Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pengenalan

Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh
Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah
lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek
sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting
terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti
Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di
benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada
keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat
di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu
tempat dengan tempat lain yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan
kesihatan moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak
sihat di dunia adalah di Asia manakala adalah daripada benua Afrika.
Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat
persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanakkanak di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : Seluruh dunia, disebabkan kekurangan
langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang mati disebabkan oleh
penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi,
ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.

Definisi Malnutrisi
Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi
atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain,
dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ
tubuh.
Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil
daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.

Kategori dan Jenis Malnutrisi


Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :
1. Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur
2. Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan
manusia
Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi
seperti yang berikut:
Nutrisi berkurangan
Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia dalah kesan
penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan
yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita
mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan nutrien tambahan.
Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar perpeluhan melampau,
kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu pengambilan
nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau,
alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia.
Nutrisi berlebihan
Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini juga
akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman
yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang salah.
Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20%, pengambilan lemak
dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap
kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk
menghilangkan masalah kulit dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat
preskripsi doktor. Pengambilan nutrien yang tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh
badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat melahirkan perasaan cemas, perubahan
perasaan hati dan simptom psikiatri.
Kekurangan spesifik
Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti
contohnya asid amino dan vitamin A.
Ketidakseimbangan
Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan
disebabkan kekurangan sesuatu nutrien.

Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkan
berlakunya malnutrisi. Di antara faktor-faktor penyebab yang utama adalah :

Keadaan sosio-ekonomi yang mundur Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah


Menurut satu kajian : .bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati
berkadar songsang dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan... Ini jelas
menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah satu punca utama manutrisi dan berkait rapat
dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka tidak
berkeupayaan membeli makanan yang mempunyai diet yang seimbang. Ini akan menyebabkan
diet berkurangan dan tidak sempurna.
Amalan Pemakanan dan Penyakit

Tabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua yang hilang
tabiat pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi. Penyakit yang sering menyerang
orang tua seperti Alzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan yang
seimbang.
Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit
bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap penyakit ini akan
terhalang untuk memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk
menyerap makanan yang telah dicernakan.
Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi terhadap
malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan dalam satu tempoh
jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan mengurangkan keseimbangan makanan yang diambil,
dan selalunya golongan ini mempunyai kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan
pengambilan dadah dan alcohol terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah
pinggang.
Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi makanan
yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang diambil untuk
mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan berat badan mereka sendiri.
Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan anoreksia
dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka, sehingga tidak sihat
akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan mereka. Adat resam sesuatu masyarakat
juga mempengaruhi amalan makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu,
wanita di dalam pantang di halang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai
nutrien yang tinggi. Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan
kandungan
nutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti anemia.

Parasitisme dan Infeksi Penyakit


Masih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di sesetengah
tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang lazim seperti
tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri contohnya cirit birit, sementera penyakit berparasit
adalah seperti askaris, trikuris, cacing usus dan kutu kepala.
Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut :

Kehilangan nutrien yang tinggi

Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat
daripada penyakit

Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi
Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa
disedari sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya berbadan kurus dan
kepala agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal, kering dan mudah nampak lebam.
Gatal-gatal kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa berlaku kepada mereka.

Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa sakit
pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi selalu
mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak.
Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada cahaya
serta kilauan. Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah :

Diarrhea

Kebingungan

Berkeadaan bimbang

Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan

Otot tersentak

Amenorrhea

Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan
mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah.
Diagnosis Malnutrisi
Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri
seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan.
Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-waktu
spesisifik mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ
perut dan kerosakan pada bahagian hati serta jantung.
Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan vitamin,
mineral dan bahan kumuh pesakit.
Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara :

Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard

Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi
terhadap berat

Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (skinfold) atau lilitan pada lengan atas

Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi


Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :

1. Kwashiorkor
Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit red
boy. Seseorang yang kekurangan protein asidasid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh
kanakkanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan
makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.
Simptom umum Kwashiorkhor :

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)

Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)

Tubuh menjadi lemah dan urat saraf

Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus

Anak sering menolak segala jenis makanan

Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut

Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan
terkelupas

Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanakkanak makanan yang mengandungi asidasid amino.
Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.
2. Marasmus

Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein
(Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanakkanak yang berumur 1
tahun di negara yang miskin dan sedang membangun.
Simptomnya adalah seperti :

Wajah seperti orang tua

Sering terdapat penurunan kesedaran

Kulit kering, dingin dan kendur

Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas

Sering disertai diare atau konstipasi

Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan

Berat badan merosot

Sering cirit birit

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil
mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral dan
vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan meminum susu kering
tanpa lemak.
3. Xeroftalmia
Merupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini
menyebabkan mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini,
kelopak mata akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya
melekat pada nanah. Selain itu juga, bakteria akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika
keadaan ini berterusan pesakit itu boleh menjadi buta.

4. Rabun Malam
Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang
terang kepada keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami
penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A.
Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang boleh di
dapati dari :

Susu

Mentega keju

Kuning telur

Hati

Ikan berlemak

Sayur sayuran

5. Beri-beri
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit suku
bangsa yang bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu wabak
penyakit.
Tanda tanda penyakit ini :

Kecederaan saraf

Kaki dan jarijari kaki menjadi kebas dan terasa sengal sengal.

Pergelangan kaki kaku

Badan menjadi lemah

Susah berjalan

Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh

Hilang nafsu makan

Cepat letih

Pencernaan makanan tak sempurna

Terdapat dua jenis penyakit beriberi iaitu :


a) beri-beri basah
Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan
oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paruparu. Oleh itu tisutisu pada tangan
akan penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh menyebabkan kematian.
b) beri-beri kering
Juga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otototot menjadi lisut
dan boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal
otototot tangan dan kaki. Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya.
Pesakit perlulah makan makanan yang banyak tiamina seperti beras yang belum dikisar, kacang
pis dan bijirin tulen.
5. Penyakit Tulang
Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran tulang yang
terencat berlaku pada kanakkanak. Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan
fosfurus yang membolehkan garam tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulangtulang.
Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan enapan kalsium dalam tulang dan
mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta mempercepatkan pembongkokkan dan pembantutan.
6. Beguk

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan
menyebabkan kemerosotan metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental pesakit.
Penyakit ini sering berlaku pada negara yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air
laut mempunyai banyak iodin.
7. Anemia
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan
hemoglobin, ini menunjukkan tandatanda berlakunya Anemia. Tandatandanya adalah
keletihan, hati membesar, susah bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah
dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang
lambat.
Langkah-langkah Rawatan Secara Am
Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini
membolehkan clinical nutrionist atau pakar pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi,
menilai kesan terhadap kekacauan nutrisi dan memformulasikan satu diet yang menyimpan
nutrisi yang mencukupi.
Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap nutrient
yang dimakan, akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat ke
dalam gastrointestinal (GI) tract.

Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar
badan atau penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil
melalui hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil.
Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang lama, tiub akan dimasukkan
terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan pada bahagian abdomen.
Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pesakit
yang:

Serius ketidaksuburannya

Memerlukan pembedahan

Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi

Terbakar yang serius

Cirit birit dan muntah yang berterusan

Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang
diperlukan oleh pesakkit.

Langkah-langkah Pencegahan Awal


Memberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah
langkah terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi
dua tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut :

Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran

Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi
kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.

Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali
dalam seminggu

Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal

Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan
kehadiran penyakit serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein.
Pesakit yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang lebih
selama mereka dirawat di hospital atau di rumah.

Kesimpulan

Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan
tahu kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang
penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi mustahak kepada
sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah mencegah dan promosi . Dalam
erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi memerangi kejahilan tentang
keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan
aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri,
pengimunan dan lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta
menghapuskan masalah malnutrisi dalam masyarakat kita.

You might also like