Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF
(T1A2)
JANUARI 2016

NAMA

: AHMAD BIN LATEH

NO. MATRIKULASI

: 710207025667

NO. KAD PENGENALAN

: 710207-02-5667

NO. TELEFON

: 019-5443585

E-MAIL

: ahmadlateh71@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: KEDAH LEARNING CENTRE,


ALOR SETAR,
KEDAH

ISI KANDUNGAN
BIL
1

TAJUK / KANDUNGAN
CARA UNTUK MENILAI MURID

MUKA SURAT
2

BERKEPERLUAN KHAS
LATAR BELAKANG MURID

BERKEPERLUAN KHAS
CADANGAN PERANCANGAN TERPERINCI

UNTUK MENGAJAR
CARA MENGATASI HALANGAN-

HALANGAN SEMASA PdP


KESIMPULAN

7
8

1.0 CARA UNTUK MENILAI MURID BERKEPERLUAN KHAS

SARINGAN PENILAIAN
Saringan penilaian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti murid yang mempunyai
ketidakupayaan dalam pembelajaran dimana ia memerlukan perhatian yang lebih mendalam
dan teliti. Seramai 30 orang murid tahun 2 di aliran perdana telah dikenalpasti dan dipilih
untuk mengikuti saringan ini. Saringan ini dijalankan pada 24 Januari 2016 hingga 28 Januari
2016.
Mata pelajaran Bahasa Malaysia merupakan mata pelajaran teras dalam system
berdasarkan pendidikan di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai murid yang tidak
dapat menguasai asas 3M terutamanya dari segi bacaan dan juga tulisan. Murid-murid selalu
melakukan pelbagai kesalahan dalam bacaan mahupun tulisan. Penilaian ini memfokuskan
murid yang telah dikenalpasti mengalami kesukaran serta masalah dalam asas 3M. Daripada
ujian yang dijalankan terdapat 35% orang murid yang berkeperluan khas dan layak untuk
diinklusifkan.

ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN


Instrumen Penilaian (Bacaan)
2

SOALAN

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

1 HINGGA 2

80%

20%

66%

34%

50%

50%

(Mengenal huruf)
3 HINGGA 10
(Membaca perkataan)
11 HINGGA 12
(Membaca ayat)
Daripada analisis yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa lebih 35% murid yang
terlibat dalam saringan ini ketinggalan dalam kebolehan membaca. Selain itu, murid juga
dikenalpasti kerap melakukan kesalahan yang berulang dimana mereka tidak menghiraukan
tanda bacaan, kerap menggugurkan perkataan, menambah perkataan pada bacaan dan
melangkaui baris yang dibaca. Selain itu, murid juga mengalami kesukaran dalam membaca
perkataan yang mempunyai vokal berganding diftong dan sukar membaca ayat yang panjang.
Kesukaran mengeja perkataan mudah juga merupakan kelemahan murid yang
disaring. Mereka sentiasa mengeja perkataan yang tiada kaitan dengan makna dari perkataan
asal. Mereka kerap melakukan kesalahan dalam menyusun huruf dalam perkataan dan
menggabungkan suku kata secara terbalik. Selain itu, murid ini keliru dalam membunyikan
huruf yang hampir sama dalam suku kata.

Instrumen Penilaian (Menulis)


SOALAN

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

1a dan 1b

75%

25%

68%

32%

(Menulis huruf)
2 HINGGA 6
(Menulis perkataan)
Analisis Instrumen Penilaian (Menulis) menunjukkan murid yang tidak menguasai
kemahiran membaca mempunyai masalah yang mana mereka sukar untuk menulis huruf.
Selain itu, mereka juga tidak mampu untuk mencantumkan huruf menjadi perkataan dan tidak
dapat menyusun huruf dan suku kata dengan betul. Hasil kerja mereka juga tidak kemas serta
sukar untuk dibaca.

2.0 LATAR BELAKANG MURID BERKEPERLUAN KHAS


Latar belakang salah seorang murid yang telah dikenalpasti berkeperluan khas semasa ujian
saringan diadakan:
Nama

: Haifaa Awatif Binti Abdul Hamid


4

Jantina

: Perempuan

Bangsa

: Melayu

Tarikh Lahir

: 29.12.2009

No Sijil Lahir

: 091229090056

Tempat Lahir

: Hospital Tunku Fauziah

Nama Ayah

: Abdul Hamid Bin Juhari

No. Kad Pengenalan : 770608025371


Nama Ibu

: Shariza Binti Ali

No. Kad Pengenalan : 810206095274


Alamat

: No. 22, Taman Jelutung 3, 06300 Kuala Nerang, Kedah

Menerusi sesi temuramah yang dibuat bersama ibu bapa murid ini, didapati murid ini
mempunyai masalah lambat perkembanga sejak dilahirkan. Berdasarkan pemeriksaan pakar
perubatan, murid ini mengalami masalah yang pelbagai iaitu lambat perkembangan dan juga
pergerakan yang terbatas. Disebabkan masalah itu, murid ini ketinggalan jauh dari rakan
sebaya. Oleh itu, murid ni dicadangkan untuk dihantar ke kelas pendidikan khas integrasi. Ini
kerana murid ini memerlukan perhatian yang lebih berbanding murid lain di arus perdana.

3.0 CADANGAN PERANCANGAN TERPERINCI UNTUK MENGAJAR

Setelah penilaian dijalankan, beberapa cadangan yang dapat dibuat bagi


meningkatkan

tahap

penguasaan

murid-murid

yang

mempunyai

masalah

dalam

pembelajaran. Antara cadangan itu ialah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, guru perlulah menyelit penggunaan ICT bagi meningkatkan minat murid terhadap
5

PdP yang dijalankan. Penggunaan alat bantu mengajar yang terhad juga menyebabkan murid
kurang berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan
alat bantu mengajar yang banyak serta menarik akan menarik minat murid untuk mengikuti
PdP. Program bacaan pagi dan juga mengajar murid secara individu semasa rehat juga
merupakan satu langkah yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid dalam asas
3M. Guru perlu memberi latih tubi kepada murid serta menggalakkan murid untuk bertutur
dalam Bahasa Malaysia di dalam kelas serta melantik seorang ketua dikalangan murid untuk
membimbing murid lain membaca dan mengeja.

4.0 CARA-CARA MENGATASI HALANGAN-HALANGAN SEMASA PdP


Petikan daripada Utusan Online ada menyatakan untuk menjadi guru pendidikan khas
adalah sesuatu yang amat mencabar berbanding dengan guru-guru biasa. Terdapat pelbagai
cabaran perlu ditempuhi oleh mereka yang bergelar guru pendidikan khas, antaranya :
i.

Murid itu sendiri


6

Murid-murid ini akan melakukan pelbagai masalah atau sikap bagi menunjukkan
mereka memberontak, marah, sedih dan sebagainya. Namun begitu, ada juga murid
membuat perangai kerana inginkan perhatian dari guru. Oleh itu, sebagai seorang
guru pendidikan khas kita perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan
masalah berkaitan murid ini.
ii.

Ibu bapa
Ibu bapa terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru bagi mengubah anakanak mereka. Apabia mereka mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak mereka,
mereka terlalu mengharapkan perubahan ke atas anak mereka.

Meurut Abdul Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd Aziz (2009), guru perlu
menjaga serta memperkasakan emosi dalam membentuk sikap murid-murid ini. Emosi
merupakan ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada
psikologi, tigkahlaku dan naluri manusia. Guru perlu mempunyai kesedaran kendiri yang
tinggi untuk mengatasi ketidakstabilan emosi semasa mengajar murid-murid ini.
Selain itu, guru juga boleh meggunakan pendekatan untuk membentuk tingkahlaku
murid supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Contoh, semasa
aktiviti PdP, guru menggunakan kaedah bercerita untuk membentuk tingkahlaku murid.
Dengan bercerita ia merupakan satu terapi untuk intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi
cerita merupakan terapi seni yang dapat mempengaruhi orang lain dan ia juga merupakan
media komunikasi.

5.0 KESIMPULAN

Terdapat pelbagai deklarasi antarabangsa yang menyokong pendidikan inklusif


merupakan suatu hak bagi kanak-kanak. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa
pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang
komprehensif supaya dapat memenuhi keperluan Negara, memupuk perpaduan melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi serta politik selaras dengan Rukunegara. Oleh itu,
7

golongan berkeperluan khas juga harus diberi peluang untuk menikmati hak kesamarataan
termasuk dalam aspek pendidikan yang berkualiti.

Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action On Special Needs


Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah mengamalkan
pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Sekolah aliran perdana yang berorientasikan
pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi
dan ia dapat mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas.

Melalui Gelombang 1 (2013-2015), kerajaan akan melaksanakan dasar pilihan


sekolah untuk murid berkeperluan khas berlandaskan kepada tahap kompetensi. Murid
berkeperluan khas yang dapat mengikut kurikulum aliran perdana disarankan untuk
menyertai program inklusif. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti
refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas. Selain itu, kemudahan
infrastruktur dan kelengkapan juga dipertingkatkan. Program latihan perguruan juga
diperkukuhkan agar dapat melahirkan guru yang berkualiti yang dapat menyesuaikan
pengajaran yang efektif untuk pelajar ini.

You might also like