Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS
JANUARY 2016

NAMA

: RUSMAWATI BINTI MD REJAB

NO. MATRIKS

: 721102025736001

NO. KAD PENGENALAN

: 721102-02-5736

NO. TELEFON

: 019-4281974

E-MAIL

: rusmawati72@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH

: EN. MUHAMMAD SAFIZAL BIN ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

: KEDAH LEARNING CENTRE


(ALOR SETAR),
KEDAH
0

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

PENGENALAN

HALAMAN

1.1 MAKSUD UNDANG-UNDANG


1.2 CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG

HUBUNGAN

ANTARA

UNDANG-UNDANG

DENGAN STANDARD MORAL


3

PROSES-PROSES

PEMBENTUKAN

UNDANG-

PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN

10

UNDANG
4

UNDANG-UNDANG KEPADA UNDANG-UNDANG


YANG DIPILIH
5

KESIMPULAN

13

RUJUKAN

14

1.0 PENGENALAN

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

1.1 MAKSUD UNDANG-UNDANG


Undang-undang dibentuk bagi tujuan untuk menyediakan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh setiap masyarakat dengan cara menetapkan standard dan batasan dalam setiap
aktiviti atau perkara. Selain itu, undang-undang juga bertujuan untuk mengekalkan serta
mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat. Ia bertujuan untuk menghalang ahli
masyarakat daripada melakukan perkara-perkara kejahatan ataupun perkara yang tidak
bermoral. Undang-undang juga diwujudkan bagi mengajak serta menggalakkan ahli
masyarakat termasuk pemimpinnya melakukan perkara yang betul. Ia dapat mewujudkan
suasana yang aman dan harmoni serta menggalakkan toleransi antara satu sama lain.
Terdapat beberapa definisi yang memberi maksud kepada undang-undang. Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan undang-undang sebagai sesuatu peraturan atau
keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat yang berkenaan. Selain itu DBP juga menyatakan undang-undang adalah eraturan
yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumulan, persatuan dan lain-lain) oleh orangorang tertentu. Kamus undang-undang Oxford pula menyatakan perkataan undang-undang
membawa maksud suatu kumpulan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dengan tujuan
untuk mentadbir sesebuah masyarakat.
Menurut John Salmond (Jurispredence) mendefinisikan undang-undang sebagai
kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai oleh sesebah negara dalam
pentadbiran keadilan. Selain itu , John Salmond juga menyatakan undang-undang ialah suatu
kumpula peratura yang dikuatkuasakan oleh negara ke atas rakyatnya demi menjaga
keamanan dan keadilan.
Selain itu, menurut ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan
Finnis berpendapat undang-undang adalah suatu peraturan yang membolehkan serta menegah
sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan bertujuan untuk melindungi
masyarakat agar mereka hidup secara aman serta mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak
diingini berlaku. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan serta membuat undang-undag
baru untuk kebaikan umum.

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Kesimpulannya, undang-undang mempunyai makna yang pelbagai bergantung kepada


siapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut kefahaman masing-masing. Undangundang adalah untuk keadilan, sesuai dengan keadaan, diterima pakai oleh setiap masyarakat.

1.2 CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG


Undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan yang konsisten,
menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan. Ini adalah antara ciri-ciri undangundang:
a. Konsisten
Undang-undang haruslah konsisten sama ada ia boleh dituntut ataupun tidak untuk
membolehkan ia diterima. Namun, sekiranya terdapat dua tuntutan yang bertentangan
maka kedua-duanya tidak boleh diterima sebagai undang-undang. Ini kerana
masyarakat tidak dapat mematuhi kedua-duanya serentak.
b. Menyeluruh
Undang-undang harulah menyeluruh atau universal sama ada tuntutan boleh atau
tidak boleh dilakukan. Undang-undang haruslah boleh diterima oleh semua dan
mempunyai ciri-ciri yang sama atau berhadapan dengan set suasana yang sama.
c. Diterbitkan
Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan haruslah diterbitkan atau dicetak
supaya ia boleh diterima oleh masyarakat. Oleh itu, masyarakat dapat mengetahui
walaupun mereka tidak membaca secara keseluruhan serta memahaminya. Walau
bagaimanapun, ahli-ahli professional terlatih seperti peguam dapat menerangkan
tentang undang-undang.
d. Diterima
Semua undang-undang perlu boleh diterima sama ada tuntutan boleh atau tidak boleh
dilakukan. Ia perlu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.
e. Dikuatkuasakan
Semua undang-undang perlu dikuatkuasakan. Semua masyarakat perlu memahami
dan perlu mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Jika seseorang itu
tidak mematuhi undang-undang, maka tindakan akan diambil ke atasnya.
3

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

2.0 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DENGAN STANDARD MORAL


Terdapat tiga kesimpulan yang boleh dibuat berhubung dengan hubungan antara
undang-undang dengan standard moral iaitu:
4

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Kesimpulan 1:
Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan moral masyarakat. Namun begitu, ia
tidak sama antara satu sama lain. Sebagai contoh, seseorang individu yang melanggar
undang-undang dengan mengambil wang syarikat juga melanggar ukuran moral kerana
mencuri. Selain itu, penyalahgunaan dadah, perlakuan seksual, penipuan produk, merompak
dan tidak mematuhi kontrak adalah sama dengan kepercayaan moral yang dipegang oleh
kebanyakan orang dalam masyarakat. Terdapat sebahagian undang-undang yang mana dari
segi moralnya adalah tidak betul tanpa ada konteks etika yang sama.
Kesimpulan 2:
Kebiasaannya tuntutan undang-undang adalah ke arah negatif, manakala ukuran moralnya
adalah ke arah positif. Berdasarkan undang-undang, kita tidak boleh menyerang, merosak
atau memburukkan nama baik seseorang individu. Ia tidak semestinya dituntut untuk
menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim sekalipun. Sebagai contoh, tidak ada
undang-undang yang mewajibkan kita untuk menolong kanak-kanak yang lemas. Namun,
dalam ukuran moral masyarakat boleh dijadikan anduan dimana sudah 99.9% masyarakat
dalam maa-mana negara akan cuba untuk menyelamat kanak-kaak yang lemas mengikut
kemampuan mereka.
Kesimpulan 3:
Tuntutan undang-undang selalu berada dibelakang kehendak moral masyarakat. Sebagai
contoh, perhambaan merupakan contoh yang paling menjijikkan tetapi diskriminasi seks dan
bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuh semuanya boleh dikatakan sebagai masalah moral
yang diambil sambil lewa untuk diambil tindakan oleh perundangan. Mereka mendakwa
undang-undang yang berkaitan isu tersebut akan diluluskan kemudian.
3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang dibentuk dengan menggunaan proses-proses berikut:

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

a. Proses Individu
Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan yang terkandung di
dalamnya sentiasa berubah-ubah. Sebagai contoh, perkara-perkara yan dianggap sah
di sisi undang-undang pada masa lalu seperti diskriminasi dalam pengambilan pekerja
atau pembuangan sisa kimia ke dalam tasik atau sungai. Namun pada masa kini, ia
dianggap menyalahi undang-undang.
Setiap individu mempunyai penilaian moral boleh dilihat daripada tiga sudut iaitu:
i.
Norma / kebiasaan
Norma merupakan kriteria kelakuan dan bagaimana seseorang itu
megharapkan orang lain untuk bertindak bila berada dalam sesuatu situasi
tertetu.
ii.

Kepercayaan
Kepercayaan merupakan kriteria pemikiran dan bagaimana seseorang itu
mengharapkan orang lain untuk berfikir mengenai sesuatu konsep yang
tertentu. Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak melibatkan
tindakan tetapi ia cuma satu cara berfikir yang abstrak yang menyokong
norma-norma seseorang.
Sebagai contoh, seseorang individu percaya pada demokrasi penglibatan dan
ia juga berharap agar orang lain juga akan meghargai konsep tersebut dan
menerimanya sebagai satu kerajaan.

iii.

Nilai
Nilai merupakan corak kriteria peribadi dn ia membentuk penilaian moral
sesorang. Ia merupakan peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang
terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya. Ada sesetengah
individu menganggap semua norma dan kepercayaan mempunyai tahap
kepentingan yang sama. Namun, secara umumnya ia lebih berbanding yang
lain. Norma dan kepercayaan yang penting adalah yang dihargai dan dipegang
sepenuhnya oleh indivdu tersebut

b. Proses Kumpulan
Setiap individu akan membentuk set norma, kepercayaan dan nilai melalui beberapa
pendekatan terhadap konteks,
- Budaya atau agama
- Sosial atau politik
6

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Ekonomi atau teknologi.

Ini kerana setiap individu mempunyai latar belakang dan persekitaran yang berbeza
antara satu sama lain. Oleh itu, individu tersebut akan membentuk kumpulan atau
masyarakat yang mempunyai latar belakang dan persekitaran hasil gabung jalin
daripada:
-

Ajaran agama
Tradisi budaya
Kedudukan ekonomi
Pembangunan teknologi
Organisasi sosial
Politik

Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain dimana perubahan teknologi
komunikasi telah membawa kepada perubahan kuasa politik. Manakala perubahan
kuasa politik pula akan menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan.
Akhir sekali, perubahan-perubahan ini akan menghasilkan perubahan budaya dan
gaya kehidupan.
Sebagai contoh, kemajuan dalam bidang pendidikan. Melalui perkembangan tekologi
maklumat, ia telah memberi kesan kepada perubahan politik terutama dalam urusan
pentadbiran. Masyarakat sering terdedah kepada pelbagai perkembangan melalui
sumber maklumat yang cepat dan pelbagai. Dari situ terbentuklah masyarakat yang
berilmu pengetahuan dan mereka sedar akan hak-hak mereka sebagai ahli masyarakat.
Apabila masyarakat sedar dan mengetahui hak-hak mereka sebagai msyarakat maka
akan berlaku perubahan dalam politik yang kebiasaannya diterajui oleh rakyat atau
masyarakat itu sendiri. Contoh, dalam menyediakan suatu sistem pendidikan yang
bermutu dan berkualiti untuk masyarakat majmuk seperti Malaysia. Disebabkan itu,
rangka perundangan perlu diadakan untuk memenuhi kehendak negara. Ia juga untk
menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonoi dan juga sistem politik yang
stabil.
Apabila sistem politik menjadi stabil dan ia dapat diterima oleh semua lapisan
masyarakat maka sistem ekonomi juga akan mengalami perubahan. Sebagai contoh,
7

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

dalam sistem pendidikan, apabila berlaku kemajuan maka corak perbelanjaan untuk
mengurus juga akan berubah. Kos yang tinggi diperlukan untuk menyediakn
kemudahan-kemudahan pendidikan yang lebih baik serta selesa utuk masyarakat.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan dalam perubahan budaya dan gaya hidup
masyarakat. Ini kerana peratus individu berpelajaran tinggi dan berpengetahuan akan
meningkat serta gaya hidup juga akan berubah.

c. Proses Sosial
Setiap individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah kepada factor-faktor
ekonomi , teknologi, sosial, politik, budaya dan agama yang sama. Ini kerana ia
disebabkan oleh beberapa factor iaitu:
- Kedudukan individu
- Unit keluarga
- Rakan sebaya
- Organisasi formal atau rasmi
Perubahan ke atas norma, kepercayaan da nilai idividu dalam sesebuah masyarakat
lama kelamaan akan memberi kesan ke atas undag-undang dalam masyarakat yang
demokrasi. Ini adalah kesan daripada proses-prose sosial dan politik yang pada
asalnya melibatka perkembangan kuasa.
Individu dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama akan cederung untuk
bergabung dalam kumpulan-kumpuan kecil yang mempunyai pandangan yang sama.
Kumpulan ini erupakan sebahagian organisasi yang lebih besar seperti firma
perniagaan, pertubuhan sekerja, parti politik, agensi kebajikan dan sebagainya.

d. Proses Politik
Proses politik yang mana norma, kepercayaan dan nilai diuruskan oleh organisasi,
kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang diinstitusikan menjadi undangundang yang pada asasnya dapat diihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan
sesuatu masalah ataupun konflik. Organisasi, kumpulan dan individu pasti
mempunyai pandangan yag berbeza terhadap :
- Kepimpinan ketua atau presiden
- Tolak ansur institusi
8

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Persetujuan kongres atau persatuan


Tekanan dari pengundi

Wakil rakyat dipertanggungjaabkan untuk pembentukan undang-undang di dalam


sistem perwakilan. Walau bagaimanapun, perbezaan kawasan dan pembahagian
penduduk serta sector ekonomi menyebabka isu-isu yang akan timbul tidak sama.
Oleh itu, gabungan perlu dibentuk bagi meluluskan undang-undang. Masyarakat
boleh menyatakan pandangan mereka terhadap undang-undang yang berpotensi
dengan mengundi pentadbir atau ketua dan penggubal undang-undang mereka secara
langsung melaui tinjauan umum, surat menyurat dan media massa.

4.0 PENILAIAN

TENTANG

PROSES

PEMBENTUKAN

UNDANG-UNDANG

KEPADA UNDANG-UNDANG YANG DIPILIH


Masalah yang melibatkan alam sekitar merupakan masalah sejagat. Antara masalah
tersebut ialah penipisan lapisan ozon. Iannya berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan
pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh
Kloroflorokarbon (CFC) dan Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna.
CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin
monoksida(GLO). Ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV)
matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang
lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya
meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.
Perubahan-perubahan yang diperhatikan selama ini:
- Lapisan Ozon semakin menipis.
- Penggunaan bahan yang mengandungi Kloroflorokarbon(CFC) semakin bertambah.
- Semakin banyak industri berkembang di merata dunia.
- Kerajaan mengalakan berkereta kongsi.
- Isu ujian nuklear sering diperbincangan.
- Penyakit kulit semakin berleluasa.
- Paras air semakin menigkat.
- Suhu dunia semakin meningkat.
9

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Punca-punca
a. Penggunaan bahan kloroflorokarbon
CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan
ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi contohnya dalam industry peti
sejuk, pendingin hawa.
b. Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian, asap mengandungi gas seperti karbon dioksida,
karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur doksida dibebaskan ke ruang udara
menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan
bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.
c. Pelepasan nitrogen dioksida
Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, buklear, pelancaran roket.
Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan
lapisan ozon musnah. Contohnya, negara Amerika, India dan Pakistan.
d. Penyahhutanan secara meluas
Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksien dan menyerap gas karbon
dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera
berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
e. Bilangan kenderaan bermotor
Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera
menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di
straosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses
penipisan lapisan ozon.
Kesan-kesan:
a. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit mudah demam, ketarak mata,
kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas.
b. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk cuaca panas melampau/kemarau
menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan
terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.
c. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada
manusia dan boleh membawa maut.
d. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah keranan cuaca terlalu panas.

10

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

e. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi
penempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia
meningkat.
f. Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu memyebabkan
perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala
dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke
angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi
sejuk.
g. Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan
kawasan rendah, peningkatan aras lautan berlaku sebanyak 2mm setahun.
h. Ekosostem akuati terjejas dengan penigkatan sinaran ultraungu menganggu proses
fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan
menjejaskan sumber ikan.
i. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan
sel dan mikro organism yang terdapat di dalm badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
j. Pertambahan sinar ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia
disebabkan kerana menyebabkan kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta
keanjalan kulit dikurangkan.
k. Memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan
pengeluaran antibody badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan
pernafasan.
Bagi mengatasi masalah ini , kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan satu undang
undang yang dinamakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta ini bertujuan mengawal
penggunaan bahan pencemar alam sekitar seperti CFC dalam perkakasan elektrik sama ada
pengguna domestik atau dalam bidang industri. Masalah penipisan lapisan ozon adalah
masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya
adalah perlu.Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam
mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang
mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara
langsung dalam mengatasi masalah ini.Antara perhimpunan dan persidangan para ketua
negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan
ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat
dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah
dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu

11

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah
diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa undang-undang merupakan satu set
peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang telah direka bagi mengawal kelakuan
masyarakat dalam sesebuah negara itu. Peraturan-peraturan ini akan diterbitkan secara
meluas agar dapat diterima umum dan kebiasaannya undang-undang ini akan dikuatkuasakan.
Selain itu, peraturan yang dibentuk oleh masyarakat juga mencerminkan pilihan yang
kolektif ahli masyarakat tertentu berkaitan sebarang keputusan dan tindakan yang boleh
memberi kesan kepada kesejahteraan negara. Oleh kerana pembentukan undang-undang
mengambil masa yang panjang serta kompleks, maka beberapa proses perlu dilalui iaitu
proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.
Perubahan yang berlaku kepada undang-undang adalah disebabkan oleh perubahan
dalam ukuran moral rakyat melalui proses sosial dan politik. Seterusnya, undang-undang
tersebut akan mewakili ukuran moral masyarakat secara keseluruhannya. Proses-proses sosial
dan politik melalui perubahan moral seseorang individu diinstitusikan supaya menjadi satu
rangka perundangan yang rasmi untuk mengadili masalah yang timbul dalam masyarakat.

12

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

6.0 RUJUKAN
Ahmad Khamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian Tinggi.
Selangor: Budiman Sdn Bhd.
Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor Darul Ehsan:
OUM.
Mohd Jabib ohari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor Darul
Ehsan: OUM
Rahmad Shukor. (2009). Pendidikan Moral: Tahun 3. Selangor Darul Ehsan: OUM.
Sahakin et.al. (1993). Ideas of the Great Philosophers. Pg31. Barnes and Noble Books.
White, T.I (1993). Busines Ethics: A philosophical Readar. New York: MacMiller
Pub. Co.
www. Agc.gov.my/Akta/vol.2/Akta 88.pdf (Diakses 7 Mac 2013)
www. Bheauu.gov.my/pdf/Akta/Akta 711.pdf (Diakses 7 Mac 2013)
www.geocities.com/norlionline

13

You might also like