Laporan Sambutan Jubli Emas

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN SAMBUTAN JUBLI EMAS

SEK.MEN. (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR.

Ketibaan YB di Sek.Men. (P) Sultan Abu Bakar disambut meriah.


ekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar, Muar (SM(P) SAB) telah matang. SMSAB telah
jauh berkembang maju. 31hb. April 1989 adalah detik sejarah yang tidak mudah dilupakan oleh
SMSAB. Pada hari itu, sekolah dibanjiri oleh para jemputan yang ingin menyaksikan acara
perasmian sambutan Jubli Emas oleh Y.B Menteri Pendidikan Malaysia, Saudara Anuar Ibrahim
(sekarang Timbalan Perdana Menteri Malaysia). Antara
aturcara majlis pada hari tersebut ialah:Pemeriksaan Barisan Pasukan Beruniform.
Persembahan Pancaragam dan Pasukan Pom-Pom.
Majlis Ucapan
Perasmian Blok B
Lawatan Ke Pameran Pendidikan
Perasmian Surau
Perasmian Asrama
Jamuan di Kantin Asrama.
Yang Berhormat sedang memotong reben
merasmikan Bangunan Blok B sekolah.

emikian diantara harapan Yang DiPertua PIBG untuk mendapatkan sebuah dewan untuk
kegunaan pelajar-pelajar SM SAB yang telah ditubuhkan sejak lima puluh tahun yang lalu.
Nampaknya harapan setinggi gunung itu tidak juga tercapai. Insya Allah sekolah akan terus
berusaha untuk mendapatkan sebuah dewan. Sekolah telah merasa bersyukur kerana mendapat
peruntukan untuk pembinaan 13 bilik darjah.

YB sedang menjamu selera .


empena sambutan Jubli Emas ini, sekolah telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti.
Antaranya ialah Mahlis Kesyukuran yang diadakan pada 17hb. Februari di Surau baru SM SAB.
Bacaan tahlil dan dan doa selamat juga telah diadakan.
ejohanan Olahraga Jubli Emas juga diadakan di Stadium Muar pada 15hb. Mac 1989. Ianya
dirasmikan oleh Timbalan I Pengarah Pendidikan Johor. Yang Dihormati Tuan Haji Ibrahim bin
Yahya. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tuan Hj. Omar Bin Abd. Rashid telah menutup rasmi
kejohanan olahraga Jubli Emas SMSAB sementara Majlis Penyampaian Hadiah disampaikan
olehYdh. Datin Hjh. Zaharah Binti Md. Salleh isteri Datuk Pegawai Daerah Muar.
atu lagi acara menarik yang diadakan sempena menyambut Jubli Emas SM SAB
adalah acara Majlis "Jamuan Makan Malam" anjuran bekas pelajar-pelajar SMSAB
yang diadakan pada 4hb.Mac, 1989 di Hotel Seri Pelangi, Muar. Antara tetamu
kehormat pada malam tersebut adalah YB. Tan Seri Muhyiddin Yasin, Menteri
Besar Johor dan isterinya Puan Seri Noraini Binti Abd. Rahman. Puan Seri Noraini
adalah bekas pelajar SMSAB.
ambutan dari bekas pelajar untuk malam tersebut adalah sangat menggalakkan.
Jumlah kutipan setelah ditolak perbelanjaan adalah RM8,167.00. Syukur
alhamdulillah kerana Persatuan Bekas Pelajar SMSAB yang dipengerusikan oleh
Puan Hajah Salmi binti Hj. Hassan bekas pengawas SMSAB 1946 telah bermurah
hati mendermakan kutipan tersebut kepada sekolah dan pihak sekolah telah menggunakan wang
tersebut untuk projek membesarkan kantin.

Puan Zakiah sedang


memberikan ucapan beliau.
ajlis Makan Malam bekas pelajar adalah satu malam yang tidak mudah luput
dari kenangan . Bekas pelajar yang telah mendapat asuhan dan bimbingan dari
Sek. Men. (P) Sultan Abu Bakar, Muar telah meningkat lebih kurang 12,031
(anggaran pada tahun 1989) orang. Jadi, memanglah sukar untuk mengumpulkan
mereka di dalam satu-satu majlis perjumpaan seperti itu. Sudah pasti majlis seperti
ini tidak dapat dilupakan begitu sahaja. Jika boleh malam seperti itu hendak
disambung lagi hinga berminggu agar puas mereka bersembang menanya khabar
sejak meninggalkan alam persekolahan.
erbukti yang ramai puteri-puteri yang mendapat didikan dari sekolah SMSAB telah berjaya
sama ada di bidang kerjaya mahupun di bidang rumahtangga. Semoga kejayaan mereka akan
menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang masih muda dan mula mengenal dunia
sekarang.

Pn. Hjh. Salmi Hj Hassan.


Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SMSAB

You might also like