Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

cara mendaftarkan kelab/pertubuhan

Lawati Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia


(JPPM)untuk semua maklumat berkenaan Pertubuhan.
Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya
tujuh (7) orang hendaklah diadakan dan nama-nama mereka yang hadir
hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat.
Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapanketetapan berikut:
1.
bersetuju menubuhkan pertubuhan;
2.
meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama
pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan);
3.
menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan;
4.
melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk
menguruskan pendaftaran pertubuhan; dan
5.
meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang
hendak didaftarkan.
Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit Mesyuarat
Penubuhan) pertubuhan serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan
yang dibuat
Cara Memohon Pendaftaran Pertubuhan
Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut:
1.
Enam (6) salinan borang permohonan Borang 1 - Permohonan bagi
Pendaftaran Pertubuhan yang sempurna diisi;
2.
Enam (6) salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan;
(Senarai ini hendaklah mengandungi butir-butir seperti: nama (bagi orangorang Cina ditulis juga nama dalam huruf Cina), jawatan dalam
pertubuhan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan,
nama dan alamat majikan serta alamat rumah bagi tiap-tiap Ahli
Jawatankuasa). Format Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja
Pertubuhan;
3.
Enam
(6)
salinan
undang-undang
(perlembagaan)
pertubuhan.Contoh Undang-undang Tubuh;
4.
Enam (6) salinan contoh lambang, bendera, lencana dan lain-lain
tanda yang berwarna dan keterangan mengenai maksud tanda-tanda
tersebut di dalamnya (jika berkenaan). Contoh;

5.
Dua (2) salinan minit mesyuarat penubuhan yang mencatatkan
ketetapan seperti disebutkan pada di para 4.2. Contoh Minit Mesyuarat
Penubuhan;
6.
Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat,
jika berkenaan. (Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital,
ladang, syarikat atau kilang, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat
hendaklah disertakan). Contoh Surat Kebenaran Menggunakan Alamat;
dan
7.
Fi pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang tunai/bank
draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong
Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Negeri.

Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c), (d) dan (e) mestilah
ditandatangani oleh dua (2) orang pemegang jawatan utama pertubuhan.
Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi,
Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib
Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Borang-borang permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan (Borang


1) boleh dimuat turun secara percuma di sini atau diperolehi daripada Ibu
Pejabat dan mana-mana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dengan
bayaran RM1.00 senaskah.
Selepas Pendaftaran Pertubuhan Diluluskan - Apa perkara yang perlu
dibuat?
Adalah menjadi kewajipan setiap pertubuhan untuk mengemukakan
Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunannya atau sekiranya tiada sesuatu Mesyuarat Agung
diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.
CARA
MENGHANTAR
PENYATA
TAHUNAN
Penyata Tahunan hendaklah mengandungi maklumat yang benar dan
lengkap seperti berikut:1.
Dua (2) salinan Borang 9 - Maklumat Yang Perlu Diberi Tiap-Tiap
Tahun oleh Pertubuhan Dan Cawangan-Cawangan Pertubuhan Berdaftar
Mengikut Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan, 1966. Borang yang berkenaan
boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu
Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Negeri;

2.
Nama dan alamat tempat urusan;
3.
Tiga (3) salinan senarai yang lengkap menunjukkan jawatan, nama
(bagi kaum Cina di dalam tulisan Cina hendaklah juga dituliskan), nombor
kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat
majikan bagi semua pemegang jawatan utama dan pemegang jawatan
selain Jawatankuasa Pengelola; Format Senarai Jawatankuasa dan
Contoh;
4.
Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan; Contoh Minit
Mesyuarat Agung;
5.
Dua (2) salinan Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci
Kira-Kira untuk tahun Kewangan; Contoh Penyata Kewangan;
6.
Dua (2) salinan maklumat mengenai sebarang harta tak alih yang
dimiliki;
7.
Dua (2) salinan nama dan alamat mana-mana organisasi di luar
Malaysia yang menjadi ahli gabungan;
8.
Dua (2) salinan maklumat sebarang wang atau harta, apa-apa faedah
pekuniari atau keuntungan yang diterima oleh pertubuhan daripada manamana orang, organisasi, pihak berkuasa, kerajaan atau agensi di luar
Malaysia ; dan
9.
Empat (4) salinan pindaan kepada undang-undang tubuh pertubuhan
yang dibuat semenjak penyata tahunan yang berakhir (bagi pertubuhan
induk sahaja).
HURAIAN

2(dua) salinan adalah dikehendaki dan tiap-tiap satu salinan serta


lampiran-lampiran mestilah ditandatangani oleh 2(dua) orang pemegang
jawatan utama Pertubuhan. *Bagi Cawangan hendaklah ditandatangani
timpal oleh seorang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk.
Pemegang-pemegang jawatan utama ialah Yang DiPertua atau Pengerusi,
Naib Yang DiPertua atau Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Pemegang Jawatan termasuklah :1.


Ahli mana-mana jawatankuasa kecil atau badan-badan lain yang
ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola sesuatu pertubuhan
berdaftar atau oleh badan pengelola cawangan pertubuhan itu;
2.
Seseorang yang sedikit sebanyak bertanggungjawab atas
pengurusan apa-apa hal ehwal atau perjalanan apa-apa aktiviti, sesuatu
pertubuhan berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan itu;

3.
Seseorang yang dilantik atau diberi kuasa untuk mewakili atau
bertindak bagi pihak,sesuatu pertubuhan berdaftar, atau mana-mana
cawangan pertubuhan itu, dalam apa-apa perkara, lain daripada seseorang
yang tidak menjadi ahli pertubuhan itu,diambil bekerja oleh pertubuhan itu
untuk mewakili atau bertindak bagi pihak sesuatu pertubuhan berdaftar,
atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau sifat profesionalnya atau
mengikut pekiraan kontrak.
Seksyen
9A
Akta
Pertubuhan,
1996
Tertakluk kepada seksyen kecil (2), seseorang adalah hilang kelayakkan
daripada menjadi dan tidak boleh menjadi atau terus menjadi pemegang
jawatan, penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan berdaftar :Jika ia telah disabit melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini;
atau
Jika ia telah disabitkan melakukan apa-apa kesalahan dibawah
mana-mana undang-undang lain dan telah dijatuhkan hukuman denda
tidak kurang daripada 2(dua) ribu ringgit Malaysia atau dipenjara selama
tempoh tidak kurang daripada 1(satu) tahun; dan
Jika ada dikuatkuasakan terhadapnya apa-apa perintah tahanan,
sekatan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran
dibawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan
atau ketenterama awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya
atau berhubung dengan pencegahan jenayah, tahanan kerana
keselamatan, kediaman terhad, buang negeri atau imigresen; atau
Jika ia adalah si bankrap yang belum dilepaskan; atau
Jika ia adalah dan telah didapati atau ditetapkan sebagai tak
sempurna akal
Hilang kelayakkan bagi seseorang di bawah perenggan di atas adalah
terhenti apabila tamat tempoh 5 (lima) tahun mulai tarikh orang yang
disabitkan itu dilepaskan dari jagaan atau tarikh denda tersebut dikenakan
mengikut
mana
yang
berkenaan.
DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENGHANTARAN PENYATA
TAHUNAN
Penghantaran penyata tahunan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Sila rujuk
alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri masing-masing.

You might also like