Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CUTI SEMPENA

TAHUN BARU CINA


31 JANUARI 2014 ( JUMAAT )

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA


SEKOLAH KEBANGSAAN LAVENDER HEIGHTS

TAMAN BANDAR SENAWANG


SEREMBAN
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

16 Mac 2013
Sabtu
8.30 pagi
Dewan Terbuka SK Lavender Heights

1. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG - Tn Syed Muhammad bin Syed


Nadzir )
1.1 Yang Di-Pertua telah mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa
untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali kedua.
1.2 YDP memaklumkan bahawa tujuan PIBG ditubuhkan adalah untuk
mengeratkan permuafakatan ibu bapa dan guru-guru.
1.3 Tujuan mesyuarat juga diadakan adalah untuk membuat pemilihan
AJK baru bagi sesi 2012 / 2013.
1.4 YDP telah membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2012 / 2013 dan
dipersetujui dengan sebulat suara.
2. Pemilihan Pengerusi Sementara
2.1 En Mohd Haris bin Mokhtar telah mencadangkan agar Tuan Syed
Muhammad bin Syed Nadzir dikekalkan bagi menjadi pengerusi
sementara bagi menjalankan mesyuarat agung.
2.2 Pn Nasuha mencadangkan Puan Shamshiah bt Ibrahim iaitu Guru
Penolong Kanan 1 untuk menjadi pengerusi sementara dan telah
disokong oleh Pn Hasneza bt Hasan , telah diterima dengan sebulat
suara.
2.3 Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Pn Shamshiah bt Ibrahim
sebagai pengerusi sementara bagi menjalankan mesyuarat agung.
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Minit Mesyuarat Agung
Kali Pertama
3.1 Cik Khairizah bt Ab. Rashid selaku Setiausaha PIBG telah
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Pertama dari
muka surat 14 sehingga 18 dan minta untuk disahkan.
Dicadangkan :
Disokong
Diterima

Pn Norhaizan bt Rumia
:
Mohd Ismadi bin Zahari
:
Sebulat suara

4. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG

4.1 Cik Khairizah bt Ab. Rashid selaku Setiausaha PIBG telah


membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG bagi sesi 2012 /
2013 dari muka surat 19 sehingga 20 dan minta untuk disahkan.
Dicadangkan :
Disokong
Diterima

En Abdul Mutalib bin Abdul Ghani


:
Pn Hasnida bt Husin
:
Sebulat suara

5. Membentang dan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan


PIBG
5.1 Cik Erda Asnida bt Anua selaku Bendahari PIBG telah
membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi sesi 2012 / 2013
dari muka surat 21 sehingga 22 dan minta untuk disahkan.
Dicadangkan :
Disokong
Diterima

En Mohd Danial Rash


:
Pn Faridah bt Ali
:
Sebulat suara

6. Pelantikan AJK PIBG bagi Sesi 2013 / 2014


Yang Di-Pertua

En. Ir Mohamad Salzeli bin Moktar

Naib Yang Di-Pertua

Setiausaha

Pn Mazlina bt Ibrahim

Bendahari

Pn Idza Dzuriaty bt Abd Latif

AJK Ibu Bapa

AJK Guru

Juruaudit Ibu Bapa


Juruaudit Guru
:

En. Anuar bin Ibrahim

:
En Norafizal bin Abd Aziz
En Mohd Sahari bin Abd Aziz
Pn Faridah bt Ani
En Moh Danial Raj bin Abdullah
En Nazri bin Rahim
En Shahrom bin Sukero
En Nor Azman bin Usman
Pn Mariam binti Ibrahim
Pn Vasanthi a/p Subramaniam
Pn. Mazura bt Masri
:
Pn Puvaneswary Lenggappan Mudaliar
Pn Norhaslinda bt Hamzah

7. Cadangan dan Usul PIBG

7.1 En Shahrom bin Sukero memaklumkan ibu bapa yang menghantar


usul kepada pihak sekolah perlu hadir untuk dibincangkan usul
yang dikemukakan dari muka surat 25 27. Perbincangan usul di
dalam buku program akan dibincangkan ketika mesyuarat AJK kali
pertama. Perbincangan secara terus dibuat bagi usul yang
dikemukakan di dalam mesyuarat.
7.2 En Sahari bin Moktar mencadangkan agar murid-murid tahun 5 dan
6 yang berpotensi mendapat 5A diadakan perjumpaan antara guru
dengan ibu bapa untuk mengetahui kelemahan jika berlaku
penurunan prestasi mata pelajaran.
7.3 Pn Khamsiah bt Ujang menyokong usul yang ke-3. Pihak kantin
menjual makanan ringan tetapi sepatutnya murid-murid mesti
mengamalkan pemakanan yang sihat.
7.4 AJK PIBG meminta kelulusan bayaran persekolahan bagi sesi 2014
dan meminta untuk diluluskan dalam mesyuarat.
Sumbangan PIBG
Program Transisi
Hari Kanak-Kana
Bahan Cetak
:
Perpustakaan
Program UPSR
Dicadangkan :
Disokong
Diterima

:
RM 50 .
:
RM 10 .
:
RM 03 .
RM 10 .00
:
RM 10 .
:
RM 150

00
00
00
00
. 00

Pn Vasugi
:
En Mohd Azrul Zakari
:
Sebulat suara

8. Hal Hal Lain


8.1 En Mohd Azmi bin Abdul Aziz menyatakan bahawa kehadiran ibu
bapa ke mesyuarat PIBG tidak mencapai 2/3. Pihak sekolah perlu
memasukkan peraturan-peraturan untuk menjalankan mesyuarat.
Pihak sekolah harus mencari cara untuk menarik minat ibu bapa
untuk datang ke mesyuarat Agung PIBG seperti mengadakan
cabutan bertuah.
8.2 En Mohd Azmi bin Abdul Aziz juga menyatakan bagi murid-murid
yang cedera seperti yang telah dimaklumkan oleh Guru Besar
dalam ucapannya, guru-guru perlulah lebih mengambil berat
tentang keselamatan murid.

8.3 En Mohd Azmi bin Abdul Aziz mencadangkan guru bertugas perlu
pulang lewat untuk memastikan keselamatan murid. Pembinaan
susur gajah hendaklah disegerakan.
8.4 Pn Zahida bt Ghazali mencadangkan agar pihak sekolah
mengadakan bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris. Adakan
juga sistem mentor lima hingga enam murid untuk seorang guru.
Pn Shamshiah bt Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
memaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang pelbagai
aktiviti untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan UPSR dan Bengkel Menjwab soalan UPSR akan
diadakan pada cuti persekolah bulan Mac dari 25 Mac 28 Mac
2013. Pihak sekolah juga akan mengadakan motivasi yang akan
dikendalikan oleh pihak luar.
8.5 Pn Faridah bt Ani memohon kebenaran daripada pihak sekolah,
sekira nya hujan pada waktu petang iaitu ketika kelas KAFA, ibu
bapa diberi kebenaran untuk menghantar dan mengambil anak di
dalam kawasan sekolah. Beliau juga memaklumkan pihak kantin
perlu menyediakan makanan yang secukupnya untuk murid-murid
tahap 2 pada waktu rehat.
9. Ucapan penangguhan
9.1 En Ir Salzeli bin Moktar mengucapkan terima kasih kepada semua
ibu bapa yang hadir sokongan yang diberikan dengan melantik
beliau sebagai Yang Di-Pertua PIBG bagi sesi 2013 / 2014.
9.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat pertama akan diadakan
dua minggu selepas mesyuarat agung dijalankan.
9.3 Beliau berharap para ibu bapa akan memberi ssokongan yang padu
kepada PIBG bagi kecemerlangan sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA


SEKOLAH KEBANGSAAN LAVENDER HEIGHTS
TAMAN BANDAR SENAWANG
SEREMBAN
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

16 Mac 2013
Sabtu
8.30 pagi
Dewan Terbuka SK Lavender Heights

1. Ucapan Pengerusi Majlis ~ En Dollah bin Dollah


1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua ibu bapa dan
penjaga yang hadir.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran wakil rasmi Pengarah
Pelajaran yang hadir En Azmi bin Basir bagi merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG kali kedua.
1.3 Pengerusi mempersilakan Ustaz Nor Azman bin Usman untuk
membacakan doa untuk memulakan majlis.
2. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG ~ Tn Syed Muhammad bin Syed
Nadzir )
2.1 Yang Di-Pertua telah mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa
untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali kedua.
2.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis serta
mengalu-alukan kehadiran Tuan Azmi bin Basir wakil rasmi
Pengarah Pelajaran, AJK PIBG serta ibu bapa dan penjaga.
2.3 YDP mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bpa dan penjaga
kerana keperihatinan menghadiri mesyuarat PIBG.
2.4 YDP mengharapkan bantuan ibu bapa berganding bahu bersama
sekolah dalam hal kebajikan dan pelajaran anak-anak.
2.5 YDP juga berharap bantuan ibu bapa dalam menceriakan sekolah
yang baru beroperasi seperti bantuan kewangan dan meningkatkan
prasarana sekolah.

2.6 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang turut serta
dalam program gotong-royong perdana, Program Sinar Ranadhan,
keceriaan kelas dan Hari Anugerah Cemerlang.
2.7 YDP menyeru kepada semua ibu bapa supaya memantau prestasi
anak-anak dan disiplin anak-anak bukan terletak pada pihak guru
sahaja. Ibu bapa diharap dapat memberi sumbangan untuk
menjayakan aktiviti sekolah.
2.8 YDP mengucapakan tahniah kepada bakal barisan AJK PIBG yang
akan dilantik sebentar lagi.
3. Ucapan Guru Besar ~ Pn Faridah bt Hashim
3.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Tn Azmi bin Basir, wakil
rasmi Pengarah Pelajaran, Tn Syed Muhammad bin Syed Nadzir,
Yang Di-Pertua PIBG serta ibu bapa, penjaga serta guru-guru.
3.2 Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada barisan AJK PIBG sese 2012 / 2013 kerana telah berganding
bahu untuk meningkatkan prestasi sekolah.
3.3 Guru Besar memaklumkan bahawa SK Lavender Heights
mempunyai 49 orang guru, 5 staf sokongan dan 792 orang murid.
Beliau juga memaklumkan bahawa En Abdul razak bin Haron iaitu
Guru Penolong Kanan Kokurikulum tidak dapat hadir bersama
kerana masalah kesihatan.
3.4 Guru Besar juga memaklumkan bahawa pada tahun ini merupakan
tahun pertama peperiksaan UPSR dan sekolah mempunyai seramai
104 calon peperiksaan.
3.5 Pihak sekolah telah merangka beberapa program dan aktiviti dalam
bidang kokurikulum, antaranya bola jaring, bola sepak dan
olahraga. Latihan olahraga telah dibuat di Kompleks Sukan Paroi
kerana sekolah kekurangan tempat latihan.
3.6 3 orang murid telah terpilih untuk mewakili Neger Sembilan dalam
perlawanan ragbi. Seorang pelajar iaitu Mohammad Danial Fadzil
telah mewakili Negeri Sembilan dalam acara renang.
3.7 Sekolah telah merancang program Imam Muda yang akan
dijalankan pada 22 Mac 2013. Seramai 8 orang murid telah terpilih
selepas saringan. Imam Muda ini akan memimpin bacaan
doabacaan doa di sekolah dan melaungkan azan.

3.8 Perlaksanaan pelbagai program memerlukan kewangan dan pihak


sekolah mengharapkan sokongan PIBG.
3.9 Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa dapat menghantar anakanak ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi untuk menjalankan
Program Bacaan Pagi.
3.10 Dari segi keselamatan, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah kecuali 4 orang murid yang mempunyai masalah
kesihatan. Kenderaan ibu bapa hanya boleh masuk ke dalam
kawasan sekolah ketika hari hujan.
3.11 Mohon kerjasama ibu bapa ketika menghantar anak ketika hujan
supaya berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan kerana sebelum
ini terdapat 2 kemalangan melibatkan kenderaan penjaga
melanggar pembahagi jalan .
3.12 Mohon ibu bapa memastikan anak-anak diambil oleh pengusaha
van sekolah agar selamat pulang ke rumah kerana terdapat dua
peristiwa murid tertinggal van dan dihantar oleh orang awam
dengan menaiki motor. Ibu bapa harus prihatin dan menyimpan
nombor telefon pengusaha van.
3.13 Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat seorang murid yang
menghidap buah pinggang dan sekarang berada di wad kanakkanak. Seorang lagi murid telah tercedera di mata akibat terkena
gunting di dalam kelas. Mohon ibu bapa memberi sumbangan
kepada kedua-dua murid tersebut.
3.14 Akhir kata ucapan terima kasih buat semua yang telah memberi
kerjasama.
4. Ucapan Perasmian ~ Tuan Azmi bin Basir Wakil Rasmi
Pengarah Pelajaran
4.1 Tuan Azmi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
telah hadir untuk Mesyuarat Agong PIBG kali kedua. Beliau juga
menyampaikan salam takzim daripada Pengarah Pelajaran yang
tidak dapat hadir kerana terdapat program lain.
4.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang
merancang Mesyuarat Agong PIBG kali ini. Beliau menyatakan
bahawa Mesyuarat PIBG perlu diadakan setiap tahun sebelum 31
Mac .

4.3 Beliau mengharapkan PIBG saling melengkapi bersama pihak


sekolah seperti yang diharapkan oleh KPM.
4.4 Dalam sub peraturan 5, iaitu peraturan 6, PIBG tidak boleh
dijadikan platform politik supaya tidak menyeleweng dari matlamat
penubuhan PIBG. Guru Besar perlu memaklumkan peraturanperaturan penubuhan PIBG kepada AJK yang akan dilantik.
4.5 Permuafakatan antara ibu bapa perlu diambil kira dalam peraturanperaturan yang telah ditetapkan.
4.6 Peranan PIBG dapat meningkatkan pembelajaran anak-anak. Kajian
menunjukkan sokongan ibu bapa dapat mengurangkan masalah
disiplin.
4.7 Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. 5 aspirasi
pendidikan yang perlu dicapai.
4.7.1 Akses kepada pendidikan ( bermula dari umur 6 tahun )
4.7.2 Kualiti Pendidikan. Melepasi 1/3 kelompok atas Negara
membangun.
4.7.3 Aspirasi Ekuiti. Merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
4.7.4 Perpaduan. Tekankan program aspek perpaduan kaum di
sekolah.
4.7.5 Kecekapan. Setiap program perlu ada impak kepada anakanak.
4.8 Enam aspirasi pendidikan
4.8.1 Pengetahuan. Murid diberi pengetahuan secukupnya. Guru
menggunakan ICT dalam P&P untuk menarik minat murid.
Pengajaran cara lama perlu diubah.
4.8.2 Lahirkan murid yang mampu berfikir. Guru menggalakkan
murid berfikiran kritis dan kreatif.
4.8.3 Kemahiran kepimpinan. Penerapan nilai kepimpinan dalam
aktiviti kokurikulm.
4.8.4 Etika dan Kerohanian. Murid perlu mempunyai pengetahuan
dan nilai kerohanian.
4.8.5 Kemahiran Dwi-bahasa. ( Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
)
4.8.6 Generasi beridentiti nasional.
4.9 Ibu bapa perlu mengetahui ( 1M1S, KSSR, MBMMBI, LINUS ) Di
bawah NKRA terdapat 4 perkara iaitu :
-

Prasekolah

LINUS
Sekolah Berprestasi Tinggi
New Deal Guru besar mendapat inisiatif jika dapat menjadi
sekolah berkualiti.

4.10 Kecemerlangan anak-anak bermula dari sekolah. SKLH akan


mendudui peperiksaan UPSR buat kali pertama. Prestasi sekolah
akan dinilai dari pencapaian UPSR.
4.11 Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan dans semoga
AJK PIBG dapat memberi komitmen yang tinggi untuk
kecemerlangan sekolah.

You might also like