Contoh Karangan Murid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

CONTOH KARANGAN MURID.

KELUARGA SAYA
Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli.Saya mempunyai sebuah keluarga yang
bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik.Saya
merupakan anak sulung dalam keluarga.
Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat.Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos
1966.Ayah saya berumur 45 tahun.Ayah saya bekerja sebagai peniaga.Ayah saya seorang
yang penyayang.Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke
empat.
Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan
dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang
yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh
supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Ibu saya juga mempunyai 11 orang
adik beradik dan merupakan anak yang ke dua dalam keluarga.
Saya juga mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.Nama
adik lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli.Adik saya berumur 9 tahun dan
belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 februari 2000.Beliau seorang yang
aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam
pertandingan bola dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti.
Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti
Zulkefli.Adik saya berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya
seorang yang peramah dan amat rajin.Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah
Nurul Nadhirah binti Zulkefli.Adik saya sangat cantik dan pintar.Adik saya berumur 6
tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.
Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah
ayah saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama
nenek saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun.
Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal
dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat
Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun.
KISAH KELUARGA SAYA
Di samping ayah,ibu dan adik-adik yang disayangi, saya juga mempunyai datuk
dan nenek yang penyayang.Mereka sering mengambil berat pada kami sekeluarga.Ayah
saya berasal dari Terengganu,manakala ibu saya dilahirkan di Kelantan.
Datuk dan nenek sebelah ayah saya tinggal di Terengganu.Mereka sangat baik.Beliau
sudah bersara.Kini datuk dan nenek menjadi guru al-Quran kepada anak-anak
Kampung.Saya amat berbangga kepada mereka berdua.Walaupun sudah semakin
uzur,mereka tetap ingin membantu anak-anak kampung mengaji quran.Mereka juga amat
disegani di Kampungnya.

Saya juga mempunyai seorang nenek sebelah ibu saya.Datuk saya sudah meninggal
dunia.Walaubagaimanapun saya masih ingat lagi yang datuk saya sangat baik,lemah
lembut dan penyayang.Kami suka bergurau kerana datuk seorang yang kelakar.Nenek
saya juga seorang yang baik,rajin dan amat menyayangi kami semua.Kami tinggal
berhampiran dengan rumah nenek.Neneklah yang mengajar kami mengaji al Quran.Kami
sangat menghormati dan menyayang nenek.Sesungguhnya saya amat bangga mempunyai
keluarga yang bahagia.Segala masalah yang kami hadapi,kami selesaikan secara bersama.
Saya dilahirkan dihospital Besar Kuala Terangganu,Terengganu.Saya kini belajar di
Sekolah Maahad Amir InderaPetra,Beris Kubur Besar.Dalam peperiksaan Upsr Tahun
Lepas saya mendapat keputusan 4A 1B.Saya amat bangga kepada keluarga saya kerana
mereka sentiasa memberi galakan kepada saya supaya berjaya dalam pelajaran.
Dalam keluarga saya,mereka sering mengutamakan pelajaran,ini adalah kerana ibu
saya seorang pendidik(guru) yang amat tegas.Ibu saya amat menitikberatkan pelajaran
kepada kami sekeluarga.Dalam keluarga ibu,ibu adalah tokoh guru yang berkelibar dan
sering dijadikan panduan .Saya bangga mempunyai ibu yang penyayang dan
mementingkan pendidikan untuk anak-anak.Bagi saya ibu adalah ibu,guru dan kawan
tempat kami bergantung dan mencurah kasih sayang.
IBU SAYA
Tokoh yang paling saya hormati dalam keluarga saya adalah ibu saya sendiri iaitu
Puan Rohana bt Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan di Kampung Pantai
Senak,Tawang Bachok Kelantan.Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.Seterusnya melanjutkan pelajaran
di
Sekolah
Menengah
Raja
Sakti
sehingga
ke
tingkatan
Lima.
Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,ibu melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di Sekolah Menengah Kubang Kerian,Kota Bharu Kelantan.Selepas itu
,beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara dalam bidang
Elektronik.Selepas itu ditawarkan ke Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Pada tahun
1995,beliau memulakan tugas pertamanya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit
Guntung,Kuala Terengganu.Bertemu jodoh dengan Zulkefli Bin Mamat dan memperolehi
empat orang cahaya mata iaitu Nur Aqila h,Muhammad Ammar ,Nur Aisyah Mardiah dan
Nurul Nadhirah bt.Zulkefli.
Minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau menyambung
pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Ideris Tanjung Malim,Perak untuk
mendapatkan Ijazah Dalam pengkhususan Bahasa Melayu.Beliau seorang yang aktif
dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan merupakan seorang tokoh guru yang
dihormati.Saya amat bangga mempunyai ibu seperti beliau.
CARA KITA MENGHARGAI JASA IBU BAPA
Dalam kehidupan,anggota keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan
kita.Mereka banyak berjasa dan sanggup berkorban untuk kita .Kita sepatutnya
menghargai jasa dan pengorbanan mereka.Kita boleh menghargai jasa dan pengorbanan

mereka dengan menulis kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan
terhadap mereka.Contoh kata-kata penghargaan terhadap anggota keluarga ialah:
Ayah,ibu,
Ku hargai.Kami sayang kamu

jasa

kalian

amat

Tanda kita mengingati peristiwa bersejarah dalam keluarga kita juga menandakan kita
mengambil berat tentang keluarga kita.Mengingati hari jadi ibu bapa,adik-adik,datuk
nenek atau saudara terdekat kita amat penting untuk mengiratkan tali silaturahim antara
ahli keluargaCara kita mengingati hari jadi,hari ibu atau bapa boleh kita lahirkan dengan
memberi hadiah atau menulis kad ucapan.
Buat Ibuku sayang,
Ibu,kaulah satu dalam seribu
Menjadi penghibur hatiku
Ibu,makan minumkumkau sediakan
Pakaianku kau jaga dan sentiasa
Membelaiku dengan manja
Mengulit tidurku agar lena
Ibu,tanpamu disisiku,siapakah aku?
bu,kasihku
padamu
Hingga akhir hayatku..

kekal

abadi

Sebagai kesimpulannya kita hendaklah mengasihi keluarga kita kerana tanpa


mereka siapalah kita.Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup
kita.Kita perlu sayang menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan
kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota
keluarga.Sejarah diri dan keluarga amat penting kita pelajari untuk menjadikan kita
seorang yang matang dan kenal siapa diri kita dan keluarga.

Keluarga saya
Keluarga saya tinggal di Taman Kota, Yong Peng. Rumah saya sebuah
rumah teres. Keluarga saya mempunyai lima orang iaitu bapa, ibu, seorang
kakak , seorang abang dan saya. Saya merupakan anak bongsu dalam
keluarga saya.
Bapa saya seorang pekebun. Dia mempunyai sebidang kebun. Setiap
hari , dia berbasikal ke kebun untuk bekerja. Dia rajin bekerja untuk menyara
hidup kami sekeluarga. Bapa saya seorang yang bertanggungjawab dan baik
hati.
Ibu saya seorang suri rumah tangga. Dia berumur 38 tahun. Awalawal pagi, ibu saya telah bangun. Dia akan menyediakan sarapan untuk kami
sekeluarga. Selain itu, ibu saya rajin membuat kerja rumah. Ibu saya seorang
yang rajin dan penyayang.
Adik-beradik saya belajar di SJK(C) Yong Peng 2. Kami berbasikal ke
sekolah setiap hari. Kami rajin belajar. Setiap petang , kami suka berbasikal
di taman bunga bersama kawan baik kami.
Saya berasa bertuah kerana saya mempunyai keluarga yang begitu
baik dan bahagia. Saya akan menyayangi keluarga saya selama-lamanya.

You might also like