Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

China

Soalan 2: Bincangkan peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 di negeri China.
Dr. Sun Yat sen yang digelar ?Bapa Revolusi China? dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan
iaitu sebuah kampung yang terletak kira-kira 40 batu di Selatan Cantoon. Beliau mendapat
pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah
mengikuti abangnya ke Honolulu, Hawaii dan memasuki sekolah mubaligh Anglican. Beliau
meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Oleh sebab bimbangkan Sun Yat Sen
terpengaruh dengan agama Kristian, abangnya telah menghantar beliau pulang. Dengan pengaruh
Kristian yang ada padanya, beliau melarang masyarakat kampungnya menyembah patung kerana
tidak memberi apa-apa faedah. Masyarakat tempatan marah, lalu mengambil tindakan mengusir
beliau keluar dari kampungnya. Setelah meninggalkan kampungnya, beliau mengambil
keputusan melanjutkan pelajaran ke Hong Kong pada tahun 1883 dan belajar di Rumah Diocesan
dan

kemudiannya

berpindah

ke

Kolej

Queen

dan

memeluk

agama

Kristian.

Semasa berusia 20 tahun, Sun Yat Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada
tahun 1887 beliau berpindah ke Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong.
Setelah belajar selama 5 tahun, beliau lulus dengan tempat pertama dalam kelasnya dan menjadi
doktor

di

Macao

dan

kemudiannya

berpindah

ke

Cantoon.

Ketika menuntut di Kolej Perbatan Hong Kong, beliau memperlihatkan kecenderungan ke arah
perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara Amerika dan
sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong telah mempengaruhi beliau.
Perbezaan yang begitu menonjol antara China dengan Hong Kong dan Hawaii benar-benar
mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan yang
bercorak

republik

di

China.

Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina
seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24 November 1894, beliau belayar ke Honolulu
dan dengan bantuan abangnya, beliau telah menubuhkan ?Hsiung Chung Hui?/?Persatuan
Memulihkan Negara China? dengan keahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya
golongan sarjana. Hal ini merupakan gelaran pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat Sen
dengan slogan perjuangannya ?Singkirkan Orang-orang Manchu, Pulihkan Pemerintahan Orangorang China dan Tubuhkan Republik?. Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang
pertama ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya
yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan
bantuan

untuk

menggerakkan

revolusi.

Pada tahun penghujung tahun 1894, Sun Yat Sen telah berusaha mewujudkan satu gerakan yang
dapat melancarkan revolusi melalui penglibatan kongsi-kongsi gelap di Cantoon, malangnya
usaha beliau melalui Hsiung Chung Hui telah gagal kerana kurang sambutan dan kejayaan pihak
berkuasa mngesan gerakan mereka. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa melarkan diri ke Hong
Kong kerana diburu oleh Kerajaan Manchu. Beliau mendapat perlindungan di Jepun.

Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903 hingga tahun 1904,
beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah. Dalam musim panas
tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis China iaitu Huang
Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun, Sun Yat Sen dan
pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai golongan di
Tokyo pada bulan Ogos 1905. Dalam perjumpaan yang besar ini, Sun Yat Sen telah menubuhkan
Tung Meng Hui/Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung
Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui.
Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah
republik

di

China.

Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco,
Honolulu dan bandar-bandar penting di China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut, Sun
Yat Sen telah memungut dana dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan di
China. Tung Meng Hui juga dikembangkan di China khsanya di bahagian China Selatan. Ianya
dikembangkan

melalui

pertubuhan-pertubuhan

kongsi

gelap.

Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti-Manchu di
kalangan orang-orang China. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan
perjuangannya di kalangan orang-orang China, khasnya di kalangan mereka yang berada di
seberang laut. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar.
Beliau telah menerbitkan akhbar sendiri iaitu Ming Pao/The People di Tokyo. Melalui penerbitan
ini, idea-idea republik beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi
orang-orang China yang berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke
merata tempat di dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan
moral dan material dari masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah
menghasilkan kejayaan. Beliau berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi
kewangan. Sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan
kegiatan pemberontakan di China. Hasil usaha Sun Yat Sen yang bersungguh-sungguh itu
menyebarkan Tung Meng Hui begitu popular dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan
sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan revolusioner pimpinan Sun Yat Sen mendapat
sokongan pelajar, rakyat China yang tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi
gelap

dan

tentera

China

yang

dilatihkan

secara

Barat.

Ketika Sun Yat Sen berusaha mendapat sokongan di Barat, didapati usaha-usaha menyekat
pergerakan beliau diteruskan oleh Kerajaan Manchu. Semasa di London pada tahun 1896, beliau
diculik oleh diplomat China dari kedutaan dan berusaha untuk menghantarnya pulang ke China
untuk menghadapi tuduhan subversif dan dijatuhkan hukuman mati. Dengan pertolongan
London, Dr. Cantlie dan Kementerian Luar British, beliau telah dapat diselamatkan. Peristiwa ini
meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan revolusi

kerana

akhbar

Londin

menyiarkan

secara

besar-besaran.

Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana
beliau mengemukakan ideologi/prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan juga prinsip
rakyat/San Min Chui iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Ideologi ini telah
menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusioner di China. Tujuannya untuk
melaksanakan

prinsip-prinsip

tersebut.

Di sebalik usaha-usaha menguatkan pertubuhan ini, Dr. Sun Yat Sen tetap menggerakkan Tung
Meng Hui ke arah mencetuskan revolusi. Bagi menggerakkan revolusi mulai tahun 1906,
beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat dalam wilayah
Selatan China. Pemberontakan telah diprojekkan di Jepun. Oleh sebab mendapat protes yang
kuat dari Kerajaan China, Jepun tidak dapat membenarkan Dr. Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui
digerakkan dari Jepun. Oleh itu, pada tahun 1907, Dr. Sun Yat Sen dan sekutunya terpaksan
berpindah ke Hanoi bagi meneruskan gerakannya. Pada 11 April 1911, satu gerakan telah diatur
bagi melancarkan revolusi tetapi gagal dan menyebabkan 72 orang tokoh revolusioner terkorban.
Di antara tahun 1906 hingga tahun 1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya telah merancang,
mengatur dan mencetuskan hampir sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China.
Pemberontakan yang dianjurkan semuanya gagal dan dapat diatasi oleh Kerajaan Manchu.
Namun begitu, ia telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan kewibawaan Kerajaan
Manchu. Pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 yang dimulakan oleh tentera China
hasil pengaruh Tung Meng Hui adalah menandakan permulaan revolusi China. Daerah-daerah
lain di bawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak. Hal ini mengakibatkan
kejatuhan Kerajaan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China. Dr. Sun Yat Sen
telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara yang ditubuhkan di Nanking.

Dr. Sun telah menubuhkan Parti Kuomintang pada tahun 1912 yang seterusnya menguasai negeri
China pada tahun 1928.

You might also like