Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAN SRI ALI HASHIM

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya
pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford, Amerika
Syarikat pada tahun 1985. Tan Sri Muhammad Ali juga telah dianugerahkan Ijazah-Ijazah
Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan pengurusan daripada 8
universiti di Malaysia.
Terkenal dengan kegigihannya mengintegrasikan nilai dan prinsip Islam ke dalam
bisnes dan telah memperkenalkan beberapa konsep yang membawa impak besar seperti
antara lain yang diperjuangkan ialah konsep JIHAD BISNES, WAQAF KORPORAT dan
INTRAPRENEUR DAN ENTREPRENEUR AMANAH yang telah mendapat perhatian
masyarakat Malaysia.
Tan Sri Ali Hashim, beliau merupakan antara ikon korporat bumiputera terkemuka.
Dengan kepimpinan beliau, syarikat JohorCorporation (JCorp) membesar daripada sebuah
syarikat peladangan kecil hingga sekarang sebuah konglomerate dengan nilai pasaran RM18
billion dalam industri ladang kelapa sawit (Kulim), kesihatan (KPJ) , makanan (QSR) dan
banyak subsidiari lain.
Sejarah Jcorp ialah apabila kerajaan negeri Johor ketika Menteri Besar Othman bin
Mohd Saat ingin membangunkan negerinya, lalu menubuhkan Johor State Economic
Development Corporation (JSEDC) pada tahun 1968.Selain pembangunan, JSEDC juga ingin

memberi peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya kepada golongan bumiputera yang
dahulu ramai berpendapatan rendah.Perniagaan pertama adalah membeli ladang getah dan
kelapa sawit dengan pinjaman RM10 juta.
Tan Sri dilantik sebagai CEO Jcorp pada tahun 1982, perolehan syarikat itu cuma
RM152 juta, tetapi apabila beliau bersara pada tahun 2010, syarikat kongolemerate itu
memperoleh RM8 billion dengan mencipta pekerjaan kepada 65 000 orang di 11 negara. Satu
kejayaan yang besar dalam 28 tahun sebagai pengurus.
Syarikat Kulim adalah syarikat kelapa sawit ke-12 terbesar di dunia mengikut nilai
pasaran pada 2009, syarikat KPJ adalah syarikat kesihatan swasta terbesar di Malaysia,
manakala syarikat QSR mengendali operasi restoren terkemuka dunia seperti Pizza Hut dan
KFC. Ini semua kejayaan beliau dalam masa 28 tahun sebagai CEO JCorp.
Selain itu, Tan Sri juga semasa CEO JCorp melaksanakan program intrapreneur,
dimana syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapat kontrak dan latihan oleh syarikat JCorp
untuk berkembang maju. Jauh daripada syarikat swasta lain yang ingin mengaut keuntungan
dengan memusnahkan semua pesaing.
Beliau adalah bukan sahaja kejayaannya dalam bidang korporat, malah beliau tetap
pegang teguh kepada perjuangan ekonomi Islam. Walaupun syarikat swasta biasanya
utamakan keuntungan semata-mata, tetapi Tan Sri juga utamakan kebajikan rakyat melalui
wakaf korporat. Satu konsep dimana syarikat mewakafkan harta dimana hasilnya akan diberi
kepada kerja-kerja kebajikan. Contohnya syarikat Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp)
bernilai RM501juta berniaga dan peratus keuntungan akan pergi kepada kebajikan ( 5%
Majlis Agama Islam Johor, 25% program fisabilillah, dan 70% dilaburkan semula).
Malangnya, tidak banyak syarikat besar milik Islam ingin mewakafkan harta
mereka kepada kebajikan, majoriti syarikat yang membuat wakaf ini milik
JCorp.Mungkin ada syarikat lain tetapi tidak banyak atau mereka membuat secara
senyap. Apabila seorang hartawan bersara, biasanya dia akan meluangkan masa
berehat, tetapi Tan Sri sekarang memimpin Dewan Perdagangan Islam Malaysia
(DPIM) dengan niat untuk membangunkan ekonomi Islam sambil membuat kerjakerja kebajikan. Secara jelas Tan Sri ingin teruskan perjuangan membangunkan
ekonomi Islam tanpa mengira umur.

Tan Sri Ali Hashim juga giat aktif dalam bidang penulisan yang mana
karyanya banyak menyuntik semangat berjihad dalam bisnes di kalangan masyarakat
dan para usahawan. Antara karya beliau ialah :
1995 Membujur Lalu Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan,
2003 Bisnes Satu Cabang Jihad Pembudayaan Bisnes untuk Survival,
2011 Khalifah Ganti Superman
2015 Strategi Jihad Bisnes
Kesimpulannya, Tan Sri merupakan contoh kepada anak muda di negara ini, etika
kerja yang cekap dan amanah telah membangunkan sebuah syarikat dimana sebelum ini
masyarakat bumiputera dilabel sebagai tidak mahir berniaga. Bukan sahaja utamakan
keuntungan, kebajikan rakyat juga diberi tumpuan oleh Tan Sri ketika beliau berada di
puncak kepimpinan dan juga apabila beliau sekarang bersara. Perjuangan perlu diteruskan
oleh anak muda negara untuk memajukan perniagaan dan jangan lupa untuk memberi
sumbangan waqaf dengan apa yang mampu demi kesejahteraan rakyat

You might also like