Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

20 tips pemilihan pusat tuisyen untuk anak-anak kita

Assalamualaikum
Kadang-kadang kita binggung macamana nak pilih pusat tuisyen yang sesuai untuk anak kita
tanya kawan?,tanya jiran?, tanya cikgu sekolah? atau tanya anak itu sendiri?. Mari kita kaji
kriteria pusat tuisyen apa yang sesuai untuk pembangunan dan perkembangan prestasi anak
kita..
Memang sekarang ini sangat banyak pusat tuisyen ditubuhkan terutama di kawasan bandar dan
pinggir bandar bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Dan ibu bapa juga berlumbalumba untuk menghantar anak ke pusat tuisyen kerana terlalu mementingkan pencapaian
akademik di era siber yang pesat membangun ini . Ibu-bapa juga tidak mahu anak mereka
ketinggalan dalam pelajaran.
Perlu ke kita hantar anak ke tuisyen? Dalam beberapa situasi
Rasanya abang long tak payah la pergi tuisyen ye sebab abang long dah ok kat
sekolah, kan abang selalu dapat no 1 kat kelas
Alhamdulillah anak saya belajar sendiri dan saya sendiri yang pantau prestasi
anak-anak sebab saya house wife full time dan pencapaian di sekolah pun amat
membanggakan saya
Atau
mama, cikgu kat sekolah ajar lain kenapa mama ajar lainpening la kak ngah
Susahnyer nak ajar anak belajar selibus asyik berbeza jer..saya sendiri tak faham,
lagi pun saya busy la
Apapun situasi kita, pendidikan amat lah penting dan di sinilah pemilihan pusat tuisyen yang
sesuai dengan anak kita memainkan peranan yang utama.
Kata orang:
eh! anak awak tuisyen kat mana?
kenapa tak tuisyenkan anak, tak takut tertinggal ke?
Ok ke awak ajar anak sendiri?
Ini lah persoalan yang sering di ajukan oleh rakan ,jiran-jiran sekiranya tidak menghantar anak
ke tuisyen dan ini mengambarkan betapa pentingnya peranan pusat tuisyen .

Sebelum kita tahu macamana nak memilih pusat tuisyen yang sesuai , saya huraikan sedikit
kepentingan dan peranan pusat tuisyen untuk anak kita.
1.

Pusat

tuisyen

dapat

mendatangkan

kesan

positif

kepada

anak

kita

dalam meningkatkan prestasi akademik.


2.

Pembelajaran

di

pusat

tuisyen membolehkan

anak

kita

fokus kepada

pembelajaran sepenuhnya kerana di sekolah banyak gangguan sehingga tidak


dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar.
3.

Pengaruh

rakan-rakan

di

sekolah

yang

membuat

bising

mengganggu

konsentrasi pembelajaran di tambah pula bilangan murid yang ramai dalam


kelas.
4.

Di pusat tuisyen bilangan pelajar yang sedikit membolehkan guru mengesan


kelemahan pelajar danmembaiki kelemahan tersebut.

5.

Pengaruh yang positif kerana pelajar yang datang adalah terdiri dari pelajar
pintar yang ingin menaikkan prestasi dan tidak mahu membuang masa kerana
masa itu emas

6.

Pendekatan perbincangan antara guru dan pelajar banyak diterapkan di pusat


tuisyen kerana di sekolah guru-guru sibuk dengan pelbagai urusan.

7.

Di pusat tuisyen lebih mudah bertanya dan bersoal jawab dengan guru (soaljawab dua hala) dan guru dapat memberi penerangan dengan lebih jelas.

8.

Oleh kerana bilangan pelajar yang sedikit di pusat tuisyen dapat memberi
bimbingan secara individu dan memberi kesan yang agak maksima kepada
pelajar.

9.

Di pusat tuisyen ini juga menjadikan hubungan pelajar dengan guru lebih
rapat kerana pelajar tidak segan menyuarakan kelemahan mereka kepada guru
untuk diperbaiki disamping guru yang peramah dan mesra.

10.

Fasiliti di pusat tuisyen jauh lebih baik dari di sekolah contohnya bilik yang
berhawa dingin, suasana kelas yang cantik dan ceria membangkitkan semangat
anak kita belajar.

11.

Susunan jadual waktu yang fleksibel dan jika waktu yang terlepas boleh di
ganti balik.

Sebelum mengkaji pusat tuisyen yang sesuai terlebih dulu kita kaji prestasi pelajaran dan habit
anak kita untuk kesesuaian
1.

Jika anak kita itu dari kategori boleh dikatakan pandai dan sederhana serta
kelakuannya sederhana, kita boleh memilih tuisyen dalam group yang biasa
dalam kelas yang memuatkan 16-18 orang pelajar.

2.

Jika anak kita itu dari kategori lemah dan perlukan penumpuan pilihlah yang
kelas hanya memuatkan 3-5 pelajar sahaja.

3.

Kalau anak pulak kita tu sangat lemah dan asyik tak lulus sahaja ambil lah
kelas intensif di mana pembelajaran one to one couching

20 tips pemilihan pusat tuisyen untuk anak-anak kita:


1.

Pilihlah pusat tuisyen yang pengusaha itu adalah seorang guru atau orang
yang terlibat dalam bidang pendidikan. Ibu bapa lebih memberi kepercayaan
kepada pengusaha yang terdiri dari profesion guru. Pengusaha itu lebih peka
dengan pelajaran silibus pelajaran semasa yang berkaitan dengan sekolah.

2.

Pilih pusat tuisyen yang beroperasi sah dan di luluskan oleh Kementerian
Pendidikan

Malaysia.

Pastikan

pusat

tuisyen

itu berdaftar dan

ada

sijil

pendaftaran tertampal di premis.


3.

Cari pusat tuisyen yang di pantau oleh PPD (Pejabat Pendidikan Daerah),
setiap tahun pihak PPD akan melawat premis tersebut dan memantau prestasi
pelajar, guru-guru, kemudahan dan sistem keselamatan premis dan sistem
penyelengaraan pusat tuisyen.

4.

Pilih pusat tuisyen yang mempunyai trek rekod yang baik dan testimony
ramai pelajar cemerlang. Ini sangat penting!!!! Kaji peratusan pelajar yang
cemerlang, selalunya 25-30% pelajar cemerlang dari pelajar yang mengambil
peperiksaan di pusat tuisyen tersebut.

5.

Cari maklumat pusat tuisyen samada melalui media sosial seperti laman web,
facebook,blogs atau datang sendiri ke pusat tuisyen tersebut. Tanya jiran, kawan,
saudara mara yang anaknya cemerlang-mereka hantar di mana untuk tuisyen
anak. Minta pandangan guru sekolah pusat tuisyen yang bagus. Selalunya guru

boleh mencadangkan pusat tuisyen yang bagus yang menolong prestasi pelajar
di sekolah.
6.

Cari pusat tuisyen yang tenaga pengajar pusat tersebut seratus peratus
terdiri guru-guru sekolah. Jadi pembelajaran selari dengan selibus kementerian
pelajaran dan guru itu sendiri ada cara untuk kesesuaian pembelajaran untuk
anak kita (ada pedagogi). Guru-guru sekolah juga dihantar kursus untuk
kementerian jadi mereka

lebih advance dan up to date tentang selibus

terkini, (Silibus pelajaran di Malaysia kan sering bertukar-tukar..)


7.

Bukan guru biasa sahaja cari pusat tuisyen yang terdapat guru pemeriksa
kertas peperiksaan dan pembina item soalan. Ini satu kelebihan dan bonus pusat
tuisyen tersebut kerana guru tersebut mahir dan pakar tentang soalan dan
jawaban kertas-kertas peperiksaan. Lagi ramai guru pemeriksa kertas lagi bagus
pusat tuisyen tersebut.

8.

Penggusussan bidang, guru yang mengajar hendaklah mahir dalam bidang


masing-masing, contohnya guru tersebut mengajar tahun 6 subjek matematik
jadi di pusat tuisyen juga mengajar subjek dan tahun yang sama. Jangan cari
pusat tuisyen yang seorang guru boleh mengajar semua subjek atau bukan
terdiri dari guru!!! Dikhuatiri penyampaian kepada pelajar tidak mencapai tahap
pembelajaran.

9.

Pilih jadual yang sesuai dengan masa kita dan anak, mungkin anak penat
masa hari persekolahan jadi boleh pilih hari sabtu dan ahad. Jadi anak tidak
tertekan dengan jadual yang padat setiap hari.

10.

Pemilihan lokasi pusat tuisyen hendaklah berdekatan dengan kediaman kita.


Walaubagaimanapun jika pusat tuisyen yang berdekatan tidak berkualiti baik
hantar yang jauh sikit.

11.

Fasiliti pusat tuisyen, chek apa yang ada di premis pusat tuisyen contohnya
bilik berhawa dingin dan dibantu kipas sebagai back-up jika sekiranya tiba-tiba
air-cond tidak berfungsi. Ruang pejabat pentadbiran, surau, mini perpustakaan,
ruang menunggu utuk ibubapa, ruang pelajar, ruang letak kasut, kiosk air dan
lain-lain. Pastikan persekitaran ruang kelas dan tandas yang bersih.

12.

Kadar yuran bulanan yang berpatutan, tidak terlalu mahal dan kita mampu.
Tidak semestinya yuran yang mahal dapat memberi result yang bagus untuk
anak kita. Ini juga bergantung dengan kemampuan pembelajaran anak kita.

Jangan anggap anak kita terlalu lemah bila di hantar ke pusat tuisyen yang mahal
yurannya akan memberi keputusan yang cemerlang.
13.

Cari pusat tuisyen yang yuran pendaftaran berpatutan dan mungkin ada
cenderahati seperti beg, t-shirt kerana ini member aura positif untuk galakkan
anak belajar di pusat tuisyen tersebut.

14.

Sistem pembayaran yuran yang efesien contohnya sistem kad pembayaran


yuran, riset, sistem excess card dll.

15.

Cari pusat tuisyen yang mementingkan displin pelajar, walaupun hanya


beberapa jam di pusat tuisyen tetapi mungkin anak kita tidak jujur, contohnya
pelajar ponteng kelas atau merokok. Jadi pengusaha wajib memberitahu ibubapa
tentang perkara tersebut.

16.

Pastikan prestasi anak kita setiap sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sekali.


Adakan hubungan baik dengan pusat tuisyen. Pihak tuisyen selalunya akan
mengadakan ujian setiap 3 bulan sekali dan latih tubi menjelang waktu
peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.

17.

Ada sesetengah pusat tuisyen akan mengadakan program-program tertentu


untuk pelajar seperti program tip menjawab soalan peperiksaan, solat hajat dan
lain-lain.

18.

Cari pusat tuisyen yang memberi reward kepada pelajar yang cemerlang.
Ini sedikit sebanyak dapat memberi galakkan kepada pelajar untuk cemerlang.
Contohnya Majlis Mini Konvokesyen.

19.

Tidak semestinya pusat tuisyen yang glamour memberi result yang


cemerlang untuk anak kita. Mungkin pusat tuisyen yang glamour dan banyak
cawangan hanya result di cawangan tertentu sahaja yang cemerlang dan
testimoni di kira keseluruhan cawangan. Jadi ini adalah trik perniagaan
mereka. Cari pusat tuisyen di tempat kita yang pusat itu sendiri melahirkan ramai
pelajar cemerlang.

20.

Akhir sekali cari pusat tuisyen yang bukan hanya mementingkan keuntungan
sahaja

tetapi khidmat

kepada

masyarakat

setempat dan

betul-betul

ingin membantu mempertingkatkan prestasi anak-anak tempatan.


Pusat tuisyen adalah wadah ilmu dan tempat alternative terbaik bagi anak kita yang mahu
berjaya dalam pelajaran. Kita mesti memilih pusat tuisyen yang benar-benar boleh membantu
untuk meningkatkan prestasi anak kita dan pencapaian yang cemerlang dalam akademik akan
menjadi ukuran kejayaan di hari muka. Dan jangan menyalahgunakan kemudahan tuisyen

kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Walaubagaimana


pun kejayaan anak kita adalah berkat usaha anak kita sendiri dengan sokongan dan bantuan
ibubapa,guru di sekolah dan pusat tuisyen.

You might also like