Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Prakata

Dengan nama Allah Permurah, lagi Maha Pengasih. Syukur kehadrat Illahi di atas
kesempatan serta peluang bagi diri ini untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh
pihak Universiti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tutor Program Bersepadu Sekolah Sihat pada
semester ini Dr Mohd Sani bin Madon, diatas bimbingan yang berterusan. Segala tunjuk ajar
serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan banyak memudahkan proses menyediakan tugasan
yang telah diberikan.
Jutaan terima kasih kepada pihak Pentadbir SK Kampung Jawa Klang, khususnya
pada Guru Besar, Puan Hajah Ismawati Ismail atas kebenaran dalam kajian RMT yang
menyeluruh dijalankan. Begitu juga kepada Unit Hal Ehwal Murid yang diterajui oleh Puan
Zulikha Omar atas kerjasama yang diberikan.
Sokongan keluarga juga meningkatkan semangat dalam mempermudahkan urusan
penyediaan tugasan. Kepada suami tercinta, En Fakhruzzaman Mohamad atas bantuan serta
sokongan yang diberikan khususnya ruang masa dan pembahagian tugas dalam
mengendalikan urusan rumahtangga.
Kepada sahabat-sahabat sekuliah, terima kasih atas perbincangan serta wacana ilmu
dari masa kesemasa ketika didalam serta diluar kuliah pengajian.
Sesungguhnya dalam proses pemerolehan maklumat, banyak kajian telah dibuat
melalui pembacaan tambahan dari pusat-pusat sumber seperti di Perputakaan Negeri
Selangor, di Shah Alam. Banyak maklumat serta ilmu yang baru diperolehi dalam penyediaan
tugasan ini. Penyelidikan serta kajian ini meningkatkan pengetahuan serta dalam pendidikan
kesihatan.

1 PENDAHULUAN
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diwujudkan bermula tahun 1976 oleh Jabatan
Perdana Menteri. Ianya merupakan sebahagian dari Rancangan Amalan & Pemakanan
Kebangsaan yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat melalui peningkatan taraf
kesihatan, pertanian serta pendidikan. Pada peringkat awal penubuhan RMT, pelaksanaa
ditumpukan kepada murid sekolah rendah di kawasan luar bandar. Namun, bermula tahun
1980, pengurusan RMT telah diambil-alih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
serta diperluaskan sepenuhnya meliputi semua kawasan di Malaysia.
Mulai tahun 2005, pemilihan pelajar yang layak untuk menerima bantuan RMT
disalurkan melalui Sistem Maklumat Murid (SSM) dan paras kelayakkan adalah bagi pelajar
warganegara Malaysia yang dari keluarga berpendapatan RM 400 dan kebawah atau bagi
mereka peroleh pendapat perkapita RM 80. Dan kini, RMT masih dijalankan disekolahsekolah yang berkelayakan serta diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah ditetapkan
bermula sejak hari pertama persekolahan sehingga diakhir penggal persekolahan pada tahun
semasa.
Antara rasional mengapa kerajaan memperkenalkan program RMT; berkaitan dengan
penemuan dalam satu hasil kajian hampir 15 % hinggga 20% pelajar hadir kesekolah tanpa
sarapan atau makan tengahari. Dan 1/6 hingga 1/3 pelajar telah dikesan mengalami kelaparan
tersembunyi. (Kementerian Pelajaran, 2005).
Antara objektif am RMT di peringkat sekolah ialah memberi makanan kepada murid
disekolah rendah luar bandar dan golongan keluarga yang berpendapatan rendah dalam
mempertingkatkan taraf kesiahatan selaras dengan usaha kerajaan dalam peningkatan kualiti
taraf hidup rakyat yang di selaraskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan objektif
khusus RMT adalah untuk membekalkan makanan tambahan yang berzat serta berkhasiat
pada pelajar yang berkelayakan untuk membantu mereka dalam pertumbuhan fizikal serta
mengatasi masalah malnutrisi. RMT juga membantu pihak sekolah dalam menyelenggarakan
pendidikan kesihatan serta pemakanan secara langsung serta tidak langsung dikalangan anakanak murid yang terlibat. Seterusnya, RMT berperanan dalam memupuk budaya sopansantun, disiplin diri, serta timbang rasa khususnya berkaitan dengan kebersihan diri,
kebersihan makanan serta kebersihan alam sekitar.

2 MANUAL KERJA PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


DISEKOLAH
Rajah 1: Carta Aliran Prosedur Program Rancangan Makanan (RMT) Sekolah
MULA

SEKOLAH MENUBUHKAN
JAWATANKUASA RMT

SEKOLAH MENGEDARKAN
BORANG PERMOHONAN KEPADA
MURID

SEMAKAN BORANG PERMOHONAN


YANG DIHANTAR IBUPA/PENJAGA

SEKOLAH MENGEDARKAN
BORANG PERMOHONAN KEPADA
MURID
TIDAK LENGKAP
LENGKAP

SEKOLAH MEMPROSES MURID


LAYAK RMT
PERMOHONAN
TIDAK LENGKAP
BOLEH MERAYU

LULUS

MULA PROSEDUR RMT

Sumber : Manual Pengurusan HEM 2010 (RMT),


KPM

Rajah 1 diatas telah menunjukkan carta alir manual prosedur kerja pengendalian Program
RMT sekolah. Pada peringkat asas, jawatankuasa RMT perlu merupakan pelaksana secara
terus bagi program RMT disebuah sekolah. Penubuhan jawatankuasa ini perlu ada bagi setiap
tahun dan dipengerusikan oleh Guru Besar dan berada di bawah unit Hal Ehwal Murid
(HEM). Pengagihan borang dijalankan melalui guru kelas dan melalui Sistem Maklumat
Murid (SMM) . Secara automatik, guru kelas dapat mengenal pasti, kelayakan murid untuk
menyertai program RMT mengikut piawai garis pendapatan yang telah ditetapkan.
Murid yang layak akan menerima surat tawaran dan makluman ibubapa/penjaga akan
disusuli dari pihak sekolah. Apabila ibubapa bersetuju dengan penyertaan RMT, maka
penyertaan murid akan direkodkan dan setiap hari sekolah, murid berkenaan akan menerima
makanan percuma pada waktu rehat sekolah. Kelompok murid ini juga terlibat dengan
beberapa

aktiviti yang berkaitan dengan program RMT seperti taklimat, ceramah

pemakanan, sesi timbang berat serta tinggi setiap penggal dan lain-lain mengikut
perancangan unit RMT mengikut sekolah masing-masing.
Ahli Jawatankuasa perlu bermesyuarat serta memastikan segala manual kerja program
RMT mengikut ketetapan pihak Kementerian Pelajaran serta dipantau secara berkala oleh
pihak Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Segala urusan kewangan yang berkaitan
dengan program RMT sekolah perlu selari dengan ketetapan Kementerian Pelajaran melalui
Surat Pekeliling Kewangan Bil 7/2010.
Satu sampel kajian manual pengurusan kerja program RMT telah dijalankan di SK
Kampung Jawa Klang, bagi melihat keberkesanan serta kepatuhan dalam pelaksanaan prgram
ini. Dan satu refleksi susulan akan disimpulkan seiring dengan segala isu atau permasalahan
yang dapat dikenalpasti. Cadangan penambahbaikan turut dinyatakan untuk penulisan
akademik bagi tujuan penyelidikan tugasan yang telah diberikan ini.

2.1) Pentadbiran Organisasi Program RMT Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang
Jadual 2: Jawatankuasa RMT & Jadual Guru Bertugas
JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROGRAM
SUSU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA KLANG
PENGERUSI

TAHUN 2010
Puan Hajah Ismawati binti Ismail

NAIB PENGERUSI

(GURU BESAR)
Puan Zulikha binti Omar
(PK Hal Ehwal Murid)
Puan Hajah Hazimah binti Johari
(PK Pentadbiran)
Puan Hajah Sumilah binti Karim

SETIAUSAHA
AJK PELAKSANA

:
:

(PK KO-KURIKULUM)
Puan Fauziah binti Abdul Jalil
Puan Siti Yazura bint Hamzah
Puan Jamilah binti Osman
Encik Yaakob bin Tamrin
Encik Paisal bin Tahir
Puan Serifah Mahani binti Syed Ghaffar
Cik Ilyanni binti Baharom
YM Raja Sofiah binti Raja Roslan
Puan Hazrena binti Abdul Rahman
Puan Nor Hazniza binti Abdul Aziz
Puan Suhaila binti Asnawi
Puan Nor Afizati binti Zainol
Puan Razila binti Misuan

JADUAL BERTUGAS GURU


MASA /
HARI

9.40-10.00 am
TAHUN 1

10.10-10.30 am
TAHUN 4

10.40 11.00 am
TAHUN 5&6

3.35-3.55 pm
TAHUN 2 & 3

ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT

Puan Siti Yazura bint Hamzah


Puan Jamilah binti Osman
Encik Paisal bin Tahir
Puan Serifah Mahani binti Syed Ghaffar
Encik Yaakob bin Tamrin
Encik Paisal bin Tahir
Cik Ilyanni binti Baharom
YM Raja Sofiah binti Raja Roslan
Puan Siti Yazura Hamzah
Puan Fauziah Abdul Jalil

Encik Yaakob bin Tamrin


Encik Paisal bin Tahir
Cik Ilyanni binti Baharom
YM Raja Sofiah binti Raja
Roslan
Puan Jamilah binti Osman
Puan Fauziah Abdul Jalil
Puan Siti Yazura Hamzah
Puan Fauziah Abdul Jalil

Cik Ilyanni binti Baharom


YM Raja Sofiah binti Raja Roslan
Encik Yaakob bin Tamrin
Encik Paisal bin Tahir

Puan Afizati Zainol


Puan Razila Misuan
Puan Suhaila Asnawi
Puan Hazniza Ab. Aziz

Puan Serifah Mahani binti Syed


Ghaffar
Encik Paisal bin Tahir
Puan Jamilah binti Osman

Puan Hazrena Abd Rahman


Puan Afizati Zainol
Puan Razila Misuan
Puan Hazniza Ab. Aziz

Encik Paisal bin Tahir


Puan Serifah Mahani binti
Syed Ghaffar

Encik Yaakob bin Tamrin


Puan Fauziah Abdul Jalil

Puan Suhaila Asnawi


Puan Hazrena Abd Rahman

Guru Bertugas Menyelia agihan makanan/ Memantau adab makan pelajar /Menulis laporan harian RMT

2.2) Sumber Kewangan RMT Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang


Setiap tahun pihak sekolah akan menerima makluman peruntukan kewangan dari
Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta disalurkan melalui
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk program RMT sekolah. Dan apabila pihak sekolah
sudah mengenalpasti bilangan calon penerima bantuan, maka pihak pengurusan sekolah akan
mengisi borang NOTA MINTA serta disahkan oleh Guru Besar tentang amaun tuntutan
penyediaan makan RMT setiap bulan.
Bagi pelajar di Semenanjung Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran telah
menetapkan kadar sehari ialah RM 1.80 manakala RM 2.05 bagi Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan. Dan tempoh perlaksanaan RMT meliputi 190 hari setahun.1
Segala prosuder kewangan tuntutan kewangan RMT perlulah tertakluk dibawah ketetapan
kewangan mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 3/1987, dibawah tajuk Permohonan
Tuntuntan Pembayaran Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah dan Program
Susu Sekolah. Urusan pentadbiran disediakan oleh Pegawai Kewangan Sekolah berkenaan.
Segala bukti pembayaraan perlulah disertakan dengan sebut harga, invois tempahan, resit
pembayaraan serta akuan terima pembayaraan yang sah dan diakui oleh pihak Guru Besar.
2.3) Kaedah & Kriteria Pemilihan Peserta RMT
Syarat utama pemilihan peserta RMT ialah murid adalah warganegara Malaysia dari Tahun 1
hingga Tahun 6, yang berdaftar di semua sekolah kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Data kelayakan dilihat dari perolehan pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR), melalui Sistem
Maklumat Murid (SMM) serta dari maklumat Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah
diselaraskan oleh Unit Penyelarasan & Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Melalui
1 Surat Pekeliling Kewangan Bi.7/2010

sistem yang dibangunkan oleh pihak ICU, kategori rakyat miskin atau miskin tegar dapat
disahkan dan seterusnya melayakkan kelompok murid ini mendapat bantuan RMT. Data
SMM yang diproses oleh guru kelas, akan mengenalpasti kelompok murid yang tergolong
dikalangan keluarga yang berpendapat RM 400 dan kebawah atau RM 80 perkapita.
Maklumat pelajar akan diperolehi dan seterusnya surat tawaran bantuan RMT akan
dipanjangkan kepada ibubapa serta penjaga murid yang berkenaan.
2.4) Kaedah & Kriteria Pemilihan Tender untuk RMT
Bagi nilai pemerolehan bantuan RMT yang tidak melebihi RM 50,000, pemilihan tender
penyediaan makanan adalah lantikan terus dari pihak sekolah kepada pengusaha kantin
sekolah yang mempunyai perkhidmatan kantin. Guru Besar sekolah akan mengeluarkan surat
lantikan kepada pengusaha kantin sekolah bersama-sama menu yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa RMT sekolah. Pihak sekolah menyediakan dokumen perjanjian tawaran
penyediaan makan RMT serta syarat-syarat yang tidak lari dari ketetapan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang adalah salah satu sekolah
yang nilai pemerolehan bantuan RMT kurang dari RM 50,000, maka pihak sekolah telah
bersetuju melantik pengusaha kantin sekolah untuk menyediakan makanan bagi tujuan
berkenaan. Segala ketetapan pemilihan telah diminitkan melalui Mesyuarat RMT kali
Pertama tahun 2010.
Sekolah yang mencapai nilai bantuan RMT yang melebihi RM 50,000; tawaran
dikeluarkan oleh pihak sekolah. Sekurang-kurangya 5 sebutharga dari pengusaha atau
pembekal makanan perlu diperolehi. Jawatankuasa RMT perlu bermesyuarat dan memilih
satu sebutharga dari satu syarikat untuk menyediakan makanan untuk RMT sekolah pada
tahun semasa.
2.5) Kaedah Pembayaran Pihak Penyediaan Makanan
Melalui kajian yang dibuat, didapati pengusaha kantin Sekolah Kampung Jawa Klang akan
menghantar surat permohonan tuntutan RMT setiap 2 atau 3 bulan bagi setiap kali tuntutan.
Sebagai contoh, pengusaha membuat tuntutan bayaran untuk bulan Januari Februari (2
bulan) dalam satu kali tuntutan. Rasional mengapa pihak kantin berlaku sedemikian kerana
ingin memudahkan prosedur tuntutan dan tuntutan setiap bulan agak kecil. Maka segala resit
dilampirkan bersama-surat butiran perbelanjaan mengikut bilangan hari yang terlibat.

Setelah pengesahan telah dilakukan, pembantu kewangan akan memproses tuntutan


berkenaan melalui dokumen baucer bayaran. Segala pengesahan dibuat oleh Guru Besar
sekolah.
2.6) Kaedah Pengagihan Makanan kepada Murid RMT
Jawatankuasa RMT sekolah seperti yang ditunjukkan di Jadual 2, telah menetapkan jadual
tugasan bagi setiap guru yang berkenaan dalam proses pengagihan makanan kepada peserta
yang terlibat. Di sekolah ini, terdapat satu sudut kantin sekolah yang dikenali sebagai
SERAMBI RMT khas bagi murid-murid RMT menikmati juadah makanan dengan keadaan
yang selesa serta tenteram
Gambar 1: Serambi RMT SK Kg Jawa Klang.

Tugas pertama guru yang bertugas pada hari berkenaan ialah memastikan bilangan juadah
yang disediakan mengikut bilangan peserta RMT yang telah ditetapkan. Kualiti makanan juga
diperiksa sebelum dihidangkan kepada murid. Maka, guru yang bertugas perlu hadir beberapa
minit lebih awal seblum waktu rehat atau mula peserta RMT turun waktu rehat. Sekiranya,
berlaku ketidakpatuhan oleh pihak pengusaha kantin, gantian makanan akan di minta
mengikut nilai yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru juga
perlu pastikan susun atur pihak kantin memuaskan dan mudah diperoleh oleh murid dan
selesa.
Gambar 2 : Guru Tugasan Harian RMT SK Kg Jawa Klang

Murid akan dilatih untuk tertib ketika proses pengambilan makanan seperti berbaris
serta tidak membuat bising. Dan guru bertugas akan mencatat kehadiran serta agihan
mengikut nama pelajar yang telah ditetapkan seperti yang digambarkan di bawah.
Gambar 3: Peserta RMT SK Kg Jawa Klang beratur dan guru catat kehadiran mereka

Gambar 3: Peserta RMT SK Kampung Jawa Klang menikmati hidangan pada waktu rehat.

2.7) Pemilihan Bahan-Bahan Mentah


Kantin sekolah atau pembekal yang telah dilantik, bertanggungjawab sepenuhnya dalam
urusan mengurus bekalan, menyedia, menghidang makanan, membersih peralatan serta
tempat hidangan. Maka, dari sudit kajian ini, pengusaha kantin sekolah SK Kampung Jawa
bertanggungjawan sepenuhnya dalam pemilihan bahan-bahan mentah.
Malang sekali, agak sukar untuk mendapat kerjasama dengan pihak pengusaha kantin
sekolah dalam kajian bahagian ini. Pihak kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang
gambar yang berada di dalam dapur pihak pengusaha , namun dari melihat cara penyediaan
makanan; pihak sekolah berpuashati dengan kualiti serta kuantiti bahan mentah yang
disediakan untuk program RMT sekolah ini. Bahan mentah dibeli secara harian dan konsep
habis-guna dilaksanakan iaitu bahan mentah disediakan dan dihabiskan pada hari yang
sama. Ikan, daging atau sayur-sayuran tidak disimpan untuk kegunaan hari berikutnya. Ini
untuk memastikan kesegaran dan bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan makanan.
Pihak pengusaha juga memaklumkan mereka tidak mahu menanggung sebarang risiko
penyimpanan bahan-bahan mentah di dalam peti dingin beku kerana ditakuti ketiadaan
bekalan elektrik khususnya pada waktu malam. Ini boleh menyebabkan bahan-bahan mentah
rosak dan akhirnya boleh meluaskan risiko keracunan makanan dikalangan warga sekolah.
Melalui pemerhatian, bahan mentah ditempatkan ditempat yang sesuai, dikendalikan
dengan baik oleh pekerja-pekerja kantin. Kualiti kebersihan tempat memasak, tempat
penyediaan makanan, bekas minuman serta makanan sentiasa diambil berat dan mengikut
Garis Panduan Kantin Sekolah dan Akta Makanan 1983.
9

2.8) Menu Makanan RMT


Pihak Kementerian telah mencadangkan 20 menu.2 Pihak sekolah wajib memilih 5 hingga 10
dari 20 menu yang telah ditetapkan mengikut citarasa setempat, kemampuan bekalan
makanan serta kesesuaian dengan peruntukan kewangan. Dengan kadar peruntukan RM 1.80
mulai Mac 2007, pihak SK Kampung Jawa Klang telah bersetuju dengan pemilihan menu
RMT seperti yang dinyatakan di Jadual 3 , dibawah:MENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2010
SK KAMPUNG JAWA KLANG
HARI
ISNIN

MENU MINGGU 1/3/5


Nasi Lemak, Telur Rebus, Air Milo,

MENU MINGGU 2/4


Nasi Goreng Cina, Air Milo, Buah

SELASA

Buah Tempatan
Bihun Udang , Air Horlick,

Tempatan
Nasi Putih Berlauk, Telur Masak

RABU

Buah Tempatan
Nasi Putih Berlauk, Ayam Masak

Kicap, Air Mineral, Buah Tempatan


Roti Telur Berkuah Dal, Air Milo,

KHAMIS

Kicap, Air Ribena Buah Tempatan


Mee Kari, Telur Rebus, Air Milo,

Buah Tempatan
Bihun Sup Ayam, Air Milo, Buah

JUMAAT

Buah Tempatan
Nasi Ayam, Ayam Goreng,

Tempatan
Nasi Tomato, Ayam Goreng,

Air Mineral, Buah Tempatan

Air Mineral, Buah Tempatan

2.9) Cara Penyediaan Makanan RMT


Di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang, semua murid yang terlibat dengan RMT akan
turun rehat 5 minit lebih awal dari waktu rehat yang biasa. Ini bertujuan agar murid makan
dengan lebih selesa dan urusan agihan makanan dapat dijalankan dengan lebih teratur. Guru

2 Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT KPM
10

bertugas akan turun lebih awal dalam memastikan segala makanan telah disediakan oleh
pihak pengusaha kantin sekolah.
Semua pekerja kantin semua perlu dalam keadaan sihat serta menjaga kebersihan sepanjang
masa, khususnya dalam pengendalian makanan. Semua pekerja kantin perlu telah mendapat
suntikan TY2 (Typhoid) dan memiliki kad pengesahan immunisasi TY2 oleh Jabatan
Kesihatan setempat. Semua pengendali makanan perlu memakai apron dan bagi pekerja
wanita, rambut perlu ditutup .
Gambar 4: Penyediaan Makanan Kantin SK Kampung Jawa Klang

Di sekolah ini, makanan disediakan pada waktu yang sesuai dengan waktu
dihidangkan.Kadar suhu makanan memuaskan dan tidak panas atau terlalu sejuk. Suhu
hidangan makanan yang paling ideal ialah 65C. Ini dapat mengelakkan pembiakan mikro
organisma pada makanan.3

3 LIMA SAMPEL PROFIL PELAJAR YANG LAYAK MENERIMA RMT 2010


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA, KLANG
3.1) Profil Sampel Peserta RMT
Pendapatan

Jumlah

Profil

Taraf Pendidikan

3 Pengawalan Keracunan Makanan (2008),


http://balannambiar.wordpress.com/2008/11/01/pengawalan-keracunan-makanan-dikafeteria-sekolah/

11

Bil

Sampel

Kelas

Ketua Isi

Tanggungan

Jenis

Ibubapa /Penjaga

1. Sampel A

1 Berlian

Rumah (KIR)
RM 380

(Adik Beradik)
6 orang

Penempatan
Rumah

Tiada

Catatan
Miskin

2. Sampel B

2 Zamrud

RM 400

8 orang

Kampung
Rumah

Tiada

Tegar
Ibubapa

3. Sampel C

3 Intan

RM 712

12 orang

Kampung
Rumah

SRP

OKU
Anak Yatim

4. Sampel D

5 Zamrud

RM 560

7 orang

Pangsa
Rumah

SRP

Ibu Tunggal

5. Sampel E

6 Zamrud

RM 572

6 orang

Kampung
Rumah

Sekolah Rendah

Miskin

Pangsa

3.2) Profil Akademik


Bil

Kelas

% Peperiksaan Per.

% Peperiksaan Akhir

+/-%

1.

Sampel
Sampel A

1 Berlian

Tahun
67.2%

Tahun
66.2%

1.0%

2.

Sampel B

2 Zamrud

57.9%

55.%

2.9%

3.

Sampel C

3 Intan

77.2%

78.1%

0.9%

4.

Sampel D

5 Zamrud

65.4%

64.9%

0.5%

5.

Sampel E

6 Zamrud

Percubaan UPSR

Keputusan UPSR sebenar

Gred A

2A, 1B ,2C

1A, 3B , 1C

Gred B

3.3) Profil Kesihatan

Bil

Sampel

Awal

BERAT
Akhir
Pertambahan

Awal

TINGGI
Akhir

Pertambahan

1.

Sampel A

33kg

36kg

3kg

138cm

138cm

2.

Sampel B

28kg

29kg

1kg

139cm

139cm

3.

Sampel C

39kg

43kg

4 kg

156cm

156cm

4.

Sampel D

37kg

41kg

4 kg

144cm

144cm

5.

Sampel E

46kg

46kg

0 kg

152cm

152cm

3.4 ) Keberkesanan program RMT dari Rujukan Profil Sampel


Secara keseluruhan, dapatan kajian mendapati profil akademik murid di atas, mencatatkan
penurunan 4 sampel murid RMT berbanding 1 sampel murid yang meningkat dari segi
12

peratus keputusan akademik. Dan Sampel E yang menduduki UPSR pada tahun ini
menunjukkan pengurangan dari pemerolehan gred A namun dapat diseimbangkan dengan
penurunan pemerolehan Gred C. Kesimpulan yang dapat ditafsirkan dengan hubung kait
program RMT; ianya tidak banyak memberi impak dari sudut pembangunan akademik. Ratarata pelajar ditahap sederhana namun tidak begitu lemah.
Namun, jika ditinjau dari sudut pembangunan fizikal, khususnya dari sudut pertambahan
berat badan, 4 sampel murid mencatatkan peningkatan berat dah hanya satu sampel yang
tiada sebarang pertambahan. Tapi sebaliknya pada faktor ketinggian. Semua sampel tidak
mencatatkan sebarang pertambahan dari segi ketinggian. Kajian tidak dapat memastikan
samada pertambahan berat badan ini disumbangkan oleh program RMT atau disebabkan
proses semulajadi yang dilalui oleh kanak-kanak pada tahap ini. Menurut Haliza dan Samuel
(2009), perkembangan fizikal kanak-kanak.; oleh dibahagikan kepada peringkat prenatal, bayi
(lahir sehingga 2 tahun), awal kanak-kanak (2 hingga 6 tahun), kanak-kanak (7-12 tahun) dan
awal remaja (12 hingga 15 tahun). Dan kemungkinan besar pertambahan ini adalah satu
pertambahan semulajadi yang dilalui oleh fasa-fasa kanak-kanak iaitu dari 7 hingga 12 tahun.
Manakala dari sudut afektif, kajian yang terperinci sukar untuk diukur
memandangkan tiada instrumen yang khusus dalam memperolehi maklumat berkenaan.
Namun dari laporan guru yang bertugas, murid-murid RMT ini dilatih sejak awal penyertaan
tentang adab serta kesantunan dalam beratur, menunggu giliran untuk mengambil makanan
serta cara makan dengan tertib. Kebersihan diri serta tempat makan sering diingatkan oleh
guru bertugas. Setakat ini, belum ada berlakunya perlanggaran kes yang berat yang
melibatkan peserta murid RMT ketika dalam alir kerja prosedur RMT itu sendiri. Pelajar
selesa dengan penyertaan RMT dan tahap keyakinan mereka masih dalam keadaan yang
memuaskan. Murid bercampur serta mampu menjalani aktiviti sosial dengan baik dan tiada
masalah bergaul dengan pelajar yang tidak dibawah kelompok skim RMT. Keberkesanan
jadual tugasan AJK guru RMT dilihat sebagai sumbangan yang terbesar disamping sokongan
dari pihak pengusaha kantin yang tidak berbelah bagi disekolah SK Kg Jawa Klang ini.

4 - PANDANGAN ANALITIKAL KEBERKESANAN DAN PENAMBAHBAIKAN


RMT SK KAMPUNG JAWA KLANG

13

Dari sudut pengurusan Program RMT di sekolah ini, jelas dalam kadar yang amat
memuaskan dari sudut prosedur kerja, aspek teknikal sehingga kepada aspek pengurusan
kewangan. Penanda aras keberkesanan RMT banyak diukur dari perkembangan murid yang
menyertai program berkenaan. Pentadbir sekolah bersama-sama Jawatankuasa pelaksana
berjaya mengujudkan satu team-work yang hebat dalam pengurusan RMT sekolah ini.
Namun, jika diukur dari sudut perkembangan akademik, maka RMT belum mampu
berupaya untuk melonjakkan peratus kecemerlangan akademik sekolah ini. Tapi berbalik
dengan rasional RMT mula-mula diperkenalkan disekolah atas dasar perkembangan
pertumbuhan fizikal serta taraf kesihatan murid di Malaysia, kejayaan yang cemerlang telah
dapat diperolehi. Tiada didalam senarai sampel kajian atau diluar sampel profil yang di
berikan , pelajat mengalami masalah malnutrasi. Tahap kesihatan dan perkembangan pelajar
baik serta memuaskan.
Usaha RMT bukan sahaja menyediakan makanan, pada waktu yang sama mendidik
murid tentang budaya pemakanan yang sihat, seimbang serta berkhasiat. Pendidikan awal
kanak-kanak untuk memilih makanan dari segi kualiti serta kuantiti dapat menghalang
pelbagai jenis penyakit sperti darah tinngi, masalah koronari dan obesiti ( Edge, 1976)
Menurut Fullen (1993), guru adalah agen perubahan profesional yang mampu
membawa kebaikan dari hasil pengajran yang baik dan berkesan. Guru perlu lebih ikhlas dan
rapat ketika proses alir kerja RMT agar murid-murid yang terdiri dikalangan yang kurang
mampu ini, dapat menikmati serta mengalas perut mereka dalam meneruskan masa mereka di
sekolah. Dicadangkan guru makan bersama-sama dengan murid RMT ini agar interaksi serta
tauladan serta adab serta tabiat makan yang betul dapat disampaikan dengan lebih akrab.
Melalui kajian Satter (1987) dan Suriani (2003), persekitaran interaktif akan mengalakkan
kanak-kanak untuk mencuba, menerima dan menikmati makanan dengan lebih selesa.
Dan akhir sekali, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sewajarnya membuat
semakan semula kadar peruntukan RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung & RM 2.05 di
Sabah, Sarawak serta WP Labuan yang telah ditetapkan pada Mac 2007 yang lalu. Harga
yang ditetapkan kini sudah tidak relevan dengan kuantiti makanan yang disediakan oleh
pihak pembekal memandangkan peningkatan kos penyediaan bahan mentah dan sebagainya.
Pihak Kementerian patut mengambil serius tentang konsep penyediaan makanan yang
lengkap dari sudut nutrien serta kualiti bahan itu sendiri. Pihak pengusaha banyak mengeluh
tentang peruntukan kewangan yang diberikan. Jelas sekali, penyediaan menu yang telah
14

ditetapkan oleh pihak Kementerian itu jauh lebih tinggi berbanding dengan peruntukan.
Bolehkah kita jumpa kedai makanan yang menyediakan Nasi Ayam bersama Buah serta Air
Milo dengan KOS RM 1.80 sepinggan. Harga yang ditetapkan ini patut di semak semula serta
ditingkatkan agar murid yang menyertai RMT ini benar-benar menerima manfaat dan bukan
sekadar program yang dijalankan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Guru yang diberi tanggungjawab untuk memantau RMT ini boleh diberikan dari sudut
insentif atau imbuhan elaun bulanan memandangkan tugasan serta bebanan tugas mereka
agak mencabar. Pihak Kementerian boleh menyalurkan sedikit insentif dari sudut bayaran
atau elaun bagi guruguru yang memikul tanggungjawab dalam memastikan agihan
makanan, pemantau pematuhan menu RMT serta, urusan dokumentasi serta laporan yang
dibuat setiap hari. Guru yang bertugas ini perlu ke kantin sekolah setiap masa sebelum waktu
rehat bermula, dan memastikan semula peserta RMT dapat menikmati makanan yang telah
disediakan. Mereka perlu tunggu hingga semua murid habis juadah dan laporan harian perlu
siapkan untuk simpanan dokumentasi serta perfailan. Namun, kebanyakkan guru-guru RMT
ini berkhidmat dengan sabar serta penuh rasa keikhlasan memandangkan kelompok murid
yang dikendalikan adalah dikalangan yang kurang berada.

5 PENUTUP
Pihak kami ingin menyeru agar ramai pihak akademik meneruskan kajian yang lebih
terperinci tentang keberkesanan Program RMT yang beralaku di sekolah-sekolah di seluruh
Malaysia. Kajian yang menyeluruh patut ditingkatkan agar pihak Kementerian Pelajaran
dapat menjalankan penambahbaikan serta memperkukuhkan lagi kelangsungan program yang
telah bertapak di sepada sekolah sejak tahun 1976 lagi. Penyeliaan yang lebih bersepadu
perlu diteruskan. Suatu pengurusan program banyak dipengaruhi oleh faktor kewibawaan
pelaksana program memahami objektif utama program berkenaan. (Boone, 1985)

15

Senarai Rujukan :
1. AROP, M. S. (2003). NUTRITIONAL STATUS OF SCHOOL CHILDREN
RECEIVING SUPPLEMENTARY FEEDING PROGRAM IN PENINSULAR
MALAYSIA. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. LAN, N. C. (2010). HBHE 2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT.
KUALA LUMPUR: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.
3. Mazlan, Z. Z. (2010, JANUARY 24). Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak.
Retrieved NOVEMBER 19, 2010, from MISI FAKTA:
http://misifakta.blogspot.com/2010/01/perkembangan-fizikal-kanakkanak.html
4. MURID, U. H. (2007). PERLAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN (RMT) SEKOLAH DI MALAYSIA. Kuala lumpur: KPM.
5. Othman, P. H. (2010). Maklumat Murid RMT (BOR KP/RMT/A) . Klang: SK
Kebangsaan Kg Jawa .
6. YUSOFF, M. R. (2008). AMALAN PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA. FPP
2008/7 , 63.

16

17

BORANG SISTEM MAKLUMAT


MURID
(SMM) UNTUK SEMAKAN
KELAYAKAN RMT

18

SURAT LANTIKAN PEMBEKAL


MAKANAN RMT

19

DOKUMEN PERJANJIAN

20

PERJANJIAN PENYEDIAAN
MAKANAN RMT ANTARA
PIHAK PENGUSAHA KANTIN
& PIHAK SEKOLAH

21

22

MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA RMT
2010

DOKUMEN KEWANGAN
BAGI TUNTUTAN
PERBELANJAAN PROGRAM
RMT SEKOLAH

23

24

25

26

BORANG PEMANTAUAN
RMT
JABATAN PELAJARAN
NEGERI KESEKOLAH

27

You might also like