Husna

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka industri
bermaksud aktiviti perusahaan yang menghasilkan produk atau servis sebagai contoh industri
automobil dan industri pembuatan makanan. Pembangunan industri merupakan penyumbang
utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Proses perindustrian di Malaysia telah melalui
beberapa tahap yang diperlukan dan telah bermula dengan industri tradisional yang
berasaskan pertanian iaitu sebelum tahun 1960an kepada industri gantian-import pada tahun
1960an dan seterusnya industri-industri intensif buruh dan eksport pada tahun-tahun 1970an.
Di Malaysia semenjak tahun 1980, galakan oleh kerajaan telah diberikan kepada
pembangunan industri berat dan dimasukkan ke dalam program perindustrian negara dengan
tujuan untuk memperkukuhkan asas-asas perindustrian dan menambahkan kemahiran rakyat
dalam bidang industri berteknologi tinggi. Sektor perindustrian akan terus memainkan
peranan utama dalam pembangunan dan kemajuan negara. Untuk tujuan tersebut, matlamat
jangka panjang serta strategi yang baru diwujudkan dalam sektor perindustrian di Malaysia.
Kemahuan

sesebuah firma berpindah atau memulakan perniagaan baru amat

bergantung pada beberapa faktor utama pada lokasi baru wang dipilih iaitu, tapak bangunan,
bantuan kerajaan dan faktor persekitaran semasa membuat pemilihan lokasi ( Glasson,1978).
Smith ( 1981) juga telah mengenal pasti tiga faktor utama dalam pemilihan lokasi industri,
ialah faktor permintaan, faktor kos serta faktor kelengkapan diri. Menurut Burgess (1925),
semua ekonomi dinilai berasaskan kepada peletakan tanah dari pusat pasaran yang menjadi
tumpuan pasaran pertanian. Kepesatan pembangunan industri telah meningkatkan kemajuan
guna tanah di negara ini. Guna tanah sesebuah bandar berkembang dari pusat bandar ke
pinggir bandar di dalam suatu siri zon sepusat.

2.0 LATAR BELAKANG KAWASAN INDUSTRI


Pada asalnya kawasan Pasir Gudang merupakan sebuah lombong pasir di Kampung
Ulu di Johor. Pasir di kawasan tersebut telah dilombong dan disimpan di dalam sebuah
gudang, kemudiannya telah di eksport ke Singapura. Oleh itu, kawasan ini dinamakan
sebagai 'Pasir Gudang'. Pada awal abad ke-20, Pasir Gudang merupakan sebuah kawasan
pertanian di Malaysia. Namun pada tahun 1969, skim-skim tanah FELDA telah ditubuhkan di
kawasan Pasir Gudang. Bagi meneruskan usaha membangunkan bahagian barat Johor,
Kerajaan Negeri telah menukarkan tanah-tanah estet kepada kawasan perindustrian dan
perumahan untuk membangunkan Pasir Gudang menjadi sebuah kawasan perindustrian di
Malaysia .
Pasir Gudang merupakan sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor. Kawasan ini
ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) iaitu sebuah badan khas milik
Perbadanan Johor. Pada tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun dan jumlah
penduduknya telah melebihi 100 000 orang penduduk. Antara perusahaan industri yang
wujud di Pasir Gudang adalah industri petroleum dan karbon, perusahaan makanan,
pengangkutan dan elektronik.

Peta Kawasan Pasir Gudang. Diperoleh pada 12 Mac 2011


Sumber: ttp://www.google.com.my/search

3.0 PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG


Di daerah Johor Bahru pada awal tahun 1980an, industri pembuatan adalah
merupakan sebuah sektor ekonomi yang utama iaitu merangkumi 27.0 peratus daripada
jumlah pekerjaan di Johor. Pekerjaan di sektor pembuatan merangkumi 22.2 peratus di
kawasan Majlis Perbandaran Johor Baru ( MPJB), 26.3 peratus di mukim Plentong dan 46.1
peratus di pasir gudang. Selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang, negeri Johor merupakan
penyumbang ketiga terbesar dari segi pengeluaran dan jumlah pekerjaan dalam sektor
pembuatan. Sektor ini berpotensi untuk dijadikan asas pembangunan ekonomi utama. Oleh
itu, adalah penting untuk menentukan pembangunan industri berjalan secara sistematik
supaya aktiviti industri dan hala tuju pembangunannya dapat meningkatkan lagi penyertaan
Bumiputera serta masalah dan halangan yang berkaitan dengan pembangunannya dapat
dikenal pasti.
Unjuran keperluan industri bagi kawasan Pasir Gudang boleh dilakukan dalam masa
penyediaan rangka bagi perancangan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lain
serta mengenal pasti aktiviti-aktiviti industri yang berpotensi. Semenjak pembangunan
kawasan perindustrian Pasir Gudang dalam tahun 1972, telah berlaku suatu tren pergerakan
pekerja dari kawasan Majlis Perbandaran Johor Baru ( MPJB) ke Pasir Gudang. Sehubungan
dengan itu, sehingga awal tahun 1980an kadar pekerjaan perindustrian yang terdapat di dalam
kawasan MPJB telah menurun kepada lebih kurang 59.0 %. Dalam masa yang sama, struktur
perindustrian Pasir Gudang telah dikuasai oleh perusahaan makanan, minuman dan bahan
tembakau iaitu sebanyak lebih kurang 60.0% pekerjaan perusahaan, mesin dan alatan 20.0%
dan perusahaan kimia sebanyak 10.0%. Ketiga-tiga kumpulan ini telah menguasai pasaran
lebih 90.0% daripada jumlah pekerjaan di kawasan tersebut.

4.0 FAKTOR PEMUSATAN PERINDUSTRIAN DI PASIR GUDANG


4.1 FAKTOR BURUH
Tenaga buruh merupakan salah satu input utama yang mempengaruhi perkembangan
sesebuah industri di Malaysia. Keperluan terhadap tenaga kerja adalah bergantung kepada
saiz industri, jenis dan intensif pengeluaran. Peratus tertinggi dalam membuat keputusan
memilih sesebuah lokasi dipengaruhi oleh tenaga mahir. Hal ini menyebabkan pemusatan
sesuatu perindustrian di Malaysia. Selain itu, dorongan pengambilan tenaga kerja tidak mahir
adalah disebabkan firma mengambil langkah untuk mengurangkan kos pengeluaran yang
berasaskan bayaran upah yang rendah. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Baum (1993),
beliau mendapati syarikat asing memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran kerana secara
bandingannya kos buruh di negara ini masih rendah daripada negara industri baru (NIB) lain.
Walau bagaimanapun, kesan daripada penggunaan jentera moden dalam proses
pengeluaran menyebabkan buruh tempatan tidak dapat diadaptasikan dengan teknologi baru
sehingga perkara ini kurang meningkatkan produktiviti firma dalam jangka masa pendek.
Oleh itu, syarikat asing perlu mendapat bantuan dari syarikat induk sama ada dalam bentuk
peralatan ataupun tenaga pakar (Anuwar & Osman,1987). Faktor tenaga kerja dan struktur
serta komposisi jantina yang mempengaruhi keputusan pemilihan lokasi industri. Kawasan
berpenduduk padat seperti di Pasir Gudang akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan
mudah diperoleh. Sehubungan dengan itu, ramai pengeluar modal akan tertumpu ke Pasir
Gudang untuk membina industri kerana terdapat sebilangan besar golongan tenaga buruh
yang mahir dan tidak mahir.

4.2 FAKTOR PASARAN


Selain input buruh sebagai sumber tenaga yang memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi kecekapan aktiviti pengeluaran, faktor pasaran juga penting dalam peletakan
sesuatu lokasi industri sama ada firma baru mahupun pembukaan cawangan baru kerana akan
mempengaruhi hasil keuntungan syarikat. Sehubungan dengan itu, para pengusaha akan
membuat penilaian ke atas kapasiti pasaran dengan mempertimbangkan aspek permintaan
pengguna dan kewujudan persaingan daripada industri-industri lain yang mengeluarkan
barangan homogenous. Selain itu, industri yang berskala besar juga turut mengambil kira
kapasiti pasaran luar negara. Kewujudan lingkaran perdagangan yang luas telah membantu
firma asing yang memilih sesuatu negara sebagai tapak perkilangan yang dapat mengagihkan
barangan pengeluaran kepada industri lain di luar negara.
Oleh kerana persaingan dalam pasaran luar menyebabkan barangan pengeluaran di
negara ini kurang mendapat sambutan daripada negara asing walaupun merupakan
pengeluaran daripada milik asing. Suasana liberalisasi ekonomi di negara ini juga telah
mengakibatkan berlakunya persaingan hebat dalam pasaran tempatan. Keadaan ini wujud
kerana terdapat banyak firma asing dan tempatan menceburi pelaburan industri malah antara
yang penting sekali ialah pengeluaran yang sama jenis seperti automotif, kelengkapan
pengangkutan dan automotif.
Implikasi ini dapat dilihat dalam kajian Ivarsson (1996) yang mengatakan motif
strategi baru firma asing dan multinasional selain daripada pengeluaran bermotifkan eksport,
sebahagian barangan keluaran seperti kumpulan pengeluaran komponen dan barangan siap
juga di impikan untuk menambahkan perdagangan antara firma tempatan. TEHCNIP
merupakan gergasi kejuruteraan minyak dan gas dari Perancis, yang bercadang memasarkan
produk paip minyak dan gas berteknologi tinggi ke pasaran serantau dan Asia Barat menerusi

kilang terbesar Asia Pasifik milik anak syarikatnya, Asiaflex Products di Tanjung Langsat,
Johor. Kemudahan di kilang ini adalah sama dari segi kualiti dan standard berbanding dua
lagi kilang mereka di seluruh dunia dan ia mampu menyumbang kepada pembangunan sektor
minyak dan gas di Malaysia

4.3 FAKTOR KETERSAMPAIAN KEMUDAHAN PELABUHAN


Perkembangan perdagangan merentasi benua sejak beberapa dekad yang lalu telah
menyebabkan pengaruh ketersampaian pelabuhan juga menjadi faktor penting dalam
mempengaruhi peletakan sesebuah industri. Kemudahan pelabuhan seperti pelabuhan udara,
darat dan laut amat diperlukan untuk mengeksport barangan siap dan mengimport bahan
mentah dan pengumpulan komponen kepada aktiviti kilang. Selain daripada kepentingan
jarak kepada kemudahan pelabuhan dengan lokasi industri, keperluan kepada jenis pelabuhan
juga bergantung kepada jenis barangan yang dibawa masuk dan keluar. Sebagai contoh,
pengagihan barangan siap amat memerlukan ruang yang banyak untuk disimpan dan
mendapat jaminan daripada kerosakan berbanding dengan bahan mentah serta pengumpulan
komponen.
Pelabuhan Johor yang terletak di Pasir Gudang merupakan pelabuhan Malaysia yang
pertama

mempunyai

kawasan

perdagangan

bebas

disebabkan

gudang-gudangnya

dikecualikan daripada membayar duti kastam. Duti hanya dikenakan sekiranya kargo
dilepaskan untuk jualan di pasaran tempatan. Kawasan operasinya di dalam zon perdagangan
bebas menjadikannya sebagai sebuah pusat untuk meningkatkan aliran dagangan entrepot
(import, eksport, dan pemindahan) dan menggalakkan industri pengilangan di kawasan
operasinya. Oleh itu, kemudahan pelabuhan merupakan antara faktor pemusatan
perindustrian di sesuatu kawasan.
6

4.4 FAKTOR KEMUDAHAN PENGANGKUTAN


Pengangkutan juga menjadi salah satu faktor berlakunya pemusatan perindustrian di
Malaysia. Hal ini kerana kemudahan pengangkutan merupakan faktor yang penting dalam
sesuatu industri misalnya tentang harga perkhidmatan untuk muatan input dan output.
Menurut Mountjoy (1971) kos pengangkutan yang rendah membantu keperluan terhadap
berat nilai bersih bahan mentah dan komponen supaya dapat digunakan di peringkat
tempatan. Kos tersebut paling rendah melibatkan satu sumber bahan mentah dan sebuah
pasaran.
Apabila kos pengangkutan bahan mentah dan barang siap adalah sama, maka industri
dapat diletakkan di mana-mana sahaja sama ada di kawasan sumber bahan mentah atau di
kawasan berhampiran dengan pasaran. Kos pengangkutan juga berkaitan secara langsung
dengan jarak. Dalam analisis Weber, kos pengangkutan juga dipengaruhi oleh berat bahan
mentah dan hasil. Semakin berat bahan mentah yang hendak diangkut, maka semakin tinggi
pula kos pengangkutan. Letakan kos pengangkutan terendah

ialah sebuah tempat yang

jumlah tan per kilometer pengumpulan bahan dan pengagihan hasil adalah pada peringkat
minimum seperti di Pasir Gudang itu sendiri.
Lebuh raya Pasir Gudang merupakan sebuah rangkaian lebuh raya yang terdapat di
bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 38 kilometer ini
menghubungkan persimpangan Tampoi di Lebuh raya Skudai ke bandar perindustrian Pasir
Gudang. Selain itu, peningkatan kemudahan pengangkutan jalan raya dan lebuh raya seperti
lebuh raya utara selatan serta jalan raya yang dapat menghubungkan semua pusat tumpuan
utama penduduk di semenanjung Malaysia telah menyebabkan pengaruh jalan kereta api
telah berkurang dalam keputusan memilih lokasi.

4.5 FAKTOR AGLOMERASI ( PENUMPUAN )


Pemusatan industri amat berkait rapat dengan faktor kepentingan kolektif atau kuasa
aglomerasi (penumpuan). Faktor ini dapat mengurangkan kos pengeluaran melalui ekonomi
bidangan, pengkhususan keluaran, dan sebagainya. Keadaan ini disebabkan oleh pelabur
yang ingin menikmati faedah yang baik iaitu kesan daripada ekonomi luaran, hubungan
antara industri dan ekonomi luaran. Sebagai contoh hubungan industri yang biasanya wujud
adalah dalam bentuk pembekalan komponen, pembuatan mesin dan perkhidmatan ke atas
kerosakan. Pengaruh hubungan antara industri adalah tinggi dalam memilih lokasi. Bidang
kepakaran pembuatan mesin dan baik pulih didapati pengaruh antara industri yang kurang
menggalakkan penentuan lokasi.
Hal ini disebabkan oleh kebanyakan industri yang wujud kini lebih kepada
pengeluaran barangan pembuatan sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peratus
syarikat menjelaskan hubungan antara industri menggalakkan pemilihan lokasi. Selain itu,
akan wujud hubungan antara industri kecil dengan industri berskala besar dalam bidang
penyerapan teknologi terutamanya teknik-teknik pengeluaran dan pembekalan mesin.
Keupayaan ekonomi dalaman juga didapati tidak kurang penting dalam penentuan lokasi.
Kemampuan dalaman organisasi segi kewangan telah berjaya meningkatkan nilai ditambah
dalam keluaran komponen.

Kecekapan modal juga boleh meningkatkan penggunaan

teknologi moden dan berjaya menarik perhatian buruh mahir untuk bekerja di industri
tersebut.

4.6 FAKTOR MODAL


Faktor modal dirujuk sebagai semua benda yang dihasilkan oleh
manusia untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Faktor modal iaitu
kemudahan pinjaman (kewangan), kelengkapan bangunan dan landskap
serta kemudahan telekomunikasi. Kemudahan bangunan kilang dan
kemudahan kewangan merupakan faktor penting dalam pemilihan lokasi
kerana industri baru atau melakukan perpindahan amat memerlukan
tapak yang sesuai untuk operasi pengeluaran dan ansuran terhadap
modal pelaburan. Namun begitu, kebanyakan bangunan yang disediakan
juga tidak dapat memenuhi keperluan firma yang berskala besar. Modal
kewangan pula dilihat sebagai faktor penyokong ke atas risiko yang bakal
ditempuhi

pada

masa

hadapan,

misalnya

kemudahan

pinjaman

tambahan untuk tanggungan kerugian oleh firma.


BASF merupakan syarikat kimia terkemuka di dunia yang telah dua
tahun beroperasi di Malaysia. Syarikat BASF (Malaysia) Sdn. Bhd. tetap
komited kepada negara ini dan akan terus mengorak langkah dengan
pelbagai rancangan untuk memajukan peluang-peluang perniagaan dalam
pasaran Malaysia. BASF telah menubuhkan sebuah kilang Styropor, iaitu
pelaburan pertama mereka di Pasir gudang pada 1992. Malaysia
menyediakan papan loncatan pengilangan yang unggul untuk menembusi
pasaran ASEAN. Jaime B. Mendoza Pengarah Urusan BASF Malaysia Sdn.
Bhd. Infrastruktur yang baik, tenaga kerja yang mahir, bahan mentah dan
dorongan kerajaan yang memihak kepada perniagaan syarikat tersebut.

4.7 FAKTOR KERAJAAN


Kerajaan dikenal pasti sebagai perangsang kepada pemilihan lokasi industri dalam
sesebuah negara. Faktor ini juga dapat di lihat dalam Pembangunan Taman Perindustrian dan
Perancangan di Korea Selatan. Mengikut Rancangan Pembangunan (1962-1987) dan
Rancangan Fizikal Kebangsaan Tiga Puluh Tahun (1972-2001), didapati kerajaan Korea
Selatan memainkan peranan penting dalam menyediakan segala kemudahan infrastruktur dan
memberi inisiatif galakan industri eksport (Kim & Gallent,1996). Di Malaysia, pembangunan
bahagian barat Johor, Kerajaan Negeri telah menukarkan tanah-tanah estet kepada kawasan
perindustrian dan perumahan untuk membangunkan Pasir Gudang menjadi sebuah kawasan
perindustrian di Malaysia.
Sejak kebelakangan ini pengaruh kerajaan menjadi salah satu faktor penting dalam
pemusatan industri di Malaysia. Dengan polisi penyelerakan industri, Malaysia telah
mengadakan insentif-insentif bagi menggalakkan pelaburan untuk menarik pelabur luar
negara dan tempatan melabur di estet perindustrian yang disediakan. Jenis insentif yang
ditawarkan adalah seperti Tarif Perintis, Elaun Cukai Pelaburan (ECP), Pengurangan
Pendapatan Larasan dan Skim Pembiayaan Semula Kredit Eksport. Walau bagaimanapun,
untuk memperoleh insentif, syarikat industri perlu melengkapkan beberapa syarat yang
ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan menjadi salah satu faktor pemusatan
perindustrian di Malaysia.

10

4.8 FAKTOR TAPAK DAN TEMPAT (LOKASI)


Keperluan tapak dan lokasi baru juga penting dalam mempertimbangkan lokasi
industri alternatif oleh pengusaha dan menyebabkan pengelompokan industri walaupun lokasi
tersebut mempunyai kelengkapan modal fizikal dan kewangan. Hal ini kerana lokasi yang
disediakan dengan kemudahan tersebut belum memberi sebarang jaminan terhadap harga
sewa dan tapak yang murah walaupun kos ini merupakan komponen kos peringkat awalan
pembinaan sesuatu kilang dan kepentingan jangka waktu yang panjang akan berkurangan.
Dalam hal ini syarikat sudah pasti melakukan perbandingan harga tapak lokasi yang relatif
murah daripada lokasi industri yang telah lama wujud.
4.9 FAKTOR SUMBER TENAGA DAN SUMBER ALAM
Sumber bekalan tenaga seperti tenaga elektrik, air dan bahan pembakaran seperti gas
juga penting dalam aktiviti perindustrian. Dalam industri moden tenaga elektrik merupakan
sumber utama dalam kebanyakan kilang yang menggunakan tenaga tersebut dalam
menggerakkan jentera pengeluaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa bekalan elektrik
dalam negara dapat memenuhi permintaan yang tinggi daripada aktiviti perindustrian. Di
samping itu juga, bekalan air didapati penting dalam perindustrian walaupun kebanyakan
kilang tidak dipengaruhi pembekalan air. hal ini kerana, air masih diperlukan untuk kegunaan
am, penyejukan mesin dan sistem penyaman udara dalam industri dan dapat membuktikan
bahawa kerajaan telah memberikan penumpuan khas kepada sektor industri.

11

5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa pertumbuhan sektor perindustrian di
Malaysia telah berjaya mencapai dua matlamat penting, iaitu kepelbagaian ekonomi dan
penyerapan ramai tenaga buruh. Pelbagai faktor dapat kita peroleh dalam terjadinya
fenomena pemusatan perindustrian di negara membangun seperti Malaysia antaranya ialah
faktor buruh, faktor pasaran dan faktor kerajaan. Fenomena yang berlaku ini menyebabkan
ruang sesuatu kawasan akan padat dan menjadi tumpuan bagi tujuan penempatan. Hal ini
disebabkan oleh banyak peluang pekerjaan disediakan dan upah buruh yang diberikan adalah
tinggi.
Dalam keadaan ini, negara juga telah mengalami pertumbuhan besar dalam
pendapatan pesat yang telah memungkinkan kenaikan yang tinggi dalam pendapatan per
kapita sehingga mengatasi pendapatan per kapita negara membangun yang lain. Sehubungan
dengan itu, taraf hidup rakyat hidup ini akan mencapai satu tahap yang dapat mengurangkan
masalah kemiskinan dan ketidaksamaan agihan pendapatan antara etnik dan lapisan
masyarakat disertai dengan penyerapan guna tenaga yang dilengkapi dengan kemahiran serta
peningkatan kualiti pendidikan, kesihatan, dan kemudahan sosial yang lain.
Selain itu, peningkatan taraf hidup hendaklah dilengkapi dengan kedudukan yang
lebih sempurna untuk golongan yang agak ketinggalan di Malaysia. Galakan pelaburan di
Malaysia dijangka dapat memberi pelepasan penuh atau sebahagian daripada pembayaran
cukai pendapatan dan cukai pembangunan kepada syarikat-syarikat yang melabur dalam

12

bidang yang baru atau membesarkan perusahaan yang sedia ada. Namun setiap perkara yang
dilakukan mempunyai positif dan negatifnya.

6.0 BIBLIOGRAFI
Anuwar Ali, Rajah Rahsiah. (1996). Perindustrian dan pembangunan ekonomi Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baum J.(1993). Taipeis offshore Empire. China: Far Eastern Economic Review.
Glasson J. (1990). Pengenalan perancangan wilayah: konsep, teori dan amalan.
Terjemahan Ahris Yaakub. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasnah Ali.( 1990). Ekonomi Wilayah Teori dan Amalan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Ivarsson I. (1997). Competitive industry clusters and inward TNC investment. Sweden:
Regional Studies.
Kim KS, Gallent N. (1996). Industrial park development and planning in South Korea.
Policy Review Section. Regional Studies 32 (4).
Metro (26.08.2010). Kilang syarikat Perancis di Johor perluas pasaran. (http://www.harianmetro-online.com/kilang-syarikat-perancis-di-johor-perluas-pasaran). 16.03.2011.
Mountjoy AB. (1971).The form of industrialisation. London : Macmillan Press.
Smith DM. (1981). The geografi of manufacturers : Progress in geography. IV. New York:
St Martins Press.

13

You might also like