Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Interaksi Tamadun

Disediakan oleh
Maimun binti Aziz

Pengenalan
Setiap tamadun yang muncul
mempunyai sifat-sifat, pencapaianpencapaian serta keunikan yang
tersendiri. Interaksi antara tamadun
ini berlaku di peringkat nilai, idea,
institusi dan insan. la berlaku di
sepanjang sejarah dengan pelbagai
cara yang berbeza.

Interaksi antara tamadun ini terjadi


kerana wujudnya sifat toleransi yang
tinggi serta sikap saling
menghormati antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain

Interaksi antara tamadun


memberikan dua kesan yang penting
iaitu kesan positif dan kesan negatif

Kesan positif

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan


Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah
Arab telah memberi beberapa kesan positif

Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah)


yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di
Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta
penganut-penganut agama lain telah diberi
perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan
mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa
sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad
s.a.w. ataupun umat Islam yang lain

. Hal yang sama telah diikuti oleh


pemerintah-pemerintah Islam zaman
Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah,
Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaankerajaan Islam di India.
Malah dalam beberapa buah kerajaan
Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian
telah mendapat kedudukan tinggi dalam
pentadbiran, contohnya dalam kerajaan
Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi
dan Kristian telah memberikan sumbangan
mereka dalam penterjemahan buku-buku
Greek ke dalam bahasa Arab

Interaksi antara Tamadun India dengan


Tamadun China telah memberi kesan positif
kepada kedua-dua tamadun

Pelbagai kemahiran telah diperkembangkan,


contohnya teknologi membuat gula daripada
tebu dari India telah diperkembangkan
kepada orang-orang China. Bidang astronomi
India turut diperkembangkan di China oleh
ahli-ahli astronomi India. Beberapa
perbendaharaan kata bahasa Pali dan
Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan
China.

Kesan positif kepada Tamadun India


ialah berkembangnya teknologi
membuat kertas, bahan letupan dan
pengunaan kompas dari Tamadun China
ke dalam Tamadun India. Interaksi
antara Tamadun India dan China berlaku
secara aman melalui hubungan
perdagangan dan keagamaan.

Interaksi Tamadun Islam dan China turut


memperlihatkan kesan positif ialah proses
interaksi secara aman iaitu melalui
perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan
Parsi memainkan peranan penting dalam
interaksi ini Hasil daripada interaksi ini
terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap
di China. Berlaku perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang ini dengan wanitawanita tempatan.

Kesan penting yang terhasil daripada


interaksi ini ialah penyebaran agama
Islam di negeri China yang akhirnya
mewujudkan komuniti Islam tempatan
China. Perkembangan seterusnya
menyebabkan munculnya cendiakawancendiakawan Islam tempatan yang
mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu.

Konsep-konsep hubungan keluarga,


ketaatan kepada kedua ibu bapa dan
raja dan nilai-nilai moral yang terdapat
dalam ajaran Konfusianisme telah
dijadikan landasan untuk
memperkenalkan agama Islam kepada
masyarakat China. Kesejajaran inilah
yang menyebabkan ajaran Islam dapat
diterima

Hubungan antara Tamadun Islam


dengan Tamadun Melayu telah
meninggalkan kesan yang amat
ketara. Interaksi antara kedua-dua
tamadun ini berlaku secara aman
iaitu melalui perdagangan.

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun


Melayu telah melahirkan beberapa kesan positif
yang penting. Kesan yang paling menonjol ialah
tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu
serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau,
Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban,
Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah
mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu.
la juga turut membawa tulisan Jawi yang
berperanan penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Kesan positif boleh juga dilihat


pengaruhnya dari segi perundangan,
kesusasteraan, kesenian, kebendaan
seperti pakaian, makanan serta
istilah-istilah Arab yang digunakan
dalam bahasa Melayu.

Tamadun China membawa teknologi membuat


gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di
Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan
sutera, membuat tembikar serta pertukangan
logam. Di samping itu terdapat juga beberapa
jenis makanan masyarakat China yang
diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti
tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi
antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu
berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan
secara konflik peperangan. Interaksi secara aman
berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan

. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti


perdagangan, emigrasi dan hubungan
diplomatik, contohnya kemuncak hubungan
diplomatik negeri China dengan Kepulauan
Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.
Manakala hubungan yang bercorak konflik
peperangan berlaku semasa pemerintahan
Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 1368 Masihi )
yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja )
dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Interaksi Tamadun ChinaJepun

Jepun telah mendapat faedah yang


banyak hasil daripada hubungan ini.
Tamadun China telah
menyumbangkan beberapa perkara
penting ke dalam Tamadun Jepun.
Sumbangan yang penting ialah dari
segi agama dan tulisan

. Di samping agama, tulisan adalah satu


lagi kesan penting yang dibawa oleh
Tamadun China ke Jepun. Tulisan China
telah menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun iaitu Hiragana dan
Katakana. Pengaruh tulisan China telah
memainkan peranan kepada
perkembangan intelektual dan
kesusasteraan dalam Tamadun Jepun.

Di samping dua kesan positif yang


penting ini, Tamadun China turut
meninggalkan pengaruhnya ke atas
upacara-upacara tertentu di Jepun,
contohnya upacara minum teh, seni
taman, serta struktur pembinaan
bandar

Ajaran falsafah Konfusianisme dari


China turut diasimilasikan dalam
Tamadun Jepun. Ajaran
Konfusianisme yang memberi
penekanan kepada institusi keluarga
telah memantapkan lagi institusi
keluarga Jepun.

Kesan negatif

Interaksi antara tamadun turut


menghasilkan kesan negatif. Di Eropah,
kesan hubungan yang tidak baik antara
Kristian dan Yahudi ini menyebabkan
berlakunya pembunuhan orang Yahudi
secara beramai-ramai pada abad ke-9
dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat
perbezaan agama, ketidak seimbangan
ekonomi dan sosial.

Hubungan orang-orang Islam dan Kristian


dalam Zaman Pertengahan di Eropah.
Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah
telah bertindak melancarkan beberapa siri
perang ke atas orang-orang Islam yang
dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan
tersebut telah mengorbankan ramai
penganut Islam dan Yahudi. Peperangan ini
turut dicetuskan oleh faktor-faktor
perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India , hubungan antara penganut Islam


dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan
tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana
orang-orang Islam dibunuh dan masjidmasjid dimusnahkan oleh raja-raja India
yang beragama Hindu. Keadaan yang sama
juga berlaku kepada penganut-penganut
agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah
Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam
Kesultanan Delhi telah mengharamkan
pembinaan kuil-kuil .

Semasa zaman pemerintahan Moghul,


Aurangzeb adalah raja Moghul yang
bertindak keras terhadap penganutpenganut Hindu. Baginda telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil
yang baru, mengharamkan upacara
mandi suci di Sungai Jamuna,
mengharamkan upacara sati dan lainlain lagi.

Antara Tamadun India dengan Tamadun China


juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama
semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke
dalam masyarakat China semasa zaman
pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan
agama tersebut telah mendapat tentangan
cendiakawan Konfusianisme yang amat
berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han.
Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan


antara Tamadun Islam dengan Tamadun China.
Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam
di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang
dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada
masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah
mempunyai hubungan diplomatik dengan
kerajaan Tang di China.

Permusuhan antara orang-orang Islam dengan


orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak
puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak
yang bertentangan.

Kesimpulan
Situasi di benua Asia sebelum zaman
penjajahan Barat tanpa mengambil
kira hubungan Kristian dan Yahudi,
penganut-penganut Islam, Hindu,
Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan
termasuklah penganut Kristian
sendiri berjaya hidup harmoni dan
damai.

Kita bicara lagi minggu hadapan

You might also like