Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

APAM COKLAT

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil soda bicarbonate
4 sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya:
-pukul telur dengan gula hingga kembang
-masukkan minyak,susu pekat dan air
-masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu bersama soda & serbuk koko
-kacau hingga sebati,masukkan dalam acuan apam dan bolehlah dikukus selama
10 - 12 minit.
APAM GULA HANGUS
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2
semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut. Kemudian sejukkan.
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan
lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45
minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus
dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak
mendap dan basah dibahagian bawahnya

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT


400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak
sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya
lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat
dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul
rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies
yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah
serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak
terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan
juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C
selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan
sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

DONUT SEMPOI

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais
minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut
Ita menggunakan bread maker untuk menyediakan donut ini
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula
kastor / gula icing untuk salut donut )
Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. Masa ni
bolehlah buat kerja lain.. memasak ke.. basuh baju ke.. kemas rumah ke.. sidai baju ke..
lipat kain ke.. sebab tu di namakan Trio Bread Maker boleh buat dua tiga kerja sambil
menguli ^_^
Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
Pas tu boleh lah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25
keping doh atau donut nanti.

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg
telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna
aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus
lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

ALMOND LONDON
Anggaran dalam 120 - 150 biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang
Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupmnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang
Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga
badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak
sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan
dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas
kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.

BISKUT SEMPERIT
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
manik gula sebagai hiasan
Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga
adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Hiaskan dengan manik gula
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

SULTANA BISCUIT LAYERED CAKE


5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
1 sudu teh pandan emulco
pewarna hijau
Biskut Sultana secukupnya

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, biskut, pandan
emulco dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik
dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati
Masukan pandan paste dan pewarna hijau gaul sebati.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Kukus selama 5~7 minit
angkat
Susunkan kepingan biskut atas lapisan pertama.
Tuangkan lapisan ke dua
Kukus lapisan ke dua selama 5~7 minit lagi
Ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara
keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong
* Loyang hendaklah sentiasa ditutup dengan kertas aluminium semasa mengukus untuk
mengelakkan air kukusan mentritis atas kek

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Dry Ingredients:
1 3/4 cups Plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp quality cocoa powder 3/4 cup superfine sugar
1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)
Wet Ingredients:
1 cup milk
1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil 1 egg
1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence
Method:
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter should be lumpy, DO NOT over-mix)
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy

CURRY CHICKEN PIE


Doh
150gram butter - ita letak 230 gm butter

280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung


1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah
* adunan ita lebihkan kerana ita buat dalam bekas pie yg besar.
Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong
kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras
semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut
dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi
sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.

Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke
dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie.
Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais
sementara kita buat lapik tutup pie pula.
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie
tadi.

Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie
melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk
menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.

Inti Pie
1 biji kentang - potong dadu dan di goreng

2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu


1 biji lobak merah - di dadu kalau nak guna mix vegetable pon boleh
cendawan butang - jika suka
Bahan Tumis
1 labu bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih - ita tambah
2 sudu minyak masak
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
1 sudu besar sos tiram - ita tak letak
1 sudu besar rempah kari - untuk buat curry chicken pie
1 kiub ayam - atau stock ayam
serbuk lada sulah - secukup rasa ita tak letak
1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air

Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan
toskan minyaknya.
Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar bawang putih hingga naik bau.
kemudian masukkn bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stock ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable.
Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
Sejukkan inti pie.

Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.


Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

VIENNA BROWNIES
120 gm butter

240 gm coklat masakkan gelap


270 gm gula halus
8 biji telur gred A
1 sudu besar Nescafe larutkan dengan 1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanilla
220 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
80 ml susu segar
1 sudu teh soda bikarbonat
80 gm cip coklat
Cream Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
60 gm tepung gandum
2 biji telur
80 ml air

Cairkan coklat masakan gelap secara kukusan


Masukkan butter dan gaul rata hingga butter larut
Masukkan Nescafe yang telah di larutkan
Masukkan juga susu segar
Tambahkan esen vanilla
Kacau rata
Ketepikan

Satukan gula dan telur dan pukul hingga sebati sahaja.


Jangan pukul sampai kembang sebab brownies tak perlukan telur yang di pukul hingga
kembang. Cukup hingga ia sebati dengan gula.
Manakala dalam bekas lain satukan tepung, serbuk koko dan soda
Kemudian di ayak

Satukan tepung dengan adunan telur dan kaup balik rata


Masukkan adunan coklat dan gaul sempurna
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak

Dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese dan gula hingga berkrim
Masukkan telur, tepung dan air dan pukul sebati

Sediakan loyang 10 x 10 inc


Lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan butter pada loyang
Tuangkan 1 bahagian adunan coklat, ratakan
Tuangkan pula adunan cheese dan ratakan
Akhir sekali tuangkan satu bahagian lagi adunan coklat dan taburkan coklat cip di atasnya
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170C
Bakar brownies selama 45 minit hingga 50 minit
Cucuk kek dengan lidi setelah masak jika lidi keluar licin bermakna brownies telah di bakar
sempurna
Keluarkan brownies, letakkan atas redai
Potong setelah brownies sejuk

RESEPI ROTI SOSEJ

Bahan A

600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)
Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila
Bahan C
60 gm butter
Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow
speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna
pengadun roti ye. (Kalau nak uli pakai tangan boleh juga. *Boleh campurkan mengikut
turutan. Uli sehingga sebati. Kemudian bahagikan doh kepada portion yang lebih kecil dan
uli hingga elastik.)
Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50
gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang
satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur
dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk
cheese.
Bakar sehingga masak.

ROTI KENTANG SEDAP


Bahan
2 @ 3 biji Ubi kentang- 70 gm
300 gm Tepung Protein tinggi - tepung roti

3/4 sb susu tepung


50 gm Gula Kastor atau biasa
2 st Yis
1/2 st garam
30 gm mentega atau margerin
1 biji telur dibahagi 2 kemudiannya
135 ml air sejuk dari peti sejuk
CARA-CARA BUAT : - macam aku guna BreadMaker, letak je semua bahan dalam breadmaker ikut urutan..
basah di bawah dan kering kat atas.. buh je semua bahan atau boleh je ikut seperti arahan
di bawah ni.
-Masuk semua bahan kering,kacau sebentar. -Masuk telur 1/2 biji bersama kentang. -Masuk
air sejuk,mentega kemudian putar atau gaul .
-Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
-Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda.
-Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye. -Bulat2 kan menjadi bebola
yg sama saiz 70-80gm
-Susun dlm loyan yg telah digris. -Biar selama 45 minit lagi.
-Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan
roti.
-Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit. -Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum
20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye. Resepi Topping
Garisan Kastad 1 sudu besar tepung kastard atau tepungg jagung 1 sudu besar tepung
gandum 2 biji kuning telur 1 cawan susu segar secubit garam 4 sb gula 1 sb mentega
-Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul.
-Masukkan telur dan kacau lagi.
-Masak diatas api sederhana sehingga pekat. -Sentiasa kacau agar tidak berketul. -Apabila
sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati. -Sejukkan dulu sebelum
dimasukkan dlm piping bag. aku letak dalam plastik bungkus tu, lalu digunting hujungnya
sedikit =)

KUIH KASWI

Bahan-bahan ( seloyang )

1 cawan gula melaka- hasue guna gula apong


1 cawan gula pasir-hasue kurangkan sedikit
7 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung sagu
1 sudu kecil kapur
Beberapa titik browning sugar-hasue tambah untuk warna lebih gelap -tak letak pun

takpe
Cara-cara
1. Gula merah, gula pasir, kapur bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan
air di kacau rata.
3. Kemudian campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah di
masak tadi. Kacau sehingga sebati
4. Untuk mengelakkan adunan lembik...masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau
sehingga adunan menjadi pekat
5. Masukkan ke dalam loyang dah kukus sehingga masak...
6. Apabila sudah masak..masukkan ke dalam fridge ...bagi sejuk...potong dan di
gaulkan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

TALAM BERLAUK

Bahan bahan :

Utk bahagian bawah:


3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4
cawan.

Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang

kering ditumbuk halus.

Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian
masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang
kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup
rasa.

Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama
daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.

Cara Membuat Talam Berlauk:


Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama
lebih kurang 15 minit.

Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg
diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.

Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Guna bekas kecil, saya cuma kukus
lagi 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan.

KEK LAPIS CREAM CHEESE

Bahan A
10 biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk
50 gm tepung jagung
300 gm gula
250 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet
2 oz air sejuk

Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)
Bahan C
170 g cheddar cheese diparut
Cara-cara
1. Satukan semua bahan A dan pukul dengan mixer sehingga pekat 8 10 minit.
2. Mentega dan susu dipukul sehingga sebati. Masukkan dan pukul craem chesse hingga
rata.
3. Masukkan bahan A yang telah dipukul ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati.
Bakar selapis demi selapis dengan setiap lapisan ditabur dengan cheese parut.

TALAM UBI
Lapisan Bawah

700 gm Ubi kayu yang telah diparut


200 ml air (paip)
* Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya.
180 ml air
210 gm gula melaka
150 gm gula pasir
* Masak kedua-dua gula bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
75 g kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh sebuk vanilla
pewarna cokelat (optional) - jika anda inginkan warna ubinya kelihatan lebih gelap.
100 gm ubi - shredded. (optional)
* Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Tuangkan ke dlm loyang berukuran 11"x 11"x 2".
* Kukus selama 20 minit. Kerik-kerikkan sedikit permukaannya dgn garfu sebelum dituang
lapisan atas.
Lapisan Atas
1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji
30 gm gula
1 sudu teh garam
* Bancuh kesemua bahan2 lalu ditapis.
* Masukkan ke dalam periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga naik wap saja.
* Tuangkan ke atas adunan ubi (lapisan bawah) yg telah dikukus tadi dan kukus kira-kira 2530 minit atau sehingga masak.
* Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong utk dihidangkan.

BISKUT SARANG SEMUT


Bahan-bahan:

100 gm gula kastor halus


250 gm mentega
300 gm tepung gandum - diayak
120 gm tepung jagung - diayak
50 gm tepung kastad - diayak
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
sprinkles/coklat urai
Cara-cara:
1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga gebu
2. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad
4. Uli sehingga menjadi doh
5. Sagat/parut doh menjadi halus
6. Sudukan ke dalam acuan
7. Taburkan sprinkles/coklat urai
8. Bakar pada suhu 180, 15-20 minit

SNOW ALMOND
Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam
Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

KUIH AKOK

6 biji telur ayam ~ buang tali pusatnya untuk hilangkan hanyir


200 ml santan pekat ~ ita guna 100 ml santan KARA + air untuk dapatkan 200 ml
100 ml air ~ sebaiknya air kelapa

150 gm nisan atau gula Melaka


2 sudu besar gula pasir
30 gm tepung gandum
1 helai daun pandan di simpul
1/2 sudu teh garam
4 helai daun pandan

Masak nisan atau gula Melaka bersama gula, air dan daun pandan yang telah di simpul
hingga gula larut.
Sementara itu ambil 4 helai daun pandan, potong halus, masukkan dalam blender dan kisar
bersama santan

Bila gula dah larut, tutup api, tuangkan santan yang di kisar bersama daun pandan tadi.
Kacau rata dan biarkan suam
Kemudian di tapis
Masukkan telur, tepung dan garam dalam blender dan kisar hingga rata.
Tuangkan adunan telur ke dalam adunan gula nisan dan gaul rata.
Kemudian tapis

Adunan akan berbuh-buih macam dalam gambar. Buih ini harus di buang supaya akok kita
cantik kedutannya. Jika tak buang nanti kedutnya tak cantik dan permukaan akok juga tidak
cantik.

Adunan akok ni memang cair ya. Inilah adunan akok yang telah di buangkan buihnya.

Sediakan loyang muffin. Griskan loyang dengan minyak.


Panaskan oven, pada suhu 200 C api atas dan bawah
Masukkan acuan muffin yang telah di sapukan minyak dan panaskan 15 minit.
Kemudian tuangkan adunan akok kita tadi 1/2 acuan
Bakar selama 20 minit

PUDING LAICI
Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]
"DO IT YOUR SELF"
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah
sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan
besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

PUDING POLKADOT FRUIT JELLY

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar

350gm gula pasir

300ml UHT whipping cream

1 bungkus Fruit Jelly

1000ml susu segar

600ml air

1/2 sudu besar jus oren sunquick /

oren emulco

Loyang 9 x 6 x 3 (basahkan dahulu)


Cara-cara :
1. Satukan air, serbuk agar-agar dan susu segar. Masak hingga mendidih. Tutup api dan
masukkan whiping cream. Kacau hingga rata.
2. Ambil 800ml agar-agar, masukkan 1/2 sudu besar jus oren sunquick, kacau rata.
Ketepikan.
3. Atur fruit jelly ke dasar loyang, ambil 400ml agar-agar oren dan tuang 1/2 dari paras fruit

jelly, biarkan membeku kemudian tuang lebihan agar-agar oren hingga penuh. Biarkan
membeku.

4. Atur fruit jelly ke atas lapisan agar-agar oren, cucuk dengan lidi supaya lekat. Tuang
agar-agar susu hingga penuh. Biarkan membeku.

5. Akhir sekali, tuang 400ml, baki agar-agar oren ke atas lapisan agar-agar susu dan
biarkan beku. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-Bahan:

10-12 gram agar-agar (saya guna agar-agar bertali)

3 1/2 cawan air

3 helai daun pandan

1 biji telur

1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220 gram)

1 sudu besar gula merah thai

1 sudu besar gula pasir

1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:
1. Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk
mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.
2. Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan
kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan
sehingga cair.
3. Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
4. Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan
mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus
dapat terbentuk cantik.
5. Tuang dalam loyang dan sejukkan.

KEK OREN
Bahan-Bahan:

1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted

3/4 cawan gula kastor

4 sudu kecil parutan kulit oren

2 biji telur saiz A

1/2 cawan sour cream

1/4 cawan perahan jus oren segar

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven kepada suhu 160 C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan
mentega.
2. Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor
sehingga putih berkrim.
3. Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar.
Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga
adunan sebati.
4. Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi
yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,

Tips:

1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur
bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda. 2.Jika
menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di
dalam adunan.

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Bahan-Bahan:
Bahan-bahan A:

250g cream cheese

50g butter

100ml fresh milk

Bahan-bahan B:

60g tepung kek

20g tepung jagung

*gaulkan sekali

Bahan-bahan C:

5 biji telur kuning

tsp garam

Bahan-bahan D

5 biji telur putih

tsp cream of tartar

120g gula halus

Cara Penyediaan:
1. Cairkan bahan A menggunakan double boiler, kacau hingga sebati.
2. Biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan B & C dan kacau hinggan sebati.
3. Pastikan aduan cheese tadi tak terlalu panas, kalau panas sangat nanti telur
kuning tu termasak pulak.
4. Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi
sedikit sampai jadi foamy atau meringue. nak make sure adunan dah ok,
terbalikkan bekas, kalo tak melimpah kiranya dah perfect.
5. Masukkan adunan telur putih tadi kedalam adunan cheese sedikit demi seikit,
gaul hingga sebati. Tuangkan kedalam loyang kek.
6. Bakarkan cheese cake dengan menggunakan water bath pada suhu 160C
untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C and bakar untuk 45 minit.
7. Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown
and, cucuk tengah kek untuk pastikan tengah kek masak atau tidak. Biarkan
sejuk dan siap untuk dimakan.
Tips:
waterbath tu maksudnya letak loyang berisi adunan kek dlm bekas yg lebih besar yg ada air.
then bakar dlm oven. seeloknya guna air panas dan takat air sekurang2nya 1/4 drpd tinggi
loyang kek

RESEPI MUFFIN CHOCOLATE HAZELNUT


Bahan-Bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil baking soda

2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

3/4 cawan gula kastor

1 biji telur

3/4 cawan coklat cip

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar nutella

2 sudu besar serbuk koko

1/3 cawan kacang hazelnut

1 cawan susu full cream

1/3 cawan minyak jagung atau mazola

Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder,
serbuk koko dan garam.
3. Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila dan minyak
jagung. Kacau sebati.
4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
5. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip
dan hazelnut yang dicincang kasar.
6. Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan
bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
7. Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin
sudah masak sepenuhnya.

BINGKA LABU
Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)

3 biji telur

3/4 cawan gula pasir

1/2 sudu kecil garam halus

3 sudu mentega, cairkan

2 cawan puri labu

bijan secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian
lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.
2. Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua
bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.
4. Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur
permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga
bahagian atas kuih masak keperangan.
5. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong

PETUA APAM POLKADOT YANG GEBU DAN COMEL


1. Apam ini tidak boleh diletak di dalam suhu bilik dalam tempoh masa yang lama.
2. Kalau boleh pasanglah aircond/ kipas masa membuatnya.
3. Pastikan telur dan susu betul-betul sejuk sebelum digunakan.
4. Pukul kena lama sedikit.
RESEPINYA
Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
(Saya pukul lebih kurang 2-3 minit sehingga foamy aka putih gebu. Guna high speed)
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
(2 minit = high speed)
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
(2 minit = high speed)
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan
( 3-4 minit = medium speed sehingga likat)
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.

8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian
picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan
warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi
merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap
kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

RESEPI BREAD BUTTER PUDDING


Bahan2
(A)

10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)

250g butter

250g kismis

(B) Filling kastard /*separuh adunan

1 liter fresh milk / *500ml fresh milk

200g gula castor / *100g gula kastor

10 biji telur / *5 biji telur gred A

1 tsp esen vanilla / *1/2 sdt esen vanila

Cara2nya:

Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)

Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.

Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis

Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).

Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu
lembut.

Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

Cara2 buat filling:

Campurkan kesemua bahan

Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

VANILA SOS
Bahan2 / * separuh adunan
(A)

1 liter fresh milk / *500ml fresh milk

200g gula kastor / *100g gula kastor

1/2 tsp esen vanilla / *1/4sdt esen vanila

40g custard powder /*20g tepung kastard

250ml air / *125ml air masak

(B)

Cara2nya:

Panaskan bahan(A) sehingga mendidih

Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)

Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)

KEK GULA HANGUS

1 1/4 cawan gula halus


1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.

Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang
sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul
ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat.
Kemudian kacau rata perlahan.
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga.

Tambahkan esen vanilla


Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan
Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di
oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubanglubangnya .

Masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada
suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir buka api atas dan bawah

RESEPI KEK BATIK


Bahan-bahan buat kek batik:
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat manis
1 buku buttercup
1 paket biskut Marie
Cara buat kek batik:
1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair,
masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.

2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi
sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke
dalam periuk, dan gaul hingga rata.
4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar
mudah nak dikeluarkan.
5. Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.
Bahan buat cheese topping:
- 250 gm cream cheese
- 1 biji telur
- 2 sudu makan gula kaster
Cara buat kek batik cheese:
1. Kacau semua bahan sampai halus dan letakkan di atas kek batik.
2. Bakar dalam oven dengan panas 160 darjah selama 5 minit.
3. Angkat dan sejukkan sebelum di hiris.

Selamat mencuba resepi kek batik coklat milo topping cheese lembut dan sedap. Anda
boleh kurangkan susu pekat manis di dalam resepi bila tidak mahu manis sangat. Kalau
suka kek batik yang lebih lembut, patah-patahkan biskut dulu dan biar kan lemau sikit.

MEXICO BUN
Bahan untuk inti:
100 gm mentega tanpa garam
1/4 sdt esen vanilla
35 gm gula perang
(sama denga resepi Diana)
Cara
- Pukul mentega hingga kembang, masukkan gula perang dan esen vanilla. Pukul lagi

sehingga sebati. Dah siap, simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Bahan untuk doh:
500 gm tepung roti
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut
Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan
BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.
- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam
satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi.
Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal.
Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau
kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam
plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita
kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin. Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan
lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)
- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya
60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.

Bahan untuk topping


Untuk bahan ini, ada sedikit yang saya ubah.
200 gm mentega lembut
160 gm gula halus (saya guna 80gm je gula halus sebab saya tambahkan 80 gm lagi gula
perang. Kes tak cukup gula halus dan malas blend! hehehe)
3 biji kuning telur
1 sdb Nescafe yang telah dicampur dengan 1 sdb air panas. (derhaka lagi sbb tak mo kasi
rasa pahit)
1 sdt emulco coffee

200 gm tepung gandum, diayak


Cara
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, ringan dan lembut.
- Masukkan kuning telur sebiji demi sebijik, dengan speed mixer yang perlahan
- Masukkan campuran Nescafe dan emulco coffee, sebatikan.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sebatikan, dan masukkan dalam piping bag,
atau plastik je pun ok. Simpan dalam peti sejuk untuk bekukan

Cara buat roti kopi:


- Bahagikan doh manis, timbang seberat 50gm. Bulat2kan, dan leperkan atas tapak tangan.
Masukkan inti, dan tutup dengan kemas. Pastikan tutup dengan kemas ye, kalau tak nanti ia
akan meleleh keluar.
- Susun atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega / marjerin. Biarkan ia
kembang selama lebih kurang 45minit.
- Bila dah kembang, pipekan topping kopi atas doh roti tadi secara spiral.

Sambil spiralkan topping atas doh, bolehlah dipanaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah
celcius selama 15-20minit.

You might also like