Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TUGASAN 1 PENULISAN ESEI

Menurut Fazal Mohamed Mohamed Sultan (2008), frasa nama dalam Bahasa
Melayu boleh didahului oleh kata nombor seperti dua, tiga, empat, kata kuantiti
seperti beberapa, kesemua, setiap dan penjodoh bilangan seperti buah, biji, seulas
dan sebagainya. Kata nombor dan kata kuantiti dianggap sebagai satu dan dikenali
sebagai kata bilangan.
Menurut Liaw Yock Fang (1985), kata bilangan adalah kata yang digunakan
untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. Zaba menggolongkan kata
bilangan sebagai salah satu jenis kata sifat yang menerangkan banyak bilangan
manakala Asmah Haji Omar mengkategorikannya ke dalam kata benda kerana kata
bilangan

boleh

berfungsi

sebagai

subjek

dan

objek

dalam

ayat.

Walau

bagaimanapun, masih belum mencapai kata sepakat dalam kalangan ahli bahasa
tentang kedudukan jenis kata bilangan.
Kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam jenis, iaitu kata bilangan
tentu, kata bilangan tak tentu, kata bilangan pisahan, kata bilangan pecahan, kata
bilangan himpunan serta kata bilangan tingkat. Kata bilangan tentu ialah kata
bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Sebagai contoh, dua, tiga puluh, empat ratus, sepuluh ribu, sejuta dan sebagainya.
Sebagai contoh, Harga buku ini lima ringgit.
Seterusnya, kata bilangan tak tentu menunjukkan jumlah yang tidak tentu,
seperti beberapa, semua, para, sedikit, seluruh, banyak dan sebagainya. Contoh
penggunaan kata bilangan ini adalah seperti Semua murid berkumpul di padang
sekolah. Pengulangan kata nama yang mengikuti kata bilangan tak tentu adalah
salah kerana kata bilangan tersebut sudah menandakan jamak. Oleh itu, kata nama
yang mengikutinya tidak perlu diulang. Contoh penggunaan yang salah ialah Semua
murid-murid berkumpul di padang sekolah. Selain itu, kata bilangan pisahan
menunjukkan bilangan kata nama yang boleh dicerai-ceraikan. Misalnya, masingmasing, setiap dan tiap-tiap. Contoh penggunaan kata bilangan ini adalah seperti,
Kami pergi ke sekolah pada pukul lapan pagi setiap hari.
Kata bilangan seterusnya ialah kata bilangan pecahan. Kata bilangan jenis ini
membawa maksud bahagian atau cerainya, seperti satu pertiga, sesetengah,
separuh dan sebagainya. Contoh penggunaan kata bilangan pecah adalah seperti,
Lebih separuh pelajar terdiri daripada perempuan. Terdapat kesalahan yang sering
dilakukan iaitu menganggap maksud kata bilangan sesetengah dan setengahsetengah adalah sama dengan kata bilangan setengah. Kata bilangan sesetengah
dan setengah-setengah membawa maksud sebilangan daripada sesuatu dan ini

berbeza daripada kata bilangan setengah yang bermaksud separuh. Contohnya


seperti ayat yang berikut:
i.

Setengah-setengah pelajar tinggal di rumah teres.


(Bukan: Setengah pelajar tinggal di rumah teres.)

Di samping itu, kata bilangan himpunan mengandungi maksud himpunan.


Contohnya beratus-ratus, beribu-ribu, ketiga-tiga, berguni-guni dan sebagainya.
Contoh penggunaan kata bilangan himpunan adalah seperti, Kedua-dua pencuri itu
telah diberkas oleh polis. Jenis kata bilangan yang terakhir ialah kata bilangan
tingkat. Kata bilangan ini digunakan untuk menyatakan urutan atau giliran. Kata
bilangan tingkat ini dibentuk daripada kata bilangan tentu dengan awalan ke-.
Misalnya pertama, kedua dan sebagainya. Kata bilangan ini selalu diletakkan di
belakang kata nama dan diberi pula kata ganti penghubung yang. Sebagai contoh,
Dia menduduki tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Seperti yang telah dinyatakan, kata nama dalam Bahasa Melayu boleh
didahului oleh kata bilangan, maka kata nama merupakan salah satu kata penanda
kata bilangan. Kata bilangan biasanya terletak di depan kata nama. Contohnya,
Dua orang tidak hadir. Walau bagaimanapun, adakalanya pula kata bilangan
terletak di belakang kata nama atau kata ganti nama. Sebagai contoh, Hang Tuah
lima bersaudara .
Kata bilangan mempunyai beberapa fungsi, salah satu ialah berfungsi
sebagai penerang kata nama. Misalnya, Saya mempunyai dua orang sahabat karib.
Selain daripada berfungsi sebagai penerang nama, kata bilangan juga boleh
berfungsi sebagai subjek dan objek. Dalam hal demikian, kata namanya selalu
digugurkan. Contoh apabila kata bilangan berfungsi sebagai subjek adalah, Semua
(orang) sudah keluar dari bilik mesyuarat. Contoh ayat apabila kata bilangan
berfungsi sebagai objek pula adalah, Dia telah mengambil sepuluh (buah buku itu).
Lazimnya, kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk
menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Menurut Ramli Haji
Salleh (1995), penjodoh bilangan merupakan sejenis grammatical formatives yang
mengikuti kata nombor dan kata kuantiti dan bertindak sebagai penerang bagi kata
nama kepala. Oleh itu, penjodoh bilangan mempunyai hubungan yang rapat dengan
kata nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun, penggunaan sesetengah
penjodoh bilangan adalah wajib manakala sesetengahnya pula adalah secara
pilihan. Misalnya, penjodoh bilangan bagi kata nama bernyawa adalah wajib tetapi
bagi kata nama tak bernyawa, kehadiran penjodoh bilangan adalah secara pilihan,
berdasarkan kata nama yang diikuti. Contoh penggunaan penjodoh bilangan bagi
kata nama bernyawa adalah seperti dua orang budak dan tiga ekor kucing.
2

Contoh bagi penggunaan penjodoh bilangan bagi kata nama tidak bernyawa pula
adalah seperti dua batang pensel atau dua (batang) pensel.
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan. Selain itu, penjodoh bilangan digunakan untuk
menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Terdapat
pelbagai jenis penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu.

Penjodoh bilangan ini

dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu penjodoh bilangan untuk kata nama
bernyawa serta penjodoh bilangan untuk kata nama tidak bernyawa. Biasanya,
penjodoh bilangan untuk kata nama bernyawa digunakan untuk manusia dan
haiwan. Penjodoh bilangan dalam golongan ini adalah seperti orang, angkatan,
pasukan, ekor, kawan dan sebagainya. Contoh bagi penjodoh bilangan untuk
manusia adalah seperti seorang guru, seangkatan tentera dan sepasukan askar.
Bagi haiwan pula, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah seekor kucing,
sekawan burung dan lain-lain.
Seterusnya, bagi kategori penjodoh bilangan untuk kata nama tidak bernyawa
pula, penjodoh bilangan digunakan untuk menerangkan kata nama yang tidak
bernyawa dan bersifat konkrit. Penjodoh-penjodoh bilangan ini juga dapat
digolongkan dalam tiga jenis berdasarkan saiz, bentuk dan tekstur kata nama yang
diterangkan oleh penjodoh bilangan tersebut. Berhubung dengan saiz, benda-benda
dilihat dari segi besar atau kecilnya. Terdapat tiga penjodoh bilangan yang dapat
menggambarkan saiz sesuatu benda, iaitu biji dan butir untuk benda kecil serta buah
untuk benda yang tidak tentu besarya. Sebagai contoh, sebiji oren, dua biji bola,
sebutir pasir, lima buah rumah, tiga buah kereta dan sebagainya. Di samping itu,
kata nama seperti negara, wilayah dan sebagainya yang melibatkan kawasan juga
menggunakan penjodoh bilangan buah. Ini adalah disebabkan kata-kata nama
tersebut merupakan satu kawasan yang mempunyai tiga dimensi.
Selain itu, jenis kedua ialah penjodoh bilangan yang digunakan berdasarkan
bentuk kata nama yang diikutinya. Misalnya, untuk benda yang bulat, penjodoh
bilangan biji dan butir boleh digunakan. Contohnya, sebiji bola dan sebutir nasi. Bagi
benda yang panjang pula boleh menggunakan penjodah bilangan batang, seperti
sebatang pembaris dan dua batang kayu. Tambahan pula, terdapat penjodoh
bilangan dalam kategori ini yang dapat menggambarkan perbuatan menghasilkan
sesuatu ke dalam bentuk tertentu. Sebagai contoh, penjodoh bilangan cucuk
digunakan bagi sate atau makanan yang dicucuk dengan lidi. Penjodoh-penjodoh
bilangan lain yang berdasarkan bentuk adalah seperti sekuntum bunga, dua bentuk
cincin, tiga potong kek, sepucuk surat, sekaki payung, dua ketul batu, sebilah pisau
dan sebagainya.
3

Jenis yang ketiga ialah penjodoh bilangan berdasarkan tekstur. Tekstur yang
dimaksudkan ialah kenipisan dan kehalusan sesuatu benda itu. Contohnya helai
digunakan untuk benda yang nipis dan lembut seperti sehelai kain serta dua helai
baju. Penjodah bilangan urat pula digunakan untuk benda yang halus seperti seurat
benang dan seurat rantai tangan. Penjodoh-penjodoh bilangan yang lain ialah
lembar, rawan, utas dan sebagainya.
Di samping itu, tidak semua kata nama yang mengambil penjodoh bilangan.
Terdapat dua jenis kata nama yang tidak mengambil penjodoh bilangan. Jenis kata
nama yang pertama ialah kata nama abstrak, iaitu kata nama yang tidak dapat
dibilang atau dikira. Misalnya kebahagiaan, persahabatan, kasih sayang dan
sebagainya. Jenis kata nama yang kedua ialah kata nama yang rujukannya memang
tunggal. Sebagai contoh, orang Islam percaya kepada satu Tuhan, bukan seorang
Tuhan. Oleh sebab itu, tidak digunakan sebarang penjodoh bilangan.
Walaupun kata bilangan dan penjodoh bilangan biasa digunakan dalam
kehidupan harian, tetapi kesalahan penggunaan masih wujud. Kesalahan pertama
yang sering berlaku ialah, penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan tertentu seperti para, semua, seluruh, sesetengah, sebahagian, sebilangan,
sekalian dan segala. Sebagai contoh, para orang murid, setiap buah rumah, dan
sebagainya. Penggunaan yang betul ialah penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
bersama-sama kata bilangan. Sebagai contoh, para murid, setiap rumah dan
sebagainya.
Kesalahan kedua ialah penggunaan penjodoh bilangan bersama-sama kata
nama abstrak. Misalnya, Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat yang
berbilang kaum. Ayat ini salah kerana penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
untuk menghitung kata nama abstrak, iaitu masyarakat. Penjodoh bilangan hanya
boleh digunakan bersama-sama kata bilangan untuk kata nama konkrit. Oleh itu,
ayat yang betul ialah, Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat yang berbilang
kaum.
Seterusnya, kesalahan ketiga ialah penggunaan penjodoh bilangan yang
tidak sesuai dengan konteks. Misalnya, Siti memetik sejambak bunga lalu
disematkan di rambutnya. Penggunaan penjodoh bilangan jambak adalah tidak
sesuai untuk menerangkan kata nama bunga dalam ayat ini kerana sejambak bunga
adalah terlalu banyak untuk disematkan di rambut. Oleh itu, penjodoh bilangan yang
sesuai digunakan dalam konteks ini ialah:Siti memetik sekuntum bunga lalu
disematkan di rambutnya.
Kesimpulannya, penjodoh bilangan dalam Bahasa Malaysia berfungsi untuk
mengindahkan gaya bahasa serta dapat menimbulkan lenggak-lenggok yang
4

menarik

dalam

bahasa.

Penggunaan

penjodoh

bilangan

penting

untuk

menyampaikan maklumat yang tepat terutamanya untuk menjelaskan bilangan dan


kuantiti sesuatu. Oleh itu, pengabaian penjodoh bilangan dalam frasa atau ayat
harus dielakkan supaya kekeliruan tidak berlaku dan kita dapat menyampaikan
maklumat dengan jelas.

TUGASAN 2 ANALISIS AYAT


Kita menggunakan perkataan-perkataaan dan menyusun menjadi ayat untuk
bercakap dan menulis.ayat. Ayat ialah satu perkataan atau serangkai perkataan yang
merupakan kesatuan yang membawa maksud tertentu (Sulaiman Masri, Ahmad
Khair Mohd Nor: 2002). Ayat memiliki intonasi dan diawali dengan huruf besar dalam
tulisan. Menurut Zaba dalam Tatabahasa Pedagogi (2008), bentu semua ayat dapat
dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan
ayat seru. Untuk membuat analisis ayat, saya menggunakan cerpen Saat Terakhir,
hasil karya A. Ahmad Said. Saya akan membuat huraian ringkas tentang jenis-jenis
ayat dan memberi contoh setiap jenis ayat berdasarkan cerpen yang dibaca.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan dan menerangkan sesuatu
perkara. Dari segi bentuknya, ayat penyata boleh dalam bentuk susunan biasa,
susunan sonsang, ayat aktif, ayat pasif dan ayat majmuk. Selain itu, ayat penyata
juga dikenali sebagai ayat keterangan. Oleh itu, ayat penyata mengandungi
maklumat tertentu dan memberi keterangan kepada pendengar atau pembaca.
Berikut merupakan contoh-contoh ayat penyata yang terdapat dalam cerpen yang
dibaca:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Ayahnya sedang tidur.


Rambutnya kering dan terlalu panjang pula.
Di sebelah anyahnya tiada ibunya yang dikasihi.
Ayahnya bangun perlahan-lahan sambil menggosok-gosok matanya lagi.
Ayanya tidak berkata apa-apa.
Siu Lan dan ayahnya terdiam beberapa ketika.
Batu-batu yang hangus berselerakan.
Masjid itu tempat perlindungan dahulunya.
Sapuan ialah kawan sekerja denganya.
Siew Fong terperanjat kecil apabila didengarnya suara tapak
menghampirinya dengan tiba-tiba sahaja.
Seperti yang dijelaskan, ayat penyata dapat memberi sesuatu keterangan

atau maklumat. Sebagai contoh, ayat pertama menerangkan bahawa ayahnya


sedang tidur. Ayat kedua pula memberi maklumat kepada pembaca bahawa rambut
ayat kering dan panjang.
Ayat perintah pula ialah ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata
ganti nama diri orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang
lazimnya digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu ayat
suruhan, ayat silaan, ayat permintaan dan ayat larangan. Ayat suruhan digunakan
untuk menyampaikan perintah atau arahan suruhan. Dalam jenis ayat ini,
pengguguran kata ganti nama diri sering berlaku. Walau bagaimanapun, sekiranya
hendak ditugaskan kepada orang yang disuruh itu, subjek kata ganti nama diri orang
6

kedua itu boleh diucapkan. Penggunaan perkataan atau ayat adalah secara terus
terang dan tegas.
Di samping itu, ayat silaan digunakan untuk mempersilakan atau mengundang
seseorang. Perkataan atau ayat yang lebih sopan digunakan dan ditandai dengan
akhiran -lah. Ayat permintaan pula digunakan untuk memohon atau meminta
pertolongan. Ayat-ayat ini ditandai oleh akhiran lah atau perkataan ajakan tolong
dan mari. Jenis ayat larangan digunakan untuk melarangkan sesuatu perbuatan atau
melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. Kata larangan yang digunakan
adalah seperti jangan dan usah. Berdasarkan cerpen yang dibaca, contoh-contoh
ayat perintah yang terdapat dalam cerpen ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Engkau masuk, nak, masuk!


Tamatlah segera perang, tamatlah!
Siew, katakanlah.
Tuhan, Kau yang Maha Esa, lindungilah kami daripada malapetaka dunia
yang dahsyat ini.
Tak usah risau, Siu Lan.
Jangan khuatir, Tuhan menolongi kita.
Jangan difikirkan yang bukan-bukan.
Jangan, kata saya, jangan.
Sayang, janganlah kata begitu.
Jangan dibimbangkan.
Sebagaimana yang diterangkan, terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu ayat

suruhan, ayat silaan, ayat permintaan dan ayat larangan. Walau bagaimanapun,
hanya tiga jenis ayat perintah yang terdapat dalam cerpen. Jenis ayat silaan tidak
terdapat dalam cerpen. Ayat pertama dalam contoh merupakan ayat suruhan, iaitu
ibu menyuruh anaknya masuk. Ayat kedua, ketiga dan keempat merupakan jenis
ayat permintaan. Sebagai contoh, ayat keempat ialah orang-orang yang benci akan
perang meminta pertolongan Tuhan supaya melindungi mereka. Selain itu, ayat
kelima hingga ayat kesepuluh ialah ayat larangan. Penggunaan perkataan jangan
dan usah dalam ayat-ayat ini telah menandakan ayat tersebut merupakan ayat
larangan.
Seterusnya, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu perkara atau mendapatkan sesuatu maklumat. Jenis ayat ini memerlukan
jawapan atau keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat tanya sering ditandai oleh
kehadiran kata tanya seperti siapa, apa, bagaimana, di mana dan apa. Walau
bagaimanapun, terdapat juga ayat tanya yang tanpa kehadiran kata tanya. Menurut
Abdul Hamid bin Mahmood (2010), ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang
lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir
ayat, Dalam penulisan, ayat tanya ditandai dengan akhiran kah sebagai penegas

dan diakhiri dengan tanda tanya (?). Berikut merupakan contoh-contoh ayat tanya
yang terdapat dalam cerpen yang dibaca:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Belum tidur lagi?


Kenapa tak tidur?
Kenapa nangis?
Jepun sudah sampai di Johor?
Kalau tidak, bagaimana isteri dan anak-anaknya dua orang yang masih kecil
itu?
Kenapa mereka harus keluar rumah?
Mengapa harus berlindung di masjid itu lagi?
Betulkah perang akan tamat tidak lama lagi?
Susahkah kerana ibumu?
Kenapa orang yang serupa itu harus menjadi mangsa bom?
Contoh-contoh ayat di atas telah diakhiri oleh tanda tanya. Ini telah

menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut merupakan ayat tanya. Selain itu, terdapat
ayat tanya yang terdapat kata tanya atau tanpa kehadiran kata tanya. Kata tanya
yang telah digunakan ialah kenapa, bagaimana dan mengapa. Tambahan pula,
terdapat contoh ayat tanya yang ditandai dengan akhiran kah sebagai penegas
seperti betulkah dan susahkah. Semua contoh ayat ini memerlukan keterangan
tentang sesuatu perkara.
Ayat seru ialah ayat yang menyatakan atau melahirkan sesuatu perasaan
seperti kecewa, gembira, sedih, marah dan sebagainya. Ayat seru biasanya ditandai
oleh kata seru seperti amboi, aduh, aduhai, eh, cis, wah dan sebagainya. Setiap ayat
seru juga diakhiri dengan tanda seru (!).Berdasarkan cerpen yang dibaca, contohcontoh ayat seru yang terkandung dalam cerpen ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Belum ayah!
Lan teringatkan ibu!
Ya, bukan, ya, bukan!
Di padang hadapan sekolah itulah kelihatan shelter, yang baginya

v.

dinamakannya kubur!
Beberapa orang yang tidak mahu mati, kehilangan tangan, kaki, kepala dan

vi.
vii.
viii.
ix.
x.

ada yang kehialangan semua hangus!


Ini bergema-gema di dalam kepala Siew Fong!
Tapi bom tak mengenal itu!
Percayalah!
Mei Fei tidak menyahut lagi!
Pagi semakin mendekat, perang semakin menggila!
Contoh-contoh ayat di atas telah diakhiri oleh tanda seru. Ini telah

menandakan

bahawa

ayat-ayat

tersebut

merupakan

ayat

seru.

Walau

bagaimanapun, contoh-contoh ayat seru dalam cerpen tidak menggunakan kata


seru. Selain itu, setiap ayat seru tersebut dapat menyatakan atau menerangkan
sesuatu perasaan. Sebagai contoh, ayat kedua, Lan teringatkan ibu! telah

menunjukkan perasaan rindu. Ayat kesepuluh, Pagi semakin mendekat, perang


semakin menggila! pula menyatakan perasaan takut.
Kesimpulannya, setiap jenis ayat mempunyai fungsi yang berbeza yang
digunakan berdasarkan tujuan dan konteks. Misalnya untuk tujuan mendapatkan
maklumat, menyampaikan maklumat, mendapatkan bantuan, menyatakan perasaan
dan sebagainya. Setiap jenis ayat penting dalam perbualan dan penulisan kita dalam
kehidupan seharian supaya pendengar dan pembaca mendapat mesej yang betul.
Oleh itu, intonasi yang betul harus digunakan dengan tepat bagi setiap jenis ayat
apabila kita bertutur. Penggunaan tanda-tanda yang betul juga digunakan dalam
penulisan supaya pembaca dapat memahami perasaan dan nada penulis.

Bibliografi
A. Samad Said. (1993). Hati Muda Bulan Muda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood. (2010). Menguasai Bahasa Melayu. Seremban: Alika
Enterprise.
Abdullah Hassan, et.al. (2006). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
9

Abdullah Hassan. (2008).Tatabahasa Pedagogi. Kuala Lumpur: PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainan Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Cheras: Utusan
Publications & Distributors Sdn bhd.
Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2008. Struktur sintaksis frasa nama bahasa
Melayu. Jurnal Bahasa (Volume 8, No. 2, 2008, Pages 204 to 219). Diakses
pada

15/3/2106

daripada

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22490/1_Struktur_Sintaksis_
Frasa_Nama_Bahasa_Melayu.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesalahan Umum Bahasa Melayu: 06
Penggunaan Kata Penjodoh Bilangan. Diakses pada

25/3/2016 daripada

http://spp.moe.edu.my/mod/scorm/view.php?id=6037
Liaw Yock Fang. (1985). Nahu Melayu Moden. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
N.A Salleh. (2009). Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa
Melayu. Cheras: Perintis Books Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, et.al. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Haji Salleh. (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2002). Tatabahasa Melayu. Cheras:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

10

You might also like