan
dapat menghasilkan sehelai tudung dengan tangan sendiri.
-

Dengan memahami konsep dan asas jahitan tudung ini, anda bebas dan berpeluang
menjahit pelbagai rekabentuk yang anda suka.

Tudung 1 layer/ 2 layer/ 3 layer, telekung labuh juga boleh dihasilkan dengan
menggunakan asas jahitan tudung ini.

Jika mahukan tudung tanpa awning, tidak perlu cantumkan awning.

Tudung kanak-kanak boleh juga dihasilkan dengan teknik ini, 1 layer sudah cukup bagi
kanak-kanak supaya tidak kelihatan sarat. Boleh gunakan pola layer pertama untuk
kanak-kanak bawah 6 tahun.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

1. Penyediaan alatan untuk jahitan


i) Gunting

ii) Jarum Peniti

iii) Pen penanda fabrik/ Kapur penanda

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

iv) Pembaris Panjang / pembaris siku

v) 3 helai Kertas minyak / kad manila

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

2. Penyediaan bahan untuk membuat awning.


i) Bakrum Bergam - Kertas untuk membuat kolar baju melayu (bergam) beli paling tebal

ii) Kertas untuk membuat leher baju kurung (bergam) sederhana tebal

iii) Kain untuk balut awning kain tropica tidak jarang (jenis kain berkilat seakan kain
thaisilk)
*ada dijual dikedai-kedai kain biasa

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

3. Cara membuat belian (anggaran ) kain untuk tudung mengikut layer.

Kain jenis chiffon sangat sesuai dijadikan tudung 3 layer disebabkan jenis kain agak nipis,
lembut dan lebih ringan berbanding lycra. Apabila setiap layer dijahit bersama akan mendapat
hasil yang sangat cantik dan jatuh terletak apabila dipakai.
Terdapat beberapa jenis kain chiffon, ada yang jenis mahal dan murah. Jenis mahal dikenali
sebagai Chiffon Crepe/Ceruti/Versis dan yang murah chiffon biasa yang selalunya dibuat
sebagai lining untuk baju. Jenis-jenis kain chiffon ini boleh didapati dikedai-kedai kain biasa
seperti Kamdar, Saleem Aziz, Jakel, Nagoya atau Gulatis. Cadangan untuk mendapat harga lebih
murah adalah di Jakel/ Kamdar, dengan harga dan pilihan kain yang lebih banyak.
Anggaran Belian Kain Bagi Sehelai Tudung 3 Layer ( Saiz M dan L ) Bidang 45
i)
ii)
iii)
iv)

1 suku meter kain dapat 2 lapisan


Bagi dapatkan 3 lapisan warna yang berbeza perlukan 3.75 meter
Bagi dapatkan 2 lapisan sama warna, 1 warna berbeza perlukan 2.5 meter
Kain baki akan dijadikan awning.

*Jumlah meter kain bergantung kepada susunan warna yang dikehendaki.


*Tips Bidang 45: Beli kain siap-siap dipotong 1 suku meter, untuk memudahkan proses
memotong kain.

Anggaran Belian Kain Bagi Sehelai Tudung 3 Layer ( Saiz M dan L ) Bidang 60
i)
ii)
iii)
iv)

1.5 meter kain dapat 4 lapisan


Bagi dapatkan 3 lapisan warna yang berbeza perlukan 1.5+1.5+1.5 meter
Bagi dapatkan 3 lapisan warna sama perlukan 1.5 meter sahaja (ada baki 1 lapisan)
Kain baki akan dijadikan awning.

*Jumlah meter kain bergantung kepada susunan warna yang dikehendaki.


*Tips Bidang 60: Beli kain siap-siap dipotong 1.5 meter, untuk memudahkan proses memotong
kain.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

4. Cara membuat pola tudung berserta ukuran mengikut saiz.


Ukuran cadangan bagi saiz M
-

Jika mahukan ukuran lebih labuh seperti XL, sila lebihkan 4 inci dari ukuran saiz M.

Tekap Pola Saiz M ke kertas minyak dan tandakan lebih 4 inci di bahagian depan, jika
tidak mahu di bahagian bahu menggeleber, sila labuhkan dibahagian depan dan
belakang sahaja. Tanda menggunakan pensil dengan membentuk seperti pola contoh
(pola yang diberi dalam pakej).

TIP BERGUNA : Sebelum masuk proses memotong kain, pastikan pola kertas
yang diberi ditukarkan kepada pola kain (tekap pola kertas ke atas sehelai kain
cotton atau seumpamanya untuk lebih lasak dan kain yang akan dipotong nanti
tidak lari, selain itu kain lebih mudah dipin.

Lapisan-lapisan
Panjang Layer kecil 18inci
Panjang Layer sederhana 22inci
Panjang Layer besar 26inci

16inci
20inci
24inci

LABUH

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Gambarajah 4 (i) Kain dilipat dua memanjang supaya berbentuk segi empat memanjang (ikuti
cara potongan seperti ini untuk hasilkan bahagian bawah/tepi kain lebih beralun bila dikelim
nanti.

Gambarajah 4 (ii) Siap dilipat dan sedia ditekap dengan pola


<-BELAKANG ->
D
E
P
A
N

POLA

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

5. Cara menanda ukuran dan memotong kain.


Gambarajah 5 (i)

Hamparkan kain seperti 4


(ii) (iaitu kain secara
dipotong segitiga) . Ianya
dijadikan pecahan kecil
berbentuk segitiga bagi
memudahkan proses
tekapan pola dan proses
pemotongan kain dibuat.
Tekap pola layer paling
bawah dan pinkan.
Pastikan bahagian depan
layer adalah berbelah
dan bahagian belakang
layer berlipat.

BELAKANG
G

DEPAN

Gambarajah 5 (ii)

BELAKANG
G

DEPAN

Potong mengikut pola


Buat potongan serong
dibahagian kepala layer
bagi tujuan cantuman
awning nanti.
Siap untuk layer bawah.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Gambarajah 5 (iii)

Hamparkan kain seperti 4


(ii) (iaitu kain secara
dipotong segitiga) . Ianya
dijadikan pecahan kecil
berbentuk segitiga bagi
memudahkan proses
tekapan pola dan proses
pemotongan kain dibuat.
Tekap pola layer tengah
dan pinkan.
Pastikan bahagian depan
layer adalah berbelah
dan bahagian belakang
layer berlipat.

BELAKANG
G

DEPAN

Gambarajah 5 (iv)

BELAKANG
G

DEPAN

Potong mengikut pola


Buat potongan serong
dibahagian kepala layer
bagi tujuan cantuman
awning nanti.
Siap untuk layer tengah.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Gambarajah 5 (v)

Hamparkan kain seperti 4


(ii) (iaitu kain secara
dipotong segitiga) . Ianya
dijadikan pecahan kecil
berbentuk segitiga bagi
memudahkan proses
tekapan pola dan proses
pemotongan kain dibuat.
Tekap pola layer bawah
dan pinkan.
Pastikan bahagian depan
layer adalah berbelah
dan bahagian belakang
layer berlipat.

BELAKANG
G

DEPAN

Gambarajah 5 (vi)

BELAKANG
G

de

DEPAN

Potong mengikut pola


Buat potongan serong
dibahagian kepala layer
bagi tujuan cantuman
awning nanti.
Siap untuk layer atas.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Gambarajah 5 (vii)

Buka lipatan dan


hamparkan mengikut
susunan layer bermula
dari bawah, tengah dan
atas.
Pinkan di bahagian
bertanda
Dibahagian yang dipin
tersebut akan dijahit
(sebagai jahitan
sementara untuk
samakan layer).

Gambarajah 5 (x)
TANDAKAN DOT DIBUCU KEPALA (CENTER)

Lipat dua dan samakan


layer.
Tandakan atau
guntingkan sedikit di
hujung bahagian
tengah kepala untuk
dapatkan center
supaya proses
pencantuman awning
menjadi seimbang.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Gambarajah 5 (xi)

Jahit bahagian yang


ditandakan dengan
. tadi. (Rujuk
Gambarajah 5 (vii)
Jarak ukuran yang
perlu dijahit seperti
yang ditunjukkan
oleh tanda anak
panah.
Anda tidak perlu jahit
sepanjang
kain.(hanya separuh
sahaja, tujuan adalah
supaya cantuman
layer tidak lari.

Gambarajah 5 (xii)

Samakan layer jika potongan yang dibuat sebelum cantuman tidak sama.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

8. Cara membuat awning chiffon (fullcup)

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Kain bergam

Potong kain bakrum (kain bergam) mengikut pola awning yang diberi.

Kain bergam

Kain Tropica

Gunakan kain tropica sebagai balutan pertama, bertujuan supaya awning lebih tahan
lasak, lebih kemas dan tidak jarang (jika terus balut dengan kain chiffon,kain bergam
akan kelihatan dari luar)
Pastikan bahagian yang bergam diletakkan di bawah dan seterika (iron) kain bergam
supaya melekat pada kain tropica.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Lipat kain tropica dan seterika sehingga kemas dan hasilkan bucu yang sekata.
Siap untuk dipotong mengikut bentuk awning.

Awning siap dibentuk. (bahagian dalam terdapat kain bergam)

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Kain chiffon

Kain bergam yang telah dilekatkan bersama kain tropica

Ambil kain chiffon dan letakkan di atas awning yang siap dibalut tadi.
Jahit lurus di bahagian yang telah ditanda garisan putus-putus (jarak 1 cm dari sisi tepi)

Kain Chiffon

Kain Tropica bersama kain gam

Selesai jahit 1 cm dari tepi, terbalikkan kain chiffon seperti gambarajah di atas

Seterika bahagian hujung yang telah djahit supaya lebih kemas dan tajam di bahagian
bucu.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Potong kain chiffon mengikut bentuk awning.

Terbalikkan awning yang siap dibalut dengan kain chiffon dan sedia di jahit bagi
mencantumkan ketiga-tiga material (kain gam+kain tropica+kain chiffon). Jahit 0.5cm
dari tepi (garisan putus-putus).

Pastikan ketiga-tiga material bercantum.

Sedia dicantum dengan body layer. Jahitan kelim tepi akan dibuat setelah awning siap
dicantum bersama body layer.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

9. Cara menjahit (ii) penyatuan layer kain dengan awning.

Awning dilipat dua untuk mendapatkan point tengah.


Juga dapatkan titik tengah kain.
Samakan titik tengah antara kain dengan awning untuk dapatkan kedudukan
center dan pin kan sehingga ke hujung awning. Gambarajah 9 (i) & 9 (ii)
Jahit mesin dengan meletakkan bahagian awning di bawah. Buat jahitan 0.5cm
dari bahagian tepi. Gambarajah 9 (iii)
Kelim bahagian tepi awning bermula dari tepi kain 10cm kiri dan 10cm kanan.
Gambarajah 9 (iv)

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Mulakan cantuman
awning dan layer
dibahagian tengah
kepala yang ditanda
dalam Gambarajah 5(x)

Jahit sehingga ke
hujung awning (bucu)
Jahitan dibuat lebih
kurang 0.5 cm dari sisi
kain.
Jahitan telah siap
sebelah kanan (tengah
kepala ke kanan)

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Terbalikkan kain dan


mulakan dari tengah
dan jahit sehingga ke
bucu kiri awning.

Jahit sehingga ke bucu.


Awning dah siap
bercantum dengan
body layer.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Kelim tepi biasa


bahagian tepi awning
yang dicantumkan tadi.
Kelim bermula 10 cm
sebelum bucu awning
kanan dan hingga ke 10
cm selepas bucu
awning kiri.

Ingat tak tanda anak panah dalam


Gambarajah 5 (vii), kelim sehingga
ke hujung tanda anak panah.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

10. Cara menjahit (iii) penyatuan setiap layer kain (bahagian dada)
Gambarajah 10 (i)

Terbalikkan kain, Samakan hujung


kain dan pin kan ketiga-tiga lapisan.
Mula jahit 10cm dari hujung
awning hingga ke bahagian tengah
kain. Jahit dalam 1cm dari tepi kain.
Gambarajah 10 (i)

Gambarajah 10 (ii)

Jahit sehingga ke tengah kain


(bahagian depan)
Matikan jahitan.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Mulakan jahitan dari tengah


kain. Hanya jahitkan layer
bahagian paling bawah
sehingga ke hujung kain
(depan)

Siap layer bawah.


Selak layer bawah dan ulangi
langkah tadi dengan layer
tengah dan atas.
Jahitan bermula dari tengah
untuk ke semua layer,

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Jahitan kemasan bawah dagu dan


juga keliling atas awning.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Matikan jahitan di bawah


dagu.
Siap.

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

11. Cara menjahit (v) kelim untuk kemasan bahagian dalam dan tepi tudung

Bagi kemasan tepi dan bahagian dalam, boleh hantar ke kedai jahit, gunakan benang
berwarna mengikut warna yang diingini atau boleh kelim sendiri (mesin kelim tepi boleh
didapati di Kedai SINGER dengan)- boleh bayar ansur RM66 sebulan untuk model 4
benang selama 36 bulan (bagi yang serius menghasilkan tudung untuk dikomersilkan) Gambarajah 12 (i)
Gambarajah 12 (ii) untuk cara jahitan tepi.

Gambarajah 12 (i)

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Gambarajah 12 (ii)

KELIM BAHAGIAN TEPI SETIAP LAYER


LAYER

KELIM BAHAGIAN DALAM SETIAP

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

12. Cara menjahit (vi) cara membuat kedut yang kemas di bahagian depan tudung
(untuk letak brooch)
a) Jahit Mesin

Cubit 1cm dari jarak 3cm dari aras dagu dengan buat lipatan kecil ke bawah sambil
mengerakkan mesin dan buat lagi satu lipatan dan jahit, ulangi langkah tersebut
sehingga 5 lipatan untuk mendapatkan kedut yang cantik . Gambarajah 13 (i).
Gambarajah 13 (ii) Sebelum jahit kedut, buka lipatan sebelah dalam supaya kain tidak
jadi terlalu tebal untuk dilipat.
Jahit tangan bagi brooch yang tiada pin,atau pinkan saja brooch. Gambarajah 13 (iii)
Gambarajah 13 (i)

<--Gambarajah 13 (ii)

Gambarajah 13 (iii)

<-- Gambarajah 13 (ii)

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

13. Contoh tudung yang siap dijahit

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Jika ada pertanyaan atau kemusykilan sila masuk group yang saya bina khas untuk
pengguna Buku Panduan ini. Disini kita semua boleh kongsikan tips-tips menjahit, hasil kerja
dan dari segi pemasaran dan jualan tudung 3 layer. Link group sebagaimana berikut :
https://www.facebook.com/groups/setbp/
ATAU SMS HOTLINE 019-3323 987

SEKIAN. TERIMA KASIH


SELAMAT MENCUBA & MAJU JAYA!

PERHATIAN!
SEBARANG TINDAKAN MENCETAK DAN MENJUAL SEMULA TANPA KEIZINAN AUTOR ) AKAN
DIDAKWA. (012-4559964 PUAN SITI )

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

BORONG KERONGSANG MURAH TANPA KE GUDANG


CEPAT! Ya, anda boleh borong kerongsang cantik, berkualiti dan murah di depan laptop atau
handphone anda sahaja.
Okay, pertama sekali Kak Siti ingin memperkenalkan salah satu produk HANGAT edaran syarikat
My Dania Enterprise iaitu Kerongsang. Ianya terdapat dalam 3 pilihan iaitu:
1) Kerongsang Sampan (saiz 8cm 9cm)
2) Kerongsang Cincin
3) Kerongsang Mini Sampan (saiz 5cm 5.5cm)
Sebelum itu, Kak Siti ingin berkongsi mengapa Kerongsang adalah produk yang sesuai untuk
diniagakan pada masa ini.
Cuba anda check berapa ramai wanita yang memakai tudung 3 layer?
Setiap warna tudung yg berlainan akan menggunakan warna dan paten kerongsang
berlainan, betul x?
Kerongsang adalah produk laku keras yg mana pasarannya TIDAK PERNAH mati sejak
dulu lagi. Setuju?
Ianya murah dan senang jual sesuai untuk semua golongan dan usia.
Boleh jual pada bila-bila masa, bukan pada Hari Raya sahaja.
Ada lagi..
Kak Siti memberikan harga TERENDAH & NO.1 di pasaran. Hanya RM3.90 seunit !
HARGA PASARAN RM10-RM15 & ANDA TAK PERLU RISAU TENTANG STOK

TESTIMONIAL PELANGGAN

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

Testimonial ikhlas daripada pelanggan Kak Siti. Alhamdulillah saudari Fifi dah banyak kali repeat
order dan jadi stokis di kawasan tempat tinggalnya.
=======================
KELEBIHAN BELI BORONG
=======================
1)
2)
3)
4)

Beli dengan harga MURAH , jual dengan harga TINGGI


Boleh jual secara RUNCIT, boleh jual juga secara BORONG
Mendapat KEUNTUNGAN sehingga 61% - 74%
Automatik menjadi STOKIS RATU KERONGSANG dengan minima belian 20 unit sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

GANDAKAN PENDAPATAN ANDA SEKARANG!


Tapi sebelum itu, mari kita lihat bagaimana mengira keuntungan jualan kerongsang ini.
Senang sahaja,

MAAF, ANDA PERLU KIRA SENDIRI JIKA HARGA BELIAN RM3.90 DENGAN POSTAGE LAGIIII
MURAH!

LIHAT HARGA DIBAWAH

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

_________________________________________________Panduan Jahit Tudung 3 Layer Bersama Pola

BERTINDAK SEKARANG!
Bagi memudahkan kerja-kerja Pengurusan dan Pemantauan, Kak Siti hanya membuka kepada
30 Stokis sahaja di seluruh Malaysia. Ya, 30 Stokis sahaja.

CEPAT, BORONG SEKARANG!


Untuk tempahan anda perlu:
SMS KE 012 4559964 / 019 3323987
atau
EMAIL KE: ratukerongsang@yahoo.com
Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://ratukerongsang.weebly.com

Nanti dulu..Nak SAMPLE ? Boleh, SMS Sample Brooch ke 012 4559964 / 019 3323987
dengan segera

You might also like