Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:

Politik dan kerajaan


Malaysia
Kerajaan[tunjuk]
Eksekutif[tunjuk]
Perundangan[tunjuk]
Badan Kehakiman[tunjuk]
Pilihan raya[tunjuk]
Hubungan luar[tunjuk]
Bahagian-bahagian[tunjuk]
Atlas
Portal Politik
pralihat
bincang

Negara-negara lain

sunting

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai


Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober
1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah
semula untuk menjadi SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Tan Sri Abu Kassim
bin Mohamed. [1] Tan Sri Abu Kassim juga kini merupakan Timbalan Presiden Persatuan
Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) di mana beliau dipilih pada November
2013.

Isi kandungan

1 Sejarah SPRM
2 Pengiktirafan Antarabangsa
3 Logo
4 Moto SPRM
5 Visi/Misi/Objektif
6 Fungsi SPRM

7 Struktur organisasi
8 Bahagian
9 Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
10 Bidang Kuasa
11 Senarai Pangkat
12 Piagam Pelanggan
13 Strategi
14 Kod Etika
15 Kes-kes Besar
16 Kejayaan SPRM
17 Seminar dan Persidangan
18 Pegawai SPRM Di Interpol
19 Senarai Rencana Berkaitan SPRM
20 Lihat juga
21 Rujukan
22 Pautan luar

Sejarah SPRM

Logo BPR
Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana
Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada
masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Special Crime yang
diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh
Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu
BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini
bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat
kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan
melalui sebuah akta.
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei
1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan
dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih
tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus
untuk mencegah perbuatan rasuah.
Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih
sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang
Ketua Pesuruhjaya.

Pengiktirafan Antarabangsa

Sejak dibentuk pada 1 Januari 2009, pencapaian dan amalan baik SPRM diiktiraf oleh badan
antarabangsa secara langsung dan secara tidak langsung.
Salah satu ialah pengiktirafan 23 amalan baik dan kejayaan usaha pencegahan rasuah oleh
UNODC iaitu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Dengan Dadah dan
Jenayah, yang menilai pematuhan SPRM dan Malaysia terhadap Konvensyen PBB Mengenai
Pencegahan Rasuah (UNCAC).
Antara kejayaan dan amalan baik diiktiraf UNODC:
1. Kewujudan Seksyen 25 Akta SPRM iaitu peruntukan berkenaan kewajipan melapor
transaksi rasuah atau cubaan rasuah. Kegagalan pematuhan merupakan satu kesalahan
jenayah
2. Tiada had dalam undang-undang bagi kesalahan rasuah dibuat pendakwaan
3. Peranan Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu daripada lima badan bebas yang
memantau SPRM, boleh menyemak semula kes tertangguh atau kes-kes yang
Timbalan Pendakwa Raya putuskan tidak boleh didakwa, dan PPO boleh
mengemukakan cadangan tanpa mengganggu budi bicara Timbalan Pendakwa Raya
4. Penubuhan 14 mahkamah khas rasuah manakala hakim perlu mendengar kes dalam
masa setahun
5. Kewujudan SPRM, MACA dan mahkamah khas antirasuah merupakan amalan
contoh. Meskipun kebanyakan institusi ini masih baru, tetapi sudah mula memberi
sumbangan bagi memperbaiki proses siasatan dan pendakwaan kes rasuah
6. Kewujudan kerjasama antara agensi di pelbagai peringkat. Sebagai contoh,
Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram
yang bertanggungjawab bagi membangunkan dasar dan pelan tindakan pencegahan
penggubahan wang haram
7. Pelaksanaan pelbagai inisiatif pencegahan rasuah dengan kerjasama sektor swasta.
Banyak syarikat besar melantik pegawai integriti dan mengamalkan dasar tidak beri
hadiah (khususnya semasa perayaan)
8. Malaysia memeterai perjanjian dua hala dan pelbagai hala, dan mewujudkan
kerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau
9. Pihak berkuasa Malaysia mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyedarkan
semua pemegang taruh relevan, terutama pegawai-pegawai kehakiman mengenai
undang-undang, prosedur dan tempoh masa yang perlu dipatuhi
10. Amalan Malaysia yang fleksibel dalam aspek 'dual criminality' (jenayah dua hala)
membolehkan bantuan yang menyeluruh
11. Kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk mempercepatkan prosedur
ekstradisi dan memudahkan keperluan keterangan
12. Malaysia diiktiraf mempunyai tenaga kerja mahir dan ada kepakaran dan aktif
bekerjasama dengan agensi penguat kuasa rasuah asing. Program latihan, bina kapasiti
dan pertukaran yang baik termasuk yang disediakan menerusi MACA merupakan
antara amalan-amalan baik peringkat antarabangsa bagi pertukaran maklumat,
kerjasama dan pencegahan rasuah.
13. Agensi-agensi penguat kuasa undang-undang Malaysia khususnya SPRM, Jabatan
Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Unit Perisikan Kewangan Bank Negara
menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha pencegahan rasuah serta kerjasama di
peringkat antarabangsa

14. Pendekatan siasatan bersama dan kumpulan kerja operasi antara SPRM dan Biro
Mencegah Rasuah Brunei Darussalam merupakan contoh kerjasama agensi penguat
kuasa dengan negara lain di peringkat dasar dan operasi
15. Penggunaan kaedah siasatan khas secara meluas dalam mengendalikan kes-kes rasuah
di peringkat domestik dan antarabangsa dilihat sebagai contoh yang baik.
Dalam pada itu, Laporan Daya Saing Global 2014-2015, yang menyenaraikan kedudukan
Malaysia meningkat ke tangga 20 daripada kalangan 144 negara, turut mengiktiraf bahawa
Malaysia secara relatif berjaya dalam usaha memerangi soal rasuah dan birokrasi. Malaysia
memperbaiki kedudukan daya saing negara berbanding di kedudukan ke-24 daripada 148
negara yang dicatat tahun lepas.
Menurut laporan itu yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia yang memperkenalkan strategi
transformasi besar-besaran sejak 2009, muncul antara negara yang berjaya memerangi
elemen rasuah dan birokrasi, yang sering menjadi perhatian ramai pihak.

Logo
Bintang (14 Bucu)
Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong
oleh tahap etika yang paling tinggi.
Bulan Sabit
Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini.
Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.
Keris Bersilang
Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah
ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah,
sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran,
tetap mara ke hadapan.
Perisai
Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang
dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.
Bunga Padi
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa
prasangka dengan amanah, tegas dan adil.
Harimau

Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu
rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.
14 Jalur Putih dan Merah
Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh
negeri di Malaysia.
Tulisan Jawi
Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat
diwarisi oleh genarasi yang akan datang.
Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih)
Emas
Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi
mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah.
Kuning
Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat
dan bangsa.
Biru
Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan
undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah
melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat.
Hitam
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.
Kelabu Gelap
Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang
melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah
tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Merah
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau
terpaksa menumpahkan darah.
Putih

Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan
menghapuskan kemungkaran.

Moto SPRM
Amanah
Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Tegas
Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih
kasih.
Adil
Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan
berteraskan keluhuran undang-undang.

Visi/Misi/Objektif
Visi
1. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah ;
2. Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.
Misi
1. Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia ; dan
2. Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melaui
pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan.
Objektif
1. Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara
berterusan.

Fungsi SPRM
Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu:
1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah
Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik
oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
2. Mengesan dan menyiasat

Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;

Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta
ini; dan
Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta
ini;

Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan
kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau
tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;
Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu,
tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu; Menasihati ketua
badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang
sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana
yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya
rasuah; Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan Mendapatkan dan memelihara
sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Struktur organisasi
Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah salah sebuah agensi di bawah Jabatan
Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi
itu hanyalah sekadar melibatkan urusan kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR
dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan
Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
BPR diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Pencegahan Rasuah, 1997 atas nasihat Perdana
Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua
Pengarah BPR pada masa kini adalah Dato' Seri Haji Abu Kassim bin Mohamed.
BPR mempunyai 11 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri
diketuai oleh seorang Pengarah Negeri.
Pengurusan SPRM
Pengurusan Tertinggi
Pengurusan Kanan

Pengurusan Tertinggi
Ketua Pesuruhjaya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pesuruhjaya
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pengurusan Kanan
Pengarah Negeri
Peringkat Ibu Pejabat SPRM
Bahagian Siasatan
Bahagian Perisikan

Bahagian Keselamatan
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan
Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Perancangan
Bahagian Keutuhan Pengurusan
Bahagian Kecemerlangan Profesionalisme
Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia

Bahagian
Bahagian Siasatan Bahagian ini diketuai oleh Pesuruhjaya Dato Mohd Jamidan Bin
Abdullah Pada masa ini, Bahagian Siasatan mempunyai 16 cawangan yang adalah seperti
berikut: 1. Respons Cawangan Pertama
2. Cawangan undang-undang & Penyelidikan
3. Perlucutkan Harta & Cawangan Pengesanan Aset
4. Pengurusan Cawangan Laporan Tatatertib
5. Forensik & Teknologi Cawangan
6. MACMA Penyiasatan & Cawangan Pengurusan
7. AMLATFA Siasatan Cawangan
8. Cawangan Pentadbiran
9. Cawangan Siasatan A (Badan Penguatkuasaan)
10. Siasatan Cawangan B (Pembangunan)
11. Siasatan Cawangan C (Badan Berkanun)
12. Cawangan Pasukan Petugas Khas
13. Siasatan Cawangan D (Syarikat Separa Kerajaan)
14. Penyiasatan Cawangan E (Bank, Insurans & Koperasi)
15. Siasatan Cawangan F (Keselamatan, Bursa Malaysia & Suruhanjaya Syarikat
Malaysia)
16. Siasatan Cawangan G (Infrastruktur & Pembangunan)
Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan
penting dalam memerangi jenayah rasuah dengan penyiasatan menjadi fungsi utamanya.
Seperti yang ditandakan oleh namanya, peranan jabatan adalah tertakluk kepada Seksyen 7
subseksyen (a) dan (b) Malaysia Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACCA) 2009
seperti berikut: subseksyen yang berikut:
(a) untuk menerima dan menimbangkan apa-apa laporan mengenai pelakuan suatu kesalahan
di bawah Akta ini dan menyiasat apa-apa laporan sebagai Ketua Pesuruhjaya atau pegawaipegawai yang difikirkan praktik;
(b) untuk mengesan dan menyiasat

apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;

apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta
ini;
apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran


Secara keseluruhan, Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pentadbiran adalah
bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengambilan, perkhidmatan, kewangan, akaun dan
pembangunan di SPRM. Bahagian ini terdiri daripada:

Pembangunan Organisasi dan Kompetensi Sub-Bahagian


Pengurusan Sumber Manusia dan Penyelidikan Sub-Bahagian
Pentadbiran Am Sub-Bahagian
Kewangan, Akaun dan Pembangunan Sub-Bahagian

Bahagian Pendidikan Masyarakat


Komuniti Bahagian Pendidikan adalah salah satu bahagian penting dalam SPRM untuk
menjalankan fungsinya selaras dengan Seksyen 7 (f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 yang adalah untuk mendidik orang ramai dalam memerangi rasuah, dan
Seksyen 7 (g) untuk mendapatkan dan mengekalkan sokongan orang ramai dalam memerangi
rasuah.
Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Bahagian Perundangan dan Pendakwaan bertanggungjawab untuk pendakwaan dan kelakuan
perbicaraan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mahkamah. Pendakwaan dilakukan secara
adil dan memenuhi standard bukti sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang.
Bahagian ini juga peruses kertas siasatan yang dihantar oleh Jabatan Siasatan dan
memutuskan atau memberi arahan lanjut sewajarnya.
Bahagian Perisikan
Bahagian Perisikan adalah salah satu bahagian penting dalam SPRM untuk melaksanakan
fungsi sebagai pusat maklumat. Pengumpulan maklumat dilakukan melalui pelbagai sumber,
kaedah dan teknik-teknik terkini.
Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan
Bahagian ini telah ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas perkhidmatan perundingan
dalam selaras dengan peruntukan undang-undang Seksyen 7 subseksyen (c), (d) dan (e)
Malaysia Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan mempunyai dua peranan utama:

Untuk meneliti amalan, sistem atau tatacara badan-badan awam untuk memudahkan
penemuan kesalahan di bawah Akta ini, untuk mendapatkan semakan semula amalan, sistem
atau prosedur yang mungkin membawa kepada rasuah dan mengarahkan, menasihati dan
membantu mengenai cara-cara dalam yang rasuah boleh dihapuskan. Untuk memberi nasihat
kepada badan-badan awam, organisasi dan syarikat swasta mengenai cara-cara di mana
rasuah boleh dihapuskan.
Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
Bahagian ini telah ditubuhkan sebagai 1 sumber utama untuk membantu yang Pengurusan
Top Malaysia Agensi Rasuah Pencegahan (SPRM) dalam perancangan dasar suruhanjaya dan
penyelarasan melalui penyelidikan, bersama ordinasi-dan pemantauan ke arah penghapusan
yang rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melalui perancangan strategik dan
pelaksanaan rancangan latihan yang profesional dan berkesan.
Bahagian Keselamatan
Bahagian Keselamatan adalah benteng perlindungan kepada SPRM dan bertanggungjawab
sepenuhnya dalam aspek keselamatan perlindungan dan kawalan ke atas aset, kakitangan,
dokumen dan sistem operasi SPRM secara keseluruhan.
Undang-undang dikuatkuasakan:

Malaysia Anti-Rasuah Akta Suruhanjaya 2009


Kawasan Perlindungan Dan Tempat Larangan 1959
Akta Rahsia Rasmi 1972
Akta Arkib Negara 2003
Senjata Api 1960
Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
Akta Penjara 1995
Akta Polis 1967
Lokap Peraturan 2000
Kaedah 1953 lokap
Arahan Perbendaharaan
Arahan keselamatan
Surat Perintah Am
Firma Perintah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme


Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme memulakan operasinya pada 1 Ogos 2008.
Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan Cawangan Pengurusan iaitu Disiplin, Integriti
Cawangan dan Cawangan Pematuhan. Peranan utama bahagian ini adalah untuk
menguatkuasakan semua arahan peraturan dan prosedur yang berkaitan dengan tatatertib dan
untuk memastikan pematuhan.

Bahagian Pengurusan Integriti


Pelaksanaan dan tanggungjawab untuk melaksanakan Arahan Perdana Menteri (No. 1, Tahun
1998) telah ditubuhkan oleh Cawangan Tadbir Integriti di bawah pengawasan Bahagian
Dasar, Penyelidikan dan Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Disebabkan oleh beban kerja bertambah, Cawangan ini telah dinaik taraf kepada Bahagian
pada 1 Ogos 2008 dan kini dikenali sebagai Bahagian Keutuhan Pengurusan (IMD), SPRM.
Melalui pelaksanaan Arahan Perdana Menteri (No. 1, Tahun 2009) yang menggantikan
Arahan Perdana Menteri (no.1, Tahun 1998), dikenali IMD dijalankan peranan, seperti
Untuk membantu pengukuhan integriti, meningkatkan tadbir urus yang baik dan
mengurangkan sebarang masalah birokrasi di kementerian, kerajaan negeri, jabatan, agensiagensi kerajaan serta anak-anak syarikat kerajaan untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan
kuasa, penyelewengan dan kelemahan dalam pengurusan.
Untuk menjalankan peranan sebagai ahli jawatankuasa bersama-sama Malaysia Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) bagi Jawatankuasa mengenai Integriti
Tadbir (CIG) Mesyuarat di peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ketua Pesuruhjaya, Jawatankuasa Khas Mesyuarat
Tadbir Urus Integriti dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan
Kerajaan (SCCGMI) mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Untuk melaksanakan Sesi Perundingan CIG melalui CIG Pasukan Perundingan.
Peranan ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem
penyampaian kerajaan dan mewujudkan sebuah negara rasuah yang bebas yang berdasarkan
nilai-nilai yang baik dan alasan moral yang tinggi. Arahan No. Tentang YAB Perdana Kanan
Menteri 1 Tahun 2009
Arahan Perdana Menteri (no.1, Tahun 1998) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8
Januari 1998. Antara keputusan itu adalah bahawa semua kementerian, jabatan-jabatan
kerajaan negeri dan agensi kerajaan memulakan Jawatankuasa mengenai Integriti Tadbir
(CIG) akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan keutuhan pengurusan pentadbiran
kerajaan Malaysia sistem supaya semua usaha untuk membasmi rasuah dan penyelewengan
di kalangan penjawat awam dapat dipertingkatkan dalaman , satu pendekatan yang
menyeluruh, sistematik dan berterusan. Selain itu, Pasukan Petugas bagi Mengurangkan
Birokrasi Merah-Pita telah ditubuhkan melalui Surat Ketua Setiausaha PMS (S) No. 18114
bertarikh 17 September 2003 untuk meningkatkan sistem dan prosedur kerja dalam
perkhidmatan awam dan Perkhidmatan Awam Jawatankuasa Tadbir Urus (PSGC) bahawa
telah ditubuhkan berdasarkan PM Surat Ketua Setiausaha (S) No. 17.479 / 13 Vol. 4 bertarikh
9 Mac 2007, yang menekankan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.
Penubuhan tiga Jawatankuasa ini menimbulkan kekeliruan dan tugas-tugas tambahan dalam
bentuk keratan maklum balas, perbincangan mengenai isu-isu yang berulang-ulang dan juga
bertindih terma rujukan. Oleh itu, semasa Mesyuarat SCCGMI yang bertarikh 3 Februari
2009, ia telah memutuskan bahawa semua Jawatankuasa tiga orang akan digabungkan selaras
dengan Arahan Perdana Menteri (no.1, Tahun 2009). CIG telah diluluskan pada 20 November
2009 dan telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010.

Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat


Bahagian Pendaftaran Rahsia telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Ogos 2008. Bahagian ini
telah dinaikkan taraf dari Cawangan Pendaftaran Rahsia yang berada di bawah penyeliaan
Bahagian Siasatan. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian (P52) dan
bertanggungjawab terus kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Mulai 1 Mac, 2010 Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, Cawangan Sandakan telah diperuntukkan secara rasmi kepada
Bahagian Pendaftaran Rahsia. Pada Mei 17, 2010, Bahagian Pendaftaran Rahsia telah
menukar namanya kepada Pengurusan Teknologi dan Maklumat Rekod (singkatan BPR).
Fungsi-fungsi Bahagian ini adalah untuk menerima dan memproses semua maklumat /
aduan / dokumen terperingkat, untuk memproses semua tapisan integriti dan menyediakan
angka dan statistik yang berkaitan dengan SPRM dan bertanggungjawab untuk menyediakan
bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna akhir yang berkaitan dengan masalah
sistem komputer. Bahagian adalah terdiri daripada empat cawangan iaitu Cawangan
Pengurusan Maklumat, Dokumen Iklan, Rekod & Cawangan bukti - bukti yang Jenayah,
Cawangan Pemeriksaan Integriti dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Cawangan.
Bahagian Operasi Khas
Bahagian Operasi Khas telah ditubuhkan pada 15 April 2010 melalui waran penetapan (WP
Bil. A 80/2010) dengan kekuatan 14 jawatan. Jawatan yang diluluskan adalah satu (1)
Pengarah, satu (1) Penolong Setiausaha Gred N27, tiga (3) Timbalan Pengarah Gred 54, tiga
(3) Pegawai Siasatan Gred P47/48/51/52, tiga (3) Pegawai Siasatan Gred P43/44 dan tiga (3)
Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 bahawa jumlah sehingga 14 jawatan keseluruhan.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi). Perakaunan & pengauditan ".

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia


Penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah diumumkan oleh Y.A.B
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa menghadiri 4th
Steering Committee Meeting ADB-OECD Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific di
Kuala Lumpur. Secara umumnya MACA diharap akan menjadi pusat serantau bagi usahausaha meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam pembanterasan rasuah.
Pelbagai institusi dan pertubuhan antarabangsa telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama
dengan Malaysia dalam menyediakan tenaga pengajar, pakar untuk merangka dan
mengendalikan kursus, latihan, seminar, dan bengkel setiap tahun terutamanya di rantau AsiaPasifik dalam pembenterasan jenayah rasuah. Ini boleh dilaksanakan melalui hubungan dua
hala dan pelbagai hala ( bilateral and multilateral ) dengan agensi-agensi penguatkuasa
pencegahan rasuah serantau seperti ICAC Hong Kong, FBI, BMR Brunei Darussalam,
KICAC( Republic of Korea ), Indonesia, CPIB Singapura, Thailand dan lain-lain lagi.
Dengan adanya pelbagai program yang dirancang adalah diharapkan MACA akan muncul
sebagai pusat pembelajaran dan latihan terpenting di rantau Asia.Penubuhan MACA ini juga
adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pegawaipegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui penyediaan kursus-kursus dalam
perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat,

pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, pengurusan dan kewangan, keselamatan,


kepimpinan, latihan kejurulatihan, teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutamanya
Bahasa Inggeris.

Bidang Kuasa
SPRM diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang berikut:

Perlembagaan Persekutuan
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694)
Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Kanun Keseksaan (Akta 574)
Akta Kastam 1967 (Akta 235)
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5)
Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
Akta Polis 1967 (Akta 344)
Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta
613)
Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621)
Saman dan Waran (Peruntukan Khas) 1971 (Akta 25)
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)
Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)
Akta Koperasi 1993 (Akta 502)
Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262)
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372)
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Akta Syarikat 1965 (Akta 125)
Akta Penjara 1995 (Akta 537)
Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7)
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
Akta Senjata 1960 (Pindaan 1978) (Act 206)
Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 (Pindaan 1977)
(Akta 191)

Senarai Pangkat
Gelaran Jawatan
Ketua Pesuruhjaya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pesuruhjaya
Timbalan Pesuruhjaya
Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
Penolong Kanan Pesuruhjaya
Penolong Pesuruhjaya
Penguasa Kanan

Singkatan
KPj
TKPj
Pj
TPj
KPKPj
PKPj
PPj
PsK

Penguasa
Ketua Penolong Kanan Penguasa
Penolong Kanan Penguasa
Penolong Penguasa

Ps
KPKPs
PKPs
PPs

Piagam Pelanggan
1. Bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan
diterima;
2. Pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas aduannya selepas 28 hari bekerja;
3. Siasatan dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan;
4. Pemeriksaan dan cadangan penambahbaikan terhadap sistem dan tatacara kerja
dilengkapkan dalam tempoh 90 hari bekerja;
5. Keputusan Tapisan Keutuhan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja;
6. Maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan mengikut undang-undang yang
berkuatkuasa;
7. Menjamin keselamatan saksi-saksi selaras dengan Akta Perlindungan Saksi 2010;
8. Mendapatkan dan memelihara sokongan masyarakat dalam usaha pencegahan rasuah;
dan
9. Mendidik masyarakat dalam memerangi rasuah.

Strategi
STRATEGI PENGUKUHAN
Bagi meningkatkan keberkesanan SPRM, strategi ini memberi keutamaan kepada
pengukuhan profesionalisme pegawai-pegawai SPRM serta pengukuhan kerjasama dengan
agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang rasuah antarabangsa dan menjalin hubungan
yang baik dengan pihak media massa.
STRATEGI PENGGALAKAN DAN PENCEGAHAN
Strategi ini menekankan kepada usaha-usaha penghayatan nilai murni, pencegahan rasuah
dan peningkatan sistem kawalselia yang tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan undangundang.
STRATEGI PENGUATKUASAAN
Memperkemaskan undang-undang pencegahan rasuah yang meliputi aspek-aspek hukuman
mandatori, beban membukti pemilikan harta melebihi pendapatan di pihak tertuduh,
perampasan harta yang tidak dapat dijelaskan puncanya serta membolehkan penggunaan
"agent provocateurs" dalam tindakan- tindakan siasatan SPRM. Semua aspek tersebut
bertujuan meningkatkan ketegasan penguatkuasaan undang-undang rasuah bagi memberi
kesan "deterrence" terhadap penjenayah rasuah.

Kod Etika

Memastikan segala arahan dilaksanakan segera dengan penuh ketaatan dan komitmen
selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama serta undang-undang dan
peraturan yang digunapakai
Berusaha meningkatkan lagi kecekapan, profesionalisme dan kecemerlangan diri
melalui ilmu pengetahuan dan amalan secara berterusan;
Bertindak secara amanah, tegas, bijaksana, benar dan telus tanpa mementingkan
keuntungan peribadi, atau apa-apa balasan;
Gigih dan positif menghadapi cabaran, berobjektif dan realistik;
Mendisiplinkan diri untuk menegakkan amalan baik dan mencegah kemungkaran;
Bersyukur dan berazam untuk meningkatkan kejayaan dan integriti; dan
Memelihara kerahsiaan maklumat jabatan.

Kes-kes Besar
Ops Sejuk
Pada 30 Jun 2015, SPRM telah menahan 21 pekebun sayur termasuk warga Bangladesh yang
cuba merasuah anggota penguat kuasa di Cameron Highlands ketika Ops Sejuk yang telah
dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak enam bulan lalu.
Hasil siasatan mendapati sogokan diberikan bagi mengelakkan tindakan atas pelbagai
kesalahan, antaranya penerokaan tanah secara haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan
Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati) dan menyimpan racun tidak
berjadual. Mereka yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 17(b) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi suapan kepada
penguatkuasa. Pekebun-pekebun sayur yang aktif di kawasan seluas lebih 165 ekar (41
hektar), didapati membayar rasuah sehingga RM30,000. Antara kawasan di mana suspek
menjalankan aktiviti perlakuan rasuah termasuk Ringlet, Tanah Rata, Tringkap, Brinchang,
Kampung Raja, Kuala Terlah dan Kampar. SPRM juga telah mengemukakan 12 syor kepada
kerajaan Pahang untuk mengatasi pembalakan haram di Cameron Highlands.[perlu rujukan]
Sijil Anak Negeri
Pada pertengahan Jun 2015, SPRM Sabah telah menahan 34 orang termasuk tiga orang Datuk
kerana memiliki Sijil Anak Negeri (SAN) palsu. Kegiatan haram ini terbongkar apabila
seorang individu bukan bumiputera Sabah menggunakan Sijil Anak Negeri untuk membuat
tawaran dan memenangi plot tanah seluas 1.61 hektar berharga RM1.7 juta dalam lelongan
awam di Tawau dan cuba menjual semula dengan harga lebih tinggi. Pemilikan sijil palsu itu
juga membolehkan mereka membeli atau menjual tanah selain memiliki akaun ASB dan
dipercayai sindiket ini dimulakan sejak awal tahun 30 tahun lalu. Kesemua mereka ditahan di
beberapa daerah antaranya Kota Kinabalu, Tawau, Keningau dan Semporna.[perlu rujukan]
Aduan dan Tangkapan Penyeludupan Pasir
Suruhanjaya telah menerima sebanyak 410 aduan mengenai rasuah dan penyalahgunaan
kuasa dalam industri perlombongan pasir sepanjang tahun 2010 daripada orang ramai
termasuk usaha proaktif SPRM dalam menangani isu penyeludupan pasir. Sebanyak 45 kertas
siasatan telah dibuka daripada jumlah itu, dan sebanyak 43 tangkapan telah dibuat. Daripada
jumlah tersebut, 22 individu telah didakwa atas pelbagai tuduhan rasuah dan isu-isu penipuan
pasir. Dua kes telah dibicarakan di Mahkamah Sesi Shah Alam dengan satu individu yang

diberi enam (6) bulan penjara dan denda RM20, 000.00 manakala individu lain telah didapati
tidak bersalah. Walau bagaimanapun, SPRM telah memohon rayuan bagi kes kedua. Bagi
kes-kes lain yang berkaitan dengan penyeludupan pasir, perbicaraan ini masih berterusan.
Rasuah terbongkar 'Ops Pasir' yang terlibat berjumlah RM321, 528,40. Enam (6) individu
telah ditangkap di bawah kesalahan rasuah untuk menuntut khidmat seks manakala jumlah
sogokan tunggal tertinggi dicatatkan pada harga RM88, 000.00.[perlu rujukan]
Operasi Pembalakan haram di Negeri Johor
Bermula dari Mac 2010, SPRM telah menjalankan operasi pembasmian rasuah dalam aktiviti
pembalakan haram berdasarkan maklumat yang banyak dan laporan yang diterima. Berikutan
ini, SPRM telah berjaya merampas ribuan kayu log bernilai berjuta-juta ringgit di wilayah
timur Nitar Felda berhampiran Hutan Simpan Mersing. Rampasan yang dijalankan dengan
Jabatan Perhutanan Johor menyaksikan rampasan 10 unit jentera berat yang digunakan dalam
pembalakan haram. Penemuan beribu-ribu kayu dalam pelbagai saiz dan sedia untuk dihantar,
mendedahkan sifat tamak kontraktor pembalakan yang terlibat dalam rampasan aset negara
yang tidak ternilai bagi kita.[perlu rujukan]
Operasi Pembalakan haram di Negeri Perak dan Pahang
Pada Julai 2010, SPRM bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Perak telah menyita 800
log kayu haram yang bernilai lebih daripada RM250, 000.000 dalam satu serbuan di kawasan
pembalakan haram di Hutan Simpanan Bintang Hijau Lenggong, Perak. Aktiviti yang
menyalahi undang-undang yang serupa juga berlaku di bahagian-bahagian lain seperti Hutan
Simpanan di Tersang, Raub, Pahang. Untuk hal ini, SPRM telah berjaya mengesan kecurian
kayu menular yang berlaku dari siasatan yang dibuat pada awal bulan September 2010. Hasil
siasatan juga menunjukkan bahawa kayu yang dijual kepada pembeli yang diperintahkan
harga sehingga RM2, 500.00 satu tan.[perlu rujukan]
Operasi Pembalakan haram di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
SPRM telah berjaya menggagalkan satu lagi aktiviti pembalakan haram berikutan penyitaan
beratus-ratus kayu balak yang diekstrak secara haram bernilai berjuta-juta Ringgit bersamasama dengan jentera berat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram di kawasan
pergunungan yang bersempadan dengan Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Siasatan
awal mendedahkan bahawa lesen balak yang dikeluarkan bagi tanah swasta adalah untuk
tempoh antara 16 Oktober 2009 hingga 15 Januari 2010. Walau bagaimanapun, aktiviti
pembalakan masih dijalankan melebihi tempoh yang sah dan juga daripada kawasan yang
dibenarkan.[perlu rujukan]
Operasi Pembalakan haram di Negeri Kedah
Pada awal Jun 2009, satu operasi yang diberi nama 'Ops Balak' telah dijalankan untuk
menyokong tuduhan bahawa pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah
meminta sogokan dari pengendali kayu sebagai balasan untuk mendapatkan permit
pembalakan. Semasa operasi ini, empat (4) pegawai-pegawai awam telah ditahan, yang
melibatkan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, satu (1) pegawai dari agensi yang
sama dan dua (2) Hutan Rangers. Semua mereka yang ditahan telah didakwa di bawah
seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694). SPRM juga telah menangkap beberapa anggota

awam yang dikenali sebagai rakan sejenayah kepada mereka yang ditahan ke muka
pengadilan.[perlu rujukan]
Operasi Pembalakan haram di Negeri Selangor
Dua individu telah didakwa di mahkamah di bawah seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 (Akta
694) dan seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menjalankan pembalakan haram di Daerah Hulu
Selangor pada Februari 2010. Kedua-dua tertuduh didakwa kerana memberi rasuah kepada
Operasi dan Pegawai Penguatkuasa dari Jabatan Perhutanan Selangor sebagai dorongan untuk
tidak merampas sebuah lori yang tidak berdaftar, jentolak Caterpillar dan jentera pengorek
yang digunakan oleh kedua-dua tertuduh untuk menjalankan aktiviti pembalakan haram.[perlu
rujukan]

Kehilangan Hasil dan Kesan Pembalakan Haram


Kayu yang disita semasa operasi 'Ops Balak' dianggarkan sebanyak RM8, 950,000.00.
Berlebihan aktiviti pembalakan haram yang dijalankan tanpa kawalan sewajarnya bukan
sahaja merugikan kepada Kerajaan dari segi hasil tetapi juga akan memusnahkan habitat dan
ekosistem semula jadi, lagi membahayakan spesis flora dan fauna. Kehidupan semula jadi
bagi orang asli juga akan dimusnahkan terutama orang-orang yang tinggal di hutan.[perlu rujukan]
Rasuah dan Kebocoran Pintu Masuk Negara
Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI
(pendatang asing tanpa izin) masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati kirakira 35% daripada jumlah ini telah membayar wang rasuah antara RM70.00 hingga
RM100.00 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan imigresen. Kebanyakan mereka
ini yang masuk ke Malaysia semata-mata hendak mencari peluang pekerjaan. Kadar bayaran
levi pekerja asing oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara RM360.00 hingga
RM1,800.00 setahun mengikut sektor pekerjaan. Manakala yuran pemprosesan pas lawatan
(kerja sementara) adalah antara RM60.00 hingga RM110.00 seorang. Anggapan dengan
menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja
sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800.00, Kerajaan dianggarkan
boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan
prosedur imigresen yang berpunca daripada amalan rasuah.
Melalui tindakan SPRM untuk membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa di kalangan dalang kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir pegawai Jabatan
Imigresen yang hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka
yang menerima sogokan sehingga RM60,000.00 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Ini
adalah antara punca yang menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi PATI. Malah
terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat penguatkuasa yang dipercayai dibayar
sehingga RM2,000.00 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Ini
termasuklah bagi melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada
sebarang dokumen perjalanan.
Hasil tindakan operasi yang dijalankan, seramai sebelas orang pegawai dari Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap. Sembilan daripada pegawai
JIM yang ditangkap bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, manakala dua lagi adalah

pegawai yang bertugas di Jeti Port Dickson. Secara keseluruhannya sebanyak RM231,608.36
nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai tersebut telah disita. Jumlah nilai aset
yang disita adalah berjumlah RM117,400.00.
Kejayaan membanteras kebocoran pintu masuk negara dalam operasi yang dijalankan ini
adalah hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di pelabuhan atau pintu masuk. Hasil
siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen
ini telah menyebabkan satu langkah drastik dilakukan JIM iaitu dengan melakukan rombakan
besar-besaran. Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota
dan pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan
bagi memastikan jalinan rangkaian antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang
membawa masuk PATI ke Malaysia dapat dihentikan. Dalam masa yang sama, JIM dan
SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur
yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan pencerobohan
berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Kejayaan SPRM
153 Kenderaan Klon Disita Dalam Operasi Bersama JPJ, SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) menyita sebanyak 153 buah kenderaan klon bernilai lebih RM13 juta dalam
operasi sejak lima bulan lepas, bermula November 2015.
Dalam operasi itu, seramai 10 individu ditahan yang mana tiga daripada mereka merupakan
orang tengah bagi sindiket itu.
kebanyakan kenderaan disita merupakan kereta mewah antaranya Mini Cooper, Lexus, BMW
dan Mazda yang diseludup dari Singapura untuk dijual di negara ini pada harga antara
RM20,000 hingga RM50,000.
Kesemua kenderaan ini yang disita di Terengganu telah dikategorikan sebagai kenderaan
lusuh di negara asal.
Kenderaan ini diseludup dan diklonkan menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengan
kenderaan asal di Malaysia dan yang membezakannya hanyalah nombor chasis dan nombor
enjin.
Nilai kerugian hasil kerajaan daripada kegiatan sindiket ini melibatkan lebih daripada RM7
juta.
SPRM dan JPJ percaya akan ada banyak lagi tangkapan susulan selepas ini dan kita akan
teruskan kerjasama untuk menjalankan operasi secara besaran-besaran
Sindiket kereta klon ini menggunakan modus operandi dengan menjual kenderaan-kenderaan
ini di internet secara terbuka.
"Hasil risikan dengan JPJ mereka kini dilihat semakin berani mengiklankan jualan kereta
dalam internet dan apabila ditanya mereka memang mengaku bahawa kenderaan yang dijual

merupakan kenderaan seludup dan boleh menyediakan dokumen yang dikehendaki bagi
membolehkan pemilik kenderaan terlepas daripada penguat kuasa.
"Pelanggan memang tahu kenderaan ini tidak sah kerana dengan mudah dapat membeli
kenderaan mewah pada harga yang rendah," katanya.
Daripada 153 kenderaan itu, dua adalah motosikal berkuasa tinggi, dan kewujudan kenderaan
klon itu menyebabkan adanya dua atau tiga kenderaan yang menggunakan nombor
pendaftaran yang sama.
Mereka berkata hasil intipan dan risikan, SPRM telah menangkap tiga individu warga
tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai bertindak sebagai orang tengah.
Ketiga-tiga individu ini telah ditahan reman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu
siasatan sejak 8 April.
Pada minggu kedua April 2015, SPRM Negeri Sembilan menahan tujuh orang di Seremban
dan Johor Baharu. JPJ dan SPRM masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individuindividu lain. Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak setahun lalu.
Rasuah dan Kerugian Berbillion Ringgit di Sime Darby Berhad
SPRM Menyiasat Kerugian Dalam Kes Yang Melibatkan Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan
(GLC). Sime Darby Berhad (SDB) sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) secara tidak
langsung adalah juga milik rakyat. Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada
rakyat dan negara.
Projek minyak dan gas Bulhanine, projek minyak dan gas Maersk Oil Qatar (MOQ), projek
pembinaan kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan projek janakuasa hidroelektrik Bakun
merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian
ini. Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam
beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan
kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010.
Sehubungan laporan kerugian tersebut, SPRM telah melancarkan Ops Billion bagi
menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil siasatan
yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby
Berhad. Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime
Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua
kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah
syarikat. Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja
membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada
Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta. Pegawai
tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat
yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu
syarikat berkaitan kontrak berkenaan. Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan
Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada
21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00
sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan

kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta
(RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997
yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.
Tangkapan kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan
Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas dua kesalahan
iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah RM99,000.00 daripada seorang
kontraktor kerana membantu dengan pemberian maklumat harga bidaan supaya syarikat
kontraktor berkenaan memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang
bernilai RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby
Engineering. Ekoran daripada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan
dan Pelaburan Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah
Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh suapan iaitu dua
keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00 daripada seorang kontraktor dan
menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya
dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan
Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta
Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.
Tangkapan ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering
atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah
RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama Rolex yang berharga RM21,700.00 kerana
membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek
Kumang dan Tangga Barat Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd.
Ekoran daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. telah
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari 2011 atas dua pertuduhan dan
telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes
ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis
Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk
bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.
Rasuah dan Penyelewengan Subsidi Minyak Diesel
Pemberian Diesel Bersubsidi Oleh Kerajaan Kepada Para Nelayan Bertujuan Untuk
Membantu Golongan Berpendapatan Rendah Dalam Meningkatkan Taraf Kehidupan Mereka.
Bantuan diesel bersubsidi yang diberikan Kerajaan kepada para nelayan ini telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu apabila berlaku rasuah dan penyelewengan.
Keadaan ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan di kalangan rakyat kerana jika
penyelewengan diesel bersubsidi ini berlaku bermakna ianya juga telah melibatkan
penyelewengan wang rakyat dan usaha membantu golongan berpendapatan rendah akan
terbantut.
Adalah dianggarkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM257 juta bagi tempoh lima
tahun atau purata RM50 juta setahun. Perkiraan ini dibuat berasaskan anggaran paling
minimum iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi yang diluluskan Kerajaan untuk

golongan nelayan. Bagi tempoh lima tahun iaitu 2006 hingga 2010, Kerajaan telah
meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 billion liter kepada nelayan.
Berdasarkan maklumat dan aduan yang diperolehi, terdapat individu-individu yang terlibat
dalam penyelewengan diesel ini telah memberi suapan kepada pegawai Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengelakkan diri
daripada dikenakan sebarang tindakan ke atas penyelewengan diesel yang telah dilakukan.
Manakala Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dikatakan menjadi dalang kepada
penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit ini. Turut dilaporkan yang menjadi ejen
perantara dalam isu ini ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan
individu yang memiliki depot.
Apa yang menarik dalam kes ini ialah jenayah rasuah, penyelewengan dan ketirisan subsidi
diesel dibongkar hasil daripada risikan bersama 80 orang anggota serta pegawai dari
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPNKK).
Dalam operasi yang dinamakan Ops Nano, SPRM dan KPDNKK telah berjaya menahan 36
individu serta menyita 458,000 liter diesel bernilai lebih setengah juta ringgit. Wang suapan
bernilai RM90,000.00 turut dirampas daripada anggota Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).
Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 16 orang di Perak, tujuh orang di Sarawak, lima
orang di Pahang, dua orang di Kedah, tiga orang di Johor dan seorang di Perlis. Kesemua
individu yang ditahan terdiri daripada tujuh pengusaha jualan diesel, ejen PNK, pengusaha
jeti, orang tengah dan pemandu lori tangki.
Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depoh kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar
itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan. Bermula daripada
ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang
seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan.
Dalam pada itu, sistem dan prosedur berhubung kemampuan penggunaan teknologi nanotag
dalam pengurusan subsidi diesel mula dipersoalkan. Begitu juga dengan keberkesanan sistem
fleet card e-diesel sehinggakan penyelewengan dan ketirisan masih tetap berlaku. Kadar
permintaan terhadap minyak diesel bersubsidi yang tinggi di kalangan pengusaha industri
adalah antara faktor utama ketirisan ini. Harga jualan diesel subsidi secara haram ini jauh
lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pihak industri. Semasa operasi
dijalankan, harga diesel bersubsidi bagi nelayan ditetapkan pada kadar RM1.25 seliter
manakala bagi pengusaha industri pula pada kadar RM1.90 seliter. Harga jualan diesel
bersubsidi di pasaran gelap adalah di antara RM1.60 seliter ke RM1.70 seliter.
Diesel bersubsidi untuk golongan nelayan ini juga bukan sahaja mendapat permintaan tinggi
dalam kalangan pengusaha industri tempatan, malah menarik minat pemborong-pemborong
di negara-negara jiran. Dalam hal ini, berlaku pula kes penyeludupan diesel bersubsidi ke
negara-negara berkenaan. Kesannya, golongan nelayan tetap miskin kerana tidak dapat
menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan
pendapatan dan memajukan kehidupan mereka.
Isu ketirisan ini tidak akan berakhir dengan hanya bergantung kepada penguatkuasaan yang
tegas sahaja, malah semua pihak yang bertanggungjawab perlu sentiasa melaksanakan tugas,
menyelia serta membuat pemantauan berterusan.

Sehubungan dengan itu, satu kajian menyeluruh dijalankan oleh SPRM bersama KPDNKK
bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur serta tatacara pengagihan diesel
bersubsidi.
Rasuah dan Kebocoran Pintu Masuk Negara
Corruption Ranges From Active Involvement To Passive Negligence, And It Is Often The
Lubricant That Allows Victims Be Selected, Transported And Held Against Their Will.
Isu kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia bukanlah perkara baru.
Peluang pekerjaan di negara ini menjadi daya tarikan kepada pekerja asing untuk merebut
peluang mencari rezeki. Walau bagaimanapun, kemasukan warga asing tanpa kawalan dan
penguatkuasaan boleh menyebabkan pelbagai gejala negatif selain masalah pemerdagangan
manusia. Antaranya kaitan dengan pertambahan kadar jenayah, permasalahan sosial,
pertembungan budaya dan aspek kesihatan. Namun begitu, tidak kurang pula wujudnya pihak
tertentu yang mengambil kesempatan daripada kebanjiran kemasukan PATI dengan perlakuan
rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan.
Menyedari wujudnya ruang dan peluang perlakuan rasuah dalam isu kemasukan PATI ke
negara ini, SPRM mengambil tindakan menjalankan operasi terhadap kebocoran pintu masuk
negara. Sebelas Kertas Siasatan (KS) telah dibuka bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17
(a) Akta SPRM 2009 dan enam KS dibuka bagi tujuan siasatan bawah Seksyen 41 Akta
SPRM 2009. Antara tindakan operasi yang dijalankan adalah ke atas maklumat berhubung
kemasukan warga Indonesia tanpa permit perjalanan yang sah. Mereka telah dikehendaki
oleh dalang-dalang tertentu untuk membayar sejumlah wang kepada pegawai Imigresen
sebagai jaminan agar tiada masalah timbul khususnya di pintu masuk Pelabuhan Klang.
Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI
masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati kira-kira 35% daripada jumlah ini
telah membayar wang rasuah antara RM70.00 hingga RM100.00 seorang bagi mengelakkan
prosedur pemeriksaan imigresen. Kebanyakan mereka ini yang masuk ke Malaysia sematamata hendak mencari peluang pekerjaan. Kadar bayaran levi pekerja asing oleh Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara RM360.00 hingga RM1,800.00 setahun mengikut
sektor pekerjaan. Manakala yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara
RM60.00 hingga RM110.00 seorang. Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang
tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya
dikenakan adalah RM800.00, Kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah
RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur imigresen yang berpunca
daripada amalan rasuah.
Menurut laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Mac 2010, Menteri Dalam Negeri
menganggarkan kira-kira RM171 juta dibelanjakan ke atas pengurusan tahanan dan
pengusiran PATI dalam tahun 2009. Kos makan sahaja bagi tahanan di 13 depoh tahanan
seluruh negara boleh mencecah RM341,881.00 sehari. Akibat kebanjiran PATI ini Kerajaan
terpaksa menanggung kos-kos lain yang sukar dianggarkan daripada aspek keselamatan,
implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.
Melalui tindakan SPRM untuk membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa di kalangan dalang kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir pegawai Jabatan

Imigresen yang hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka
yang menerima sogokan sehingga RM60,000.00 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Ini
adalah antara punca yang menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi PATI. Malah
terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat penguatkuasa yang dipercayai dibayar
sehingga RM2,000.00 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Ini
termasuklah bagi melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada
sebarang dokumen perjalanan.
Hasil tindakan operasi yang dijalankan, seramai sebelas orang pegawai dari Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap. Sembilan daripada pegawai
JIM yang ditangkap bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, manakala dua lagi adalah
pegawai yang bertugas di Jeti Port Dickson. Secara keseluruhannya sebanyak RM231,608.36
nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai tersebut telah disita. Jumlah nilai aset
yang disita adalah berjumlah RM117,400.00.
Kejayaan membanteras kebocoran pintu masuk negara dalam operasi yang dijalankan ini
adalah hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di pelabuhan atau pintu masuk. Hasil
siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen
ini telah menyebabkan satu langkah drastik dilakukan JIM iaitu dengan melakukan rombakan
besar-besaran. Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota
dan pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan
bagi memastikan jalinan rangkaian antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang
membawa masuk PATI ke Malaysia dapat dihentikan. Dalam masa yang sama, JIM dan
SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur
yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan pencerobohan
berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.
Rasuah dan Pembalakan Haram
Illegal Logging Relies On Corruption To Stay In Business. It Depends On The Complicity
Of Officials Throughout The Entire Production Chain From Forest Rangers, Local
Government, Transport Authorities, Police And Customs... A Forest Destroyed Takes Four
Decades To Replenish, And A Species Once Extinct, Is Lost Forever.
Isu rasuah dalam sektor pembalakan bukanlah satu perkara yang baru. Pendedahan demi
pendedahan yang dilakukan oleh media massa menyebabkan masyarakat semakin peka dan
prihatin dengan alam persekitaran mereka. Peningkatan kesedaran ini menyebabkan orang
ramai mengesyaki wujudnya amalan rasuah dalam aktiviti pembalakan haram.
Sepanjang tahun 2010, SPRM menerima 46 maklumat mengenai amalan rasuah berkaitan
dengan pembalakan haram. Jumlah penerimaan maklumat ini meningkat berbanding hanya
32 dalam tahun 2009. Peningkatan maklumat ini turut menyaksikan sebanyak 10 siasatan
terbuka dijalankan bagi kes berkaitan rasuah dalam sektor pembalakan.
Operasi Pembalakan Haram di Johor.
Berdasarkan maklumat dan aduan yang diperolehi, mulai bulan Mac tahun 2010, SPRM telah
menjalankan operasi pembanterasan gejala rasuah dalam aktiviti pembalakan haram. SPRM
telah berjaya menyita ribuan batang balak pelbagai jenis dan saiz yang dianggarkan bernilai

jutaan ringgit di sebuah kawasan pembalakan di Felda Nitar Timur berdekatan Hutan Simpan
Mersing. Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor, lebih 10 kenderaan berat
yang digunakan dalam kawasan pembalakan di kawasan tersebut turut disita. Penemuan
ribuan batang balak terdiri dari yang bersaiz besar dan kecil, yang sudah dibersihkan dan
dilonggok untuk dibawa keluar membuktikan kerakusan kontraktor pembalakan di kawasan
terbabit dalam mencuri khazanah negara yang amat bernilai.
Operasi Pembalakan Haram di Perak dan Pahang.
SPRM dan Jabatan Perhutanan Perak telah menemui kira-kira 800 batang balak yang sudah
ditebang dianggarkan bernilai lebih RM250,000.00 ketika serbuan ke satu kawasan
pembalakan haram di Hutan Simpan Bintang Hijau Lenggong, Perak pada pertengahan Julai
2010. Insiden yang sama turut berlaku di beberapa kawasan lain seperti di Hutan Simpan
Tersang, Raub, Pahang. Dalam kes ini, SPRM berjaya mengesan kegiatan mencuri kayu
balak secara berleluasa di kawasan berkenaan hasil daripada pemeriksaan mengejut yang
dilakukan pada awal September 2010. Hasil siasatan juga mendapati kayu terbabit dijual
kepada pembeli dengan harga sehingga RM2,500.00 setiap satu tan.
Operasi Pembalakan Haram di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Selain itu juga, SPRM telah berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram apabila
merampas beratus-ratus batang balak yang baru dipotong dianggarkan bernilai jutaan ringgit
serta beberapa jentera berat disyaki digunakan dalam operasi pembalakan haram di hutan
kawasan pergunungan berhampiran Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Siasatan awal
juga mendapati lesen membalak di kawasan tanah milik persendirian itu dikeluarkan untuk
tempoh dari 16 Oktober 2009 hingga 15 Januari 2010. Walau bagaimanapun, pembalakan
masih diteruskan selepas tarikh itu malah turut membabitkan pokok-pokok balak di luar
kawasan yang dibenarkan.
Operasi Pembalakan Haram di Negeri Kedah.
Bermula pada bulan Jun 2009, satu operasi yang dikenali sebagai Ops Balak telah
dijalankan untuk mengesahkan tohmahan bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Perhutanan
Negeri Kedah meminta rasuah daripada pengusaha kayu balak sebagai balasan untuk
mendapatkan kawasan membalak. Sepanjang operasi berkenaan, empat orang pegawai awam
telah berjaya ditahan iaitu melibatkan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai
Hutan Daerah Kedah Selatan dan dua orang Renjer Hutan. Kesemuanya mereka telah ditahan
atas kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. SPRM juga telah menangkap
beberapa orang awam yang bersekongkol dengan penjenayah ini dan telah mengheret mereka
ke muka pengadilan.
Operasi Pembalakan Haram di Selangor.
Di Selangor, dua orang awam telah dituduh di mahkamah berhubung kes pembalakan haram
di Daerah Hulu Selangor pada bulan Februari 2010. Kedua-dua tertuduh telah didakwa
kerana memberi wang kepada Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan
Perhutanan Selangor sebagai dorongan untuk tidak menyita sebuah lori yang tidak berdaftar,
sebuah jentolak jenis Caterpillar dan sebuah jengkaut yang digunakan oleh kedua-dua
tertuduh untuk melakukan kerja-kerja pembalakan haram hutan. Mereka didakwa mengikut
Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kerugian Kutipan Hasil Dan Kesan Akibat Pembalakan Haram.


Dalam operasi-operasi yang dijalankan sepanjang Ops Balak, balak yang ditebang secara
haram dan disita adalah dianggarkan berjumlah RM8,950,000.00. Bayangkan berapa banyak
lagi kerugian yang ditanggung Kerajaan akibat daripada pembalakan haram yang berleluasa
dan tidak diketahui di seluruh negara.
Kegiatan pembalakan haram bukan sahaja merugikan Kerajaan dari segi kutipan hasil namun
kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara berleluasa tanpa kawalan juga pasti akan
memusnahkan habitat dan ekosistem semulajadi seperti kepupusan spesis flora dan fauna
yang unik. Punca pencarian kehidupan orang asli juga terancam, tadahan air semulajadi
musnah dan apabila musim hujan, lumpur dari kawasan-kawasan yang digondol akan
melanda dan membahayakan penduduk-penduduk orang asli yang mendiami di kawasan
hutan.

Seminar dan Persidangan


SPRM juga dari semasa ke semasa menjadi tuan persidangan dan seminar serantau dan
antarabangsa. Pada 1 hingga 3 Disember 2014, SPRM telah menghoskan Mesyuarat Negara
Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) Ke-10. Mesyuarat SEA-PAC Kali
Ke-10 akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur mulai 1 hingga 3 Disember
2014.
SPRM menjadi tuan rumah untuk kali kedua. Ia disertai Biro Mencegah Rasuah Brunei
Darussalam, Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, Biro Penyiasatan Amalan Rasuah
Singapura, Unit Pencegahan Rasuah Kemboja, Pejabat Ombudsman Filipina, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand dan Inspektorat Kerajaan Vietnam. Turut hadir
adalah pegawai kanan Pihak Pemeriksa Negara Laos dan Biro Siasatan Khas Myanmar.
Myanmar merupakan negara terakhir menyertai SEA-PAC, sekali gus melengkapkan
keanggotaan kesemua negara ASEAN dalam SEA-PAC.
SPRM menjadi tuan rumah mesyuarat sulung pada tahun 2005. Sehubungan itu, SPRM
berharap negara-negara anggota SEA-PAC akan memanfaatkan sesi pertukaran idea yang
akan menyentuh pengalaman terkini menentang rasuah.
Kerjasama multilateral ini selari dengan Artikel 48 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC). Artikel tersebut menyatakan
bahawa, ?Negara anggota seharusnya bekerjasama rapat dengan satu sama lain, selari dengan
sistem perundangan dan pentadiran negara masing-masing bagi meningkatkan keberkesanan
tindakan penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi kesalahan di bawah konvensyen
ini. Malah, kerjasama ini turut diiktiraf oleh Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah
(UNODC) sebagai salah satu daripada 23 kejayaan dan amalan baik SPRM.
Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara
seperti Siasatan dan Pencegahan Rasuah di Sektor Swasta, Kepimpinan Berasaskan Integriti
dan Urus Tadbir Baik di Kalangan Komuniti Perniagaan.
Bagi SPRM, antara pencapaian yang akan dibentangkan pada Mesyuarat SEA-PAC Ke-10
ialah mekanisme penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (CIG) di peringkat

Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan di bawah pemantauan SPRM dan Jabatan
Perdana Menteri serta penubuhan Unit Integriti untuk memerangi rasuah di agensi kerajaan
dan GLC.
Dalam mempromosikan SEA-PAC di peringkat antarabangsa, portal SEA-PAC yang telah
dibangunkan dan diselia oleh SPRM akan dilancarkan pada hari pertama Mesyuarat SEAPAC Ke-10 iaitu 1 Disember 2014. Portal SEA-PAC akan menjadi landasan untuk
mempromosikan usaha-usaha perkongsian maklumat. Ia juga akan berfungsi sebagai tempat
perhubungan negara-negara anggota SEA-PAC untuk menambah baik koordinasi aktivitiaktiviti SEA-PAC.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan akan
menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10, 1 Disember 2014.
Buat pertama kali, Mesyuarat ini mengeluarkan kenyataan bersama 6 poin.

Pegawai SPRM Di Interpol


Sehingga Disember 2014, dua pegawai SPRM telah ditempatkan di Interpol, Perancis. Yang
terbaru ialah Penolong Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah
Malaysia, Penolong Pesuruhjaya, Mohan Munusamy, 43, akan bertugas di Jabatan Antirasuah
sebagai Pegawai Perisikan Jenayah selama tiga tahun.
Sebelum ini, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Hafaz Nazar telah
berkhidmat di Interpol selama dua tahun bermula Disember 2011.
Dalam satu kenyataan media pada 14 Disember 2014, Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, penempatan pegawai
SPRM di Interpol untuk kali kedua membuktikan keyakinan pertubuhan itu terhadap
pengalaman dan kebolehan pegawai-pegawai SPRM.
Mohan telah berkhidmat di SPRM selama 18 tahun dan memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan
Jenayah Ekonomi.
Mohan berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin untuk
memastikan jenayah rasuah antarabangsa dapat dikekang.
Antara skop tugas pegawai SPRM di Interpol termasuklah membangun dan mengeratkan
hubungan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang rasuah, membangunkan amalanamalan baik pencegahan rasuah, memberi latihan kepada agensi penguatkuasaan pencegahan
rasuah di dunia dan mewujudkan perkongsian strategik dengan organisasi atau institusi
pembanterasan rasuah dunia.

Senarai Rencana Berkaitan SPRM


Musuhnya rasuah bukan SPRM...oleh ROHAIZAD YAAKOB [Utusan Malaysia, 21 April
2015]

Kerjasama dinamik SPRM perangi rasuah oleh Dr G Manimaran [Utusan Malaysia, 19


Jun 2014]

Lihat juga

Rasuah
Kontroversi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Rujukan
1.
1.

"Satu era baru bagi SPRM", Utusan Online, 25 Februari 2008. Utusan Online.

Pautan luar

Laman rasmi Badan Pencegah Rasuah

Kerajaan Malaysia
Kabinet Malaysia

Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri


Pertahanan
Pendidikan
Pertanian dan Indsutri Asas Tani
Kewangan
Dalam Negeri
Luar Negeri
Kesihatan
Sains, Teknologi dan Inovasi
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Wilayah Persekutuan
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Pengangkutan
Kerja Raya
Belia dan Sukan
Sumber Manusia
Komunikasi dan Multimedia
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Sumber Asli dan Alam Sekitar

Pemerintah
Kementerian
(Portfolio)

Suruhanjaya

Jabatan

Badan
berkanun

Penguatkuasa
UndangUndang

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pelancongan dan Kebudayaan

Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Suruhanjaya Syarikat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Suruhanjaya Koperasi

Jabatan Kemajuan Islam


Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Jabatan Kastam Diraja
Jabatan Imigresen
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Jabatan Kerja Raya
Jabatan Pengangkutan Jalan
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jabatan Pertahanan Awam
Filem Negara
Jabatan Penjara
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Perkhidmatan Awam

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian


Perbadanan Pembangunan Bandar
Lembaga Lebuhraya
Agensi Angkasa Negara
Lembaga Minyak Sawit
FAMA
FELDA
BERNAMA
RELA
APMM
INTAN

MIDA

Polis Diraja (PDRM)


Polis Pelancong
Angkatan Tentera (TDM-TLDM-TUDM)

Bank Pusat

Majlis Keselamatan Negara

Bank Negara Malaysia (BNM)

Kerajaan Malaysia

Kementerian dan Jabatan

Kategori:
Badan berkanun Malaysia

You might also like