Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

PENGENALAN

Industri pembinaan merupakan industri yang paling berbahaya kerana persekitarannya yang
mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Dalam memastikan tahap keselamatan
pekerja, terutamanya pekerja pembinaan di tapak bina berada dalam keadaan selamat,
syarikat pembinaan wajib membekalkan peralatan keselamatan dan pengetahuan kepada
pekerja mereka. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan majikan yang enggan
membekalkan peralatan keselamatan kepada pekerja yang beralasan meningkatkan kos
pembinaan, telah mendedahkan pekerja kepada bahaya fizikal dan stress. Pengurus
memainkan peranan yang penting, terutamanya bagi pekerja di tapak bina. Pengururs yang
bertanggungjawab boleh meminimumkan risiko kemalangan dengan membuat perancangan
dan peka terhadap keselamatan pekerjanya. Menurut Abdul Aziz Hussin(2001), keselamatan
pekerja didefinisikan sebagai keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan, kematian
atau kerosakan tubuh badannya. Manakal kesihatan pekerja bermaksud bebas daripada
penyakit kesihatan mental, fizikal dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan kerja yang
diterapkan.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), seksyen 16 yang mana
menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar am keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah :

i.

Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan

ii.

kesihatan pekerjaan

iii.

Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar

iv.

Mengkaji semula dasar dan memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan

v.

dasar tersebut.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah diluluskan
oleh Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Pegawai dan
kakitangan yang bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari
masa ke semasa. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau
dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen.

TUJUAN/OBJEKTIF
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan elemen-elemen keselamatan yang
perlu ada dalam program keselmatan di kawasan pembinaan. Oleh yang demikian, bagi
mencapai tujuna tersebut, beberapa objektif telah dikenalpasti. Antaranya ialah :

i)

Mengenalpasti punca-punca kemalangan terdapat ditapak bina.

ii)

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemalangan di tapak bina.

iii)

Menentukan elemen-elemen yang perlu ada dalam program keselamatan ditapak


bina.

Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk :

i)

Menyatakan tumpuan dan komitmen Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan

ii)

(CIAST) dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

iii)

Mengariskan dasar dan objektif Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
(CIAST) dalam membangun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti
dalam menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.

iv)

Menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab organisasi serta perkiraanperkiraan yang perlu diambil untuk memastikan pernyataan dasar direalisasikan

v)

Menjelaskan secara ringkas sistem keselamatan yang dilaksanakan serta menetapkan


standard yang perlu dicapai.

Penekanan pemahaman mengenai keselamatan secara menyeluruh merupakan kepentingan


dalam kajian ini. Amalan-amalan keselamatan sedia ada kini merupakan garis panduan
kepada kontraktor umumnya dalam memastikan pengurusan keselamatan di tapak bina
terutamanya di kalangan pekerja binaan dan mahir. Teknik pengurusan keselamatan
diselitkan dalam meningkatkan mutu keselamatan khususnya melibatkan pekerja binaan di
tapak bina. Seterusnya teknik serta konsep pengurusan keselamatan terkini menambahbaikan
elemen-elemen keselamatan yang sedia ada di sektor pembinaan.

Pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina merupakan pendekatan yang mengkaji


hubungan antara pekerjaan, kesihatan dan keselamatan setra kesan sesuatu pekerja terhadap
pekerja.objektifnya ialah bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada
kemalangan di tapak bina dan seterusnya dapat menurunkan potensi dan risiko kemalangan
di tempat kerja.

JENIS-JENIS KEMALANGAN DI TAPAK BINA

Tapak pembinaan biasanya menjadi medan berlakunya kemalangan di kalangan pekerja. Hal
ini berlaku disebabkan situasi pekerja dan peralatan berada dalam suatu keadaan yang
tergesa-gesa kerana semua pihak memfokuskan pada kerja yang perlu disiapkan dalam
tempoh yang telah ditetapkan supaya tidak dikenakan denda. Dalam keadaan yang tergesagesa, kemalangan mudah berlaku.

Jenis kemalangan yang biasa direkodkan adalah :

i)

Terjatuh di tapak,

ii)

Kemalangan yang melibatkan kren,

iii)

Kemalangan yang melibatkan scaffolding

iv)

Kecuaian pekerja mengendalikan peralatan,

v)

Kemalangan yang melibatkan bekalan elektrik,

vi)

Kejadian keruntuhan parit

vii)

Kebakaran

viii)

letupan serta kemalangan semasa kerja kimpalan dijalankan.

Setiap jenis kecelakaan ini adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
Setiap jenis kecelakaan dapat dielakkan melalui pengurusan keselamatan yang efektif.
Statistik menunjukkan setiap tahun lebih kurang 1000 pekerja binaan terbunuh semasa berada
di tapak bina. Daripada jumlah ini, sebanyak satu per tiga atau lebih 300 kematian berpunca
daripada kejadian tergelincir di tapak. Kejadian seperti ini perlu ditangani untuk
mengurangkan bilangan kematian atau kecederaan. Kejadian tergelincir di tapak termasuklah
terjatuh dari atap, terjatuh dari kren, terjatuh dari scaffolding dan terjatuh dalam lubang yang
digali dan objek jatuh dari atas. Peralatan pelindungan yang sesuai dan langkah-langkah
keselamatan amat perlu untuk melindungi nyawa pekerja dan memelihara kesejahteraan
keluarga mereka (Jimmie W. Hinze 1997).

KATEGORI KEMALANGAN

i)

Kemalangan tapak yang melibatkan kontraktor dan pekerja.

ii)

Kemalangan trafik yang melibatkan kontraktor dan pekerja.

iii)

Tergelincit/tersadung.

iv)

Terjatuh dari bahagian belakang trak atau peralatan.

v)

Kerosakan kren.

vi)

Cedera/tersangkut dalam jentera.

vii)

Tiada bekalan lektrik dan hubungan.

viii)

Kebakaran/letupan.

ix)

Kemalangan di parit.

x)

Kemalangan runtuhan.

PUNCA KEMALANGAN

Tapak pembinaan boleh menjadi amat berbahaya apabila subkontraktor gagal mengamalkan
langkah-langkah keselamatan. Dalam kilang bahan kimia, kilang besi, kilang penapis,
pemasangan paip, pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain tapak pembinaan, kemalangan
boleh mengakibatkan kecederaan yang kritikal dan kemalangan yang meyayatkan hati.
Kemalangan scaffolding serta punca lain yang boleh mengakibatkan kemalangan dan
kematian biasanya disebabkan oleh kecuaian dalam menggunakan peralatan dan
penyelenggaraan. Sebanyak 10,000 kemalangan selalu dilaporkan adalah berkaitan dengan
scaffolding. Kebanyakan kecederaan yang disebabkan oleh scaffolding adalah berpunca
daripada kegagalan untuk menampung atau pekerja tergelincir atau terhantuk dengan
peralatan yang jatuh dari atas.

Kimpalan, memotong dan membuat sokongan adalah aktiviti yang mempunyai


gabungan hazard kepada keselamatan dan kesihatan dan lebih 500,000 pekerja dalam banyak
industri terdedah kepada risiko sebegini. Peraturan mewajibkan penggunaan alatan
perlindungan individu untuk menggurangkan pekerja terdedah kepada hazard semasa
membuat kerja kimpalan. Majikan diminta menyenaraikan hazard-hazard yang terdapat di
tempat kerja dan mengkaji bahawa perlulkah pekerja menggunakan alatan perlindungan diri
untuk melindungi pekerja mereka. Antara hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan ialah
sinaran UV(ultraviolet radiation) yang dihasilkan dengan menggunakan electric arc dalam
proses kimpalan. Kulit yang terdedah dengan sinaran UV akan terbakar dengan teruk dalam
kebanyakan kes tanpa sebarang amaran awal. UV juga boleh merosakkan kanta mata dan
menjadikan kulit menjadi sensitif kepada beberapa penggunaan bahan kimia (Robert et. Al
1985).

Sinaran IR(infrated radiation) yang dihasilkan dengan penggunaan electric arc dan
nyala mesin pemotong boleh melecurkan permukaan kulit dan tisu di bahagian bawah dengan
serta-merta. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kebakaran termal dalam sesetengah
situasi. Pekerja dalam sektor pembinaan terdedah kepada berbagai jenis bahaya dan berdepan
dengan risiko yang tinggi yang berkait dengan kecederaan dan kematian adalah tinggi
berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Statistik menunjukkan seramai 9605 orang mati
untuk 10 tahun yang yang lepas dalam kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan.

Pada tahun 1992, sebanyak 919 kematian direkodkan tetapi pada tahun 2005, bilangan ini
meningkatkan kepada 1150 kematian. Hampir setengah daripada kemalangan ini
melibatkan kaum lelaki yang berusia di antara 20 hingga 24 tahun. Pada yang tahun yang
sama, lebih daripada setengah kematian dalam sektor pembinaan (544) berlaku di antara
lingkungan usia ini. Syarikat kecil tidak menyediakan program keselamatan yang formal
seperti syarikat besar kerana program seperti ini memerlukan kebenaran OSHA. Syarikat
kecil juga tidak dapat untuk menyediakan pekerja mereka dengan peralatan yang selamat
seperti harnesses, tie-offs dan lanyards (Robert et. al 1985).

Anrata faktor-faktor terjadinya gelincir dan kecederaan di tapak bina :

i)

Kerosakan peralatan ditapak bina.

ii)

Kecuaian dalam penggunaan tangga.

iii)

Pembinaan scaffolding yang tidak sempurna.

iv)

Kemalangan jentera pembinaan.

v)

Pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Health


Administration (OSHA).

vi)

Kegagalan menggunakan jarring(net) atau kanopi untuk menangkap objek yang


jatuh.

vii)

Kekurangan latihan penggunaan jentera berat.

viii)

Lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah.

10

Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina :

i)

kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul.

ii)

kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab.

iii)

kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau
kecuiaan.

iv)

tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak.


kejatuhan struktur.

v)

kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas


elektrik) yang tidak betul atau kecuaian.

11

-Kemalangan Trafik

Kemalangan trafik telah melibatkan pekerja binaan lebih daripada jumlah keseluruhan zon
kerja kemalangan.Tanggungjawab utama kontraktor ialah menyediakan satu pemisahan
fizikal yang positif contohnya halangan median konkrit, mengurangkan peralatan yang
berasaskan trak dan penutupan keseluruhan lorong di antara peralatan berat dan pekerja
binaan.

-Kemalangan Peralatan Besar/Pengangkutan Pekerja

Kemalangan peralatan besar/pengangkutan pekerja kemalangan yang tertinggi jumlah


orang yang maut, kecederaan sampai ke tahap hospital dan kecederaan ringan mengumpul
sebanyak. Kemalangan seperti ini biasa menggambarkan sebanyak (544 kemalangan)
daripada semua kemalangan di tapak pembinaan berasaskan trak dan penutupan keseluruhan
lorong di antara peralatan berat dan pekerja binaan.

-Kemalangan Peralatan Besar/Pengangkutan Pekerja

Kemalangan peralatan besar/pengangkutan pekerja kemalangan yang tertinggi jumlah


orang yang maut, kecederaan sampai ke tahap hospital dan kecederaan ringan mengumpul
sebanyak. Kemalangan seperti ini biasa menggambarkan sebanyak (544 kemalangan)
daripada semua kemalangan di tapak pembinaan.

12

SIMBOL-SIMBOL KESELAMATAN DI TAPAN BINA

13

14

15

16

17

18

GAMBAR KEMALANGAN YANG SERING BERLAKU DI TAPAK


BINA

19

20

Alat Pemadam Api

21

22

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam setktor pembinaan semua pihak harus melibatkan diri dalam
mengurangkan kes kemalangan. Semua pihak juga perlu sentiasa meningkakan tahap sistem
pengurusan keselamatan di tapak binaan untuk mengurangkan kes-kes kecederaan atau
kematian. Ini bagi memastikan industri pembinaan adalah industri yang selamat untuk
diceburi oleh golgongan belia demi kepentingannya industri ini yang banyak
menyumbangkan kepada pendapatan perkapita negara. Oleh itu, kerjasama antara sektor
awam mahupun sektor swasta memainkan peranan penting dalam mengurangkan kes-kes
kecederaan di tapak bina.

23

RUJUKAN/LAMPIRAN

1) Abdul Aziz Hussin. 2001. Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina Tanggungjawab


Bersama Universiti Sains Malaysia.
2) Mohd Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah & Ab. Aziz yusof. 2005.
Keselamatandan Kesihatan Pekerja dalam Organisasi. Pearson Prentice Hall.
3) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AW101.

24

You might also like