Professional Documents
Culture Documents
Deria Bau
Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli)
yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).
Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).
Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang
dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang
dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
2.
Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse)
adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
3.
Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls
tersebut sebagai bau.
4.
Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk
(foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang
diangkut melalui udara kedalam hidung.
Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktorfaktor berikut:
Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau
yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain
(yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.