Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY

DAN TARIQ AL-JAZARIY BAGI RIWAYAT IMAM HAFS AN ASIM


Oleh:
Sedek bin Ariffin 1
Shaafiqah bt. Idris2
Abstract
Tajwid is a vital knowledge which is closely related to Quranic
recitational art ( Qiraat ).There are many types of methodology need to be
exposed. In Malaysia, the approach of Qiraat Hafs An Asim according
to the method of al-Syatibi and al-Jazari are dominantly applied among
the society. The process of getting data is based on observation and
evaluation forms in order to know the weaknesses and provide the
alternative to overcome the problem. In short, a complete explanation
about the approach of al-Syatibi and al-Jazari would solve the argument
in applying the two methods.

PENDAHULUAN
Ilmu Qiraat dan Ilmu Tajwid adalah dua ilmu yang mempunyai banyak pertalian dan
persamaan kerana kedua-dua ilmu ini berkaitan dengan cara pembacaan Al-Quran.Ilmu Tajwid
merupakan satu cabang daripada Ilmu Qiraat. Dalam mempelajari Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat,
kita boleh mendapati bahawa terdapat perkara yang ijma(disepakati) dan perkara yang khilaf
(berbeza) .Perkara yang ijma mengikut ahli Qurra dalam Ilmu Tajwid ialah sifat huruf dan
tempat keluar huruf (makhraj huruf) walaupun terdapat kekhilafan tentang bilangan keduaduanya, namun sebutannya adalah sama dan tiada kekhilafan kesemua Qurra. Adapun yang
lain daripada perkara tersebut, ianya mengandungi kekhilafan di antara Qurra, sehingga dalam
Qiraat Hafs sendiri mempunyai kehilafan tertentu mengikut Toriq As-Syatibi dan Toriq AlJazari. Maka, sesiapa yang ingin mempelajari ilmu Qiraat, mestilah mendalami ilmu Tajwid
sedalam-dalamnya dan juga kaedah-kaedah yang betul serta mempelajari ilmu Bahasa Arab.3

Tutor dan calon PHD Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Mahasiswi Tahun Akhir, Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.
3
Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Selangor : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.
2

Kerana kedua-dua disipilin ilmu tersebut berkaitan dengan pembacaan Al-Quran yang
merupakan mukjizat sepanjang zaman sebagai satu-satunya kitab yang masih kekal menjadi
tatapan harian setiap muslim, maka sudah tentu penguasaan dan kemahirannya sangat-sangat
dituntut. Justeru itu, kajian ini ingin menyingkap beberapa perkara yang menjadi khilaf serta
yang disepakati dalam hukum tajwid antara Toriq As-Syatibi4 dan Toriq Al-Jazari5 bagi
Riwayat Hafs An Asim.

DEFINISI QIRAAT, RIWAYAT DAN TORIQ


Qiraat ialah setiap bacaan yang disandarkan kepada imam-imam, sama ada imam qiraat
sepuluh iaitu daripada Imam al-Jazari atau imam qiraat tujuh iaitu daripada Imam al-Syatibi.
Pembahagiaan Qiraat itu terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Mutawatir, Masyhur, Ahad,
Syaazah dan Maudu. Riwayat ialah setiap apa yang disandarkan kepada periwayat yang
diambil daripada imamnya. Dalam erti kata lain ialah murid-murid yang mengambil bacaan
tersebut dengan imam-imam walaupun melalui perantaraan.Toriq ialah setiap apa yang
disandarkan kepada murid-murid atau periwayat yang mengambil bacaan daripada imamnya.
Dan sesiapa sahaja selepasnya daripada periwayat. Dalam erti kata lain, toriq ialah murid-murid
yang mengambil daripada periwayat di atas tadi. Contoh :
Imam Hamzah

Sulaim
Khalaf

Khallad

Idris Al-Haddad

Muhd b. Syazan

Rawi yang mayhur di sisi ahli Qurra daripada Imam Hamzah ialah Khalaf dan Khallad, walau
melalui perantaraan Sulaim.Turuq daripada rajah ini ialah Idris Al-Hadda dan Muhd b. Syazan.

Toriq As-Syatibi dinamakan As-Sughra kerana periwayatan beliau terhadap turuq qiraat adalah kecil dan sedikit,
iaitu dengan makna tidak menyeluruh dan mendalah terhadap kesemua turuq qiraat
5
Toriq Al-Jazari dinamakan Al-Kubra kerana periwayatan beliau terhadap turuq qiraat adalah menyeluruh dan
mencakupi kesemua turuq

DEFINISI ILMU QIRAAT DAN ILMU TAJWID


Ilmu Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang pelbagai bacaan serta pengambilan
dan sebutannya mesti diambil daripada guru sehingga bacaannya sampai kepada Rasulullah
s.a.w kerana Qiraat dan Al-Quran adalah sunnah muttabaa(yang diikuti).6 Hukum
mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Manakala ilmu tajwid ialah ilmu atau pengetahuan
untuk memberi hak bagi setiap huruf Al-Quran sama ada pada makhraj, sifat dan hukum-hukum
tajwid yang lain.7 Para ulama meletakkan hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu
kifayah dan memenuhi tajwid ketika pembacaan Al-Quran adalah wajib sebagaimana firman
Allah :

x?s? tb#u)9$# @o?uur


Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil
Surah Al-Muzammil (73) : 4

BIOGRAFI RINGKAS IMAM HAFS (90H-180H)


Imam Hafs adalah perawi Qiraat Imam Asim yang terkemuka. Nama beliau ialah Hafs
bin Sulaiman bin Al-Mughirah Abu Daud Al-Asadi Al-Kufi. Beliau lebih terkenal dengan
gelaran Abu Umar. Dilahirkan di Kufah pada tahun 90 hijrah dan wafat pada tahun 180 hijrah.8
Imam Hafs telah mengambil bacaan al-Quran secara terus daripada gurunya iaitu Imam
Asim secara talaqqi9 dan musyafahah.10 Beliau amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan
bacaan dan hafalan al-Qurannya. Ini telah menjadikan riwayat bacaannya sangat masyhur dan
diiktiraf oleh para ulama dan Qurra pada zamannya.11

Mohd Husdi b. Mohamad (2003), Qiraat Sabah: Kajian Biografi Pada Qurra ( Latihan ilmiah, Jabatan AlQuran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
7
Muhammad Ahmad Mabad (2003) , Al-Mulakkhas Al-Mufid Fi Ilmi At-Tajwid, Madinah : Darus Salam
8
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932), Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat
al-Qurra, Beirut : Dar al-Kitab al-Ilmiyah, h.254.
9
Pertemuan guru dan murid secara bersemuka.
10
Murid menerima pengajaran dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan
menyebutnya(mengikut).Guru memberikan contoh bacaan kepada murid, kemudian murid itu mengikut bacaan
guru secara individu.
11
Surur Shihabuddin An-Nadawi (2207), Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs AnAsim Melalui Tariq AsySyatibiah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd, hlm.14.

Selain itu, beliau merupakan periwayat daripada Imam Asim yang paling alim. Beliau
juga pernah tinggal di Kota Baghdad dan Mekah sekaligus menjadi muqri yang terkenal.12
Beliau telah meriwayatkan satu bacaan baris fathah daripada Imam Asim. Antara murid
Imam Hafs yang meriwayatkan bacaannya ini ialah Ubaid bin Sabbah, Amir bin Sabbah,
Husain bin Muhammad Al-Mazuri, Al-Fadhl bin Yahya Al-Ambari, Abu Syuib Al-Qawwas
dan lain-lain.
Bersambung sanad (salasilah) bacan al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w melalui
gurunya iaitu Imam Asim adalah seperti berikut :

Hafs

Asim

As-Sulami

Ali

Rasulullah
s.a.w

Dari sini jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mestilah mempunyai sandaran yang
sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang
lebih penting perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang sah dan kuat dalam
pengambilannya.
Hafs adalah murid Imam Asim yang paling banyak mengetahui bacaan-bacaan Imam
Asim kerana beliau telah berulangkali bertalaqqi dengan gurunya itu, jika dibandingkan dengan
rakan seperguruannya yang lain. Beliau mengatasi rakan-rakannya dari segi kemantapan
sebutan huruf. Oleh kerana berulang-ulangkali bertalaqqi dengan Imam Asim, maka wujud
selepas kewafatan beliau Toriq (aliran bacaan) Imam Hafs bin Sulaiman yang berbagai-bagai,
seperti aliran Asy-Syatibiah dan aliran al-Jazariah. Kesemua aliran yang dikembangkan oleh
murid-murid beliau sesudah kewafatannya itu mempunyai sandaran yang sah dan
berkesinambungan tanpa terputus hingga ke Rasulullah s.a.w.

12

Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), Marifah al-Quran al-Kubar, Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah, h.85.

BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-SYATIBI (538H-590H)


Namanya ialah Al-Qasim bin Firruyah bin Khalf bin Ahmad Asy Syatibi Ar-Raaini AlAndalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus sekarang dipanggil
Sepanyol.Walaupun beliau buta sejak lahir,namun beliau dikenali sebagai seorang ulama besar
dalam bidang Qiraat. Beliau wafat pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan di
Kaherah.13
Beliau adalah Imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui
kitabnya yang terkenal iaitu Hirzul Amani wa Wahju At-Tahani14 atau lebih dikenali dengan
Matan Asy-Syatibiah.15
Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat daripada gurunya iaitu Abi Abdullah
Muhammad bin Abil Al-Nafari di Syatibiah. Kemudian beliau merantau ke Balnasiah iaitu
sebuah kampung di Andalus dan berguru dengan gurunya yang terkenal iaitu Ibn Huzail. Beliau
telah mempelajari ilmu Qiraat dan telah menghafaz kitab At-Taysir karangan Abu Amr AdDani dan juga mempelajari ilmu Hadis. Disana beliau juga mendalami ilmu-ilmu lain seperti
kitab As-Sibawaih, Al-Kamil oleh Al-Mubarrad, Adabul Katib oleh Ibnu Qutaibah daripada Abi
Abdullah Muhammad bin Humaid. Beliau kemudiannya pergi menunaikan haji dengan
mengikuti jalan Al-Iskandariah. Beliau sempat membaca al-Quran kepada Abi Tohir As-Salafi
dan ulama-ulama lain dalam perjalanan tersebut.
Apabila beliau sampai ke Kaherah, orang ramai mula menyambut dan memuliakannya
kerana ketinggian ilmu serta akhlaknya. Cerita tentang beliau telah diketahui oleh pentadbir
Mesir pada masa itu, di mana al-Qadhi Al-Fadhil telah menawarkan beliau untuk menjadi
Syeikh di Al-Madrasah Al-Fadhillah. Semenjak itu, beliau telah pun menjadi guru qiraat yang
terkemuka yang didatangi oleh pencinta ilmu untuk menimba ilmu daripada beliau.
Walaupun beliau mahir dalam ilmu Qiraat, tetapi bacaan yang beliau riwayatkan
daripada bacaan Imam Asim adalah lebih masyhur dan diterima oleh semua berbanding yang
lain. Bacaan aliran beliau iaitu bacaan riwayat Hafs daripada qiraat Asim dan aliran AsySyatibiah telah menjadi bacaan utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam secara
amnya sehingga ke hari ini.

13

Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qaslatani (2000), Al-Fath al-Mawahibi fi Tarjamah al-Imam al-Syatibi,
Amman : Dar al-Fath, h.34
14
Sebuah karya bersyair 1172 bait. Juga dikenali sebagai Nazam Asy-Syatibiah.
15
Ibid

BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-JAZARI (751H-833H)


Namanya ialah Muhamad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf Al-Jazari Ad-Dimasyqqi
As Syirazi Asy-Syafie. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ibnul Jazari yang merujuk kepada
tempat bernama Jazirah Ibnu Umar, sebuah bandar pelabuhan berdekatan dengan sungai Dajlah
di Turki sekarang ini. Dilahirkan di Damsyiq (Damascus, Syiria) pada malam Sabtu selepas
solat terawih bersamaan 25 Ramadan tahun 751 Hijrah bersamaan 30 Februari 1350M.16
Beliau adalah Imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat sepuluh melalui
kitabnya yang terkenal iaitu An-Nasyr dan Matan Toyyibatun Nasyr yang menyatakan bacaan
sepuluh Imam qiraat. Sejak kecil lagi Imam al-Jazari sibuk mempelajari al-Quran. Beliau telah
menghafal al-Quran sejak berumur 13 tahun dan telah mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran
dalam solat terawih pada tahun berikutnya. Beliau mula mempelajari ilmu Qiraat daripada guruguru tempat kelahirannya iaitu Damsyiq sehingga beliau benar-benar mahir dalam bacaan tujuh
Imam Qiraat ketika umurnya 17 tahun.
Perantauan dan perjalanan yang dilalui oleh Imam Al-Jazari dalam menuntut dan
mengembangkan ilmu amat panjang. Ia bermula ketika beliau keluar mengerjakan haji pada
tahun 768H ketika berumur 17 tahun. Pada ketika itu beliau mengambil kesempatan membaca alQuran dengan Syeikh Abi Abdullah Muhammad bin Soleh (wafat 785H), Imam Masjid AnNabawi pada ketika itu. Pada tahun berikutnya, beliau terus merantau ke Kaherah untuk
mendalami ilmu Qiraat bagi 14 imam. Beliau pun pulang ke kampung halamannya dan
mendalami ilmu Hadis dan Feqah daripada Al-Asnawi dan Al-Abraquhi iaitu murid kepada AsSyeikh Ad-Dimyati yang masyhur.
Beliau kemudiannya kembali ke Kaherah dan terus ke Iskandariah untuk mendalami
ilmu Balaghah, Usul Fiqh, al-Quran dan lain-lain lagi. Sampai di Mesir beliau telah diberi
pengiktirafan oleh tiga orang mufti yang terkemuka iaitu Al-Qadhi Abu Fida pada tahun 774,
Al-Qadhi Dhiauddin pada tahun 778 dan Syeikhul Islam Al-Baqilani pada tahun 785H untuk
mengeluarkan fatwa ketika beliau berusia 34 tahun.
Pada tahun 793H, sekembalinya beliau ke kampung halamannya, beliau telah diangkat
menjadi Qadhi hakim tertinggi di negerinya iaitu Damsyiq. Di sini beliau telah mengasaskan
pusat pengajiannya yang diberi nama Darul Quran.

16

Ibid

Pada tahun 797H beliau telah diangkat ke Barusah ibu Negara Turki Utmaniah
sehinggalah ke saat-saat peristiwa Dimasyq jatuh ke tangan Taimur Lang pada tahun 804H.
Taimur Lang amat kagum dengan kebolehan beliau lalu diutuskannya Imam Al-Jazari ke Kish
di Negara Parsi pada tahun 1404M. Maka, beliau pun menetap di Samarkand iaitu ibu negara
Taimur Lang dan mengajar disana. Di situ beliau bertemu dengan Asy-Syarif Al-Jurujani iaitu
seorang ulama dalam ilmu Nahu.
Setelah Timur Lang wafat (807H/1405M), Imam Al-Jazari meneruskan perantauan ke
Khurasan, Asbahan dan lain-lain tempat hinggalah beliau telah kembali ke Syiraz. Melalui
perantauan inilah Imam Al-Jazari telah menimba banyak pengalaman di samping beliau
menabur jasa dan menyampaikan ilmunya kepada umat Islam. Beliau juga telah mengambil
manfaat-manfaat daripada para ulama yang sezaman dengannya.
Diakhir perjalanannya, Imam Al-Jazari kembali semula ke Syiraz dan menetap disitu
beberapa tahun hinggalah ajal menjemputnya tatkala hampir masuk waktu Zohor pada hari
Jumaat bersamaan 9 Rabiul Awal tahun 833 Hijrah ( 2 Disember 1429 ) di rumahnya, pada
usianya 82 tahun dan dikebumikan di madrasah yang telah beliau asaskan itu.
Imam Al-Jazari telah meninggalkan banyak karya dan kitab-kitab kepada umat Islam.
Kesemuanya melebihi 77 karangan yang dapat ditemui setakat ini. Karangan beliau bukan
hanya terhad kepada ilmu Tajwid dan Qiraat sahaja tetapi juga meliputi ilmu-ilmu Hadis.
Antaranya Asmaur Rijal, Tarikh, Nahu dan lain-lain. Ada antara karangan tersebut yang sudah
dicetak dan banyak lagi masih tersimpan dalam bentuk manuskrip yang belum dicetak.
Walaupun Imam Al-Jazari mahir dalam semua qiraat beserta riwayat-riwayat dan aliranalirannya, tetapi apa yang beliau riwayatkan tentang aliran-aliran bacaan Imam Asim seperti
membaca 2 harakat bagi Mad Munfasil itulah yang lebih masyhur. Ini telah memberi pilihan
yang lebih luas kepada pembacaan Al-Quran secara Hadr.17

17

Bacaan secara cepat dengan memelihara hukum-hukum tajwid

PERBANDINGAN DARI SEGI PERBEZAAN HUKUM-HUKUM YANG PERLU


DIJAGA DAN DIBERI

PERHATIAN

KETIKA MENGAMALKAN BACAAN

DENGAN TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-JAZARI DALAM RIWAYAT HAFS


AN ASIM
Tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari menampilkan banyak perkara yang harus dijaga dan
diambil perhatian oleh mana-mana pembaca al-Quran ketika mana mereka membaca riwayat
Hafs an Asim daripada tariq Syatibiyyah. Tariq al-Syatibi merupakan tariq al-Ammah, yang
menjadi pilihan utama para pembaca terutama sekali negara-negara Asia Tenggara. Manakala,
tariq al-Jazari adalah tariq yang tinggi peringkatnya, sukar dan yang tersusun dalam banyak
hukum-hukum teori dan praktikalnya yang hanya dikuasai oleh ahli-ahlinya sahaja. Daripada
kedua-dua tariq ini, telah dibuat perbezaan antaranya dari segi:
1.

AL-TAKBIR
Takbir bermaksud ucapan ( ) atau sekurang-kurangnya ( ) atau

) ketika majlis khatam al-Quran. Imam Hafs melalui tariq al-

Syatibi ketika khatam Al-Quran yang bermula daripada Surah Ad-Dhuha dan berakhir dengan
Surah An-Nas, mempunyai dua wajah . Pertama ,takbir di antara dua surah sama ada takbir
sahaja atau takbir bersama tahlil dan tahmid. Wajah kedua, tidak membaca takbir.18
Manakala, melalui tariq Al-Jazari, Imam Hafs, meninggalkannya tetapi dibolehkan
bacaannya. Cara bacaannya adalah seperti ( ) atau sekurang-kurangnya ( )
atau (

) . Namun, melalui tariq Al-Jazari, bacaan takbir sebelum

basmalah adalah dengan dua cara. Pertamanya tahlil diikuti dengan takbir ()
dan keduanya tahlil diikuti dengan takbir dan tahmid ( ) .
Tempat untuk membaca takbir melalui tariq al-Jazari terdapat perselisihan. Jumhur
berpendapat tiada takbir, dan satu kumpulan lain membacanya. Dan kumpulan ini berpecah
kepada tiga mazhab. Pertamanya takbir awal daripada surah al-Syarh hingga surah al-Nas.
Keduanya takbir daripada akhir surah al-Dhuha hingga akhir

surah al-Nas. Kaedah ini

dinamakan dengan takbir khas iaitu khas untuk surah-surah tertentu sahaja dan yang ketiganya
takbir di awal surah al-Fatihah hingga akhir al-Quran kecuali surah al-Taubah.
18

Doktor Muhammad Isom (1998) , Al-Wadhih Fi Ahkam At-Tajwid, Jordan : Darun Nafais

Ini dinamakan juga dengan takbir umum. Hukum membaca takbir adalah sunat sama ada di
dalam atau di luar sembahyang. Disunatkan bacaan yang kuat ketika khatam al-Quran.
2.

MAD AL-MUNFASIL
Mad al-Munfasil iaitu apabila huruf hamzah dan huruf mad berada di dalam dua kalimah

yang berlainan iaitu huruf mad di akhir kalimah pertama dan huruf hamzah di awal kalimah
yang kedua. Contohnya ( ) . Kadar bacaan Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi adalah
dengan kadar 4 harakat yang diistilahkan sebagai ( ) dan kadar 5 harakat ( ) .
Akan tetapi bacaan dengan 4 harakat lebih didahulukan. Contohnya ( ) . Manakala,
Mad Jaiz al-Munfasil mengikut tariq al-Jazari membacanya dengan kadar 2 ,4 atau 5 harakat.
3.

MAD AL-MUTTASIL
Mad al-Muttasil ialah apabila huruf mad dan huruf hamzah berada di dalam satu

kalimah seperti ( ) . Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan 4 dan
5 harakat, sama ada ketika wasal atau waqaf. Wajah bacaan dengan 4 harakat adalah lebih
didahulukan. Adapun apabila huruf mad berada di hujung kalimah dan dibaca dengan waqaf
dibolehkan bacaan dengan 6 harakat.19 Manakala, perbezaannya dengan tariq al-Jazari,
membaca dengan kadar 4, 5 dan boleh dibaca dengan 6 harakat ketika waqaf.
4.

SAKTAH
Saktah ialah memberhentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dengan kadar masa 2

harakat dan menyambung bacaan semula dengan nafas yang sama.20 Imam Hafs hanya
membaca saktah melalui tariq al-Syatibi hanya pada 4 tempat yang masyhur iaitu antara akhir
kalimah ayat pertama ( ) dan awal kalimah ayat kedua ( ) surah al-Kahfi iaitu ketika
sambung bacaan sahaja. Pada perkataan ini boleh dibaca dengan kaedah berhenti (saktah) untuk
bacaan Hafs. Firman Allah:

19

Hisyamuddin Salim al-Kilani (1999), Al-Bayan fi Ahkam Tajwid al-Quran, Jumhuriah al Arabiah alSyauriah.h.35.

20

Shaharuddin bin Saad (2007), Tajwid al-Quran Tariq al-Syatibi dan al-Jazari Riwayat Hafs an Asim:
Pengamalan di Maahad Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Akademi Pengajian
Islam: Universiti Malaya h.254

`Bi #
Y
x $
U ' t/ u
Z 9j $J
V h %s %2 `
y qu
& ! @y g
s O
9s ru =
| Gt 3
9 $# n
7
t
4 ?n
t A
t t R&r
%
! #$ !

K tp : #$
$YZ|ym #_r& Ngs9 br& Mys=9$# cq=yJt z`%!$# tZBsJ9$# teu;ur mR$!
Surah al-Kahfi (18) :1-2

Antara kalimah ( ) dan ( ) pada ayat 52 surah Yasin.Firman Allah :

q=
y J
9 $# X

y |ru `

Ho q 9#$
y
t ru $Bt #
x d
y 3 $2 Rt
%s B `B $Zu Vs y /t `
. Bt $Zu =n qu t #( q9 $%s
Surah Yaasin (36) : 52
Antara perkataan ( ) dan ( ) yang terdapat pada surah al-Qiyamah melalui tariq alJazari, Imam Hafs membacanya dengan dua wajah. Pertamanya dengan saktah dan keduanya
dengan tidak saktah.Firman Allah:

5 #u `
2 Bt @
% ru
Surah al-Qiyamah (75) : 27

Antara perkataan ( ) dan ( ) yang terdapat pada surah al-Mutaffifin. Menurut tariq alJazari, Imam Hafs membacanya dengan dua wajah. Pertamanya dengan saktah dan keduanya
dengan tidak saktah. Firman Allah:

b
t q6
3
t #( qR %.x $B Nk 5 q=%
4 ?n
t b
t #u @
2 t/ ( x
.x
Surah al-Mutaffifin (83) : 14

10

5.

PADA PERKATAAN ( ) PADA SURAH AL-INSAN AYAT 4.


Pada perkataan ( ) pada surah Al-Insan ayat 4, ketika waqaf harus bagi Imam Hafs

melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah. Pertamanya iaitu dengan hazaf ( buang
huruf alif ) dan waqaf dengan huruf lam itu dimatikan. Manakala, wajah bacaan yang kedua
pula ialah dengan ithbat alif ( tidak membuang huruf alif ). Manakala, ketika wasal Imam Hafs
membaca dengan hazaf huruf alif. Contohnya, cara bacaan melalui tariq al-Syatibi ialah hazaf
huruf alif :
W 6 xn=r&ur @ny=nys3=9
Cara bacaan yang kedua ialah ithbat iaitu tidak membuang huruf alif :
6 xn=r&urxn=y s3=9
Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membacanya ketika waqaf hanya
dengan satu wajah iaitu hazaf huruf alif tanpa ithbat.
W 6 xn=r&ur @ny=ny s3=9
6.

PADA DUA KALIMAH ( ) DAN ( ) DI DALAM SURAH AL-RUM


AYAT 54
Harus bagi Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah iaitu dengan

dad berbaris di atas (fathah) dan di depan (dhammah). Kedua-dua wajah bacaan tersebut adalah
betul yang dibaca oleh Imam Hafs daripada Imam Asim melalui tariq al-Syatibi. Manakala
bacaan baris di atas hendaklah didahulukan.21 Cara bacaan yang pertama bacaan baris fathah :

$
Z
| o; q %
/t `
. B @
y _
y O
O oZ q % #
7
|
t/ `
. B @
y _
y O
O #
7
| `Bi N3
)
s =n {
s %
! $# !
$# *

21

Ibid

11

Cara bacaan yang kedua ialah baris dammah :

/
Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membaca kedua-dua kalimah
itu hanya dengan satu wajah sahaja iaitu dengan huruf dad berbaris di atas. Cara bacaannya
ialah satu wajah sahaja iaitu baris fathah :

| `Bi N3
)
s =n {
s %
! $# !
$# *
$
Z
| o; q %
/t `
. B @
y _
y O
O oZ q % #
7
|
t/ `
. B @
y _
y O
O #
7
PADA AYAT (!u`8s?#u !$# $yJs ) PADA SURAH AL-NAML AYAT 36

7.

Harus bagi Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah ketika waqaf.
Pertamanya dengan ithbat huruf ya dan keduanya dengan hazf ya iaitu waqaf dengan huruf nun
dimatikan atau rawm.22 Wajah bacaan dengan ithbat ya adalah didahulukan.
Ketika bersambung bacaan Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca kalimah tersebut
dengan ithbat huruf ya selepas huruf nun. Cara bacaan yang pertama ialah dengan ithbat huruf
ya:
!$# u`8s?#u !$yJs 5
Cara bacaan yang kedua hazf huruf ya iaitu waqaf dengan huruf nun dimatikan atau rawm:
!$# `8s?#u !$yJs

22

Melemahkan suara pada huruf terakhir yang berbaris yang dibaca dengan berhenti sehingga hilang sebahagian
besar suaranya dengan suara perlahan yang dapat didengari oleh yang dekat dan tidak kepada yang jauh.

12

Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs ketika waqaf membaca dengan hazf
huruf ya tanpa ithbat.Cara bacaannya ialah:
!$# `8s?#u !$yJs
Perbandingannya dengan tariq al-Syatibi ialah tariq al-Jazari hanya dibaca dengan hazf huruf ya
tanpa ithbat.
8.

PADA KALIMAH ( ) DI DALAM SURAH AL-SYUARA PADA AYAT 63


Melalui Tariq al-Syatibi, harus bagi Imam Hafs membacanya dengan dua wajah iatu

dengan tafkhim23 dan tarqiq24. Bacaan tarqiq hendaklah didahulukan. Cara bacaan pertama
menipiskan sebutan huruf ( ) :


Bacaan yang kedua ialah menebalkan sebutan huruf ( ) :


Manakala, harus bagi Imam Hafs melalui Tariq al-Jazari membacanya dengan satu wajah sahaja
iaitu dengan membaca tafhkim sahaja. Cara bacaannya ialah menebalkan bacaan huruf ( )
sahaja :

23
24

Menebalkan huruf Ra.


Menipiskan huruf Ra.

13

9.

HURUF AYN PADA PERMULAAN SURAH MARYAM ( ) DAN


PERMULAAN SURAH AL-SYURA ( )
Huruf ayn pada permulaan surah Maryam ( ) dan ( ) , melalui tariq al-

Syatibi harus dibaca dengan kadar 4 dan 6 harakat. Akan tetapi wajah bacaaan dengan 6 harakat
hendaklah didahulukan. Contohnya:
g!2
, Om
Huruf ( ) pada dua kalimah tersebut dibaca dengan 4 atau 6 harakat mengikut tariq al-Syatibi.
Manakala menurut tariq al-Jazari. Huruf ( ) pada kalimah tersebut dibaca dengan 4 harakat
sahaja. Contohnya:
g!2
, Om

10.

PADA KALIMAH ( ) DI DALAM SURAH YUSOF AYAT 11


Melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan dua wajah iatu dengan isymam.25 Bacaan

yang kedua dengan al-Ikhtilas.26 Cara bacaannya:


4n?t $Z0B's? w y7s9 $tB

25

Bacaan dengan memuncungkan dua bibir mulut atau isyarat dengan dua bibir mulut ke arah baris dommah ketika
huruf nun bersabdu dibaca dan ianya dapat diketahui oleh orang yang celik dan sebaliknya bagi yang buta.
26
Iaitu pada dammah ketika bacaan pada huruf nun, di mana akan kekal 1/3 baris daripadanya.

14

Bacaan yang kedua dengan al-Ikhtilas. Cara bacaannya ialah:


y 4n?t $Z0B's? w y7s9 $tB
Manakala melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membacanya dengan idgham
bersama isymam. Akan tetapi ikhtilas didahulukan. Istilah rawm dan ikhtilas di sisi Imam Hafs
adalah dua istilah yang sama maknanya.27 Cara bacaannya:
4n?t $Z0B's? w y7s9 $tB
11.

PADA KALIMAH ( ) YANG TERDAPAT PADA SURAH AL-ANAM


AYAT 143 DAN 144
Menurut riwayat Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan dua wajah.

Pertamanya ibdal28 kepada alif bersama isyba29 sama dengan kadar bacaan pada Mad Lazim
Kalimi Muthaqqal.30 Wajah ini didahulukan. Cara bacaannya ialah ibdal huruf alif bersama
isyba:
Pym t2%!!#u @%
Wajah keduanya ialah tashil31 antara hamzah dan alif dan qasr dua harakat. Cara bacaanya
ialah:
Pym t2%!!#u @%

27

Husni Syeikh Othman (1987), Haq Al-Tilawah, Urdun : Maktabah Al-Manar, h.90.
Ialah menukarkan.
29
Ialah kadar bacaan panjang enam harakat, selain dari isyba istilah lain yang digunakan ialah mad.
30
Abd.Rahman bin Abd.Ghani (2006), Metodologi Bacaan Al-Quran, Selangor: Mashi Publications Sdn.Bhd.h.34.
28

31

Menyebut bunyi huruf antara bunyi huruf Hamzah dan huruf Mad.

15

Manakala, melalui tariq al-Jazari membacanya dengan ibdal hamzah wasal kepada huruf alif
beserta isyba. Cara bacaannya ialah:
Pym t2%!!#u @%
12.

PADA KALIMAH ( ) DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 245

Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan huruf ( ) sahaja pada huruf
( ) . Contohnya:


Manakala, melalui Tariq al-Jazari menurut Imam Hafs membaca huruf ( ) dengan ( )
sahaja. Contohnya:


PERBANDINGAN DARI SEGI PERSAMAAN

HUKUM-HUKUM YANG PERLU

DIJAGA DAN DIBERI PERHATIAN KETIKA MENGAMALKAN BACAAN DENGAN


TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-JAZARI DALAM RIWAYAT HAFS AN ASIM
1.

IDGHAM NUN SAKINAH DAN TANWIN


Nun sakinah ialah huruf nun yang mati tanpa baris, dan terdapat ketika dibaca, tulis,

sambung dan waqaf. Ianya berada pada ism, fil dan harf serta terdapat di tengah dan hujung
kalimah. Manakala tanwin pula ialah nun mati tambahan yang terdapat pada lafaz sahaja ketika
menyambung bacaan.Ianya berada hanya pada akhir kalimah ism. Kedua-dua tariq al-Syatibi
dan tariq al-Jazari membacanya tanpa ada ghunnah. Contohnya:
z Qqu9$#ur !$$/ `tB#u ` tB 79$#ur

16

Idgam nun sakinah dan tanwin ketika bertemu dengan huruf lam dan ra. Mengikut Imam Hafs
melalui tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari tanpa ada ghunnah. Contohnya :



2.

IZHAR HURUF NUN PADA LAFAZ ( ) DAN ( )


Menurut Imam Hafs, huruf nun pada lafaz ( ) dan ( ) melalui tariq al-Syatibi,

ketika menyambung bacaaan dengan ayat selepasnya kedua-duanya tanpa idgham atau izhar.

Begitu juga dengan tariq al-Jazari, kedua-dua lafaz ( ) dan ( ) dibaca tanpa idgham atau
izhar ketika menyambung bacaan dengan ayat selepas kedua-duanya, iaitu pada ayat :
(

3.

) dan (O3pt:$# b#u)9$#ur ).

PADA KALIMAH ( ) DI DALAM SURAH HUD AYAT 42


Kalimah ( ) di dalam surah Hud ayat 42, melalui tariq al-Syatibi dan al-Jazari,

wajib dibaca dengan kaedah idgham huruf ba ke dalam huruf mim. Ia juga dinamakan idgham
mutajanisayn.32 Contohnya:
`3s? wur $oYyB =2$# o_6t 5AtB
Mengikut tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari, cara bacaannya ialah memasukkan huruf
( )ke dalam huruf ().

32

Ialah idgham dua huruf sama makhraj dan berlainan sifat.

17

4.

PADA KALIMAH ( ) DI DALAM SURAH AL-ARAF AYAT 176


Manakala, pada kalimah ( ) di dalam surah al-Araf ayat 176, melalui tariq al-

Syatibi dan al-Jazari, wajib dibaca dengan cara idgham huruf ( ) pada huruf( ) . Ini juga
dinamakan idgham mutajanisayn. Contohnya:
@sVtB 79 4 ]yg=t m2Is? rr&

5.

PADA KALIMAH ( ) DI DALAM SURAH AL-GHASYIAH AYAT 22


Persamaan tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari ialah pada kalimah ( ) di dalam

surah al-Ghasyiah ayat 22 ialah membaca huruf sad dengan huruf sad sahaja. Contohnya:
@|J/ Ogn=t M9

18

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, selepas mengkaji tajuk ini, perlunya para ilmuan qiraat dan
tajwid menggiatkan usaha dan saling berganding bahu untuk memberi kefahaman dan
kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pembacaan Al-Quran mengikut kaedahkaedah dan peraturan-peraturannya yang sebenar supaya pengetahuan mengenai ilmu qiraat dan
tajwid ini khususnya dalam riwayat Hafs dapat di rencamkan kepada masyarakat di Malaysia.
Oleh kerana bacaan riwayat Hafs daripada Asim adalah menjadi amalan dan pilihan
utama di Malaysia, ianya harus menjadi tumpuan utama dalam pengajian ilmu tajwid agar etika
bacaannya tidak dilanggari dengan sewenang-wenangnya selain memperkenalkan bacaan qiraatqiraat yang lain kerana pada pandangan penulis, pengajian terhadap ilmu qiraat ini kurang
disebarluaskan kepada masyarakat. Kepekaan dan pengetahuan pembaca Al-Quran terhadap
perbezaan dan persamaan riwayat Hafs melalui kedua-dua tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari
sebenarnya melambangkan tahap penguasaan sebenar pembaca al-Quran tersebut dalam
mengaplikasikan pembacaannya.
Justeru, apabila kita membicarakan atau mempelajari ilmu tajwid di Malaysia
,penumpuan harus dirincikan dan diberi perhatian kepada pembacaan riwayat Hafs melalui
kedua-dua tariq tersebut agar tidak berlaku percampuran dan pertindihan hukum-hukum bacaan
yang tidak diharuskan.

19

BIBLIOGRAFI

Al-Quranulkarim

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932) Ghayah
al-Nihayah Fi Tabaqat al-Qurra, Beirut : Dar al-Kitab al-Ilmiyah

Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997) Marifah al-Quran al-Kubar,
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qaslatani (2000), Al-Fath al-Mawahibi fi


Tarjamah al-Imam al-Syatibi, Amman : Dar al-Fath

Muhammad Ahmad Mabad (2003) , Al-Mulakkhas Al-Mufid Fi Ilmi At-Tajwid,


Madinah : Darus Salam

Hisyamuddin Salim al-Kilani (1999), Al-Bayan fi Ahkam Tajwid al-Quran, Jumhuriah


Al Arabiah al-Syauriah

Doktor Muhammad Isom (1998), Al-Wadhih Fi Ahkam At-Tajwid, Jordan : Darun


Nafais

Husni Syeikh Othman (1987), Haq Al-Tilawah, Urdun : Maktabah Al-Manar

Surur Shihabuddin An-Nadawi (2207). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs AnAsim
Melalui Tariq Asy-Syatibiah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Abd.Rahman bin Abd.Ghani (2006), Metodologi Bacaan Al-Quran, Selangor: Mashi


Publications Sdn.Bhd.

Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Selangor: Mahsuri Timur
Sdn. Bhd.

Mohd Husdi b. Mohamad (2003), Qiraat Sabah: Kajian Biografi Pada Qurra
( Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya)

Shaharuddin bin Saad (2007), Tajwid al-Quran Tariq al-Syatibi dan al-Jazari Riwayat
Hafs an Asim: Pengamalan di Maahad Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya.

20

21

You might also like