Statistik Ulasan Jurnal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Ulasan Artikel

Tajuk

: Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan Hubungannya dengan


Gaya Kepimpinan Pengetua

Jurnal

: Jurnal Kepimpinan Pendidikan

Penulis

: (1) Siti Noor Binti Ismail


(2) Yahya Bin Don

Terbitan

: College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

1. PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah nadi kepada usaha membangunkan modal
insan yang memacu kejayaan negara pada masa hadapan. Pembangunan modal insan
berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Forget (1997), dalam
artikelnya yang bertajuk Investing in Human Capital telah mengulas mengenai betapa
pentingnya menjana modal insan sebagai elemen teras dalam agenda pembangunan negara.
Dengan perkataan lain, kunci kepada usaha untuk melahirkan insan berkualiti
bergantung kepada kualiti insan guru itu sendiri. Menurut Deming (1986), kualiti mesti
diukur melalui hubungan di antara tiga aspek iaitu produk atau perkhidmatan, pengguna dan
penggunaan atau proses. Produk berkualiti adalah terhasil daripada kualiti pengajaran guruguru manakala kualiti pengajaran guru pula adalah terhasil daripada kualiti pengurusan (Abu
Bakar & Ikhsan, 2003).
Memandangkan besarnya peranan pendidikan, maka pendidikan kini telah diletakkan
dalam salah satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam pengukuran
Indeks Prestasi Utama (KPI) seperti yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada 27
Julai 2009 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009).
Sehubungan itu, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah dijadikan sebagai NKRA
Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah ini, mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif bagi pelajar cemerlang, dan sebagai suri teladan kepada sekolahsekolah lain. Kualiti sekolah berprestasi tinggi ini dilonjakkan dengan memberi lebih
autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pencapaian murid.

Ulasan Artikel
2. METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Rekabentuk kajian ialah alat yang telah digunakan untuk menjalankan kajian, populasi dan
persampelan kajian. Ia adalah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Rekabentuk kajian berfungsi sebagai
panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat
pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga
menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah
yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan.
Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis
statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah
"kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan
yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Jenis-jenis kajian kuanittif adalah kajian
deskriptif (tinjauan), kajian kolerasi, causal comparative (sebab-akibat) dan kajian
eksperimental. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya.

Populasi dan persampelan


i.

Populasi

Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji.
Ia juga merupakan objek atau peristiwa yang dikaji. Perkataan populasi adalah
merujuk kepada
kumpulan

himpunan

keseluruhan

subjek

kajian

yang

tidak terhad kepada

manusia sahaja tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang

menjadi tumpuan kajian (Bidin Yatim & Sharipah Soaad Syed Yahaya, 2002).
Populasi merupakan keseluruhan dari objek penelitian yang dapat berupa manusia,
haiwan,tumbuh-tumbuhan, gejala, nilai, peristiwa, sikap hidup, dan sebagainya yang menjadi
pusat perhatian dan menjadi sumber data penelitian.
Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru yang mengajar di sekolah-sekolah
menengah yang terpilih dalam kalangan sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di
Kelantan.

Ulasan Artikel
ii.

Persampalan

Sampel ialah kumpulan yang akan dikaji yang diperolehi daripada populasi. Persampelan
bermaksud membolehkan maklumat diperolehi daripada sebahagian daripada

kumpulan

yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi sasaran. Pengambilan sampel
dari populasi mestilah benar-benar mewakili populasi (Mohd Yusof, 2005). Menurut Aziziet.
al (2007), beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili
populasi dengan tepat. Terdapat dua pendekatan kepada pensempelan, iaitu pensampelan
kebarangkalian dan pensampelan bukan kebarangkalian. Pensampelan kebarangkalian
terbahagi kepada pensampelan rawak mudah, berstrata, bersistem dan kelompok. Manakala
pensampelan bukan kebarangkalian terdiri daripada pensampelan mudah, kuota, bola salji
dan bertujuan.
Bagi kajian ini, bentuk persampelan adalah berdasarkan persampelan kelompok
(cluster sampling) di mana setiap kategori sekolah dibuat pengkelasan secara kelompok
berdasarkan definisi operasional bagi setiap kategori sekolah tersebut. Manakala sekolahsekolah yang terlibat dalam setiap kategori sekolah pula adalah di buat secara persampelan
rawak mudah. Terdapat seramai 350 orang responden semuanya yang terlibat dalam
menjawab soalan soal selidik yang diedarkan untuk sekolah-sekolah terpilih bagi ketiga-tiga
kategori sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Bagi setiap kategori tersebut pula,
seramai 113 (32.3%) responden terdiri dari guru-guru dari SBT, SBS seramai 130 (37.1%)
manakala SBR pula seramai 107 (30.6%) responden terlibat.

Instrumen Kajian
Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk
memperolehi dan mengumpul data kajian.
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan
satu alat yang khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab
persoalan kajian. Jenis-jenis soalan dalam soal selidik ialah Rank Order, Likert Scale, Skala
Semantic Differential, Comparative, dan Open-ended.
Kebaikan Soal Selidik ialah kos membina soal selidik yang murah dan masa yang
diperuntukan singkat. Penkajji boleh memperolehi data dan maklumat dari jumlah responden
3

Ulasan Artikel
yang lebih ramai dan cepat. Respoden boleh memilih tempat dan massa yang mereka
mahukan bagi melegkapkan boranng soal selidik yang diberikan. Soalan tertutup lebh mudah
keranna keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk diaanalisis.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada (3)
bahagian, bahagian A terdiri dari faktor demografi responden, bahagian B

terdiri dari

instrumen tentang tahap amalan TQM di sekolah dan seterusnya bahagian C pula adalah
berkaitan dengan jenis gaya kepimpinan pengetua. Bagi menjawab soaalan tentang tahap dan
tinggi sesuatu skor yang diperoleh daripada variabel bebas dan juga variabel bersandar, jenisjenis soalan dalam soal selidik kajian ini ialah menggunakan Likert Scale 6 poin seperti yang
berikut:
1

Sangat rendah

Rendah

Sederhana

Agak tinggi

Tinggi

Sangat tinggi

Prosedur analisis data


i.

Statistik deskriptif

Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel.Contohnya: Demografi


responden. Ia juga digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Tidak
boleh digeneralisasikan daripada sampel kajian kepada populasi. Contoh ujian statistik:
frequensi (kekerapan), mean (min), median, peratus dsb. Statistik deskriptif melibatkan 2
analisis iaitu Analisis UniVariate dan Analisis BiVariate.
Kajian ini menggunakan, ujian deskriptif min akan digunakan bagi mengenal pasti tahap
amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan juga jenis gaya kepimpinan yang terdapat
di ketiga-tiga kategori sekolah tersebut,

Ulasan Artikel
ii.

Statistik Inferensi

Statistik

Inferensi

digunakan

untuk menghuraikan

perhubungan

antara

variabel

(pembolehubah). Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih


daripada populasi. dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasi. Contoh
ujian statistik : ujian-T (melihat perbezaan antara 2 variabel), ujian kolerasi (melihat
perhubungan antara variabel), ujian ANOVA dsb. Statistik Inferensi melibatkan 2 analisis:
analisis bivariat dan analisis multivariat
Kajian ini menggunakan, ujian korelasi Pearson akan digunakan untuk mengkaji
hubungan antara tahap amalan TQM dengan jenis gaya kepimpinan pengetua di ketiga-tiga
kategori sekolah tersebut.

3. HURAIAN/ ISU DIBINCANGKAN


Berdasarkan daripada daoatan kajian yang telah dijalankan ia menunjukkan tahap
amalan TQM adalah berbeza di ketiga-tiga kategori sekolah tersebut. Ini dapat dilihat
menerusi julat min yang diperolehi sekolah berprestasi tinggi (SBT) menunjukkan tahap
amalan TQM yang lebih tinggi berbanding sekolah berprestasi sederhana dan rendah.
Seterusnya analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang sederhana kuat diantara
tahap amalan TQM dengan jenis gaya kepimpinan pengetua antara kedua-dua pembolehubah
tahap amalan TQM dengan jenis gaya kepimpinan pengetua. Namun, gaya kepimpinan
Transformasional adalah lebih menyumbang kepada tahap amalan TQM kerana nilai
korelasinya yang lebih tinggi berbanding dengan jenis gaya kepimpinan Laissez Faire atau
Autokratik.
Dapatan ini juga selari dengan kenyataan oleh Goldberg dan Cole (2002) beliau
menyatakan pencapaian yang tinggi dalam prestasi sekolah dan penambahbaikan pengajaran
hanya dapat dilaksanakan di sekolah yang mengamalkan pendekatan pengurusan kualiti.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini bertepatan dengan kenyataan tersebut kerana
SBT yang cemerlang dalam prestasi akademiknya menunjukkan pelaksanaan tahap amalan
TQM yang tinggi berbanding dengan SBS dan SBR. Ini bermakna SBT adalah lebih tinggi
pelaksanaan tahap amalan TQM berbanding dengan SBS dan SBR.

Ulasan Artikel
Selanjutnya, berdasarkan min skor amalan TQM, menunjukkan amalan TQM bagi
ketiga-tiga kategori sekolah berkenaan berada pada tahap agak tinggi dan tinggi. Hal
tersebut bermaksud menunjukkan bahawa TQM sudah diamalkan di sekolah-sekolah
berkenaan. Keputusan kajian ini juga jelas menunjukkan amalan budaya kerja berkualiti
(TQM) di sekolah-sekolah sedang di amalkan dan bukan lagi berada pada tahap yang lemah
sebagaimana yang dilaporkan oleh Mokhtar (1995) dan Zahilah (2001).
Permasalahan di atas turut digambarkan oleh dapatan kajian ini mengenai ketiga-tiga
jenis gaya kepimpinan Transformasional, Laissez Faire dan Autokratik di setiap kategori
sekolah terlibat, namun dengan tahap yang berbeza. Di sekolah berprestasi tinggi ketiga-tiga
jenis gaya kepimpinan tersebut diamalkan pada tahap yang agak tinggi dengan nilai min yang
hampir sama, iaitu min bagi gaya kepimpinan Transformational adalah 4.29, kepimpinan
Laissez Faire 4.270 dan kepimpinan Autokratik pula 4.298. Ini menunjukkan pengetuapengetua di sekolah berprestasi tinggi telah menerapkan ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan
tersebut secara sama rata di dalam pentadbiran mereka. Pencapaian tersebut masih boleh
dibanggakan seiring dengan harapan kerajaan melalui perubahan dasar pendidikan negara
Bagi sekolah berprestasi sederhana dan rendah pula, dapatan juga menunjukkan
keadaan yang sama dengan sekolah berprestasi tinggi, cuma tahap pengamalannya yang
berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan tersebut di amalkan, namun ianya pada
tahap yang rendah berbanding dengan sekolah berprestasi tinggi. Tahap pengamalan gaya
kepimpinan

pengetua

yang

menggunakan

ketiga-tiga

jenis

gaya

kepimpinan

Transformasional, Laissez Faire dan Autoratik di SBT, SBS, SBR. Dalam erti kata lain,
pengetua-pengetua di SBS dan SBR tidak menggabungkan ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan
ini di dalam pentadbiran mereka. Mereka lebih cenderung menggunakan gaya kepimpinan
Transformasional dan Laissez Faire berbanding gaya kepimpinan Autokratik. Namun begitu,
tahap pengamalan jenis gaya kepimpinan tersebut juga tidak sekuat di SBT walaupun mereka
masih menggunakan jenis gaya kepimpinan yang sama.
Namun, dapatan kajian ini menyokong kajian yang dibuat oleh Majid, Wafi dan David
(2012) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan antara TQM dengan kepimpinan di
pendidikan tinggi.

Mereka menyatakan bahawa kepimpinan Transformasional adalah

kepimpinan

berwawasan

yang

yang

dapat

penambahbaikan yang lebih baik dan berjaya.


6

mentransformasikan

TQM

kepada

Pengkaji menyokong kenyataan tersebut

Ulasan Artikel
namun

pengkaji

tidak

bersetuju

dengan

kenyataan

mereka

bahawa

kepimpinan

Transformasional adalah jenis gaya kepimpinan yang terbaik dan paling sesuai digunakan
dalam pelaksanaan TQM di organisasi pendidikan tinggi. Ini adalah kerana dapatan kajian
ini

menunjukkan

bahawa

terdapat

gabungan

ketiga-tiga

jenis

gaya

kepimpinan

Transformasional, Laissez Faire dan Autokratik di sekolah berprestasi tinggi dengan nilai min
yang hampir sama untuk tahap pengamalan bagi setiap jenis gaya kepimpinan tersebut.
Pengetua-pengetua di SBT tidak hanya mengamalkan satu jenis gaya kepimpinan
Transformasional semata-mata, sebaliknya mereka menggabungkan ketiga-tiga jenis gaya
kepimpinan tersebut di dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Jelas daripada perbincangan di atas gaya kepimpinan tersebut juga di amalkan di
sekolah berprestasi sederhana dan rendah, namun dapatan menunjukkan nilai min bagi
kesemua jenis gaya kepimpinan tersebut adalah pada tahap sederhana dan rendah. Oleh itu,
dapatan ini juga menyokong kajian oleh Hassan dan Aziah (2013) yang menyatakan bahawa
kepimpinan Transformasional mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap amalan
TQM di beberapa universiti yang telah dikaji. Ini adalah kerana dapatan kajian di SBS dan
SBR menunjukkan nilai min bagi jenis gaya kepimpinan Transformasional adalah paling
tinggi berbanding dengan kepimpinan Laissez Faire dan Autokratik terhadap tahap amalan
TQM di sekolah.
Ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan Transformasional adalah gaya kepimpinan
yang paling menyumbang kepada amalan TQM, namun ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan ini
juga perlu digabungkan bersama bagi keberkesanan pelaksanaan amalan TQM di sekolah.
Dalam erti kata lain, walaupun pengetua mengamalkan kepimpinan Transformasional, tetapi
ada ketikanya mereka juga menggunakan gaya kepimpinan Laissez Faire atau Autokratik,
bergantung kepada keadaan dan situasi pada masa tersebut.

4. KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan sesuatu sistem pengurusan kualiti sebenarnya
merupakan salah satu usaha ke arah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia. Amalan TQM dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat memenuhi kepuasan
pembelajaran pelajar (Freed dan Klugman, 1997).

Ulasan Artikel
Lantaran itu, amalan-amalan TQM seperti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
perlu untuk memastikan proses penambahbaikan pembelajaran dan pengajaran akan
berterusan. Aspek kualiti dan produktiviti guru amat penting kerana ia akan menentukan
kualiti output sistem pendidikan iaitu murid. Murid yang berkualiti dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelektual akan menjadi pelapis pemimpin dan tonggak pembanguan
negara pada masa hadapan.
Justeru itu, MS ISO 9001 versi 2008 terbukti berkesan dalam pengurusan pendidikan
terutamanya di dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran dan kesan positifnya telah
kita nampak di sektor-sektor swasta yang mengamalkannya. Jadi perancangan dan
pelaksanaan yang lebih teliti perlu diperhalusi dan diteliti lagi oleh pihak-pihak pembuat
dasar sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan juga pengurus
sekolah agar sistem SPSK akan terus berkembang dan dilaksanakan dengan lebih meluas dan
berkesan dengan adanya komitmen dari semua pihak.

5. CADANGAN KAJIAN
Cadangan untuk kajian masa hadapan adalah seperti berikut. Kajian ini adalah terbatas
kepada sekolah-sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di Kelantan sahaja. Oleh itu,
disarankan kajian berikutnya melibatkan semua sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan
rendah di seluruh Malaysia agar maklumat yang menyeluruh berkaitan tahap amalan TQM
dan hubungannya dengan gaya kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah di Malaysia dapat
digambarkan secara komprehensif.
Cadangan

yang

seterusnya

adalah

menyarankan

untuk

kajian

selanjutnya

menggunakan kaedah campuran mixed method, iaitu gabungan antara pendekatan kuantitatif
dan kualitatif. Ini kerana batasan kajian ini adalah hanya menggunakan kaedah kuantitatif
sepenuhnya. Temubual boleh dibuat keatas responden guru bagi mengukuhkan lagi dapatan
kajian yang diperolehi daripada soal selidik tersebut.
Pengkaji hanya melihat kepada tiga jenis gaya kepimpinan sahaja, iaitu kepimpinan
Transformasional, Laissez Faire dan Autokratik. Oleh itu, adalah dicadangkan agar pengkaji
akan datang dapat menjalankan kajian terhadap jenis gaya kepimpinan lain agar suatu

Ulasan Artikel
dapatan yang lebih komprehensif akan diperolehi. Oleh itu dapatan kajian akan lebih
bermakna dan mendalam.

You might also like