Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENILAIAN KENDIRI

Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 6 boleh dikatakan sebagai satu program yang
dapat membina minda dan diri seorang guru ke menara gading. Ia juga boleh dikatakan sebagai
satu titik permulaan bagi seorang guru untuk mengenali diri sebenar dan tanggungjawab
mereka sebagai seorang guru. Ini adalah kerana, saya mendapati bahawa tanggungjawab
seorang guru bukan sahaja berkhidmat untuk murid dan sekolah sahaja malah mereka juga
perlu memikul tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat terkini kepada anak muridnya.
Pada mulanya kami tidak dapat guru cemerlang matematik untuk program BIG fasa 6
ini. Oleh itu untuk program ini kumpulan kami memilih Puan Faridah sebagai penceramah untuk
Program Guru Cemerlang. Beliau adalah Pensyarah Cemerlang IPGKPP bagi Opsyen
matematik. Beliau adalah seorang yang Bersikap terbuka Berpemikiran positif. Beliau
berdedikasi, bermotivasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Melalui ceramah
yang dijalankan oleh Puan Faridah saya berpendapat beliau memang layak di anugerahkan
Guru Cemerlang. Kerajinan dan tanggungjawab yang diberikan dapat dijalankan dengan baik.
Malah beliau dapat membantu kami untuk meningkatkan prestasi diri sendiri.
Beliau memperkenalkan kami, Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik
dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran
Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme
perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita
seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh
masyarakat. Beliau juga mengatakan bahawa, terdapat lima aspek kecemerlangan yang
dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md.
Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan
Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan
2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): iaitu
kecemerlangan peribadi, Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut, Kecemerlangan
Komunikasi, Kecemerlangan Potensi, Personaliti Unggul.
BIG fasa 6 dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT. Sebab saya memegang jawatan
AJK ICT Program ini. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
pensyarah yang dihormati, Puan Wan Fazaah atas bimbingan beliau dalam menyiapkan
tugasan ini. Sesungguhnya pengalaman melaksanakan program ini akan menjadi pedoman dan
panduan kepada saya untuk meneruskan tugas mendidik anak bangsa kearah kejayaan di

dunia dan di akhirat. Selain daripada itu, saya juga mendapati bahawa tugas guru bukan sahaja
untuk mengajar di dalam bilik darjah tetapi tugas guru juga meningkatkan kemahiran murid
terhadap ICT. Sebagai AJK ICT saya dapat mempelajari beberapa kemahiran daripada rakan
saya dan penceramah. Rakan saya membantu saya untuk mengendalikan ceramah dan
mengajar cara memainkan lagu semasa ketibaan penceramah. Ia adalah salah satu kebaikan
yangsaya dapat semasa ceramah. Dan juga penceramah Puan. Faridah juga memberi
beberapa idea-idea yang bernas untuk meningkatkan kemahiran ICT. Saya mempelajari
tanggungjawab seorang AJK ICT sesuatu program.
Melalui program ini, saya turut mendapat manfaat untuk mengetahui cara pengurusan
program yang baik dan cemerlang. Saya dapat meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada
pada saya tentang ICT. Oleh itu saya berpotensi menjalankan sesuatu program dengan penuh
semangat.

Seorang

guru

kita

perlu

bijak

menguruskan

masa

dan

menlaksanakan

tanggungjawab kita pada sekolah dan masyarakat kita pada masa yang sesuai. Saya juga
boleh mengaitkan sikap ini dalam kehidupan sekarang dimana sebagai seorang pelajar guru
saya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan.
Melalui ini saya dapat memperbaikikan kekurangan saya dalan penggunaan ICT. Saya
manggunakan kemahiran ini dalam masa hadapan saya. Saya menggunakan kemahiran ini
dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebab murid-murid zaman ini adalah murid yang hebat
dalam ICT. Oleh itu sebagai seorang guru perlulah meningkatkan kemahiran mereka. Kalau kita
menggunakan ICT dalam PDP Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik. Dan juga membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih
mencabar minda pelajar. Selain itu, dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil
pembelajaran. ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi. ICT dikatakan sebagai alat pemudah
komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi
yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan
Sun, 1996).
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia
dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan
mengenai

ICT

seperti

komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet

dan

sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran

disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru
dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam
memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap
maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai
tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar
agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan
mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses
pengajaran tersebut.
Tugasan ini menjadi garis panduan dalam perlaksanaan pengurusan ICT sekolah. Ia
adalah satu pengalaman yang cukup berkesan untuk masa depan saya. Ia juga membantu
untuk menilai tahap keberkesanan yang lebih optima dalam penggunaan peralatan ICT.
Seterusnya saya dapat mengenal pasti kelemahan serta permasalahan dalam penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu saya akan memperbaiki serta meningkatkan
keupayaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dengan kemahiran ICT seseorang guru boleh mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran berasaskan penggunaan ICT secara kondusif supaya dapat mengembangkan
kemahiran bagi manfaat diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Dan juga seorang guru
yang keupayaan penggunaan ICT dapat melahirkan pelajar yang berkualiti, berketerampilan,
berbudi, pekerti mulia, kritis, kreatif dan inovatif melalui penggunaan ICT.
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa, program BIG ini telah memberi banyak
manfaat

kepada

saya

dan

diri

saya

dan

program

sebegini

melahirkan warga pendidik yang berkaliber dan pengkhidmat masyarakat dan negara. Saya
nak peluang untuk membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk
menjadi seorang guru berdedikasi pada masa akan datang.Tidak lupa saya juga mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang bekerjasama untuk menjayakan program ini
dengan lancar hingga keakhirnya. Akhir sekali saya juga mengucapkan terimakasih kepada ahli
keluarga yang memberikan sokongan kepada saya untuk menjayakan program BIG ini. Sebagai
seorang bakal guru, perkara yang terpenting adalah komitmen yang tinggi dan berterusan amat
diperlukan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh daripada program BIG ini merupakan
persiapan yang baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang akan ditempuhi
pada masa hadapan. Justeru itu, saya yakin program BIG ini dapat memperbaiki kekurangan
dalam diri saya.

You might also like