Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

CTU551

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


-Kerajaan Islam Awal di Alam Melayu.................................................................................................................................
..................................

NAMA AHLI :
2013455828-

FAZIATULAKMA BINTI ISHAK

NURSHAFIQA BINTI IS

-2013863554-

NURUL SYUHAIRAH BINTI NOR AZMI


2013258202KUMPULAN

CS2441B

PENSYARAH: USTAZ ABDUL AZIZ BIN ISMAIL

PENGENALAN
Mengikut catatan-catatan sejarah, alam Melayu telah pun mengenal agama Islam sejak
kurun permulaan Hijrah lagi di mana ia merupakan peringkat pengenalan ke arah satu proses
penyebaran agama Islam. Sebuah batu nisan diukir dengan huruf Arab yang bertarikh pada
tahun Masihi 1082 atau 1102 telah dijumpai di Gerisek Jawa. Ini bukti yang jelas
menunjukkan bahawa pada waktu itu telah ada orang Islam disitu. Cuma penyebaran Islam
secara berencana dan beramai-ramai sahaja berlaku di kurun ke-13 Masihi apabila lahirnya
Kerajaan Islam Pasai di utara Sumatera. Rekod daripada catatan orang Cina ada menyebut
berkenaan dengan dua orang utusan yang bernama Sulaiman dan Syamsuddin dari Kerajaan
Pasai ini datang ke istana Mongol atau Yuen di negeri China dalam tahun Masihi 1281.
Penyebaran agama Islam di Melaka pula berlaku dalam tahun 1414 Masihi apabila
Raja Melaka pertama yang bernama Parameswara menganut agama Islam setelah ia
berkahwin dengan Puteri Sultan Pasai yang telah lama beragama Islam. Dari Melaka
tersebarlah Islam ke alam Melayu dengan pesatnya hingga meruntuhkan Kerajaan Majapahit.
Bermula dari daerah utara Sumatera iaitu Pasai, Islam tersebar ke daerah-daerah lain
seperti Melaka, Aceh, Brunei, Jawa dan seluruh Alam Melayu. Dan akhirnya terbentuklah
kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu.

ANTARA KERAJAAN-KERAJAAN
ISLAM AWAL DI ALAM MELAYU
1. Kerajaan Sribuza Islam, Palembang
2. Kerajaan Samudera-Pasai di Pasai , Aceh, Sumatera Utara
3. Kerajaan Melayu Melaka
4. Kerajaan Islam Demak, Banten, Ceribon di Pulau Jawa
5. Kerajaan Acheh Darussalam
6. Kerajaan Pattani, selatan Thailand
7. Kerajaan Button, Ternate di Sulawei
8. Kerajaan Melayu Johor-Riau
9. Kesultanan Brunei
10.Kesultanan Mataram
11.Kesultanan Sulu
12.Kesultanan Riau

KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM
AWAL DI ALAM MELAYU

Samudra (Pasai)
Samudra-Pasai dikatakan negeri yang mula-mula menerima Islam di rantau berdasarkan
beberapa bukti iaitu catatan tarikh pada batu nisan Sultan Malikul Salih iaitu pada 697/1297,
keterangan daripada catatan Marco Polo, berita Cina yang disebut oleh Yuan Shih dan
keterangan daripada catatan Ibn Batuta. Marco Polo yang mengembara dan singgah di
Sumatera pada 692/1292 menyebut Ferlec yang tidak jauh daripada Samudra-Pasai telah
menerima Islam pada masa itu. Sementara catatan Yuan Shih menyebut bahawa satu misi
Cina yang dalam perjalanan pulang dari Mabar di Koromandel pada 681/1282 telah dijemput
singgah di Sa-mu-tu-la. Misi ini telah mendapat sambutan daripada raja dan telah menghantar
dua orang menterinya membawa misi ke negeri Cina, seorang bernama Hasan dan seorang
lagi bernama Sulayman. Manakala dalam catatan pengembaraan Ibn Batutah (Rihlah Ibn
Batutah) ada menyebut bahawa sewaktu dalam pelayaran ke negeri China, beliau sempat
singgah dan melawat Pasai pada 1345/6. Menurutnya raja Pasai iaitu Malik al-Zahir adalah
seorang sultan yang beragama Islam dan bermazhab Shafie. Pasai ketika itu telah menjadi
pusat perkembangan Islam terkenal sehingga menjadi tumpuan dan tempat pertemuan ulamaulama dan ahli tasawuf Islam di Alam Melayu. Sultan Malik al-Zahir juga begitu rapat dengan
mereka, amat menyayangi ulama dan gemar mempelajari ilmu-ilmu agama dengan
mengundang mereka ke majlis ilmu yang di adakan di istana. Berdasarkan bukti-bukti ini
menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya sejak 1282 atau lebih awal daripada itu, SumateraPasai telah menerima Islam.

Melaka
Dari Sumatera Utara, Islam tersebar di sepanjang jalan perdagangan ke Melaka.
Pendiri kota yang relatif baru ini (sekitar tahun 1400) adalah Parameswara, sebuah nama yang

sama sekali tidak menunjukkan pengakuan kemuslimannya. Tetapi, kita juga menjumpainya
sebagai Muhammad Iskandar Shah, setelah perkahwinannya dengan puteri raja Pasai.
Demikian pula penggantinya, Muhammad Shah dan Abu Said atau Raja Ibrahim (masingmasing tahun 1424-1444 dan 1444-1445) juga lebih dikenali dengan nama-nama bukan Islam
seperti Sri Maharaja dan Sri Parameswara Dewa Shah sehingga orang mencurigai hal itu
sebagai kecenderungan pada kekafiran atau paling tidak melihat pada pengislaman Melaka
belumlah selesai sepenuhnya.
Islam yang sebenarnya berlaku ketika terjadi revolusi istana yang dipimpin oleh
beberapa Muslim India yang mengangkat Sultan Muzaffar Shah (1445-1459) menjadi raja,
meskipun sebuah legenda partisan telah mengaitkan pengislaman Melaka kepada Muhammad
Shah yang lebih awal. Dia dianggap telah diajari kalimat syahadat oleh Nabi Muhammad
sendiri dalam sebuah mimpi dan diberi nama Muhammad dan dalam mimpi yang sama
diramalkan pula kedatangan sebuah kapal dari Jeddah. Ketika terbangun, sang raja
menangkap bau nard (semacam tumbuh-tumbuhan di pegunungan Himalaya,pent.) dan sangat
terkejut telah mendapati dirinya disunat. Dia terus mengucap Dua Kalimat Syahadat kuatkuat, sehingga mengejutkan para isterinya. Dan benar, pada malam berikutnya kapal
SayyidAbd al-Aziz tiba di pelabuhan Melaka sementara para anak kapal menunaikan solat
Maghrib. Sang raja dengan menunggang gajah menuju kapal dan mengajak Sayyid menaiki
gajahnya bersama-sama menuju istana raja. Barulah kemudian setiap orang dianggap masuk
Islam. Bahawa Pasai terus dihargai sebagai tanah air spiritual Melaka di ungkapkan catatan
adakah sejarah atau tidak dalam buku yang melalui upacara rasmi dipersembahkan dan
dipelajari pada masa kekuasaan Sultan Mansur Shah (sekitar 1457-1477). Sultan kemudian
mengirim karya ini ke Pasai sehingga Tuan Pamatakan dapat menulis sebuah komentar
untuknya.

Sebagaimana Melaka banyak berhutang budi pada Pasai atas keimanan Islamnya,
begitu juga sebaliknya Melaka mengedarkan Islam ke seluruh wilayah kekuasaannya.
Penguasaan Muslim pertama dari Pahang adalah putra Sultan Melaka. Terengganu menerima
Islam ketika menjadi pengikut Melaka, seperti juga dilakukan oleh Kedah. Patani di islamkan
dari Melaka dan Kelantan yang merupakan pengikut Patani. Di sisi sebelah barat Selat
Melaka, di Sumatera, Rotan, Kampar, Siak dan Indragiri semuanya menerima Islam dalam
kedudukannya sebagai klien atau wilayah jajahan Melaka pada abad ke-15.
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 tentu saja mengakhiri peranannya
sebagai pusat Islam. Anak cucu Pangeran Melaka yang mengembara tidak lagi mempunyai
pengaruh. Dengan pergantian ibukota ke Sungai Johor dan di Kepulaun Riau hanya dengan
susah payah mereka dapat mempertahankan wilayah mereka dari perebutan antara Aceh,
Portugis dan Belanda sampai yang disebutkan paling akhir penaklukan Melaka pada tahun
1641. Sementara itu Aceh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kubu
keimanan Islam.

KESIMPULAN

Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu telah lama berabad-abad mempengaruhi


penduduk Alam Melayu. Penduduk Nusantara telah kuat dipengaruhi oleh agama Hindu, baik
dari segi politik, kepercayaaan dan kemasyarakatannya.
Selepas kedatangan Islam, telah berlaku perubahan besar dalam kepercayaan,
pegangan, politik dan corak hidup masyarakat Alam Melayu. Unsur-unsur politik Islam
mempengaruhi struktur pentadbiran di negeri-negeri Alam Melayu. Susunan dan bentuk
pemerintahan Islam diterima dalam pentadbiran. Undang-undang diterima dan setengahnya
dilaksanakan dalam pentadbiran negara.

RUJUKAN
1. Azyumardi Azra,1989. Perspektif Islam Di Asia Tenggara,Jakarta

2.
3.
4.
5.

Che Uda Che Nik,1984. Sejarah Islam 2 STPM,Petaling Jaya


Haji Dusuki Bin Haji Ahmad,1987. Ikhtisar Perkembangan Islam,Kuala Lumpur
Ismail Hamid,1985. Peradaban Melayu Dan Islam,Petaling Jaya
Ismail Hussein DKK,1989. Tamadun Melayu Jilid I & II,Kuala Lumpur
6. D.G.E Hall,Sejarah Asia Tenggara.

You might also like