Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Soalan 3 :

Interaksi antara tamadun berlaku disebabkan oleh perkongsian nilai


pemikiran institusi dan keinsanan. Huraikan hubungan ini dari segi positif
dan negatifnya.
1.

Pengenalan
Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian

serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu
tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku
antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan
insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan
negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yangtertentu dan juga dengan
pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat
toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan
tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada
berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun
tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada
menjadi beku dan jumud yang akhirya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara
tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun memberikan dua
kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif
2.

Kesan positif
Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian semasa zaman

kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam
Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di
-1-

Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta penganut-penganut agama lain telah
diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama
mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat
Islam yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman
Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan
Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan
Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan
Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan
mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di
Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individuindividu Yahudi dan Kristian.
Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan
positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui
interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan,
contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan
kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh
ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut
mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah
berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari
Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China
berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.
Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan
positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang
Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi
-2-

ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur
antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman
pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang
tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang
terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang
akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya
menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur
seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari
keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep
hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang
terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan
agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran
Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang
dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni
bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China
hari ini.
Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan
kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu
melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara
ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu
dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan
hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokongpendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita
ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan
-3-

Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang
paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya
kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani,
Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah
pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang
berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan
positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,
kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam
bahasa Melayu.
Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan
positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan
kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat
gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam
perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat
juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat
Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik
peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan
hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan
Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak
konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 1368
Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13
Masihi.

-4-

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada
hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil
daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting
ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan.
Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran
Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama
Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha.
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman
kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi
kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi
asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan
China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan
dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China
turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya
upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah
Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran
Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan
lagi

institusi

keluarga

Jepun.

Manakala

konsep

mandat

dari

syurga

telah

memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan
Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara
aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan
identiti Tamadun Jepun.

-5-

3.

Kesan negatif
Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya

menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan


kesan negatif.
Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah
mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini
menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama,
ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.
Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam
Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak
melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai
Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.
Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam
keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan
masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang
sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam
Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa
upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb
adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda
telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci
di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.
-6-

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat
lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama
tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh
dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha
dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.
Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan
Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan
Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao
Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai
hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang
Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap
pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi,
penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang
Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang
kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan
876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai
orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun
876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan
ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh
termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai
orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di
Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China
turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada
-7-

pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil
daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula
oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orangorang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan
berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu
Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi),
Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), KebangkitanYussof Syamsuddin (182831M), pemberontakanYunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862
Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).
4.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat

tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu,
Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya
hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif
hasil pertembungan antara tamadun ialah :
a.

Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara


dengan penuh keadilan dan kesaksamaan

b.

Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba
mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan
cenderung kepada semangat keinsanan.

-8-

Senarai Rujukan
1. Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas Kertas 1. Bhd. Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn.
2. Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
3. Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd.
4. Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala
Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
5. Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur.
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

-9-

PRAKATA

Tugasan individu bertajuk Interaksi antara tamadun berlaku disebabkan


oleh perkongsian nilai pemikiran institusi dan keinsanan. Kesan positif dan
negetif. Tugasa ini mengupas dengan jelas apakah Kesan positif dan negatif hasil
daripada interaksi antara tamadun.
Sehubungan itu, ia juga membincangkan secara terperinci tentang perkara-perkara
yang berkaitan. Semoga dengan penerangan ini akan dapat memberi input serta
pengetahuan kepada kita untuk dikongsi bersama agar kita akan lebih lagi menghayati
erti ketamadunan yang sebenarnya.
Akhir sekali diharapkan dengan hasil tugasan ini sedikit sebanyak akan memberi
sedikit input kepada semua dan sesungguhnya apa-apa yang baik itu adalah dari Allah
S.W.T manakala yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri.
Sekian, wassalam

- 10 -

PENGHARGAAN

Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga terutama kepada pensyarah Tamadun Islam Institut Perguruan Darul
Aman (IPDA) Jitra, Kedah Darul Aman, iaitu Ustazah Pn Che Nazrah bt Mohd Yusoff
kerana telah memberi bimbingan yang begitu baik kepada kepada saya bagi menyiapkan
Tugasan individu ini . Walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah,
namun segala pertanyaan kami dapat dilayannya dengan baik dan memuaskan.
Selain itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada
semua pelajar-pelajar PKPG IPDA-UPSI 2002/2003 terutama kelas TM3 yang telah
memberi kerjasama dan berkongsi-kongsi bahan bersama-sama bagi menyiapkan kerja
kursus ini. Segala sumbangan yang saudara saudari berikan, mudah-mudahan mendapat
rahmat daripada Allah SWT. InsyaAllah.

Ikhlas Daripada
ADNAN BIN MOHAMAD (PKPG TM3)

- 11 -

You might also like